MY ANGELINE / KJK

By yoshihoshiss

4.4K 879 107

Kim Junkyu salah tentang anggapan semua hubungan yang dinamakan cinta pasti berakhir bahagia. Kerana temukah... More

PROLOG
CHARACTER!
PART 1
PART 2
PART 3
PART 4
PART 5
PART 6
PART 7
PART 8
PART 9
PART 10
PART 11
PART 12
PART 13
PART 14
PART 15
PART 16
PART 17
PART 19
PART 20
PART 21
PART 22
PART 23
PART 24
PART 25
PART 26
PART 27
PART 28
PART 29
EPILOG

PART 18

103 24 2
By yoshihoshiss

" Ju—Junkyu?! " Angeline tersentak, memandang sosok tubuh yang kini dihadapannya. Sudah genap seminggu dirinya tidak berjumpa Junkyu kerana mengurungkan diri dan perintah Haruto, kini lelaki yang dia sayangi ada dihadapannya.

" Angeline, awak ikut cakap saya okay? Saya nak bawa awak lari daripada sini. "

" Serius?! " teruja Angeline, nyaris menjerit kuat lantas dia menutup mulutny, mengerti yang dia perlu diam untuk tidak mengambil perhatian sesiapa.

Terutamanya Haruto.

" Awak perlahan-lahan turun daripada situ ya? Dan ikut saya. " mengerti, pantas Angeline menapak perlahan turun daripada altar, tanpa disedari sesiapa. Kemudian, kaki cantik bersarung heels tinggi laju menapak kearah Junkyu yang menunggu.

Lantas tangan cantik itu disambut oleh si putera raja.

Disambut oleh Kim Junkyu.

Pantas dua figura itu berlari pantas sehingga hilang daripada keramaian. Seperti berputar lagu cinta dikepala, setiap langkah yang dibawa Junkyu, tangannya yang digenggam erat, diiringi dengan senyuman lebar dibibir Angeline.

Oh Tuhan, sungguh aku cintai lelaki ini.

Kim Junkyu, lelaki yang tiba dan memberikan warna pelangi didalam hidupnya. Lelaki kurniaan Tuhan yang dijanjikan akan menjaga Kim Angeline. Lelaki yang dihadiahkan untuknya agar lepas daripada cengkaman Watanabe Haruto.

Sungguh Angeline bersyukur. Kerana Tuhan tidak pernah melupakannya.

Terima kasih Tuhan.

" Awak nak bawa saya ke mana? " soal Angeline. Mereka yang masih berlari segera berhenti sejenak bagi mengambil oksigen. Peluh sudah laju membasahi wajah, namun tidak setanding kebahagiaan dihati.

Denyut jantungku berdebar~

" Kita ke satu tempat best. Yang dorang takkan jumpa kita." Senyum Junkyu, menimbulkan rasa tanda tanya dihati Angeline.

Lantas Junkyu membawa gadis pujaannya ke tempat yang sungguh tidak mereka sangka. Bersama dress perkahwinan membaluti tubuh Angeline, dia dibawa ke funfair.

"Funfair? " soal Angeline. Junkyu hanya tertawa nipis.

"Saya perlu buat hati yang muram tu gembira balik. "

Zappp!

Tersentak, Angeline memegang jantungnya yang sudah menggila mendengar ayat Junkyu.

Dup-dap!

Dup-dap!

" Jom! " lantas Junkyu membawa gadis itu menuju masuk kedalam. Pelbagai mainan yang mereka cuba, mengendahkan mata mata yang memandang mereka pelik kerana pakaian Angeline sebegitu.

Apa Junkyu kisah?

Janji Angelinenya gembira.

Selepas hampir dua jam bermain, mereka membeli aiskrim lantas melabuhkan punggung disalah satu kerusi. Nafas dihela kasar, yelah mungkin penat bergembira.

" Kyu.. "

Tersentak, Junkyu memandang. Ini kali pertama ada orang memanggilnya Kyu selain Hana dan Jihoon.

Dan debaran dijantungnya mungkin boleh menggila.

" Ermmm... ya? "

" Terima kasih. Sebab bawa saya lari. " sengih Angeline.

Dan senyuman itu mampu membuatkan Kim Junkyu terdiam. Sungguh menjentik hati lelakinya.

Angeline ini sempurna.

"Boleh saya tahu kemapa awak setuju kahwin dengan Haruto? "

Angeline menunduk sebelum nafas dihela.

" Haruto.. dia.. dia ugut nak bunuh awak dan Woojin. "

"Bunuh saya dan Woojin? Dia gila ke? "

Junkyu mengepal tangannya. Mendengus mengenangi perangai Haruto yang sungguh berbahaya itu.

"Sebenarnya salah saya. "

"Hm? "

"Sebenarnya, saya yang bunuh isteri Haruto.. "

" Hah? "

" Sini saya bantu. " senyum Angeline, membantu seorang gadis mengandung mengambil tin coklat di rak atas. Pantas perlakuannya mendapat balasan senyuman.

"Terima kasih. "

" Sama-sama. "

Senyap. Hanya Angeline yang masih sibuk memilih makanan tengah harinya disamping perempuan mengandung itu yang membelek kandungan makanan didalam tin.

