His Love : 43

5.3K 242 1
                                    

Selepas saja Tasneem dan Malique selesai makan malam. Kini, mereka berdua duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen.

Tetapi, dapat Tasneem rasakan ada kelainan pada suaminya. Dia menoleh memandang sang suami dengan matanya terkelip-kelip melihat raut wajah tampan Malique.

Berpaling kepala Malique memandang Tasneem. Terjungkit kedua keningnya apabila perasan yang Tasneem memandangnya tidak lepas. Dah kenapa?

Tangan Malique naik mengusap kedua pipi Tasneem. Dikucup pipi Tasneem.

"Kenapa?" Soalnya. Menggeleng Tasneem menjawab Malique.

"Abang kenapa? Dari tadi sayang rasa abang macam ada something. Nak share?" Terlepas keluhan Malique bila Tasneem dapat merasa sesuatu pada dia.

"Pagi tadi abang jumpa Taqim." Kata Malique sekerat.

"Jumpa Taqim? Kenapa? Umi tak sihat? Ke papa yang tak sihat?" Risau pula Tasneem jadinya. Menegak dia duduk memandang Malique.

Terbit senyuman manis Malique melihat kerisauan sang isteri. Ditarik isterinya lebih rapat dengan dia. Dipeluk pinggang Tasneem lalu dicium pipi Tasneem. Terasa tenang saja.

"Tak lah sayang. Umi dan papa sihat. Alhamdulillah. Cuma.. sejak dua menjak ni Taqim bagitahu yang villa ada orang perhati dari jauh. Tapi Taqim tak dapat tengok siapa. Lagipun papa dah hire bodyguard ramai untuk umi dan di rumah. So, don't worry." Beritahu Malique jujur.

Diselitkan rambut Tasneem yang ke belakang telinga apabila rambut tersebut menutup separuh wajah Tasneem.

Terkedip-kedip mata Tasneem memandang seraut wajah tampan milik si suami. Tangannya naik mengusap kedua pipi Malique.

"Saya ingatkan apa lah tadi. Tapi betul tak nampak?" Malique mengangguk.

"Petang tadi kan.. masa sayang nak balik. Ada seorang lelaki approach Haura. Dia cakap dia ayah abang." Terus menegang wajah Malique mendengar hal tersebut.

"Sayang biar betul?" Tanya Malique serius.

"Iya. Dia kata dia Tuan Maliki. Ayah kepada suami sayang ni."

"Lepastu dia cakap apa lagi?"

"Dia suruh sayang percaya dia sebab sayang tak nak percaya dia." Kata Tasneem.

"So, don't believe him." Mengangguk Tasneem akur mengikut kata suami.

"Tapi dia memang ayah abang?" Malique memandang dalam mata Tasneem sebelum dia mengangguk mengiyakan.

"Kalau macam tu, sayang akan percaya abang. Walaupun dia ayah abang. Abang dah ceritakan semuanya pada sayang. Kita kena saling kuat. Kalau terjadi apa-apa satu hari nanti, kita anggap itu ujian dalam hubungan kita." Berubah sayu wajah Malique mendengar kata-kata Tasneem.

Ditarik tubuh Tasneem masuk ke dalam pelukannya. Tasneem menyembamkan wajahnya di celah leher Malique. Malique mencium tepi kepala si isteri bertalu-talu.

Kasih, sayang dan cinta dia terhadap wanita bernama Nur Tasneem Haura takkan pernah sesekali berkurang atau diganti. Hanya wanita ini yang akan kekal di hatinya sehingga hujung nyawa dia.

In syaa Allah.

"I love you, sayang."

"I love you too, abang."

Selepas itu, mereka saling berpelukan. Menghangatkan dan menenangkan satu sama lain. Jantung mereka saling berdegup kencang. Hati mereka saling mengukirkan satu nama di hati.

~~~~~~~~~~

Ralit Malique memandang wajah lena Tasneem yang berada di dalam pelukannya. Sejak tadi dia tidak dapat melelapkan mata kerana terlalu banyak berfikir.

His Love [C]Where stories live. Discover now