aksara

By 3ardee

47.8K 2.6K 356

For younger me, who wanted to be someone's first choice. More

aksara langit
sneak peek
aksara 1
aksara 2
aksara 3
aksara 4
aksara 5
aksara 6
aksara 7
aksara 8
aksara 9
aksara 10
aksara 11
aksara 12
aksara 13
aksara 14
aksara 15
aksara 16
aksara 17
aksara 18
aksara 20
aksara 21
aksara 22
aksara 23
aksara 24
aksara 25
aksara 26
aksara 27
aksara 28
aksara 29
aksara 30
aksara 31
aksara 32
aksara 33
aksara 34
aksara 35
aksara 36
aksara 37

aksara 19

1K 61 4
By 3ardee

Dhamir menatap laptop yang berada di hadapannya tika ini. Pen ditangan dipusing pusingkan cuba untuk mencari idea. 

Suasana sepi memandangkan jam sudah menunjukkan hampir pukul 2:30 pagi.

Bilik yang serba hitam hanya diterangi cahaya dari lampu meja. Dhamir yang hanya mengenakan baju tidur menatap intens paparan laptop.

Jarinya mula menari nari di atas papan kekunci seolah sedang menaip sesuatu.

Tersentak Dhamir apabila bunyi notifikasi masuk. Handphone yang berada di sisi dicapai.

Tertera pesanan dari orang upahannya.

Setiap baris pesanan dibaca sebelum dihantar pada Indra. Bibir mengukir senyuman senget.

Gambar yang terpapar di skrin telefon ditatap.

"Amar Firas.."

.⁠。⁠*⁠♡

Dhamir berpeluk tubuh menunggu Indra menghabiskan kelasnya. Tika ini dia berada betul betul di hadapan pintu kelas.

Pesanan masuk dari Indra menandakan lelaki itu sudah habis. Dengan selamba kaki panjang milik Dhamir melangkah masuk.

Pelajar pelajar yang sedang berkemas mengalihkan perhatian pada tubuh tegap yang dibaluti jacket kulit berona hitam.

Indra yang pelik apabila suasana sepi mengangkat wajah. Tahulah dia kehadiran Dhamir memberi impak pada pelajarnya.

"Class Dismissed."
Tegas nada suara Indra.

Dhamir selamba melabuhkan duduk sementara menunggu semua penuntut keluar dari kelas.

Berkerut wajah Dhamir apabila ada seorang gadis yang menghampiri mereka bersama fail di tangan.

Wajah Dhamir tenang apabila gadis itu betul betul berdiri di hadapannya. Glove di tangan dibuka dengan tenang.

"Hai ! I Qaira.. n you are ?."

Loya wajah Dhamir melihat huluran tangan gadis yang tidak bertudung dihadapannya tika ini.

Indra membulatkan mata melihat perangai salah satu pelajarnya.
"Qaira.."

Gadis yang bernama Qaira menghiraukan amaran Indra. Wajah masih tersenyum manis ke arah Dhamir.

"Qaira Amalin. Class Dismissed. out."
Tegas nada suara Indra.

"alahh sir kejaplah."
Qaira masih tidak mengalah. Tangan masih setia menanti Dhamir menyambut salam kenalnya.

Indra menggeleng perlahan.

"Sorry girl.. unavailable."
Tenang Dhamir menayangkan jari yang elok tersarung cincin.

Mencuka wajah Qaira sebelum berlalu pergi tanpa sebarang kata.

"old tactics huh Dhamir Haikal."

"aku bijak. bukan macam kau. Perempuan try sikit buat muka seposen."
Cincin yang tadinya tersarung di jari dibuka lalu kembali disimpan ke dalam pocket.

Habitnya dari zaman belajar, membawa cincin sebagai cara mengelak dari perempuan.

Setelah memastikan kelas kosong, Indra bergerak berdiri di hadapan Dhamir.
"so ?."

Dhamir menghulurkan satu fail hitam pada sang sahabat.
"secured."

Fail bertukar tangan sebelum mata Indra menganalisis satu persatu informasi di tangan.
"Amar Firas bin Muaz. Sarjana Muda pengurusan pemasaran. Now work as Pengurus Pemasaran. Patutpun pandai pasarkan diri."

