aksara

By 3ardee

43.1K 2.4K 322

For younger me, who wanted to be someone's first choice. More

aksara langit
sneak peek
aksara 1
aksara 2
aksara 3
aksara 4
aksara 5
aksara 6
aksara 7
aksara 8
aksara 9
aksara 10
aksara 11
aksara 12
aksara 13
aksara 14
aksara 15
aksara 16
aksara 17
aksara 18
aksara 19
aksara 20
aksara 21
aksara 22
aksara 23
aksara 24
aksara 25
aksara 27
aksara 28
aksara 29
aksara 30
aksara 31
aksara 32
aksara 33
aksara 34
aksara 35
aksara 36
aksara 37

aksara 26

935 58 16
By 3ardee

Indra hanya menatap redup wajah jelita yang berada di hadapannya tika ini. Tidak dia sangka, gadis yang dulunya dia puja dari jauh. Yang hanya dia mampu luahkan segalanya pada Tuhan. Kini bergelar tunangnya.

"awak.."

"hm ?"
Indra mengumam perlahan.

"awak tak kerja ke ?"
Soal Alea seraya tangan sibuk menyusun kerusi memandangkan waktu belajar budak budak hampir tiba.

"tengah kerja lah ni.."

Alea yang tadinya ligat melakukan kerja terhenti bersama wajah yang berkerut seribu.
"hah ?"

"ni tengah tolong awak susun meja."
Indra mengangkat meja yang tadinya bersusun tinggi sebelum disusun elok.

Alea memincing mata seraya menggeleng perlahan.
"Indra ! saya serius ni ! awak takde class ke ?"

Indra menggeleng perlahan. Rambutnya yang terjuntai disebakkan ke belakang seraya tubuh tegap itu bercekak pinggang melihat kedudukan meja yang tidak sama.
"tak saya cancel."

"hah ? kenapa awak cancel ?"
Soal Alea pelik.

"saja.. nak spend time dengan tunang saya."
Selamba Indra membalas membuatkan Alea yang tadinya bingung memerah malu.

"ish ! indra ! tak baiklah.."

"hahahah saya guraulah.. saya takde kelas."

Alea tidak dapat menahan senyum apabila suara maskulin Indra yang tertawa menyapa telinganya.

Kadang dia bahagia apabila dia sedar, hanya dia yang dapat mendengar ketawa lelaki ini. Apatah lagi mengenangkan hanya dia yang dapat melihat lesung pipit di pipi lelaki ini.

Indra Faleeq.
Sebaris nama yang membuatkan dia berani untuk jatuh sekali lagi.

Ayat dari Iskandar berlegar di kepala.

"kakak ipar nak tau tak ? angah tu.. Ya Allah dark sungguh. Kalau akak tengok baju dia dalam almari. Tak hitam kelabu. Tak kelabu hitam . hah tu je lah. Suram sungguh hidup."

"tapi Is perasan, sejak akak ada dengan kitaorang.. angah dh pandai gelak. Kalau kakak ipar nak tau.. kitaorang dua ni kadang lupa yang abang kitaorang tu ada lesung pipit and pandai gelak."

Idlan yang sibuk dengan gitarnya hanya mengangguk mengiyakan segala ucapan adiknya. Tidak berminat hendak masuk campur.

Alea tersenyum manis mengenangkan jejaka yang berada di hadapannya saat ini sering dieksrepsikan sebagai lelaki yang susah untuk senyum.

Mula sukar untuk dia percaya kerana setiap saat dia bersama Indra. Lelaki itu tidak lekang dengan senyuman.

"Lea.."

"hm ?"
Alea kembali sambung menyusun pinggan mangkuk plastik di atas meja.

"awak betul taknak buat kat dewan or hotel ? u know I'm more that capable to afford a hall right ?"
Soal Indra penuh tersusun.

