Dr. Crush: Her Savior (OG)

بواسطة idkwydlr

33.6K 2.3K 55

"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a tru... المزيد

Introduction
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59

BAB 4

531 33 0
بواسطة idkwydlr

"KAU buat apa dekat sini?! Patutlah aku call, tak berjawab. Rupanya kau buat onar belakang aku kan!" Tengkingan daripada Luthfi menggigilkan seluruh tubuh Natashya. Dia takut.

"Apahal kau nak marah-marah kawan aku ni?" Tegur Aina. Selama hubungan Natashya dan Luthfi tidak pernah sekali pun dia nampak perlakuan Luthfi yang bagaikan dirasuk syaitan ini.

"Kau diam eh, kau pun sama backup kawan baik kau kan?" Luthfi laju menerpa ke arah Aina dengan muka bengisnya. Tiada lagi Luthfi dengan senyuman manisnya itu. Lesung pipit di belah kiri yang dulunya ada apabila senyum, terus hilang bersama senyumannya.

"Hold up" pelanggan lelaki itu menarik lengan baju Aina untuk menjauhi Luthfi apabila sedikit pun Aina tidak berganjak menjauhi lelaki itu.

"Tak manis marah-marah perempuan macam ni, I don't know what the problem is but boleh bincang cara baik kan?" Tegur lelaki itu lagi. Macamlah lelaki itu berbincang secara baik mengenai ayam gepuk yang terbang tadi.

Kali ini, Luthfi pula mendekati lelaki itu.

"Kau ada affair dengan girlfriend aku, kan? Baik mulut kau diam sebelum aku patahkan hidung kau"

"Kau siapa nak suruh aku diam? Ada bukti ke aku ada hubungan dengan girlfriend kau?"

"Ni apa? Kau keluar dengan dia kan? Baju sama putih, sedondon lah tu?" Luthfi tersenyum sinis.

"Awak salah faham je ni. Saya keluar dengan Aina bukan dengan dia" Natashya cuba menerangkan situasi yang sebenar.

"Kau jangan nak tipu akulah, Nat. Aku dapat tangkap kau kali ni"

"Ya Allah, Luth...demi Allah saya tak curang belakang awak. Tolonglah percaya" Natashya merayu dan memegang lengan Luthfi, cuba menenangkan teman lelakinya itu.

"Depan aku pun kau masih nak nafi lagi? Apa punya perempuan kau ni kan"

"Luthfi, kau bawa bertenang boleh tak? Macam dah kena rasuk dengan setan" Aina menarik lengan Natashya untuk mendekatinya. Terus sahaja Natashya ditarik kuat oleh Luthfi.

"Aku nak bawa balik Nat. Kau dengan kau!" Jarinya ditunjukkan pada Aina dan pelanggan lelaki yang tiada kena mengena dengannya itu.

"Jangan nak menyibuk dengan hubungan aku" sambung Luthfi.

"Aku datang dengan dia lah. Kau tak payahlah hantar balik" Aina cuba menarik Natashya kembali padanya.

Natashya terus menggelengkan kepalanya laju kepada Aina. Riak muka yang ketakutan itu tidak dapat disembunyikan pada pandangan Aina. Luthfi mengheret Natashya keluar daripada restoran itu bersamanya.

Aina bergegas kembali pada mejanya, duit kertas dikeluarkan daripada dompet dan dihempapkan duit not RM70 di bawah pinggan makannya. Setelah itu, Aina berlari keluar restoran dan menuju ke keretanya. Nasib sahaja keretanya berhadapan restoran, dekat.

Ketika enjin kereta dihidupkan, Aina dapat melihat kereta milik Luthfi melintas di hadapannya.

"Aduh....cepatlah enjin ni panas" Aina mula keresahan, inilah masalah kereta baru. Kena tunggu buat sementara sebelum memulakan perjalanan.

Pada masa yang sama, Aina terjengah-jengah arah tuju kereta Luthfi sama ada betul teman lelaki kawan baiknya itu menghantar Natashya pulang ke rumah sewa mereka.

