You're Mine?

By nnisyaaa_

1.6K 89 104

Pertemuan yang tidak disengajakan kini menjadi asbab pertemanan mereka semakin akrab. Pertemuan ini juga adal... More

PROLOG (EDITED)
BAB 1 (EDITED)
BAB 2 (EDITED)
BAB 3 (EDITED)
BAB 4 (EDITED)
BAB 5 (EDITED)
BAB 6 (EDITED)
BAB 7 (EDITED)
BAB 8 (EDITED)
BAB 9 (EDITED)
BAB 10 (EDITED)
BAB 11 (EDITED)
BAB 12 (EDITED)
BAB 13 (EDITED)
BAB 14 (EDITED)
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
EPILOG

BAB 34

21 1 0
By nnisyaaa_

KRINGG!!

BUNYI loceng sekolah telah berbunyi..
Dengan penuh kerisauan, Iman sememangnya tidak boleh duduk diam. Seluruh sudut kelasnya diteliti seorang demi seorang.

Qayla tidak ada!

"Mana dia pergi ni? Sekejap lagi mesti cikgu dah masuk." bimbang jika Qayla akan dimarahi guru ataupun dituduh ponteng di luar kelas semasa waktu belajar. Bagaimana jika itu benar-benar berlaku?

Fikirannya tidak henti-henti memikirkan seribu satu perkara yang bakal berlaku kepada Qayla.

Cikgu Ain melangkah masuk ke kelasnya diikuti dengan Qayla.

Lantas Iman berdiri untuk memberikan salam.

"Assalamualaikum dan selamat sejahtera, cikgu." suara Iman serak kerana demam mengejutkan kesemua pelajar. Cepat-cepat semua berdiri dan memberikan penghormatan kepada Cikgu Ain.

Qayla meletakkan buku-buku latihan yang sedang dibawanya ke meja guru lalu berlalu kembali ke mejanya semula.

Tidak dia peduli dengan lelaki yang berada disebelahnya itu. Bukan ada kena mengena dengannya lagi.

Pelajaran dimulakan seperti biasanya..

SELEPAS selesai Cikgu Ain menerangkan..

"Tajuk ni kita dah habiskan sebelum peperiksaan pertengahan.. jangan ada yang gagal nanti!" terketar-ketar lutut kesemua pelajar 5 Baiduri mendengarkan amaran daripada Cikgu Ain.

"Saya nak awak terus bersiap sedia untuk peperiksaan SPM nanti. Beringatlah, awak semua dah tak banyak masa lagi. Takkan awak semua tak nak habiskan masa persekolahan awak dengan result yang terbaik? Result yang boleh membanggakan mak ayah awak?" sengaja ingin memberi kesedaran kepada anak-anak muridnya.

"Ujian pertengahan nanti akan berlangsung pada minggu hadapan. Saya pasti awak semua sudah dimaklumkan sebulan yang lepas. Saya cuma nak awak buat yang terbaik, jangan stress dan teruskan usaha awak sehingga SPM nanti walaupun awak gagal atau apapun. Gagal sekarang tak semestinya gagal selamanya. Ambil pengajaran dan cuba untuk bangkit. Faham?" menanamkan semangat kepada kesemua pelajarnya supaya terus berusaha. Masing-masing mengangguk dan terinspirasi dengan kata-kata yang diujarkan oleh guru mereka.

KRINGGG!!

Loceng waktu balik telahpun berbunyi...

Iman lambat-lambat mengemaskan barang
-barangnya. Sedikit-sedikit gadis disebelahnya itu dilihat. Sesaat pun Iman tidak dipandang apatah lagi mereka berdua saling menyapa.

Kesemuanya selepas apa yang berlaku pagi tadi..

"Yaya, jom!" mula berjalan kearah meja Yaya namun diberhentikan Iman.

"Qayla.." perlahan dia memanggil. Qayla terhenti lantas memandang dengan ekor matanya.

"Jangan tertinggal barang bawah meja tu" pesannya.

Qayla berjalan kembali ke mejanya lalu membongkokkan badannya.

Terlihat sebuah kotak yang telah Qayla berikan kepada Iman pagi tadi, telah dikembalikan semula kepadanya.

Jadi dia tak nak ambil? Fine!

Kotak itu diambil dengan penuh amarah. Dengan segera dia berjalan kearah Yaya lalu menarik lengan sahabatnya itu keluar dari kelas.

Iman bingung..

"Oi, Iman. Cepatlah! Kau nak tunggu apa lagi? Nak tunggu pengawal dah kunci pagar dekat bawah tu baru kau nak keluar?" jerit Mikail dari luar kelas. Iman lantas mempercepatkan langkahnya.

KOTAK jam tangan pemberiannya dipulangkan semula kepadanya. Rasa kecewa dengan sikap Iman yang langsung tidak menjaga sedikit pun perasaannya.

Penutup kotak itu dibuka perlahan-lahan. Terlalu ketat sehingga susah untuk dibuka.

PAPP!!

Penutup kotak itu terbuka..

"Eh?!" jam tangan yang dia berikannya telah ditukarkan kepada jam tangan milik Iman.