Alea tersenyum manis seraya menatap sekilas Indra yang turut menatapnya.
"Awak tahu tak.. saya dari dulu memang nak sangat nikah dekat masjid. Only our family n our close friend there. Tanpa orang lain. Sebab bagi saya.. hari di mana saya akan bergelar isteri orang.. saya nak orang yang betul betul dengan saya menyaksikan momen itu."

"lagi lagi saya akan bergelar isteri orang hebat macam awak Indra. Saya tahu, awak ada reputasi untuk dijaga. Saya faham. Tapi kalau tak keberatan, saya nak kita nikah dekat masjid. Dengan bersaksikan keluarga kita sahaja."

Tanpa sedar Indra mengorak senyuman manis mendengar suara lembut itu menghentam gegendang telinganya.
"sure my alea. anything for you."

"cuma lea.."
Kaki panjang milik Indra bergerak mendekati tubuh Alea sebelum melabuhkan duduk di sebuah kerusi yang telah disusun.
"Seberapa tinggi pun pangkat yang saya pegang. Atau seberapa hebat pun pekerjaan yang saya kerjakan tika ini. Seberapa ramai pun orang yang menggangap seorang Indra Faleeq ni lelaki hebat."

"Di saat saya melafazkan akad dengan menyebut sebaris nama Alea Intisar binti Affan. Di saat saya mengangkat darjat awak sebagai isteri saya. Saat itu, saya hanyalah seorang Indra Faleeq bin Zaidi. Suami awak."

Redup pandangan mata cantik itu menikam anak mata Alea membuatkan hati diterpa rasa suam. Perlahan bibir mengukir senyuman manis. Dia yakin.. dia yakin dengan pilihannya.

"jadi saya mohon lea.. jangan pernah merasakan diri awak tidak layak. Saya hanyalah manusia biasa. Segala yang saya ada sekarang ini hanyalah pinjaman dari Allah. Ini tanggungjawab yang perlu saya galas. Saya tahu.. Alea saya ini pandai orangnya.. jadi tolong, jangan pernah merasakan awak berbeza. Boleh ?"
Lembut setiap tutur Indra masuk menyapa gegendang telinga Alea membuatkan dia dengan perlahan mengangguk.

"sorry Indra.. my fault.."

Dia patut sedar, lelaki di hadapannya tika ini. Bakal menjadi milik dia. Lelaki di hadapannya tika ini, lelaki sama yang dia menaruh hati 15 tahun yang lalu. Lelaki di hadapannya tika ini.. yang berjaya membuatkan dia berani untuk percaya akan cinta sekali lagi.

Ya..
Indra Faleeq.
Tunangnya.
Lelaki yang bakal melindunginya.

.⁠。⁠*⁠♡

Madiha menapak turun dari tingkat atas. Bersinar matanya melihat ruang tamu yang sudah cantik dengan pelamin mini. Rumah teres 2 tingkat itu sedikit riuh dengan kehadiran keluarga besar Alea.

"hah Madiha.. dh bangun dah."
Puan Suria yang ligat menyapu lantai menyapa rakan baik anaknya.

"dah aunty. ada apa apa Madi boleh tolong ?"
Soal Madiha sopan.

"takde dah.. Madiha tolong settlekan si Alea tu."

"okayy aunty sedia menurut perintah."

----

Alea hanya menatap wajahnya yang berada di hadapan cermin sebelum anak mata beralih pada sepersalinan baju kurung berona putih yang ditempah khas buatnya.

Ini keputusan yang dia buat.

Tuhan,
moga apa yang dia putuskan ini. perkara yang betul.

Madiha mengorak langkah masuk ke dalam bilik. Tersenyum nipis dia melihat wajah jelita yang tidak dicalit sebarang alat solek itu.
"lea !"

Alea yang sedikit tersentak menjeling manja Madiha yang tersenyum riang.
"Madiii kalau aku ada heart attack tadi cane ?"

"Hahahaha chill lah. btw kau dh mandi belum."

"dah lah kau ni.."

"okayy lagi 5 minit MUA kau sampai. YA ALLAH KAWAN AKU NAK KAHWINNNN !!."
menjerit teruja Madiha mengenangkan sahabatnya ini bakal bergelar isteri orang.

