aksara

By 3ardee

33.8K 1.9K 270

For younger me, who wanted to be someone's first choice. More

aksara langit
sneak peek
aksara 1
aksara 2
aksara 3
aksara 4
aksara 5
aksara 6
aksara 7
aksara 8
aksara 9
aksara 10
aksara 11
aksara 12
aksara 13
aksara 14
aksara 15
aksara 16
aksara 17
aksara 18
aksara 19
aksara 20
aksara 21
aksara 22
aksara 23
aksara 24
aksara 25
aksara 26
aksara 27
aksara 28
aksara 30
aksara 31
aksara 32
aksara 33
aksara 34
aksara 35
aksara 36

aksara 29

788 44 1
By 3ardee

Langkah kaki Puan Mariam menuruni anak tangga hendak menuju ke dapur bagi menyiapkan sarapan pagi. Terhenti langkahnya apabila sistem pendengaran dihentam bunyi kipas di ruang tamu rumah.

Langkah diatur ke ruang tamu sebelum retina mata dihiasi tubuh Indra yang tertidur bersama tangan menongkat kepala di sofa manakala tubuh Alea tertidur berbantalkan riba sang suami.

Terukir senyuman di wajah seraya kepala menggeleng perlahan. Kaki kembali diatur pada bilik kecil di belakang sebelum kembali ke ruang tamu bersama dua helai selimut nipis di tangan.

Dengan penuh berhati hati Puan Mariam menyelimuti tubuh Alea yang terlena pulas sebelum tubuh sang anak pulak dilitupi dengan selimut.
"haihh buat apalah sampai tidur kat sini."

Langkah diatur ke dapur. Membiarkan pasangan itu terlena di ruang tamu.

.⁠。⁠*⁠♡

Indra melangkah keluar dari wardrobe bersama tangan sibuk memakai jam tangan. Retina mata dihiasi tubuh sang isteri yang terduduk elok di atas katil sedang termenung jauh.

Bagasi miliknya dan Alea ditolak ke pintu bilik sebelum tubuhnya bergerak ke arah sang isteri. Duduk dilabuhkan di sisi wanita itu.
"termenung apa tu ?."

"hm ?."
Alea yang seolah tersedar dari lamunan menggeleng seraya tersenyum nipis.

"takde apa.."

Indra mengamati wajah Alea. Tiada sinar di wajah jelita itu bermakna jelas wanita itu sedang memikirkan sesuatu.
"awak risau pasal semalam ke ?."

Alea mengemam bibir seraya menatap wajah tenang sang suami.
"saya rasa bersalah dengan awak.. dengan keluarga awak."

"kenapa pulak ?."

"Yelah disebabkan saya.. tak pasal pasal awak terjebak sekali. Saya tak sangka Amar tu sampai datang ini.. Saya sendiri taktahu mana dia dapat alamat rumah umi."

Indra tersenyum nipis melihat wajah runsing wanita itu.
"wait lea !. awak ada bau something tak ?!."

"hah ? bau apa ?."
Berkerut wajah Alea seraya hidung cuba mengesan bau yang dimaksudkan Indra.

Indra dengan penuh dramatik mendekatkan hidung pada tubuh sang isteri seraya wajah berkerut seolah terkesan dengan bau.
"oh saya dah tahu bau apa !."

"bau apa ?."
Soal Alea.

Indra tersenyum nipis. Wajahnya kini betul betul menghadap wajah jelita sang isteri. Anak mata mengamati anak mata cantik milik wanita dihadapannya.

"indra.. bau apa.."
Alea mendesak apabila Indra seolah termenung menatapnya.

"bau isteri saya. Wangi !! macam lavender."

Alea tersentak kecil sebelum mengemam bibir menahan malu apabila Indra hanya tersenyum lebar dihadapannya.
"gedik."

"gedik dengan isteri takpa. jom turun breakfast. Umi mesti tunggu."
Sempat Indra melagakan hidung mereka sebelum kembali menjarakkan wajah.

"Indra !."

"HAHAHAH."

.⁠。⁠*⁠♡

Bunyi pili air menghiasi ruangan apartmen milik Annur Madiha. Tangan ligat mencuci pinggan seraya bibir tidak sudah menyanyi kecil.

