NEUN

By the_haraa

551K 41.1K 2.5K

JANGAN BACA, NANTI SAKIT MATA! IN EDITING PROCESS, PLEASE SABR TO GET A NEW UPDATE. KESABARAN ANDA SANGAT DIH... More

prologue
chapter ١
chapter ٢
chapter ٣
chapter ٤
chapter ٥
chapter ٦
chapter ٧
chapter ٨
chapter ٩
chapter ١٠
chapter ١١
chapter ١٢
chapter ١٣
chapter ١٤
chapter ١٥
chapter ١٦
Chapter ١٧
chapter ١٨
chapter ١٩
chapter ٢٠
chapter ٢١
chapter ٢٢
chapter ٢٣
chapter ٢٤
chapter ٢٥
chapter ٢٦
chapter ٢٧
chapter ٢٨
chapter ٢٩
chapter ٣٠
chapter ٣١
chapter ٣٢
chapter ٣٣
chapter ٣٤
chapter ٣٥
chapter ٣٦
chapter ٣٨
chapter ٣٩
chapter ٤٠
chapter ٤١
chapter ٤٢
chapter ٤٣
chapter ٤٤
chapter ٤٥
chapter ٤٦

chapter ٣٧

9.5K 993 38
By the_haraa

NEUN
The cold angel

Negara Qeouland.

Mereka duduk mencangkung. Neun memerhati setiap sudut. Deria pendengaran dan penglihatan menjadi lebih peka dan berjaga-jaga. Ibu muda di tepinya harus dijaga dengan baik sehingga bantuan sampai.

Bantuan?

Siapa yang akan hulurkan bantuan?

Entah dapat, entah tidak Neun pun tidak tahu. Jika tiada yang hadir dia akan melangkah untuk Permaisuri Qeouland. Dia sudah melalui pelbagai misi di negara orang, tiba saatnya darah dia mengalir demi memperjuangkan tanah air sendiri.

Keluar saja dari lorong mereka, ada tempat letak kereta usang. Mereka tunduk diam dan seminit telah hanyut, bunyi tapak kaki berjalan pergi dari situ. Neun angkat kepala, sempat dia jenguk kawasan sekitar.

Selamat.

“Kita akan bergerak ke kereta-kereta itu, jalan dengan perlahan…” suruh Neun sambil berbisik. Mereka pun berjalan sembari menundukkan badan, Tengku Raiha di depan manakala Neun mengikut dari belakang. Dari sebuah kereta ke sebuah kereta mereka lintas dengan bukaan kaki yang cermat dan penuh berhati-hati agar dapat mengurangkan bunyi derapan orang berjalan. Lagi-lagi waktu malam yang semakin menginjak subuh.

Satu kesilapan, nyawa bakal pemerintah Qeouland akan terputus. Satu kesilapan, nyawa Tengku Raiha bakal dizalimi bekas suaminya. Satu kesilapan, kredibiliti Neun akan disoal.

Satu kesilapan… semuanya bermula dengan satu ralat, culas, khilaf dan gawal meruntuhkan masa depan sebuah negara.

Dalam Neun tidak sedar, boleh meranapkan masa depan tiga buah negara.

Tuk-tuk!

Refleks telinga Neun dengar sesuatu, dia membesarkan langkah lalu bahu Tengku Raiha dia hambat ketat ke dalam pelukan. Justeru dia cekap mengheret Tengku Raiha ke sebuah kereta yang paling dekat dengan mereka, berhenti kepala Tengku Raiha dia lindung.

“Boss, she's not here!” sebutir-sebutir perkataan dari corong telefon seorang lelaki.

“Tak, aku tahu dia ada berdekatan sini. Dia bawa anak dia, kalau lari pun mesti sekitar sini saja. Cari sampai dapat. Kita tak akan balik tanpa dia dengan budak kecik tu, faham?”

“Faham boss!” bulu tengkuk Tengku Raiha menegak. Mereka mencari dia dan Putera!

“Teruskan pencarian!” punat merah lelaki itu tekan, matikan panggilan. Arahan dari pihak atasan wajib dibereskan. Tangan merogoh ke dalam saku untuk mengambil kotak rokoknya.

Bibir gelap akibat terlampau kuat menyedut asap mengepit sebatang rokok, pemetik api membakar hujung puntung. Dia merokok supaya dapat mengusir amarah di hati.

