How I Married Your Father

By byFasyah

548K 16K 700

Kerana terlalu sakit hati dipermainkan dengan bekas kekasihnya, Daniel, Ayra nekad utk menggoda bapa Daniel... More

INTRODUCTION
BAB 1 - TRASH EX BOYFRIEND
BAB 2 - REVENGE?
BAB 3 - PERTEMUAN KEMBALI
BAB 4 - KENANGAN SILAM
BAB 5 - KEBETULAN ATAU SURATAN?
BAB 6 - JIWA YANG SAKIT
BAB 7 - KEPULANGAN DANIEL
BAB 8 - LILIN YANG MEMBAKAR
BAB 9 - CROSS BORDER
BAB 10 - ONE STEP CLOSER
BAB 11 - SAHABAT YANG TERPISAH
BAB 12 - IKATAN YANG TERCIPTA
BAB 13 - MISI MEMIKAT SUAMI?
BAB 14 - EGO VS CINTA
BAB 15 - MISSION ACCOMPLISHED
BAB 16 - TEMAN BARU AYRA
BAB 17 - RAHSIA TERUNGKAP
BAB 18 - BUNGKUSAN DERITA
BAB 19 - TRUST IS THE KEY
BAB 20 - CUBAAN
BAB 21 - KASIH IBU MERTUA
BAB 22 - AYRA DICULIK
BAB 23 - MASTERMIND SEBENAR
BAB 24 - DEMI PAPA
BAB 26 - ENDLESS HAPPINESS
APPRECIATION POST (PLEASE READ)
SPECIAL CHAPTER 1
SPECIAL CHAPTER 2

BAB 25 - SALING MENYEMBUHKAN

16.5K 430 3
By byFasyah

"Kau akan mati harini Zakery!!"

"Everything will be fine, you are my strong boy."

"Papa, please ba.. bantu Daniel Mengucap."

Suara-suara itu semakin kuat menghampirinya dan sekaligusnya menyentak dari tidurnya yang panjang lalu terbangun duduk. Nafasnya tercungap-cungap, tubunnya basah keringat.

"Sayang, are you okey?" sapa Zakery lembut saat isterinya mula sedar.

"Abang, Daniel mana? Daniel still hidup kan abang? Mana dia abang?" soal Ayra bertubi-tubi. Dia merasakan itu semua mimpi. Melihat Ayra yang kebingungan, Zakery menarik lembut tubuh kecil wanita itu kedalam pelukannya. Sebak mula memenuhi didada.

"Sayang, Daniel dah tenang kat sana. Dia dah selamat dikebumikan semalam" Zakery tidak dapat membendung kesedihannya lagi saat memberitahu hal itu kepada isterinya. Sudah dua hari Ayra tidak sedarkan diri akibat mengalami kejutan yang sangat besar.

"Apa maksud abang semalam? Semua ni bukan mimpi ke abang?" soal Ayra lagi. Pelukannya direngangkan dan air mata Ayra mula membahasi pipinya.

"Ayra... Ayra dah dua hari tak sedarkan diri sayang. Abang takut sangat kalau ada apa-apa jadi pada Ayra. Abang tak kuat sayang. Abang dah kehilangan Daniel, abang tak nak kehilangan Ayra juga." air matanya turut mengalir bersama. Suasana hiba menguasai diri mereka. Jari ayra digenggam lalu dikucupnya lama. Sayangnya tak terhingga. Dia perlu kuat bersama untuk mengharungi fasa yang menyakitkan ini.

"Sayang, doktor bagitahu abang, our little angle is here." ucap Zakery sambil tangannya diletakkan ke perut Ayra. Ayra terkesima, perasaannya bercampur baur. Antara sedih dan gembira.

"Maksud abang, Ayra pregnant?" soal Ayra tidak percaya. Dia terasa seolah-olah masih didalam mimpi.

"Ya sayang. Our little angle dah ada dalam perut sayang. Doktor cakap, our baby baru nak masuk tiga minggu. Sayang tak boleh stress sangat tau, tak elok for baby." Zakery merangkul bahu Ayra dan mencium ubun-ubunnya.

Air mata mereka turut mengiringi berita itu. Air mata kelelahan selepas pelbagai kejadiaan diluar jangkaan telah berlaku sehingga kehilangan Daniel buat selama-lamanya. Dan dalam masa yang sama, ia juga adalah air mata kegembiraan menyambut kedatangan insan yang bakal menguatkan lagi cinta mereka.

