His Love [C]

By singlelove_

498K 20K 735

Tuan Malique Zhafran 💕 Nur Tasneem Haura Tuan Malique Zhafran atau lebih dikenali sebagai Liq apabila dia be... More

PROLOG
His Love : 1
His Love : 2
His Love : 3
His Love : 4
His Love : 5
His Love : 6
His Love : 7
His Love : 8
His Love : 9
His Love : 10
His Love : 11
His Love : 12
His Love : 13
His Love : 14
His Love : 15
His Love : 16
His Love : 17
His Love : 18
His Love : 19
His Love : 20
His Love : 21
His Love : 22
His Love : 23
His Love : 24
His Love : 25
His Love : 26
His Love : 27
His Love : 28
His Love : 29
His Love : 30
His Love : 31
His Love : 32
His Love : 33
His Love : 34
His Love : 35
His Love : 36
His Love : 37
His Love : 38
His Love : 39
His Love : 40
His Love : 41
His Love : 42
His Love : 43
His Love : 44
His Love : 45
His Love : 46
His Love : 47
His Love : 48
His Love : 49
His Love : 50
His Love : 51
His Love : 52
His Love : 53
His Love : 55
His Love : 56
His Love : 57
His Love : 58
His Love : 59
His Love : 60
His Love : 61
His Love : 62
His Love : 63
WATAK!!!

His Love : 54

6.1K 274 19
By singlelove_

Selepas hampir seminggu mereka berkampung di hospital. Akhirnya Tasneem balik juga ke rumah. Tapi bukan rumah mereka.

Tasneem dan Malique pulang ke villa Dato Sri Taarif. Itu semua atas arahan Datin Sri Zarina. Katanya Tasneem harus berpantang. Kalau duduk rumah sendiri, belum tentu pantang.

Takut ada yang merenyam. Dekat hospital pun dah tercuit-cuit. Setiap kali Datin Sri Zarina datang melawat, selalu lah Datin Sri Zarina perhatikan anak-anaknya itu.

Dua-dua sama naik. Dua-dua sama gatal. Haih. Tak boleh jadi.

Itu lah sebabnya Datin Sri Zarina menghalang Tasneem berpantang di rumah sendiri. Karang ada yang terbabas. Hm.

Punya lah Malique bantah tak bagi Tasneem pantang di villa. Lepastu telinga dia jadi mangsa Datin Sri Zarina. Habis dipulas telinga anaknya. Tasneem hanya terkekeh ketawa. Takda niat nak membantu.

"Slow-slow sayang." Tutur Malique sambil memimpin isterinya masuk ke dalam villa.

"Iya, abang." Perlahan langkah Tasneem. Tasneem memegang bahagian perutnya yang masih berbalut. Kesan tikaman hari itu pun masih belum baik lagi.

Ada sekali tu, jahitannya terbuka sebab dia gelak besar sampai tak ingat dunia. Semuanya sebab Mustaqim dan Aedy.

Masa tu juga lah Malique tahan rasa cemburu bila melihat Tasneem tampak mesra dengan Aedy. Tak pasal-pasal malam itu jadi malam Tasneem memujuk si buah hatinya ini.

Merajuk mengalahkan budak kecil. Hish.

"Ya Allah.. dah sampai. Duduk sini." Arah Datin Sri Zarina selari menyuruh Malique membawa untuk duduk di sofa dahulu.

Malique akur dan memimpin tangan isterinya. Dibawa dengan penuh berhati-hati. Tasneem memegang perutnya. Terasa sakit sedikit.

"Okay tak ni?" Soal Datin Sri Zarina apabila melihat kerutan wajah Tasneem.

"Okay. Umi jangan risau. Aneem kan kuat. Selalu minum susu untuk kuatkan tulang." Sempat-sempatnya dia nak melawak.

Tergelak kecil Malique mendengar lawak hambar isterinya. Sampai saja di sofa, ditolak lembut badan Tasneem untuk duduk. Selepas itu, dia turut sama melabuhkan punggungnya di sebelah Tasneem.

"Nanti Aneem pindah bilik bawah. Untuk sementara sampai habis pantang. Umi risau nak bagi kamu turun dan naik tangga. Luka tikaman dekat perut tu pun belum sembuh lagi. Tambah pula luka masa belah perut Aneem untuk keluarkan baby tu." Ujar Datin Sri Zarina selari melabuhkan punggungnya di hadapan pasangan sejoli ini.

