Tears Of Revenge

By Naddr12

449 64 21

Raja Navier Aira, perempuan yang dicaci dan dihina oleh ahli keluarga. Kehilangan orang yang paling penting d... More

Ϋ΅
𝟏 𝓓𝓻𝓸𝓹
𝟐 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸ‘ 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸ’ 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸ“ 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸ” 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸ• 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸ– 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸ— 𝓓𝓻𝓸𝓹
𝟏𝟏 𝓓𝓻𝓸𝓹
𝟏𝟐 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸπŸ‘ 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸπŸ’ 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸπŸ“ 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸπŸ” 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸπŸ• 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸπŸ– 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸπŸ— 𝓓𝓻𝓸𝓹
𝟐𝟎 𝓓𝓻𝓸𝓹
𝟐𝟏 𝓓𝓻𝓸𝓹
𝟐𝟐 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸπŸ‘ 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸπŸ’ 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸπŸ“ 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸπŸ” 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸπŸ• 𝓓𝓻𝓸𝓹

𝟏𝟎 𝓓𝓻𝓸𝓹

20 3 6
By Naddr12

Beberapa hari berlalu selepas pertunangan Safrina dan Hazim. Selepas kejadian berlaku beberapa hari yang lalu, Hazim menjadi semakin jauh dari aku. Itu petanda yang bagus tetapi Haziq pula yang semakin dekat. Memang dua beradik ni tak boleh duduk jauh-jauh dari aku eh?

Aku sedang tidur dengan lena di atas katil dengan kain fabrik yang merata-rata di dalam bilik. Mencari kain yang sesuai untuk dijahit dan dipakai pada hari perkahwinan Safrina. Katanya dia tidak mahu aku muncul di majlis yang indah sana itu dengan memakai pakaian beli di kedai. Dia ingin aku menjahit baju sendiri. Untuk mempertawakan aku jika ada sedikit kesalahan.

Biasalah, semua perkara perlu sempurna dan tepat di mata dia. Tengok la ajaran ibunya. Pintu dikuak buka dan ketawa hantu kak limah terkejutkan aku. "HAHAHA! Kau still gigih buat baju? Senang cerita, kau tak payah datang majlis aku. Buat sakit mata. Kau datang waktu aku dah dapat semua dari papa. Rumah ni, harta dan syarikat yang arwah mama kau bina. Empire that she had build will all fall into my hand."

Aku menggosok mata dan cuba mengecam muka dia yang tidak berupa. "Asal muka kau huduh weh? Kau pakai apa? Merkuri eh?" dia terbuntang mata dengan mulut yang terlopong. "Apa kau kata?! Mulut kau tu kan memang biadap! Aku cantik semula jadila!" dia menghentak kaki sambil berjalan keluar. Sah-sah pakai merkuri ni. Dulu gelap sikit, nak dekat kahwin terus putih melepuk. Dah macam tepung gomak aku tengok.

Haish, beauty standard beauty standard. Merosakkan permikiran orang kadang-kadang. Mengacau dan menjatuhkan keyakinan orang tidak kira perempuan atau lelaki. Aku bangun dan meregang badan sebelum mandi. Keluar sahaja bilik, muka Hazim terpampang depan muka.

Dia sedang memegang sapu tangan yang basah. "Kain apa tu?" aku terus tanya dia. Dia pandang kain dan Safrina yang ada di ruang tamu. "Lap air mata Safrina. Keluar je bilik you terus dia nangis. Tak tahu kenapa." ohh, tak ada pula eh kau nak marah aku buat tunang kau marah? Dah, Navier kita tak perlu jaga tepi kain orang. Biar orang sebuk jaga kita punya, kita jangan.

Kain orang lain belum tentu wangi. Ada yang busuk. Aku angguk dan mahu pergi ke dapur tetapi Hazim memegang pergelangan tanganku. "I harap you tak terasa hati dengan apa yang Safrina cakap. Dia emosi sikit beberapa hari ni. Kalau you marah, lepaskan marah tu dekat I." wow such a gentleman. Tangan direntap.

