H | ππŽπ“πˆπ‚π„

By leimonadd

204K 27K 5.4K

ALPHABET SERIES: N for NOTICE 4# Perlu ke aku dapatkan perhatian si dia? hiatus | December20 More

N1
N2
N3
N4
N5
N6
N7
N8
N9
N10
N11
N12
N13
N14
N15
N16
N17
N18
N19
N20
N21
N22
N23
N24
N25
N26
N27
N28
N29
N30
N31
N32
N33
N34
N35
N36
N37
N38
N39
N40
N41
N42
N43
N44
N45
N46
N47
N48
N49
N50
N51
N52
N53
N54
N55
N56
N57
N58
N59
N60
N61
N62
N63
N64
N65
N66
N67
N68
N69
N70
N71
N72
N73
N74
N75
N76
N77
N78
N79
N80
N81
N82
N83
N84
N85
N86
N87
N88
N89
N90
N91
N92
N93
N95
N96
N97

N94

994 130 5
By leimonadd

SEJAK kebelakangan ini, Wareesa terasa dirinya sentiasa diperhati. Ketika dia turun dari kereta Waseem, ketika dia berjalan ke kelas, ketika dia mahu ke kafeteria dan perustakaan, bahkan ketika dia keluar masuk dari tandas sekali pun! Anehnya, bila dia pandang sekeliling, tiada pula seseorang yang memandang.

Lelah Wareesa dengan perasaan sedemikian rupa. Diri jadi tidak selesa. Nak buat satu kerja, rasa cangung dan kekok! Sekejap-sekjap dia akan menoleh ke semua arah.

"Kau kenapa?" Yara menyoal dengan dahi yang berkerut. Seperti Wareesa, dia juga memandang sekeliling tanpa ada pusat pandangan. Hanya tiru-tiru Wareesa untuk tahu apa yang Wareesa sedang cari dan lihat.

Pandang Yara, Wareesa lepaskan helaan berat. Belakang tengkuk diusap perlahan. Makin buat Yara hairan dengan tingkah kawannya itu.

Yara menyiku Wareesa. "Kau kenapa? Aku tanya ni." Soalan diulang lagi.

Wareesa merapat sedikit. Takut pula perbualan mereka didengari.

Lihat Wareesa begitu, Yara ikut sama merapatkan diri.

"Kenapa?" Berbisik, Yara ulang lagi soalan. Versi berhati-hati.

Wareesa tekup sedikit mulutnya untuk berbisik. Orang kata, cakap siang pandang-pandang.

"Aku rasa, ada orang stalk aku lah." Wareesa suarakan kerisauannya. 

Demi mendengarkan itu, Yara langsung tekup mulutnya rapat daripada terlepaskan jeritan kecil. Mata dah membulat. Kemudian laju dia memandang sekeliling seolah-olah mencari susuk tubuh yang mencurigakan.

Wareesa ikut sama melakukan seperti Yara.

"Kenapa kau rasa macam tu?" Soal Yara.

Wareesa menjauh sedikit. "Kau ingatkan masa kita supermarket minggu lepas tu? Yang aku cakap aku macam dieekori tu,"

Bersungguh Yara mengangguk. Mana mungkin boleh lupa akan riak tidak selesa dan pucat wajah Wareesa. Bila dia teman Wareesa, baru lah nampak Wareesa okey sedikit.

"Aku rasa benda yang sama sejak kebelakangan ni. Aku rasa macam ada orang yang selalu perhatikan gerak-geri aku." Wareesa sambung kata.

"Time aku nak pergi mana-mana, rasa kat belakang aku ada mata lain yang pandang aku tajam. Bila aku pusing, takde siapa pun."

Yara pukul bahu Wareesa. Kemudian, lengannya ditunjuk. Jelas nampak bulu roma gadis itu tegak berdiri. Goosebump!

"Seram lah! Macam hantu aje!" Yara dah ketakutan sendiri, Lengan Wareesa dipaut dan mata melilau pandang sekeliling.

"Ish! Bukan hantu lah!" 

"Mana kau tahu? Kau kata kau toleh, tak nampak sesiapa!" Bidas Yara laju.

Wareesa julingkan mata ke atas. Pautan Yara di tangannya dirungkai sebelum dia tolak Yara sedikit menjauh, Kalau dah masuk mood penakut dia... kerja nak menempel aje.

"Maksud aku, tak nampak sesiapa yang mencurigakan. Semua okey aje. Bukannya takde orang dekat sekeliling aku." Wareesa menjelaskan.

Yara lega sendiri. Mula lah kepala mengangguk perlahan. Namun, Wareesa dipandang tak lepas kemudian itu.

"Kau takde syak sesiapa ke?" Soal Yara.