Baru dia teringat dengan nota yang ditulisnya tempoh hari. Ini adalah salah satu isi daripada kertas itu. Tidak tahu pula Iman tetap akan melakukannya.

Jadi jam pemberiannya dipakai oleh Iman? Qayla langsung tidak perasan.

Jam tangan itu dibiarkan tinggal didalam kotak itu lalu Qayla berdiri dan menghampiri laci kecik di meja belajarnya.

"Sekarang, kau duduk diam-diam dalam ni. Aku tak nak tengok kau lagi." diletakkan jam itu didalam laci kemudian menutupnya dengan kuat. Betul-betul marah Qayla kali ini.

KEESOKAN paginya, dengan tergesa-gesa Qayla berjalan menuju ke kantin dengan suasana kiri dan kanannya gelap gelita. Hanya kawasan kantin sahaja yang terang benderang menandakan kantin telah dibuka.

Sesampai sahaja disana, Qayla lantas membeli sebungkus roti berperisa blueberry. Kemudian duduk di kerusi berdekatan.

Hendak ke kelas?

Malas dia ingin bersemuka dengan Iman. Rasanya sudah tiada apa-apa yang ingin dia katakan. Iman pun tidak mahu melihat wajahnya lagi. Seperti yang Iman katakan, Qayla cuma mempermainkan perasaannya.

Perasaan Qayla tidak perlu dibicarakan lagi. Sudah tiada gunanya. Harus cepat-cepat dia lupuskan.

JAM menunjukkan 6.45 pagi, rasanya pelajar dalam kelasnya sudah cukup ramai. Qayla ingin segera masuk ke kelas sebelum dia pula yang terlambat.

MATA pelajaran pertama sehinggalah mata pelajaran terakhir tamat. Qayla tetap menunggukan sebuah perkataan yang keluar dari mulut Iman.

Tetapi Iman sedari tetap berdiam diri..

Qayla membenci? Bagaimana untuk diungkapkan?

Qayla, tetap berharap..

Sungguh ia tidak adil, Iman berhasil membuatnya terluka namun Qayla tidak mampu untuk membenci Iman.

Qayla.. hanya ingin kata maaf.

Dia tidak kuat untuk menerima perubahan itu sekelip mata. Dari baru sahaja menerima Iman masuk dalam hidupnya. Tetapi lelaki itu membuangnya tanpa sepatah kata pun.

Tidakkah Iman merasakan sesuatu yang tidak lengkap sama sepertinya?

HARI berganti hari..

Iman terus menerus mendiamkan diri. Seolah-olah ingin terus menghilangkan diri buat selama lamanya.

Bahkan Qayla tidak tahu, dia harus meneruskannya ataupun menyerah.

Mungkin Qayla harus tetap bersabar dan menunggu.. akan ada hasilnya.

Kerana perasaan itu masih ada.

HARI berganti minggu...

Peperiksaan pertengahan mungkin dapat membantu Qayla untuk hanya fokus kepada ujian.

Mungkin kali ini, Qayla harus benar-benar mengetepikan hal itu buat sementara waktu.

Sudah pasti Iman juga sedang fokus kepada pelajarannya. Qayla cuba untuk menjadi lebih memahami.

Tidak mengapa.. mungkin Qayla mampu untuk menunggu sedikit masa lagi.

Dia berharap dan terus berharap.

BEBERAPA bulan berlalu..

Ujian percubaan SPM telahpun tamat..

Kini, peperiksaan sebenar SPM adalah sasaran utama kesemua pelajar tingkatan 5 setelah menilai subjek manakah yang harus mereka tumpukan bagi peperiksaan SPM sebenar nanti.

Tipu sekiranya kesemua pelajar tidak berasa gementar dengan masa yang semakin singkat ini. Seperti yang telah dikatakan oleh Cikgu Ain, mereka perlu menggunakan masa yang masih ada dengan bangkit dan terus berjuang untuk merealisasikan impian mereka selama ini.

Itu adalah kunci utama kejayaan..

Qayla harus memaksakan dirinya untuk terus fokus kepada pelajaran terlebih dahulu..

Walaupun harapan yang dia nantikan seolah-olah tidak akan terjadi, hatinya tetap ingin menunggu. Tetap. Biarpun dengan berbagai cara..

Mencintai dari jauh mahupun dekat. Selagi perasaan itu masih ada. Qayla tetap ada di sini dan menanti suatu keajaiban untuk berlaku.

8 bulan berlalu..

Tanpa disedari, segala bebanan yang ditanggung oleh pelajar tingkatan 5 telahpun berakhir.

Hari ini, adalah masanya untuk melihat keputusan yang telah mereka usahakan setelah beberapa tahun lamanya mereka harungi detik-detik sukar..

Satu persatu nama disebutkan berserta pencapaian yang telah lakukan oleh pelajar tersebut.

Qayla harus menunggu gilirannya tiba..

Sungguh mendebarkan. Nama Yaya telah disebutkan dengan memperoleh 7A. Bagaimana pula dengannya?

Pengacara majlis mulai ingin menyebutkan nama pelajar seterusnya untuk naik ke atas pentas..