Jika Daniel masih ada, sudah tentu dialah yang paling gembira kerana bakal menjadi abang. Kehilangan Daniel yang mengorbankan nyawanya demi ayah tercinta amat dirasai. Daniel Mikail bin Bakery Adli, namamu akan sentiasa terukir dihati kami buat selama-lamanya.

TUK! TUK!

Pintu bilik wad VVIP diketuk lalu pintunya dibuka. Wajah Thaqif menghiasi dimuka pintu. Riak wajahnya muram. Kakinya perlahan-lahan melangkah masuk dan menghampiri Ayra yang tersandar lemah diatas katil. Dia melutut dihadapan pasangan itu dan wajahnya ditundukkan.

Zakery yang melihat reaksi Thaqif yang secara tiba-tiba itu berasa kehairanan. Mengapa pembantu peribadinya datang dan melutut dihadapan mereka?

"Thaqif, what are you doing?" soal Zakery dengan riak wajah yang mendatar. Nadanya mula dingin.

"Saya minta maaf Dato, maafkan saya Ayra. Saya betul-betul minta maaf." suara Thaqif mula serak menahan hiba. Saat mendengar permohonan maaf darinya, wajah Ayra mula berubah dan hatinya mula tidak sedap.

"What for?" sampuk Ayra yang penuh tanda tanya.

"Saya tak pernah tahu yang Berkat Holding pernah ada pekerja yang bernama Farid. Saya tak tahu yang dia pernah khianat keluarga Dato."

"Apa maksud kamu? Straight to the point Thaqif!" Zakery pula mula hilang kesabaran. Dia dapat menduga apa yang ingin disampaikannya pasti ada bersangkut paut dengan kejadian yang pernah berlaku.

"Ha..hari yang Dato kena pukul tu, silapnya bermula dari saya Dato. Sebenarnya, Farid tu adalah bapa kandung saya yang telah terpisah selama 22 tahun yang lepas. Selepas dia masuk penjara, ibu telah meminta fasakh dan membesarkan kami lima adik beradik. Sejak dari itu, saya tak pernah jumpa ayah sampailah kami bertemu kembali dan saya bawa ayah tinggal bersama saya.

Selepas dua hari oustation, ayah ada bertanya tentang waktu saya akan pulang pada hari itu. Saya lah yang beritahu pada dia dan di pejabat itu, hanya ada kita berdua sahaja. Saya tak syak apa-apa dan saya anggap ayah hanya ambil berat tentang saya dan malam tu saya balik dengan tunang saya tanpa syak apa-apa. Saya tak sangka, orang yang pukul Dato pada malam tu adalah ayah saya sendiri.

Sa..saya sebagai anak dia, saya sangat malu dengan apa yang dia telah buat pada keluarga Dato. Saya minta maaf atas kematian Daniel. Saya tahu permohonanan maaf ni tak dapat undurkan masa dan betulkan segala-galanya.

Setelah Dato tahu kebenaran ni, apa sahaja tindakan Dato saya akan terima. Ter..termasuklah perletakkan jawatan saya di syarikat Dato." jujur Thaqif bersama linangan air mata. Rasa malu itu menebal kerana Zakery telah banyak membantunya termasuklah adik-beradik Thaqif yang lain. Dia tahu, apa yang Farid lakukan sememangnya tidak dapat dimaafkan. Andai dia tidak memberitahu ayahnya malam itu, sudah pasti semua ini dapat dibendung lebih awal.

Kini, Zakery mengerti sepenuhnya bagaimana Farid boleh terlepas masuk kedalam bangunannya yang penuh dengan cctv dan keselamatan yang ketat. Pasti nama Thaqif digunakan untuk memasuki premis itu. Bagaimana dia boleh terlepas pandang mengenai hal ini.

Zakery menghela nafasnya. Wajah Ayra dipandang sayu dengan harapa, wanita itu bisa menjadi sumber kekuatannya. Kebenaran yang baru tersingkap membuatnya hilang kata-kata. Thaqif seorang pekerja yang cekap dan hasil kerjanya amat memuaskan. Namun, sanggupkah dia memandang wajah itu lagi saat mengetahui dia adalah anak kepada seorang pembunuh. Pembunuh yang telah membuatkan dia kehilangan anak yang ditatangnya selama ini.

