aksara

By 3ardee

47K 2.6K 354

For younger me, who wanted to be someone's first choice. More

aksara langit
sneak peek
aksara 1
aksara 2
aksara 3
aksara 4
aksara 5
aksara 6
aksara 7
aksara 8
aksara 9
aksara 10
aksara 11
aksara 12
aksara 13
aksara 14
aksara 16
aksara 17
aksara 18
aksara 19
aksara 20
aksara 21
aksara 22
aksara 23
aksara 24
aksara 25
aksara 26
aksara 27
aksara 28
aksara 29
aksara 30
aksara 31
aksara 32
aksara 33
aksara 34
aksara 35
aksara 36
aksara 37

aksara 15

990 57 9
By 3ardee

Pandangannya berbalam balam. Kelopak mata yang terasa berat dipaksa untuk buka. Sempat retina mata menangkap sekujur tubuh yang terlena di sisi katil.

Mata Alea berat. Tidak betah untuk membukanya. Tubuhnya terlalu lemah. Tetapi dia cukup kenal tubuh yang tertidur di sisi katil itu.

Mulut yang ditutup bantuan pernafasan cuba dibuka.
"indra.."

Sepi. Tiada suara yang keluar dari bibir.

Saat ini, tubuhnya terlalu lemah. Sehinggakan dia tidak berdaya untuk membuka mata.

Lelah.

Lelah dihentam kerasnya dunia.

.⁠。⁠*⁠♡

RING RING

Tersentak Indra dari lena apabila bunyi telefon menghentam kuat sistem pendengarannya. Tangan naik meraup wajah cuba untuk menghilangkan rasa kantuk yang menguasai.

Handphone miliknya dilihat. Gelap menandakan panggilan bukan dari telefonnya. Anak mata beralih pada handphone Alea yang berada di meja sisi katil.

Terkebil kebil mata Indra cuba untuk mengenalpasti siapa yang menelefon gadis ini.

📱abang ahnaf.

"AllahuAkhbar."
Mengucap Indra apabila dia teringat bahawa dia perlu memaklumkan perihal Alea kepada Ahnaf.

Butang accept ditekan sebelum handphone milik Alea dilekapkan ke telinga.

📞 Alea ! kau pergi mana pagi pagi buta ni ?!.

Tersentak kecil Indra apabila Ahnaf menyoal nyaring.
"Assalamualaikum."

📞 Walaikumusalam.. sapa ni ?

"ni Indra, bang."

📞 Indra ? kau dengan Alea ke ? wait.. ni nombor Alea kan ?.

"Ye bang.. ni nombor Alea. Abang jangan risau, Alea ada dengan saya."
Mata Indra melihat tubuh kecil yang masih belum sedar.

📞 haihh

Dapat Indra tangkap keluhan lega Ahnaf dari corong telefon.

📞 korang pergi mana pagi pagi buta ni ?

Tangan Indra naik mengusap belakang tengkok. Minda ligat berputar untuk mengarang ayat.
"erm.. nanti indra cerita.."

Tersentak Indra apabila handphone miliknya turut berbunyi menandakan ada panggilan. Skrin memaparkan wajah jelita sang umi bermakna panggilan itu dari umi.

"bang.. nanti indra call balik boleh ? umi call pulak."
Pinta Indra sopan. Tidak betah mengabaikan panggilan sang umi mengenangkan dia menghantar message pada umi jam 4 pagi tadi.

📞 hah yelah.. Indra.. take care of her.

Indra tersenyum nipis seraya mata hanya tertacap redup pada wajah si gadis.

Panggilan ditamatkan sebelum panggilan dari Puan Mariam pula diangkat.
"Assalamualaikum umi.."

📞 Walaikumusalam.. angah okay ?
Lembut suara sang umi menyapa pendengaran Indra membuatkan rasa sebak hadir dalam diri.

"angah okay.. tapi.. "

📞 umi ada sayang..

