OG || ℬ𝒾𝒹𝒢𝒹𝒢𝓇𝒾 π’΄π’Άπ“ƒβ„Š...

By florencetiara

10.5K 922 189

tidak mahir dalam menulis sinopsis mahupun konklusi. tetapi apa yang boleh saya simpulkan, ini adalah cerita... More

β€’ π“˜π“·π“½π“»π“Έπ“­π“Ύπ“¬π“½π“²π“Έπ“· β€’
β€’ 1 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 2 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 3 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 4 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 5 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 6 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 7 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 8 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 9 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 10 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 12 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 13 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 14 | BYD β€’
β€’ 15 | BYD β€’
β€’ 16 | BYD β€’
β€’ 17 | BYD β€’
β€’ 18 | BYD β€’
β€’ 19 BYD β€’
β€’ 20 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 21 | BYD β€’
β€’ 22 | BYD β€’
β€’ 23 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 24 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 25 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 26 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 27 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 28 | BYD β€’
β€’ 29 | BYD β€’
β€’ 30 | BYD β€’
β€’ 31 | BYD β€’
β€’ 32 | BYD β€’
β€’ 34 | BYD β€’

β€’ 33 | BYD β€’

52 7 5
By florencetiara

📍AZ-ZARQA' , JORDAN

Rumah agam yang terbentang luas itu ditatapnya dengan mata yang sarat dengan rindu. Rumah setinggi empat tingkat, dekorasi halaman luar hingga ke dalam kekal dengan hiasan tradisional arab. Berwarna-warni. Tak pernah jemu untuk melihatnya. Apatah lagi penghuninya, nenda. Wanita tua yang selalu dia rindu. Dari kecil dia sudah dimanjakan oleh wanita tua itu. Makan pakainya juga diurus nenda. Datuk pula sudah lama meninggal dunia, sebelum Haura lahir lagi.

"Raeesha.. Besarnya rumah nenda kau!" Erdyna sedikit memekik sehingga Raeed pun menoleh kearahnya. Dia tersenyum serba salah sebelum kembali teruja dengan rumah agam itu. Kepalanya mendongak keatas melihat rumah agam itu. Matanya tak berkelip dari tadi, mulut pula usah dicerita sibuk memuji rumah yang satu ini. Bukannya dia tak pernah jumpa rumah orang-orang kaya macam ni. Tapi rumah yang satu ini membawa suasana yang luar biasa. Tak ada yang mustahil sebenarnya, nenda-nya pengarah syarikat yang sangat dikenali! Keluarga ini sungguh luar biasa.

Haura yang baru tersedar kehadiran Erdyna segera berpaling, tersenyum lucu. "Rumah ni dijadikan besar sebab adik beradik abi aku ramai. Jadi kalau mereka yang lain balik, tak adalah sesak atau tak cukup bilik. Setiap keluarga akan ada bilik masing-masing. Tapi kalau tak muat juga, pandai-pandai hidup." terang Haura tanpa dipinta.

Erdyna mengangguk-angguk. Padanlah tinggi dan luas semacam rumah ini dari luar. "Dulu kau pernah cerita, kau tinggal sini lagi lama dari kau tinggal kat Malaysia kan? Jadinya di rumah ni lah kau membesar?"

Giliran Haura pula mengangguk sebelum dia menonong masuk ke perkarangan halaman rumah. Bonda, abi dan abang-abangnya juga sudah berada di halaman rumah menuju ke pintu masuk. "Jom, Dyna." Lengan Erdyna dipaut.

Setibanya di ruang tamu, Erdyna kembali melopong. Digoncang-goncangnya tangan Haura. Tak kisahlah kalau ada yang nak mengata dia jakun atau apa, sebab memang ya! Dia sedang jakun sekarang ni. Bukan selalu dia tertarik dengan hiasan orang arab. Terlalu kemas dan teratur susunan perhiasan dalam rumah ini.

"Kemas gila rumah nenda kau Esha, mesti nenda kau upah ramai orang gaji kan, ada bodyguard lelaki tak? Mesti kacak!" bisik Erdyna. Dalam fikirannya sudah membayangkan paras rupa jejaka hidung mancung, berbadan tegap dan punya bulu mata melentik. Lantas Haura memukul lengan kawan baiknya itu. Mulut tu tak habis-habis potpet potpet. Sempat menggatal pula tu!

