HAWA AL-FATEH [OG]

By SignorinaRoselle

3.5K 245 27

[SAMBUNGAN 'HAWA UNTUK SANG ADAM'] Adam Al-Fateh. Sebut saja nama itu, tentu mereka mengenali walaupun berada... More

PROLOG (HUSA)
PROLOG : GOYAH
BAB 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
BAB 13
BAB 14

BAB 12

153 9 4
By SignorinaRoselle


HAWA menarik gebar menutup tubuhnya yang hampir terlihat. Adam pula sudah menyarungkan semula bathrobe miliknya tadi. Walaupun agak kecewa apabila sudah bertahun dia menunggu untuk melakukan hubungan intim bersama Hawa, tetapi gadis itu masih takut dengannya.

Mungkin... perlukan masa lagi? Tapi sampai bila?

“Ab... abang marah sayang ke?”

Pipi Adam bertemu bahunya, matanya memandang Hawa yang masih peluk gebar dengan ketat. Jelas Hawa masih fobia. Tanpa banyak berkata, dia bangun dari duduknya lalu membuka sliding door untuk ke beranda bilik. Kerusi keluli beracuan bunga menjadi tempat dia berlabuh punggung. Angin malam meniup wajahnya tatkala itu.

Sekurangnya, menjauhi Hawa tatkala ini mampu meredakan keinginannya.

Hawa menggenggam gebar kuat. Rasa serba salah! Dia tahu Adam sudah menahannya sekian lama. Tapi, dia masih lagi takut.

Adam mengeluh berat. Matanya tertutup cuba menenangkan nafsu yang pada mulanya melonjak, kini terpaksa diredakan semula.

“90 peratus DNA bayi tersebut kena dengan DNA tuan.”

Teringat semula kata-kata doktor. Mengesahkan bahawa Arash adalah anaknya. Pada waktu itu, dia terasa sangat bahagia. Kini, umurnya adalah empat tahun. Dan dia tahu Hawa boleh melahirkan sehingga sepuluh kali kerana doktor ada tunjukkan cara-cara membasuh uri dan melihat bintik yang berada di uri. Sejak itu, dia tahu tanggungjawab menjadi seorang ayah.

“Isteri Encik Adam ada fobia berkenaan seksual? Atau pernah beranak?”

“Ini pertama kali dia beranak.”

“Oh erm... Saya Cuma nak bagitahu. Disebabkan pembukaannya yang tak lebar, bayi pun hampir lemas dalam kandungan waktu itu. Jadi, kami terpaksa melakukan pembedahan. Mungkin faktornya daripada fobia tersebut. Namanya adalah Vaginismus.

Macam Encik Adam ceritakan tadi, miss v Puan Hawa tidak boleh lentur dan  mengakibatkan dia sakit dalam berintim. Mungkin fobia untuk beranak ataupun fobia kerana dia menjadi mangsa seksual ataupun fobia melakukan perkara intim kerana fikiran diracuni dengan perkara menakutkan tentang keintiman. Itu, untuk yang belum berkahwin. Jika sudah berkahwin, mungkin antara dua faktor yang pertama saya sebutkan tadi.”

“Jadi, dia tak boleh melahirkan secara normal?”

“Boleh saja. Asalkan fobianya diredakan. Dia perlu melalui beberapa proses untuk sembuh. Bila difikirkan semula, Vaginismus berlaku pada dia sedang melahirkan. Kemungkinan bukan fobia dari kelahiran tersebut. Tetapi...”

Terhenti lamunannya akibat satu tangan memeluknya dari belakang. Hangat tubuh Hawa menempel ke tubuhnya. Tiba-tiba terasa bodoh pula dia ingin merajuk kerana isterinya sedang lemah.

Kau kahwin dengan Hawa, bukan sebab nafsu kau. Jadi, kenapa kau nak marah Hawa? Bukan salah dia. Tapi salah kau sendiri sebab kau cuai! Sempat dia menyumpah seranah dirinya.

“Sayang minta maaf.”

