[C] Stella : The Glory of Bla...

Χ Χ›ΧͺΧ‘ גל Χ™Χ“Χ™ delilanatasha

921K 65.6K 6.5K

𝑽𝑢𝑳 𝑰𝑰 [ 𝑹𝑭𝑨 𝑺𝑬𝑹𝑰𝑬𝑺 ] ❝ Be the greatest. Seduce him. Tackle him. Make him on knees. ❞ Code : Bl... Χ’Χ•Χ“

Code Name
Prolog
| 1 |
| 2 |
| 3 |
| 4 |
| 5 |
| 6 |
| 7 |
| 8 |
| 9 |
| 10 |
| 11 |
| 12 |
| 13 |
| 14 |
| 15 |
| 16 |
| 17 |
| 18 |
| 19 |
| 20 |
| 21 |
| 22 |
| 23 |
| 24 |
| 25 |
| 26 |
| 27 |
| 28 |
| 29 |
| 30 |
| 31 |
| 32 |
| 33 |
| 34 |
| 35 |
| 36 |
| 37 |
| 38 |
| 39 |
| 40 |
| 41 |
| 42 |
| 43 |
| 44 |
| 46 |
| 47 |
| 48 |
| 49 |
| 50 |
| 51 |
| 52 |
| 53 |
| 54 |
| 55 |
| 56 |
| 57 |
| 58 |
| 59 |
| 60 |
Epilog
Special Chapter 1
Special Chapter 2
Special Chapter 3 - πŒπ€π‹πˆπŠ πŠπ‡π€πˆπ‘

| 45 |

14.3K 964 79
Χ Χ›ΧͺΧ‘ גל Χ™Χ“Χ™ delilanatasha



PENAMPAL luka diambil lalu dengan berhati - hati, Raja Maraya menempelkan ia di leher Farel yang terluka.

"Tsk" ringis Farel perlahan.

"Sorry. Sakit ya?" Raja Maraya memandang wajah Farel yang menahan sakit. Berkerut dahi itu membuatkan Raja Maraya sedikit gusar.

Pak!

"SAKITLAH SIAL— eh Hadi.." Baru sahaja Farel mahu membalun siapa yang menampar belakang kepalanya. Tetapi ketika wajah serius milik Raja Hadi yang menyapa mata, Farel terkedu kata.

Belakang kepalanya digaru sedikit ketika Raja Hadi menjelingnya tajam. Sengihan kekok turut dipamirkan.

"Kau sialkan aku Farel?" Raja Hadi menduga.

"Eh, takdelah. Aku cakap sakitlah Shila! Ha" Farel lekas - lekas membetulkan ayat. Bahu Raja Hadi ditepuk sekali dua ketika lelaki itu memincing matanya halus.

"Aku lepaskan kau sebab kau bawa adik aku balik dengan selamat. But, I'm watching you. Jaga tangan kau, jaga mata kau. Aku ni hidup lagi tau" Raja Hadi memberi amaran. Sekilas, Raja Maraya yang menahan tawa itu turut dijelingnya.

"Kau pun sama. Aku tahu kau buat kerja bodoh macam hari tu lagi, aku ikat kau dekat pagar rumah. Nak panjat tembok sangat kan?"

Raja Maraya mencebik. Apa kena dengan abangnya malam ini?

"Kau kenapa, abang? Nat merajuk dengan kau ke?" Raja Maraya bermain serkap jarang. Sekali, tubuh Raja Hadi mengeras, langsung dia memandang Raja Maraya dengan wajah kelat.

"Kisah pula kau? Bukan ke semenjak dua menjak ni kau dah lupakan aku? Kau kan sibuk dengan boyfriend baru kau ni?" Raja Hadi menarik muka. Merajuk.

"Oh~ masa kau ada girlfriend, kau lupakan aku, aku tak pernah cakap apa - apa. Bila aku ada boyfriend, kena palau sikit kau pandai nak terasa ya?" Raja Maraya mencekak pinggang, berdiri di hadapan Raja Hadi yang menjuih bibir.

"Kata, kau ada aku je dekat dunia ni. Sekali Farel datang, habis janji kau pada aku. Huh, tak mo kawan!" Raja Hadi menolak sedikit tangan Raja Maraya yang baru hinggap dilengannya.

"Abang, kau dah tua lah! Hodoh betul bila kau merajuk!" Raja Maraya masih berusaha menarik tangan Raja Hadi. Habis dipenyek wajah Raja Hadi dengan kedua telapak tangannya tanda memujuk.

"Apa hal tu? Tak pernah aku nampak Hadi macam tu?"

Raja Luqman yang baru tiba di bilik kebal menegur Farel. Naik hairan dia melihat muncung panjang Raja Hadi yang menghadap dinding.

Farel mengangkat bahu, hanya mampu memerhati Raja Maraya yang sudah memeluk Raja Hadi dari arah belakang.

"Uish, Mar pakai kebaya? Kau orang dari mana? Dia bantai mamat - mamat tu pakai kebaya ke gila?!"