Indra mengemam bibir. Mata menatap sekilas tubuh si gadis yang masih pucat lesi sebelum kaki panjangnya bergerak keluar dari ward peribadi itu.

Tubuh tegap yang tersarung t-shirt hitam ringkas bersandar pada pintu ward.
"umi.."

Puan Mariam yang berada di corong telefon diam membiarkan sang anak meluahkan. Dapat dia tangkap nada lirih dalam suara garau itu.

"umiii.."
Lirih suara Indra. Mata dipejam erat. Seolah berperang dengan diri sendiri.

📞 she will be fine sayang..

Sebaris pujukkan ringkas dari umi mencelikkan kelopak mata Indra. Setitis air mata jatuh mengalir membasahi pipi.

Umi tahu.
Umi tahu dia risau akan keadaan gadis itu.

📞 percaya pada umi angah.. she's a strong girl..

Indra yang tadinya gagah berdiri bersandar di pintu ward jatuh terduduk. Air mata yang ditahan dari tadi akhirnya mengalir apabila suara umi memujuk lembut menyapa pendengarannya.
"muka dia pucat umi.."

Umi tahu.
Umi tahu apa yang bermain di mindanya.

Lirih.. lirih suara garau itu mengadu pada sang umi yang berada di talian. Minda kembali melayar wajah jelita yang pucat dipangkuaannya semalam.
"tangan dia sejuk.."

Puan Mariam yang berada di talian mengemam bibir menahan sebak mendengar aduan lirih sang anak. Tidak pernah dia dengar suara Indra Faleeq serapuh ini.

"angah lambat umi.. kalaulah angah tak angkat call tu.. mesti angah dah boleh halang dia umi..angah.."

Puan Mariam lebih pantas memotong ayat Indra.
📞 hei indra sayang.. but you save her.. that's enough sayang.. you save her life.

Indra menyandarkan kepala pada pintu. Tangannya naik mengusutkan rambut. Mindanya kusut. Kusut memikirkan segalanya.
"umi.. hati angah sakit bila angah tengok dia terkulai layu dekat pangkuan angah.. sakit sangat umi.. tsk."

Puan Mariam gagal. Gagal menahan sebak mendengar suara rapuh itu. Ibu mana yang sanggup mendengar sang anak mengadu lirih kepadanya.
📞 umi tahu sayang.. umi tahu

Lirih.. suasana koridor hospital itu hanya dihiasi suara rapuh Indra yang mengaduh lirih pada syurganya.

Tiada lagi, Seorang Indra Faleeq yang beku dan heartless.
Tika ini, hanya seorang anak yang mengadu lirih pada sang umi. Sakit, Tuhan.. hatinya sakit melihat gadis yang dipuja terkulai lemah.

Aku merayu,
angkatlah sakitnya.

.⁠。⁠*⁠♡

Indra membasuh wajah yang sembap. Berulang kali air dialurkan pada wajah. Anak mata naik menatap wajahnya yang basah.

Nafas dihela lemah. Entah kenapa mindanya tidak berhenti melayarkan momen tadi. Saat di mana dengan mata kepalanya sendiri gadis itu terkulai di pangkuannya.

Handphone yang berada di tepi singki dilihat sebelum dicapai. Contact nombor sang adik ditekan.

Dia tahu saat ini dia perlu memaklumkan pada Ahnaf.
Tetapi Indra tidak betah memberitahu Ahnaf bahawa adik perempuannya cuba untuk menamatkan hayat.

Tidak dapat Indra bayangkan betapa luluh perasaan lelaki itu jikalau mendapat tahu adik yang ditatang dari kecil kini hendak menamatkan nyawa sendiri.

Handphone dilekapkan ke telinga sebelum suara tenang milik Idlan menyapa pendengarannya. Idlan satu satunya yang dia boleh berharap tika ini mengenangkan Idlan bukanlah sejenis yang kepoh jikalau hendak dibandingkan dengan Iskandar dan Imar.

" Assalamualaikum Id."

📞 Walaikumusalam kenapa ngah.

