MY ANGELINE / KJK

By yoshihoshiss

4.4K 879 107

Kim Junkyu salah tentang anggapan semua hubungan yang dinamakan cinta pasti berakhir bahagia. Kerana temukah... More

PROLOG
CHARACTER!
PART 1
PART 2
PART 3
PART 4
PART 5
PART 6
PART 7
PART 8
PART 9
PART 10
PART 11
PART 12
PART 13
PART 14
PART 15
PART 16
PART 17
PART 18
PART 19
PART 20
PART 21
PART 22
PART 23
PART 24
PART 25
PART 26
PART 27
PART 29
EPILOG

PART 28

76 18 3
By yoshihoshiss

Usai sampai, Junkyu bergegas ingin meluru masuk. Dia sudah menyelitkan pistol miliknya didalam baju dan juga tak lupa memakai baju perlindungan peluru. Dia perlukan semua itu, dia tidak tahu sejauh mana Haruto dan Yoshi akan bertindak.

Dan isterinya..

Ya Tuhan, jagalah isteri aku sementara dia masih didalam sana.

Junkyu mengemam bibirnya lantas dia masuk perlahan. Tiada bodyguard menjaga di luar, Junkyu yakin. Dia pantas menyelinap sebelum dia menyorok dibelakang beberapa kotak kayu besar.

Nafas menderu hebat lantas air liurnya ditelan. Dia pegawai polis oleh itu dia terlatih untuk perkara sebegini. Dia tidak mahu satu kesalahan bodoh pun dilakukan menyebabkan nyawanya mahupun isterinya terkorban.

Junkyu bergerak pantas menyelinap lagi dan lagi sehingga dia dapat masuk sepenuhnya kedalam bangsal. Terlihat beberapa orang orang Junkyu melilau dan ada sesetengah hanya duduk.

Junkyu hanya menyorok, memikirkan bagaimana dia mahu melepasi 2 orang Haruto yang sedang duduk didepan pintu besar.

" Mayat perempuan bodoh tu kau dah uruskan ke? "

Junkyu tersentak saat mendengar mereka berborak. Perempuan bodoh? Jangan cakap tu mayat Angeline...

" Hana? Dah. Anak dia pun sekarang nurse tengah uruskan. Menangis teruk juga tak berhenti daripada tadi. Risau je boss tembak budak bodoh tu pulak. "

Darah Junkyu berderau. Maknanya Hana telah ditembak?

Ya Tuhan, dia terlambat. Hana maafkan aku sebab lambat.

" Boss memang nekad nak halau Hana tu. Angeline pula lepas ni, haish. "

" Angeline mana? Kat dalam? "

" Entahlah weh. Aku tak nak tahu, baik mampus jelah. "

Junkyu mengetap rahangnya. Pantas dia bertindak menunggu lagi, sehinggalah salah seorang daripada dua insan itu berlalu pergi menuju ke tandas. Junkyu pantas keluar dan menuju kedalam bilik yang dijaga dua orang itu. Kebetulan seorang lagi tidak memandang.

Ceh. Orang bodoh mana lah Haruto ambil jadi orang suruhan dia ni?

Sebaik sahaja Junkyu berjaya masuk, dia melilau melihat sekeliling sebelum matanya tertancap pada satu figura yang sungguh dia rindui.

" Sayang! " pantas Junkyu menghampiri isterinya yang diikat ditangan dan kaki. Mulut isterinya juga disumbat membuatkan hatinya pilu.

Sungguh sialan Haruto tu sebab buat isteri aku macam ni.

" Sabar sayang, saya bawa awak keluar daripada sini. " terang Junkyu, masih berusaha membuka tali yang mengikat isterinya. Sebelum bibirnya tergamam melihat apa didepan matanya kini.

" Junkyu... pergilah. Jangan selamatkan saya. "

" Angeline.... "

Bom. Ada bom yang kini berdetik membaluti tubuh Angeline. Junkyu mengepal tangannya, air matanya merembes laju. Gila, sialan mana yang ikat bom kat Angeline ni?