Raja Luqman melongo. Dari atas sehingga ke bawa dia memerhati Raja Maraya. Pakej kasut tumit tinggi, rambut yang didandan cantik dan berselendang dibahu. Memang macam perempuan melayu terakhir. Baru dia perasan akan padanan kebaya hitam di tubuh langsing itu.

"Dari makan malam renjimental. On the way balik dua samdol tu buat hal. Memang menempah maut" Farel menjuih ke atah dua lelaki yang diikat di penjuru bilik kebal. Masih pengsan.

"Aku ingat si bodoh tu tahu panjat tembok kem tentera je. Aku pujilah dia untuk kali ni." Raja Luqman menjuih bibir pula.

"Baru kau tahu princess aku macam mana. Slay tak slay" Dengan bangga, Farel menepuk dada sendiri. Keningnya terjongket keatas beberapa kali dengan sengihan.

"Slay, slay! Leher kau hampir kena tebas juga. Ni ha, bangsat dua ekor tu budak suruhan Tengku Haziq. Sama macam Jefri yang serang Mar dekat kondo haritu." Jibrael menolak laptop ke arah mereka semua untuk dilihat segala maklumat dan butiran diri lelaki - lelaki tadi.

"Aku rasa, dengan cara berdiam diri tak akan selesaikan masalah. Kita kena cari Tengku Haziq sekarang. Tak dapat Eshal, dia serang kak Mar. Lepas ni siapa pula? Lila?" Jibrael memberi cadangan.

Jangan sampai lelaki itu berani mendekati Raja Laila. Pasti, pengakhirannya tidak akan baik.

"Cakap panjang lebar tak guna. Mission kali ni aku nak semua turun. Cari.Tengku. Haziq." Raja Hadi mula bersuara tegas.

Mereka mengangguk. Bersetuju.




FAREL Ziyan mengambil tempat duduk di island table berdekatan bartenders. Wajah ketatnya jelas mengatakan dia tidak menyukai suasana disini.

Lebih - lebih lagi melihat Raja Maraya yang sedang menjalankan 'tugasannya'. Liuk lentuk tubuh kekasihnya itu dipandang tajam.

"Drink?" Soal seorang bartender perempuan, sudah miang keladi melihat Farel yang duduk dihadapannya.

Farel menggeleng. Matanya fokus melihat Raja Maraya yang sedang membisikkan sesuatu di telinga Tengku Harith.

Segala godaan dan kata - kata manis dapat didengari jelas oleh mereka semua melalui earpiece.

"C'mon, Harith. I know you want me. I rasa you lagi better daripada tunang I" Raja Maraya ketawa lalu bibirnya didekatkan ke telinga Tengku Harith yang sudah tersengih nakal.

Tak ada abangnya, adik pun boleh. Lebih senang mahu mengendali Tengku Harith.

"Siapa pulak tunang si bodoh ni?" Suara Raja Ummar kedengaran di earpiece.

"Tahu pun. Sepatutnya you dengan I bukan doktor tu. I can make you feel better than he can. Maria, i adore you so much" ujar Tengku Harith lalu bibirnya cuba disatukan dengan bibir Raja Maraya, tetapi segera ditolak lembut oleh gadis itu.

Segelas champagne disua kepada Raja Maraya oleh seorang pelayan wanita. Pelayan wanita itu mengangguk lalu beredar. Hemlock Devil.

"Jangan gelojoh sangat! Nah minum dulu" gelas itu disua ke bibir Tengku Harith. Laju sahaja minuman itu mengalir di dalam tengkuk nya. Raja Maraya tersenyum senget apabila segelas champagne itu diteguk habis.

"Can i get a kiss? You asyik mengelak aje" rungut Tengku Harith. Dicuba sekali lagi untuk membenam bibirnya ke bibir Raja Maraya.

"Not too fast, love. Prove. Prove you are better than Farel" senyuman sungging dibibir membuatkan Tengku Harith semakin menggila.

"You want me that bad, huh? C'mon, I'll show you what heaven looks like" tangan Raja Maraya ditarik bangun lalu mereka memasuki kawasan districted area.

"Black Maria dah masuk" gumam Raja Laila yang sedari dari tadi berdiri di tepi gerbang yang memisahkan kelab malam dengan bilik privasi yang sering digunakan oleh tetamu tetamu VVIP.

Dulang yang berisi alkohol itu diletakkan semula di atas meja lalu perlahan - lahan bergerak mengikuti Raja Maraya dan Tengku Harith dari arah belakang.



TENGKU Harith yang tersenyum menyeringai membuatkan Raja Maraya menyampah separuh mati. Kini, mereka di bilik VVIP kelab malam milik keluarga Tengku Hudson.

Hasil pancingan Raja Maraya agak berbaloi. Malam ini, dia harus menggoda Tengku Harith demi secebis maklumat keberadaan Tengku Haziq. Untung saja lelaki ini memang menyukainya sejak dulu. Tidak susahlah kerjanya.