"erm angah nak minta tolong ni. Along ngan adik kat mana ?."
Soal Indra seraya kaki berjalan menuju ke ward Alea.

📞 Along tidur adik tengah berendam dalam bathtub.

"Allahu.. ceni Id. Boleh tolong angah tak ?."
Indra melangkah masuk ke dalam. Pintu ward dibiarkan terbuka luas. Mengelakkan sesuatu memandangkan ward ini merupakan ward peribadi.

📞 sure anything..

Indra melabuhkan duduk.
"ceni.. tolong bagitau abang Ahnaf yang Alea.."

Terhenti percakapan Indra apabila tangan mulus yang dicucuk iv drip itu bergerak seolah ingin menyatakan sesuatu.

Idlan diam menanti bicara sang abang. Mata Indra naik memandang wajah jelita yang masih pucat sebelum dia tersentak hebat apabila anak mata itu terkebil kebil cuba untuk membuka mata.

📞 Hello angah.. r u there ?

Indra dengan kalut menekan punat kecemasan memanggil doktor.
"Id nanti angah call balik. Assalamualaikum."

Belum sempat Idlan menjawab salam Indra lebih pantas memutuskan panggilan.

Doktor dan beberapa orang jururawat melangkah masuk. Doktor yang bergelar Doktor Melur itu memeriksa retina mata Alea.

Indra diam seraya tangan yang mengigil kecil berpeluk tubuh. Cuba untuk menenangkan diri sendiri. Bibir tidak sudah berzikir pada Illahi. Mengharapkan bantuan Sang Pencipta.

"boleh kita bercakap di luar ?."
Doktor Melur menyoal Indra.

Indra mengangguk. Tubuh Alea dilirik sekilas sebelum dia mengikuti langkah doktor itu keluar.

"Encik.."

"Indra."

"baiklah En Indra. Berdasarkan pemeriksaan kami. Alhamdulillah Cik Alea berada dalam keadaan baik. Cuma.. saya sarankan Encik rujuk pakar psikologi untuk memastikan kesihatan mental Cik Alea. "

Tersentak Indra apabila mendengar saranan Doktor.
"Kenapa ye doktor ?."

"Kerana berdasarkan apa yang kami lihat.. Cik Alea mungkin mengalami tekanan. apa apa pun saya rasa lebih elok jika kita rujuk pada yang pakar."
Terang Doktor Melur penuh sopan.

"terima kasih doktor."

Indra kembali melangkah masuk ke dalam ward peribadi milik si gadis. Hatinya sayu melihat gadis ini masih terlantar di atas katil.

Duduk kembali dilabuhkan sebelum mulut menghela nafas lemah.

"Indra.."

Tersentak kecil apabila namanya diseru perlahan. Terus mata melihat ke arah si gadis yang terkebil kebil membuka mata.

"lea.. hei.. I'm here."

Alea menggagahkan diri membuka mata biarpun kepala masih berpusing.
"indra.."

"yer saya kat sini lea.."
Lembut Indra menyahut panggilan si gadis.

Berkali kali Indra mengucapkan syukur pada Allah kerana makbulkan doanya.

Alea yang berura ura ingin bangun dari baringan dihalang Indra.
"eh lea.. just baring okay.. please.."
Pesan Indra risau.

Alea akur sebelum kembali menenangkan diri.
"indra.."

"Yer alea.."
Sahut Indra lembut.

"awak bawak saya kat sini ?."
Soal Alea bersama suara yang masih lemah.

Indra mengangguk seraya mata masih menatap wajah pucat itu.

"what happen.. kenapa saya kat sini ?."

Indra berkerut apabila disoal Alea. Tidakkah gadis ini ingat perkara yang berlaku semalam.
"lea.."

Alea diam seraya mata tidak lepas menatap Indra. Menunggu jawapan lelaki itu.

"you were trying to.."

Belum sempat Indra menghabiskan kata, Alea lebih pantas memotong.
"so you saw me.."

