His Love : 42

6.6K 256 3
                                    

Mustaqim berjalan masuk ke dalam kafe. Hari ini dia hendak berjump dengan abang nya. Hanya berdua. Ada perkara penting yang hendak dikatakan.

Malique harus tahu. Lagian, sudah banyak kali dia melihat kelibat seseorang yang sentiasa mengintai keadaan luar villa.

Mustaqim tak tahu siapa kerana orang tersebut memakai baju hitam, topi hitam serta masker hitam. Sebab itu lah Mustaqim tidak dapat mengecam siapa.

Lihat saja Malique yang sudah berada di dalam kafe. Laju langkahnya menuju ke arah Malique.

Malique mengangkat kepalanya apabila kerusi yang berada di hadapannya ditarik Mustaqim. Berkerut sedikit wajahnya apabila melihat Mustaqim seperti orang yang sedang kelam-kabut.

Ditutup handphone nya dan diletakkan ke tepi. Dia fokus pada Mustaqim.

"Kenapa nak jumpa abang?" Tanya Malique.

"Bagi Taqim minum dulu." Diambil cawan yang berisi air jus tembikai yang dipesan Malique. Setelah itu, baru lah dia memulakan bicara.

"Taqim rasa ada orang selalu perhati villa." Luah Mustaqim senafas. Terus berubah wajah Malique yang mendengarkan perkara tersebut. Mukanya terus menjadi serius dan pandangannya berubah gerun.

"Siapa?" Mendatar suara Malique bertanya.

"Taqim tak tahu. Sebab orang tu serba hitam. Taqim tak dapat nak tengok muka dia. Apatah lagi cam." Jujur Mustaqim tidak berselindung.

Sudah berhari-hari dia melihat orang yang sama. Cumanya dia masih lagi tidak dapat mengecam orang tersebut. Tapi yang dia pasti itu adalah lelaki.

"Dan sejak akhir-akhir ni juga, papa dah pasang bodyguard untuk umi dan sediakan bodyguard dekat rumah. Taqim ada tanya papa. Tapi papa tak jawab. Umi pun tanya juga. Sama je. Abang tahu kenapa?" Malique menggeleng tidak tahu.

Tipu. Walhal dia tahu puncanya. Pasti Dato Sri Taarif ada melihat kewujudan orang yang disebut Mustaqim tadi. Dia tahu siapa orang itu. Tahu sangat.

"Nanti abang tanya papa. Taqim jaga umi. Abang tak nak orang tu approach umi. Faham?" Mengangguk faham Mustaqim.

Dalam kepala Malique ligat dengan bermacam fikiran tentang lelaki yang dikatakan Mustaqim barusan. Nampaknya Tuan Maliki dah jumpa di mana Datin Sri Zarina.

~~~~~~~~~~

TasHijabis's

'Tok tok tok'

"Masuk." Laung Tasneem memberi izin kepada si pengetuk untuk masuk.

Buka saja pintu, kepala Erina terjengul di sebalik pintu sambil tersenyum ke arah Tasneem.

"Hai.." Meleret suara Erina menyapa Tasneem. Tasneem mengangkat wajahnya memandang figura tersebut. Dah macam toyol dia tengok.

"Hai." Mendatar suara Tasneem membalas sapaan Erina.

Mencebik Erina dibuatnya. Lantas Erina melangkah masuk ke dalam dan berjalan menuju ke arah Tasneem. Dia melabuhkan duduknya di hadapan Tasneem.

"Pahal?" Soal Tasneem sambil kembali fokus pada kerjanya.

"Em.. aku sebenarnya.. nak minta.. cuti." Ujar Erina lambat-lambat.

"Cuti? Kenapa?" Soalnya lagi.

"Sepupu aku dekat kampung nak kahwin. So, aku nak minta cuti untuk hujung minggu ni. Eh tak, aku nak cuti dari hari Khamis sampai Ahad. Boleh?" Pinta Erina sambil mengerdipkan matanya beberapa kali. Mukanya pun turut dibuat comel.

"Oh. Cuti lah. Kau bukan selalu cuti pun." Tasneem memberi keizinan untuk Erina mengambil cuti.

Erina ini dah lah jarang cuti. Atau boleh dikatakan susah sangat hendak cuti. Itu yang Tasneem tak soal banyak. Terus saja dibagi cuti. Asalkan ada alasan yang munasabah.

His Love [C]Where stories live. Discover now