Broken Trust

By starlenenyx

147K 7.7K 335

饢 BROKEN SERIES BOOK 1 鈯光櫋 start : 02072023 end : 07022024 鈿狅笍clich猫 More

饢 Broken Series 鈯光櫋
PROLOGUE
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 51
Bab 52
Bab 53
EPILOGUE

Bab 50

1.5K 99 1
By starlenenyx

PINTU bilik Aslan dia buka. Ersana masuk ke dalam bilik itu. Kosong dan sunyi. Seperti tiada orang yang ada di dalam. Bunyi pancuran air dari bilik mandi melegakannya. Oh, Aslan tengah mandi rupanya.

Ersana duduk di atas katil menunggu Aslan selesai mandi. Tak lama selepas itu, Aslan keluar dari bilik mandi dengan lengkap berpakaian. Melihat dia yang ada di atas katil Aslan, Aslan senyum.

"Hi darling," kepala Ersana ditarik mendekati bibirnya kemudian dia kucup dahi licin Ersana.

"Kenapa panggil?" Ersana soal. Tadi Ashira kata padanya yang Aslan mahu jumpa di bilik jejaka itu. Kerana itulah dia di sini sekarang. Jika tidak, dia pasti sedang membantu Ashira buat kuih di dapur.

"I miss you." Aslan rebahkan kepalanya di atas paha Ersana. Tangannya melilar menyentuh wajah Ersana. Ketika dia mengalami mimpi itu, dia sudah sedar yang dia ada sesuatu dengan Ersana. Tetapi dia tidak tahu apa itu.

"Ngada-ngada." Ersana menjeling.

"Three years of not seeing each other is really painful." ucap Aslan. Ersana senyum tipis. Ya, menyeksakan. Ersana mainkan jari jemarinya pada rambut Aslan kemudian dia pula mencium dahi suaminya.

Aslan bangun dari berbaring. Dia duduk bersila menghadap Ersana. "Darling, Show me your scars." Aslan bersuara. Wajahnya serius yang bermaksud dia tidak main-main dengan kata-katanya. Dia mahu lihat parut itu. Parut yang menyeksa isterinya bertahun-tahun.

"But why?" Ersana menyoal pelik. Kenapa tiba-tiba Aslan mahu tahu tentang parutnya.

"I want to see every time you get this scar, but I'm not with you and protect you." ucapnya. Dia mahu melihat parut ini setiap hari supaya dia boleh ingat pengorbanan Ersana selama menjadi isterinya.

Ersana menunduk. Mendengar ucapan buat hatinya sekali lagi terusik dengan kata-kata lelaki itu. Aslan memang serius dalam berkata-kata. Dan sekarang dia merasa yang dia seolah tidak layak berdiri di bersebelahan lelaki itu.

Perlahan-lahan, Ersana mula mengangkat separuh bajunya. Menunjukkan parut yang di pinggang dan perutnya. Parut di pinggang terhasil ketika Khair menuang air panas di pinggangnya. Dan parut di perut terhasil sewaktu dia melahirkan Arsene.

Tetapi sayang, kerana bukan bayi hidup yang dikeluarkan tetapi bayi yang sudahpun menjadi mayat.

Rahang Aslan mengetat melihat parut yang turut ada hampir seluruh tubuh isterinya. "Hael, awak tak jijik ke dengan saya? Parut ni buruk. Saya tak suka," soal Ersana. Bahkan dia sendiri pun jijik melihat parut yang terhasil kerana Khair apatah lagi Aslan.

"Everything that is near you, is never disgusting," matanya naik memandang iris redup Ersana. Semua yang ada pada Ersana tidak kira kelebihan atau kekurangan, akan dia terima.

"Every time you see this scar, what do you feel?" Aslan menyoal. Dia ingin tahu perasaan isterinya ketika melihat parut lama. Sedih, marah atau benci.