Terletus tawa dari bibir Dhamir mendengar ayat sinis Indra.
"so what's with this guy."

"nothing..."
Tenang suara Indra.

"oh come on Indra faleeq. aku bukan baru kenal kau semalam. Kau takkan suruh aku cari orang if it is not important."

Gambar Amar yang tertera di dalam fail ditatap. Masih segar diingatannya sewaktu di mana lelaki ini memegang pergelangan tangan Alea.
"he's just messing with my girl."

Dhamir tersenyum senget apabila mendengar pengakuan Indra.
"so kau nak buat apa ?."

"for now nothing.."
Fail di tangan ditatap. Beberapa helaian kertas yang memaparkan semua maklumat peribadi Amar dilihat.

"If u want my help. just hit me up."
Tenang Dhamir mempelawa.

"Yeah of course.. n kau kalau nak aku tanya Alea pasal Madiha bagitaulah.."

Membulat mata Dhamir dibuatnya.
"apebenda kau mengarut ni."

Indra tersenyum mengusik.
"teruskan act fool Dhamir. Aku bukannya kenal kau semalam.."

Indra memasukkan fail ke dalam beg miliknya sebelum kaki panjang itu melangkah keluar diikuti Dhamir.

"apebenda kau."
Dalih Dhamir.

"kau ingat aku taktau kau try kawan Alea ?."
Indra masih tidak berhenti mengusik Dhamir.

"eh sorry eh. aku bawak dia pergi makan je."
Dhamir masih berdalih.

"okay Dhamir Haikal."

"oh bagitau Daniel i said thanks."

"eh apahal Daniel pulak, aku yang upah dia.. u should thank me Indra."
Bentak Dhamir.

"kau upah dia.. dia yang buat kerja. Oh n.. aku bayar kau untuk upah dia. So practically its my money Dhamir Haikal."
Tenang Indra menegakkan kebenaran.

Cemberut wajah Dhamir dibuatnya.
Dasar Indra.

.⁠。⁠*⁠♡

"Madiha saya balik dulu ye."

"hah okay Puan.. hati hati."
Senyuman manis Madiha berikan pada orang atasannya yang sudah berangkat pulang manakala dia masih tekun menghadap laptop.

"awak jangan stay lama lama sangat bahaya."

"takdelah saya pun nak balik dah."
Senyuman masih terlakar sebelum dia kembali duduk setelah susuk itu beredar pergi.

Lama Madiha menghadap laptop di hadapannya tidak sedar masa berlalu begitu pantas. Tersentak Madiha apabila handphonenya berdering nyaring.

Jelas tertera nama sang sahabat di paparan skrin. Punat accept ditekan sebelum loud speaker turut ditekan.

📞 ANNUR MADIHA !.

Nyaring suara Alea menyapa pendengarannya.
"yer alea.."

📞 Kau kat mana Madiha.

"aku kat office lagi ni."
Jawab Madiha bersama mata masih menatap paparan laptop.

📞 astaghfirullah.. Kau tau tak sekarang ni pukul berapa. Dah nak pukul 9 malam dah Madiha !

Madiha membulatkan mata sebelum dengan pantas bebola mata tertacap pada jam di laptop.
"Ya Allah wehh !!."

Dengan kalut tubuh itu bangkit dari duduk mengemas mejanya yang berselerak.
"lea jumpa kat rumah."

📞 careful madi..

Panggilan ditamatkan sebelum Madiha dengan kalut menapak ke arah pintu lift pejabat.

.⁠。⁠*⁠♡

Alea melihat handphone yang tertera message dari Indra.

Berkerut wajah Alea apabila menerima pesanan dari Indra. Handphone diletakkan di sisi meja makan sebelum kertas kertas lukisan milik anak anak muridnya dilihat satu persatu.

Tersenyum cantik wajah Alea melihat pelbagai jenis lukisan tertera cantik di atas kertas.

.⁠。⁠*⁠♡

Madiha menyusup masuk ke dalam kereta. Mulut terkumat kamit membaca doa. Beg miliknya diletakkan di kerusi penumpang sebelum tali pinggan dicapai.

Belum sempat kereta bergerak tersentak hebat Madiha apabila ada sebuah motosikal berkuasa tinggal betul betul berhenti di hadapan keretanya.

