MY ANGELINE / KJK

By yoshihoshiss

4.7K 900 107

Kim Junkyu salah tentang anggapan semua hubungan yang dinamakan cinta pasti berakhir bahagia. Kerana temukah... More

PROLOG
CHARACTER!
PART 1
PART 2
PART 3
PART 4
PART 5
PART 6
PART 7
PART 8
PART 9
PART 10
PART 11
PART 12
PART 13
PART 14
PART 15
PART 16
PART 17
PART 18
PART 19
PART 20
PART 21
PART 22
PART 24
PART 25
PART 26
PART 27
PART 28
PART 29
EPILOG

PART 23

136 22 9
By yoshihoshiss

8 bulan kemudian....

" Eh kenapa you cook? " tegur Hana. Dia berjalan perlahan, menuju kearah dapur, dimana Haruto berada. Lelaki tinggi lampai itu tengah kusyuk menggoreng sesuatu, tidak mengendahkan Hana yang baru tiba.

" Haruto? "

" Oh! Sorry sayang, I tak perasan. Apa dia? " Haruto tersenyum lebar. Dia mengelus lembut perut Hana yang membuncit itu lantas dikucup perlahan.

Indah.

8 bulan yang berlalu ini sungguh indah. Hana dilayan seperti menatang minyak yang penuh oleh Haruto. Segalanya dilakukan oleh Haruto, tanpa sebarang campur tangan Hana.

Sehinggalah kini kandungannya sudah mencecah 9 bulan dan hanya menunggu hari. Hana berasa sungguh bahagia bersama insan yang disayangi ini.

Haruto sungguh penyayang.

Segala cravingnya dilayan, bahkan Haruto pulang membawa makanan yang dia pinta. Kakinya yang sakit juga selalu diurut saban malam, dan seperti kini Haruto membuatkannya makanan sarapan pagi meskipun Haruto juga tergesa-gesa ingin ke tempat kerja.

Hana gembira.

" I tanya, you masak apa? "

" Oh! Sorry babe I sempat cook hotteok je. Okay ke? "

Hana angguk manja. Lebih daripada mencukupi, Haruto.

Hana perlahan menarik kerusi untuk dia duduki, sebelum Haruto bertindak pantas membantu. Lelaki ini juga sudah lengkap berkemeja, menyerlahkan ketampanan seorang pemuda Watanabe.

Hana sekali lagi terpesona.

Dan usai memasak, pantas Haruto menghidangkannya diatas meja, lantas kerjanya seterus itu menyuap Hana. Menyuap ibu kepada anaknya sehingga kenyang.

Selesai semua itu, Haruto melabuhkan ciumannya ke perut Hana. Tangannya naik mengelus lembut perut Hana sebelum dia tersenyum lebar.

" Papa pergi dulu, sayang... "

Dan seketika hilang kelibat Haruto disebalik pintu. Hana menghembus nafas kasar.

Sebelum dia bakal memulakan misinya.

Ya misinya yang itu. Memasuki bilik kerja Haruto. Perkara yang paling ditegah lelaki itu.

" JANGAN MASUK BILIK KERJA AKU, FAHAM? "

Ya, itu amaran yang dia terima sejak hari pertama. Dan Hana sungguh curiga mengapa. Hari ini, Hana akan membuka bilik itu sendiri.

Hari-hari dia saksikan bagaimana Haruto akan berkurung didalam bilik itu selama 2 jam sebelum tidur. Entah apa yang dia lakukan, Hana tidak tahu.

Gadis ini tahu dia bertindak gila tapi dia tak kisah. Dia mahu tahu apa yang Haruto sorokkan daripadanya.

Hana mencari gugusan kunci yang selalu Haruto simpan dalam laci. Ianya banyak, namun Hana akan cuba satu-persatu. Semuanya akan dia cuba untuk membuka bilik ini.

Kreek!

Berjaya!

Perlahan, Hana menolak pintu bilik itu. Menyerlahkan isi dalamnya yang hanya mempunyai dinding kosong, beserta sebuah meja yang diduduki kerusi.

Hana menapak masuk, memerhati sekeliling dan membelek. Benar, tiada apa.

Hana menduduki punggungnya diatas kerusi kerja Haruto. Meja yang hanya mempunyai komputer itu diperhati kosong sebelum butang on ditekan.

Blink!

Password?

Hana berkerut. Cuma meneka password apa yang Haruto letakkan?

Birthday dia?

Tet!

Salah? Hmm..

Birthday Hana?

Tet!

Hana buntu. Dia menggigit bibir bawahnya, lantas mengalihkan perhatiannya kearah laci dibawah meja. Ianya tidak berkunci dan Hana seperti mahu mengetahui apa didalamnya.