Pandangan mata Ersana pada Aslan mula berubah. Bukan lagi redup tetapi matanya penuh dengan api kemarahan yang membuak-buak keluar. "Setiap kali saya tengok parut ni, saya teringat dengan suara saya yang minta tolong dan panggil nama awak. Tapi awak tak datang. Dan itu buat rasa benci saya pada awak, jadi berganda."

Aslan terdiam. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Allah, dia sudah beribu kali melukai hati bidadarinya. "Kalau macam tu, pukullah aku setiap kali kau tengok parut ni. Pukullah aku setiap kali kau teringat tentang semua perkara yang menyakitkan."

"Aku salah sebab mungkir janji aku. Aku juga salah sebab tak ada dekat situ lindungi kau. Jadi, biar aku tebus balik segala kesalahan aku pada kau," untuk hal ini dia perlu mengalah. Walaupun dia tahu yang ini bukan kesalahannya kerana dia juga mangsa. Tetapi dia tidak kisah tentang dirinya. Asalkan Ersana terima dia semula dan maafkannya dia akan buat apa sahaja.

Segala kesalahan Ersana buat padanya, akan dia maafkan. Dia tidak mahu wanita kesayangannya sakit. Dia tidak boleh salahkan Ersana kalau gadis itu tidak dapat menerimanya. Kerana susah untuk seorang perempuan mahu percayakan seorang lelaki. Kerana dari kecil Ersana sudah dilukai oleh insan yang dinamakan lelaki.

Jadi wajar kalau gadis itu trauma dengan lelaki sekarang. Kesan dari apa yang Ersana terima dari Khair, akan mengefek kehidupan Ersana yang sekarang.

Oleh itu, kalini biarlah dia yang mengalah. Biarlah dia yang menjadi air. Air yang akan padamkan api yang ada dalam hati Ersana. Kerana jika dia juga menjadi api, bila dia mahu bahagia dengan Ersana?

Jika keduanya tidak mahu mengalah, masalah tidak akan pernah selesai.

Aslan menatap mata Ersana apabila ada setitis air mata jatuh di tangannya. Rupanya Ersana menangis dan itu buat dia sekali lagi salahkan diri sendiri kerana buat Ersana menangis. "Jangan nangis, kesayangan Hael," mutiara yang merembes keluar itu dibersihnya.

"Awak baik sangat Hael. I don't deserve you."

"No. Only you deserve me. Because others will never find me this version. Hm?" Ersana ditarik masuk ke dalam pelukannya. Jika berada di dalam pelukan, akan menenangkan Ersana. Dia tahu akan hal itu. Bahkan dia juga berasa tenang apabila Ersana memeluknya.

Di dunia ini, hanya Ersana yang layak mendapat dan menagih kasih sayangnya. Kerana, dia tidak akan pernah memberi perhatiannya pada wanita lain selain Ersana dan Ashira.

"Saya rindu Arsene."

"Esok. Kita pergi melawat kubur dia. Aku pun rindu dia. Tapi tak tahu kubur dia dekat mana," dia sudah lama mahu tahu keberadaan kubur Arsene. Dia mahu melawat anak sulungnya itu.

Continue Reading

You'll Also Like

1.5M 48.3K 66
Kayla Hanania adalah seorang pelajar universiti yang mengambil jurusan literary journalism atau jurnalisme sastera. Dia berminat dalam bidang jurnal...
72K 2.9K 73
Kisah mereka tak romantik macam dalam drama tv tapi banyak cabaran dan halangan apa kedua mereka sememangnya lahir di dalam dunia yang sama tapi berb...
271K 5.4K 23
Start : 7 Mei 2020 Kisah Adam yang memberi peluang pada Ayuni untuk menjadi kekasihnya tanpa pengetahuan orang lain memandangkan dia sudah bertunang...
487K 22.1K 58
"Dia tak akan balik pada kau." "Aku sanggup tunggu dia selama yang aku mampu." ULYANA SOPHIA merupakan satu-satunya cahaya mata dari keluarga itu. Di...