Indra menghela nafas lemah sebelum mengangguk perlahan.

Alea menatap siling bilik. Tatapannya kaku seolah lansung tiada rasa.
"indra.. can you do me a favour ?."

Indra mengerutkan wajah mendengar permintaan gadis ini.
"what is it ?."

"jangan bagitau abang.. or anyone.."

"Alea."
Indra menyeru tegas. Tidak suka dengan permintaan gadis itu.

"please.. im begging you."

Indra kalah. Kalah apabila dia melihat anak mata itu menatapnya penuh berharap.

"just keep it between me.. and you.. please ?."
Lirih Alea meminta.

Indra bersandar pada kerusi. Sukar untuk dia menerima permintaan gadis ini.
"but kenapa lea.."

Alea diam. Entah kenapa dia rasa senang hendak meluah bila bersama Indra. Lelaki ini membuatkan dia rasa dia layak untuk bercakap.

Indra meraup wajah cuba untuk menutup rasa gusar. Topi yang berada di kepala dibuka lalu diletakkan di sisi katil.
"lea.."

"hm ?."
Alea yang tadinya leka menatap dinding menoleh menatap Indra yang menatapnya redup.

"are you okay ?."

Bungkam. Satu rasa hangat menjentik hati apabila sebaris soalan ringkas itu menyapa pendengarannya. Mata mula bersinar menyimpan air mata yang menunggu masa untuk turun.

Alea berpaling dari terus menatap wajah kerisauan Indra. Gusar jika air matanya jatuh di hadapan lelaki ini. Tangan naik menyapu kasar mata.
"im okay.."

Dusta.

Indra tahu, gadis ini dusta.

Tetapi biarlah.
Dia tidak mahu menambah tekanan gadis ini.

Cukuplah apa yang dihadapi gadis ini.

.⁠。⁠*⁠♡

Madiha mengumam kecil lagu lagu yang menyapa minda seraya tangan ligat memakai kasut tinggi miliknya. Beg yang berada di tangan dipegang erat.

Grill rumah dikunci rapi. Sebelum kaki itu melangkah ke arah lift. Berdetak detuk bunyi kasut tumit tinggi yang dipakainya menghentak lantai.

Setibanya dia di tingkat paling bawah. Kaki itu melangkah elok ke arah kereta miliknya. Tudung yang sesekali terbang ditiup angin dibetulkan.

Beg telekung dan handbag diletakkan di seat penumpang . Belum sempat tubuh itu meloloskan diri ke dalam kereta. Tersentak hebat dia apabila bunyi hon menyapa kuat.

PON PON !!

Nafas dihela kasar seraya tangan naik dada yang tersentak hebat.
"Ya Allah manusia takde common sense apa hon pagi pagi ni."

Terus kepala menghadap ke hadapan. Berkerut wajahnya melihat sebuah kereta Honda Civic terletak elok di hadapan keretanya. Menghalang keretanya dari keluar.

"Wah wah wah dahlah memekak pagi pagi pastu suka hati bapak kau je blok kereta orang."
Bercekak pinggang Madiha melihat kereta berona Hitam dihadapannya tika ini.

Pemandu kereta hitam itu keluar dari kereta ditemani tatapan tajam Madiha.

"Assalamualaikum Encik ! Saya bukan apalah Encik. Parking belambak lagi kenapalah Encik nak kena block kereta saya. Ke Encik ni tak reti parking kereta ?."
Madiha mula membebel kegeraman.

"Madiha.."

Madiha yang tadinya membebel terhenti apabila retina mata dihiasi suatu wajah yang tidak asing lagi. Wajah yang tadinya berkerut kemarahan mula bertukar kaku tidak berperasaan.
"Amar."

Amar Firas.
Ya yang berdiri di hadapannya kini ialah Amar Firas.
Lelaki yang menjadi punca dia menyaksikan titik terendah sang sahabat.

"kau buat apa kat sini ?."
Beku nada suara Madiha menyoal.

