His Love : 40

7.2K 281 6
                                    

TasHijabis's

Sedari tadi, Malique membontoti ke mana saja Tasneem pergi. Naik rimas Tasneem jadinya. Tak reti nak pergi kerja ke apa orang tua ni?

"Abang ni ikut Haura je dari tadi. Tak kerja ke? Tak masuk office?" Soalnya sambil menyilangkan kedua tangan di dada.

Malique berjalan merapati isterinya. Tersenyum dia memandang wajah anggun itu. Wajah yang selalu menjadi igauan dia. Dicium dahi Tasneem sekejap.

"Abang cuti hari ni. Nak teman sayang dekat butik." Kata Malique. Terjungkit kedua alis Tasneem.

Cuti? Dah apa pasal cuti?

"Tak payah lah cuti. Pergi kerja sana. Sibuk pula dekat butik orang." Selamba Tasneem menghalau suaminya.

Malique mengetap giginya menahan geram dengan Tasneem. Dia halaunya kita? Amboi.. nak kena ni.

Dicucuk-cucuk pinggang isterinya. Ketawa Tasneem kerana geli. Dia menahan tangan Malique dari terus mencucuk pinggangnya. Sesudah itu, dipukul juga tangan Malique. Laju saja tangan tu nak mencucuk dia.

"Ish tangan ni. Gatal. Sama macam tuan badan. Gatal juga." Omel Tasneem sambil memukul perlahan tangan suaminya.

"Garu lah." Tasneem menjulingkan kedua matanya ke atas. Dia dah agak. Ini balasan yang dia akan dapat dari suaminya.

"Abang nak duduk sini. Nak berkepit dengan sayang 24 jam hari ni." Kata Malique sembari memeluk isterinya dan membenamkan wajahnya di ceruk leher Tasneem.

Memang itu pun plan dia. Dia tak nak kerja. Dia nak ikut Tasneem kerja. Hehe. Mengada betul.

"Gedik lah abang ni. Tepi sikit." Ditolak badan Malique tapi langsung tak berganjak.

"Abang." Tasneem memukul belakang badan Malique. Tetap sama. Malique tak nak bergerak.

"Abang tak nak lepas. Haura tak boleh buat kerja tau. Lagi lambat Haura habis kerja, lagi lambat kita balik rumah. Faham?" Kata Tasneem sengaja nak memancing Malique agar melepaskan pelukan itu.

"Biarlah. Abang suka menempel macam ni. Nak duduk satu malam dekat butik pun okay." Balas Malique selamba.

Makin dia benamkan wajahnya di celah leher Tasneem. Pasrah dah Tasneem. Nak tak nak, dia berjalan juga ke meja kerjanya dengan Malique yang masih memeluk dia. Agak susah nak berjalan. Tapi dia berjalan juga.

Karang.. tak habis-habis kerja dia sebab nak melayan kerenah budak-budak Malique hari ini. Entah apa pasal dan hantu mana yang sampuk.

Biasanya tak boleh tinggalkan syarikat. Cuti sehari pun susah. Sekarang? Bila-bila masa dia boleh cuti. Dulu kalau Danial atau Husna suruh cuti. Dia mati hidup balik tak nak cuti.

"Abang, Haura nak duduk ni buat kerja." Pinta Tasneem lembut. Digosok belakang badan Malique.

"Abang nak peluk.." Merengek Malique tidak mahu melepaskan pelukan.

"Tapi Haura ada kerja ni."

"Em.." Menggeleng Malique tidak mahu.

"Abang." Tegas suara Tasneem.

Lantas Malique melepaskan pelukan lalu dia melabuhkan duduknya dan menarik Tasneem duduk di atas pahanya. Terkejut Tasneem dibuat.

"Duduk atas paha abang. Sayang buat je kerja. Abang nak peluk sayang. Abang janji tak kacau." Sebelah tangan memeluk pinggang dan sebelah lagi diangkat bagaikan ikrar janji.

"Kalau macam ni tak boleh buat kerja." Berkerut wajah Tasneem kerana perangai Malique sekarang.

"Abang peluk je. Abang tak kacau sayang. Janji. Abang betul-betul janji. Please, baby please.." Bersungguh Malique merayu. Matanya dikerdipkan beberapa kali di hadapan wajah Tasneem. Bibirnya disebikkan mengikut gaya Tasneem.

His Love [C]Where stories live. Discover now