aksara

By 3ardee

33.8K 1.9K 268

For younger me, who wanted to be someone's first choice. More

aksara langit
sneak peek
aksara 1
aksara 2
aksara 3
aksara 4
aksara 5
aksara 6
aksara 7
aksara 8
aksara 9
aksara 10
aksara 11
aksara 12
aksara 13
aksara 14
aksara 15
aksara 16
aksara 17
aksara 18
aksara 19
aksara 20
aksara 21
aksara 22
aksara 23
aksara 24
aksara 25
aksara 26
aksara 28
aksara 29
aksara 30
aksara 31
aksara 32
aksara 33
aksara 34
aksara 35
aksara 36

aksara 27

785 44 4
By 3ardee

Indra diam menatap redup tubuh wanita yang baru bergelar isterinya sedang berbual mesra dengan tetamu. Tangan halus itu dari tadi berada dalam genggaman sang umi.

Dia hanya membiarkan melihat kepada wajah teruja umi sewaktu memperkenalkan Alea kepada rakan rakannya.

Biasalah umi lepas geram sebab waktu tunang dulu takboleh tunjuk bakal menantu. Anak teruna dia tak bagi. katanya.. ehem 'Nanti kawan umi berkenan ngan lea macam mana.. pastu dia kenenkan dekat anak dia'.

Indra being Indra.

Berkerut wajahnya apabila perasan wajah jelita yang dihiasi solekan nipis itu berkerut seolah sedang menahan sesuatu.

Kaki panjangnya melangkah mendekati tempat berdirinya sang isteri. Tubuh yang anggun mengenakan abaya berona putih dicuit sedikit.

Alea menoleh melihat tubuh tegap yang berdiri di belakangnya. Terukir senyuman nipis di wajah membalas senyuman sang suami.

Suami.
Oh my..

dah jadi suami.

"Umi.. Angah minta izin bawak isteri angah masuk boleh ?."
Soal Indra sopan pada sang umi yang leka berbual.

"hah yelah. kesian anak umi ni.. umi minta maaf ye lea."
Tangan sang menantu dielus lembut.

"eh takpe umi lea okay."
Senyuman manis diberi.

"saya masuk dulu ye aunty semua. Terima kasih sudi datang.. doakan hubungan kami ye."
Penuh sopan Indra mengucapkan terima kasih sebelum membiarkan sang isteri menyalam satu persatu tangan yang berada di situ.

Alea kembali berdiri di sisi Indra. Tersentak kecil dia apabila tangannya diraih ke dalam genggaman tangan besar seseorang.

"jom.."
Tangan halus milik sang isteri ditarik lembut masuk ke dalam rumah.

Alea hanya mengekori langkah sang suami. Kepalanya yang pusing membantutkan pergerakkannya.

Belum sempat kaki Indra menapak naik ke atas tangga, terhenti langkahnya apabila tangan halus yang berada di dalam genggamannya menahan.

"nak pergi mana ?."
Soal Alea perlahan.

"naik bilik saya.."

"eh majlis tak habis lagi ni.."
Berkerut kecil wajah jelita Alea.

"who cares.. you're more important. Jom."
Tanpa mendapat persetujuan sang isteri. Tangan halus itu kembali ditarik lembut.

Alea akur. Belakang tubuh tegap milik Indra ditatap sebelum mata beralih pada tautan tangan mereka. Jelas tangannya hilang disebalik tangan besar milik Indra.

Pintu bilik berona hitam dibuka Indra sebelum memberi ruang buat sang isteri.
"masuklah.."

Alea melangkah masuk. Mata mula melilau melihat sekeliling bilik yang bertemakan moden kontemporari. Jujur Alea memuji susun atur bilik ini. Langsung tidak menunjukkan bahawa ini bilik lelaki bujang.

Jelaslah Alea tahu, Indra seorang yang teratur.

"sorry bilik saya sepah sikit. biasalah bilik lelaki."

"ehh manada. in fact lagi kemas dari bilik saya ni."
Tegas Alea.

Indra tersenyum manis.
"duduklah dulu.. saya nak tukar baju jap."
Pelawa Indra lembut sebelum kaki panjang itu menapak masuk ke dalam satu bilik kecil.

Alea melabuhkan duduk di sofa yang tersedia seraya mata masih melilau melihat hiasan bilik Indra. Mata terpejam apabila kepala dihentam rasa sakit. Tangan yang dihiasi inai naik mengusap lembut kepala. Cuba untuk menghilangkan rasa sakit yang menyengat.