"erm.. kau sihat ?."

"Alhamdulillah as you can see. masih boleh berdiri. masih bernafas. masih kuat nak tumbuk muka orang."
Jawab Madiha dengan perlian. Entah kenapa hatinya membara melihat wajah lelaki ini.

"jangan berdalih. Why are u here.."
Sekali lagi Madiha menyoal tegas.

"aku cari Alea.. dia ada ?."
Jelas Amar.

Madiha yang tadinya bercekak pinggang beralih memeluk tubuh. Bibir berdecit mendengar alasan Amar.
"tch.. kenapa kau cari Alea ?."

"takdelah dia tak reply message aku."

"eh suka hati dia lah nak reply message kau ke tak."
Gumam Madiha perlahan tetapi cukup sampai ke telinga Amar.

"cop cop.. cane kau tau dia tinggal sini ?."
Madiha mula berkerut sangsi.

"Nina bagitau.."

Kenyataan dari Amar membuatkan asap asap kemarahan mula keluar dari telinga Madiha.

Jap dramatik jap.

Tangan yang berpeluk tubuh dikepal geram.
"Nina bagitau ?."

Amar mengangguk seraya menyandarkan tubuh pada badan keretanya.

Madiha tertawa sinis. Kasut tumit tinggi yang berada di kaki menyerlahkan lagi ketegasan wanita ini.
"Nak pulak dia bagitau ? Dia tak jeles ke kau cari Alea ni ?."

"kenapa pulak dia nak jealous ?."
Soal Amar bersama wajah yang berkerut.

"Manalah tahu. yelah dulu asik jealous je bila kau asik dekat Alea. Dok cakap Alea suka kau lah. ntah pape."

Buat pengetahuan semua lah kan.
Si Madiha ni mulut lepas sikit.
Cikit je tak banyak.

"Apa kau cakap ni Madiha."

Madiha menayangkan wajah mengjengkelkan. Jam tangan yang tersarung elok dilihat.
"dah blah. aku ada date."

"Wait.. Madiha. Alea kat mana ? aku nak jumpa dia."
Terus kalut Amar menahan Madiha apabila gadis itu seolah mahu masuk ke dalam badan kereta.

Madiha menongkatkan tangan pada pintu kereta. Mata memincing melihat wajah Amar. Eyy kecik besar, kecik besar je aku tengok mamat ni.
"nak buat apa kau jumpa dia ? selama ni 6 tahun tak contact elok je hidup. Takyah. aku tak izinkan kau jumpa dia."

"Madiha apa pulak. asal nak kena izin kau bagai ni."
Belum sempat Amar mendekati tubuh Madiha. Terhenti pergerakkannya apabila Madiha menunjukkan kunci ke arahanya.

"jangan dekat, aku cungkil biji mata kang. Eh Suka hati makcik pakcik aku lah nak izinkan kau jumpa dia ke tak. dia kawan aku."

"Kau kawan je kot.. bukannya Mak Bapak dia nak control dia bagai."

Wah wah mamat ni memang meminta. Makin membara hati Madiha apabila Amar masih tidak berpuas hati.

"Ya Allah Ya Tuhan berilah aku kesabaran melayan jantan ini. Hei ! Saudara Amar Firas bin Muaz. Apa kata kau balik layan bakal tunang kau bawa pergi beli barang hantaran ke apa daripada kau sibuk melalak cari perempuan lain kat sini."

"kau kena ingat eh Amar. Aku bukan Alea yang boleh layan perangai kau ni. Aku Madiha. Aku tak berkrompomi dengan orang yang membuang masa aku. Don't try me Amar Firas. You don't know what Annur Madiha could do for Alea."
Tegas Madiha memberi amaran.

"Oh btw.. selamat bertunang. Lain kali lepas tunang je lah eh hantar kad undangan tu kat Alea. Kawan jenis apa korang ni.. Alea yang matchmaker korang tapi korang lansung tak send kad undangan kat dia. Lupa ke sapa yang korang susahkan waktu dok bergaduh dulu. Amnesia eh ?."