Ayra memegang tangannya lembut. Matanya mula berkaca. Bohonglah jika dia tidak merasai kesakitan yang dirasai oleh suaminya. Dia tau Zakery berbelah bahagi. Antara sakit hati dengan rasa ihsannya. Bagi Ayra, Thaqif adalah mangsa dan dia tidak bersalah.

Thaqif masih lagi berlutut. Wajahnya masih menunduk menghadap lantai hospital. dia tidak snaggup bertentang mata dengan pasangan itu. Malu dan serba salah menjadi satu. Hatinya menangis sendiri.

"Thaqif, I don't know how to react for now. Semua ni berlaku serentak. Apa yang Farid buat kali ni sangat melampau. Saya kehilangan anak saya buat selamanya. Dulu, sebab bapak awak khianat company sampai arwah abang saya stress dan mengakibatkan maut kemalangan. Sekarang anak saya pula yang menjadi mangsa. If this happen to you,apa yang awak akan buat Thaqif?" luah Zakery. Dia sendiri tidak tahu apa yang sepatutnya dia lakukan.

"Sebab tu saya datang hari ni Dato. Saya betul-betul minta maaf atas apa yang berlaku. Sebagai anak, saya turut galas tanggungjawab dan beban ini keatas bahu saya buat selama-lamanya Dato. Saya sanggup terima apa sahaja hukuman dari Dato." ujar Thaqif tulus. Jika dia perlu pergi meninggalkan syarikat itu dan menanggung akibat yang lebih buruk sebagai anak kepada seorang pembunuh, dia pasrah dan menerima segala ketentuan.

Melihat wajah Thaqif yang kusut tidak terurus, Ayra yakin lelaki itu turuk merasakan dampaknya sehingga mengabaikan pengurusan dirinya. Thaqif yang dikenalinya sangat menjaga penampilan. Belakang tapak tangan Zakery ditepuk lembut,

"Abang, jangan kerana setitik nila, rosak susu belanga. Lagipun dalam setandan pisang, tak semua cantik dan tak semua buruk. Thaqif juga mangsa abang. Dia sendiri datang dan menanggung rasa beban atas apa yang Farid buat pada kita. Jangan lah dihukum orang yang tak bersalah abang." tutur Ayra lembut. Dia tahu sakit rasanya bila kita sering berhadapan dengan seseorang yang mempunyai kaitan dengan orang yang menggoreskan luka. Tapi adilkah buat Thaqif untuk menanggungnya sendirian atas kesalahan yang bukan berpunca daripada dirinya sendiri.

Zakery meraut wajahnya berkali-kali. Fikirannya kusut untuk menghadam satu persatu kenyataan yang hadir. Husna yang selama ini disayangi seperti adik kandungnya sendiri tergamak menikam dirinya bertubi-tubi. Bagaimana dia ingin meletakkan kepercayaan itu pada seseorang yang mempunyai pertalian darah dengan pembunuh anaknya. Dia bukanlah seorang pemaaf dan juga mudah melupakan. Melihat keadaan Daniel yang berlumuran darah semestinya 'trigger' penyakitnya kembali namun digagahkan ketika itu demi anaknya yang sanggup berkorban nyawa buatnya.

"Thaqif, my wife cakap ada betulnya. But give me some time untuk fikirkan semua ni. Benda ni bukan mudah untuk saya buat keputusan. Untuk pecat awak belum lagi ada dalam fikiran saya. Kerja awak bagus, efisyen dan cekap. Kehilangan pekerja macam awak adalah kerugian terbesar untuk saya dan syarikat. But at the same time, hakikat yang awak ni adalah anak Farid buatkan saya anxious. Macam mana if one day you decide to seek for revenge on behalf your father? Tak kan saya nak pertaruhkan lagi keluarga saya?"

"Saya faham Dato. Sebab tu saya terima sahaja apa keputusan Dato. Tapi sekiranya Dato sudi berikan satu peluang untuk saya buktikan yang saya jauh berbeza dengan ayah saya, saya sanggup bersumpah untuk taat setia untuk berkhidmat untuk Dato dan keluarga Dato. Saya bukan buat semua ini demi tebus kesalahan ayah saya semata-mata, tetapi untuk membalas jasa Dato atas apa yang Dato berikan pada keluarga saya selama ini." ikrar Thaqif dengan bersungguh. Kali ini dia mengangkat wajahnya menghadap Zakery dan meletakkan tangannya di dada demi menunjukkan kesungguhan akan janji yang diungkapkan. Dia benar-benar akan tunduk setia kepada lelaki itu untuk menebus kembali maruahnya dan nama baik keluarganya yang sudah dicalarkan berkali-kali oleh insan yang bergelar ayah.