Alea hanya tersenyum nipis. Jari yang sudah dihiasi inai putih dilihat. Sebentar lagi, dia bakal bergelar seorang isteri.

Pada seorang lelaki hebat.
Tuhan,
Permudahkanlah.

.⁠。⁠*⁠♡

Suasana Masjid dihiasi dengan suara bisikkan memuji muji kecantikkan gadis yang cantik mengenakan abaya berona putih.

En Zaidi melangkah masuk ke dalam masjid diikuti tubuh Imar di belakang. Terukir senyuman di bibir apabila melihat ruangan masjid telah dipenuhi keluarga belah perempuan.

"Assalamualaikum.."
Salam diberi tanda hormat.

"Walaikumusalam.."

"Maaf ya.. lambat sedikit. Si bongsu ni tak isi minyak semalam."
En Zaidi memohon maaf, sempat diperli Iskandar yang berada di belakang.

Iskandar hanya tersengih tidak bersalah. Anak mata tertumpu pada tubuh gadis yang bakal bergelar kakaknya. Bersinar terang anak mata itu melihat kecantikkan Alea.

Tubuh Idlan yang berada di sisi disenggol gedik.
"eee anteklah kakak ipar kita !!."

Idlan berkerut kegelian sebelum menjarakkan tubuh dari Iskandar.
"jauh kau."

Alea yang melihat mereka mula tercari cari tubuh insan yang dinanti. Tangan tidak berhenti meramas sesama sendiri. Cuba untuk menghilangkan rasa debaran.

"anak umi.."
Tersentak kecil apabila tangannya diramas lembut.

Terukir senyuman di bibir melihat wajah jelita Puan Mariam yang baru melabuhkan duduk di sisinya.

"Assalamualaikum umi.."
Tangan tua itu dikucup hormat sebelum Puan Mariam turut melabuhkan kucupan pada pundak kepalanya.

"Maaf ya lambat.. Iskandar tu boleh pulak tengah tengah jalan baru check minyak."
Puan Mariam memuncung ke arah si bongsu yang sudah melabuhkan duduk di sisi Idlan.

Alea berkerut seketika apabila anak mata masih tidak menangkap tubuh yang dinanti.

Puan Mariam tersenyum nipis. Tangan Alea diramas sayang.
"jangan risau.. tuu angah."

Mata Alea beralih pada arah yang ditunjuk Puan Mariam. Hati dijentik rasa hangat melihat tubuh Indra yang segak mengenakan baju melayu berona putih sedang bersujud menghadap kiblat.

"sampai tadi terus dia rushing minta kat umi nak masuk dulu. katanya nak solat tahyatul masjid. Indra memang macamtu kalau dia nervous. Pernah waktu dia sekolah dia punya nervous nak ambil result sampai dia bertapa kat surau sekolah tunggu umi keluar dengan result dia."
Tertawa kecil Puan Mariam mengingatkan perangai Indra yang satu itu.

Anak mata Alea tidak lepas menatap tubuh itu. Lama. Lama dahi itu bersujud menyembah Sang Pencipta. Seolah sedang memohon restu dari Sang Penguasa Langit dan Bumi.

Ya Allah Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid.
Tanggungjawab yang bakal aku pikul sebentar lagi merupakan tanggungjawab yang berat. Aku sedar Ya Allah. Aku sedar tanggungjawab sebagai seorang suami itu berat. Jadi aku mohon kepadamu Ya Allah bantu aku untuk menjalankan tanggungjawab besar ini dengan pertolongan dan syafaat daripadaMu. Sesungguhnya hanya padaMu aku memohon kemudahan.

Beri aku rezeki seluas lautan, beri aku hati setenang air sungai Ya Allah.
Ya Allah gadis yang berada di belakang ku saat ini bakal aku angkat darjatnya sebagai isteri aku Ya Allah.
Isteri yang bakal aku sayang sepenuh hati aku Ya Allah.

