Dusta Puteri Palsu

By Qayssz

84.1K 10K 2.3K

Dari masa hadapan ke masa lampau. Mustahil tetapi telah pun berlaku. Sangkanya boleh pulang selepas mengadap... More

prolog
kisah - 1
Kisah - 2
Kisah - 3
Kisah - 4
Kisah - 5
Kisah - 6
Kisah - 7
Kisah - 8
Kisah - 9
Kisah - 10
Kisah - 11
Kisah - 12
Kisah - 13
Kisah - 14
Kisah - 15
Kisah - 16
Kisah - 17
Kisah - 18
Kisah - 19
Kisah - 20
Kisah - 21
Kisah - 22
Kisah - 23
Kisah - 24
Kisah - 25
Kisah - 26
Kisah - 27
Kisah - 28
Kisah - 29
Kisah - 30
Kisah - 31
Kisah - 32
Kisah - 33
Kisah - 34
Kisah - 35
Kisah - 36
Kisah - 37
Kisah - 38
Kisah - 39
Kisah - 40
Kisah - 41
Kisah - 42
Kisah - 43
Kisah - 44
Kisah - 45
Kisah - 46
Kisah - 47
Kisah - 48
Kisah - 49
Kisah - 50
Kisah - 51
Kisah - 52
Kisah - 53
Kisah - 54
Kisah - 55
Kisah - 56
Kisah - 57
Kisah - 58
Kisah - 59
Kisah - 60
Kisah - 61
Kisah - 62
Kisah - 63
Kisah - 64
Kisah - 65
Kisah - 66
Kisah - 67
Kisah - 68
Kisah - 69
Kisah - 70
Kisah - 71
Kisah - 72
Kisah - 73
Kisah - 74
Kisah - 75
Kisah - 76
Kisah - 77
Kisah - 78
Kisah - 80
Kisah - 81
Kisah - 82

Kisah - 79

119 22 2
By Qayssz

  Dahlia melabuhkan punggungnya di atas tempat duduk khas di dalam kenderaan berkuda itu. Pertama kali dia meraih pengalaman menaiki kereta kuda milik kerajaan. Luluh hatinya sebentar tadi melihat respons Arjuna dikuburkan begitu sahaja memandangkan dia perlu lebih fokus bagi menyelesaikan tanggungjawabnya. Ratna duduk di bahagian depannya.

  Kenderaan itu tidaklah terlalu besar namun tetap selesa untuk memuatkan kedua Dahlia dan Ratna di dalamnya tanpa perlu untuk mereka berhimpit. Keadaan di luar tidak dapat dilihat kerana ditutup dengan langsir kecil yang menjadi tirai pemisah mereka. Malah keadaan alam yang gelap pada waktu malam tambah menyukarkan pandangan mereka ke luar.

  Seketika Dahlia dan Ratna menanti di dalam kenderaan sebelum rombongan itu mula bergerak. Pandangan Dahlia jatuh pada balutan kain yang terikat kemas di tangannya. Serta-merta dia teringat bahawasanya kain itu milik Arjuna.

  "Sebentar!" Dahlia bersuara dari dalam ruang kenderaan sambil menepuk dinding bekas itu. Serentak dengan itu juga kenderaan itu dihentikan.

  "Mengapa Tengku?" Dewi menyoal sambil menyelak kain tirai pemisah kenderaan itu.

  "Ah maaf. Sebentar Dewi, aku ingin pulangkan kain ini ke tuannya" Dahlia bingkas turun dari kenderaan sambil mencabut balutan kemas di tangannya seraya berlari ke arah Arjuna.

  Namun ternyata pemuda itu sudah tiba di hadapannya. Seolah Arjuna juga baru lepas berlari ke arahnya. Kedua-duanya terhenti langkah lantas saling berpandangan keliru.

  "Ah, maaf Arjuna. Ini kain kau" Dahlia menyerahkan semula kain milik pemuda itu yang sudah dilipat kemas ala kadar. "Maaf tidak sempat mencucinya dengan baik. Terima kasih" Dahlia sekadar tersenyum nipis sebelum dia kembali menoleh ke belakang lantas bergerak ke arah kenderaan.

  "Dahlia!" panggil Arjuna separa kuat. Tidaklah melaung namun cukup jelas untuk ditangkap telinga Dahlia. Gadis itu menoktahkan langkahannya seraya menoleh keliru.