Zakery menarik nafasnya dalam-dalam. Otaknya bercelaru. Dia tahu Thaqif mempunya personaliti yang berbeza dengan bapanya, tapi yakinkah dia akan setia buat selamanya. Dia tidak mahu membuat keputusan terburu-buru, biar masa akan menentukan.

"Macam nilah, for now I can't give you any decision. Saya bagi awak cuti bergaji selama dua minggu. Baliklah ke kampung dan tenangkan fikiran dari semua ni. Dan bagi juga saya masa untuk terima qada' dan qadar Tuhan." jawab Zakery jujur.

"Sebelum balik kampung, sila serahkan segala tugasan kamu pada Arshad. He knows what to do." arah Zakery lagi. Arshad adalah salah seorang anggota organisasinya dan menjadi sayap kirinya dalam diam. Dari dalam, dialah yang menjaga segala rahsia dan kakitangan yang berkerja di Berkat Holding.

Sebelum dia membuat keputusan sama ada perlu atau tidak menerima Thaqif kembali, dia akan menyerahkan tugasan itu kepada Johan seperti biasa. Dia akan menyiasat sejauh mana kebenaran dalam kata-kata pembantunya itu.

Thaqif hanya mengangguk lemah dan mula beredar setelah diarahkan oleh Zakery. Dia perlu menghormati apa sahaja yang diarahkan oleh majikannya. Dia mengerti, hal ini bukan mudah untuk sesiapa sahaja menerimanya. Dia perlu berikan masa kepada mereka, begitu juga masa untuk dirinya. Dia juga terluka atas apa yang dilakukan ayah kandungnya sendiri.

**********

AYRA merenung keluar jendela. Kandungan yang dikandungnya sudah memasuki tujuh bulan. Sekejap rasanya masa berlalu, tidak terasa langsung waktu berputar.

Sepanjang waktu dia mengandung, Zakery melayaninya seperti permaisuri. Ibu dan ayah juga kerap berulang dari Melaka ke Damansara semata-mata ingin menjenguk anak perempuan tunggalnya.

Pada awalnya, mereka sangat terpukul atas apa yang telah berlaku keatas Ayra. Ikutkan hati dia ingin membawa Ayra pulang ke kampung. Namun, setelah Zulkifli diyakinkan oleh Zakery tentang keselamatan Ayra, barulah ibu ayahnya berasa sedikit lega dan pulang semula ke kampung. Sejak dari itu, pantang ada masa senggang, pasti sampai kerumah agam itu.

"Sayang, termenung apa tu." sapa Zakery memecah suasana. Sejak kejadian malang itu, keadaan Ayra sering tidak stabil. Dia masih trauma atas apa yang berlaku.

"Teringat pada ayah dengan ibu. Rindu pula kat diaorang." jawab Ayra jujur. Dia tersenyum saat terkenangkan gelagat ibunya yang cemas merisaukan dirinya. Rasa perhatian yang diberikan lebih.

"Ayra nak balik kampung? Kalau nak, abang boleh hantarkan."

"Takpelah abang. Ayra dah sarat sangat, tak larat lah nak jalan jauh." ucap Ayra. Pinggangnya kerap sakit dan kakinya bengkak. Badannya kecil tapi dia perlu membawa dua janin dalam kandungannya. Kerana itulah dia sering kelelahan. Mencabar juga ya mengandungkan kembar ni?

"Abang, kalau anak kita lelaki abang nak bagi nama apa?" soal Ayra memulakan topik setelah Zakery diam menyepi.

"Abang serahkan pada Ayra. Ayra pilihlah nama yang Ayra suka."

"Kalau kita letak nama anak kita hampir-hampir dengan nama Daniel abang okey tak?" soal Ayra inginkan kepastian. Walaupun cemburu itu sudah tiada, Ayra masih ingin menjaga hati suaminya. Lagipun, Daniel benar-benar sudah dianggap anak. Yelah, anak Zakery adalah anaknya juga.

"Hm okey juga tu. Abang pun nak anak kita ni kenal dan ingat arwah Daniel sampai bila-bila." suara Zakery mula serak. Dia benar-benar merindui anaknya, Daniel. Rindu pada orang yang sudah meninggal ni sangat menyakitkan.