"Damn.. i can't believe i let her be friends with both of you."

Amar terkaku tidak mampu membalas segala omahan Madiha. Jelas dia terkejut melihat perubahan mendadak Madiha daripada Madiha yang dia kenal sewaktu di sekolah rendah.

Madiha yang dia kenal seorang yang pemalu dan lebih suka bersendiri. Tetapi dihadapannya tika ini seorang gadis yang lantang bersuara mempertahankan sahabatnya.

"Kalau takda apa lagi aku pergi dulu. Tolong alih kereta kau sebelum aku langgar. Aku memang suka langgar honda ni. Assalamualaikum."
Tanpa menunggu balasan dari Amar. Madiha terus memboloskan diri ke dalam kereta.

Amar yang masih terkaku tersentak hebat apabila dihon kuat.

"PON PON !!."

Jelaslah Madiha yang menekan hon berulang kali itu.

"yer yer sabarlah !."
Terus Amar kalut memboloskan diri ke dalam kereta miliknya sebelum mengundurkannya ke belakang. Belum sempat dia menekan break, Kereta Axia milik Madiha meluncur laju keluar dari perkarangan parking lot.

.⁠。⁠*⁠♡

Indra melangkah masuk ke dalam ward bersama plastik yang berisi makanan bagi mengisi perutnya. Membulat matanya melihat Alea yang bangun dari baringan seraya berusaha untuk muka jarum iv di tangan.

"Alea Intisar.."
Nama penuh gadis itu diseru lembut tetapi tegas.

Tersentak kecil Alea apabila diseru.

Indra terus meluru ke arah Alea.
"apa awak buat ni. awak nak pergi mana ?."

Alea menatap Indra yang berkerut kerisauan.
"saya nak balik. Indra bawak saya balik."

"lea.. please.. awak kena rest."

Alea menggeleng laju. Jam yang berada di dinding ditatap.
"no.. lagi 2 hours kena checkout.. kalau abang tahu macam mana ? saya kena balik.. please Indra."

Indra menghela nafas lemah sebelum kembali melabuhkan duduk menyamakan parasnya dengan gadis itu.
"Lea.. please.. jangan kesahkan pasal benda lain sekarang ni. Pasal Abang Ahnaf tu takpe saya boleh settle kan."

Alea tetap menggeleng bersama kelopak mata yang mula bersinar dipenuhi air mata.
"no.. please Indra. Abang tak boleh tahu saya kat sini. No one can know I'm here.. tolonglah saya kena balik sekarang."

Tersentak Indra apabila sedar suara gadis itu mula kedengaran sebak.
"hei hei lea.. listen.. alright.. kita balik.. tapi boleh tak tunggu iv drip ni habis dulu.. please ? tu je saya minta."

"tapi.."
Belum sempat Alea membalas Indra lebih pantas memotong.

"Please Lea.. Badan awak lemah sangat sekarang ni, saya taknak apa apa jadi kalau awak discharge."
Penuh berharap wajah Indra tika ini. Hanya Tuhan betapa gusarnya dia dengan keadaan gadis ini.

"okay.."
Lemah Alea akur seraya tubuh kembali disandarkan pada kepala katil.

Indra menghela nafas lega apabila berjaya memujuk gadis ini. Makanan yang terhidang di atas meja dilihat tidak bersentuh.
"kenapa tak breakfast ?."

Alea menggeleng.
"taknak.. tak lapar."

"lea.. jangan macamni.. saya suap nak ?."

Pelawaan Indra menerima jelingan dari Alea membuatkan tawa terlepas dari bibirnya.
"uish takut HAHAH saya guraulah.."

Plastik yang dibawa tadi dicapai Indra sebelum satu persatu makanan dibawa keluar.

Alea hanya melihat Indra yang leka membawa keluar makanan dari plastik. Ada Sandwich ada roti tuna ada roti sardin ada yogurt ada nescafe ada roti strawberry ada roti jagung.
"Awak nak sedekah kat satu hospital ke ?."