  Arjuna meneguk air liurnya. Seolah ingin menyampaikan sesuatu namun bicaranya juga seolah tersekat di hujung kerongkong.

  "Ya!" Laung Arjuna sepatah, menambah kerut di dahi Dahlia.

  'Apa yang "ya!" ?' Dahlia keliru tidak memahami.

  "Itu jawapan aku untuk soalan terakhir kau tadi!" Arjuna menjelaskan.

  Dahlia masih berkerut. Namun Dewi telah memanggilnya untuk lekas masuk ke dalam kenderaan semula. Bayang Arjuna ditatap sekilas buat kali terakhir sebelum Dahlia naik kenderaannya.

  Dahlia melabuhkan punggungnya dalam keadaan tenggelam dengan kekeliruan. Arjuna kelihatan seolah sudah mengumpulkan kekuatannya yang maha dahsyat hanya untuk melaung 'ya!' kepada Dahlia.

  Fikiran Dahlia menerawang mengingati semula soalan-soalannya yang diajukan kepada Arjuna.

  "Apakah kau senang bertemu denganku?"
  "Apakah kau bakal menanti pertemuan denganku semula?"

  Jawapan Arjuna adalah "ya!" . Dahlia terkesima seketika tatkala menyedari akan respons baik daripada Arjuna.

  Dasar cinta. Sepatah perkataan daripada Arjuna sudah cukup membuatkan Dahlia menjadi tidak keruan. Senyuman gadis itu berusaha disembunyikan namun gagal kerana Ratna tetap dapat melihatnya. Gadis kecil itu juga hairan. Dalam sekelip mata, emosi Dahlia berubah daripada sedikit putus harap kepada bahagia bagai dilamun cinta. Malah wajah Dahlia juga merona merah bagaikan delima masak.

  "Kakanda kenapa?" soal Ratna hairan sambil tertawa kecil melihat gelagat Dahlia.

  Dahlia menggeleng perlahan sambil tangannya seolah menutup mulutnya yang jelas terserlah akan senyuman girangnya. Sungguh bahagianya tidak mampu disorok lagi ketika itu. Mereka berdua tertawa kecil sekadarnya kerana Dahlia enggan memberitahu Ratna asbab sebenar dia bahagia bukan kepalang ketika itu.

  Arjuna sekadar menghantar rombongan Dahlia pergi dengan pandangan. Kain miliknya yang diserahkan oleh Dahlia tadi, dipegang menggunakan kedua telapak tangannya. Tanpa sedar, dia turut sama tersenyum manis kerana berpeluang meluangkan waktunya bersama Dahlia.

  Dahlia mungkin tidak tahu, namun seluruh armada atma Arjuna bagai disimbah bunga- bunga dari langit tatkala Dahlia memaklumkan akan kesenangan hatinya bertemu dengan Arjuna. Seluruh wajah Arjuna ditekup dengan tangannya, menyembunyikan pipinya yang merona merah dengan senyuman yang tidak mampu disembunyikan. Malah dia juga cuba menenangkan hatinya yang berdegup kencang bagai ombak ganas. 

  Benarlah firasat hatinya, Dahlia itu lebih dari istimewa buatnya.
_________________...__________________

  Mulim Khubir meloncat dari suatu tempat ke tempat yang lainnya tanpa sebarang bunyi. Derapan tapak kakinya bisu tanpa bunyi. Orangnya bertubuh sederhana, mempunyai tapak kaki yang agak kecil daripada kebiasaan pemuda.

Wajahnya memerah seolah terlalu teruja. Mulutnya menyeringai lebar seperti kerang busuk dengan saki baki air liur yang meleleh. Lidahnya sedikit terjelir serupa anjing. Nafasnya pendek-pendek. Dia perlukan makanan. Barulah keadaan dirinya akan kembali pulih seperti keadaan manusia biasa.

  Busananya serba hitam. Kerambitnya yang masih bersisa darah yang tidak habis dilap, disisip kemas di belakang pinggangnya lalu ditutup dalam hud hitam tebalnya. Pemuda itu seolah halimunan, menyelit-nyelit dari celahan beberapa orang di kawasan pelabuhan, lalu dengan mudahnya dia meloloskan dirinya masuk ke dalam bahtera mewah Kerajaan Sulantara.

Jurus ilmu hitamnya digunakan bagi memastikan tiada mata yang dapat melihatnya apatah lagi mengesan kehadirannya. Kemahirannya dalam mengghaibkan diri amatlah dipuji oleh tuannya. Kemahiran itu jugalah yang memudahkannya untuk melaksanakan segala tugasannya yang diperintah oleh tuannya.

