aksara

By 3ardee

43.5K 2.4K 345

For younger me, who wanted to be someone's first choice. More

aksara langit
sneak peek
aksara 1
aksara 2
aksara 3
aksara 4
aksara 5
aksara 6
aksara 7
aksara 8
aksara 9
aksara 10
aksara 11
aksara 12
aksara 13
aksara 14
aksara 15
aksara 16
aksara 17
aksara 18
aksara 19
aksara 20
aksara 21
aksara 22
aksara 23
aksara 24
aksara 26
aksara 27
aksara 28
aksara 29
aksara 30
aksara 31
aksara 32
aksara 33
aksara 34
aksara 35
aksara 36
aksara 37

aksara 25

933 55 17
By 3ardee

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan agar kamu mengingati (kebesaran Allah)."

Surah An Nisa ayat 25

Ayat itu berlegar legar di dalam kepala setelah diri dimaklumkan dengan berita mengejutkan.

Ayat yang dikeluarkan sang ayah sewaktu memujuknya apabila dia cuba untuk menegah tentang keputusan ibu.

Tentang panggilan dari Puan Suria yang memintanya pulang ke rumah beberapa hari lalu. Bila disoal mengapa. Sang ibu bilang untuk Majlis Merisik dan Pertunangannya.

Bungkam. Tiada satu kata pun terbit dari bibir itu.

Sedang menerima hakikat bahawa dia bakal bergelar tunangan orang.

Tidak tahu hendak menyalahkan siapa.
Apa yang Alea boleh buat tika ini.
Adalah berdamai dengan takdir.

Kini dia sedang berada di hadapan cermin. Membiarkan muka dicalit solekan ringkas dari Hanis Qasrina. Nak harapkan Madiha memang lambert lagi. Member keluar tepek bedak je.

Tubuh sudah cantik mengenakan abaya ringkas berona merah jambu cair bersama tudung bawal yang dililit sopan.

"Kak Hanis.."

"hm ?."
Hanis yang sedang membetulkan lilitan tudung Alea mengumam.

"Lea takutlah.. macam mana kalau lelaki tu jenis kaki pukul."

"Astaghfirullah budak ini ! jangan doa bukan bukan. Takdenya laki tu kaki pukul."
Bercekak pinggang Hanis memarahi Alea.

"takdelah.. kita taktau kan.."

"Lea jangan risau.. he's the right man for you.. Lea ingat abang lea tu nak biar je ke adik Perempuan dia ni tunang dengan lelaki sebarangan. Yang ini pun dia soal macam Pakguard. Kepochi sungguh."
Sempat Hanis mengutuk Ahnaf.

Alea tertawa nipis. Tiada mood hendak ketawa berlebihan memandangkan tika ini rasa gusar melebihi segalanya.

"okay dah siap.. btw.. ni bakal tunang awak ada bagi hadiah."

Bekas yang berona putih dihulur pada Alea.
"Akak keluar dulu ye.. lepasni kalau dah settle kat luar.. Mak dia akan masuk bilik sarung cincin dekat lea."

Alea mengangguk. Ini semua permintaan pihak lelaki untuk menyarungkan cincin pertunangan secara tertutup. Dan sejujurnya Alea suka. Kerana memang dari dulu dia tidak pernah mengimpikan pelamin semasa majlis pertunangan.

Bagi dia.. cukuplah ikatan ini melambangkan bahawa dia menjadi tunangan orang. Tidak perlu dihebohkan pada orang lain.

Setelah ditinggalkan berseorangan, Kotak ditangan ditatap. Bersinar anak mata itu apabila dihiasi satu kristal cantik berbentuk bunga tulip. Kristal tersebut dibawa keluar sebelum Alea menangkap beberapa helaian kertas yang dilipat kecil.

Kristal berbentuk tulip itu diletakkan ke atas meja sebelum kertas ditangan dibuka lipatan. Beberapa helai Kertas itu dipenuhi coretan aksara tulisan tangan. Berkerut wajah Alea. Cuba mengamati tulisan yang seolah dia kenali.

Mata mula membaca bait bait warkah di tangan.

Destiny.
The most beautiful part is,
i wasn't looking,
yet
in that unexpected moment
i found you,
a serendipity,
so pure
our souls
talk in a language
only heart understand
in you
i found
an infinite universe
without even searching.

Satu lagi kertas dibuka lipatan.

true love,
is in the unsaid,
the way your laughter
fills my empty spaces.