.⁠。⁠*⁠♡

Kaki panjang Indra melangkah keluar dari wardrobe. Rambut yang terjuntai disebakkan ke belakang. Badan yang tadinya tersarung set lengkap baju melayu kini hanya mengenakan t-shirt kosong dan seluar baju melayu masih dikekalkan. Terhenti langkahnya apabila mata menangkap tubuh genit sang isteri yang terlena di sofa.

Mata mula berubah redup melihat wajah jelita itu kepenatan. Kaki mengorak langkah mendekati sebelum bercangkung di hadapan sang isteri. Kain purdah yang menutupi wajah jelita gadis yang halal buatnya dibuka ikatan dengan penuh lembut.

Makin melebar senyuman di bibir apabila retina mata dihiasi wajah ayu milik wanita yang halal buatnya. Kain purdah diletakkan elok ke atas tangan sofa sebelum dia turut melabuhkan duduk di sisi sang isteri. Rapat sehingga berlaga peha.

Indra diam menatap redup wajah jelita yang terlena pulas. Tidak dia sangka, wanita yang dia puja sejak sekian lama kini berada di hadapannya. Sebagai isteri dia yang sah. Tangan naik mengelus lembut pipi gembil sang isteri. Mengagumi keindahan wanita ini.

Indra menghela nafas lemah sebelum tangan dengan penuh lembut mengalihkan kepala sang isteri yang bertongkat tangan agar bersandar di bahunya. Lembut tingkahnya, gusar jika mengejutkan Alea.

Jam di dinding dilihat, masih berbaki satu jam sebelum masuk waktu asar. Biarlah wanita ini rehat. Dia perasan sejak pulang dari masjid Alea tidak lekang dengan senyuman melayan tetamu yang hadir.

Tangan halus sang isteri dicapai lalu dielus lembut. Cincin permata yang tersarung indah di jari manis wanita itu dimain mainkan.

Sesekali dilabuhkan kucupan hangat pada kekura tangan itu.

Masa berlalu. Indra yang tadinya leka mengelus tangan sang isteri turut terlena dengan tangan besarnya yang bertaut dengan tangan Alea.

Sepi. Suasana bilik itu kembali sepi. Bunyi tetamu di luar lansung tidak menganggu pasangan yang dirai sedang terlena pulas.

Indra tersedar apabila bunyi azan asar menyapa deria pendengarannya. Bahu yang terasa berat ditatap. Jelas tubuh sang isteri masih terlena pulas.

"lea.. Alea.."
Tangan sang isteri yang berada di atas peha dielus lembut.

"hm.."
Merengek kecil gadis itu apabila lenanya diganggu.

"bangun lea.. dah asar. jom kita solat asar dulu."
Lembut suara Indra menegur sang isteri.

"hm ?".
Anak mata cantik Alea terkebil kebil cuba untuk menghilangkan kantuk yang menguasai.

Indra tersenyum nipis. Tubuh mengiring menghadap tubuh sang isteri.
"are you okay ?."

Alea mengangguk sebelum tangan naik hendak menggosok mata. Belum sempat tangannya sampai. ada tangan yang lebih cepat menghalang.
"takmau gosok mata lea. Duduk sini."

Indra bangkit dari duduk menuju ke arah beg milik sang isteri yang belum dipunggah. Beg kecil yang berada di atas bagasi berona putih dicapai lalu kembali dilabuhkan duduk di sisi Alea.

"kenapa ?."

"saya tolong lapkan makeup awak."

"eh takpelah saya boleh buat."

"aipp.. saya tahu awak boleh buat.. tapi bagilah saya buat. Isteri saya kan ?."
Lembut suara Indra menyapa pendengaran Alea.

Alea tersenyum nipis sebelum akur membiarkan Indra membersihkan wajahnya.

Indra tersenyum apabila wajah jelita isterinya yang tidak dicalit sebarang alat solek menyapa penglihatan. 2 kapas yang telah digunakan diletakkan ke tepi sebelum tangannya tanpa amaran naik mengusap lembut bawah mata sang isteri.

"lea.."

"hm ?."
Alea membiarkan setiap sentuhan Indra pada wajahnya.

"How hurt you are.. sehinggakan mata yang cantik ni.. seolah sudah letih untuk dibuka.."
Ibu jari kasar Indra mengelus penuh lembut kelopak mata jelas keletihan.