Mulim Khubir terhenjot-henjot memijak papan kayu kapal menuju ke sebuah bilik gah yang dipercayai menempatkan pemimpin Kerajaan Sulantara, Raja Sang kudawamarti. Perlahan-lahan pintu ruang bilik itu dikuak, namun tiada orang kapal yang perasan akan perkara itu. Tambahan pula, kepekatan malam di kawasan pelabuhan itu memungkinkan sesiapa pun untuk hadapi kesukaran melihat.

Mulim menjenguk ke dalam ruang bilik serba gah itu. Raja Sang tidak kelihatan. Begitu juga Wan Panji. Bilik itu kosong tiada berpenghuni. Mulim memuncungkan bibirnya. Dia masuk ke dalam bilik lalu memilih tempat paling mudah untuk bersembunyi. Di situ dia duduk diam menunggu kehadiran tuannya.
_________________...__________________

Raja Sang Kudawamarti memijak bahtera serba gah miliknya. Mindanya masih hanyut memikirkan hal Tok Penghulu tadi. Kakinya terus pantas diorak menuju ke ruangan singgahsana sementaranya di sebuah bilik serba gah di dalam bahtera itu.

Namun selangkah sebelum dia masuk ke dalam bilik itu, Wan Panji menghalang.

"Sebentar Tuanku!" tanpa diminta, Wan Panji mendahului langkahan Raja Sang. Dia perlahan-lahan mendekati pintu. Bendahara Raja Sang itu mengesan sesuatu di dalam bilik itu.

Raja Sang yang tadinya hanyut dalam lautan fikirannya, kini kembali berpijak di alam nyata. Sebaik sahaja mindanya bersatu dengan jasadnya di tempat dia berpijak, Raja Sang turut mengesan kehadiran sesuatu dari dalam bilik itu. Sesuatu yang punyai ilmu hitam. Seseorang yang punyai aura tengik, jijik dan kotor. Serupa syaitan.

Melihatkan keadaan Wan Panji yang berjaga-jaga dengan tekun di hadapannya, sehingga kelopak matanya ditutup bagi memberi tumpuan sepenuhnya, Raja Sang berpendapat bahawa mereka perlu redah sahaja bilik itu seperti biasa.

"Siapapun makhluk itu, beta mampu menandinginya. Usah gentar. Buka pintu itu, biarkan beta masuk. Minggir kau kalau tiada berani" senafas Raja Sang mengarah kasar. Mindanya sudahlah sedang kusut dan serabut. Tiada waktu ingin dia buang dengan berlengah di hadapan pintu bilik singgahsananya sendiri.

Wan Panji terkedu namun dia tetap menurut perintah tanpa banyak soal. Perlahan-lahan tombol pintu dikuak. Dia melangkah masuk terlebih dahulu sebelum Raja Sang.

Mereka berdua masuk ke dalam bilik sebelum pintu bilik ditutup. Suasana kekal sunyi. Hanya bunyi nafas yang kedengaran. Tiada perubahan. Raja Sang dan Wan Panji tekun memerhati sekeliling hinggalah ke segenap ruang yang mampu ditangkap mata kasar. Bahkan mereka juga cuba mengesan kehadiran makhluk tidak diundang di dalam bilik itu menggunakan kemahiran sihir mereka.

Tiga detik waktu berlalu. Tiada apa yang berlaku. Raja Sang mendengus kasar. Api barannya mula tercetus. Dia enggan menunggu dengan lama. Kehadiran makhluk tidak diundang itu tiada dapat dinafikan. Makhluk itu memang ada. Namun lokasi sebenarnya sukar ditentukan dengan tepat. Aura makhluk itu dikawal sehabis baik oleh tuan badan sendiri.

"Tuan..." satu suara memanggil. Raja Sang dan Wan Panji segera menoleh ke arah sekeliling. Kemudian kedua-duanya saling berpandangan. Empunya suara tiada ketemu.

"Tuan.. sini... hihi" suara itu memanggil lagi. Malah disertai dengan ketawa kecilnya. Suaranya perlahan mendayu-dayu namun kedengaran sedikit mengilai pada bahagian hujungnya.