Adam mengeluh perlahan. Tangan yang mengelilingi bahunya itu disentuh lalu dilabuhkan ciuman di situ. Hawa lagi pedih penderitaannya nak dibandingkan dengannya yang tahu hanya mahu melakukan hubungan intim. Kena sabar lama lagi.

“Abang akan rawat sayang sampai sayang sihat semula. Abang janji.”

Hawa tersenyum. Ditunduk tubuhnya agar menyamai kepala Adam.

“Terima kasih, abang. Sebab selalu ada dengan sayang. Maaf kalau sayang jadi isteri yang nusyuz. Tak memberi hak batin kepada abang.”

“Shh... Bukan sayang tak nak bagi kan? Takkan abang nak rogol isteri sendiri semata-mata untuk kepuasan abang? Abang tak sekejam tu, okey?”

“Hmm... okey. Sorry.”

Senyap seketika.

“Dah, pergi rehat.”

“Jom.”

“Masuk dulu. Abang nak angin malam.”

Hawa hanya menurut. Dia meninggalkan Adam yang masih memandang ke arah kawasan rumahnya.

Adam perlahan masuk ke dalam. Mendengar tangisan seseorang, dia menyuruh Arthur berhenti di tempat dia berdiri. Adam menghampiri bunyi tangisan itu.

“Ya Allah, Hawa.”

Jatuh senjata di genggamannya melihat Hawa yang menangis yang masih tersarung jubah. Hijabnya entah terbang ke mana. Dia meluru ke arah Hawa dan membawa Hawa ke pelukannya. Hawa juga membalas pelukan Adam seeratnya. Hampir terkoyak baju di bahagian belakang Adam akibat genggaman Hawa. Dia sangat takut dan malu.

“Ab... abang...”

“Shh... ni abang sayang.”

Tak dinafikan ketika itu jiwanya juga rapuh melihat isterinya begitu. Ubun isterinya dikucup.  Tangan gadis itu menggeletar hebat. Pergelangan tangan kiri gadis itu juga sudah merah akibat tarikan yang maha kuat ketika dia dalam keadaan ‘tidak rela’.

“Ab... abang... saya... malu...”

Suara kecil Hawa bersulamkan esakan itu membuatkan air mata jantan Adam gugur. Dia mengambil tudung lalu melindung aurat isterinya.

“Arthur!”

Mengingatkan hal itu, tangannya menggenggam angin. Sebab peristiwa itulah Hawa menghidap Vaginismus.

“SAYANG, come here.”

Hawa yang baru saja lepas memakai niqab, terkedek-kedek menghampiri Adam. Adam menggeleng perlahan melihat isterinya yang tergelak kecil. Umur dah dua puluh lima pun perangai macam budak.

Disebabkan semalam sepatutnya hari jadi isterinya yang ke dua puluh lima, tetapi dia terlupa. Tak nak Hawa merajuk, dia membuat keputusan untuk penuhi hajat Hawa.

Salah satunya adalah bersiar-siar di taman dengan dia seorang. Arash pula akan dijaga oleh Mirra.

“Tengok tangan.”

Hawa menunjuk tangannya. Mata tajam Adam nampak aurat isterinya. Sarung tangan yang tersingkap sedikit ke atas, ditarik ke bawah sambil matanya memandang sepasang mata milik Hawa.

“Eh, tak perasan.” Hawa tersengeh dalam niqabnya. Bab aurat, sememangnya Adam tidak pernah cuai. Tetapi kalau bab lain, dia cuai.

“Stoking?”

“Siap!”

“Kain dalam?”

“Siap!”

“Anak tudung?”

“Siap! Sempurna!”

“Aip!”

Tangan Adam naik membetulkan niqab yang sudah tersarung itu.

“Apa sayang ni, pakai niqab pun nampak kening?”

“Tak perasan. Abanglah suruh cepat, cepat. Menggelabah sayang pakai.”

Salahkan dia juga, perempuan mana salah.

Mata mereka bertemu. Agak lama sehingga mata Hawa terkebil banyak kali pun tidak Adam perasan.