Tiba-tiba sahaja pintu kereta di sebelah pemandu dibuka daripada luar. Terpancul pelanggan lelaki yang bergaduh mulut dengannya tadi.
"Asal tak gerak?" Lelaki itu sudah pun memakai tali pinggang keledar.

"Asal kau masuk kereta aku ni?" Berkerut dahi Aina melihatkan lelaki itu duduk di dalam keretanya tanpa rasa bersalah. Tiada lagi bahasa 'sopan' digunakan ketika lelaki itu main terjah sahaja.

"Mamat tadi nampak macam berbahaya je. Aku ikut kau lah, kalau apa-apa jadi senang"

"Eh, tak payahlah. Lagipun, siapa benarkan kau masuk sini?" Soal Aina lagi.

"Kau nak bebel dekat aku ke, nak ikut kereta mamat tadi?"

Aina memutarkan bebola matanya, menyampah. 'Memang suka nak mengarah agaknya mamat ni'

Meter kereta dilihat, lampu yang menyala tadi hilang, bererti kereta sudah bersedia untuk memulakan perjalanan. Tanpa menunggu lama, terus sahaja kereta dipandu ke arah rumah sewa mereka. Berharap ternampak kereta Luthfi yang menghala ke sana dalam perjalanan.

Dalam perjalanan, Aina melihat pada telefon pintarnya. Kamera litar tertutup yang dipasang pada garaj dilihat.

Tiada langsung tanda-tanda kepulangan Natashya di rumah. Aina mengeluh perlahan.
"Bahaya drive sambil tengok phone" Lelaki itu merampas telefon pintar milik Aina.

"Jangan menyibuk boleh tak?"

"Aku boleh tolong tengokkan. By the way, aku Eijaz"

Aina tak beriak langsung. 'Tiber. Aku lagi risaukan Nat sekarang ni' kata-kata itu hanyalah terbuku di dalam hatinya. Tidak terluah pun.

"Jauh lagi ke rumah kau ni?" Tanya Eijaz sambil mata memerhati ke arah skrin telefon pintar itu.
"Dekat je" jawab Aina sepatah. Mata tetap meliar mencari kelibat kereta Luthfi.

"Diaorang dah baliklah" Eijaz mengangguk perlahan.
"Betul?" Aina menoleh kepada Eijaz.

"CCTV kau ada dengar suara tak?" Eijaz menekan butang pembesar suara.

"Video je" ujar Aina.
"Nampak macam diaorang tengah gaduh"

"Apa masalah otak dak Luthfi ni, Ya Allah...." Aina mengeluh kasar.
Sampai sahaja di depan rumah sewanya, Aina terus menekan hon sehingga membingitkan kawasan perumahan sekitarnya apabila ternampak kereta milik Luthfi yang sedia terparkir di hadapan rumah sewa mereka.

"Oii, gila ke" bukan sahaja Luthfi yang terkejut, Eijaz disebelahnya turut terkejut. Apabila beberapa jiran tetangga keluar daripada rumah mereka, terus sahaja Luthfi meninggalkan Natashya sendirian di garaj.

"Kau okay tak?" Aina menerpa pada Natashya yang berdiri kaku itu. Air mata Natashya sudah berlinangan, tunggu masa sahaja untuk pecah empangannya.

Natashya mengangguk perlahan tapi, tangan naik memeluk kawan baiknya.

"Aku risau gila tadi, aku tak pernah nampak Luthfi mengamuk teruk macam tu" Aina membalas pelukan Natashya dan cuba menenangkan kawan baiknya itu.

"Dia kuat jealous sekarang ni....sorry sebab tak dapat teman makan ayam gepuk sampai habis"

"Sejak bila, Nat?" Soal Aina lagi. Risau jika di hari lain, bukan sahaja tengkingan tetapi pukulan juga yang kawan baiknya dapat.

"Tak taulah...tiba-tiba je Luthfi berubah macam ni" Natashya mengeluh perlahan, rambutnya diraup ke belakang.