Wareesa terdiam. Dahi berkerut cuba mengingati sesiapa. Tapi, rasanya macam tiada siapa yang dia mahu syak. Bukannya dia ramai kenalan pun. Musuh juga tiada disebabkan itu.

"Siapa? Nak syak siapa?" Dahi yang tidak gatal digaru perlahan. Runsing sendiri.

Yara pandang kiri kanan sebelum merapat dia sekali lagi kepada Wareesa untuk berbisik.

"Emir ke?"

Menjauh Wareesa bersama riak terkejut. Dahi berkerut dan laju kepala menggeleng, tanda menidakkan. Separuh hati nak percaya, separuh hati lagi seperti tidak mahu. 

"Ish, takkan lah kut." Wareesa menggeleng lagi.

Yara julingkan mata. "Kenapa takkan pula? Dia kan suka ganggu kau." 

"Tu cerita zaman bila. Dah lama lah dia tak kacau aku. Batang hidung dia pun aku dah tak nampak." Wareesa menafikan. 

"Yalah. Kau tak nampak, sebab dia tak muncul depan kau. Mana tahu dia tiba-tiba senyap-senyap muncul belakang kau pula." Yara sengaja menakut-nakutkan Wareesa. Budak ni kadang positif sangat dengan hidup. Kalau positif, positif sangat. Kalau negatif, negatif sangat lah pulak. Dua-dua boleh membahayakan diri.

Geram, bahu Yara Wareesa pukul. Tak peduli jika gadis itu menyeringai kesakitan sekali pun.

"Kau ni, cuba jangan takut-takutkan aku. Daripada risau gitu-gitu, aku jadi paranoid satgi." 

Yara tongkat dagu. "Memang kena takut-takutkan kau pun. Kalau tak, sampai ke sudah kau risau-risau gitu aje. Takde apa-apa tindakan akan diambil. Macam lah aku tak kenal kau."

Wareesa senyum paksa sahaja.

"Waseem tahu tak?" Yara menyoal.

Sebagai jawapan, Wareesa menggeleng kecil. Namun, pukulan yang dia terima di bahunya. Daripada Yara semestinya. Pedih! Tak padan dengan tangannya yang kecil. Berbisa!

"Sakit lah Yara!" Tak puas hati Wareesa memarahi Yara.

"Kau ni lembab ke apa? Tak sayang diri ke? Benda-benda macam ni, kau kena lah bagitahu Waseem. Sekurang-kurangnya dia tahu apa yang jadi kat kau dan apa yang dia bolehbuat sebagai suami untuk protect kau." Bebel Yara panjang, Geram pula dengan Wareesa ni.

Nafas dihela sedikit kuat.

"Aku tak nak risaukan dia lah. Dia banyak projek nak kena buat. Tahun ni kan sem akhir dia." Jawab Wareesa.

Memang begitu pun. Balik rumah, sekejap sahaja dia dan Waseem luangkan waktu bersama. Selebihnya, Waseem akan sibuk siapkan semua kerjanya. Wareesa pula hanya jadi peneman. Itu pun macam tak membantu sangat sebab tahu-tahu sahaja bilik dah gelap dan dia masih lagi nampak Waseem menyiapkan kerja di meja belajar.

Sekali lagi, Yara lepaskan pukulan di bahu Wareesa. Tak tahan, Wareesa ikut sama membalas. Ingat dia anak patung ke tak sakit bila kena pukul? Yara Hamida ni!

Tak peduli pun dengan pukulan Wareesa. Yang dia peduli sekarang adalah fikiran 'takut menyusahkan' Wareesa.

"Kau ni... kau ingat kau kahwin dengan anak patung ke? Atau kau ingat perkahwinan kau ni macam main pondok-pondok?" Yara dah mula keluarkan bunga-bunga nasihat panjang.

Wareesa hanya diam dan menerima. Takde orang nak basuh kepala otak dia tentang hidup berumah tangga ini. Wareesa tiada ibu. Wareesa juga tiada ayah. Tuan Fauhad dan Cik Puan Tihani juga sudah jauh untuk beri nasihat kepadanya. Ibu Ayunin dan Ayah Yahya pula jarang-jarang berjumpa untuk sembang panjang.

Wareesa sendiri dalam hal ini. Hanya dia sendiri untuk lewati bahtera perkahwinan ini bersama Waseem. Tiada orang lain.

"Wareesa, kau kena faham yang kau ni dah berkahwin. Kau dah ada suami. Kau dah ada keluarga kau. Dan kelak kau akan bina keluarga tu sama-sama dengan Waseem. For sure korang kena hadap macam-macam benda. Benda susah, benda senang. Dan semua tu kau akan buat sama-sama, Wareesa. Kau dan Waseem akan hadap benda tu sama-sama." Panjang Yara sambung kata-katamya.