“Tak guna punya perempuan, dah lari istana menyusahkan aku. Kau fikir dapat lari dari aku ke? Dalam mana pun kau menyorok, aku boleh hidu.” Perempuan itu licik tetapi dia lebih lagi!

Sudah sebulan dia mencari kedudukan Raiha. Mengesan dan menjejaki keberadaan seorang perempuan yang licik yang dibesarkan oleh protokol istana dan tidak mudah diperdaya bukan senang bagi dia.

Pelbagai cara yang dia gunakan. Melalui rakaman cctv yang dipasang di kaki lima. Menyoal orang awam. Semua sia-sia. Tidak memberikan keputusan positif. Baru tadi dia menerima maklumat ada orang yang menjumpai Raiha dan seorang bayi. Nahaslah dia jika Raiha hilang lagi.

"Hachumm!"

Raiha menekup mulut. Badan mula menggigil. Kini, keselamatan mereka dalam bahaya. Sepasang mata Neun membulat tetapi dia masih menunduk, diam di kedudukan mereka.

Lelaki itu tersenyum sinis. Dia tarik rokok dari mulut kemudian asap rokok dia tiup keluar. Punat di telefon dia tekan, nombor anak-anak buahnya didail, “Hello.”

Lelaki itu berjalan mencari punca bersin, dengar seperti bersin seorang perempuan. “Ya boss?” sahut orang di sana.

“Datang sini cepat, aku dah jumpa bekas permata Tunku. Aku dekat tapak kereta terbiar,” semakin hampir. Neun angkat tangan dari melindungi Permaisuri Raiha, tangan kanan dia memegang kasut boot. Dia ada senjata yang tersimpan di bawah kasutnya.

Putera Ra’ed Al-Qaan bertukar tangan, Neun kembalikan bayi itu pada ibunya. “Neun…” Tengku Raiha mula merintih sedih.

Perasaan bersalah menghempap diri apabila kedudukan mereka bocor akibat kecuaian dia.

Checkmate!

Sekelip mata berpusu-pusu lelaki berbadan sasa kini mendekati tempat persembunyian mereka. Neun mati kata. Memang tidak sempat mereka nak meninggalkan tempat ini. Neun menenangkan Tengku Raiha dari mengeluarkan tangisan mendayu.

Listen carefully. I will not repeat what I have said,” kedua tapak tangan Neun melekap pada pipi Raiha.

Sit here until they arrive. Don't come out, whatever happens, don't follow anyone and don't go out!  This is an order. Putera, do not be naughty.” Sempat lagi hidung mancung Putera dicuit. Sehelai sapu tangan dikeluarkan. Neun menyapu air mata yang menitik di pipi ibu muda itu.

“Jangan menangis sekarang Permaisuri Raiha, saya nak Tengku kuat. Sebagaimana tabahnya Tengku melahirkan Putera di tengah hutan seorang diri, sebegitulah saya nak Tengku beri reaksi sekarang. Saya pergi dulu, Tengku.” Seusai berpesan, Neun menarik Raiha ke dalam pelukan sesaat.

Gadis itu bangkit.

Mungkin ini yang pertama dan terakhir? Dia merenggangkan badan. Sarung tangan kulit hitam dari poketnya dia sarungkan. Gadis itu keluar dari tempat persembunyian mereka dengan langkah yang teguh. Aura dinginnya mengusik keberanian lelaki-lelaki yang bersedia menghentak sesiapa sahaja.

Topi ditolak ke atas sedikit. Mata gelap bersinar tatkala terkena cahaya lampu jalan.

Terasa bersemangat mahu laksanakan bentuk-bentuk serangan yang dia belajar. Tidak terbuang begitu saja darah luka dia semasa belajar seni mempertahankan diri dan beberapa pengalaman menjatuhkan lawannya.

“Wow awek!” Lelaki yang sedang menghisap rokok memandang minat pada Neun. Gelaknya disambut anak buahnya yang lain. Kedengaran sangat sinis dan mengejek sembari mengalih mata pada anak buahnya.

Seorang perempuan lawan sekumpulan lelaki? Pasti kaum Adam yang ramai bilangannya akan menang. Lelaki itu berhenti gelak, dia menoleh memandang Neun kembali.

