MY ANGELINE / KJK

By yoshihoshiss

4.8K 902 107

Kim Junkyu salah tentang anggapan semua hubungan yang dinamakan cinta pasti berakhir bahagia. Kerana temukah... More

PROLOG
CHARACTER!
PART 1
PART 2
PART 3
PART 4
PART 5
PART 6
PART 7
PART 8
PART 9
PART 10
PART 12
PART 13
PART 14
PART 15
PART 16
PART 17
PART 18
PART 19
PART 20
PART 21
PART 22
PART 23
PART 24
PART 25
PART 26
PART 27
PART 28
PART 29
EPILOG

PART 11

144 28 8
By yoshihoshiss

" Ada apa ni you nak jumpa I? " Junkyu berkerut. Dia melabuhkan punggungnya dikerusi yang disediakan, berhadapan dengan kerusi gadis yang memanggilnya.

Hana.

" Aik? I tak boleh jumpa dah ke my ex? " Bibir Hana tersungging, seperti rasa tercabar dengan kata-kata Junkyu sebentar tadi. Kerana apa yang diharapkan Junkyu akan beria ingin berjumpanya. Namun apa yang didapatinya, Junkyu menangguhkan perjumpaan mereka selama 3 hari sebelum bersetuju.

Untunglah Haruto tidak bertanya lebih lanjut.

" Bukan tak boleh. Cuma you lupa ke what you said? About dont mention you anymore? " ayat Junkyu berjaya menghentak hati Hana. Kata-katanya sendiri makan tuan. Semua ni Haruto punya pasal lah, kalau tak dia pun tidak mahu berjumpa Junkyu lagi. Hatinya dah mati pada lelaki ini. Dia lebih menyukai Haruto, lelaki itu lebih mempunyai masa hadapan.

" Appreciate sikit my effort. I sanggup turun ke Seoul daripada Busan for you. "

" Yea, so what do you want? "

" I nak you stop siasat kes Woojin. "

Junkyu berkerut. Memandang Hana yang dengan lancangnya menyatakan perkara itu. Hana juga pegawai polis, mengapa dia berfikiran begini?

" Kenapa? "

" Buang masa je siasat. Woojin tu budak lagi, tak ada pun yang boleh you dapat if menang kes. Dia pun tak ada keluarga apa semua, why not just gugurkan? Im sure Jihoon tak tell you, but Mejar Shin dah suruh pun dia gugurkan. " penuh gah Hana menyatakan. Junkyu jelas tergamam. Sejak bila? Tiada pula Jihoon memberitahunya.

Atau pun ini hanya ugutan Hana?

Dan Junkyu teringat apa yang Jihoon katakan. Berkenaan Hana yang ingin melindungi Haruto. Berkenaan Hana itu pegawai polis yang tidak amanah.

Benarkah?

" Boleh you jujur dengan I, Hana? "

" What? "

" You try to lindungi Haruto ke? Ada mulut dah kata benda ni, but I rasa I kena tanya you sendiri. " Hana membulatkan matanya. Jelas tidak senang dengan ayat yang baru dilemparkan Junkyu. Ini kerana fakta apa yang dikatakannya itu semua benar. Memang Hana disini kerana ingin melindungi Haruto. Memang Mejar Shin sudah melakukan tugasnya dengan menutup kes Woojin, namun Hana tidak mahu Junkyu masih gigih ingin menyiasat.

" Mana ada! I tak lindungi sesiapa lah! "

" Kes ni tak boleh digugurkan, sebab ada saksi. " terkejut dua insan itu sebaik sahaja satu suara asing menjengah. Hana dan Junkyu berpaling sebelum dapat dilihat susuk tubuh seorang gadis menapak kearah mereka.

Angeline.

Bersama Woojin.

" Angeline? You bukan ke sepatutnya masuk penjara? " Hana jengkel. Woojin mengetap rahangnya sebaik sahaja ayat itu dituturkan Hana.

Dia tidak akan membiarkan mamanya membunuh Hana. Tapi akan dia pastikan Hana mendapat balasan.

" I saksi kes ni. So case cannot take down macam tu je. Kalau Mejar Shin tak nak fight, kami boleh rujuk balai polis lain. " Angeline tersenyum sinis, sebelum kerusi disebelah Junkyu ditarik dan didudukinya. Woojin pula berdiri diantara mereka, hanya menyaksikan bagaimana mamanya melawan perempuan ini.

Semua kerana idea Woojin yang mengajak mamanya kesini.

" Jumpa Hana? Tak boleh, kak! Bahaya! "

" Maksud Woojin? "

" Hana tu berbahaya, Woojin dapat rasa. Tak pelik ke kenapa dia tiba-tiba nak jumpa abang Junkyu? Woojin rasa kita kena pergi jumpa dorang. "

" Jumpa dorang dan kita nak buat apa, Woojin? "  Angeline berkerut mendengar idea Woojin. Remaja ini kenapa? Bangun tidur terus buat perangai?