Diam, Wareesa teruskan lagi mendengar.

"Memang dalam perkahwinan ni kau tak akan lari daripada istilah risaukan dan menyusahkan Waseem. Kita sebagai perempuan ni memang akan risau dan susahkan pasangan kita. Benda tu tak akan pernah ada titik. Well, for sure akan stop bila salah satu daripada kita mati lah."

Ayat terakhir tu buat Wareesa julingkan mata. Sempat juga budak ni...

"Apa-apa pun, point aku tu kau faham kan? Kita memang sentiasa akan  menyusahkan dan merisaukan pasangan kita. Dan dorang pun kaum lelaki ni memang kena hadap benda tu." 

Dahi Wareesa berkerut, nyata kurang faham dengan ayat Yara, Beberapa kali dia ulang ayat itu dalam kepala supaya pemahaman kepada makna tersiratnya sampai. Tapi, tak berjaya.

Yara senyum kecil dan kedua-dua tangan Wareesa digenggam longgar.

"Dorang pisahkan kita daripada keluarga kita, Wareesa. Dorang jauhkan kita daripada zon selesa kita, Wareesa. Dan sebagai bayaran kepada itu, dorang berikan diri dorang sebagai tempat kita berpaut Wareesa. Bila kita gembira, pasangan kita yang akan ada dengan kita. Bila kita sedih, pun sama pasangan kita yang ada dengan kita. Apa-apa keadaan, sama ada benda tu yang kita suka atau tidak, memang kita akan ada pasangan kita." Terang Yara lembut.

"Tu memang tanggungjawab mereka sebagai pasangan kita, Wareesa. Tanggungjawab yang dulu mak ayah kita pegang dan beralih kepada mereka."

Wareesa terdiam. Yara versi ini benar-benar buat dia kagum seketika. Mana datang fikiran matang Yara ini? Selama ini tak permah nampak pun.

"Cuba kau bayangkan apa yang agak-agaknya Waseem akan rasa bila dia dapat tahu yang kau tak nak bagitahu dia sebab kau rasa kau menyusahkan dia?" Yara bertanya, memberi gambaran kepada Wareesa. Bagi terbuka sikit otak tu.

Wareesa terlalu berdikari. Terlalu yakinkan diri yang dia akan sendiri. Yara pun tak tahu kenapa.

Kepala Wareesa tertunduk sendiri. Entah kenapa riak terkejut Waseem yang muncul dalam kepala. 

"Kau lagi kenal suami kau. Dan sebagai orang yang nampak cinta mati Waseem pada kau, for sure aku rasa dia akan kecewa." 

Ayat Yara buat Wareesa angkat kepala. Senyum Yara buat Wareesa berkerut sedikit.

"Kenapa kau senyum?" Tanya Wareesa, hairan.

"Kau kena tahu satu perkara tentang lelaki yang sedang jatuh cinta, Wareesa."

Makin berkerut dahi Wareesa.

"They'll do anything for you, walaupun kita rasa benda tu mustahil." Beritahu Yara. Bila habis kata, lurus jari Yara menunding ke satu arah.

Melihat, Wareesa nampak Waseem dari kejauhan, Lelaki itu seperti sedang mencari-cari sesuatu, Wajah Waseem jelas terlihat lelah dan sedikit tegang. Namun, saat mata itu jatuh ke arahnya, hilang langsung lelah dan tegang di wajah itu. Bahkan ianya naik berseri bersama senyum yang makin melebar. Langkah kaki Waseem yang terlihat longlai tadi juga dah jadi laju.

Yara pandang Wareesa yang jelas terkesima sendiri.

Alah! Cemburu betul dengan suami isteri muda ni. Nak juga macam ini tapi tak jumpa lagi pasangan. Huhu!

"So, Wareesa. Bagitahu Waseem dan jangan buat rasa dia jauh daripada kau. Dia berhak tahu semua tentang kau, Wareesa. Sekarang bukan masa kau sendiri-sendiri lagi. Kau ada dia." Pesan Yara sebelum dia kemas barang-barangnya. 

Wareesa menoleh pandang ke arah Yara yang sudah siap berdiri mahu pergi.

"Thank you, Yara. Kau patut jadi kaunselor dan bukannya cikgu tadika." Puji Wareesa dalam selorohnya.

Yara hanya hambur tawa kecil sambil tepuk bahu Wareesa sekali dua. 

"Banyak lah kau. Aku pergi dulu." Pamit Yara sebelum sempat Waseem tiba di tempat mereka.

