Broken Trust

By starlenenyx

132K 7.2K 335

𖀐 BROKEN SERIES BOOK 1 βŠΉβ™‘ start : 02072023 end : 07022024 ⚠️clichΓ¨ More

𖀐 Broken Series βŠΉβ™‘
PROLOGUE
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
EPILOGUE

Bab 31

1.3K 79 0
By starlenenyx

"LETAK je dia kat situ." Ersana yang sudah pengsan itu, diletakkan di sebuah lorong. Lorong pelacur. Ersana ditinggalkan dalam keadaan tidak sedar.

ALIS keningnya berkerut-kerut saat dia mahu menggerakkan badannya. Setiap kali dia berniat untuk bergerak, sakit yang dia rasakan. Mencucuk-cucuk di badannya.

"Argh," alis kening Ersana mengerut hebat badannya terasa dicucuk-cucuk dengan jarum. Sakit bagaimanapun yang dia alami, Ersana tidak berputus asa untuk bangun. Ersana buka mata. Sekali lagi keningnya berkerut menghadam kawasan yang mereka tempatkan untuknya. Sebuah lorong dan dihujung lorong tersebut ada seorang lelaki dan perempuan yang sedang bercumbu.

Pantas dia mengalihkan pandangan matanya dari sana. Tempat ini kotor dan ada suara lagu yang agak kuat. Mungkin ini yang dikatakan lorong pelacuran. Dia kelihatan sangatlah hina di mata si ayah sampai dibuang ke lorong ini.

Ersana lempar pandangan pada keadaan sekeliling. Sudah dua tahun berlalu sejak Hael meninggalkannya. Dan sudah dua tahun berlalu kali terakhir Khair memukulnya. Dia sendiri pun tidak menjangkakan ini akan terjadi. Kerana sejak dia tinggal dengan Mak Teh, Khair langsung tidak menjenguknya.

Ersana cuba bangun sekali lagi sambil menahan sakit yang menyerang dirinya. Mahu tidak mahu dia perlu keluar dari lorong ini. Ini bukanlah tempatnya.

Tempat yang penuh banjir dengan masayarakat yang melalukan maksiat ini bukanlah tempatnya.

Ersana berjalan tidak tentu arah, telinga ditekup dengan tangan saat bunyi muzik yang kuat menghentam pendengarannya. Dia terus berjalan sampailah dia berjumpa jalan raya. Ersana mendongak pandang langit yang tunjukkan bulan yang menyinari gelapnya langit.

Tidak tahu sudah berapa langkah dia mulai berjalan tetapi sekarang dia sudah sampai ke bandar. Tidak tahu nama bandar ini. Dia sudah lama tidak keluar rumah. Selama dua tahun ini, dia hanya berkurung di dalam rumah Mak Teh. Bukanlah Mak Teh tidak izinkan dia keluar, tetapi dia sendiri yang memutuskan untuk kekal di dalam rumah.

Takut...takut jika terserempak dengan Khair.

Ersana pegang perutnya yang berbunyi. Lapar. Kali terakhir dia makan sewaktu di dalam bilik bersama Medina. Ersana duduk di laluan penjalan kaki itu. Kelihatannya bukan hanya dia di situ tapi ada juga beberapa yang sepertinya. Tiada rumah untuk pulang. Tiada duit untuk makan.

Ersana berbaring sahaja di atas laluan tersebut tanpa berlapik dan mendapat teguran dari salah satu dari mereka.

"Eh, dik. Tidur kena berlapik, nanti kotor baju cantik tu," katanya pada Ersana dan senyum manis diberi.

"Saya tak ada pelapik."

"Tak apa, ni mak cik bagi," mak cik itu suakan kotak tersebut pada Ersana. Lambat-lambat dia menyambut lalu diletakkan atas laluan dan dia tidur di atas kotak tersebut.

Ersana pejam mata. Dia hanya mampu menahan lapar. Mahu makan juga tidak mampu kalau duit pun tak ada.

"KAU bawa Ersana pergi mana hah?! Lepaskan aku!" Medina meronta-ronta meminta untuk dilepaskan tetapi gagal! Gagal saat Khair bertindak untuk mengurungnya. Bukannya melepaskannya!

Bahkan jika dia melawan macam mana pun, ia akan gagal kerana tenaga yang tidak sama. Mereka ramai. Sedangkan dia? Hanya berseorangan.