Mengangguk faham Tasneem. Dia akur. Dia tak nak membantah. Lagipun apa yang Datin Sri Zarina buat semua demi kebaikan dia.

Malique membelai kepala isterinya. Nasib lah Tasneem tidak melayan sangat perasaan sedih sehingga membawa kemurungan. Malique memang tak pernah mahu meninggalkan Tasneem bersendirian. Sebab dia pernah nampak Tasneem akan menangis seorang diri.

Kerana itu lah dia selalu menemani Tasneem. Tak nak Tasneem sendiri atau merasa sendiri.

"Ni Aneem dah makan belum? Kalau belum, nanti umi suruh Mak Lijah siapkan makanan untuk Aneem." Soal Datin Sri Zarina.

"Belum lagi umi." Jawab Tasneem.

Tangannya yang dipegang Malique dibalas dengan erat. Ditundukkan sedikit kepalanya bagi melihat tangannya yang tenggelam dalam genggaman tangan besar Malique. Comel saja.

"Pergi rehat. Nanti umi suruh Mak Lijah hantar ke bilik. Umi sebenarnya nak keluar ni sekejap. Ada hal. Papa call tadi. Aliq jaga Aneem elok-elok. Jangan nak cuit-cuit dia. Umi tahu.. memang umi piat telinga Aliq nanti. Faham?" Beritahu Datin Sri Zarina sembari memberi peringatan kepada Malique dengan tegas.

Tersengih kambing Malique saat mendengar peringatan dari Datin Sri Zarina. Laju kepala dia menggeleng. Sakit mat kena tarik telinga. Sejak bila umi dia pandai tarik telinga ni? Dulu tak macam ni pun.

Haha.

Tersenyum lucu Tasneem memandang suaminya. Suka dia tengok Malique begini.

"Pergi bawa Aneem masuk bilik." Arah Datin Sri Zarina. Malique bingkas bangun dan mencempung tubuh isterinya.

Terjerit Tasneem kerana tindakan Malique yang mencempungnya secara tiba-tiba. Pantas dia mengalungkan tangannya di batang leher Malique.

"Abang." Geram saja Tasneem memandang suaminya.

"Sayang lambat sangat. Abang dukung lah." Jawab Malique bersahaja.

"Tapi jangan lah buat Haura terkejut. Kalau terkeluar jantung Haura. Nangis tak berlagu abang sebab hilang Haura." Terhenti langkah Malique yang sudah berada di hadapan pintu bilik.

Dipandang wajah anggun si isteri. Ditatap dalam wajah kekasih hatinya itu. Selepas itu, Malique kembali berjalan semula masuk ke dalam bilik yang sudah disediakan Datin Sri Zarina.

Tasneem diam memerhati suaminya. Malique meletakkan Tasneem di atas katil dengan penuh berhati-hati. Tudung yang dipakai Tasneem, dibuka dan diletakkan ke tepi.

Usai itu, Malique melabuhkan punggung di sisi Tasneem. Ditarik isterinya lagi merapat dengan dia. Dikucup puncak kepala Tasneem.

"Jangan sebut pasal hilang. Abang tak suka." Ujar Malique tiba-tiba.

Mendongak kepala Tasneem memandang suaminya. Tangannya naik membelai pipi Malique. Dipandang redup wajah tampan itu.

"Okay.. Haura tak cakap lagi. Sorry." Malique mencium dahi Tasneem.

"It's okay, baby." Dipeluk isterinya dengan erat. Tasneem menyandarkan kepalanya di dada Malique.

"Kenapa abang takut bila sayang cakap pasal hilang?" Soal Tasneem ingin tahu.

Setiap kali dia kata pasal hilang saja. Mesti riak wajah Malique berubah. Macam sekarang lah. Elok saja bergurau senda tadi. Bila sebut perkataan hilang. Terus berubah air muka.

"Sebab abang pernah rasa hilang umi dan Taqim. Dan kali ini abang hilang baby kita. Perkara paling terakhir sekali yang abang tak nak hilang adalah sayang. Jadi, jangan sebut pasal hilang. Kalau hilang barang takpa. Sebab boleh ganti. Tapi bila hilang sayang, mana abang nak cari pengganti sayang? Sayang cuma ada satu je." Jelas Malique panjang lebar.

Diselitkan rambut Tasneem yang menutup separuh wajah Tasneem. Dikucup sekejap ubun-ubun isterinya.