"Kalau dia ada naik tangan, kau bagitahu aku terus tau. Tapi, kalau kau tinggalkan dia terus pun boleh juga"

Natashya tersenyum kecil dan menggelengkan kepalanya perlahan.

"Aku okaylah, tapi...asal mamat tu ikut kau?" Natashya memperlahankan suaranya ketika memandang Eijaz yang sedang melihat telefon pintarnya di sebelah kereta Aina.
"Entah, dia yang menyibuk"

"Kau masuk dululah, aku nak bincang sikit dengan mamat ni" bisik Aina kepadanya.
"Jangan lama-lama dekat luar dengan mamat tu. Tangkap cintan nanti" sempat Natashya mencuit Aina sebelum berlalu masuk ke dalam rumah sewa mereka.

Natashya melihat di sebalik langsir, kedua-dua mereka agak tegang ketika ini. "Tak sudah lagi pasal baju putih dengan ayam terbang tu agaknya"

- - -

"Papa, mana stok biskut yang papa buat tu?" Falique memanjat kerusi untuk membuka kabinet di dapur.

"Papa?" Falique memanggil Farel lagi sekali.
"Eisshh papa ni, panggil tak menyahut pun" Falique cuba untuk mencapai pemegang kabinet itu.

Walaupun sudah berdiri di atas kerusi, masih tidak boleh membuka kabinet itu sendiri.

"Ya Allah, Falique! Buat apa panjat kerusi ni?" Farel segera mendapatkan anak lelakinya. Falique dibawa turun dan kerusi yang dipanjat tadi disorongkan kembali pada kitchen island.

"Falique panggil papa, papa tak dengar pun"

"Papa tengah sikat rambut Isha. Falique cari apa tadi?" Tenang Farel menyoal.
"Falique cari stok biskut papa lah. Ada lagi tak?"

"Ada, dekat sini. Kenapa?" Farel membawa keluar satu balang besar biskut yang dibuatnya. Balang itu tidak pernah kosong, kerana anak kembarnya gemar akan biskut daripada air tangannya. Kerap kali Farel menambah stok biskut itu.

"Falique nak bawa pergi school"

"Ohh, boleh je" Farel memasukkan biskut itu ke dalam satu balang bersaiz sedang dan dihulurkan pada Falique. Bukan main peluk lagi balang biskut itu dan dibawa menuju ke beg sekolahnya.

"Isha, beg sekolah mana?" Farel sudah mencekak pinggangnya apabila hanya ada beg Falique di atas sofa.
"Alamak! Dalam bilik" Falisha menepuk kepalanya perlahan.

"Makan sarapan tu, papa pergi ambil beg sekolah Isha. Falique! Sarapan dulu" Farel menegur anak lelakinya.

"Yes, papa!" Falique segera datang ke meja makan. Ketika itu, Farel sudah pun memanjat tangga ke bilik Falisha.

Nasi goreng kampung beserta ayam goreng sahaja yang sempat dimasak oleh Farel pada pagi itu. Nasib baik anak kembarnya makan tanpa banyak soal.

"Papa, Isha nak singgah 7E nanti boleh tak?" Falisha menoleh kepada Farel dengan senyuman manisnya.
"Boleh, sweetheart. Tapi, kena habiskan sarapan dulu" Farel mengangguk dan mencium atas kepala Falisha.

"Okay!" Falisha tertawa ceria. Nasib baiklah anak-anaknya sudah suka akan persekolahan di tadika itu. Tiada lagi drama air mata di hadapan tadika. Melihatkan wajah anak kembarnya yang sentiasa gembira itu, menyenangkan hati Farel.

Kebahagiaan anaknya adalah yang pertama untuk dirinya.

- - -

"Meh sini papa bawakan untuk Isha" Farel meminta plastik beg 7Eleven yang dipegang oleh anak perempuannya sejurus membuka pintu di sebelah pemandu.

"Isha dah besar, Isha boleh bawa sendirilah" Falisha menggelengkan kepalanya.