Tergamam Alea mendengar soalan sang suami. Anak matanya menatap redup wajah Indra yang dekat dengannya.

Ibu jari Indra bergerak mengelus satu garis di hujung kelopak mata sang isteri. Dia tahu garis ini.
"tears stained.."

"you got a tears stained lea.."
Gumam Indra. Saat ini dalamannya berperang dengan pelbagai rasa. Geram marah dan sedih. Marah mengenangkan orang yang menyakiti gadis ini. Sedih mengenangkan dia tiada sewaktu gadis ini dihentam kerasnya dunia.

"hah ?. awak cakap apa ni ?."
Alea berkerut mendengar gumaman Indra.

"ni.. dekat hujung mata awak.. it looks like an natural eyeliner.. tapi dia sebernanya tears stained.."

Jari Indra masih mengelus lembut disitu. Seolah ingin menyembuhkan segalanya.

"tears stained ?."
Terkebil kebil kelopak mata Alea cuba menghadam.

"hm.. it happened if someone cries too much.."

Tergamam.
Anak mata bertentangan.
Membalas rasa.

Alea tergamam dari berkata. Hati dihimpit rasa sebak melihat wajah sang suami yang berkerut seolah menyimpan rasa marah.

Tangan Alea naik mengusap dada Indra. Cuba menenangkan sang suami.
"saya okay Indra.."
Senyuman nipis diberi.

Indra menatap redup wajah jelita yang sedang tersenyum dihadapannya. Tanpa amaran.. bibir dilabuhkan pada kedua kelopak mata sang isteri. Cuba untuk menyembuhkan luka luka yang lama.

"Mata ni.. saya takkan biarkan mengalirkan air mata untuk sebab yang sama lagi."

Tergamam Indra apabila tangan kecil sang isteri naik mengusap lembut pipinya.
"Indra."

Terpejam mata Indra apabila ibu jari lembut itu mengelus lembut rahang tirusnya. Tangannya naik menindih tangan kecil yang berada di pipinya.
"hmm ?."

"thank u for everything.."
Lembut suara Alea mengucapkan terima kasih pada lelaki yang berada dihadapannya. No words can describe how much she thankful for this man.

"thank u for choosing me."

Saat itu, Alea merasakan dia wanita paling beruntung dikurniakan Indra sebagai suami.

.⁠。⁠*⁠♡

Indra melangkah keluar dari bilik air bersama tangan ligat mengeringkan rambut yang lembap. Berkerut kecil dahi apabila suasana bilik sunyi seolah tiada gerangan.

Tubuh tegap yang hanya mengenakan kain pelikat tanpa baju melangkah keluar dari wardrobe. Tuala kecil yang bertujuan mengeringkan rambut dibaling masuk ke dalam raga kain.

Mata melilau mencari susuk tubuh wanita yang baru bergelar isterinya. Mata menangkap pintu gelengsar yang terbuka sebelum kaki panjang itu melangkah mendekati.

Tubuh tegap itu bersandar pada pintu gelengsar seraya berpeluk tubuh menatap tubuh yang lengkap mengenakan sepersalinan telekung.

Tanpa sedar, terukir senyuman di bibir apabila wanita itu tidak perasan kehadirannya.

"tengok apa tu.."
Cukup satu ayat menyentakkan Alea yang merenung jauh.

Tubuh dipusingkan menghadap gerangan yang menyapanya. Membulat matanya apabila retina mata dihiasi tubuh Indra yang tidak mengenakan baju. Terus kepala kembali menatap ke hadapan.
"erk.. awak dah siap mandi ke ?."

Terukir senyuman mengusik di wajah Indra melihat reaksi terpingga pingga gadis dihadapannya.
"dah.. awak dah solat ?."

Alea menggeleng walaupun tika ini sedang membelakangi Indra.
"saya tunggu awak."

"kenapa tak pandang saya ?."
Galak eh kau Indra usik isteri tu.

"erm..."

Tawa terlepas dari bibir Indra melihat wanita itu seolah kehilangan kata.
"saya gurau je lea.."

"tak baik tau.."
Cemberut wajah Alea dibuatnya.

"kejap saya pakai baju."
Alea hanya mengamati tubuh tegap itu melangkah kembali ke wardrobe menyarungkan tshirt nipis ke tubuh.

Berkerut wajah Alea melihat Indra keluar bersama dua buah kotak ditangan. Kotak itu berbentuk bujur.
"Apatu ?."