" Saya akan cuba buka bom ni daripada awak Angeline. Saya akan— "

" Berhenti apa yang kau tengah buat sekarang, Inspektor Junkyu. " tergamam, Junkyu tersentak saat dia merasakan sepucuk pistol dihala tepat dibelakang kepalanya.

Dan dia kenal suara siapa itu.

" Kau memang sial Yoshinori. "

" HAHAHAAHAHAHAHAHAHAHAHAH !! "

Junkyu mengetap rahangnya, hanya diam saat pistol itu dihala ke kepalanya. Yoshi dibelakang tertawa kuat, seperti menyenangi perbuatan jahatnya ini.

" Angkat tangan kau, Junkyu. "

" Aku— "

" ANGKAT !! " Akur, Junkyu mengangkat kedua belah tangannya, lantas Yoshi merentap tubuh sang lelaki.

Junkyu dibawa ke luar, bersama orang suruhan Haruto yang turut mengheret Angeline. Junkyu menutup matanya, tidak sanggup melihat isterinya yang sedang mengandung itu diseret sedemikian rupa.

Ini semua gila.

BAM !

Meringis kesakitan, itu yang Junkyu rasakan saat tubuhnya dihempas kuat ke lantas oleh Yoshi. Pistol masih dihala ke kepalanya, dan kini dirinya dikelilingi oleh kesemua orang suruhan Haruto dan Yoshi. Angeline yang menangis itu turut ditempatkan disisi Junkyu.

" Aish takkanlah sekor babi pun kau tak boleh jaga? "

Tuan besar dah datang. Watanabe Haruto. Dia datang membawa pistol di tangannya dan kelihatan sedang memarahi dua orang bawahannya yang sepatutnya menjaga pintu ke bilik Angeline.

" Maaf bos! Maaf! Kami tak perasan! Kami— BAMMM BAMMM !! "

Terdiam, itulah reaksi kesemua orang saat dengan mudah sahaja sebutir peluru milik Haruto laju menembusi tengkorak kepala dua orang bawahan yang masih merayu. Junkyu terdiam, matanya bergetar.

Dia tahu Haruto bukan sembarangan orang.

Lelaki ini hatinya dah mati. Tapi Yoshi?

" Work smart sikit lah Junkyu. Datang sorang buat apa? Mana pegawai lain? " ejek Haruto. Dia tertawa sinis sebelum Yoshi juga tertawa.

" Polosnya kau dengan Jihoon percayakan aku. Bodohnya korang tak tahu aku ni sepupu Haruto. " Yoshi tersengih. Junkyu mengepal tangannya.

" Kau memang pengkhianat negara, Yoshi. Bodoh! "

" Eh aku tak bodoh. Aku genius. Ge—ge—ge—genius! "

Yoshi memusingkan pistolnya berulang kali. Dia berdiri dihadapan Angeline dan Junkyu yang sudah diikat tangannya. Pistol milik Junkyu juga sudah dirampas.

Junkyu kini tidak boleh berbuat apa-apa.

" Korang tak bawa aku ke mana-mana kes melibatkan Haruto sebab korang ingat korang bijak sangat kan? Inspektor Junkyu dan Jihoon yang terhormat. Sedangkan semua maklumat yang korang beria korek, semuanya aku dah tahu dulu. Tikus kecil yang korang cari tu ialah aku, Inspektor Kanemoto Yoshinori !! "

" Sialan kau Yoshinori. Dalam diam kau khianat aku dan Jihoon. " balas Junkyu. Yoshi tersenyum sinis, bibirnya tersungging.

" Aku tak pernah suruh korang percayakan aku. Ingat tak masa kau bawa aku sekali pergi selamatkan Angeline daripada kahwin dengan Haruto? Haruto dah tahu benda tu akan jadi. Tapi sialnya Hana tu entah daripada mana boleh datang pulak! " Yoshi mendengus.