" Kita kena jauhkan Hana daripada abang Junkyu. Kalau boleh jangan bagi dorang berjumpa dah. "

Dan disinilah mereka kini. Woojin tersenyum bangga, dalam masa yang sama menyampah dengan Hana. Bagaimanalah papa boleh suka gadis ni?

Sungguh jauh daripada expectations.

Memang Hana cantik, tapi orang kata kecantikan muka dan hati kena selari. Bagi Hana, hanya muka je cantik, hati busuk.

" Jangan nak cari pasal dengan Haruto. Semua tahu rekod jenayah dia macam mana, dan bagaimana dia tak pernah ditangkap. You nak mati ke, Kyu? "

" Saat I angkat sumpah sebagai anggota polis, I dah janji untuk mati demi bangsa dan negara. " balas Haruto, tegas. Hana mendengus, menghela nafas kasar.

" Tak payah cakap pasal Haruto lah, Hana. Aku kenal dia lagi lama daripada kau. Dan aku tahu kau kenal dia...." Kata-kata Angeline berjaya mendiamkan Hana. Muka si gadis nampak cuak, matanya juga melilau, suatu perlakuan insan yang menipu, Woojin tahu.

Bibir Angeline tersungging, menbentuk senyuman mengejek.

Angeline kenal Haruto lagi lama daripada Hana kenal Haruto. Angeline tahu perangai Haruto macammana, dan Angeline tahu hubungan Hana dan Haruto. Jika rahsia ini disebarkan, Angeline pasti Hana akan kecundang.

" Jadi, jangan menyibuk kes ni. Duduk diam kat Busan dan bekerja dengan elok. Ni kes Seoul, bukan kes Busan, Inspektoe Hana. " tambah Angeline lagi. Mata cantik itu tajam memandang Hana yang seakan kaku.

" Kyu, can you suruh perempuan ni diam? Ni kan antara kita." Balas Hana dalam ketakutan. Angeline menjeling.

" Kenapa suruh Junkyu? Kenapa tak cakap tepat kat muka aku suruh aku diam? "

Seram.

Woojin juga tergamam sebaik sahaja melihat sisi mama yang begini. Mungkin kerana dia membesar dengan papa yang lembut, dia sedikit terkejut melihat mama yang kasar sebegini. Tapi bagus juga, dapatlah dia belajar.

Belajar menjadi berani.

" Kyu, kalau you sayang I, you buat apa I suruh. " Hana mengendahkan dan memandang mata Junkyu. Tangan itu mengenggam tangan Junkyu, mengharap lelaki ini menyebelahinya.

Kerana dia tahu Junkyu akan.

Junkyu sentiasa menyebelahinya.

Sebelum Junkyu merentap kembali tangannya. Mata itu bertukar beku, memandang Hana yang terperanjat.

" Maaf Hana. But I dah tak cintakan you. "

" Apa maksu—"

" I ada Angeline now, and I cintakan dia. "

————————-

" Abang, saya nak ke tandas sekejap. " Pinta Woojin. Mereka sekarang dipusat membeli-belah, hanya berjalan sebentar memandangkan harini ialah hari minggu.

Junkyu angguk kecil, menyisakan Angeline dan Junkyu berdua.

Keadaan sedikit canggung, mungkin kerana apa yang baru Junkyu tuturkan tadi. Lelaki itu berdehem, cuma menghilangkan rasa gemuruhnya.

" Maaf sebab libatkan awak tadi. Saya cuma nak Hana stop gunakan saya. " ujar Junkyu, terlebih dahulu. Angeline yang sedang mengelamun, memandang Junkyu lantas dia tersenyum segaris.

" Tak apa. Saya faham tindakan awak tadi. Saya kenal Hana macam mana. "

" Macam mana awak kenal Hana? " kerut Junkyu. Sedari tadi dia menyimpan keinginan untuk bertanya. Baru kali ini dia ada peluang.

Bagaimana Angeline mengenali Hana dan Haruto.

" Tak apalah. Saya tak nak memburukkan Hana sangat. "

" Tak apa. Kan ni saya yang nak tahu. " Junkyu meyakinkan. Angeline menelan liur sebelum dia memandang Junkyu yang masih ingin tahu. Dia tahu betapa cintanya Junkyu pada Hana. Namun, dia perlu membongkar kebenaran.