"ni ?.. Come."
Indra mengamati tubuh sang isteri ke katil. Dua buah kotak diletakkan ke atas katil sebelum satu kotak berona putih diberi pada sang isteri.

"bukaklah.. kita bukak sama sama."
Ujar Indra.

Alea bersama rasa ingin tahu yang mendalam akur membuka kotak yang cantik dihadapannya. Bersinar terang matanya apabila retina mata dihiasi sehelai sejadah berona merah jambu cair yang tergulung elok di dalam kotak.
"Ya Allah.. Indra.. Cantiknyaaa."

Indra tersenyum melihat wajah jelita itu teruja. Kotak dihadapannya turut dibuka. Sehelai sejadah berona biru menyapa pandangan.
"cantikk.."

Alea yang dalam persalinan telekung membawa keluar sejadah dari kotak.
"awak beli ke ?."

Indra menggeleng seraya tangan membantu sang isteri membawa keluar helaian sejadah dari kotak.
"Bukan saya beli, Bonda bagi."

Alea berkerut kecil.
"Bonda ?."

Indra mengangguk seraya sejadahnya pula dibawa keluar.
"Bonda Dhamir, tapi dah macam bonda saya jugak."

Alea mengangguk mengerti, tidak pelik memandangkan dia nampak betapa akrabnya Indra dan Dhamir.
"Ehh awak.. ada nama lah !."

Makin teruja wanita itu melihat ukiran namanya dalam tulisan jawi.

Alea Intisar.

Indra tersenyum seraya menunjukkan sejadahnya.
"saya pun ada."

Indra Faleeq.

Ukiran nama berona emas itu ditatap teruja. Tidak lekang senyuman di wajah Alea.
"cakap kat bonda.. saya cakap terima kasih."

Indra yang masih tersenyum mencapai sejadah dari tangan sang isteri lalu dibentangkan dibelakangnya menghadap arah kiblat.
"nanti saya bawak jumpa bonda. Jom.. solat dulu."

Alea mengangguk akur sebelum mengambil saf dibelakang sang suami.

Suara maskulin Indra yang melanunkan bacaan AlFatihah menyapa pendengaran membuatkan beribu kali rasa syukur menyapa hati.

.⁠。⁠*⁠♡

Indra dan Alea melangkah turun dari tingkat atas. Sistem pendengaran dihiasi suara Iskandar yang tidak sudah bercakap.

"hah pengantin baru dah turun."
Suara nyaring Iskandar mengalihkan pandangan semua yang berada di ruang tamu.

"Lea.. meh duduk dengan umi."

"Eh uminya bagilah anak tu duduk dengan suami dia."
En Zaidi menegur dengan nada gurauan menyebabkan Puan Mariam menjeling manja sang suami yang berada di sisi.

"ish ish kesian umii."
Iskandar menggelengkan kepala sengaja menyertai sang ayah mengusik uminya.

PAP

"ADUHH UMII."
Merengek kesal Iskandar apabila bantal kecil selamat mengena wajahnya.

Idlan yang berada di atas sofa hanya menggeleng.
"tulah kacau umi. Padan Muka."

Indra hanya pasrah melihat telatah keluarganya. Duduk dilabuhkan sebelum tangan mengamit sang isteri agar melabuhkan duduk di sisinya.

"angah ! bila nak bukak hantaran !."
Iskandar menyoal teruja. Dari tadi dia memerhati hantaran yang diterima abangnya. Niat hati hendak usha sedikit tetapi alangkah malangnya apabila hantaran itu dibungkus elok di dalam kotak. Lansung tidak menampakkan barang di dalamnya.

"eh dia pulak excited macam dia baru kahwin."
Imar memerli Iskandar yang dari tadi duduk berdekatan dengan hantaran.

"ishh jeles lah tu angah dah kahwin dia single lagi."
Iskandar membalas membuatkan Imar membulatkan anak mata kegeraman.

Pecah tawa semua yang berada di ruang tamu mendengar perlian Iskandar. Iskandar hanya membuat wajah toya seraya tangan menarik tubuh buntal seekor kucing ke atas riba.

Tubuh montel yang berbulu itu diusap sebelum dicium berkali kali.
"eeee wanginyaaa diaaaaaa!!."

"ni yang mana ?."
Soal Alea kepada Indra di sisi.