"Aku ada bran aku tara run
Aku ada loud bang macam ada gun
Aku ada rival aku ada enemy
Dia nak beef aku bagi sekali bun
Aku ada heat dia nak lagi
Korang nak skrtt skrtt? Aku ada key
Ya ku local kepala oversea
Pukulan aku gila macam aku bruce lee"

Bergerak gerak tubuh itu mengikut rentak lagu.
Tubuh itu bergerak mengambil plastik sampah yang sudah diikat rapi. Tudung sarung turut dicapai. Bibir masih leka menyanyi.

"Kalau barang aku boek aku mantul
Aku ada flight tank sentiasa full
Aku ada kick gila gila memang goal
Acara ku lain bukan internet troll
Okay dengar!!
Aku tak dah plug tapi lagu penuh elektrik
Taknak deal sama lu, lu penuh dengan dirty trick
Brother semua gila dope gila macam bawa brick
Semua sihat belaka tapi dalam lagu semua sick"

Pintu rumah ditutup. Handphone ditangan dibawa ke bibir menggantikan mikrofon. Bergerak gerak kepala itu menyanyikan lagu di bibir. Kaki melangkah masuk ke dalam lift yang sudah terbuka. Nasibnya baik kerana tiada orang.

Makin rancak Madiha menyanyikan lagu yang terpasang di earphone miliknya.

"HALAMAK!
Punya lah susah susah sampai sini
HALAMAK!
Boleh plak dia main benci benci
HALAMAK!
Cakap lah apa kau nak ku tak henti
HALAMAK!
Sorry bhai hari ni ku menang lagi"

Rancak gadis itu melayan lagu di earphone miliknya.

"HAA TEPOK"

"HAA TEPOK."
Tangan naik menepuk apabila menyanyikan lirik itu.

"HAA TEPOK."

Pintu lift terbuka sebelum tubuh itu melangkah keluar bersama telinga masih dipasang earphone.
"HAA TEPOK."

"HAA TE.."
Membulat anak mata Madiha apabila sekujur tubuh betul betul berdiri dihadapannya.

"halamak.."
Mulut mengumam perlahan seraya plastik sampah ditangan terlepas dari pegangan.

"Assalamualaikum.."

Tergagap gagap Madiha menjawab salam.
"Walaikumusalam.."

"tepok apa tu.."

"hah ? hah takde apa."
Earphone yang melekat di telinga pantas dicabut lalu diletakkan ke dalam poket. Wajah tampan yang sedang tertawa kecil dihadapannya kembali ditatap.

"awak buat apa kat sini ? cari Alea ? Alea kan.."

Belum sempat Madiha menghabiskan kata, jejaka dihadapannya lebih pantas memotong.
"tak.. I'm here to see you.. Annur Madiha.."

"Hah ? Dhamir nak jumpa saya ?."
Berkerut wajah jelita itu dibuatnya.

Dhamir mengangguk bersama senyuman. Topi yang berada dikepala diangkat sedikit membenarkan dia melihat wajah Madiha dengan lebih jelas.

Madiha masih dibelenggu rasa bingung.
"kenapa nak jumpa saya ?."

"erm apakata kita buang ni dulu."
Tanpa amaran plastik sampah yang terjatuh dari pegangan Madiha tadi diambil Dhamir sebelum tubuh tinggi lampai itu dengan selamba berjalan pergi.

"eh Dhamir !."
Madiha pantas mengejar langkah Dhamir yang semakin menjauh.

Dhamir tersenyum nipis apabila tubuh kecil itu sudah berjalan beriringan dengannya. Tangan sebelah berada di dalam pocket jacket hitam yang dipakai manakala sebelah lagi memegang plastik sampah.

"Dhamir.."

"hm ?."
Dhamir mengumam menyahut seruan Madiha.

"awak tak kerja ke ? dah pukul berapa dah ni ?."
Mata Madiha melihat handphone ditangan.

"saya cuti."

Madiha berkerut menatap Dhamir di sisi.
"cuti ? sebab ?."

"indra suruh."

Makin berkerut dibuatnya wajah Madiha.
"hah ??? tak faham lah saya."