“Aku tak pukul perempuan jadi aku nak kau pergi. Main jauh-jauh budak,” ucap lelaki itu bersama sisa tawa. Dia meremehkan gadis kecil di hadapannya.

“Let's give me a try.” Cabar Neun serius. Tidak terselit nada ketakutan malah tenang setenang angin malam yang menampar pipi sehingga membuatkan pucuk hidung itu memerah.

“Kau jangan berlagak sangat, budak. Aku dah mula angkat tangan, mati kau aku henyak.” Neun mencerun tajam sepasang mata lelaki bongkak lagi takabur. Lelaki itu mendengus kuat. Jari jemarinya diletupkan. Ucapan itu seolah-olah mempersoalkan kelakian lelaki-lelaki itu.

Dengan isyarat ekor mata oleh ketua tiga orang lelaki mendekat. Pantas Neun tergelak halus menyebabkan bulu roma masing-masing lurus ke atas. Aura gadis itu berbeza.

“You should run when I start laughing,” kepalanya menyenget.

Cause there is no way to escape from me,” Neun meregangkan tangan kanan.

Klak!

Bunyi jam tangan Neun. Teknologi dicipta untuk dimanfaatkan, bukan?

“Pukul dia sampai mampus!” Salah seorang dari mereka mula menyerang. Laju dia berlari menyasarkan Neun. Penumbuk ditarget pada muka Neun. Neun tenang menapak ke tepi. Tersasar. Mudah untuk membaca pergerakan lawannya.

Lelaki itu terlajak ke depan, kesempatan itu digunakan Neun. Neun membalikkan tubuh, dengan kadar segera dia membanting tubuh lelaki itu pada tanah dengan menggunakan teknik bantingan bahu.

Bamm!

Mengerang tak berlagu lelaki itu. Otak bergegar. Dia cuba bangkit, tanpa sempat dia mengimbangkan badan Neun menghentak bahu lelaki itu sekuat tenaga. Rebah sudah anak rubah yang cuba-cuba berlawan dengan serigala. Lelaki itu sudah pengsan.

Seven more jerks to shut down.

Seorang lelaki yang bertubuh gempal dan agak tinggi berlari ke arah Neun. Tubuh genit Neun diangkat ke udara dan dibaling pada bonet kereta seperti bola baling.

Bukk!

Jatuh bergolek ke jalan tar. Kemek kereta orang akibat balingan yang kuat. Lelaki lain bersorak gembira. Lelaki gempal berjalan mendekati susuk itu, dia mencekam baju Neun, ingin mengulang perbuatan sama.

Neun membalas serangan. Tangan mencengkam pihak lawan sehingga naik urat-urat hijau tangannya. Berbekalkan wajah kosong Neun memulas tangan lelaki itu dengan kuat.

“Arghhhhh!”

Prakk!

Bunyi tulang patah memberi tiket untuk Neun lepaskan pegangan. Tangan lelaki itu tergantung. Bergoyang-goyang ke kiri dan ke kanan. Patah habis.

“Aaaaaaa, tangan aku!”

Sedang lelaki itu menangisi nasib diri Neun menyepak alat sulit lelaki itu. Padu dan laju. Terbeliak mata lelaki gempal. Pedih dan senak celah kangkangnya. Dia jatuh ke belakang. Tenaganya sudah ditarik. Seorang lagi mara, namun kali ini saiz tubuhnya agak kecil dari yang tadi tetapi masih gempal dan tubuh berurat.

Dada Neun turun naik, namun aura negatif dari belakangnya menyedarkan Neun akan ada sesuatu. Penumpuk dilayangkan kepada Neun, Neun sempat menangkap penumbuk. Sepantas kilat Neun menumbuk esofagus lelaki itu atau saluran makanan. Setelah itu, kedua jari mencucuk kedua mata lelaki tanpa memberi sebarang peluang untuk bertenang.

Kaki dia undur sedikit, Neun angkat kaki separas bahu. Lelaki itu masih mampu berdiri biarpun terhuyung hayang. Neun memusingkan badan 360 darjah sebelum melayang kaki pada sisi muka lelaki itu. Roundhouse spin kick.