Indra mengamati lama tubuh si bulus yang berada di riba Iskandar.
"oh.. Garfield."

Alea mengangguk mengerti sebelum hanya melihat lagi dua ekor kucing baru masuk ke rumah sebelum terkedek kedek menapak ke arah Iskandar.

"comellnyaa."
Puji Alea apabila tubuh montel itu tidak berhenti bergesel pada kaki Iskandar.

"Oh Kakak Ipar ! kenalkan.. ni Garfield.. ni Mickey lepastu yang tengah jeling Along tu Fiona. Dia memang tak suka Along."
Bersungguh Iskandar memperkenalkan kucing kucingnya kepada Alea.

"Iyer ? kenapa ?."

"Dulu Along pernah nak terlanggar Fiona guna kereta control dia. Nasib baik Fiona sempat lari tau !."
Terhibur Alea melihat kesungguhan Iskandar bercerita bersama memek muka.

Imar hanya memincing mata menatap wajah adiknya.
Amboi amboi budak ini.

Idlan diam menatap telefon di tangan sebelum jam di dinding dilihat.
"Abi.. dah nak masuk maghrib."
Maklum Idlan ringkas sebelum semua yang berada di ruang tamu melihat jarum jam.

"oh ya.. mehlah kita gerak. Lambat nanti tak dapat tempat pulak."
Tubuh En Zaidi bangkit dari duduk diikuti yang lain.

Kesemua bergerak ke hadapan meninggalkan Alea dan Indra di dalam. Memberi ruang buat pasangan itu.

"Awak pergi masjid ke surau."
Soal Alea seraya berjalan disebelah Indra menuju ke halaman rumah.

"Malamni Abi ajak pergi Masjid. Kenapa nak ikut ?."
Soal Indra. Jam ditangan dibetulkan.

Alea menggeleng bersama senyuman nipis.
"takpelah.. saya teman umi kat rumah. Awak balik pukul berapa ?."

Indra membetulkan kopiah dikepala sebelum menatap wajah jelita sang isteri.
"insha'Allah lepas isya' saya balik. Kalau awak ngantuk tidurlah dulu takyah tunggu saya okay ?."

Alea mengangguk. Tangannya tanpa sedar naik membetulkan Kurta yang dipakai Indra.
"hati hati.."

Indra tersenyum. Suka apabila ada yang menghantarnya ke Masjid malam ini. Selalunya dia ke Masjid dengan dihiasi tubuh umi yang menghantar di muka pintu. Tetapi hari ini tubuh Umi dan Isteri yang menghantarnya. Oh bahagianya hidup.

"taknak salam ?."
Indra menghulurkan tangan.

"bukan awak ada wudhuk ke ?."
Soal Alea tidak mahu membatalkan wudhuk sang suami.

"wudhuk boleh ambil balik. Tak susah pun."
Tenang Indra menyatakan seraya masih menghulurkan tangan. Alea tersenyum nipis sebelum tangan itu disalam lalu dikucup.

Tangan Indra naik mengusap lembut pundak kepala yang dilitupi tudung sarung itu. Mata bertentang mata seolah tidak mahu melihat perkara yang lain. Sungguh permandangan dihadapan ini sudah cukup indah.

Ah ngado.

"sudah sudahlah tu kang ada yang solat kat rumah je. Balik nanti sambung bercinta ya ?."
Teguran dari Imar membuatkan Indra memincing mata menatap wajah toya sang abang.

"ouch !."
Tersentak Imar apabila lengannya ditampar oleh Puan Mariam.

"budak ini.. biarlah orang nak bahagia. kamu tu kalau jealous pergi cari bini."

"HAHAHAHH."
Kuat tawa keluar dari bibir Iskandar.

Nasiblah Imar.

.⁠。⁠*⁠♡

"umii buat apa tuu."
Tegur Alea apabila melihat Puan Mariam sibuk di dapur.

"takde apa pun umi kemas sikit je. Ni Alea nak makan apa apa ke ? kalau nak umi masakkan."

Alea menggeleng laju.
"ehh takyahlah umi.. lea kenyang lagi."

"hah yelah.."

"erm umi.. lea nak tanya boleh ?."
Pinta Alea penuh sopan.

"kejap lea.."
Puan Mariam membasuh tangan sebelum dilap ke kain yang tergantung. Tubuh itu menarik lengan sang menantu ke ruang tamu.

"jomm kita sembang kat depan."
Alea hanya menurut.