" Sebenarnya, saya dah lama lari daripada rumah. Saya terkongkong dan sejak daripada tu, saya libatkan diri dengan lumba haram. Mula-mula just for fun, lama-lama saya rasa saya nak kumpul duit sebab papa dah start tak bagi saya allowance. Kat situ lah, saya jumpa Haruto. Dia baik, kalau awak baru kenal dia. Nampak dia penyayang. Dia banyak kali bagi saya tumpang rumah dia kalau saya tak nak balik rumah. Banyak kali juga dia tolong beri pinjam duit masa saya tengah tak ada duit. Sampailah satu hari, dia bawa saya ke markas dadah dia. Dia sendiri nak saya tolong dia menjual. And masa tu..."

Angeline menarik nafas. Memandang Junkyu yang masih utuh mendengar.

" Saya terus lari. Saya cakap saya tak nak dah ada kaitan dengan Haruto. Dan pada mulanya Haruto setuju, sebab tu lah kami hanya setakat berjumpa sebab nak berlumba. Lagi pun, masa tu... ehem... Hana yang jadi pengganti saya. Lagi-lagi, dia tu polis, jadi Haruto lagi perlukan dia. Bila one day saya balik, papa tiba nyatakan saya kena kahwin sebab nak kembangkan syarikat keluarga. Bila saya tahu bakal suami saya Haruto, terus saya lari daripada rumah dan tak kembali. Saya hidup merempat, dapat duit daripada perlumbaan, dan banyak kali saya jumpa Haruto balik. "

Junkyu mengetap rahangnya. Jadi, tuduhan yang selama ini Angeline merupakan penjenayah ialah palsu. Dia hanya seorang pelumba.

" Dia banyak fitnah saya pada kes jenayah yang saya tak buat. Sebab tu lah, saya banyak kali naik turun balai polis. Semua tu sebab Haruto marah saya tak setuju and tak nak kahwin dengan dia. Saya pasti dia jadi lebih marah bila saya mention nama dia untuk kes Woojin ni. Dia takut dengan polis, Junkyu. Selama ni Hana yang lindungi dia. "

" Jenayah Haruto tu semua, awak ada bukti? " soal Junkyu. Angeline angguk nipis.

" Ada. Semuanya ada. "

" Bagus. Bukti tu penting untuk bawa Haruto ke muka pengadilan! Dan Angeline... "

Junkyu memandang Angeline. Bibirnya tersenyum nipis.

" Maaf ya, kalau saya banyak tuduh awak. Maafkan Jihoon juga. Tapi saya akan pastikan kita tangkap Haruto! "

Angeline angguk pantas. Bibirnya tersengih, memandang Junkyu dengan mesra. Ah baru kali ini dia rasa ingin berterima kasih pada Tuhan.

Kerana baru kali ini dia merasakan ada insan yang benar melindunginya.

" Woojin mana? Lama betul kat tandas. " Angeline menyoal. Junkyu berkerut, lantas baru menyedari remaja itu lama betul ke tandas.

Mungkin buang air besar.

" Kejap saya check. "

Angeline hanya menunggu Woojin dan Junkyu diluar. Matanya melilau, risau juga jika ada orang Haruto disini. Dia tidak mahu ditangkap lagi.

Berkenalan dengan Haruto merupakan mimpi buruknya. Dan Hana sepatutnya tahu dan lari, bukannya masih kekal dan setia.

Haruto itu gila, Angeline pasti.

Tap!Tap!Tap!

Tergamam, Angeline memandang Junkyu yang sedang berlari cemas kearahnya. Wajahnya juga nampak gusar.

" Awak ada nampak Woojin keluar? " soal Junkyu. Angeline berkerut dan menggeleng.

" Tak—tak ada. Kenapa? "

" Sebab Woojin tak ada pun dalam tandas tu! "

Continue Reading

You'll Also Like

57.7K 7.6K 67
+ I fell in love with you because of the million little tiny things you never knew you were doing. πŸ¦‹ "Untuk jauhkan diri dari dia, adalah hal yang m...
412 63 10
Yang Jungwon seorang atlet sukan renang terpantas negara. Dia sangat dihormati orang kerana teknik renangnya yang telah menewaskan ramai lawannya. Bu...
16.3K 2.8K 26
⌨︎% obsessed , to girl that he loves . β†· β‹― COMPLETED β™‘α΅Ž ✦ treasure's jaehyuk ✦ special : @-jaewana- ✦ haxvvit- : 2O21 START :: 25112O21 END :: 2...
1.7K 558 17
𐚱 π„ππ˜ππ„π 𝐎𝐍 π“π–πˆπ“π“π„π‘ 𝐈𝐈 οΉͺ π“Š” π“‚…                              π–₯¦ ΰ£ͺ β€Œ 𖣁 ΰ£ͺ β€Œ ❝ 𝘣𝘢𝘬𝘒𝘯 𝘯𝘒𝘬 οΏ½...