Angeline menggigit bibirnya sebelum dia memandang wanita itu.

"Berapa bulan dah kak? " soal Angeline, ramah. Wanita itu tersenyum manis.

" 7 bulan dah. " balasnya ramah. Angeline mengangguk kecil.

" Saya Watanabe Atsuko. Awak? "

" Oh! Saya Kim Angeline. " balas Angeline. Memuji keramahan wanita ini. Sungguh baik.

" Husband akak mana? "

" Husband? Erm... " Atsuko nampak terdiam, sebelum dia menggeleng.

" Dia busy. Banyak kerja dia kena buat. "

Angeline tersenyum hambar. Dia mengakui mungkin ada sebahagian suami yang sibuk kerana ingin mengumpul duit demi kesenangan keluarga.

Tapi tidak sepatutnya suami Atsuko ini meninggalkan isterinya berseorangan.

" Jomlah, kak. Saya teman akak beli barang nak? "

Angguk manja, Atsuko setuju. Dan mereka berdua membeli-belah dengan penuh kesenangan, seperti sudah lama kenal. Atsuko menyenangi Angeline yang sungguh ramah, dan Angeline menyukai Atsuko yang petah berbual dengannya.

Sehinggalah Atsuko selesai membayar, dia memberi sebuah keychain yang sempat digapainya sebentar tadi. Lantas mengundang tanda-tanya Angeline.

" Eh apa ni kak? "

" Hadiah untuk adik. Terima kasih jadi kawan akak yang pertama. " Atsuko tersenyum lebar.

" Eh comelnya, kak. Terima kasih. "

" Sebaik sahaja Atsuko keluar daripada kedai tu, dia sempat tersenyum lebar kat saya. Sebelum kereta lain melanggar dia. Salah saya yang gagal nak jaga dia. " terang Angeline. Junkyu tersentak, lantas mengelus lembut bahu Angeline.

"Bukan salah awak. "

" Lepas je Atsuko dilanggar, silap saya yang pergi approach driver dia tu dulu. Dan masa tu Haruto ada kat situ. Dia ingat saya lah punca. Sebab tulah... dendam tu Haruto bawa sehingga sekarang... "

" Angeline saya faham kalau awak masih trauma dengan perkara ni. Tapi saya nak beritahu, saya ada disini. Saya ada dengan awak. "

Angeline tertawa kecil.

" Tak apa, Kyu. Tak perlu nak tolong saya, saya faham awak—- "

" Saya buat... sebab saya sayangkan awak, Angeline. Saya ikhlas sayangkan awak, Kim Angeline. "

Terkesima, bergetar bibir si gadis memandang Junkyu yang baru menuturkan ayat itu. Dia terdiam seketika.

Cuma menggeleng dan tidak menerima apa yang baru dia terima.

"Jangan tipu, Kyu. Saya tahu kedudukan saya dimana, dan siapa saya dimata awak. "

"Saya ikhlas sayangkan awak, Angeline. Saya ikhlas nak memperisterikan awak. "

" Isteri??? " tergamam, mata Angeline membulat. Mengundang tawa Junkyu yang merasakan gadis dihadapannya ini sungguh kelakar.

" Ya, Kim Angeline Tan. Saya nak jadikan awak permaisuri hidup saya.  "

—————————

" Pfttt Kim Junkyu. Kenapalah dia bodoh sangat? " bebel Jihoon, memandu kereta Junkyu bersama Woojin disisi. Woojin hanya memerhati, dia juga masih terkejut dengan berita kehamilan Hana.

Maksudnya...

Hana sedang mengandungkan Atsuko.

Yoshi sudah pun pulang sendiri sebentar tadi sebaik sahaja ada rakannya mengambil. Dan Jihoon hanya menerima pesanan mesej daripada Junkyu memintanya menghantar kereta pulang.

Begitu sahaja Junkyu hilang bersama Angeline.

" Abang tak terkejut ke dengar pasal Kak Hana tadi? " soal Woojin. Jihoon hanya tersenyum sinis.

"Tak. Itu lah apa yang aku expect daripada perempuan macam Hana. Dia memang murah. "

" Tapi Hana kan bekas kekasih abang Junkyu. "

" Bekas, dik. Bukannya bini. Junkyu pun bodoh nak jugak kat Angeline tu. Sama-sama bodoh.  "

Timbul rasa tidak senang dihati Woojin mendengar ayat Jihoon sebentar tadi. Bukankah Jihoon sudah meminta maaf?

" Erm.. abang Jihoon masih bencikan kak Angeline ke? "

" Sampai mati aku bencikan Angeline. "

Continue Reading

You'll Also Like

23.6K 3.9K 49
๏น™ 2021, complete.๏นš โ don't make me fall deeper in love with you. โž โ โจพ na jaemin ft park haeyoung ! ๐—Œ๐—๐–บ๐—‹๐— แฐ 010421 ๐–พ๐—‡๐–ฝ แฐ 310821 โ–— โ–˜resona...
3.8K 326 16
"Wtf ? She just ignore me?Handsome sangat ke aku ni sampai nak berterima kasih pun malu?Tak faham aku." -DANI INAYAT Tanpa lelaki itu tahu gadis yang...
25.1K 2.5K 19
I'm fallin' in love with him [on going]