Earpiece ditelinga terdengar bingit dengan suara Black Angels yang sedang merempuh musuh. Jika dianalisa daripada suara mereka, memang Black Angels menang besar. Anak - anak buah Tengku Hudson bukanlah lawan handal mereka semua.

"Come here, baby girl" arah Tengku Harith langsung pehanya ditepuk setelah dia duduk di atas katil bersaiz king itu.

Raja Maraya hanya menurut. Tangannya naik mengusap lembut tengkuk Tengku Harith lalu turun ke dada hidang itu. Seketika, tubuh Raja Maraya sudah berada diatas peha Tengku Harith, merapatkan lagi jarak yang tercipta diantara mereka.

'Aku harap bukan Farel yang masuk sekejap lagi. Mampus budak ni dikerjakan nya'

"What a beauty. You're so fucking gorgeous" leher Raja Maraya menjadi serangan Tengku Harith ketika ini.

"You, I nampak abang you tau kelmarin" wajah memerah Tengku Harith diusap sedikit. Hasil meminum champagne berisi ubat tidur.

"Oh.. abang I baru balik. Lepas dia sedar dari koma. Now, he's back. Nak cari Ummar dengan Luqman. Balas dendam. Hehe. Jangan bagitahu dia orang tau!"

Tengku Harith tersedu. Jari telunjuk diletakkan dibibirnya, signal menyuruh Raja Maraya menyimpan rahsia. Saat denyutan dikepala terasa, wajahnya disembam ke dada Raja Maraya. Entah kenapa, kepalanya pusing.

Rambut Tengku Harith dibelai lembut sebelum ciuman singgah dipipi lelaki tersebut. Tersengih lebar Tengku Harith jadinya.

"Mana dia sekarang ni? Ada dekat sini ke? Lama betul I tak nampak dia" ujar Raja Maraya.

"Hm, ada di markas baru. Frank Blood District Area. You nak pergi sana tak? I boleh bawa you. Sana ada kelab polo. You suka naik kuda?" Soal Tengku Harith polos.

Matanya yang sekejap terbuka dan terpejam itu mendongak memandang Raja Maraya yang sudah menolaknya terbaring di atas katil.

"I prefer to ride you, love" bisik Raja Maraya.

Tengku Harith tersenyum lagi dan lagi. Kini, dia mencuba menolak Raja Maraya berbaring. Tangannya ganas menarik baju Raja Maraya.

"Shit!"

BUK!

Satu hentakkan daripada kepala Raja Maraya hinggap diwajah Tengku Harith. Lelaki itu mula memegang hidungnya yang mula mengeluarkan cecair merah likat.

"Fuck, babygirl. I suka ganas - ganas tapi—"

BUK!

Kaki Raja Maraya naik menendang perut Tengku Harith yang berdiri longlai. Sekali sahaja tendangan sudah mampu membuat perutnya berasa senak tak terkata.

"Oi! Kenapa belasah I ni, baby?!" Tengku Harith sudah terbaring sambil menekan perutnya.

"Baby, baby. Babi kau!" Sempat badannya diusap akibat geriap dengan sentuhan Tengku Harith. Naik bulu romanya.

Selimut nipis dikoyakkan bagi digunakan sebagai pengikat tangan dan kaki.

"Uish, you suka ikat - ikat ya? Naughty nya~ Ehek" Tengku Harith tersenyum sinis ketika Raja Maraya sedang mengikat tangannya.

"Ikat I baby. I rela" Tengku Harith bagaikan menyerah diri. Dia duduk bersila sambil menghulurkan tangannya ke arah Raja Maraya.

"Si Laila ni letak ubat tidur ke ubat gila? Hai, nasib kau lah budak" ditepuk pipi Tengku Harith dua kali.

DANG!

Tersembul wajah Farel dan Raja Laila di muka pintu.

"D..Dragon—"

"Mampus kau sial" Beserta itu tubuh Tengku Harith ditarik kasar lalu penumbuk penuh diberi kewajah itu.

"Oi! Matilah anak orang tu! Sudah!" Teriak Raja Laila.

Raja Laila dan Raja Maraya hanya melongo. Tidak tahu mahu berbuat apa. Yang mereka tahu, Farel Ziyan sedang menyinga.

"MATI KAU!"

BUK!

"MATI!"

BUK!

"SIAL!"

BUK!

"Dragon! Enough!"

Χ”ΧžΧ©Χš קריאה

You'll Also Like

2M 71K 65
[ Karya pertama yang banyak mengandungi kesalahan ] Her Obesession Husband Series 1 π‘πšπ²π²πšπ§ 𝐈𝐬𝐀𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 - lelaki berumur 27 yang berkerj...
1.8M 132K 83
☠️ 1st Knight Series β™₯️ Tengku Azreal Attar X Shafiqah Amanda πŸ€ Dead man tells no tales. "Abang Azreal?" Shaf tersenyum lebar. Azreal mengangguk pe...
245K 4.7K 10
[TERBIT DI BAWAH FAJAR PAKEER] Ditikam belakang, dimanipulasi, diperdaya. Dunia ini sebuah lakonan. Tiada kebenaran, hanya penipuan. Permainan yang d...