Erdyna menggosok-gosok lengannya yang menjadi mangsa.

Tiba-tiba muncul seorang wanita separuh usia yang sedang tersenyum lebar memandang mereka. Walaupun kulitnya sudah naik kedutan, dirinya tetap terlihat cantik tubuhnya juga tak membongkok seperti orang tua, masih tegap berdiri. Warna matanya mirip dengan warna mata Haura. Lancar berbahasa arab fushah meluncur dilidahnya. Menyapa mereka.

"Akhirnya tiba juga kamu semua disini, kalian yang aku rindu." Nenda merapati. Abi terus mendapatkan nenda, mengucup penuh syahdu tangan wanita itu, cinta pertamanya. Kemudian dia mendakap erat. Setelah bonda, Raees, Raeed dan Haura menyalami nenda kini giliran Erdyna. Nenda perhati lama wajah Erdyna. Kemudian bersilih ganti memandang Haura.

"Siapakah gadis berwajah Melayu yang cantik ini, wahai cucu perempuanku?" soal nenda pada Haura. Nenda tersenyum manis ketika Erdyna penuh sopan mengucup tangannya. Erdyna sudah tersipu-sipu bila dipuji nenda.

"Kawan saya dari tahfiz, nenda." jawab Haura. Sempat dia menjeling pada Erdyna yang malu-malu biawak itu. Dia mengerling pada Raees dan Raeed kemudiannya. Kembar itu dengan senang lenang baring di atas sofa. Abi dan bonda pula terus beransur ke bilik.

"Siapa nama kamu?" tanya nenda pada Erdyna.

"Saya Erdyna Shaheera." jawabnya juga dalam bahasa Arab. Bibir tak lekang dengan senyum simpul.

"Sedap nama, semanis wajahnya." Nenda mengelus pipi Erdyna. Huh! Orang arab kalau tiada kata pujian, memang tak sah. Lebih-lebih lagi bila layan tetamu. Segala jenis kata-kata yang terlebih gula dikeluarkan. Macam sekarang, nenda tak habis memuji Erdyna. Ini cucu perempuan dia tak mahu puji ke?

"Puan, makanan dah siap dihidang. Puan perlukan saya untuk panggilkan anak lelaki puan dan isterinya di bilik?" celah seorang gadis dari dapur tiba-tiba. Nenda membalasnya dengan anggukan. Lalu gadis itu menunduk sedikit sebelum membawa diri.

"Marilah ke dapur, ada banyak makanan yang kamu semua perlu habiskan. Nenda buatkan nasi mansaf, istimewa untuk kamu semua." Nenda membawa langkahnya kearah kembar yang masih terbaring itu lalu memaut lengan kedua-duanya sebelum menarik mereka ke dapur. Haura dan Erdyna pula jalan beriringan.

"Aku kena puji. Kau ada?" Erdyna tersenyum bangga.

"Diam boleh tak?"
.
.
.

Setelah selesai makan, mereka semua berehat di ruang tamu. Tekanya, nenda seperti mahu membincangkan sesuatu. Jarang sekali nenda menyuruh semua sekali untuk tunggu di ruang tamu pada waktu sebegini.

"Esok kita akan ada tetamu." nenda menoleh pada Haura.

Haura sedikit tercengang dengan pandangan nenda yang agak serius. Kenapa nenda menoleh pada dia? Tetamu tu ada berkaitan dengan dia ke? Tiba-tiba rasa gementar. Jangan kata..

"Rauf Athfal, bersama keluarganya akan datang esok."

Haura hanya membisu.

Rauf. Mana mungkin dia lupa tentang Rauf. Sejak dia pra-sekolah lagi nenda suruh berkawan dengan Rauf. Dia sendiri tak tahu mengapa tapi dia ikutkan sahaja. Setahunya, keluarga Rauf juga bukan calang-calang orang, mereka juga miliki syarikat besar.

Walau apapun, tak dapat dia nafi Rauf seorang lelaki yang sangat baik. Jujurlah, dulu dia sangat gembira berkawan dengan Rauf. Tapi sejak berpindah ke Malaysia, jarang sekali untuk dia bertemu Rauf. Selain disebabkan pelajaran, batas juga mereka harus jaga.