It's not just a heart racing,
but a soul finding..
it's missing piece.

Kertas berona kuning pula dibuka lipatan. Aksara dicoret kali ini ringkas.

Intisar,
i wanna be your favourite destination
on the good and bad days.

Hati diterpa rasa hangat. Helaian kertas terakhir dibuka.

Dan tika aksara itu menyapa pandangan. Air mata gugur dari kelopak. Gugurnya benteng seorang Alea Intisar.

Intisar.
singkat sahaja,
fikiranku penuh dengan kamu.

Dan memilikimu adalah kejayaan paling
bermakna dalam hidupku.

-mif.

Saat itu, Alea tahu.
Gerangan disebalik coretan coretan kecil ini.
Dia kenal dengan tulisan indah ini.

Pintu yang diketuk mengalihkan perhatian Alea.

Dilihat wajah sang ibu di muka pintu bersama senyuman.

"Lea.. Umi Indra nak sarung cincin."

Tanpa sedar senyuman lebar terukir di bibir. Mengenangkan dia bakal bergelar tunang pada lelaki hebat itu.

Lelaki hebat yang tidak pernah gagal membuatkan dia merasa nyaman.

Mif.

Muhammad Indra Faleeq.

Berkali kali Alea panjatkan doa pada Illahi. Andai benar lelaki ini takdir buatnya, permudahkan urusan hatinya Tuhan.

Susuk tubuh yang amat dikenali menyapa pandangan. Susuk itu dihiasi senyuman manis diwajah yang seolah tidak dimamah usia. Insan yang melahirkan seorang Indra Faleeq.

Wanita hebat yang membesarkan jejaka itu sehingga menjadi lelaki yang hebat.

Puan Mariam dengan senyuman manis di bibir melabuhkan duduk di sisi Alea di atas katil yang dihias cantik. Madiha dan Hanis tidak lepas mengambil gambar. Merakam momen momen indah sebegini.

"cantik anak umi harini.."
Puan Mariam memuji penampilan sopan Alea. Senyuman langsung tidak lekang di bibir melihat gadis yang bakal bergelar anak perempuannya tidak lama lagi.

Puan Suria turut tersenyum manis di sisi Alea. Gembira hati seorang ibu melihat sang anak diterima baik.

"Umi sarung cincin tunang ye lea.. cincin merisik ni lea simpan."
Lembut pertuturan Puan Mariam.

Alea hanya mengangguk seraya masih tersenyum lembut. Sedikit gugup memandangkan moment ini dirakam oleh Madiha.

Cincin tunang yang dihiasi pertama ringkas disarungkan ke jari manis Alea. Senyuman tidak lekang pada wajah Puan Mariam dan semua yang melihat.

Memuji kecantikkan Alea dan cincin yang sudah tersemat indah itu.

Maka dengan itu,
dia sudah bergelar tunang kepada
Muhammad Indra Faleeq.

Tangannya dielus lembut oleh Puan Mariam.
"terima kasih lea.. sebab terima anak umi."

"Umi.. lea yang patut berterima kasih dekat Indra."

Yer, dia yang patut berterima kasih pada lelaki itu.

Kerana membuatkan dia lupa akan luka yang diberi insan lama.

Jujur dia tidak boleh menidakkan.

Setiap kali dia bersama Indra,
Nama Amar langsung tidak terlintas di fikiran.

Dia seolah membenarkan dirinya menjadi Alea yang bebas bereksprasi apabila bersama lelaki itu.

Indra make her inner child feel safe.

Indra heals something inside her that she don't know.

Kalini, Alea memohon restu Tuhan.
Izinkan dia mencintai lelaki ini.

Tuhan,
Restui hubungan ini.
Moga ikatan pertunangan ini dilindungi Illahi.

.⁠。⁠*⁠♡

Majlis kesyukuran secara kecil kecilan diadakan malam itu oleh keluarga Indra. Bermakna Alea perlu pergi ke sana. Setelah majlis pertunangan selesai tengahari tadi, satu pesanan dari Indra langsung tidak dia terima. Jejaka itu juga tidak hadir semasa majlis.

Rumah milik keluarga Indra sudah dibanjiri tetamu tetamu yang dijemput Puan Mariam dan Encik Zaidi. Tidak ramai tetapi tetap meriah.

