MY ANGELINE / KJK

By yoshihoshiss

4.4K 879 107

Kim Junkyu salah tentang anggapan semua hubungan yang dinamakan cinta pasti berakhir bahagia. Kerana temukah... More

PROLOG
CHARACTER!
PART 1
PART 2
PART 3
PART 4
PART 5
PART 7
PART 8
PART 9
PART 10
PART 11
PART 12
PART 13
PART 14
PART 15
PART 16
PART 17
PART 18
PART 19
PART 20
PART 21
PART 22
PART 23
PART 24
PART 25
PART 26
PART 27
PART 28
PART 29
EPILOG

PART 6

121 30 5
By yoshihoshiss

Ada dua berita yang ingin Woojin kongsikan. Berita baik dan buruk.

Baik, mulakan dengan yang buruk, so ending akan dapat yang baik, right?

Berita buruknya, bukan Woojin yang dilanggar kereta masa tu. Tetapi, mamanya yang berpatah balik dan menadah tubuh dilanggar kereta agar tubuh Woojin tidak diapa-apakan. Sejak tahun 2024 lagi, pengorbanan seorang ibu sudah pun Angeline lakukan. Dan ini membuatkan Woojin sedih, kerana sekarang dia sedang berada dihospital disisi katil Angeline.

Berita baiknya, Woojin sudah menjumpai mamanya. Mamanya yang tidak pernah membesarkannya sejak lahir kerana kekangan didalam penjara. Woojin dilahirkan didalam penjara, dan sebaik sahaja dia lahir, papa pula menjaganya sehingga umurnya 17 tahun.

Kerana itulah, Woojin ingin mengubah sejarah. Tidak lagi ingin menyaksikan mamanya didalam penjara.

Dia mahu membebaskan mama.

" Ergh.. " tersentak, Woojin pantas memandang Angeline yang perlahan mulai sedar. Syukurlah, mamanya tiada kecederaan yang parah. Cuma kepala yang sedikit berdarah dan tangan yang berkemungkinan terseliuh.

" Mama..? " tegur Woojin, sebelum dia menyedari kebodohan diri. Dia tidak mahu mama tidak selesa pada hari pertama mereka berjumpa.

" Maaf, cik okay? "

" O—okay.. Kejap, saya di hospital ke? Saya kena ba—balik! Nanti polis— " gelabah Angeline. Gila betul dia ada ditempat terbuka macam ni. Sekali polis datang, terus dia dihumban kedalam penjara.

" Maksud awak, kami ke? " belum sempat Woojin menjawab bagi menenangkan Angeline, ada satu suara terlebih dahulu menyampuk dan memotong. Woojin tersentak dan berpaling kebelakang melihat empunya suara.

Oh..

Papa dan Pakcik Jihoon...

Pa—papa?! Papa disini?

Papa sendiri datang berjumpa mama? OMG!

" Po--polis.. " Angeline gagap, sungguh tubuhnya bergetar. Sedikit mengenangi hidupnya yang kini akan berakhir dijeriji besi.

" Cik Angeline ingat muka ni? " soal Jihoon lantas menepuk bahu Woojin, manja. Sekaligus mengundang kerutan dimuka Angeline. Mata cantik itu beralih ke wajah Woojin. Jelas sekali tidak dia ketahui siapa.

" Tak.. "

" Ni lah mangsa kes langgar lari yang Cik Angeline didakwa. " jawab Jihoon. Tegas sekali nada dia. Melambangkan integriti dia sebagai pegawai polis.

Dan ini kali pertama Woojin saksikan mamanya menumpahkan air mata. Mama yang dia sayangi menangis didepannya kini. Kerana kata-kata Park Jihoon.

Woojin mengetap rahangnya. Tak boleh, dia kena backup mama.

Dia tidak mahu walau setitik pun air mata membasahi pipi mulus mamanya.

" Tapi kan saya dah kata bukan Ange—"

" Kami dah jumpa bukti yang bukan Cik Angeline pelakunya. Bukti CCTV dan juga bukti keterangan Woojin. "

Kata-kata Woojin dipatahkan terus oleh seseorang yang tidak Woojin sangka akan membela Angeline.

Woojin tidak menyangka Junkyu sendiri akan menuturkan ayat itu.

Masih segar diingatannya betapa Woojin memarahi Junkyu kerana menjadi seorang suami yang gagal yang tidak mencuba untuk membebaskan isteri sendiri dari penjara.

Betapa gagalnya Junkyu..

" Woojin nak apa-apa tak? Harini kan birthday Woojin. " sang ayah menyoal. Ingin mengalihkan rasa amarah anak ke arah lain.

" Papa polis kan? Kenapa papa tak tolong bebaskan mama? "

Dan ini kali pertama sang anak menyoal soalan begini.

" Apa maksud tuan? " soal Angeline, kerutan berlabuh didahinya.

" Budak ni.. " Junkyu melabuhkan tangannya dibahu Woojin. Matanya tunak memandang mata si gadis.

" Dia lah yang berikan kenyataan bukan Cik Angeline yang melanggarnya. Jadi sekarang, Cik Angeline merupakan saksi kes ni. Biarpun, Woojin dah sihat sekarang, jenayah tetap jenayah. " Junkyu kini berdiri disisi Woojin yang sedang duduk dibangku sebelah katil Angeline.