"Sayang sangat ke dekat Haura?" Mendongak Tasneem. Malique menunduk merenung wajah bersih si isteri. Terbit senyuman kecil. Cantik sungguh lah isteri dia.

Didekatkan wajahnya dengan wajah Tasneem lalu menggesel hidung mereka bersama. Tersengih suka Tasneem selari menunjukkan giginya yang tersusun rapi.

"Gila tak sayang. Sayang masuk hospital kena tikam pun abang dah hampir jadi separuh gila. Abang sayang Haura abang ni. Bukan setakat sayang. Cinta lagi. Berganda-ganda cinta abang untuk Haura setiap hari." Melebar senyuman Tasneem. Puas hati dengan jawapan Malique barusan.

Pipinya pula yang terasa panas. Mesti muka dia merah sebab malu dan terharu dalam masa yang sama.

"Eleh. Laki kan. Mulut buaya. Awal-awal boleh lah kata macam ni. Nanti lama-lama bosan, pastu cari lain." Berdesis Tasneem apabila Malique mencium serta menggigit bibirnya.

"Aw!"

"Cakap lagi benda bukan-bukan. Nasib tak berdarah je tu." Mencebik bibir Tasneem bila kena marah dengan Malique.

Dia memeluk tubuh tegap suaminya. Kepalanya dilentokkan di dada Malique. Ketika mendengar suara degupan jantung Malique, Tasneem merasa tenang saja.

Dia melepaskan nafas lega. Matanya mula dipejam. Malique mengintai si isteri. Dapat dia lihat Tasneem yang mula hendak lena.

Tangannya naik membelai rambut lebat Tasneem. Dikucup ubun-ubun si isteri. Lagi lah Tasneem rasa tenang.

"Mengantuk?" Dapat Malique rasa anggukan Tasneem.

"Tidur dulu. Nanti abang kejut makan, okay?" Mengangguk lagi Tasneem.

"Sleep well, baby." Makin Tasneem menyelesakan dirinya.

Malique menepuk lembut bahu Tasneem bagai mendodoikan sang isteri. Tak lama selepas itu, telinga Malique mula disapa dengan bunyi dengkuran halus.

Terbit senyuman kecil Malique. Di intai wajah anggun itu. Dielus pipis Tasneem.

"Sweet dream, baby." Sejurus itu, dikucup dahi Tasneem dan mengalihkan kepala Tasneem di atas bantal dengan berhati-hati agar lena Tasneem tidak terganggu.

Merengek Tasneem kerana merasa terganggu. Cepat-cepat Malique menepuk punggung isterinya. Dilayan Tasneem bagaikan bayi.

Duvet yang hanya tertutup di bahagian kaki Tasneem. Ditarik ke atas menutup sehingga ke pinggang.

Sesudah itu, Malique menuruni katil dan bergerak ke luar bilik. Ditinggal isterinya untuk berehat. Sempat dia memandang Tasneem sebelum melangkah keluar.


Tbc..

Rindu abe Malique tak tu?🤪

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

Continue Reading

You'll Also Like

166K 7.8K 65
⭐ ILYA X KHAIR ⭐ #3 MATURE CONTENT 🔞 Selepas kematian Datuk Baharudin, Isterinya Datin Rubittah berkahwin semula bersama Malek dan mempunyai keluarg...
470K 14.1K 41
Book 4 : "𝙎𝙤𝙢𝙚𝙩𝙞𝙢𝙚𝙨 𝙮𝙤𝙪 𝙛𝙖𝙡𝙡 𝙞𝙣 𝙡𝙤𝙫𝙚 𝙬𝙞𝙩𝙝 𝙩𝙝𝙚 𝙢𝙤𝙨𝙩 𝙪𝙣𝙚𝙭𝙥𝙚𝙘𝙩𝙚𝙙 𝙥𝙚𝙧𝙨𝙤𝙣 𝙖𝙩 𝙩𝙝𝙚 𝙢𝙤𝙨𝙩 𝙪𝙣𝙚𝙭𝙥...
404K 20.5K 83
[TULISAN KEEMPAT BY YUYUAIRA] [RayqarlxNaura junior] [RiyyanxAralyn] TENGKU RIYYAN AQASHAH Pemergian tunangnya beberapa bulan sebelum tarikh pernikah...
163K 10K 60
Kata orang, perempuan masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku femini...