The Unsung Hero VAT69

By sweetnight_nb

8.8K 310 6

➡ Coretan kata-kata, maklumat & fakta dari novel 'The Unsung Hero' & 'Yang Terunggul The One' karya Melur Jel... More

➡1
➡2
➡3
➡4
➡5
➡6
➡7
➡8
➡ 9
➡ 10
➡ 11
➡ 12
➡ 13
➡14
➡15
➡16
➡ 17
➡ 18
➡ 19
➡ 20
➡ 22
➡ 23

➡ 21

37 6 1
By sweetnight_nb

Friday  February 16, 2024

___

Dipetik dari 'MIKAYLA' novel terakhir Melur Jelita.

Gagal!

Akim dan Safar tidak lepas ujian asas 69 Komando.

Gagal lagi.

Mahu cuba lagi.

Dua kali gagal!

               RTU. Return to unit. Balik ke unit asal. Perkataan yang sangat tidak mahu didengar. Daripada jurulatih yang menilai. Gagal! Tetapi yang paling pilu kalau dari mulut sendiri. Angkat tangan, mohon RTU! Dah kalau badan dah tak larat nak bawa, lutut dah tak boleh dibengkok walau semangat membara bagaikan gunung berapi. Walau batin menjerit menghempas-pulas.

           Terpaksalah benci rela di-RTUkan!

           Tetapi Akim dan Safar tetap tidak berputus asa. Persediaan demi persediaan dilakukan untuk mengikuti fasa pra pemilihan 69 Komando seterusnya. Portal PDRM sentiasa dijenguk.  Kut-kut terkeluar E-Siar pemberitahuan sesi akan datang.

          Beria Akim dan Safar menghasut Hardie masuk 69 Komando.

          Setakat ini hasutan mereka belum berjaya.

          Hardie takut hendak masuk. Bukan takut kena dera, takut tidak mampu.

          Melihat Akim dan Safar berjalan kengkang sekembali dari pra pemilihan, belum asas lagi tu, lagilah Hardie seriau.


Mikayla, muka surat 337 - 338


____

                  RAMAI betul polis hari ini di pekarangan IPD Johor Bahru Daerah Selatan. Dengan khemah-khemah yang dipasang besar-besaran, tentu ada program istimewa. Orang awam yang datang berurusan terjenguk-jenguk melihat apakah acara istimewa yang bakal berlangsung. Yang berdiri menunggu di luar menemani saudara-mara atau kawan-kawan pun ramai. Turut sama terintai-intai. Bercakap sesama sendiri.

               "Kejap lagi komando apa entah akan bersiaran." Seorang daripada orang awam bersuara.

            "VAT 69 kut."

            "Mana tau?"

            "Saya dengar pengumuman tadi."

            "VAT 69 tu apa?"

            "Ala... tentera kita yang berperang di Sabah aritu."

            "Komando tentera, kan?"

            "Rasanya... polis..."

            "Yang terkorban dua orang tu. Di Lahad Datu, Sabah. "

            "Bukan tentera ke?"

            "Polis la."

            "Apa ke namanya? Zul. Zulkifli. Seorang lagi Sabaruddin. Gitu la kut."

            Kenal pun tidak, rancak pula para orang awam ini hersembang. Tanpa bersalam dan bertanyakan nama, mereka galak bertukar cerita. Mentaliti orang Malaysia. Lebih selesa tidak memperkenalkan diri tetapi kalau bersembang, macam kenal 10 tahun.

            "Geng kunyit semua ni," sanpuk seorang pemuda.

            "Amende tu ek?"

            "Main belakang." Terang pemuda tadi.

            Kata-katanya menarik perhatian ramai. 

            "Main apa ek?" tanya seorang tua.

            Pemuda tadi mengeluh. Orang tua kolot!

           "Suka lelaki sama lelaki." Jelasnya dengan suara yang agak diperlahankan tetapi dengan nada tegas.

            "Ooooo..."

           Mereka yang lain baru faham.

          "Benda ni dah biasa. Lebih lebih lagi kalau dilonggokkan sesama jenis di satu tempat. Lelaki suka lelaki. Perempuan suka perempuan. Nampak macam normal tapi nafsu kat sesama sendiri. Maktab. Asrama. Maahad Tahfiz. PULAPOL. ATM. Tu semua geng kunyit lengkuas." Beria pemuda itu bercerita apatah lagi bila ramai menunjukkan minat yang Iuar biasa.

          "Jangan bagi anak masuk polis tentera la. Mesti jadi mangsa punya. Masa kat Lahad Datu, geng ni la yang mencicit lari. Berpuluh VAT 68 yang mati. Penakut amat!"

Berpuluh mati?!

VAT 68!

Mencicit lari?!

            "PATUT pun kau tak jadi polis ya?" Satu suara bertanya dari belakang.

           "Ya, pasal tu la. Bukannya saya tak boleh mintak polis. Boleh sangat tapi tu la..." jawab pemuda tersebut. Semakín galak

          "Kalau komando lagi la. Jangan tengok badan sado, nafsu songsang tu!" tegasnya lagi.

          "Minta maaf..."

           Suara yang bertanya di belakang tadi berbunyi lagi. Kali ini dengan lebih kuat. Mereka yang lain berpaling. Berderau sekejap semua orang.

           Di hadapan mereka berdiri dua orang yang beruniform lengkap. Pelik uniformnya. Tidak pernah tengok. Bukan macam uniform polis biasa. Askar ke?

           Segak bergaya dengan celoreng digital. Beret perang pasir senget di atas kepala. Siap dengan mafela yang dililit kemas di leher. Side arm. Walther 99. Cermin mata hitam kemas bertenggek di atas hidung mancung masing-masing. Aviator Rayban. Macho gila!