Satu aku mohon padaMu.
Kuatkan hati kami. Utuhkan rasa cinta kami antara satu sama lain dan kepada Mu Ya Allah.

Permudahkanlah ikatan perkahwinan ini.

Alea menunduk apabila tubuh tegap itu telah melabuhkan duduk berhadapan dengan ayahnya.

Indra tersenyum nipis pada semua yang berada di situ. Tanda memohon maaf atas kelewatan.

"boleh kita mula ?."
Soalan dari Tok Kadi menerima anggukan dari para tetamu dan En Affan.

Masjid itu mula dihiasi khutbah ringkas dari Tok Kadi. Indra hanya mendengar dengan teliti seraya menghadam segalanya.

Tanpa Alea sedar, dua tangan itu mula berjabat. Tangan yang berada di dalam genggaman Puan Mariam semakin dieratkan.

"Muhammad Indra Faleeq bin Zaidi."
Suara sang ayah yang menyebut nama penuh lelaki itu mula menyapa pendengaran Alea.

"saya."
Diganti dengan suara maskulin Indra yang tekun menghadap sang ayah.

"aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku.."

"Alea Intisar binti Affan dengan mas kahwinnya seutas gelas emas tunai dan senaskah AlQuran yang ditulis sendiri."

Terangkat Alea dari terus menunduk mendengar mahar yang disebut sang ayah.

Kata kata Indra kembali melayar di kotak memori.

"awak dah tahu kan mas kahwin ?."
Soal Indra.

Alea mengangguk.
"make sure jangan yang mahal eh Indra Faleeq."

Indra tertawa mendengar amaran dari gadis di hadapannya di tika ini.
"tak mahal.. i promise."

"ada yang lagi mahal saya nak bagi awak."

"Indra ! apa pulak ni !."

"terima lah.. lama tau saya simpan."

Mata menatap redup belakang tubuh tegap itu seraya telinga disapai alunan saat di mana lelaki itu mengangkat darjatnya sebagai seorang isteri.

Indah. Seolah melodi yang paling dia butuh.

"Aku terima nikahnya, Alea Intisar binti Affan dengan mas kahwinnya seutas gelang emas tunai dan senaskhah alquran yang ditulis sendiri."

Dengan Izin Tuhan,
Dua hati.
Berkongsi rasa yang sama.

Dua jiwa berpaut utuh antara satu sama lain.

Sebuah mahligai cinta terbina.

Tuhan, engkau Rahmatilah hubungan suami isteri ini.

.⁠。⁠*⁠♡

Indra melabuhkan duduk di hadapan tubuh wanita yang bergelar isterinya kini. Lutut hampir bertemu lutut. Meredup pandangan Indra apabila isterinya tika ini hanya menunduk tidak mahu menatapnya.

"Lea.. tengok suami tu."
Puan Suria menegur anak perempuannya membuatkan Alea dengan teragak agak mengangkat wajah.

Spontan sebuah senyuman manis terukir di bibir Indra melihat anak mata cantik milik sang isteri bertembung dengan matanya. Jujur hati diterpa rasa hangat apabila dia melangkah masuk ke dalam masjid dan melihat gadis ini ayu mengenakan purdah di wajah.

Jujur dia lansung tidak dimaklumkan bahawa Alea akan mengenakan purdah semasa nikah.

"Assalamualaikum..my alea.."
Gemersik suara maskulin Indra menyapa pendengaran Alea membuatkan pipi yang dilitupi kain purdah merona merah.

"Walaikumusalam.."
Tergagap gagap dia membalas ucapan salam sang suami.

Suami. Lelaki dihadapannya kini sudah bergelar suaminya.

"Lafaz taklik dulu ye."

Indra tersenyum melihat tingkah sang isteri yang jelas masih tersipu malu sebelum beralih pada wajah Tok Kadi.
"saya minta izin pinjam isteri saya sekejap boleh tok ?."