Klek!

Dan perkara pertama yang Hana jumpai ialah sekeping gambar. Gambar yang cantik. Gambar seorang wanita...

Berambut panjang, tersenyum manis kearah camera. Dan wanita itu sedang memegang perutnya yang sedikit membuncit.

Hana berkerut. Siapa wanita ini?

Dan Hana memusingkan gambar itu kebelakang sebelum dia menjumpai beberapa tulisan marker dibelakang. Seperti tulisan Haruto.

Kimura Atsuko
7 months cutie
3 days before losing her forever...

Hana tergamam. Losing her? Apa maksud Haruto?

Hana berdehem lantas membuka lagi laci itu lantas dia menjumpai sebuah buku dan beberapa surat. Pantas dia membuka sepucuk surat terlebih dahulu.

Haruto...
Andai satu hari Tuhan cabut nyawa saya,
Saya harap tu pengajaran untuk awak agar tinggalkan dunia gelap ni.
Mungkin tiada rezeki untuk saya dan anak kita hidup bersama awak.
Tapi kami janji kami tunggu awak kat atas sana.

Tersentak. Hana terdiam.

At—Atsuko ini sudah mati kah?

Dan lantas satu persatu surat dibaca. Hana sungguh ingin tahu apa yang Haruto sorokkan.

Sebelum dia menjumpai satu ultrasound scan bayi didalam salah satu surat. Hana menutup mulutnya menahan sebak. Ianya tulisan tangan Haruto.

Atsuko isteri kesayangan Haruto...
Kalau awak hidup lagi sekarang, mesti kita tengah besarkan anak kita sama-sama kan?
Mesti ultrasound yang kita mampu saksikan kini, bakal menjengah dunia dan memanggil kita mama dan papa.

Atsuko,
Maafkan aku.

Hana memegang kepalanya yang berpinar. Jadi, Atsuko ini ialah isteri Haruto yang sudah meninggal? Dan sepatutnya mereka sudah pun menanti cahaya mata mereka?

Hana memegang perutnya yang sakit kerana tendangan bayi.

Atsuko...Atsuko..

" Kenapa nama anak kita Atsuko? " sengih Hana. Haruto tertawa.

" Tadi kan kita dah scan, and dr kata anak kita perempuan. Jadi I nak letak nama dia Watanabe Atsuko. "

" Atsuko? Nama yang cantik. "

" Ya, seperti orangnya juga. "

Perlahan, mata Hana mengalirkan air mata. Gadis itu menutup mulutnya, cuba mengurangkan bunyi tangisan yang dia keluarkan. Hatinya berdenyut kesakitan mengetahui fakta ini.

Fakta yang anak dia dinamakan kerana bekas isteri Haruto.

Dengan saki-baki kekuatan, Hana membuka buku Haruto. Pelbagai yang dia tuliskan, namun coretan akhir menjadi fokus utama Hana.

Ianya ditulis semalam...

Atsuko...
Minggu hadapan ulang tahun kematian kau, sayang. Sungguh aku rindu kau ada kat sini dengan aku. Aku rindu anak kita, Atsuko. Aku rindu isteri aku. Aku rindu keluarga aku.

Atsuko,
Perempuan tu sedang mengandungkan anak kita. Aku letak nama dia sebagai Atsuko, sebab aku nak kau tahu kau sentiasa hidup dalam hati aku. Maaf jika kau nampak aku layan dia seperti puteri. Aku hanya nak anak kita lahir dengan sihat supaya aku boleh besarkan dia sehebat kau, Atsuko.

Aku akan buang Hana selepas dia lahirkan anak kita.

Atsuko,
Pembunuh kau masih bebas kat luar sana. Dia bebas dan dah kahwin dengan Junkyu bodoh tu. Mereka pun bakal dapat anak juga.

Aku sumpah, pada hari ulang tahun kematian kau, aku akan pastikan itu juga jadi kematian pembunuh kau, Atsuko. Aku akan pastikan Kim Angeline mati ditangan aku.

Aku sayang kau sangat. Harap Tuhan jaga kau elok disana sayang.

Pam!

Hana terduduk. Tangannya naik mengelus dada yang semakin menggila menahan gementar didada. Apa yang baru dia baca mengubah persepsinya terhadap Haruto.

Dia kaku.

Sebelum sekeping gambar yang dikepilkan bersama didalam buku itu mengambil perhatian Hana. Dengan tangan bergetar, tangan itu menggapai.