“Sayang...”

“Hmm?”

“Can I hug you?”

Hawa terpaku. Matanya terkebil-kebil memandang Adam. Matanya turun memandang Adam yang mendepa tangannya untuk berpeluk. Matanya terkebil lagi.

Apabila suasana agak kekok, Adam menjatuhkan tangannya lalu berpusing. Hampa.

“Abang.”

Adam menoleh ke arah Hawa yang mendepa lengannya.

“Halalan toyyiba.” Hawa membuat suara kepitnya. Yes, this is my Hawa!
Setelah beberapa bulan berlalu, Hawa dipantau dengan doktor untuk menyembuhkan Vaginismus itu. Akhirnya, kini Hawa menjadi ‘Hawa’ yang dia kenal dahulu.

Adam mencium dahi isterinya.

“Kata nak peluk?”

“Tak naklah. Nanti sayang tak jadi keluar. Nak keluar tak?”

“Nak nak.”

“Jom.”

Adam menyulam jemarinya dengan jemari Hawa. Tenggelam tangan Hawa di dalam genggaman Adam. Mata Adam tidak beralih daripada memandang isterinya yang terlompat-lompat riang. Dah macam anak bapa pun ada. Disebabkan ketinggian Hawa yang terbantut itu.

Berdiri saja Adam di sebelah, hanya paras dada saja. Dengan tubuh genitnya juga menampak dia seperti budak kecil. Orang bakal tidak perasan yang isterinya ini adalah seorang ibu seorang anak.

Apabila sudah jauh dari rumah, dia melihat ada yang berkumpul di kawasan taman.

“Abang.”

“Hmm?”

“Bestnya dapat keluar dengan abang berdua je macam ni. Oh ya, first time abang tak bawa sekali bodyguard abang.”

“Siapa kata dia tak ikut?”

Orang yang berkumpul di situ menarik minat Hawa.

“Apa tu? Ada orang gaduh ke?”

Adam memandang ke arah sekumpulan lelaki yang sedang mengelilingi seorang perempuan yang sedang lantang berbicara. Melihat situasi itu, Adam menarik Hawa untuk lebih mendekati mereka. Bangku berhampiran menjadi tempat dia berlabuh punggung.

“Dia orang buat apa tu abang?”

“Shh, dengar.”

Hawa sudah tidak bersuara, sebaliknya dia membuka telinganya menadah setiap bait yang dikatakan oleh mereka.

“Just shut the f*ck up! You guys are weirdo!"

Suara gadis itu seolah-olah mengajuk dan mengejek ibadah orang Islam dengan mengangkat takbir dengan mulut yang terkumat-kamit.

"Don't mocked us lady. Listen, why you do such a thing? You look weirdo right now lady."

"Don't you think, why you guys always said your religion are the truth? Like... Why? I think, every religion say the truth. Religion are equallity. You just picked one  religious and beliefs. Don't start the argue and we live in a happy country."

“But lady, you seems unhappy when we were here. How come ‘we live in a happy country’ if this mentality appeared? Why you mocked muslim prayer and why you attack us?”

“Abang, kenapa dia orang gaduh?”

“Dia orang tak gaduh pun. Itu religion debate.”

“Perlu ke burukkan agama?”

“Dia orang buat macam tu kalau dia orang dah tak tahu nak berdebat apa. Kadang-kadang nak tutup yang diri tu rasist.”

Hawa teringatkan peristiwa ketika Nabi Muhammad SAW dihina oleh orang yang tak pernah mengenali Baginda di depan matanya. Dia juga tidak berdiam diri rasanya sedikit puas apabila dapat menampar wajah Jade waktu itu.

“Stand up, please.”

Hawa terjeda seketika apabila wanita tadi tiba-tiba berada di hadapannya. Kini, lelaki muslim tadi berkerumun ke arah Adam dan Hawa. Hawa dan Adam bangun.

“Macam mana perempuan macam ni boleh dipaksa untuk memakai hijab? Sedangkan perempuan ada hak untuk bebas.”