Alea hanya diam duduk di dapur melihat kaum wanita yang sibuk menyiapkan juadah. Hendak menolong tetapi dimarahi pula. Lagi lagi Puan Mariam. Tegas wanita itu melarang dia membantu. Katanya dia pasti penat selepas majlis tengahari tadi.

Jadinya Alea hanya menongkat dagu di dapur. Segan hendak duduk di ruang hadapan yang dipenuhi tetamu. Keluarganya yang lain berada di luar rumah menikmati juadah yang disediakan.

"umii lea nak tolong boleh?."

"Ya Allah budak ini.. tak boleh."

"sikit je umi. Lea tolong potong buah eh ?."

Bercekak pinggang Puan Mariam menatap tubuh Alea yang ringkas mengenakan abaya.
"budak ini. Adik !!."

Si bongsu dipanggil. Iskandar yang sedang melayan budak budak menikmati kek menyahut panggilan umi.
"yer umiku sayang !."

Budak budak ditinggalkan sempat pisau kek dibawa ke dapur gusar jika budak budak kecil itu mencapai pisau.

"hah is.. bawak kak lea keluar. Umi suruh rehat dia sibuk nak tolong."

"Sedia menurut perintah umi ! Jom kakak ipar ! Is bawak pergi laman belakang !."

Alea akur bangkit dari duduk mengikut langkah Iskandar. Laman belakang rumah itu dihiasi dengan cahaya lampu yang menerangi satu taman bunga mini.
"Cantiknyaa."

"Kan ! ni semua Umi tanam.. Umi suka bunga !."
Teruja Iskandar menjelaskan.

Dua langkah itu diatur menuju ke buaian yang disediakan.
Laman itu di belakang rumah jadi tidak dihadiri oleh tetamu.

"Kakak ipar duduklah sini. Kat depan tu ramai tetamu mesti serabut kan. Is kena tengok budak budak tu makan kek ! takut tertumpah kat carpet umi.. mati Is nanti akak."
Penuh dramatik gaya penceritaan Iskandar.

Alea tertawa kecil seraya mengangguk. Anak mata menghantar susuk tubuh Iskandar pergi ke dalam rumah.

Mata beralih pada taman bunga mini milik Puan Mariam.
Langit malam ditatap. Nafas ditarik dalam sebelum cincin dijari ditatap.

Sekelip mata, dia bergelar tunangan orang.

Beberapa minit melayan perasaan, tersentak kecil Alea apabila sisinya diduduki satu susuk. Membulat matanya melihat susuk yang selamba berdiri di sisinya.

Hati yang terkejut kembali tenang apabila wajah itu tersenyum kearahnya.

"Indra !! terkejut saya !."
Dimarahinya Indra yang masih tersengih.

"Assalamualaikum.."
Indra menyapa ringkas.

"Walaikumusalam.."
Alea membalas sebelum pandangan dialihkan dari terus bertentang mata dengan Indra.

Malu menguasai diri mengenangkan jejaka yang berada di sisinya kini bukan lagi Indra yang hanya seorang kenalan.

Jejaka ini, tunangnya.

"malu dengan saya ke ?."
Indra menyoal apabila perasan Alea seolah mengelak dari bertentang mata dengannya.

"manada.."
Tangan Alea naik menekup wajah yang mula berona merah.

Indra tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya. Anak mata menangkap cincin yang tersarung cantik di jari manis wanita itu membuatkan hatinya beribu kali diterpa rasa hangat.

Sepi menyapa mereka berdua. Mereka hanya diam melayan bayu malam sebelum Alea membuka bicara.

"Indra.."

"hmm ?."
Indra yang hanya bersandar pada tiang buaian mengunam menyahut seruan Alea.

"awak pergi mana selama ni ."
Anak mata menatap jari yang tersarung cincin.

"maksud awak ?."
Tangan Indra naik berpeluk tubuh.

"Takdelah.. saya dah lama tak nampak awak."
Akhirnya Alea meluahkan rasa ingin tahunya. Berhari dia menahan rasa ingin menyoal Indra yang sudah lama tidak menyapa penglihatan.

"kenapa ? awak rindu ke ?."
Indra menduga bersama senyuman mengusik.

"ish orang tanya betul betul ni !."

Terlepas tawa dari bibir Indra melihat wajah cemberut gadis itu.
"sorry... saya sebenarnya.. kena culik dengan Dhamir !."

Riak wajah Indra membuatkan Alea memincing mata.
"Indra.. betul betullah.."