Raja Sang makin naik baran. Sabarnya hilang. Wan Panji pula masih menumpukan sepenuh perhatiannya ke kawasan sekeliling. Sehinggalah sampai satu detik, satu titisan cecair separa likat jatuh dari syiling atas ke tengah-tengah bahagian antara Raja Sang dengan Wan Panji. Kedua-duanya serentak memandang titisan itu seraya menoleh memandang atas syiling kapal.

Kelihatan Mulim sedang duduk secara terbalik, bergayut dari atas syiling. Jurusnya dilemahkan supaya kehadirannya dapat dikesan dan dirinya dapat dilihat secara zahir oleh kedua insan tersebut.

Raja Sang mendengus berat melihat keadaan Mulim. "Beri dia makan. Dia kebuluran" beliau mengarah Wan Panji.

Serentak dengan itu Wan Panji segera mengatup matanya rapat seolah-olah menghilangkan dirinya seketika dari kawasan itu. Sejenak kemudian tangannya seolah memberi sesuatu kepada Mulim. Dengan rakusnya Mulim melahap apa yang ada di tangan Wan Panji biarpun secara zahirnya tiada apa kelihatan di tangan kosong itu.

Sambil Mulim rakus melahap makanannya, Wan Panji meletakkan telapak tangannya yang satu lagi di atas kepala Mulim. Lalu dibaca sesuatu yang tidak jelas kedengaran. Sejenak kemudian, Mulim berhenti melahap, malah dia turun dari syiling atas perlahan-lahan.

Kondisi tubuhnya memulih. Mata dan wajahnya kembali seperti sediakala tiada memerah seperti rupa syaitan. Lidahnya tiada lagi terjelir. Seluruh keadaannya berbaik pulih seperti manusia biasa dalam sekelip mata.

Mulim menarik nafas panjang sebelum menoleh memandang Raja Sang. Serentak dengan itu, dia menunduk merafak sembah. "Ayahanda"

Raja Sang sekadar mendengus kasar. "Tiba-tiba kebulur kau. Selama ini bertahun-tahun kau tanpa makan, elok sahaja" sinis bicara pemimpin Sulantara itu.

"Ampun ayahanda. Patik baru mendapat berita bahawasanya rancangan asal ayahanda adalah menjatuhkan Temenggung Tarawangsa dan bukannya Tengku Puteri" Mulim kelihatan kesal. Dia menurut langkah Raja Sang ke kerusi singgahsana beliau.

"Akan tetapi daging kambing itu tetap berjaya disebar ke semua pihak" sambung Mulim tanpa dipinta.

Raja Sang memandang tepat ke arahnya. Pandangannya tajam seolah pedang yang mampu membilah. "Bagus" balasnya pendek.

"...dan tidak bagus" sambung Raja Sang tiba-tiba.

Mulim meneguk air liurnya. Wan Panji kekal berdiri berjarak beberapa tapak dari mereka. Dia masih mendengar perbualan itu namun dia tiada dibenar mencampur tangan.

Menyedari kesilapan dalam menjalankan tugasnya, Mulim kembali melutut di hadapan Raja Sang. "Ampun ayaha-, tidak! Ampun Tuanku! Patik layak dihukum!" laung Mulim Khubir sambil gerun mula mencengkam seluruh kalbunya.

Raja Sang kekal membisu dalam keadaan duduknya di singgahsana itu. Pandangan matanya yang dibuka separuh dihalakan ke arah Mulim yang berada lebih rendah kedudukan darinya. Tulang rahangnya ditongkat menggunakan tangan kanannya. Lagaknya angkuh, sombong, bongkak dan memang serupa ketua kerajaan belaka. Mahkota kebesarannya menyerlahkan kedudukannya sebagai orang berkedudukan tertinggi dalam kerajaannya.

"Hukuman? Kau sudah dihukum" balas Raja Sang ringkas.

Mulim mengangkat wajahnya. Keliru. Bila? Setahunya dia belum menerima apa-apa hukuman sebaik sahaja dia tiba ke sini, melaporkan akan berita misinya.

"Kau kehilangan isteri dan aku kehilangan menantu. Kasihan. Belum sempat lagi gadis itu tahu akan status sebenar diri kau" Raja Sang berkias dalam bicaranya.

Mulim berkerut. Tidak memahami. "Ayahanda? Patik kurang mengerti..." kiasan Raja Sang nyata tambah menenggelamkan Mulim dalam lautan kekeliruan.

"Seroja terbunuh" selamba Raja Sang memberitahu tanpa terlukis sebarang reaksi di wajahnya.