"HAHAHA."
Terletus tawa dari bibir Dhamir melihat wajah berkerut gadis di sisinya.

Mereka tiba di tempat pembuangan sampah. Dhamir membuang plastik di tangan kedalam tong sebelum leher itu bergerak mencari pili air.

"tuu ada paip kat sana."
Tunjuk Madiha seraya melangkah ke arah paip yang tersedia.

Pili air dibuka sebelum Dhamir membiarkan tangannya dialur air.

"so ? kenapa awak datang sini ?."
Soal Madiha sekali lagi seraya tangan menghulurkan tisu kepada Dhamir.

Dhamir tersenyum nipis menyambut tisu sebelum mengeringkan tangan yang basah. Tisu yang telah digunakan dibuang ke dalam tong sampah sebelum kembali berjalan bersama.

"Awak tak kerja ?."
Soal Dhamir kembali.

Madiha menggeleng. Tangan dibawa memeluk tubuh.
"harini saya nak reward diri sendiri."

"oh really ? sebab ?."

"sebab masih bertahan bujang biarpun kawan baik saya sendiri dah kahwin. huhuuu."
Madiha menerangkan dengan penuh dramatik bersama memek muka.

Terletus tawa dari bibir Dhamir.
"HAHAHAHHA.."

Madiha tersenyum apabila suara tawa Dhamir menghentam sistem pendengarannya.

Langkah keduanya terhenti apabila tiba di hadapan lift.

"so nak ikut saya tak ?."
Soal Dhamir.

"pergi mana ?."

"awak single, saya single.. apakata kita breakfast date."

Madiha berura ura berfikir.
"breakfast tu boleh.. date tu no no."

"HAHAHAHA okay just a breakfast then."
Kening yang tidak gatal digaru.

"okay jap saya nak tukar baju. in about 10 minutes ?."
Butang lift ditekan.

"okay I'll wait here.. take your time."

Madiha tersenyum seraya memboloskan diri ke dalam badan lift.

.⁠。⁠*⁠♡

Dua pasang anak mata itu memandang silih berganti antara motosikal berkuasa tinggi milik Dhamir dan kereta pacuan 4 roda milik Madiha.

"kita pakai kereta awak lah eh ?."
Soal Dhamir.

"aik kenapa ?."

"dahtu takkan awak nak naik motor dengan saya. Astaghfirullah jangan begini Madiha.. marah bonda saya nanti."

"ish awak ni sengal jugak eh.. yelah naik kereta saya."

Dhamir tertawa kecil sebelum menghulurkan tangan pada Madiha.
"biar saya drive."

"eh kereta saya. Sayalah drive."

"janganlah begitu. takkanlah saya duduk seat penumpang. Malulah. Lagipun awak jangan risau. Saya ni selain penunggang motosikal yang bertauliah. Saya juga pemandu yang berdedikasi tau."

Madiha membuat reaksi muka menjengkelkan.
"suka hati awaklah Dhamir."
Kunci kereta yang berada dipegangannya dibaling kepada Dhamir.

Kedua tubuh itu membolos masuk ke dalam pacuan empat roda milik Madiha.

.⁠。⁠*⁠♡

Madiha pantas melangkah keluar dari kereta. Tangan berpaut pada pintu kereta apabila diri tidak dapat menampung berat sendiri.

"erk awak okay ?."
Soalan dari Dhamir menerima jelinga tajam dari Madiha.

Madiha mengangkat tangan mengisyaratkan agar Dhamir menutup mulut. Dada ditepuk tepuk membetulkan pernafasan.

"erk.."
Dhamir mengusap belakang leher kekok. Dia diam menunggu gadis itu membetulkan pernafasan.

"awak gila ke ?!."

Dhamir yang tadinya bersandar tenang terus menegakkan tubuh menghadap Madiha.
"hah ?."

"huh.. huh.. baik awak cakap betul betul. Awak ni sebenarnya kerja pelumba haram eh ?."
Jari telunjuk betul betul berada di hadapan wajah Dhamir.

Dhamir membulatkan mata sebelum tertawa kecil.
"astaghfirullah Madiha.. tak baik tuduh saya macamtu."