"Astaghfirullahazim !."

Madiha diam melihat penunggang motosikal tersebut turun mendekatinya. Kereta dipastikan berkunci.

Cermin keretanya diketuk. Madiha diam berdegil tidak membuka tingkap.

Membulat mata Madiha apabila tubuh itu membuka helmet dikepala. Terpapar satu wajah yang cukup dikenali.

"DHAMIR ??."

Tingkap kereta dibuka membenarkan dia melihat wajah jejaka itu dengan lebih jelas.

Dhamir menongkat tubuh pada tingkap kereta Madiha. Wajah itu dipacar air muka serius seorang Dhamir Haikal.
"buat kerja sampai tak sedar dah malam ?."

Berkerut wajah Madiha dibuatnya.
"eh ? macam mana awak tahu ?."

"does it matter ? awak sedar tak awak tu perempuan Annur Madiha ?."
Tegas nada suara Dhamir.

Madiha makin berkerut mendengar sebaris nama penuhnya meniti di bibir jejaka itu.
"macam mana awak tahu nama penuh saya ?."

Dhamir menghela nafas lemah.
"haihhh.. Madiha. don't change the topic."

"ish dahlah Dhamir. Kalau awak nak gaduh dengan sata esok je lah. Saya dahlah pening ni awak jangan menambahkan pening saya boleh tak ?."

Dhamir diam menatap wajah Madiha sebelum kembali bersuara.
"follow me."

"eh kenapa saya nak ikut awak pulak ?."

"Just follow me Madiha."
Tegas suara Dhamir membuatkan Madiha tidak berani melawan. Tidak pernah diam melihat Dhamir sebegini serius dengannya.

"tutup tingkap. kunci pintu."
Tegang suara Dhamir sebelum tubuh itu kembali kepada motorsikal berkuasa tinggi miliknya seraya tangan ligat memakai helmet dikepala.

Madiha akur. Kereta bergerak mengikut arah motosikal berkuasa tinggi milik Dhamir.

.⁠。⁠*⁠♡

Berkerut wajah Madiha apabila tiba di perkarangan sebuah kedai makan. Motosikal milik Dhamir yang terletak elok di sisi kereta dipandang. Dilihat Dhamir sudah selamat turun dari motosikal.

Dengan kalut Madiha mematikan enjin kereta lalu turut keluar dari badan kereta apabila tubuh jejaka itu sudah masuk ke dalam kedai.

"Dhamir, kita buat apa kat sini ?."
Soal Madiha seraya kaki mengejar langkah Dhamir.

Dhamir diam tidak menjawab seraya tubuh hanya melabuhkan duduk dengan tenang.

Madiha menarik kerusi di hadapan jejaka itu sebelum turun melabuhkan duduk.

Dhamir mengesan barcode bagi melihat menu. Matanya tertumpu pada menu di dalam telefon.

"Dhamir ! awak tak jawab soalan saya !."

Dhamir diam menghulurkan handphone miliknya yang tertera menu pada Madiha.
"order. saya nak pergi kedai jap."

Terpingga pingga Madiha melihat tubuh Dhamir bangkit meninggalkannya.
"eh dia tinggal je handphone dia kat aku."

Madiha mengangkat bahu seraya tertacap pada menu di handphone Dhamir.
"ni kalau aku rembat pastu gadai nice ni. Dahlah orang tanya tak jawab. Ada emas agaknya dalam mulut tu."
Bibir mengomel tetapi jari ligat memesan makanan.

Taknak cakap ngan kita sudah. kita makan lagi best.

.⁠。⁠*⁠♡

Madiha diam menanti Dhamir tiba. Tangan menongkat dagu seraya mata melilau melihat pelanggan. Ada yang bersama keluarga. Ada yang bersama rakan. Ada juga yang bersama buah hati.

Berkerut wajah Madiha apabila pasangan yang berada dihadapannya bersuap makan antara satu sama lain. Terus kepala ditundukkan tidak sanggup melihat.
"Ya Allah apabenda aku tengok ni."

"Yang si Dhamir ni pun satu. dia boleh tinggal aku kat sini. Ke dia dah blah tinggal aku sungguh. tapi tak mungkinlah. Handphone dia kat sini."
Pelbagai tanggapan menyapa minda.