"No need. Why should I vent my anger to someone who's not even close to me at all? Just, take better care of your girl. She seems too fragile. I'm afraid that with one flick, she could fall over and shatters." aku senyum dan memegang tempat yang digenggam. Agak kuat hingga meninggalkan kesan merah. Rasa macam setiap hari je aku nampak mamat ni dekat rumah sini.

Dia tak ada rumah ke apa? Aku berjalan ke dapur untuk minum segelas air dan nampak papa yang sedang berdiri di depan sinki. "Papa, kenapa diri dekat sini?" dia tidak menyaut sehingga aku menyentuh bahu dia. Dia terus tersentak dan pandang aku. "Oh Vier, papa rasa pening kepala. Papa naik dulu ye." aku angguk. Papa naik tangga dengan kaki yang terhuyung hayang.

Air sejuk diteguk. Safrina tiba menolak gelas yang aku sedang minum, membuatkan aku tersedak. "Uhuk, apa kau ni Safrina! Tak nampak aku tengah minum?!" mata dia merah seperti baru sahaja menangis. "Kau tu! Kenapa dekat lagi dengan Hazim! Sampai pegang-pegang dia nampak! Tak malu ke?!" Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menghadap hamba Mu yang ego ini.

"Kau, kalau nak start tuduh aku. Baik kau tahu cerita penuh. Kau jangan sampai aku heret kau dari rambut tu campak kau dalam kolam ikan belakang rumah. Banyak ikan koi papa yang nak makan daging kau. Lagi-lagi daging perempuan yang bernama Putri Safrina. Sedap daging kau tu."

Dia mendengus dan mencurahkan sisa air di dalam cawan ke muka aku. "Perempuan sial!" dengan kata-kata itu, aku terus melempang muka dia. "Jaga mulut tu. Jangan mencarut dengan aku. Dengan orang lain tak apa, tapi dengan aku memang cari nahas namanya. Faham?" aku menekan dada dia sebelum keluar dari dapur.

Hazim berada di luar dapur dan dengar semua perbualan kami. "Kau jangan nak sebarkan fitnah Hazim. Aku tak tahu apa motif kau tapi kau patut stop." aku mengelak dia yang sedang menghalang jalan. Memang bagai pinang dibelah dua sungguh dua orang ni! Ini kalau tak terbelah, biar aku ambil pisau belahkan.

Ikan koi di belakang rumah di beri makan. "Nanti, kau orang makan tau Safrina tu. Buat bising je dalam rumah. Pokpek, pokpek. Pecoh telinga. Dengan Qistina sekali. Biar dua-dua jadi umpan." telinga aku tiba ditarik. Jelingan mata dilontarkan sambil mulut berbicara perkara yang tidak sopan. Abang Aisaar tersenyum dan duduk membongkok seperti aku.

"Buat apa sorang sorang dekat luar ni? Nak suruh ikan makan Qistina dengan Safrina pulak. Mana lepas. Suruh jerung ke, piranha ke, baru lepas. Setakat koi ni, sekali gigit tangan dah kenyang." aku angguk dan setuju dengan cadangan Abang Aisaar. Jadi kiranya kena bela jerung la pula belakang rumah. Ke buaya? Buaya daratan seperti disebelah ini.

"Ni, macam mana hidup dengan bakal adik ipar? Rasa macam setiap hari nampak dia dekat rumah ni. Tak ada rumah sendiri gamaknya. Ke gelenyar dok oh doh? Tu rajin benar gi mari, gi mari rumoh." aku angkat kedua belah bahu. Tapi, macam mana dia tahu yang Hazim selalu datang? Dia pun datang jarang-jarang.

Aku pandang dia dengan mata yang mencurigakan. "Apa? Abang ngah cakap je. Dah, abang ngah balik dululah. Ni datang nak bawa barang yang princess nak. Nah, abang ngah balik dulu ye princess. Take care of yourself our sweet angelic princess." rambut aku dikusutkan sebelum dia pergi. Beg kertas yang dibagi dibuka.

Camera kecil serta microfon kecil berada di dalam beg berserta dengan nota. 'Do share with me the result of your naughty doing. I want to see how humiliated she will be on her marriage day' aku tertawa dengan lukisan burung yang tersengih di tepi nota itu. Good, this is great. Safrina, Safrina. Shall we expose one by one of your not so innocent self?