"Dipersilakan Qayla Mikaela binti Hairul Za'im untuk naik ke atas pentas!" nama Qayla disebutkan bersama dengan tepukan yang gemuruh, Qayla pelan-pelan berdiri dan berjalan melalui lorong untuk naik ke pentas.

Sekeping kertas yang tertulis bilangan A yang diperolehinya diberikan. Selepas itu fotonya diambil bersama pengetua sekolah sebagai kenangan.

"Tahniah diucapkan kerana telah berjaya memperoleh 6A dalam peperiksaan SPM pada tahun ini. Sekali lagi tahniah diucapkan!" semakin gemuruh tepukan dari kesemua pelajar tingkatan 5 dan dari ibubapa yang hadir.

Alangkah terkejutnya Qayla selepas mendengarkan keputusan cemerlangnya itu. Qayla tidak menyangka akan usahanya selama ini membuahkan hasil.

BAHU Qayla ditepuk dari belakang, lantas badannya dipusingkan.

Terlihat sahabatnya itu dengan wajah yang terharu. Benar-benar gembira apabila melihatnya.

"Yaya.." suara Qayla tenggelam dalam suara tepukan yang riuh di dalam dewan itu.

Tanpa bertangguh lagi, tubuh sahabatnya yang kurus itu dipeluknya erat. Masing-masing saling melepaskan kelelahan yang selama ini mereka tempuhi bersama telah memberikan hasil yang terbaik pada hari ini.

"Kita berjaya.." tutur Yaya dibahu kanannya. Walaupun samar-samar namun tetap didengarinya.

Pelukan dileraikan.. wajah masing-masing sudah dibasahi air mata kegembiraan. Seronok yang tidak terkata.

"Mak ayah kau tak datang?" Yaya cuba untuk menukarkan topik yang lain supaya mereka tidak terus menangis di sini.

Qayla menggeleng...

"Ibu aku aje yang datang.. abah aku katanya balik lusa." mengelap air matanya dengan hujung lengan baju.

"Mak kau datang?" Qayla menanyakan soalan itu kembali. Cepat-cepat Yaya mengangguk kemudian menunjukkan tempat ibunya berada.

"Mesti mak kau gembira kan.. tengoklah anak sulung dia seorang ni, dapat result cemerlang. Lebih daripada aku pula tu" sambung Qayla lagi membuatkan Yaya tersengih-sengih saja.

"Lebih 1 aje.. itu pun subjek biologi. Kau pun dapat B+ kan?" mencuit lengan Qayla lembut. Masing-masing melebarkan senyuman.

"Iyalah.. subjek aliran ni, aku dah buat sehabis baik tapi cuma dapat B aje.."

"Tak apa.. kau dah mencuba. Mungkin kemahiran kau sememangnya bukan dalam bidang sains.." kedua-dua tangan Qayla dipegangnya. Memberikan sedikit semangat untuk sahabatnya itu supaya tidak berputus asa.

Pandangan Qayla mulai jatuh ke lantai..

"Eh, kau dah tanya result buah hati kau tu? Macam mana dah dia sekarang?" Yaya menukarkan topik agar Qayla tidak bersedih. Namun tanpa dia sedari, topiknya kini semakin membuatkan Qayla bertambah sedih.

"Entah.. tak tahu" jawapan Qayla ringkas.

"Aik? Kau berdua gaduh ke?" Yaya masih belum mengetahui apa yang telah berlaku antara Qayla dan Iman. Bagi Qayla, rasanya anggaplah ceritanya kali ini tidak perlu dikongsikan.

"Ceritalah.." membuat muka comelnya. Qayla langsung tidak termakan dengan penipuan itu.

"Daripada sibuk fasal mamat tu, lebih baik kita bercakap fasal.. kemana kita akan pergi selepas ni?" cuba memperdayakan Yaya untuk terus menukarkan topik sepenuhnya.

"Ohhh!! Kalau aku lah kan, aku pun tak pasti antara aku nak bekerja atau sambung belajar ke blablabla-"

Rancangan Qayla berjaya!

Namun..

Masih ingin diceritakan tentangnya?

Rasanya tidak perlu, mungkin sudah sampai saatnya.. untuk terus berasingan dan tetap tidak bertemu.

Tidak akan dia paksakan lagi.

Kerana Iman bukan untuknya dan tak akan pernah, menjadi miliknya...




Continue Reading

You'll Also Like

2.8M 106K 64
@Choco_Lyn @Random @Romantic @2018 @Terkahwin dengan Sir! @Wattpads 'Hello, my name is Nurul Zafira Warda and you can call me, Warda! My erm.. 'somet...
3K 33 8
*bl🔞* [sex18+] •Ziyan atau di panggil Zin adalah seorang pelajar baru di kolej Vokasional Twilight/VT. •Zin mempunyai kawan barunya iaitu Nazi dan M...
240K 15.7K 62
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...
Lanets By /zu:/

Teen Fiction

2.9M 304K 86
「 completed 」 「 inspired by Ouran Highschool Host Club 」 [AMARAN: bab awal awal sedikit cringe dan karakteristik kurang konsisten. kalau nak versi y...