Menyipi mata Madiha melihat tubuh Dhamir kembali dengan selamba bersama plastik di tangan. Mata hanya melihat tubuh itu kembali melabuhkan duduk dihadapannya.

"awak pergi mana sesedap hati je tinggal saya kat sini."
Terhenti kata Madiha apabila sebungkus plastik betul betul diletakkan dihadapannya.

Madiha diam membiarkan Dhamir membawa keluar barang dari plastik. Tanda tanya membelenggu diri apabila jejaka itu mengeluarkan plaster lalu dibuka separuh.
"nah.."

"hah ?."

"your hand Madiha."
Dhamir masih menghulurkan plaster pada Madiha.

Madiha melihat tangannya. Membulat matanya melihat ada segaris luka di jari telunjuk.
"eh Ya Allah.. kenapa saya tak perasan."

Tangan akur mengambil plaster dari Dhamir lalu dipakaikan ke jari.
"thank you Dhamir."

"hm."
Sampah diletakkan ke sisi sebelum plastik itu didekatkan pada Madiha.

"apa lagi awak beli ni."
Belum sempat Madiha melihat isi di dalam plastik. Makanan telah tiba membuatkan perbuatannya tergendala.

.⁠。⁠*⁠♡

"makanlah tenung saya pulak."

Madiha memincing mata melihat Dhamir di hadapannya.
"Dhamir. Macam mana awak tahu saya baru keluar office ?."

Dhamir menyuapkan nasi ke dalam mulut.
"pakai cable."

"tak kelakar lah Dhamir."
Madiha menyambung suapannya.

Dhamir hanya tenang menikmati makanan seraya melirik ke arah gadis dihadapannya yang masih berkerut memikirkan sesuatu.

"hah ! saya tahu ! Alea bagitau awak eh ?."
Duga Madiha.

"gila ke. nombor alea pun saya takde."

Cemberut wajah Madiha dibuatnya.
"yelah manatau Alea bagitau Indra pastu Indra bagitau awak."

Dhamir hanya mengangkat dagu tidak membenarkan tidak menyalahkan. Biarpun benar tekaan gadis dihadapannya tika ini.

Masih ingat dia yang baru tiba di perkarangan rumah mendapat pesanan ringkas dari Indra.

Terus dia yang baru tiba di rumah kembali memecut laju ke pejabat gadis ini.

.⁠。⁠*⁠♡

Madiha diam menikmati makanannya. Suasana kedai yang tadinya sepi kini sedikit bising dengan suara pelayan yang seolah sedang memarahi seseorang.

Perhatian diberi pada suatu sudut kedai.

"Pakcik.. pakcik tak boleh makan ni.."

Dhamir dan Madiha hanya melihat. Wajah Dhamir tenang menghirup kopi miliknya seraya mata tirusnya hanya memerhati.

Madiha sudah memberi sepenuh tumpuan melihat pelayan itu membawa pergi sisa makanan dari pakcik tadi.

Terbit rasa kasihan di hati Madiha melihat wajah sugul pakcik itu. Melihat pada pemakaian pakcik itu.. dapat Madiha teka keadaannya.
"Ya Allah kesiannya.."

Dhamir tenang menghabiskan sisa kopi di cawan sebelum bangkit dari duduk.

"eh awak nak pergi mana."

Dhamir tersenyum nipis. Rambutnya disebakkan ke belakang seraya tanpa kata kakinya bergerak ke kaunter.

Madiha hanya berkerut kehairanan.

"hai.. excuse me."
Dhamir menegur pelayan yang ada di kaunter.

"Yer Encik.."

"Saya nak 5 red velvet cupcakes to go."
Pesan Dhamir tenang.

"baik encik sebentar ye."
Pelayan tersebut ligat membungkus lima kek cawan buat Dhamir.

"ni dia Encik."
Kotak yang berisi kek cawan diletakkan di hadapan Dhamir.

"nak bayar kat mana yer ?."

"sini boleh Encik."

"okay meja 15."
Card holder yang berada di poket seluar dibawa keluar.

"semua sekali RM47 sekali dengan cupcake."
Jelas Pelayan itu.

Card credit berona silver miliknya dibawa keluar.
"charge me RM100."