›♡‹

Aku pergi ke studio pada petang itu untuk menyiapkan baju. Atau, itu apa yang aku katakan pada papa dan Qistina saat mereka hendak keluar bersama Safrina. Aku menyuruh Lisa keluar dan membawa kereta aku keluar dari parkir rumah. CCTV yang boleh mengesan mukanya di elak. Hanya memaparkan yang kereta keluar dari parkir.

Aku menyelinap masuk ke dalam bilik Safrina. Dengan perlahan camera diletakkan di almari dia. Microfon ini pula diletakkan di meja sebelah katilnya untuk merakam dengkuran yang boleh menggegarkan kampung. Aku membuka almari baju dia dan ternampak baju putih yang aku jahit untuk majlis olok-olok sendiri.

Dia nak pakai baju ni ke kahwin nanti? Memang cantik tapi...kalau tuan dia ejas mesti jadi lagi cantik kan? Aku mencapai gunting yang ada di atas meja dan membaiki sedikit sebanyak bajunya. Benang diambil untuk jahit bahagian yang nampak seperti cacat. Selepas puas hati dengan hasil gubahan sendiri, aku terus keluar dan menutup pintu.

Rasa sejuk hati tengok baju tu jadi macam tu. Pandai-pandai kau beli baju baru. Aku keluar dari rumah dan pergi ke studio pula. Dalam perjalanan ke sana, terserempak pula dengan makhluk putih yang sedang mengisap rokok. Tingkap dibuka jadi mukanya jelas dilihat.

Dia memakai sut yang lengkap dengan rambut yang disisir kemas ke belakang. Jual burger? Ye ke dia ni? Macam tak percaya je. Lampu bertukar hijau dan aku lambai pada Willian sebelum pergi. Kini aku benar-benar berada di studio. Kain yang dipilih diletakkan sebelah mesin jahit. Benang berwarna emas dimasukkan ke dalam mesin jahit.

Lukisan baju aku letak di atas meja. Setelah 4 jam barulah baju nampak sedikit hasilnya. Agak rumit kerana baju ini terlalulah cantik. Tersangatlah lawa. Mata dilelapkan sehingga larut malam. Makin kerap aku pulang lewat hari tetapi papa tidak pernah berbunyi apa-apa pun.

Antara dia kecewa ataupun dia tidak kesah sudah tentang aku. Whatever it is, I'm still lucky that I got to live there. Lampu studio dimatikan dan aku baru sahaja mahu membuka pintu untuk keluar tetapi terdengar bunyi derapan kaki dari belakang. Haaa apa pulak dah ni! Kunci digenggam kuat dan membentukkan penumbuk.

Tapi kalau bukan manusia macam mana? Masak aku. Bunyi itu berhenti dan ia mengeluarkan bunyi halus. Bunyi seperti haiwan liar. Aku pandang belakang dengan perlahan dan melihat beberapa ekor tikus yang besar sedang berlari ke arah aku. Kaki terus melonjak keluar dan aku lari tidak tentu hala. Tikus itu masih mengejarku.

Aku tiba terlanggar sebuah dinding yang ada lekuk ditengah-tengah. Dinding apa ni? Eh ada rambut putih! "Riel, ada tikus!" aku terus menarik tangan dia dan tunjuk ke arah sekawan tikus yang banyak itu. Dia pusing seketika sebelum hiraukan aku. Eh itu je?! Aku pandang di depan Zafriel dan jumpa William.

Tangan terus melekat di leher William saat tikus mendekati. "Haa tikus William!!" William memegang aku dengan lebih selamat sebelum naik ke atas tembuk yang agak tinggi. Selepas semua tikus hilang, aku diturunkan. "Bukan kerja kau untuk selamatkan aku? Asal perempuan ni yang kau dokong?" lah, dah tak akan dia nak dokong kau? Besar gajah macam tu.

William tunduk sedikit dengan tangan di belakang. "I'm just helping out a girl whose in need. It's not a bad thing to do. And besides, you aren't afraid of rats. Aren't you? Lagipun, kesian dekat Navier ni." dia pandang aku dengan senyuman yang manis. Tergugat jantung. Nasib single and ready to mingle. Tapi macam mana tikus banyak-banyak macam tu ada?