“Apa yang saya pakai, tiada kena mengena dengan penderaan. Saya yang ingin memakainya sendiri. My body, my choice!”

Wanita itu menarik lengan Hawa supaya merapatinya. Tidak sempat wanita itu ingin membuat sesuatu, tangan miliknya direntap dari belakang membuatkan wanita itu terbatas perlakuannya dan juga mengalih pandangannya ke arah gerangan yang menarik lengannya bagai mahu tercabut itu.

Wajah tegang Arthur menampar pandangan wanita yang membuat kecoh itu.

“Hey! Kau siapa hah nak halang aku?”

“Jangan sentuh mereka, atau kau nak tangan kau aku potong dan bagi anjing makan? Choose!”

Matanya jatuh memandang rantai milik Arthur.

Jelas wanita itu gerun dengan soalan itu. Dia merentap tangannya dari genggaman Arthur lalu melarikan diri dari situ. Suasana menjadi tenang semula.

“Awak berdua okey ke?”

Salah seorang dari sekumpulan lelaki itu memecahkan kesunyian. Hawa mengangguk perlahan. Adam mencantum tangannya dengan Hawa.

“Alhamdulillah, Maafkan kami. Tadi kami baru saja habis solat. Datang saja perempuan tadi, terus buat onar. Dia kata, kalau nak beribadah, pergilah ke masjid. Tak guna kalau ada masjid, dekat tepi jalan juga mahu beribadah. Baik robohkan saja masjid di New York ini. Kami dah bercakap elok, tapi dia tetap mahu mengejek umat Islam beribadah.”

“Tadi juga dia mengajak untuk kami berdebat, tetapi selepas itu, dia sambung mengejek. Jadi, bagi kami dia tidak serius untuk tahu tentang agama.” Orang lain pula menyambung. Hawa dan Adam hanya mengangguk.

“Terima kasih saudara.” Mata lelaki itu turun memandang rantai berhayun-hayun di leher Arthur. Ada logo salib padanya. Tahulah lelaki itu yang Arthur bukan orang Islam tetapi tidak ekstrimis seperti wanita tadi.
Arthur hanya menunduk lalu berjabat tangan dengan mereka.

“Macam mana orang seperti awak tidak rasis dengan kami? Apa yang membuatkan awak nak membantu wanita berhijab ni?”

Arthur memandang bossnya Mr Adam Al-Fateh dan juga isterinya Hawa bersilih ganti sebelum dia melemparkan senyuman.

“Saya bangga dengan seorang muslim kerana saya bekerja di bawah syarikatnya yang diketuai dengan orang muslim. Dia sangat bagus. Jadi, tidak layak untuk saya cakap buruk tentang mereka dan agama mereka.”

“Wah, terima kasih kerana tidak menjadi rasis. Kirim salam kepada boss awak. Bagus ada boss begitu. Mengajar anak buah untuk tidak menjadi rasis.”

Arthur memandang Adam yang tersenyum padanya.

“Kami pergi dulu. Maaf kerana memasukkan awak dalam hal ini.”

“Tidak mengapa. Terima kasih.”

Mereka meninggalkan Arthur, Hawa dan Adam di situ. Serentak Arthur dan Hawa memandang Adam. Tiba-tiba ada sepasang mata lagi yang memerhati Adam. Rose yang secara tiba-tiba muncul dari belakang tubuh Arthur pun turut memandang ke arah Adam.

“Suka la tu kena puji.”

“ABANG tak nak balik Malaysia ke?”
Mendengar soalan itu yang terpacul dari mulut isterinya, dia hanya terdiam. Sejujurnya, dia sangat kecewa dengan Tan Sri Sabri.

Jade juga sudah bebas dari penjara. Arash juga sudah mengenal dunia. Kini, Arash belajar di rumah bersama tenaga pengajar tutor di rumah.

“Sayang tahu abang masih marahkan Abi. Tapi, dia pun keluarga kita. Jangan putuskan silaturrahim antara kita.”