" Atsuko, ingat lagi tak sepupu aku? Dia akan bantu kita tuntut kematian kau. "

———————-

Hana sabar menanti. Dia perlu segera kerana Haruto bakal pulang ke rumah sebentar sahaja lagi.

Sebelum matanya menangkap pasangan itu menuju kearahnya.

Junkyu dan Angeline.

Junkyu dilihat membantu Angeline yang sudah sarat itu. Sukar untuk Angeline bergerak laju, sebelum akhirnya mereka tiba dihadapannya.

Hana mengajak jumpa di cafe bandar kerana Hana tahu Haruto takkan ada disini.

Pantas sahaja Hana menyalam Angeline. Gadis itu tersenyum lebar, namun tidak dengan Junkyu. Sedari tadi lelaki ini berwajah masam, seakan benci melihat Hana.

" Hai Hana, sihat? " soal Angeline. Hana tersenyum dan mengangguk.

Junkyu pula dilihat tidak mahu menegurnya. Lelaki itu menarik muka masam dan memandang Hana tidak berminat.

" Cakap cepat apa kau nak. " tegur Junkyu sebelum Angeline menepuk lembut bahu sang suami.

" Tak baik buat Hana macam tu sayang. " Angeline bersuara. Junkyu menggulingkan matanya keatas.

Hana sedikit terasa namun dia sedar dia layak semua ini. Dia yang meninggalkan Junkyu, dia yang curang pada Junkyu dan dia juga yang menghina Angeline sebelum ini.

Hana tahu dia layak.

" Hmm, maaf ganggu kalian. Tapi saya ada benda penting nak beritahu tentang Haruto. "

" Hana, sebenarnya saya dah tak ada kaitan dengan Haruto. Saya dah bahagia sekarang dengan suami saya. Saya harap awak faham ya? " Angeline menggeleng lembut. Hana menarik nafas dalam sebelum buku yang dia simpan itu dia keluarkan.

" Saya nak beri ni. Ini buku diary Haruto yang dia tulis setiap hari. Saya rasa last note dia tu berkenaan awak. Dan saya rasa awak dan Junkyu perlu tahu. " terang Hana lantas meletakkan buku itu diatas meja. Mengundang perhatian Junkyu dan Angeline.

" Hana jangan lah ganggu kami lagi. Kami bahagia dah sekarang. " tegur Junkyu. Angeline cuba membuka buku itu lantas membaca satu persatu bait perkataan.

" Sayang... dahlah. Jangan ambil tahu—- "

" Kyu, tengok ni. "

Angeline menundingkan jarinya pada note terakhir milik Haruto. Keduanya terdiam, membaca apa yang Haruto tulis. Mengundang rasa gementar keduanya.

" Hari ulang tahun kematian Atsuko sepatutnya jadi... "

" Ya, minggu hadapan. " balas Hana. Angeline tersentak.

Junkyu juga turut terkesima.

" Saya nak awak hati-hati dengan Haruto. Dan saya nak awak hati-hati dengan sepupu dia. " balas Hana. Junkyu berkerut. Dia tidak pernah tahu Haruto ada sepupu.

" Sepupu? Maksud kau? "

Hana menarik nafas dalam sebelum satu lagi gambar dikeluarkan dan dihulurkan kepada Junkyu.

" Ini lah sepupu yang bakal bantu Haruto. Dia orang dalam, jadi sangat bahaya bagi kita semua. "

Junkyu tergamam. Tangannya bergetar memandang gambar yang Hana hulurkan. Angeline juga turut terdiam.

Mereka tidak percaya orang ini ialah insan yang membantu Haruto selama ini.

" Se—sepupu Haruto ni... " Angeline bisu sebelum Junkyu menyambung.

" Sepupu Haruto ialah Kanemoto Yoshinori. "

Continue Reading

You'll Also Like

7K 1.3K 23
apa nasib kau bila kena friendzone dengan kawan sendiri kerana tak memahami nya. 「 complete ! 」 © heewonsimp 2021
86.1K 9.8K 45
Si bisu ini. Menjengkelkan. Sebab dia ada, dikala yang lain tiada. Dan dia setia menanti dikala yang lain pergi.
125K 12.3K 50
Lelaki menyusahkan. Dan sini aku nak ingatkan cinta pertama takkan seindah yang disangka. Kalau cinta terakhir? Haruto atau Doyoung? © HARUTO FANFIC...
7.2K 1.5K 10
↺ tanpa sedar kawan baik kau sendiri suka dekat kau. lee taeyong nct shortfic ♡ 𝘀𝘁𝗮𝗿𝘁 .01 08 2020 𝗲𝗻𝗱 .05 08 2020 ▹ luveoskyie