His Love : 14

8.4K 369 13
                                    

Tasneem membuka pintu bilik tidurnya. Dia mengemam rapat bibirnya kerana malu. Malique berada di belakangnya. Tasneem memberi ruang kepada Malique untuk masuk terlebih dahulu.

Tanpa sebarang kata, Malique melangkah masuk dan meliarkan matanya melihat sekeliling bilik. Dinding dicat berwarna putih dan ada sedikit campuran warna pastel ungu.

Tasneem menutup perlahan pintu biliknya. Selepas itu, dia melangkah merapati suaminya. Ini kali pertama ada lelaki lain masuk bilik dia selain dari papa dan Mustaqim. Sedangkan sepupu-sepupu lelaki dia pun tak pernah masuk.

Malique mengerling sekilas isterinya yang berdiri di sebelah. Tasneem langsung tak pandang dia. Dah lah muka tu merah. Malu lah tu.

"Ehem." Berdehem Malique ketika merasakan canggung antara mereka berdua.

"Ni ke bilik kau?" Soal Malique. Tersentak Tasneem. Dia memalingkan wajahnya dari memandang hadapan ke wajah suaminya.

'Hensem.' Sempat dia puji.

"Em.. ni lah bi-bilik saya." Balas Tasneem gagap.

"Oh." Ringkas, padat dan beku. Selepas itu, mereka berdua kembali senyap.

"A-awak nak mandi? S-saya a-ambilkan t-tuala untuk awak." Tergagap-gagap Tasneem nak menghabiskan satu ayat itu.

Nampak sangat takut tu.

"Boleh juga. Pergi lah ambil. Tapi kejap. Aku nak tidur pakai apa malam ni?" Bingung juga Malique. Dia mana ada bawa baju. Takkan nak suruh dia tidur bogel.

Malique okay saja. Takut Tasneem pula nanti pengsan. Tak pasal-pasal bermalam dekat hospital.

"Nanti saya minta baju dekat Taqim. Awak pakai baju dia dulu. Saiz badan korang pun nampak lebih kurang." Ujar Tasneem lembut.

"Hm." Sejurus itu, Tasneem mengambilkan tuala buat Malique.

Setelah itu, Tasneem beri kepada Malique. Berura-ura Tasneem ingin keluar dari bilik kerana ingin meminjam baju Mustaqim sekali terhenti langkahnya kerana tangannya dipegang Malique.

Menoleh Tasneem memandang suaminya dengan riak bingung. Ada nak apa-apa lagi ke?

"Kenapa?" Soal Tasneem.

"Kau tak nak mandi?" Memerah wajah Tasneem mendengar soalan Malique. Asal dia rasa soalan Malique tu macam sesuatu sangat? Seram lah.

"L-lepas awak mandi. S-saya m-mandi." Jawab Tasneem. Datang balik penyakit parkinson dia.

Haha.

"Oh. Mandi sekali dengan aku je lah. Jimat air." Malique menjungkitkan kedua keningnya kepada Tasneem. Bibir bawahnya digigit dengan gaya menggoda.

Ditilik badan Tasneem dari atas sehingga bawah. Tasneem pula sudah membahang wajah kerana malu. Apa ni? Nak, nak, nak..

Eh? Tak nak.

Umi!!!! Anak umi gatal!!!

Terus Tasneem melepaskan pegangan Malique di lengannya dan berlari keluar. Malique sudah melepaskan tawa besarnya. Aduhai isteri. Baru usik sikit dah menggelabah macam tu.

Tapi, comel. Malique rasa nak mengusik lagi. Setelahnya, dia melangkah ke arah bilik air.

Sementara di luar bilik, Tasneem memegang dadanya. Dia merasa bahagian jantung. Berdegup laju. Dah macam kena buat maraton gaya laju jantung dia itu.

"Asal dia hot sangat malam ni?" Tanya Tasneem sendiri. Selepas beberapa ketika dia diam tidak berkutik di hadapan pintu biliknya, Tasneem membuka langkah ke arah bilik Mustaqim.

His Love [C]Where stories live. Discover now