Tok Kadi mengerutkan wajah diikuti tetamu yang lain.
"nak buat apa tu pengantin lelaki."

"sebelum kami nikah, isteri saya ni pernah cakap, dia teringin nak solat dekat masjid berimamkan seorang suami."

"jadi kalau tak keberatan saya nak tunaikan permintaan isteri saya ni untuk solat sunat nikah berjemaah."
Sopan Indra meminta izin membuatkan para tetamu tersenyum melihat tingkah sopan jejaka ini.

Alea yang mendengar pelawaan Indra tersenyum redup. Tidak dia sangka Indra masih ingat.

"hah yelah. Tu belah sana ada langsir. bolehlah solat dekat situ ye."
Jelas Tok Kadi menerima request Indra.

Indra mengangguk seraya tersenyum nipis.
"terima kasih ye tok."

Tubuhnya yang segak mengenakan baju melayu bangun dari duduk sebelum menanti sang isteri untuk bangun.

Alea turut bangun dari duduk. Nasibnya baik kerana tidak mengenakan baju yang menyapu lantai. Baju ini memudahkan dia untuk bergerak memandangkan dia hanya mengenakan abaya putih yang ditempah khas.

.⁠。⁠*⁠♡

"awak dah ada wudhuk ?."
Soal Indra seraya menghamparkan dua sejadah buat dirinya dan sang isteri.

Alea mengangguk.
"erm..awak."

"yer ?."
Sahut Indra lembut.

"saya kena pakai telekung ke ?."
Soal Alea polos.

Indra tersenyum nipis sebelum anak mata memandang pemakaian sang isteri.
"pakaian awak dan menutup. Alhamdulillah. Tapi seeloknya pakai telekung. Untu lebih berhati hati."

Alea mengangguk akur. Telekung yang tersangkut kemas di penyidai dicapai sebelum disarungkan.

Indra hanya diam menanti sang isteri siap menyarungkan telekung.
Hati meronta ronta hendak melihat wajah jelita di sebalik helaian purdah itu.

"AllahuAkhbar.."
Kedengaran suara Indra mengangkat takbir. Tahulah semua tetamu bahawa pasangan itu telah mula melaksanankan solat.

"Assalamualaikum Warahmatullah.."

Indra melipat sejadah yang mereka gunakan sementara Alea melipat kembali telekung yang dipakai.

Indra diam menanti sang isteri membetulkan tudung di cermin. Masih memuji kejelitaan wanita yang bergelar isterinya ini walaupun bertutup litup.

Jujur dia suka. Dia suka melihat wanita ini mengenakan purdah.

.⁠。⁠*⁠♡

Duduk kembali dilabuhkan bagi sesi lafaz taklik. Indra duduk berhadapan dengan sang isteri yang bersimpuh sopan. Teks bacaan yang berada di tangan digenggam.

Momen ini. Momen yang paling dia gementar. Saat di mana, dia bakal menjelaskan tanggungjawabnya.

Tanggungjawabnya sebagai seorang suami.

Alea yang tersenyum nipis menunduk. Tidak betah melihat tatapan lelaki yang bergelar suaminya saat ini.

Indra menarik nafas panjang .Mungkin bagi orang lain ini hanyalah sekadar salah satu acara semasa nikah. Tetapi dia mengerti dan dia faham betapa pentingnya lafaz ini.

Untuk dia melafazkan ayat ini di hadapan wanita yang baru bergelar isteri amat sukar. Sukar untuk dia bayangkan jikalau gadis ini pergi dari hidupnya.

Dia takut. Jujur tika ini Indra takut. Gusar jika dia lalai dalam menjaga pinjaman Tuhan ini. Gusar jika dia terlepas tanggungjawabnya sebagai seorang suami.

Gusar jika Allah membolak balikkan hatinya.

Tuhan, aku mohon keredhaanmu.

Indra memejam mata cuba untuk meraih kekuatan. En Zaidi yang melihat tingkah sang anak mengusap hangat belakang tubuh tegap itu cuba untuk menyalurkan kekuatan.