"DAHTU ! YANG AWAK BAWAK KERETA MACAM PELESIT TU DAH KENAPA."
Bercekak pinggang Madiha memarahi Dhamir. Hanya Tuhan tahu betapa kencangnya dadanya sewaktu Dhamir memandu tadi.

"oh.. hehe.."
Tangan Dhamir naik mengusap leher seraya bibir itu tersenyum comel ke arah Madiha menampakkan giginya yang tersusun rapi seolah meminta simpati gadis itu.

Madiha tergamam melihat senyuman yang terukir di wajah tampan itu. Dagu yang terbentuk tirus. Bibir yang tersenyum manis menampakkan lesung pipit di kedua belah pipi.
"handsome jugak mamat ni.."

"hah ? apedia Madiha ?."
Soal Dhamir apabila gadis itu seperti mengumam sesuatu.

"hah takde apa ! anyway.. saya taktau pulak awak ada lesung pipit."
Tegur Madiha seraya mata beralih ke arah lain. Mengelak bertentang mata dengan lelaki ini.

"oh ni.."
Tangan Dhamir naik memegang pipi sendiri.

"anyway.. sorry.. saya dah lama tak bawa kereta.. tu yang lepas gian sikit. hehe."
Sekali lagi Dhamir tersenyum comel membuatkan pipi Madiha mula merona merah.

Tahulah dia kenapa Indra taknak dia drive.

"erm.. takpe.. jom lah masuk."
Tanpa menunggu Dhamir. Madiha mendahului melangkah masuk ke dam kedai.

Dhamir mengjungkitkan kening sedikit pelik dengan tingkah gadis ini. Kereta Madiha dikunci. Tangan dimasukkan ke dalam poket sebelum kaki panjang itu melangkah masuk ke dalam.

.⁠。⁠*⁠♡

Air teh yang masih suam di gelas disisip perlahan. Tersentak kecil Dhamir apabila telefon berbunyi nyaring. Bibir yang kebasahan dilap perlahan sebelum mata menatap krin handphone.

📱Indra

"jap eh.."

Madiha hanya mengangguk membenarkan Dhamir mengangkat panggilan telefon. Roti bakar dihadapannya digigit perlahan.

📞 hah Assalamualaikum..

"Walaikumusalam ye pengantin baru.. kau nak apa ?."

📞 amboi.. macam tak sudi je angkat call aku.. kacau kau dating ke ?.

Membulat mata Dhamir dibuatnya. Terus tubuh yang tadinya bersandar tenang kini tegak seraya kepala mula melihat sekeliling.
"kau kat mana Indra Faleeq."

Berkerut kecil Madiha melihat tingkat Dhamir yang seolah mencari sesuatu.

Terdengar suara tawa dari corong telefon.
📞 HAHAHAH chill lah Dhamir. aku kat rumahlah.

"ye ye lah kau."
Bukan dia boleh percaya seketul Indra Faleeq. Pasti ada sahaja mata mata yang mengekori. Mata mata upahan lelaki ini.

📞 yerr takde kerja lah aku nak buang duit ikut kau.

"kau nak apa Indra.."
Dhamir kembali bersandar tenang.

📞 aku nak bawak lea jumpa bonda tengahari ni.

"hah lepastu ? bawak je lah. Macamlah kau tak biasa melawat bonda."

📞 ish aku nak ajak kau sekali lah ni.. kau ingat aku saja saja suruh kau cuti ?.

"ohh kauu ada udang disebalik batu eh."
Gelas ditangan dipusing pusingkan.

📞 ofcourse.. so deal eh pukul 1 gerak rumah bonda. Kau bawaklah Madiha sekali. Bonda mesti nak jumpa buah hati pengarang jantung anak sulong dia.

"ah kau tak payah mengarut."

Panggilan ditamatkan sebelum Indra terus menerus mengusiknya. Handphone kembali diletakkan ke atas meja.

"indra ?."
Soalan dari Madiha menerima anggukan dari Dhamir.

"awak free kan harini ?."

Madiha mengangguk seraya mengunyah sisa makanan di dalam mulut.

"tengahari ni ikut saya."

"hah pergi mana ? sesuka hati awak je nak bawak anak dara orang keluar."