"betul betullah niii.. Dhamir culik saya bawak pergi Pangkor."

Berkerut hebat wajah jelita Alea dibuatnya.
"dah kenapa pulak Dhamir culik awak pergi pangkor."

"Dia kata dia teringin nak pergi pangkor. Dia taknak pergi sorang dia tariklah saya. Ciri ciri orang single memang macamtu. Single tapi berduit macam Dhamir lah. Bosan je pergi bercuti. Yang ditariknya saya. Haihhh."
Indra menghelas nafas lemah. Sudah cukup masak dengan perangai seketul Dhamir Haikal.

Dhamir Haikal is the definition of Single tapi berduit.

Alea tertawa melihat wajah pasrah Indra.

Indra tersenyum melihat wajah jelita itu bersinar diterangi cahaya bulan.

Oh what a beautiful view he got tonight.

"lea.."

"hm ?."

"awak cantik tadi.."

BLUSH !.

"erm.. awak dapat gambar ke ?."
Tergagap gagap Alea menyoal.

Indra tersenyum manis sebelum mengangguk. Handphone ditangan dibuka. Gambar yang dihantar Umi ditunjukkan pada Alea.

Gambar itu gambar kedua wanita yang paling dia sayang di muka bumi ini.

Insan yang melahirkan dia,
dan wanita yang bakal bergelar isterinya.

Wajah Alea mula berona merah.

"awak dapat tak hadiah saya ?."

Alea mengumam seraya mengangguk. Mengingat kembali hadiah yang diberi Indra.
"thank u.. for choosing me."

Indra tersenyum lembut.
"thank u too lea.. for giving me a chance to love you."

"tapi kenapa awak bagi saya tulip ?."
Soal Alea.

"Awak taktau maksud tulip ?."
Soalan Indra menerima gelengan dari Alea.

"then its your job to find out my fiancée."

Cukup satu pesanan, tubuh tegap itu bergerak masuk ke dalam rumah.

Alea Intisar.
Bunga Tulip milik Indra.

.⁠。⁠*⁠♡

Alea menghempaskan tubuh ke atas katil. Melepaskan lelah setelah seharian melayan tetamu. Kristal berbentuk tulis yang berada di meja sisi katil ditatap.

Tulip.
Rasa ingin tahu mencanak naik.

Terus telefon dicapai sebelum Alea mula mencari maksud bunga tulip.

Maksud yang terpapar menyentuh hati Alea. Sebegitu besarkah makna kehadiran dia buat jejaka itu ?. Layakkah dia menerima kasih jejaka hebat seperti Indra ?.

Indra Faleeq,
tidak pernah gagal menyentuh sekeping hatinya yang sudah rapuh.

.⁠。⁠*⁠♡

"Alea.."

Alea yang sedang mengemas barang yang digunakan semasa kelas tadi mengangkat wajah apabila dipanggil.
"yer kak ?."

Salah seorang guru yang lebih tua darinya memanggilnya bersama senyuman.
"Alea boleh tolong akak tak ? Ambilkan fail senarai nama pelajar baru daftar untuk Tahun depan dekat office."

"boleh kak alang alang tu saya pun memang nak pergi office."

"Alhamdulillah terima kasih yer Alea."

Alea hanya tersenyum seraya kaki mengorak langlah ke pejabat utama sekolah.

Loceng ditekan sebelum pintu itu dibuka. Kulit disapa kesejukkan penghawa dingin seraya hidung disapa bauan bunga mawar.
"Assalamualaikum.."

"Walaikumusalam eh Teacher Alea.. apa yang saya boleh bantu ?."
Salah seorang kerani yang bertugas menyapa Alea.

"Saya nak pickup fail senarai nama pelajar dengan fail peribadi new student yang masuk kelas saya semalam."
Alea memberitahu bersama senyuman di bibir.

"ohh sekejap yer saya pergi ambil."

Alea hanya mengangguk seraya menanti penuh sabar. Sementara menanti telinga menangkap perbualan seseorang yang semakin kuat bermakna dua orang itu semakin menghampiri.

"Lepastu Tuan.. saya dah buat pemeriksaan dewan. Semua meja dan kerusi pun sudah disusun dengan elok. Sebentar lagi pelajar pelajar akan melawat dewan dan kenal tempat duduk masing masing."
Suara wanita yang seolah memaklumkan sesuatu menyapa pendengaran.