“Arkkk!” Mahu tercabut rahang lelaki itu. Dia memegang rahang pipi. Rasa longgar. Terus terundur lelaki itu beberapa tapak, kedua kaki Neun seimbangkan lalu dia melayangkan tumbukan padu pada abdomen pihak lawan sehingga tumbang.

Peluh merenik di sekitar dahi licin Neun. Nafasnya juga tercungap-cungap, bersepah dan laju. Dia cuba menyekatakan rentak nafas agar kembali normal. Penat. Sakit sikit, lagi-lagi bahagian belakangnya. Gerakan Neun yang pantas membuatkan lelaki lain mula merasa goyah. Setiap pergerakan anak buahnya pasti dapat dibaca gadis itu.

“K-kau ni siapa? Kau… siapa hantar kau?” Bagaimana gadis sekecil ini mampu menumbangkan anak buahnya yang terlatih.

Mustahil!

“Kau tak nak balik rumah?” Soal Neun kembali sambil memandang tepat pada anak mata lelaki itu, ketua mungkin.

“Tak rindu anak-anak kau atau orang rumah kau?” Neun cuba teknik psikologi.

Jeda.

“How awful your little family. Muka kebanggaan family inilah yang akan meruntuhkan sistem kekeluargaan yang kau bina selama ini.” Neun menambah minyak. Biar marak cepat sikit.

Saja melewat lewatkan masa sambil tunggu kedatangan makhluk Tuhan yang lain. Terkedek-kedek nak sampai sini pun, haih.

Lelaki itu mengetap rahang. Jelas tubuh itu mengigil menahan amarah. Membuak-buak naik angin. Siapa perempuan ini? Kenapa dia tahu semua benda?

“Sanggup tipu anak, isteri. Kerja lebih masa ya? Kerja menjadi penyangak…” Provok Neun lagi.

“Sial betul kau ni…” Lelaki itu mara. Pisau rembo yang disisip pada pinggang dia tarik keluar. Mata pisau dihala kepada Neun yang tidak jauh darinya.

Apabila lelaki itu makin dekat, Neun mengangkat kaki kanan, badan dipusingkan. Ketinggian lutut ditambah sehingga 90 darjah. Neun menyepak  pergelangan tangan lelaki itu.

Solid spinning kick!

Terlepas pisau dari pegangan, jauh beberapa meter. Kesempatan Neun dan ketua mereka sedang berlawan digunakan empat orang anak buah. Mereka berjalan ke tempat persembunyian Tengku Raiha dan Putera Ra’ed.

Lelaki itu mendesis. Sakitnya tidak dia pedulikan. Dia bangun. Berlumba dengan Neun mendapatkan pisau tadi. Kaki Neun dibengkek. Neun terjatuh dan bergeser batu kerikil jalan tar. Seluar bahagian sikunya terkoyak bersama kulit.

Cecair merah pekat mengalir laju, pedih kulit Neun rasakan.

“Allah!” Tepat saja Neun pusing, mata pisau rambo dihunus di depan leher. Automatik kedua tangan Neun memegang tangan lelaki itu. Lelaki itu menolak keras pada Neun. Mengerahkan segala daya yang tersisa dari pisau itu menghiris kulit sekaligus boleh memutuskan nyawanya.

Gulp!

Nyawa Neun di hujung tanduk. Bergantung pada kekuatan diri. Jelas betapa tajamnya mata pisau itu dari kilauan yang cantik mempesona. Peluh dahi Neun menuruni sisi dahi.

Lelaki itu menolak lagi pisau ke salur pernafasan, gadis itu telan air liur. Kesat serta menyesak dada. Jaraknya semakin rapat. Mata tajam Neun mengerling rantai yang dipakai lelaki itu. Amanda.

Neun pejam mata.

“Amanda!” Dia berteriak memanggil nama wanita asing.

Fokus lelaki itu terusik. Kelonggaran itu dimanfaatkan. Neun laju mengalihkan arah bilah pisau.

Zapp!

Mengelar sedikit leher lelaki itu. Cecair merah segar mengalir dari luka kelaran. Dia merampas pisau. Lelaki itu sibuk menekap luka kelaran. Neun melihat ke sudut kiri. Dia mendengus marah. Dia melompat bagi menyamai kedudukan, tangan melunjur lurus pada tangan seorang lelaki.

“Don't you dare to touch my queen!”

Zupp!