Dhamir tersenyum senget sebelum menghulurkan handphone miliknya kepada Madiha. Madiha berkerut menatap wajah selamba Dhamir.
"hah ? dah kenapa awak ni."

"meh nombor ayah awak."

"Aip ! awak nak buat apa !."
Membulat mata Madiha dibuatnya.

"nak minta izin ayah awaklah nak bawa keluar anak dara dia."

Terkebil kebil Madiha mendengar permintaan selamba jejaka dihadapannya.
"wahh lelaki ni tak betul.. sumpa tak betul."

Terlepas tawa dari bibir Madiha mendengar gumaman Madiha.
"HAHAAHA kalau awak taknak bagi takpe. Kejap."

Madiha hanya membiarkan Dhamir yang tiba tiba fokus pada handphone di tangan. Jari jemari itu ligat menari nari di atas papan kekunci seolah sedang menghantar pesanan kepada seseorang.

"okay kita tunggu."
Handphone kembali diletakkan di sisi sebelum air dihadapannya disisip perlahan.

Madiha berkerut hebat. Pelik dengan tingkah Dhamir pagi ini. Dia rasa Dhamir tertekan sebab Indra dah kahwin. Mungkin lah mungkin.

Bunyi message dari handphone Dhamir mengalihkan perhatian mereka. Dhamir tersenyum lebar sebelum kembali menatap handphone ditangan.

Madiha hanya diam melihat. Berkerut nipis wajah jelita Madiha apabila Dhamir meletakkan handphone ke telinga. Seolah sedang menunggu panggilan. Air dihadapannya diminum.

"Assalamualaikum uncle.."

Madiha yang sedang leka menghirup air terkebil kebil menatap Dhamir.

Dhamir tersenyum nipis melihat wajah bingung gadis dihadapannya.
"saya Dhamir Haikal. Kawan Madiha."

DANG ! WOI !

"uhuk..."
Tersedar Madiha apabila ayat itu menyapa pendengarannya.

Dhamir selamba menghulurkan tisu kepada Madiha seraya meneruskan perbualan.
"yer uncle saya ada dengan anak uncle sekarang. Dia tengah makan."

"Dhamir !."
Madiha sedaya upaya merampas handphone Dhamir tetapi lelaki itu menjarakkan tubuh.

"saya nak minta izin uncle ni.. kalau uncle izinkan tengahari ni saya nak bawa Madiha jumpa bonda saya."

"Dhamir !!."
Rengek Madiha geram apabila Dhamir masih tidak menamatkan panggilan.

"tak uncle.. bonda saya ajak lunch. insha'Allah saya jaga anak uncle elok elok."

"Dhamir Haikal !."
Madiha bangkit dari duduk menuju ke tempat Dhamir.

"yer uncle.. saya.."
Belum sempat Dhamir menghabiskan kata Madiha lebih pantas merampas handphone Dhamir.

"hello ayah.. ni Kakak."
Madiha kembali duduk ditempatnya bersama handphone Dhamir di telinga. Mata menatap tajam wajah Dhamir yang tersenyum mengusik dihadapannya.

"ermm kawan.. dia kawan je ayah."

Dhamir mengangkat gelas ditangan sebelum air yang hampir habis diminum. Tangan sebelah menyebakkan rambut kebelakang apabila Madiha masih menatap tajam dirinya.

"hah okay ayah. Assalamualaikum."

Panggilan ditamatkan. Handphone milik Dhamir kembali diberi kepada sang pemilik.

"so ? dapat izin kan ?."

"mana awak dapat nombor ayah saya hah ?!. awak ni kerja apa sebenarnya Dhamir. Awak ni perisik eh ?. baik awak cakap betul betul."

Terlepas tawa Dhamir mendengar tuduhan melulu gadis ini.
"HAHAHAHAHA."

"Madiha.. i told you right."

"Saya Dhamir Haikal."

"keep that in mind."

.⁠。⁠*⁠♡

Tangan kanan lihat mengendalikan stereng manakala tangan kiri tenang di peha. Mata Indra sesekali melirik ke arah sang Isteri disebelah yang leka bermain handphone.

"awak.."

"hm ?."

"lepas ni kita pergi rumah ibu terus kan ?."
Soal Alea menatap seketika wajah Indra di sisi.