Kedua tubuh itu melabuhkan duduk ke atas sofa. Tiga ekor kucing yang dibiarkan lepas leka bermain antara satu sama lain.

"Kucing Is 3 ekor je ? Indra kata banyak."
Soal Alea.

"Ada kat belakang tuu dalam rumah dia. Tiga ekor ni lepas sebab malamni dorang paling behave."
Terang Puan Mariam menyebabkan Alea berkerut kecil.

"ohh macamtu pulak."

"hehe soo Lea nak tanya umi apa ?."
Soal Puan Mariam teruja dapat berbual dengan menantunya. Biasanya dia tinggal sorang kat rumah kalau yang lain pergi surau. Tapi harini ada teman. Hiks ! Suka !.

"pasal mas kahwin lea.."

Puan Mariam mengangguk. Sudah dapat menganggak apa yang akan ditanya gadis ini.
"Pasal Quran tu ?."

Alea mengangguk. Jujur dari tadi dia hendak menyoal hal ini kepada Indra tetapi belum berkesempatan.

"Macamni.. Mula mula memang kita dah setuju mas kahwin hanya seutas gelang je kan ? Lea pun setuju kan ?."
Terang Puan Mariam penuh lembut disambut anggukan dari Alea.

"Tapi angah yang nak letak juga Quran tu sebagai mas kahwin. Dia sendiri yang pergi jumpa Ayah dan ibu lea minta persetujuan diorang."

Alea mendengar penuh tekun.

"Quran tu.. lama tau angah simpan. Tak silap umi dah nak masuk 5 ke 6 tahun dia simpan. Dalam tempoh tu juga angah siapkan Quran tu. Tapi bila dia siap tu umi taktahu lah. Lea pun tahu kan Quran tu.. Al Quran yang ditulis sendiri ?."

Alea mengangguk. Entah kenapa hati diterpa rasa hangat.

"Angah lah tulis. Dulu umi ingat lagi.. umi pernah tanya dia.. kalau dia nak kahwin nanti.. hadiah apa dia nak bagi isteri dia.. and angah cakap.. dia nak bagi AlQuran yang dia tulis sendiri. Dan sejujurnya umi taktahu bila dia mula tulis.. Angah tu jenis yang suka buat benda diam diam."

"Tiba tiba haritu dia minta izin umi nak letak Mas Kahwin AlQuran yang dia tulis sendiri. Ya Allah terkejut umi masatu lea. Umi ingat dia main main."
Riak wajah terkejut Puan Mariam menyebabkan senyuman terukir di wajah Alea.

Tangan Puan Mariam naik mengusap tangan halus Alea.
"Anak umi tu.. banyak kurangnya lea.. Umi harap Lea boleh terima dia.. sayang dia.. cintakan dia.. semuanya kerana Allah. Indra tu jenis simpan. Kadang apa yang dia pendam pun umi taktahu."

"Tapi dia tegas dalam mendidik. Pernah sekali Iskandar balik rumah pukul 7 dengan tak solat asar lagi terus lepas solat kena tazkirah sampai isyak."
Tertawa kecil Puan Mariam mengingat kembali momen momen dahulu kala.

Alea turut tertawa kecil.
"Umi.. Lea pun banyak kurangnya. Lea tak boleh janji lea boleh jadi isteri yang sempurna untuk Indra. Tapi Lea janji.. Lea akan usahakan untuk jadi yang terbaik. Umi doakan kitaorang ye ?."

"always sayang.. always.. Doa umi takkan pernah berhenti selagi umi hidup."

Mendengar cerita umi membuatkan Alea rasa dia mula jatuh hati sekali lagi pada jejaka itu. AlQuran yang berada dihadapannya kini diusap sayang. AlQuran ini.. AlQuran yang ditulis oleh suaminya.

Helaian muka itu dibuka.

Berkali kali Alea memuji Illahi.
"Subhanallah.."

Cantik. Setiap kalimah yang terukir di helaian muka AlQuran itu cantik ditulis. Kemas lansung tiada kesan comot.

Entah kenapa air mata bertakung di tubir mata.

Benarlah, dia beruntung dikurniakan Indra sebagai suami.

Tuhan, Terima Kasih.

.⁠。⁠*⁠♡

Madiha menyanyi kecil seraya menutup pintu kereta. Sweater yang dipakai dibetulkan. Dia baru lepas pulang dari kedai mamak. Biasalah sekarang ni duduk sorang. Nak masak dia tak pernah masak portion untuk sorang. Jadi pergi mamak je lah solusinya.