Sebelum ni tidak pernah pula berlaku macam ni. "Navier, kenapa awak bukan dekat rumah malam-malam macam ni? Dan kenapa awak datang dari bangunan yang dekat dengan hutan tu? Bahaya." William tanya aku dengan nada yang risau. Aku tersengih sambil menggaru kepala. Tak akan nak cakap papa yang beli studio dekat dengan hutan kut. Lagi risau William aku rasa.

"Perempuan ni kan mana reti duduk rumah diam-diam. Setiap malam aku tengok kereta kau ada je dekat studio tu. Pukul 11, 12 baru reti balik rumah. Burung hantu. Dah jom, makin lama dekat sini makin banyak soalan kau tanya dekat Raja." Zafriel mengarah William untuk balik. Ish biarlah dia nak carring pasal aku! Ciss!

William mengendurkan mata dia sambil pandang Zafriel. "Tak boleh ke kita tolong dia dulu Tuan Irwan? Kesian dekat Navier. Tuan Irwan yang baik hati yang lagi kacak dan pandai. Boleh?" mata dia terkelip-kelip. Wah, tak pernah tahu ini perangai William yang sebenar. Pandai William ambil hati Zafriel. Menjadi atau tidak belakang kira.

Zafriel mengeluh. Rambut dikusutkan. "Yelah! Kau an William...eyy sabar je la." William mengeyit mata ke arah aku. Zafriel terus masuk ke dalam kereta. "Pergi cepat. Aku tunggu sini." William tunduk sedikit sebelum menarik tangan aku untuk pergi semula ke studio. Lengan baju dia dicengkam kuat.

Senang kalau ada tikus lagi, melekat je dekat William. Dia masuk dan membuka suis lampu. Ada barang aku yang jatuh. Tetapi selain dari itu tiada apa yang rosak atau musnah. Pintu belakang pula diperiksa. "Navier ada buat jahat dengan orang ke? Sebab mustahil tikus banyak-banyak macam tu tiba-tiba masuk. Kalau tu mesti ada kesan cakaran dekat pintu kalau tikus-tikus tu nak masuk."

Jari diletak bawah dagu dan otak memerah idea untuk berfikir. Siapa ye yang berani buat macam ni? Orang yang aku selalu buat marah ialah Qistina dan Safrina sahaja. Termasuk papa sejak dua menjak ini. Berani ke dua orang tu nak buat kerja macam ni? Ke upah orang ni? Safrina tiba-tiba menelefon aku. Setelah beberapa panggilan yang aku tunda, panggilan ini diangkat.

"Perempuan, kau buat apa dekat baju aku!! Baru sekarang kau nak angkat call?!? Aku dah call nak dekat seratus kali! Rosak baju kahwin aku! Kau ganti rugi cepat!! RAJA NAVIER AIRA!!!" jeritan Safrina memekakkan telinga yang sudah agak pekak ini. William terdengar suara jeritan Safrina. "Wow. I feel like I know who's the culprit now. What did you do Navier?"

Aku senyum manis. "Just tattered her beautiful wedding clothes that she stolen from me. But well, it's a good thing that she stole it. It makes me forget the bitter and sweet memories that I have." pintu belakang studio ditenung lama. Main kasar kau ye Safrina. Manalah dia dapat tikus banyak-banyak.

"William, saya nak mintak tolong boleh? Nanti saya bayar dekat awak." kaki dijengeketkan untuk berbisik ke telinganya. Muka dia berubah terkejut tetapi tersenyum. "Eee naughty girl la awak ni!"

Continue Reading

You'll Also Like

2.7M 157K 49
"You all must have heard that a ray of light is definitely visible in the darkness which takes us towards light. But what if instead of light the dev...
1.4M 34.5K 46
When young Diovanna is framed for something she didn't do and is sent off to a "boarding school" she feels abandoned and betrayed. But one thing was...
1.5M 131K 45
✫ 𝐁𝐨𝐨𝐀 𝐎𝐧𝐞 𝐈𝐧 π‘πšπ­π‘π¨π«πž π†πžπ§'𝐬 π‹π¨π―πž π’πšπ πš π’πžπ«π’πžπ¬ ⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎ She is shy He is outspoken She is clumsy He is graceful...