Walaubagaimanapun, bukan itu yang membuatkan dia kelu tapi, kata-kata abi beberapa tahun lepas yang menjengah ingatan. "Abi tak rasa nenda hanya nak ByCha berkawan dengan Rauf, tapi abi rasa nenda ada niat nak satukan kamu berdua. Nenda tak pernah lakukan sesuatu keputusan kalau benda tu tak beri apa-apa manfaat."

"Untuk apa mereka datang, ummu?" Ridhwan mencelah dengan riak keliru. Isterinya disebelah juga jelas tertanya-tanya. Mereka seakan tahu apa yang sedang membelenggu fikiran Haura.

"Sengaja ummu jemput mereka datang. Dapat juga mereka bertemu Raeesha sebelum dia sambung belajar. Ummu rasa sudah bertahun-tahun Raeesha tak jumpa Rauf." nenda merenung Haura lagi.

"Betul tak, Raeesha?" soal nenda tiba-tiba. Lagi-lagi ditenung cucunya itu.

Dengan teragak-agak Haura mengangguk.

"Baiklah, itu saja nenda nak beritahu. Nenda cuma tak mahu kamu terkejut dengan kehadiran mereka nanti." nenda terus bangun sebelum dia masuk ke ruang lift dan naik ke tingkat atas.

"Itu saja?" Serentak mereka semua yang masih disitu mengujarnya kecuali Erdyna. Masing-masing tayang wajah keliru.

"Tak rasa pelik ke, abi?" tanya Raees.

"Panggil kita berkumpul semata nak beritahu ada tetamu?" Sambung Raeed pula.

"Hmm... Bonda rasa ada hajat lain ni. Abang tak rasa begitu?" Bonda pula menyoal.

"Ish.. ByCha rasa risaulah tiba-tiba." Haura memeluk dirinya sendiri dan menggosok-gosok lengannya. Mengerling Erdyna disebelah, ternyata Erdyna sedang merenungnya. Haura mengangkat sebelah kening. Erdyna membalas dengan hanya menggeleng.

"Wallahualam, abi sendiri pelik. Tapi apapun tujuan mereka datang ke sini esok, abi takkan biar keputusan atau perjanjian yang ada kena mengena dengan keluarga kita terjalin tanpa persetujuan yang berhak." Ridhwan menoleh kepada Haura. Melalui mata itu Haura dapat rasakan abi sedang cuba memberikan kepercayaan. Haura dengan riak ragu-ragunya membalas renungan abi. Abi hanya senyum nipis.

"Tak ada apa kut, abi dan bonda nak masuk bilik ni. Penat. Mari, hayaatii? (hidup saya?)" Ridhwan menarik lembut tangan isterinya lalu terus menonong masuk ke bilik. Yang anak-anaknya sudah tayang muka tak puas hati.

Haura merengus. "Kalau macam tu, ByCha pun nak masuk bilik lah." serentak dia bangun dari duduknya, bantal yang dari tadi dia peluk tiba-tiba dia campak terus ke perut Raees. Melepas geram. Kuat tak kuat, Raees sampai terjerit mengaduh sakit.

"Apa masalah 'wanita' ni, emosi betul." Raees mengusap-usap perutnya dengan dahi yang berkerut-kerut. Sudahlah bantal yang dibaling budak tu penuh manik, memang terasalah juga pedihnya.

Raeed disebelah pula hanya menggeleng-geleng kepada Haura. Haura kan, mestilah dia balas jelingan.

"Jom, Dyna." tangan Dyna juga ditarik kasar. Dia hanya redha. Apa nak jadi, jadilah. Tak rajin nak masuk campur.

Cuma apa yang dia nak tahu adalah... tentang Rauf.

Continue Reading

You'll Also Like

934K 21.3K 48
Luciana Roman was blamed for her mother's death at the age of four by her family. She was called a murderer until she was shipped onto a plane for Ne...
124K 5.2K 200
This story follows the early life of James also known by his street name Headshot or Shooter. James had an extremely rough childhood, one that turned...
1M 53.6K 34
Millie Ripley has only ever known one player next door. Luke Dawson. But with only a couple months left before he graduates and a blackmailer on th...
182K 7.1K 66
An Indian brother-sister/family story. The Singhania family is the most prestigious family in the country. Together, they seemed to be invincible...