"eh tapi encik.."
Belum sempat pelayan itu menghabiskan kata Dhamir lebih pantas menghulurkan kad miliknya.

Terdiam pelayan itu melihat kad kredit berona silver dihadapannya yang tertera satu logo gah terpahat disitu.
Tahulah dia lelaki dihadapannya ini bukan calang calang orang.

"sini ye Encik.."

Dhamir swipe kan cardnya sebelum kembali disimpan ke dalam card holder miliknya.

"oh.. you see that man ?."

Pelayan tersebut melihat ke arah Pakcik yang dimaksudkan Dhamir.
"Yer Encik.."

"Make whatever he wanted to eat. Jumlah lebihan saya tadi. anggaplah i pay for him. Kalau tak cukup hit me up. kalau lebih keep it."
Card yang tertera maklumat peribadi miliknya diletakkan ke atas kaunter sebelum kaki panjang Dhamir kembali melangkah duduk di hadapan Madiha.

"awak buat apa ?."
Soal Madiha. Sedikit pelik memandangkan Dhamir mengambil masa yang lama di kaunter.

"beli cupcake."
Kotak cupcake diletakkan ke atas meja.

"cupcake ? untuk sapa ?."

"adik."
Ringkas Dhamir menjawab.

"adik ? awak ada adik ?!."
Teruja nada suara Madiha.

"yer madiha.. apa yang awak terkejut sangat."
Soal Dhamir seraya mata hanya melihat pelayan yang mula mengambil pesanan pakcik itu.

"takdelah saya taktau pun awak ada adik."

Dhamir tersenyum senget. Tangan naik berpeluk tubuh.
"kenapa awak nak tahu ?."

"sajalah. kenapa tak boleh ke. awak boleh tau nama saya. Hah ! saya still curious macam mana awak tahu nama saya !."

Dhamir menjungkit kening.
"I'm Dhamir Haikal, Madiha. Keep that in mind."

Cemberut wajah Madiha mendengar jawapan Dhamir.

"Dah habis makan kan ? jom."
Tanpa menunggu jawapan Madiha. Dhamir bangkit dari duduk menuju ke motosikal miliknya.

"eh Dhamir ! malamni saya belanja."

"takyah saya dah bayar. Jom. Kang kawan kesayangan awak tu bunuh saya sebab hantar kawan dia lambat."
Helmet disarungkan ke atas kepala sebelum menunggu Madiha masuk ke dalam kereta.

"Dhamir."

"apedia lagi Madiha."
Dhamir duduk di atas motor menatap tubuh gadis yang bersandar pada pintu kereta.

"saya nampak pakcik tu tengah makan. Dorang buat makanan baru untuk pakcik tu."

Dhamir melihat ke arah yang ditunjuk Madiha. Jelas dia lihat pakcik itu sedang menikmati makanannya yang baru tiba.

"Saya doakan orang yang bagi pakcik tu makan dimurahkan rezeki."
Jelas Madiha masih melihat ke arah pakcik itu.

Dhamir tersenyum senget.
"Aamin. Doa juga semoga dia dapat tackle Perempuan yang dia minat."

"ish apa awak ni. dibuatnya orang tu perempuan."

"hm apa apa jelah Madiha. Mehlah kita balik yer."
Enjin motosikal dihidupkan.

Madiha turut memboloskan diri ke dalam kereta.

Pelayan yang berada di kaunter hanya melihat dari jauh tubuh Dhamir yang telah melusup laju dengan motosikal berkuasa tinggi.

Kad milik Dhamir yang berada di tangan dilihat.


.⁠。⁠*⁠♡

Indra memeluk bantal yang berada di riba seraya mata tertacap pada drama korea yang tertera di televisyen.

Sesekali matanya melihat Puan Mariam yang fokus menonton tetapi tangan ligat mengait.

"umi.."

"hm ?."
Puan Mariam mengumam perlahan.

"esok umi free tak ?."

Puan Mariam melihat sekilas wajah tampan sang anak.
"free kot kenapa."

"angah nak ajak umi keluar teman angah."

"teman pergi mana angah. cuba cakap tu jangan sepatah sepatah."

"erm teman beli cincin."

Tersentak Indra apabila tubuh sang umi yang tadinya berada di sofa dihadapannya kini berada betul betul di sebelahnya.
"Ya Allah umi."