Pemandangan kini.. pemandangan yang lama Woojin dambakan.

Mungkin inilah hidupnya jika mama tidak masuk penjara kan? Dia, mama dan papa akan hidup gembira dan harmoni.

" Jadi, boleh saya tahu siapa sebenarnya yang melanggar Woojin? " potong Jihoon.

Kelihatan seperti Jihoon tidak menyenangi situasi kini. Dan Woojin dapat baca. Manalah Abang Yoshi ni? Tolong tarik Pakcik Jihoon go away daripada sini.

" Yang langgar budak ni, sebenarnya Haruto. "

" Haruto? "

" Haruto? Ketua sindiket dadah tu? "

Berkerut, Woojin kini keliru. Siapa Haruto? Dan apa kena mengena lelaki itu dengan hidup mama dan papa?

" Tapi dia belum dibuktikan ketua sindiket lagi. " geleng Junkyu. Motonya, selagi tiada bukti, selagi tu dia tidak bersalah.

" Sebab si Hana tu yang cover kes Haruto! "

" Hana takkan betray polis lah, Jihoon! "

Ergh, Hana, Hana. Naik menyampah lihat papa dan abang Jihoon gaduh sebab Hana.

" Okay, kami nak keterangan lebih boleh Angeline? "

Memahami, Woojin pantas menarik tangan Jihoon keluar. Ingin memastikan hanya papa dan mama berdua didalam.

" Jom bang, belanja saya jajan! "

———————

" Terima kasih tau sebab beri keterangan. " senyum Junkyu usai menemubual Angeline. Segala bukti keterangan sudah dikumpulkan, dan bakal dia bawa kes ini ke mahkamah nanti.

" Sama-sama. " balas Angeline, tertunduk malu. Junkyu didepannya sungguh segak, mungkin kerana aura seorang anggota polis. Dan mendengar lelaki ini bergaduh dengan seorang lagi pegawai tentang Kim Hana, cukup membuatkan Angeline rasa kesian.

Kerana nyatanya Angeline mengetahui sisi gelap Hana.

" Encik rapat ke dengan Hana? " soal Angeline. Junkyu yang sedang mengemas alat tulisnya tersentak mendengar soalan Angeline. Lantas dia tersenyum kecil.

" Haah. Rapatlah juga. Kenapa? "

" Saya doakan encik dapat yang tulus mencintai encik. "

Kata-kata Angeline mengingatkannya pada kejadian sebentar tadi. Sebelum Woojin hampir dilanggar. Disaat Hana datang berjumpa dengannya.

" Kenapa Hana? You nak cakap something important ke? " senyum Junkyu. Gembira hatinya selepas Hana datang dan ingin berbual dengannya. Pasti Hana mahu mengajak mereka bercinta semula kan?

" Yea, something important. "

Hana dilihat menyilangkan tangannya sebelum mata manja itu bertukar tajam memandang Junkyu.

" I dengar you masih talk about me kat office. Are you crazy? We break up dah kan? Jangan malukan i. "

Terkesima. Junkyu terdiam mendengar ayat yang dituturkan Hana.

Ini bukan Hana yang dia kenal. Mana Hana yang dia sayangi 7 tahun lalu? Hana yang mengasihaninya dan selalu berbual dengan suara lembut.

Hana dah berubah.

" Hana, kenapa you berubah sejauh ni? Mana Hana yang I kenal dulu tu? "

" Hana tu? Dia dah mati, Kim Junkyu. Sedar diri tu. Dengan position you now, I takkan mampu hidup mewah. Last-last nanti I duduk je tepi jalan! "

" Hana... "

" Ni last I akan jumpa you, Kim Junkyu. I hope you stop talk about me kat office. Jangan cabar kesabaran I. "

" Encik. " tersentak, Junkyu kembali ke alam realiti. Lantas dia memandang Angeline yang kini memandangnya. Tanpa disedari setitis air mata jatuh membasahi pipi lelaki ini.

" Saya pun harap saya akan jumpa orang yang tulus sayangkan saya, Angeline. "

Continue Reading

You'll Also Like

5.7K 677 20
𝚂𝚝𝚊𝚛𝚝 : 23•9•21 𝙴𝚗𝚍 : 26•9•21 • • • • • 𝑯𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒌𝒆𝒎𝒂𝒕𝒊𝒂𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒂𝒎𝒑𝒖 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒆𝒓𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒈𝒂𝒍𝒂 𝒌𝒆𝒕𝒆𝒏𝒂𝒏...
7.2K 1.5K 10
↺ tanpa sedar kawan baik kau sendiri suka dekat kau. lee taeyong nct shortfic ♡ 𝘀𝘁𝗮𝗿𝘁 .01 08 2020 𝗲𝗻𝗱 .05 08 2020 ▹ luveoskyie
12.4K 1.2K 49
STRAY KIDS AF :: COMPLETED Aku tak layak untuk hidup. Aku psycopath. Tak ada sesiapa sayangkan aku. Aku patut mati dari hidup. Tapi lepas kau hadir, ...
72.1K 356 18
kisah seorang ustazah sekolah agama terjebak ke pelacur