"Abang, ingat tak pesanan arwah? Jangan salahkan diri abang atas apa yang dah berlaku. Ini semua qada' dan qadar dari Allah. Husna dan Farid pun sekarang dah dapat hukumannya." Pujuk Ayra lembut. Walaupun dia sendiri masih trauma atas kejadian itu, dia perlu memberikan semangat kepada suaminya.

"Haaaa, apa kata kita bagi nama dia Danish? Danish Mikail, okey tak abang?" cadang Ayra, dia sengaja menukar topik itu kembali agar tidak terperangkap dengan kenangan silam. Zakery menyeka air matanya yang mengalir, dia tahu Ayra sedang berusaha untuk keluar dari kesakitan itu, sebagai suami dia harus berusaha bersama-sama melawannya.

"Kalau perempuan pula?" soal Zakery kembali. Wajahnya dipaksakan ceria.

"Hm, kalau perempuann kita letak nama Dania. Dania dan Daniel kan seakan akan. Daniel,Dania, Danish. Haa lebih kurangkan abang?"

"Dania ya? Sedap juga nama tu. Abang suka, Dania Mikayla." Zakery menambah.

"Dania Mikayla? Sedap juga namanya tu. Mikail dan Mikayla. Haaa Ayra setujuuu! Eee tak sabarnya Ayra nak jumpa our little angle ni." ucap Ayra keriangan. Wajah Zakery dipandangnya dengan penuh kasih. Tangan Zakery diraih dan diletakkan dipipinya.

"Abang, terima kasih kerana mencintai Ayra sepenuh hati abang. Layanan abang, kasih abang, semua nya abang curahkan pada Ayra tanpa sedikit pun kurang. Ayra nak sehidup semati dengan abang." ucap Ayra setulus hati. Dia tidak mahu kehilangan satu-satunya lelaki yang merubah hidupnya.

"Sayang, kenapa sedih-sedih ni. Kalau Ayra sedih, abang lagi sedih." ucap Zakery. Rambut Ayra dielus lembut.

"Abang, boleh tak abang janji dengan Ayra?"

"Janji? Janji apa sayang?"

"Kalau Ayra tak panjang umur masa bersalinkan anak kita nanti, Ayra nak abang janji yang abang akan cari pengganti Ayra kat sisi abang." ujar Ayra sekaligus membuatkan riak wajah Zakery berubah tidak suka.

"Apa Ayra merepek ni?"

"Anak kita perlu kasih sayang seorang ibu." jawab Ayra sayu. Tubuh kecilnya dirangkul erat. Tidak sanggup dia membayangkan Ayra pergi meninggalkan dirinya keseorang. Ayra diam dalam pelukan suaminya. Entah mengapa, pelbagai kerisauan menjelma sejak kebelakangan ini. Dia terlalu risau untuk meninggalkan Zakery sendirian nanti.

Andai ditakdirkan dia pergi ketika melahirkan, dia ingin Zakery tetap kuat meneruskan hidup demi anak-anaknya. Dia mahu Zakery mencari penggantinya agar lelaki itu tidak kesunyian dan kemurungan seperti mana dia kehilangan Suri.

"Sayang, please don't say that. Isteri abang ni kuat sangat semangatnya. Trust me, everything will be fine. Abang nak Ayra disisi abang buat selamanya sayang. Jangan overthinking, tak elok for your mental health. Sangka yang baik-baik je sayang, inshaAllah yang baik-baik je akan sampai." pujuk Zakery lembut.

Dia cuba menjadi kekuatan Ayra walaupun ketakutan itu ada dalam dirinya. Ya Allah, aku serahkan keselamatan isteriku kepadaMu Ya Rabb. Sayangku Ayra, kuatlah sayang!  

Continue Reading

You'll Also Like

122K 5.2K 65
(complete) ⁺✧ - SIRI CG #1 blurb di dalam.
162K 9.9K 59
Kata orang, perempuan masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku femini...
1.4M 93.8K 57
AYLANA ILARIA Gadis kecil yang menyimpan perasaan suka terhadap seorang senior disekolahnya. Luahkan perasaan? Aylana tidak seberani itu. Hanya watt...
143K 4.8K 51
Kenapa? Salah ke bila seseorang gemok? Hina sangat ke orang yang gemok ni? Nurul Azahzlin. Ketinggian 160 dengan berat badan 75kg. Cukup dikategorik...