Matanya dilemparkan ke jalan. Dia masih tidak boleh terima keburukan abinya itu. Terlalu keji.

“Abang tak boleh maafkan dia. Dia tu...”

“Abang... walaupun dia buat macam tu, dia tetap abi abang. Bencilah perangai dia. Jangan benci orangnya, abang.”

Kini pandangannya beralih ke arah isterinya. Walaupun wajahnya bertutup, tetapi mata itu sudah dapat dibaca Adam. Hawa ni lembut hati orangnya sejak dulu. Lainlah kalau Adam, mesti ‘dibuli’ saja Hawa sehingga lunyai di sekolah dulu. Masih lagi sayang walaupun Adam buat apa-apa pada dia.

Jade yang sudah bebas pun disebabkan Hawa tarik pertuduhan kes itu. Alasannya, ‘bencilah perangainya, bukan orangnya.’ Adam juga hanya menurut jika itu yang diinginkan.

Tapi dalam kes ini, Adam tidak boleh terlalu berlembut. Disebabkan yang membuat kerja kotor itu adalah orang yang dia kenal dan dekat dengannya dia terpaksa memberi pelajaran. Kerana Tan Sri Sabri adalah darah dagingnya sendiri.

Teringat ucapannya yang maha sombong itu. Rezeki memang patut diambil, tetapi tak semua benda itu boleh dianggap ‘Rezeki dari Allah.’

“Abang?”

Adam terkebil beberapa kali sebelum dia tersedar dari realiti. Jauh juga dia termenung tadi.

“Macam mana abang nak ada hati nurani macam sayang? Senang memaafkan.”

“Sayang pun pada mulanya tak terima. Tapi, abang kan pernah cerita yang Jade tu sebenarnya mak Malik, kan? Jadi, bila fikir balik, bukan dia yang rogol sayang. Tapi orang lain. Jadi, sayang tarik kes untuk dia je la. Yang lain, tetap dalam penjara.”

“Sayang boleh maafkan dia ke?”

Hawa diam seketika sebelum pandangannya dilemparkan ke depan.

“Walaupun agak pahit, tapi sayang boleh telan perlahan-lahan. Dia dilepaskan pun bersyarat. Kalau dia buat lagi, dia akan dipenjarakan lebih dari lima tahun. Dia pun dah datang dekat sayang dan minta maaf.”

“Abang pastikan abi bayar semua kesalahan yang dia buat ni. Selagi dia tak dipenjarakan, abang takkan maafkan dia. Dia juga dah rogol Jade masa pertama kali mereka kenal. Kifarah kan?”

Hawa menyulam tangannya dengan tangan besar suaminya. Urat-urat yang timbul pada tangan suaminya disentuh.

“Apa yang abang nak buat, semua sayang sokong. Jade needed Justice.”
Adam tersenyum segaris ke arah isterinya.

“Thanks, sayang.”

Continue Reading

You'll Also Like

141K 11K 30
Sekuel Luth Mahfuz & Luth Hentian Akhir . BOOK #6 of ๐•ณ๐–Ž๐–๐–—๐–†๐– ๐•ฐ๐–‰๐–Ž๐–™๐–Ž๐–”๐–“ Chicklit ft. Tarbiyah [ Bahan bacaan 15+ tahun ke atas] Cover & ba...
1.4K 147 10
โœงโ *โ ใ€‚ โ โ™ก~NOAH DARIEAN & DAHLIA AURORA ~โœงโ *โ ใ€‚ โ โ™ก 5 Tahun lalu telah berlaku peristiwa hitam bagi Dariean. Dia dikhianati oleh teman wanitanya Bella I...
3.5K 700 26
Tujuan Manisa cuma satu, memporak-perandakan keluarga Pak Mahfuz. Baik yang muda mahupun yang tua, semuanya akan dihancurkan. Itu dendam dan rancanga...
20.6K 987 35
Seorang CEO bersifat dingin yang menyamar menjadi barista hanya untuk mendekati seorang gadis sekaligus bakal isteri yang mahu dijodohkan dengannya...