Indra yang tadinya leka melihat plastik mengangkat wajah sebelum tersenyum menampakkan susunan giginya.
"heheh saya taktau nak makan apa. jadi saya beli je lah."

"Membazir lah Indra."
Tegur Alea.

"tak membazir lah Alea. ni satgi dapat kat along saya comfirm habis semua."
Terang Indra seraya meneruskan pencariannya di dalam plastik.

Berkerut wajah Alea melihat Indra yang bersungguh sungguh mencari sesuatu.
"awak cari apa pulak tu.."

"saya cari ubat awak."

"HAH ? UBAT SAYA ?!."
Tersentak Alea mendengar penjelasan Indra.

"apa pulak ubat saya Indra !. saya tak sakitlah."
Tidak senang duduk Alea dibuatnya apabila mendengar perkataan ubat.

"hah dah jumpa !."
Teruja suara Indra seraya mengeluarkan sesuatu dari plastik.

Alea yang memeluk bantal menekup wajah tidak mahu melihat ubat yang dibeli Indra.

"aik awak kenapa lea.. nah minumlah."

"taknak saya tak sakitlah !."
Nyaring suara Alea seraya kepala menggeleng disebalik bantal.

"Ya Allah.. cuba awak tengok dulu."

Dengan perlahan Alea mengintai ubat yang dimaksudkan Indra.

PAP !

"aduh ! lea !."

Melayang bantal di pelukkan tepat ke tubuh Indra apabila dia melihat air kotak dutch lady chocolate dipegangan lelaki itu.

"ni bukan ubat lah Indra ! jahat ! awak saja nak takutkan saya !."
Nyaring suara Alea.

Indra yang tersandar pada kerusi dengan bantal hospital tertawa kecil melihat wajah cemberut gadis itu.
"betullah ni ubat. ubat special untuk awak. nak ke taknak. taknak saya minum."

"Nak lahhhhh !."
Tangan dihulur meminta kepada Indra.

Indra tersenyum gemas melihat reaksi comel gadis ini.
"tahu pun nak. Jap."

Alea diam menanti penuh sabar Indra membuka plastik straw dan mencucukkannya buatnya. Kaki sudah bersila elok di atas katil menanti minuman kegemarannya.

"nah minum elok elok."

Air kotak bertukar tangan sebelum selamat membasahi tekak Alea.

"thank u Indra !."

Tersenyum riang gadis itu apabila rasa manis chocolate menyapa deria rasanya. Seolah segala yang serabut dalam kepalanya hilang diganti dengan rasa manis.

Indra turut melihat gadis ini tersenyum riang menikmati air chocolate dipegangan.

How he wish this girl could always smiles that happily every moment.

Sedikit sebanyak, hatinya yang masih sakit mengenangkan peristiwa malam tadi terubat apabila melihat senyuman manis gadis ini.

Tuhan,
Angkatlah Sakitnya.
Permudahkan urusannya.

salam sayang,
mardee




Continue Reading

You'll Also Like

8.4K 1.2K 73
Beautiful Cover by @_nurul_ain_ ❤️! "Sampaikan ia walaupun sekadar sepotong ayat" Bacalah dan InsyaAllah ia bermanfaat untuk korang semua😄❤ START: 0...
423 22 24
Hanya sang pengagum hujan dan sajak. . Berhenti basahkan hati kau dengan air mata, sini aku keringkan dengan puisi.
127K 11K 58
[COMEDY ROMANCE] Chris nak jadi muslim? Adakah itu namanya fakehope anak-anak? Kepercayaannya kepada Tuhan hanya err 0.1% mungkin? Atau tiada langsun...
537 69 68
Kerana malam adalah kenyamanan buat seseorang yang terbiasa menyimpan ceritanya sendiri Biarkan menjadi tulisanku RihaCatelia Follow tiktok @gadisp...