Bibir itu mengumam lagu lagu seraya melangkah ke lobi utama rumah.

"Madiha.."

"Astaghfirullahalazim Astaghfirullahalazim"
Mengucap panjang Madiha apabila ditegur secara tiba tiba. Dahlah dah malam. Gilo tak terkejut.

Kepala dipusingkan menghadap insan yang menegur. Makin naik barannya apabila melihat wajah itu.
"kau dah kenapa ? buang tebiat ?!."

Diingatkan sekali lagi.
Mulut Madiha pedas.

"Sorry.."

Tangan Madiha yang tidak nampak disebabkan jacket yang dipakai 2 kali ganda besar dari saiz badannya naik berpeluk tubuh. Wajah menjengkelkan ditayang pada lelaki dihadapannya.
"kau nak apa ?."

Cuba teka sapa ?.

"Kau baru balik dari Majlis Alea ke ?."
Betullah tu. Amar Firas.

Madiha menayangkan riak tidak senang.
"Kalau ye pun kenapa ada masalah dengan kau ?."

"kenapa dia tak balas message aku."
Soalan yang terbit dari bibir lelaki itu membuatkan Madiha mengucap panjang.

"Astaghfirullahalazim. Alea tu baru nikah tau Amar. Cuba fikir logik sikit. Mestilah dia takda masa nak tengok phone. Lagi satu kenapa pulak dia nak kena reply message kau ?."
Bercekak pinggang Madiha dibuatnya.

"takdelah.. aku just curious kenapa dia tak jemput aku."

"Ni Akad Nikah Amar bukan reception. Akad Nikah ni memang buat untuk family sahaja. Kau family dia ke ? tak kan ? jadi jangan sibuk."
Berdas das Madiha menjawab. Sudahlah orang penat dia boleh pulak buat soal jawab soalan yang tak berfaedah kat lobi ni.

"But aku tak dapat jawapan aku lagi Madiha.."

"Jawapan apa yang kau nak ni ? Jawapan kau ada pada Nina. Amar ! sedarlah. Korang bukan baru tunang tau. Dah berapa bulan nak dekat setahun dah. Jangan biarkan Nina tergantung macam tu Amar. Tak baik. dan aku jamin kalau Alea tahu kau buat kawan dia macam ni.. dia takkan duduk diam."

"Ingat Amar. Hati Perempuan ni jangan buat main. Kalau dia dah sayang dia akan betul betul sayang. Tapi sekali kau buat onar, seumur hidup dia akan ingat Amar."

"Cukup cukuplah hidup melayan perasaan bodoh kau. Fikir masa depan. Kau bukan budak lagi. Aku naik dulu. Assalamualaikum."
Panjang lebar Madiha cuba menyedarkan lelaki dihadapannya tanpa membenarkan lelaki itu menyampuk sebelum melulu pergi ke lift yang sudah terbuka.

Dhamir yang melihat dari jauh tersenyum bangga. Awalnya dia hendak mendekati melihat kepada bagaimana lelaki itu menegur Madiha. Tetapi dia mengambil keputusan melihat dari jauh. Dan dia kagum bagaimana gadis itu melawan.

Damn.. she's something else.

Enjin motosikal berkuasa tingginya kembali dihidupkan. Melihat pintu lift sudah tertutup, dia turut memboloskan diri keluar dari perumahan itu.


Salam Sayang,
Mardee.

Continue Reading

You'll Also Like

7.6K 385 35
My First karya📝 Fath Al Furqan ♥ Shah Melissa FATH AL FURQAN: Seorang lelaki yang agak dingin tapi mesra dengan orang yang ia selesa. Namun wajah ny...
231 17 12
Sekadar luahan, puisi dan teks random. Diadaptasi dari kisah benar. - DISCLAIMER - Setiap bab adalah hasil dari buah fikiran penulis sendiri dan tid...
2.1M 108K 96
Abang, sebenarnya kan Sophea nak bagitahu abang yang Sophea cinta kan abang - Aryanna Sophea Tch kau tu budak kecil, apa je yang kau tahu tentang cin...
14.8K 1.9K 60
★ Way Back Home Series ( i ) ── DAYANA ZHALIFAH seorang gadis yang tidak tahu erti meminta. sejak daripada kecil, gadis itu di didik untuk sentiasa b...