Mengingatkan yang Ersana dibawa ke lorong pelacuran membuatkan air matanya jatuh tidak henti. Mengapa nasib Ersana begitu malang. Baru tadi Ersana bergelak tawa dengannya. Baru tadi dia baru makan dengan Ersana. Dan baru tadi dia berniat membawa Ersana untuk berjalan-jalan.

Tetapi rancangannya gagal. Gagal kesemuanya. Dan dia benci itu. Kalau dia tahu yang ini akan terjadi, akan dia bawa lari Ersana dari awalnya majlis lagi.

"Lepaskan aku!"

"Jangan bagi dia lari dari sini. Lepas tu, lantaklah korang nak buat apa dekat dia." Khair senyum sinis. Lalu anak buahnya mengangguk. Lantas mereka menghampiri Medina selangkah demi selangkah.

Khair membuka langkah meninggalkan tempat tersebut. Dalam perjalanannya mahu kembali ke biliknya, kedua tangan digepal penumbuk. Wajahnya merah menahan marah. Semua kemarahannya berpunca disebabkan Cyrex. Kerana Cyrex lah saham syarikatnya turun berganda-ganda. Dan dia akan lepaskan kemarahannya pada Ersana.

Anak malangnya itu.

"TAK JUMPA." Eiran keluar dari rumah agam yang menjadi tempat Khair mengurung Ersana. Dia dan Ayaz curi-curi masuk dalam rumah agam Khair untuk mencari Ersana.

"Haih, nasib baik Aslan tak ingat apa-apa. Kalau tak, mahu mengamuk budak tu. Ayaz menghampiri Eiran yang kesal dari tadi. Dua tahun sudah berlalu dan mereka berdua setiap bulan akan datang ke Malaysia untuk mencari Ersana.

"Bila kau gerak balik UK?" Eiran menyoal. Dia mungkin tidak akan balik. Dia akan terus mencari Ersana di Malaysia.

"Nanti-nantilah aku fikir. Sekarang ni aku risau pasal Ersana. Kalau apa-apa jadi dekat dia, habislah." Ayaz berkata. Eiran mengangguk setuju. Jika Aslan tahu pasal ni, Aslan pasti akan mengamuk. Kerana isterinya menderita kerana kembarnya, Arzene.

"ASLAN macam mana? Dia ada ingat apa-apa?" Eiran menyoal. Ayaz menggeleng perlahan. Kejadian yang terjadi dua tahun lepas masih segar di kotak ingatannya.

Kejadian di mana Aslan kehilangan ingatan.

✦ FLASHBACK ✦

"JUMPA." Eiran senyum melihat maklumat yang dia cari selama berbulan-bulan. Arzene sangat pintar menyembunyikan Aslan selama tempoh ini. Tetapi bukan untuk harini. Harini merupakan hari terakhir Aslan tinggal dengan Arzene.

"Jumpa? Serious lah. Dia kat mana?" Ayaz pantas menghampiri Eiran. Akhirnya! Aslan berjaya di jejak kaki dengan lajunya melangkah mendekati Eiran yang santai duduk bersama kaki disilang.

"Get ready. Kita gerak malam ni." Eiran bangun dari duduk. Laptop dia tutup. Segala alat yang dia guna tadi disimpan dalam beg. Sudah bersedia mahu pergi.

Ayaz mengangguk. Setuju dengan arahan Eiran. Dia ambil telefon pintarnya dan mula mendail nombor anak buahnya dan memberi arahan pada mereka untuk sediakan jet pribadi untuk mereka pergi ke tempat Aslan.

Continue Reading

You'll Also Like

101K 3.6K 55
(1st Series of Love's) - Nota kaki : SEDANG EDIT/REVAMP. Inara Imani seorang gadis yang tidak pernah dipedulikan oleh ibunya sendiri semenjak kecil...
473K 27.1K 69
✿ Χ… ΰ£ͺ ⊹ Ϋ° 2nd badboy series β™‘ Ϋ« ΰ­­ ❝ Sayang dan cinta jangan dipaksa. Ia akan datang sendiri tepat pada waktunya. ❞ π„π«ππžπ§ π‚πšπ«π₯ - Tampan & sin...
375K 23K 54
"Can't you just shut up your pretty mouth," Syed Adam Darrius β€’ Jejaka kacak berumur 27 tahun ini terkenal dengan sifat annoying nya. Dirinya yang ag...
35.1K 1.2K 43
β€’ KESINAMBUNGAN THE EYES OF OUR HEART 1 β€’ CAHAYA INARA X AHNAF HADI Pantai yang tak bersalah pun dipukul ombak, apatah lagi rumah tangga yang baru...