Terpacak sebatang jarum pada sendi siku kanan lelaki itu. Dia menarik jarum. Wajah sangsi tadi memudar. Ketawa. Hanya jarum?

Tiba-tiba tangannya rasa kebas seperti ada bisa yang menyengat sehingga hilang deria rasa dengan tangan sendiri. Dia gelabah, tangan jatuh ke sisi. Lembik, dia cuba gerakkan jarinya namun deria tangan sudah mati.

“Weh, tangan aku… tangan aku lumpuh!” Kenapa dengan tangannya?

“Tak apa, aku pegang budak ni. Jom!”

Bunyi derapan kaki dari belakang. Neun beralih. Melompat dari sebuah kereta ke sebuah kereta. Serupa arnab. Berlari dari takluk lelaki tadi.

“Maafkan saya, nanti ganti balik!” Belum sempat Neun mendaratkan kaki dengan elok.

Zapp!

Gedebuk!

Jatuh terguling Neun akibat sesuatu memberi ‘salam’. Sejuk lengan kirinya ditusuk satu objek yang agak panjang merodok kulit. Neun hembus nafas panjang malah kedua matanya dikatup ‘menghayati’ ngilu yang menyinggah.

Bibir dia kemam sebelum membuka mata untuk melihat objek tersebut. Pisau rambo. Banyak jugak pisau yang jantan itu bawa. Sejurus tahu bibir merah itu tersengih seksi di balik pelitup muka.

Mata dia meliar, tercari-cari kedudukan jantan bengap yang masih tidak melepaskan Neun.

“Jumpa,” dengan malas dia angkat tangan, jam tangan yang sama dia bidik pada kedua paha lelaki itu.

“Satu…” lelaki itu memandang Neun sinis, sangkaan dia Neun akan meringis sakit setelah ditikam jauh tetapi sebaliknya dia dibalas dengan dua jarum tercacak di paha.

“Dua…”

Buk!

“Kaki aku… aku tak boleh berjalan! Hey kau cucuk aku apa, ha?!” itu balasan dia. Neun melantak saja nasib lelaki itu, kini dia tumpukan perhatian pada lengan kirinya.

“Bismillah-” Dengan sekali rentap, pisau itu terpisah dari kulit lengan Neun. Darah segar mencurah-curah keluar. Hangat dan bau darah!

Neun makin penat dengan pertarungan yang terus menerus menghenyak tenaga. Terbit sedikit penyesalan tidak terus mengelar kerongkong lelaki itu, sekarang sedap terpacak pisau. Neun mengoyak kain seluar dengan wajah tanpa perasaan. Dia mengikat luka ketat agar darah kurang mengalir menggunakan bantuan gigi dan sebelah tangan kanan.

“Uwekk-uwekk!” rengekan nyaring Putera melengking tinggi.

“Lepaskan aku! Jangan ambik anak aku! Neun tolong!”

“Uwekk-uwekk!” Tangisan putera dan jeritan meminta tolong Raiha selang seli bergema. Keadaan menjadi lebih ribut. Tengku Raiha bergelut dengan dua orang lelaki berbadan sado, Neun pula sudah terluka sana sini.

Neun pejam mata, mengumpul baki tenaga sambil-sambil lengan yang baru dibalut dia gerak ke ayun-ayun. Tangan kiri masih kuat memegang pisau rembo, bermaksud tangan berfungsi dengan baik. Dia berlari ke arah Tengku Raiha, mata pisau sengaja dibiarkan menghala ke depan.

Zapp!

Dia melibas mata pisau pada lengan salah seorang dari mereka. Terkoyak panjang hasil libasan ganas Neun. Salah seorang cuba merapati Neun. Neun senyum sinis, dia melompat tinggi.

Back flip!

Zapp!

Saat mahu mendarat, bahagian pinggang lelaki itu dilibas. Sempurna pendaratan gadis itu, tanpa berlengah Neun menarik  kasar rambut lelaki itu, berbekalkan siku yang tajam, Neun menyiku belakang leher lawannya. Lelaki itu jatuh terbaring lemah dengan darah di pinggang yang melimpah ruah.

“Itu hadiah ikhlas setelah kau sentuh Permaisuri aku,” Neun senyum puas. Berguna juga ilmu.

