His Love : 48

5.5K 256 8
                                    

Bertepuk tangan dengan ceria Tasneem apabila melihat Malique yang baru saja masuk ke dalam sambil membawa plastik yang berisi pizza, ramen, kentang goreng, nugget dan aiskrim ke dalam bilik teater mereka.

Suka betul si budak Tasneem tu.

"Nah." Malique meletakkan semua makanan yang dibawa ke atas meja di hadapan Tasneem.

Sesudah itu, Malique bercekak pinggang. Banyak betul makanan. Dia sendiri pun tak tahu yang Tasneem akan order sebanyak ini. Apa yang dia tahu, dia bayar dan ambil makanan bila sampai.

Sampai saja makanan ini semua tadi. Alangkah terkejutnya Malique. Kerana tak disangka dan diduga.

"Banyaknya makanan yang sayang order." Kata Malique selari mengambil tempat di sebelah Tasneem.

Getah rambut Tasneem yang terlilit di tangannya dilepaskan lalu dia menarik Tasneem merapat dengannya. Terkulat-kulat Tasneem dibuat. Lagi-lagi bila Malique memusingkan badannya membelakangi Malique.

"Abang nak buat apa?" Soal Tasneem.

"Ikat rambut sayang. Senang sikit sayang nak makan." Mengangguk Tasneem sambil membulatkan bibirnya.

Dibiarkan suaminya yang sedang mengikat rambutnya itu. Sesudah itu, Malique mencium kedua pipi Tasneem. Tersenyum Tasneem sambil memusingkan badannya menghadap Malique.

"Thank you, handsome husband." Ucap Tasneem dengan manis. Dipegang rambutnya.

"Aip. Jangan pegang. Susah-payah abang ikat tadi." Pantas tangan Malique memegang tangan isterinya. Tersengih Tasneem sehingga menampakkan giginya yang tersusun cantik serta timbulnya lesung pipit dia.

Lantas Malique mencucuk pipi Tasneem dan dicium bertalu-talu. Geram tengok lesung pipit tu. Hidungnya pula digeselkan bersama setelah puas mencium pipi si isteri.

"Jom tengok movie Despicable Me." Ajak Tasneem dengan ceria.

Dia menekan butang play lalu movie tersebut terus ditayangkan di kaca televisyen. Malique menarik Tasneem lebih dekat dengannya. Tasneem duduk di antara dua kaki Malique. Disandarkan belakang badannya di badan hadapan Malique.

Sesekali Malique mencium ubun-ubun isterinya. Tunak mata Tasneem menonton cerita kartun yang ditayangkan. Kentang yang berada di tangannya diambil satu lalu disuap ke mulut Malique.

Malique pula hanya menganga saja setiap kali Tasneem menyuapnya makanan. Masing-masing diam sambil menonton movie sehingga lah habis.

"Habis dah movie. Sayang nak tengok movie lain?" Tasneem memusingkan badannya menghadap Malique lalu memeluk leher Malique dan menyembamkan wajahnya di dada Malique.

Tangan Malique naik membelai rambut lebat isterinya. Dicium lagi puncak kepala Tasneem.

"Sayang.." Panggil Malique.

"Haura mengantuk." Beritahu Tasneem dengan manja.

"Kalau mengantuk.. bagi abang kemas ni dulu. Lepastu kita masuk bilik tidur." Menggeleng Tasneem tak mahu.

"Habistu baby nak apa ni?" Mendongak Tasneem memandang suaminya.

"Nak abang. Abang tak rindu sayang ke? Kita dah lama tak.. hmm.. tak.." Terjungkit kedua alis Malique menunggu sambungan ayat Tasneem.

"Tak apa baby?" Soalnya.

"Tak ni.." Malu Tasneem nak berterus-terang.

"Ni apa?"

"Intim." Perlahan sahaja suaranya. Tersungging senyuman kecil Malique saat dapat memahami apa yang dikatakan isterinya.

Tasneem yang perasan akan senyuman suaminya menyembamkan lagi mukanya di dada bidang Malique.

His Love [C]Where stories live. Discover now