"Besarlah sangat dia tu" Farel tersenyum kecil.
"Papa!" Falisha menjerit tidak puas hati apabila diusik oleh Farel.

Farel tergelak dan membetulkan beg sekolah yang disandang anaknya. Kemudian kedua-dua belah pipi Falisha dikucup sayang.

Anak lelakinya dipandang. Falique membuka beg sekolahnya dan mengeluarkan balang biskut terlebih dahulu.

"Falique, dekat dalam school pun boleh keluarkan biskut tu kan" Farel menggelengkan kepalanya. Falique hanya tersengih lebar.

"Nanti kalau kawan-kawan nak lagi, papa boleh buatkan lebih tau"

"Ini untuk cikgu lah, papa" Falique menunjukkan balang biskut yang dipeluknya. Tanpa cakap banyak, Falique terus tersenyum lebar bersama matanya yamg memandang belakang Farel.

Farel mengerutkan dahinya dan menoleh. Cikgu kepada anak-anaknya sedang berjalan keluar untuk mendapatkan si kembar. Memang setiap pagi dan petang, cikgu perempuan itulah yang sentiasa bersama dengan anak-anaknya.

Tetapi, mudah sahaja nama cikgu itu hilang daripada ingatan Farel. Maklumlah, asyik panggil cikgu, cikgu sahaja.

"Good morning Isha, Falique" Natashya tersenyum lebar.
"Good morning, cikgu!" Serentak si kembar berkata.

"Cikgu, tengok Falique bawa apa" Falique menunjukkan balang biskut itu kepadanya. Terbuntang biji mata Natashya melihatkan balang biskut di tangan Falique. Baru sahaja semalam anak kecil itu bertanya kepadanya jika biskut yang diberi sudah habis dimakan ke belum.

Tidak disangka pula jawapan 'sudah' daripada mulut Natashya membuatkan Falique memberikannya lagi.

"Ya Allah, Falique...cikgu tak minta lagi pun" Natashya tergelak kecil sambil menggelengkan kepalanya.
"Tak apalah, dekat rumah ada banyak lagi" Falique menghulurkan balang yang berisi biskut coklat itu kepada Natashya.

"Isha pun ada nak bagi dekat cikgu" Falisha mencari di dalam plastik beg 7Eleven yang dipegangnya. Kemudian, sekotak susu greentea berjenama Goodday dan Kinder Bueno dihulurkan kepada Natashya.

"Baiknya si kembar ni" Natashya mengusap kepala anak kembar Farel dan mencuit hidung mancung mereka berdua.
"Tapi buat susah je beli untuk cikgu" sambung Natashya lagi. Susu greentea dan juga Kinder Bueno diambil daripada tangan Falisha. Kesian pula daripada tadi anak kecil itu setia menghulurkannya.

"Tak susah pun, Isha tunjuk je. Papa yang bayarkan" Falisha tersengih. Natashya tersenyum nipis dan memandang ke arah Farel yang setia berdiri di tepi keretanya. Bukan seperti hari-hari lain yang papa si kembar ini terus beredar ke tempat kerja.

Berdebar jantung Natashya apabila mata Farel tidak lepas memandang ke arahnya.

'Aku ada buat salah ke?'

واصل القراءة

ستعجبك أيضاً

401K 19.2K 46
Aurora Arabella, seorang gadis manis, lembut dan ayu. Dia sangat hebat dalam peperiksaan yang menyebabkannya selalu mendapat tawaran setelah habis se...
57.8K 4.2K 52
Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang...
337K 15K 62
Selepas kematian kekasih hatinya, dia sudah tidak seperti dulu lagi. Dia adalah Hafiki Arash. Dulu Hafiki Arash adalah seorang lelaki yang baik dan p...
1.4M 46.5K 88
#2018 🎀SIRI PERTAMA ADIK BERADIK TIRI🎀 Ayla Ayuni dan Azrif Ayril terpaksa menerima kenyataan yang mereka ialah adik beradik tiri. Keadaan menjadi...