Mengangguk, Wareesa hantar pemergian Yara dengan lambaian kecil. Kemudian, barang-barangnya dikemas segera supaya cepat dia dan Waseem beredar dari situ. Tiba-tiba dia rindu Waseem pula.

"Yayang." Waseem menegur sebaik sahaja dia berdiri di hadapan Wareesa. 

Berbunga hati Wareesa menerima panggilan manja itu. Wajah yang masih tersisa lelah itu dipandang redup.

"Kelas Seem dah sudah?" Soal Wareesa.

Menggeleng, Waseem sedikit mencebik sedih. Kalau tak kerana Wareesa tidak suka, dan kalau tak kerana mereka di tempat yang ramai orang, Wareesa pasti dan pasti sudah dia tarik masuk dalam pelukan eratnya.

Waseem mahu charge energinya yang makin hilang. Dan untuk itu dia perlukan Wareesa.

"Kelas Reesa dah selesai untuk hari ni." Beritahu Wareesa sambil tersenyum.

Waseem julingkan mata ke atas sambil senyum tawar. "Untung lah orang tu kelas dah habis. Boleh lah bangga-bangga dengan kita."

Wareesa tersenyum kecil. Ditolak sedikit Waseem namun lelaki itu hanya letuskan tawa kecil sahaja.

Pandang Wareesa, Waseem jadi senang hati sendiri. Hilang sekejap rasa penat menghadiri kelas tanpa henti dari jam 9 pagi tadi.

"Kelas Seem mula pukul berapa semula?" Wareesa bertanya.

Angkat tiga jari Waseem beri jawapan.

"Sekarang pukul..." Meleret panjang kata-kata Wareesa sambil lihat jam tangan yang sudah diajukan Waseem.

"Oh, ada lagi 2 jam setengah." Omel Wareesa sendiri. Sambil itu dalam kepala dah merangka jadual waktu dia bersama Waseem secara rawak.

"Hmm. Yayang dah makan? Teman Seem makan jom?" Ajak Waseem bila lihat Wareesa hanya diam sahaja.

Wareesa senyum dan menggeleng kecil. Buat dahi Waseem berkerut. Kaget pun ada dengan gelengan Wareesa. Isterinya ini menolak pelawaannya mahu makan bersama ke? Atau itu jawapan untuk soalan dah makan ke belum?

"Yang, geleng tu untuk yang mana satu? Cuba jelas-jelas sikit." Kata Waseem.

Wareesa hanya mengekek kecil aje.

"Sorry, sorry. Reesa belum makan. Dan instead of teman Seem makan, apa kata kita balik rumah dan Seem makan apa yang Reesa masak. Nak tak? Kita dah lama tak lunch sama-sama kat rumah. Lagipun Seem ada masa banyak sikit. Boleh kita luang masa siang-siang selesa sikit. Nak?" Cadang Wareesa. Tak perasan langsung cadangan itu dah buat Waseem nak lompat sampai bulan!

"Reesayang! Tanya soalan apa tu? Mestilah nak! Jom cepat! Jom! Kita tak boleh lengah-lengahkan masa lagi. Setiap saat sangat berharga sekarang ni!" Semangat Waseem jadinya. Langsung tangan Wareesa digapai dan mereka mula berlari-lari anak.

Untuk kali ini, Wareesa hanya membiarkan sahaja. Kalau nak dibandingkan dengan keputusan Waseem menikahinya di waktu dengan ini, apa lah sangat kan. Pegang tangan aje pun. Ikutkan lebih daripada pegang boleh dibuat. Tapi, Waseem begitu hormat dengan pemintaannya.

Takpe lah. Kali ini tak mengapa. Dan untuk masa akan datang juga tidak mengapa. Tiada yang salah pun.

Gembira Wareesa dan Waseem beredar pergi dari situ. Tanpa sedar, ada sepasang mata yang sudah terbakar memerhati sedari tadi.

*Kembali lagi kita ke Double Double U hehehehe. Ada yang rindu?

Continue Reading

You'll Also Like

1.3M 62.5K 57
SYED ZARIF IZZHAN jatuh cinta pandang pertama kepada NUHA QISRINA, adik kembar NURA QISTINA. Dia sanggup merendahkan egonya untuk meminta bantuan dar...
36.5K 2.5K 36
Efrina Adleya. Gadis yang berambut perang dan memiliki mata yang unik seperti ibunya. Hazel. Gadis ini merupakan seorang ketua mafia. Dia juga amat d...
1.7M 92.6K 54
❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menj...
2.6M 88.3K 82
Hariz pelajar yang bermasalah di sekolah. Muncul saja mukanya di sekolah, pasti ada saja perkara yang menyusahkan pihak sekolah. Murid lain, balik s...