" Tapi... menjadi juga plan kami. Tak sangka korang akan kahwin! Dan jackpot! Mengandung weh! Senang sikit aku nak bunuh perempuan mengandung. Aku tahu Angeline dah lama syak aku. Kan Angeline? "

Angeline memandang Yoshi dengan tajam. Lantas air liurnya diludah tepat ke muka Yoshi. Dia tidak gentar. Kerana dia tahu betapa kejamnya Yoshi ini.

" Terima kasih Angeline. Hadiah diterima. Jadi sebagai balasannya... BAM BAM BAM!! "

" ARGHHHHH !!! " menjerit kesakitan, Junkyu mengerang saat kakinya ditembak oleh Yoshi. Angeline kaget, pantas dia mengengsot menghampiri suaminya.

" Woi pahal kau tembak dia? " teriak Haruto. Yoshi menolak lidahnya kedalam pipi.

" Aku dapat ludah tadi. Kau ingat aku nak biar? "

" Sabar dulu, bodoh! Sabar! " Haruto menggeleng. Pantas dia mengambil pistol ditangan Yoshi. Kini dia pula menghampiri Junkyu yang kesakitan dan Angeline yang sudah menangis kerasukan.

" Angeline. Hi. Tak sangka kau ni jenis lupa budi. " Haruto berbicara. Dia tersenyum sungging.

" Aku kutip kau lepas kau dihalau keluar. Aku bagi kau makan, aku bagi kau tempat tinggal. Tapi apa aku dapat? "

" Aku tahu kau buat macam tu sebab nak aku percayakan kau so kau senang bunuh aku, Haruto! "

" Gotcha! Bijak! " tawa Haruto. Wajah Angeline yang kini basah dengan air mata itu dipandang mengejek.

" Aku sangka aku akan berjaya pada hari kita nak kahwin. Tapi laki bodoh kau ni datang pulak. Aku dah dapat anak aku, dan sekarang aku nak balas dendam demi isteri aku. "

" Bukan aku yang bunuh Atsuko! Bukan aku! "

Haruto mendengus. Lantas pipi Angeline dicekak kuat. Nafasnya menderu kuat, seakan tercabar.

" Jangan sentuh bini aku lah! " Junkyu menjerit namun tidak dihiraukan oleh Haruto.

" Kau yang bunuh isteri aku, Kim Angeline Tan. Kau! "

Haruto menghempas tubuh Angeline. Lantas dia memandang Yoshi dan anggukan diberi.

Dan begitu sahaja Yoshi bertindak mengacukan pistol kearah Junkyu yang dalam kesakitan. Wajahnya berubah beku.

" Kau sahabat aku Yoshi.... " tangis Junkyu.

" Kau kena faham, Junkyu. Darah lagi pekat daripada air. Keluarga lagi penting daripada kawan. Lagi-lagi yang bodoh macam kau dan Jihoon. " Yoshi tersenyum sinis.

" Bye-bye, Inspektor Kim Junkyu. "

Junkyu memejam matanya. Ya Tuhan, andai aku pergi, aku redha.

BAM! BAM! BAM!

Continue Reading

You'll Also Like

12.4K 1.2K 49
STRAY KIDS AF :: COMPLETED Aku tak layak untuk hidup. Aku psycopath. Tak ada sesiapa sayangkan aku. Aku patut mati dari hidup. Tapi lepas kau hadir, ...
37.8K 2.8K 155
BoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBo...
23.7K 2.8K 18
"Awak suami saya jadi layan saya dengan baik." Kisah antara Haeyeon dan Jaemin yang berkahwin bukan atas dasar cinta. Apa yang terjadi?
121K 3.7K 20
Special Edition Faizul x Hafiz Hafiz Zafrin lari dari Zafrin Family sebab taknak uruskan syarikat family hey!aku masih 19 tahun kot!aku nk happy2 t...