Indra mengangguk mengiyakan. Hanphonenya masih digunakan sang isteri.
"haah kenapa."

"takdelah.. ibu tanya."
Alea meletakkan handphone milik Indra ke atas riba sebelum pandangan dituju pada jalan raya.

"bosan ?."
Soal Indra ringkas.

Alea menggeleng bersama senyuman.
"rumah bonda kat mana ?."

"dekat Klang. Lagi 20 minit sampailah."

"ohh okayy.. saya main phone awak tau."
Pinta Alea bersama senyuman.

"ye sayang.. mainlah."

Memang semenjak kejadian semalam Indra sebolehnya tidak mahu Alea membuka handphone sendiri. Biarlah isterinya itu menggunakan handphonenya asalkan keselamatan wanita itu terjamin.

.⁠。⁠*⁠♡

Kasih Hawa.

Nama signboard yang terpapang di pintu gerbang utama menarik perhatian Alea. Rasa ingin tahu mula mencanak naik.

"Assalamualaikum Pak Halim."
Indra menyapa pengawal keselamatan yang menjaga pintu gerbang utama.

"eh Walaikumusalam faleeq ! Ya Allah lama tak nampak."
Lelaki yang bergelar Pak Halim itu tersenyum riang melihat wajah Indra.

"saya busy sikit Pak Halim. Oh ni isteri saya. Alea."
Sempat diperkenalkan Alea pada Pak Halim. Alea tersenyum menyapa.

Pak Halim melirik pada tempat duduk penumpan sebelum tersenyum menyapa Alea.
"cantik.. oh ni umi kamu ada bagi kad jemputan."

"Pak Halim mai ya. Pakai segak segak."
Gurau Indra.

"insha'Allah Pak Halim mai dengan bonda."

"hahaha okaylah PakHalim. Faleeq masuk dulu. Assalamualaikum."

"Walaikumusalam."
Pak Halim hanya melihat kereta mewah itu menderum masuk.

Kereta milik Indra diletakkan di tempat letak kenderaan yang disediakan betul betul dihadapan bangunan. Kereta yang terletak disebelahnya ditatap. Cukup kenal dengan kereta mewah berona hitam di sisinya. Kereta milik Dhamir Haikal yang bergerak setahun sekali je.

Indra melangkah keluar dari kereta. Kaki panjangnya menuju ke pintu belah penumpang sebelum dibukakan pintu buat sang isteri.

"thank u.."

Indra hanya tersenyum sebelum kembali menutup pintu. Rambut dikemaskan sebelum lengan dihulur pada sang isteri.
"jom.."

Alea tersenyum seraya merangkul lengan Indra.
"kita buat apa kat sini ?."

Pasangan itu melangkah masuk menyelusuri ruang pejalan kaki yang tersergam indah. Mata Alea tidak sudah melihat sekeliling.

"nilah rumah bonda Dhamir."

Kenyataan dari Indra membuatkan Alea tergamam hebat.
"Hah ?!! Ni rumah bonda Dhamir ?!."

Terlepas tawa dari bibir Indra melihat reaksi terkejut sang isteri.
"yelah kenapa ?."

Alea tidak sudah melihat sekeliling rumah. Tidak ini Bukan rumah. Malah persekitaran ini sudah boleh dianggap tidak ubah seperti resort. Disekelilingnya terdapat beberapa buah bangunan kecil yang cantik. Dapat Alea tangkap bunyi air sungai mengalir tetapi dia masih tidak lihat di mana tebing sungai.
"kat sini ada sungai ?."

Indra mengangguk.
"kat belakang sana dekat dengan tempat riadah budak budak."

"hah ?."

"oh.. saya tak bagitau awak eh ?."

"bagitau apa ?."

"Ni rumah anak anak yatim Bonda."

"HAH ?!."

Sungguh. Tergamam hebat seketul Alea Intisar tika ini.

"abang faleeq !!."
Lagi tergamam apabila pandangan dihiasi tubuh beberapa orang kanak kanak berlari anak mendekati Indra sebelum tubuh tubuh kecil itu memeluk kaki Indra.

"aipp abang cakap apa kalau jumpa tetamu."
Tegur Indra lembut.