Terasa ada mata yang memandang takut dirinya, hanya kepala berpusing ke kiri. Dia menyeringai seram walaupun dia memakai pelitup muka, kedua matanya menyepet.

“Tolong, lepaskan aku! Aku janji tak buat lagi! Tolong!” Lelaki yang dia tembak dengan jarum cuba mengesot ke belakang.

Setapak demi setapak kaki berjalan. Pisau rembo di tangan gadis itu yang berlumuran darah membangkitkan lagi rasa seriau dengan keadaan Neun yang berbeza dari awal. Bulu roma belakang tengkuknya menegak.

“Tolong!” Lelaki itu menangis ketakutan. Dia mengundur badan.

Pap!

Tayar kereta menjadi dinding penghalang untuk dia mengundur. Tiada lagi tempat larinya.

“To…long… aku merayu…” Bertambah suka Neun mendengar rayuan dan tangisan lelaki itu. Kelenjar adrenalin laju berfungsi.

Neun tunduk mencangkung. Tangan mencengkam leher lelaki itu. Dia menghentakkan kepala itu kuat pada rim kereta. Terhasil bunyi tempurung kepala berlaga dengan besi tayar rim.

Sakit sehingga pening lalat.

“That is why I ask you to run bestie… when she wake up, no one can stop her…” Lembut lunak dia berbisik. Neun menambah tekanan pada leher. Kadar oksigen makin berkurang, payah untuk lelaki itu menyedut oksigen. Salur kerongkongnya makin sempit kerana tekanan cengkaman yang kuat. “Look at your face… Aww so cute like a puppy. I can't get enough of it.” Ejek Neun.

“Neun, tolong! Putera!”Neun angguk. Segera dia lepaskan cengkaman itu. Dia bangkit, kaki masih tidak berganjak.

“Angkat tangan,” keras Neun memberi arahan. Tangan diangkat selari dengan arahan. Pisau rembo dimain-mainkan sebelum tanpa riak pisau sudah tegak lurus menembusi tapak tangan lelaki itu dan besi badan kereta. Sama seperti permainan dart di mata Neun.

“Arghh!!”

Suara teriakan lelaki itu bergema menghiasi hari gelap. Dia juga dapat rasakan beberapa cebis kulit daging ikut ‘sebati’dengan besi badan kereta.

Tengku Raiha menutup kedua telinganya. Dengar saja dia sedar betapa azabnya kesakitan yang Neun lakukan. Neun berjalan tenang memasuki lorong-lorong gelap. Mengikut kata hati, dua lelaki yang menculik putera menghilangkan diri di jalan ini.


Tawa hilaian seorang perempuan jelas ditangkap gegendang telinga dua lelaki itu.

“Weir, bunyi apa tu?”

“Shhh, biar je. Asal kita selamat udah ler,” seram sejuk dengan lorong yang tiada lampu, hanya mengharapkan lampu telefon pintar mereka.

Tap!

“Weir bunyi apa tu?” Bisik kawannya lagi. Bayi itu dipeluk erat.

Ssup!

Buk!

“Argh-”

“Um-urmmm…”

“Shh… Sleep tight.”

“Weir?! Kau kat mana?! Weir kau janganlah buat aku takut! Aku pegang baby ni, Weir!”

Ting-ting!

Lampu lorong menyala terang. Sangat terang, ini boleh menerangai masa depan lelaki yang bernama Weir.

“Eh?” Lelaki itu melihat sekeliling, mengeras badannya melihat Weir sudah nyawa-nyawa ikan menggelupur di atas tar. Baju yang dipakainya Weir sudah dibasahi darah segar. Semerbak bau hamis darah berlumba masuk ke dalam lubang hidung lelaki itu.

Pucat tak berdarah wajahnya, bibirnya juga keungguan.

“We...ir…. weir…”

Tap!

Otak lambat menghantar impuls ke badan untuk lari. Bayi itu diletakkan di tepi tubuh Weir. Dia goncang badan Weir, membangunkan kawannya yang mandi darah. Berombak lemah dada kawannya. Dia tarik nafas lega.

“R..ya…n.. la..ri.. uhuk-uhuk!” Suara Weir sangat  lemah dan perlahan tidak dapat didengari Ryan. Dia mendekatkan telinga pada bibir pucat Weir.