Puan Mariam yang dihurung sebak hanya diam menanti tingkah sang anak. Kamera mula mengelilingi mereka. Merakam saat yang meruntun jiwa ini.

Alea diam sebelum diri yang tadinya dibelengu rasa gelisah yang melampau mula diganti dengan rasa sayu apabila suara sang suami menghentam gegendang telinga.

Indra menarik nafas sebelum memulakan lafaz.
"Adalah saya Muhammad Indra Faleeq bin Zaidi dengan ini bertaklik, jika Saya tidak berma'syarah yang ma'ruf dengan isteri saya Alea Intisar binti Affan sama ada saya meninggalkan dia dengan segaja atau paksaan atau dia meninggalkan saya dengan paksaan selama empat bulan qamariah berturut-turut atau lebih atau.. "

Lirih.. lirih suara garau itu menyapa sistem pendengaran para tetamu. Sesiapa sahaja yang mendengar pasti dapat tangkap betapa sukarnya lelaki ini hendak melafazkan taklik buat sang isteri.

"atau saya atau wakil saya tidak memberi nafkah kepadanya selama empat bulan berturut-turut atau lebih dan dia tidak disabitkan nusyuz oleh mana-mana mahkamah syariah atau saya melakukan sebarang mudharat kepada tubuh badannya, penganiayaan atau lain-lain darar syarie terhadapnya."

Indra memejam mata menahan rasa yang menghurung diri. Hatinya sakit. Sakit mengenangkan setiap baris ucapan taklik yang meniti di bibir. Suara garau itu mula bergetar. Air mata memenuhi kelopak mata, menunggu masa untuk jatuh.

"dan apabila dia mengadu kepada khadi atau hakim syarie dan sabit aduannya disisi khadi atau hakim syarie dan ia memberi kepada khadi atau hakim syarie bagi pihak saya sebanyak sepuluh Ringgit Malaysia atau senilai dengannya maka pada ketika itu tertalaklah dia Alea Intisar binti Affan dengan satu talak khuluq."

Jatuh. Satu titisan permata jernih jatuh dari tubir mata Indra. Hatinya sebak apabila sebaris nama sang isteri meniti di bibir. Dia faham. Dia cukup hadam dengan lafaz taklik yang baru dilafazkan tadi.

Tetapi sukar untuk dia bayangkan jikalau Allah tarik pinjaman terindah ini darinya.

Indra menunduk tidak mahu sang isteri melihat air matanya. Tangan menutup mata yang tidak henti merembeskan cecair hangat. Tanpa dia sedar, Alea yang berada di hadapannya turut mengalirkan air mata sebak.

Lelaki ini. Lelaki yang dia serahkan segalanya.
Lelaki hebat ini. Yang bakal dia serahkan zahir dan batin.
Lelaki hebat ini, telah bergelar suaminya.

Rasa hangat menerpa hati mengenangkan sang suami yang seolah berperang dengan perasaan ketika melafazkan taklik.

En Zaidi tersenyum nipis melihat tingkah sang anak. Tangannya naik mengusap belakang tubuh tegap Indra. Menyalurkan kekuatan.
"its gonna be okay angah.."

Para Tetamu yang hadir hanya diam. Ada yang turut mengalirkan air mata sebak melihat moment paling bermakna ini.

Indra menyeka sisa air mata di tubir mata sebelum nafas kembali diraih. Kepala naik melihat sang isteri yang berada di hadapannya. Meredup pandangannya apabila wanita ini turut sedang mengalirkan air mata.

"sayang.. it hurt me more to see your tears.."
Perlahan suara Indra hanya mampu menghentam gegendang telinga Alea.

Alea mengangkat wajah. Mata bertentangan dengan mata sang suami. Sebelum tanpa sedar tangan Indra naik menyapu lembut tubir mata sang isteri dengan sapu tangan miliknya.

"dah boleh batal wudhuk."
Jelas Tok Kadi.