"hehe Assalamualaikum abang."
Kanak kanak lelaki itu tersenyum comel sebelum bergilir gilir menyalami tangan Indra.

Seorang kanak kanak lelaki menarik perlahan baju Indra.
"abang.."

"Ye Thaqif."

"tu sapa.. cantik.."
Jari kecil Thaqif menuju pada Alea.

Alea tersenyum gemas melihat tingkah comel kanak kanak ini.

"oh ni..ni isteri abang. Kak Alea."

"isteri abang !! cantiknyaa !!."
Seorang lagi kanak kanak lelaki memuji Alea membuatkan wajah Alea tersipu malu. Lengan Indra digenggam menahan rasa malu.

Indra tertawa nipis apabila jelas isterinya menahan malu.
"aipp isteri abang ni. Jangan mengorat."

Alea menepuk perlahan lengan Indra apabila budak budak itu cemberut.

"ni bonda kat mana ?."
Soal Indra lembut. Tangan sempat membetulkan rambut Thaqif yang sedikit berantakan.

"bonda dekat ruang makan dengan abang ekal."

Indra yang perasan raut wajah bingung sang isteri di sisi berbisik perlahan.
"Dhamir. diorang panggil ekal."

Alea mengangguk mengerti.

Langkah diteruskan menuju ke ruang makan utama diikuti langkah langkah kecil budak budak dihadapan mereka.

"abang leeq nak tau tak !."
Seorang budak lelaki mula membuka cerita.

"Apedia Zikri."
Sahut Indra lembut. Alea di sisi hanya tersenyum melihat gelagat teruja budak budak itu bertemu dengan Indra.

"Abang ekal pun bawak makwe !! cantik macam kak Alea !."
Bersungguh Rizki bercerita membuatkan Indra dan Alea tertawa nipis.

"mana lagi cantik. Isteri abang leeq ke makwe abang ekal ?."

Alea menepuk perlahan lengan Indra apabila Indra sengaja mengajukan soalan begitu. Lihat sahaja dari wajah mengusik lelaki ini. Nakal sungguh.

"eeee mana boleh tanya soalan macamtu abang !! tak baiklah !."

"Dua dua cantik !!."

"yeke ? bagi abang. Isteri abang lagi cantik."

BLUSH !
Ya Allah seketul Indra Faleeq ini.

"eee abang sweet talker."
Thaqif dengan selamba memberi komen membuatkan semua tertawa.

Alea menggeleng apabila Indra tidak sudah mengusik. Dalam diam dia mengagumi cara Indra melayan budak budak yang petah dengan soalan.

Sesekali matanya tidak lepas melihat suasana sekeliling. Dihiasi dengan keindahan hutan ditambah dengan burung burung yang berkicauan.

Rumah bonda Dhamir ni betul betul jauh dari bandar sehinggakan langsung tiada bunyi kesesakan jalan raya menyapa pendengaran.

Yang hanya didengari hanyalah bunyi burung burung yang bertebangan di langit. Bunyi unggas dari hutan yang mengelilingi rumah. Bunyi air sungai yang mengalir hebat.

Sungguh jika diberikan peluang Alea hendak merasa tinggal di rumah dengan suasana begini.

Rasa ingin tahu mula mencanak naik tentang bonda seorang Dhamir Haikal.

Salam Sayang,
Mardee.

Continue Reading

You'll Also Like

2.1M 108K 96
Abang, sebenarnya kan Sophea nak bagitahu abang yang Sophea cinta kan abang - Aryanna Sophea Tch kau tu budak kecil, apa je yang kau tahu tentang cin...
2.5K 354 15
━ completed ━ Areeq's dear deer Areeq tercipta buat Maya dan Maya teristimewa buat Areeq. Noktah, tiada bantahan. Itu kata magis buat mereka. Ada lag...
14.8K 1.9K 60
★ Way Back Home Series ( i ) ── DAYANA ZHALIFAH seorang gadis yang tidak tahu erti meminta. sejak daripada kecil, gadis itu di didik untuk sentiasa b...
231 17 12
Sekadar luahan, puisi dan teks random. Diadaptasi dari kisah benar. - DISCLAIMER - Setiap bab adalah hasil dari buah fikiran penulis sendiri dan tid...