  Mulim terkedu. Hatinya seolah retak seribu. Dia memandang ayahandanya penuh tanda tanya. Apakah Raja Sang bercanda? Atau segalanya benar belaka?

"Ayahanda..." Mulim cuba meraih kepastian sekali lagi. Reaksi wajahnya jelas menunjukkan dia keliru akan situasi yang sedang berlaku.

"Silap kau lah. Mengapa dibiar setan itu kebulur sampai naik gila?" Raja Sang mendengus garang. Kesalahan diletakkan sepenuhnya di bahu Mulim. Akibat syaitan yang menjadi pendampingnya dibiar kelaparan, langsung tubuhnya diambil alih oleh makhluk terkutuk itu. Langsung dia tiada teringat akan hal isterinya.

Sudahlah berbulan lamanya dia terpisah dengan isterinya kerana dikurung oleh Raja Sang sendiri bagi memastikan keadaan anakandanya itu pulih seperti sediakala. Mulim awalnya sakit. Sehinggalah Raja Sang membuat perjanjian dengan syaitan untuk memastikan anakandanya itu pulih.

  Namun lain pula jadinya apabila terkadang syaitan pendamping Mulim seolah meracau tidak tentu pasal. Saat dilahirkan, jujur Mulim sedikit lemah berbanding kembarnya yang sihat. Namun berdasarkan tekaan tukang tilik Raja Sang, salah seorang daripada kembar itu akan membesar sebagai pendamping Raja Sang dalam rancangan jahatnya manakala seorang lagi kembar akan menjadi batu penghalang kepada Raja Sang sendiri.

Berasbabkan hal itu, Raja Sang tiadalah tahu kembar yang mana yang bakal menjadi pendampingnya. Maka jalan yang diambilnya adalah memastikan kedua-duanya dalam keadaan baik. Namun semakin menginjak dewasa, sepertinya hanya Mulim yang bertindak sebagai pendamping Raja Sang. Maka, hendak atau tidak, Mulim tetap harus dia selamatkan dan dijaga dengan baik sekalipun agak sukar untuk mengawalnya.

Mulim tertunduk merenung lantai. Selama dia hilang kewarasan akalnya, isteri tercintanya sudahpun bertemu Ilahi. Biarpun pada awalnya dia hanya berkahwin dengan Seroja atas dasar perkhidmatannya sebagai perisik Raja Sang.

Kampung Empat Puncak merupakan kampung yang paling hampir dengan Istana Wantachitra. Andai dia ingin tahu sebarang maklumat berkaitan Wantachitra, itulah kampung terbaik untuk menjadi kubunya. Namun hanya kerabat dan saudara penduduk kampung itu sahaja yang dibenarkan menetap di situ. Maka perkahwinan pun berlaku antara Mulim dan Seroja.

Seroja, perawan paling indah rupa parasnya di kampung itu. Manakala Mulim juga tidak kurang tampannya. Bagai pinang dibelah dua, mereka disatukan. Cinta yang diikat atas dasar yang salah kian memudar, mewujudkan cinta yang ikhlas lahir dari sebuah atma yang saling mencintai.

Berluang waktu selama beberapa tahun dengan Seroja, mewujudkan rasa kasih yang ikhlas dalam diri Mulim buat Seroja. Namun asbab dirinya yang punyai niat tidak baik terhadap gadis itu pada awalnya, menyebabkan hancur seluruh keluarganya.

Ikatan yang terbina atas dasar khianat, berakhir dengan pengkhianatan.

Continue Reading

You'll Also Like

165K 16.7K 57
New age is begin. Sylvania, menjadi dunia yang maju. The world remain in peace. But... Thats the beginning of the disastrous. Keamanan Sylvania menja...
233K 14.7K 36
{COMPLETED} "Tapi kenapa awak tak terbakar bila terkena matahari?" Setahu Lena, walaupun dia bukannya peminat Twillight, Vampire Diaries atau apa-ap...
53.5K 4.4K 54
Book 2 of fantasy series. [Book 1: Phoenix: The Legend Power] [Book 2: Dragon: The Next Heir] Setelah keamanan menguasai Wonderland, dunia perlahan-l...
793K 63.1K 63
Cinta Dua Dunia. Tak tercapai dek akal bagaimana cinta antara 2 jiwa ini bersatu namun istilah mustahil itu tidak pernah wujud jika takdir antara ked...