           Perfect!

           Kalau yang lelaki pun ternganga melihat mereka, apalagi beberapa orang perempuan yang turut ada sama. Terpukau terus!

           Hardie, Safar dan Akim berdiri tercongok di belakang kedua-dua mereka.

           "Setahu saya dan saya berani jamin, tiada aktiviti seperti itu berlaku. VAT 69 bebas daripada kaum Nabi Luth."

            Tanda nama di dada mereka dibaca pantas oleh yang hadir.

             Hamzah

             Irvan.

             "CAKAP siang pandang- pandang, cakap malam dengar-dengar..." sambung Hamzah yang bercakap sedari mula tadi.

              Irvan hanya berdiam dan bercekak pinggang. Gaya berdirinya sangat memukau. Gagah perkasa. Tetapi pandangan matanya tepat kepada pemuda yang bermulut celopar tadi.

             Walaupun Irvan bercermin mata hitam tetapi pemuda tersebut seolah-olah melihat pandangan tajam matanya. Sangat tajam sehingga hampir tembus kepalanya di belakang. Sudah terasa geli-geli ngilu di celah kelangkangnya. Pemuda tersebut hampir terkencing  menahan panahan mata yang sangat berbisa.

            "Jangan sembang saja lebih, bro. Kau masuk PULAPOL dulu, lepas tu baru kau apply 69. Aku nak tengok kau lepas ke tidak. Lepas tu bolehlah aku rekomenkan kau dihantar ke sempadan atau duduk je terus kat Lahad Datu. Sipadan ke. Tengok kau kental ke tidak." Hamzah menala pandangan lembut tetapi sinis kepada pemuda itu.

           "Benda yang kau tak tau, jangan kau cakap sembarangan. Kencing pun masih bercabang. Sebut nama kami pun tak betul, ada hati nak kondem. VAT 69, bukan VAT 68!"

    
           Hamzah dan Irvan berlalu pergi dengan pantas. Diekori oleh Hardie, Safar dan Akim yang ditugaskan membantu pegawai dan anggota 69 Komando sepanjang mereka berada di IPD.

            "Ingat kau nak diam." Irvan bersuara ketika beriringan dengan Hamzah menuju ke tempat acara.

             "Tak tahan bila dia kata kita mencicit lari. Setakat dikutuk geng homo, aku boleh telan lagi. Bab lari tu, sakit hati aku."

             "Sabarlah. Manusia." Irvan menenangkan Hamzah.

              "Mereka ingat kita ni tak ada agama ke? Buta perut?"

              "Orang macam ni, kalau perang, mereka yang lari dulu."

              "Sebab tu kena diajar sikit. Kita ni terlalu nak menjaga hati. Sampai ke peringkat orang hina dan ludah pun kita diam. Sebab tu mereka semakin berani dan kurang ajar."

             Irvan terdiam.

            "Mulai hari ini, aku tak mahu diam lagi. Kita yang merasa. Peluru bagai hujan. Tembakan mortar. Sampai sekarang, telinga aku masih lagi berdesing dengan letupan bom. Mereka ingat kita main-main paintball ke? Nyawa Zul dan Sabaruddin bukan sandiwara. Dan mereka tak bersyukur ke hanya dua orang 69 yang maut? Kau dengar dia sebut apa tadi? Berpuluh 69 mati? Tergamak dia mencita-citakan kematian kita semua? Kita ni siapa? Kalau mereka tak mahu hormat kita, sekurang-kurangnya jagalah mulut. Ini jangankan nak bagi semangat, lagi dikutuk hina. Kita bukan kalah dengan musuh, tapi kita boleh kalah dengan kata-kata jahat rakyat Malaysia."

            "Sebab tu, masa dalam latihan, kita dah dilatih menerima apa saja. Penghinaan. Kesakitan. Penderitaan. Kelaparan. Kedahagaan. Tiada keselesaan. Apalah sangat kata-kata tadi. Selagi boleh telan, telan je. Jangan pernah impikan kita akan dibentangkan permaidani merah untuk perjuangan kita. Kita adalah The Silent Warriors. Hadirnva kita tak diketahui. Perginya kita tak disedari. Nama kita pun mereka tak kenal. Kubur kita pun mereka tak tahu. Allahlah saksi kita."

           Hamzah memandang muka Irvan.

           "Ini jalan yang kita pilih. Kan?" soal Irvan ketika menentang mata sayu Hamzah.

          Hamzah mengangguk.

          "Demi negara.." jawab Hamzah.

         "Dan demi Tuhan," tambah Irvan.

VAT 69/69 KOMANDO
WARISAN DARAH PERWIRA
DARAH INI HARUS ADA PEWARISNYA!

Mikayla, muka surat 564 - 571

Continue Reading

You'll Also Like

701K 31.5K 38
newbie , first ff saiia :) story dia macam nii . Tengku Ariesya Arieyanna bt Tengku Azimi Azmir yg terpaksa pindah atas urusan keluarga dia . Dengan...
1.6M 92.5K 54
❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menj...
137K 7.1K 59
Disebabkan hanya sebuah botol biru, satu insiden telah berlaku antara Naim Hakim dan Nana Azyani. Masing-masing mulut puaka, mulut celupar, mulut lon...
36.9K 1.3K 200
Hanya ritma atas puisi dan lirik rap sendiri. Ada ritma tapi tiada makna. Ada makna tapi tiada ritma. Selamat membaca. Mula: 14 MEI 2018 Tamat: 10 MA...