Madiha yang tadinya turut mengalirkan air mata terus menghulurkan dulang yang berisi cincin permata. Hatinya sebak melihat Indra mengalirkan air mata buat Alea.

Saat ini, Madiha tidak berhenti mengucapkan terima kasih pada Tuhan. Kerana menghadirkan lelaki yang cukup hebat buat Alea.

Dari awal dia menemui Indra. Dia dapat tangkap pandangan redup jejaka itu terhadap sahabatnya.

Puan Mariam menyerahkan cincin yang indah bertakhtahkan permata pada sang anak.

Indra mencapai lembut sempat ucapan terima kasih diselit buat sang umi. Wajah sang isteri kembali ditatap.
"izinkan saya ?."

Alea mengangguk kecil memberi keizinan lelaki ini menyentuh tangannya.

Setelah menerima anggukan dari sang isteri. Tangan besar milik Indra dengan teragak agak meraih penuh lembut tangan halus yang dihiasi inai putih.

Dengan penuh tertib cincin disarungkan di jari manis wanita yang bergelar isterinya tika ini. Terukir senyuman manis di bibir Indra apabila merasakan kesejukkan tangan sang isteri.

Puan Suria menyerahkan cincin yang ringkas milik Indra pada sang anak sebelum Alea dengan teragak agak bergerak hendak menyarungkannya pada jari sang suami.

Tersenyum nipis Indra apabila jelas dia dapat rasa getaran sewaktu gadis ini bersentuh kulit dengannya.
"issokay sayang.. kita dah halal."
Lembut Indra cuba memujuk sang isteri.

Alea hanya tersenyum nipis sebelum mengucup lembut tangan sang suami. Tersentak Alea apabila tangan besar milik Indra mendarat lembut di pundak kepalanya.

Rasa hangat menerpa hati apabila jelas suara alunan doa menghentam sistem pendengarannya.

BISMILLAAHHIRRAHMANNIRRAHIMM

ALLAHUMMA INNI
AS'ALUKA MIN KHAIRIHA WA KHAIRI MA JABALTAHA 'ALAIHI.
WA A'UDZUBIKA MIN SYARRIHA WA SYARRI MA JABALTAHA 'ALAIHI

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadaMu kebaikan dirinya dan kebaikan yang Engkau tentukan atas dirinya. Dan Aku berlindung kepadaMu dari kejelekannya dan kejelekan yang Engkau tetapkan atas dirinya".

Air mata kembali membasahi pipi. Entah kenapa hatinya sebak mendengar alunan doa itu.

"cium dahi isteri tu ngah."
Indra menjeling tajam wajah mengusik Imar yang berada di belakang. Iskandar sudah tersenyum suka mendengar usikkan abang sulongnya.

"hah indra apalagi."
Ahnaf tidak kurang rancak mengusik adik iparnya.

Alea yang mendengar usikkan mereka sudah memejam mata menahan rasa malu yang menebal.

"tak salah pun angah.. isteri angah kan.."
Puan Mariam turut mempertahankan usikkan anak anaknya membuatkan Indra menatap tidak percaya wajah sang umi.

Maka, Termeterailah ikatan perkahwinan.
Antara Dua hati.

Indra Faleeq dan Alea Intisar.

Moga Allah permudahkan segalanya.

salam sayang,
Mardee.

Continue Reading

You'll Also Like

375 21 24
Hanya sang pengagum hujan dan sajak. . Berhenti basahkan hati kau dengan air mata, sini aku keringkan dengan puisi.
516 66 61
Kerana malam adalah kenyamanan buat seseorang yang terbiasa menyimpan ceritanya sendiri Biarkan menjadi tulisanku RihaCatelia Follow tiktok @gadisp...
3K 339 12
[Karya keenam queenzfina] She's beautiful. She's perfect. She has many husbands. And she is me. The Emperor is me! P/s: Saya buat cerita ni santai...
2K 252 20
Hai.. In this book, there's a bunch of french quotes and meaning collection💞❤ I hope that you all enjoy reading this.😍