"okay noted that. Oh what about Surau Perempuan ? One of the aircond is not working ?."
Suara lelaki pula menyapa pendengaran Alea.

Tetapi entah kenapa dia seolah kenal dengan suara garau itu.

"oh pasal tu Tuan Faleeq jangan risau.. Tuan Dhamir dah panggil technicians and they are gonna be there in 10 minutes."

Dan panggilan itu membuatkan Alea membulatkan mata. Apatah lagi apabila mata dihiasi susuk yang cukup dikenali segak mengenakan kemeja berona putih sedang berdiri disebalik kaunter pejabat.

Dua mata bertentangan. Terkaku menatap satu sama lain.

"Tuan Faleeq.."
Alea bergumam perlahan.

Indra yang melihat kehadiran Alea memejam mata seraya mengetap bibir.
"aigoo kantoi."

"Tuan Faleeq?."
Wanita yang sedang memberi laporan itu berkerut pelik melihat reaksi Indra.

"It's okay.. cukup sampai sini je Zana. You can go."
Indra memberi arahan.

"Baik Tuan."
Zana akur melangkah meninggalkan hanya Indra dan Alea di ruangan hadapan pejabat.

"Lea.."
Kaki panjang Indra melangkah mendekati tubuh gadis itu seraya memanggil lembut.

Alea masih terkaku. Seolah sedang menghadam apa yang sedang berlaku tika ini.

"Alea Intisar..."
Indra menyeru lembut nama sang gadis dihadapannya. Tahu Alea terkejut dengan kehadiran dia di dalam pejabat sekolah ini. Apatah lagi melihat dia berinteraksi dengan kerani sekolah.

"Teacher Alea.."
Kerani yang tadinya beredar mengambil fail yang diminta Alea kembali bersama fail di tangan.

Alea seolah bangun dari lamunan seraya memberi tumpuan pada kerani yang bertugas.
"Yer saya.."

"ni Fail yang Cik Alea minta."
Fail bertukar tangan.

"Alright terima kasih.."
Senyuman nipis diberi.

"Tuan Faleeq nak jumpa Tuan Dhamir ke ? Tuan Dhamir ada dekat atas."

Indra memejam mata apabila kerani itu menyebut nama Dhamir.
dah takboleh sorok dah ni babe. Memang dah kantoi teruk dah ni.

Alea terkaku apabila mendengar nama Dhamir.
"Tuan Dhamir.."

"lea.. let's talk.."
Lembut pertuturan Indra cuba memujuk Alea.

"Maaf Ind.. maksud saya Tuan Faleeq. Saya ada kerja."
Tubuh Alea melangkah keluar dari pejabat meninggalkan Indra.

"Damn it.."
Indra membuka tiga butang teratas bajunya.

"Farin.."

Kerani yang bertugas melihat wajah tegang Indra.
"Yer Tuan."

"Ask Teacher Alea Intisar to meet me at Dhamir's office. now."
Cukup satu arahan kerani itu akur. Kaki panjang Indra melangkah laju ke arah lift. Hendak menuju ke bilik peribadi Dhamir.

Pintu pejabat Dhamir dirempuh. Membuatkan wajah Dhamir yang terkejut bertukar bengang.
"Yer Indra Faleeq aku tahu kau bayar pintu ni tapi agak agak ah nak rempuh masuk lagutu !."

"she knows.."
Cukup satu patah, Dhamir dapat tangkap apa yang dimaksudkan Indra.

"how ?."

"She's at the office when i was there."

"okay faham. Yang aku tak fahamnya motif kau rempuh masuk bilik aku ?."

"She will come here.. aku suruh dia datang sini. I'll explain to her here."
Ringkas Indra menjawab seraya melabuhkan duduk.

"amboi amboii pastu apa function kau buat bilik kau kalau semua benda kau buat kat bilik aku !."
Bengang Dhamir.

"Tak manislah kalau aku explain dalam bilik aku. Dia perempuan aku lelaki. Tak pasal pasal kena kahwin free."

Belum sempat Dhamir membidas bunyi intercom menghalang bidasan Dhamir.

"Hello Tuan.. Teacher Alea is here."

Dhamir memberi tatapan tajam pada Indra sebelum membalas.
"okay let her in."

Alea berdiri dihadapan pintu. Jelas tertera nama yang dia kenali di situ.

Syed Dhamir Haikal
Co President.