"boleh bolehhh esok umi free. eh tapi umi ada lunch date dengan kawan umi. takpe ! umi bagitau dia. mesti dia faham. So esok eh ! pukul berapa ?."

"Ya Allah umiku sayang sabar.."

"angah nak umi masuk merisik bila ? lusa ?."

"Ya Allah umi.. risauu. Sabar umi angah nak tengok je dulu sebenarnya."

"ish kamu ni. dahlah."
Puan Mariam kembali pada tempat bersama wajah cemberut.

"aikk umii jangan merajukkk."

.⁠。⁠*⁠♡

Indra diam melihat suasana tasik di hadapannya. Sesekali mata tertacap pada tingkah kanak kanak yang berlari lari dihadapan.

"Hai Assalamualaikum."

"Walaikumusalam."
Indra tersenyum apabila sistem penglihatan dihiasi tubuh Alea yang cantik mengenakan gaun berona coklat cair.

"sorry lambat. lama ke awak tunggu."
Soal Alea seraya melabuhkan duduk di sisi.

Indra hanya tersenyum seraya menggeleng.
"takdelah saya baru je sampai."

"btw i brought marble cake."
Bekas yang berada di sisi ditunjuk pada Alea.

"fuyyo homemade ?."

Indra mengangguk.
"umi tahu saya nak jumpa awak harini semalam terus dia buat."

"awhhh comelnyaaa. cakap thank u tau kat umi. Saya suka marble cake !."
Keterujaan jelas terpancar pada wajah Alea.

"I'm glad. So nak makan dulu ke.."

"erm.. ni dululah."
Kertas yang berada di beg dibawa keluar manakala Indra membawa keluar kertas yang berada di dalam poket.

Helaian kertas bertukar tangan. Sebelum suasana antara mereka sepi memandangkan keduanya fokus pada setiap aksara di tangan.

Indra menatap tulisan tangan yang tercoret indah di helaian kertas.

Tuhan,
ada seseorang yang membuatku jatuh cinta sejatuh jatuhnya, kemudian dia mengajarkan aku ke titik tertinggi mencintai. iaitu mengikhlaskan dan pergi sejauh jauhnya.

I wanna backoff.

Tetapi sering gagal.

Sehinggalah,
aku benar benar pergi.

sejauhnya dari mereka.

pergi.
intisar.2Feb.

Mata Indra naik menatap wajah jelita yang berada dihadapannya tika ini. Dia sedar disetiap puisi Alea yang dibacanya. Gadis itu seolah menyelitkan satu rasa.

Alea melihat puisi Indra.

intisar,
ketika mendengar dengan hati,
namamu menjadi apa apa yang diingini jantungku.

mif.2Feb.

Alea menatap lama coretan puisi ringkas ditangannya.

Aksara Indra ringkas. Tetapi memberi kesan dalam pada sekeping hati.

Tetapi jujur Alea katakan. Dia takut.

Cukuplah.
Dia takut untuk hancur sekali lagi.

Indra melihat tatapan redup Alea pada helaian kertas di tangan. Tika ini Indra sedar.

Gadis dihadapannya ini.
Takut untuk mencintai sekali lagi.

Dan rasa ingin tahu mencanak dalam hati Indra.

Ingin tahu sejarah gadis yang berada dihadapannya tika ini.

salam sayang,
mardee.

Continue Reading

You'll Also Like

592K 29.2K 47
Setelah kehilangan orang tersayang, Damia Nabella nekad. Tidak mahu mencintai. Huluran cinta hadir daripada Irfan Izzali, yang dianggap sebagai aman...
6.4K 491 33
Hygge A feeling of warmth and cosiness as you enjoy life's simple pleasures. "Dengan Nama Allah Abisha perasaan ini hadir tanpa dipinta" -Noah Al Ha...
3K 339 12
[Karya keenam queenzfina] She's beautiful. She's perfect. She has many husbands. And she is me. The Emperor is me! P/s: Saya buat cerita ni santai...
2.1M 108K 96
Abang, sebenarnya kan Sophea nak bagitahu abang yang Sophea cinta kan abang - Aryanna Sophea Tch kau tu budak kecil, apa je yang kau tahu tentang cin...