“La…ri… sela…mat…kan… di…ri..kau…”

Bukk!

“Opss, my apologies!” Badan Ryan terhempas pada dinding akibat hentaman yang sangat dahsyat. Sepantas kilat gadis itu sudah berada di depan mata.

“Sleep tight, tata~” malam yang panjang akan Ryan tempuhi dan Neun menghulurkan bantuan murni agar lena nyenyak. Bebas gangguan…

Beberapa orang wanita cuba menenangkan Tengku Raiha yang galak berkeriau, “Tak-tak, saya nak tunggu anak saya!”

“Tetapi Tengku, Tengku perlu menerima rawatan dahulu. Anak Tengku kami masih mencari…” pujuk seorang wanita yang kemas bersuit hitam. Di dada masing-masing ada enamel pin dengan logo bunga dahlia berwarna perak, menandakan mereka datang dari negara Ziella.

Tangan Tengku Raiha yang tercedera cuba dicapai wanita itu, “Tengku Raiha-”

“Hey, jangan sentuh aku! Aku. Tidak. Akan. Patuh. Selagi. Putera. Tiada. Di. Tangan. Aku!” pekik Tengku Raiha hilang sabar apabila terus diasak wanita-wanita yang memperkenalkan diri mereka sebagai penyelamat yang dihantar oleh Diraja Ziella.

Sementara itu, seorang pemuda hanya duduk bersandar pada tempat duduk kereta Rolls-Royce Black Badge Ghost. Menunggu dengan sabar bekas Permaisuri Qeouland. Penjenayah-penjenayah sudah diangkut oleh beberapa jentera untuk dihantar ke hospital dan akan diberikan rawatan selayaknya.

Melihat dari kaca tingkap kereta keadaan penjenayah-penjenayah yang cacat fizikal dan banyak kecederaan luar cukup menyampaikan ketangkasan ejen itu berlawan. Tubuh-tubuh lelaki tadi bukan saiz biasa-biasa, semua tegap.

“Kesayangan beta semakin tangkas berlawan,” hanya sebaris ayat itu yang ditutur.

“Aku nak anak aku!”

“Tengku Raiha, patik bawa pulang Putera Ra’ed.” Sederap itu tiga orang wanita yang mengelilingi Tengku Raiha berganjak, memberi ruang pada satu susuk yang tiba-tiba mencelah.

“Putera! Ya Rabb, terima kasih…” Putera Neun serahkan. Banyak mata jatuh pada ejen muda itu.

Bau hamis darah menghurung Neun menyebabkan kerutan dahi masing-masing timbul, lengan kiri yang berbalut dengan kain kasa yang entah mana diambil serta seluar yang senteng sebelah. Setelah bertarung dengan berbelas orang lelaki, kedua kaki itu masih terpasak teguh. Figura itu tunduk, tidak siapa yang mempunyai kesempatan melihat dengan jelas wajah hero pada malam ini.

Ditambah pula dengan pelitup muka serta topi yang sengaja direndahkan.

“Permaisuri Raiha, ayuh pulang.” Sekadar satu baris ayat, Tengku Raiha bangkit beserta bayinya mengikut ejen itu. Tanpa nada meleret-leret, pujuk memujuk dan usapan lembut ejen itu mampu menundukkan seorang Permaisuri Qeouland. Terngadah insan-insan di situ.

“Semudah itu dia arahkan Permaisuri Raiha?”

NEUN

*Nak 100⭐ pula hahah, just kidding. Thanks kerana bersabar. Jangan lupa vote dan komen ya. Nanti saya update lagi, tata~

Continue Reading

You'll Also Like

2.4K 147 11
A true crime writer. A crime journalist. And a serial killer on the loose. Who will win this game? Bekerja sebagai seorang wartawan jenayah membuatka...
1M 67.8K 59
Book 1: Annabelle Valiant Book 2: Aydan The Angele Book 3: Aryan The First Prince ********* Mimpi yang menghantuinya sejak kecil. Bisikan yang selalu...
363K 39.3K 93
2020 UA Highschool series "Terbanglah wahai sahabat, kejarkan kejayaan." [Niatnya masuk ke sekolah top 10 Malaysia untuk belajar memasak, entah kenap...
937K 97.6K 28
"matahari masih indah." > @mintytxt, | 2021 - n.