Tika ini pelbagai persoalan hadir ke dalam benak minda. Langkah diatur melangkah masuk ke dalak bilik peribadi Dhamir.

Sepanjang berkhidmat di sekolah ini, Ini pertama kali dia menjejakkan kaki pada tingkat teratas bangunan sekolah ini. Bukan mudah untuk staff sekolah menjejakkan kaki ke sini. Ruangan tingkat teratas hanya mempunyai bilik peribadi pemilik sekolah.

Itu apa yang Alea sedia maklum. Tetapi hari ini, dia berada di tingkat teratas.

"Alea.."
Indra kembali menyeru lembuy setelah melihat tubuh wanita itu.

"Syed Dhamir Haikal ? Co President ?."
Alea mengutarakan soalan.

Dhamir menyebakkan rambut yang sudah serabai kebelakang. Spek mata yang tergantung di hidung dibiarkan sebelum tubuh itu bangkit mendekati Indra di sofa.

"kau terang eh. Kau diam aku penggal kepala kau."
Sempat amaran diberi pada Indra tetapi Indra hanya endah tak endah mendengar amaran Dhamir.

"duduk dulu Alea. Sofa mahal tau ni."
Dhamir bergurau.

Alea akur melabuhkan duduk berhadapan dengan kedua tubuh lelaki itu.

"tanyalah apa awak nak tanya."
Indra membuka peluang kepada Alea.

Alea menarik nafas. Tidak mahu terus menuduh melulu.
"who are you guys ?."

Dhamir tenang bersandar seraya menunggu Indra menjawab.

"okayy lea.. Just like you saw dekat pintu. Dhamir is a Co President.."
Tenang Indra menjawab.

"then kenapa awak pun kat sini ?."
Soal Alea menuju kepada Indra.

Indra mengemam bibir sebelum tersenyum nipis.
"Saya kan kawan baik sampai syurga dhamir."

Berkerut wajah Alea apabila mendengar ujaran Indra.
"okay so ?."

"Sebabtulah saya selalu ada kat sini. Dhamir ni kan takboleh hidup tanpa saya."

Dhamir menggulingkan biji mata menyampah.
acah je mamat ni.

"hah ?."
Alea berkerut.

"yep.. so lepasni kalau awak nampak saya kat kawasan sekolah. Tu sebab saya datang jenguk kawan kesayangan saya ni."
Indra menerangkan bersama senyuman.

"Dhamir is a Co President. Then sapa presidentnya ?."

Dhamir menatap Indra. Menunggu Indra menjawab pertanyaan Alea.

"Lepas nikah saya bagitau awak. Lepas sekolah jom pergi makan cendol nak ?."
Indra mengubah topik.

Alea mengangguk laju.
"bolehh !!."

Dhamir mula menunjukkan reaksi menjengkelkan.

"ah benci aku."

Tubuh itu bangkit menuju kembali ke meja.

"Dah settle kan. Pintu keluar kat situ. Dijemput keluar."

Dhamir menghalau dengan cara penuh 'sopan'.



salam sayang,
Mardee.

Continue Reading

You'll Also Like

19.8K 931 20
PERKAHWINAN YANG DIPAKSA OLEH KELUARGA SENDIRI MEMBUATKAN HATI AZIRA BERBELAH BAHAGI UNTUK MENERIMA KEHADIRAN HARITH DALAM HIDUPNYA. YANG DIA BENCI...
4.8K 624 10
"Saya cintakan awak sehingga nafas terakhir saya" MH370 x MH17 tragedy
541K 64 1
𝔻𝕣 π•Œπ•—π•’π•šπ•£π•’π•™ π•Œπ•žπ•žπ•’π•£π•’ 𝕃𝕖𝕗π•₯π•–π•Ÿπ•’π•Ÿ π•„π•’π•£π•šπ•₯π•šπ•ž β„•π•¦π•’π•šπ•žπ•’π•Ÿ π•Œπ•žπ•’π•£ π‘²π’‚π’“π’šπ’‚ π’Šπ’π’Š π’‰π’‚π’π’šπ’‚π’π’‚π’‰ π’“π’†π’Œπ’‚π’‚π’ 𝒅𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒔...
2.1M 108K 96
Abang, sebenarnya kan Sophea nak bagitahu abang yang Sophea cinta kan abang - Aryanna Sophea Tch kau tu budak kecil, apa je yang kau tahu tentang cin...