šŒššš°ššš« š”š§š­š®š¤ š‡š®š¦ļæ½...

By lvndrella

1.3M 60.4K 8.6K

"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau buka... More

PROLOG
Bab 1
Bab 2
BAB 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
EPILOG
Bonus part

Bab 24

32.6K 1.5K 167
By lvndrella

🌹

HUMAIRA melihat wajah Arzhel yang semakin tegang. Langsung tiada secalit senyuman pada bibir itu. Tajam anak mata biru itu merenung Humaira. Pandangannya melorot. Merenung perut Humaira.

"Almost five months. Am I right, sweety?" ajunya. Terlihat seperti sedang memikirkan sesuatu.

Lantas Humaira berundur. Bersedia jika Arzhel tiba-tiba akan menyerangnya. Atau melakukan sesuatu yang mungkin menyebabkan kecelakaan. Dia sendiri cukup tahu bahawa Arzhel seorang yang sukar diteka.

"Ya. Awak nak apa?" Dia tetap menjawab soalan itu. Masih cuba bertenang memandangkan Arzhel masih belum melakukan apa-apa.

Arzhel angguk kecil. Sebelum kembali berkata.

"Saya nak apa?" Sinis nadanya menjamah telinga Humaira. Sebelum dia mengunci sliding door tersebut. Kali ini, sah! Sudah tiada jalan untuk Humaira ke mana-mana.

"Seperti yang saya cakapkan, hanya kita berdua. Chill, saya tak akan sakitkan awak. Kecuali awak yang mulakan kekerasan." Entah apa yang cuba Arzhel katakan. Hujahnya jelas membuat Humaira tersentak. Tetapi pada masa yang sama, Humaira diserbu rasa marah.

Arzhel, pengkhianat? Apa yang sedang terjadi?

"Apa yang awak cuba buat ni, Arzhel?" Sedikit melenting. Wajahnya berkerut memandang riak wajah Arzhel yang sedari tadi serius. Tenang.

"Awak tak nampak takut sekarang ni." Bukan tekaan, tetapi itu nyata. Arzhel kembali memandang Humaira. Seraya badannya disandarkan pada dinding.

"Perlu ke saya takut?" Mencabar!

"Good girl." Arzhel gelak. Penuh provokasi.

"Saya tak takut kalau awak nak ancam saya, Arzhel. Sekarang mana suami saya?" Soalnya. Garisahnya mengatakan bahawa Azriel sedang dalam masalah. Sudah pasti dia bimbang jika kejadian yang sama akan menimpa Azriel.

Membayangkan itu, dia teringat pada pertemuan awal antara dia dan Arzhel. Bukan cuma Luqman yang menurutnya aneh. Tingkah Arzhel pada ketika itu turut sama menimbulkan tanda tanya. Buatkan dia menyimpan sedikit rasa muyskil.

"Ancam? Who? Saya tak berkasar dengan wanita, sweety. Itu bukan tipikal saya. Dan seperti yang saya cakap, your husband is now somewhere." Masih serempu dengan apa yang Arzhel katakan. Cukup membuat fikirannya sesak. Bercelaru.

"Saya tak tahu apa yang cuba awak lakukan. Tapi tak semudah itu untuk sempurnakan pengkhianatan awak kalau awak memang berniat jahat, Arzhel." Dingin nada Humaira. Memecahkan kesunyian yang tiba-tiba mencengkam itu.

"Azriel told me almost everything about you, sweety. Even before dia amnesia. Tapi rasanya, ada satu hal dia lupa bagitahu. Bidadari seorang Azriel ni boleh tahan berani." Segaris senyuman dihadiahkan kepada Humaira.

"Saya dah lalui banyak benda, Arzhel. Tak perlu Azriel bagitahu awak. I'll tell you more if you want." Humaira berdiri tegak di hadapan Arzhel. Mendongak memandang wajah sita jejaka itu.

"Unfortunately, I'm not a good listener." Arzhel berjalan melepasi Humaira.

Dibiarkan angin malam melayahkan rambut tebalnya yang sedikit kecoklatan. Tunak mata helang itu memandang jauh ke atas kelamnya bentangan langit. Kemudian memerhati kawasan sekeliling dengan teliti.

"Saya nak pergi cari suami saya. Give me the key!" paksa Humaira. Sengaja dia menekan nadanya sebagai amaran.

"Awak tak akan pergi ke mana-mana, sweety. Awak akan bersama saya." Sekilas, terdengar keluhan kecil terlepas pada hujung bibir Arzhel.

"No! Saya nak pergi cari Azriel. Saya tak percayakan awak!" Keras Humaira menentang.

"Tsk... Tsk... Tsk... Sweety, trust is only for children." Kali ini, Arzhel berpaling. Memandang kosong wajah bening Humaira.

"Awak bercadang nak bunuh suami saya ke? Atau awak salah seorang daripada penjenayah? Sebab tu awak bawa kami ke sini." Apa yang sedari tadi mengintari ruang mindanya, dia ungkapkan. Bersama mata yang tajam memandang raut polos Arzhel.

"Awak dibawa ke sini atas kemahuan Azriel. Kalau saya bunuh Azriel, apa keuntungan yang saya dapat?" soal Arzhel kembali. Kening langkingnya diangkat sebelah.

"Arzhel!" Tepat saat itu, ada satu suara yang sayup-sayup kedengaran. Nama Arzhel dilaung kuat dari satu arah.

Tatkala Humaira melihat ke bawah, ada sebuah kapal kecil yang sedang menuju ke arah mereka. Buatkan Humaira terpinga-pinga.

"Awak boleh bergerak? Tak beranak lagi kan?" takut-takut Arzhel menyoal. Kepalanya yang tidak gatal digaru.

"Maksudnya?"

"Kita kena tinggalkan tempat ni. Jangan tanya kenapa sebab awak akan faham benda ni nanti. Sekarang ni, awak boleh bergerak?" Laju-laju dia memuntahkan setiap butir percakapannya.

"Ish, jawablah cepat!" desak Arzhel. Semakin kalut.

"Boleh! Boleh... Tapi..." Belum sempat Humaira membalas, tubuhnya didorong menggunakan kayu kecil. Entah sejak bila Arzhel ada benda tu. Buat terkejut je!

"Suami saya macam mana?" lenting Humaira. Meskipun begitu, dia turuti arahan Arzhel. Perlahan-lahan, dia menuruni tangga besi.

"Dia akan menyusul di belakang. Sekarang kita kena pergi." Selang beberapa minit, mereka sudah berada di atas bot yang sederhana kecil. Apa yang Humaira sedar, di situ sudah ramai pasukan penyelamat. Termasuk anggota polis.

"Azriel..." Kata Humaira sepatah. Pandangannya tertumpu pada bayangan seseorang di cruise. Dia terkaku.

"Dia selamat, sweety." Arzhel yang sedang duduk bersandar, memejamkan mata. Mencari udara segar untuk seketika. Tercungap-cungap juga nafasnya angkara bergerak terlalu pantas.

Selang beberapa saat, Arzhel menangkap suara tangisan. Seolah-olah cuba untuk ditahan. Lantas dia membuka mata. Lalu melirik memandang Humaira.

"Awak menangis?" Arzhel terpinga-pinga.

Ketika itu, dia turut sama memandang kapal besar yang masih tidak jauh daripada mereka. Bayangan Azriel jelas terlihat. Bersama seorang wanita. Seperti sedang berseronok.

Wanita itu, Amanda.

Arzhel meraup wajahnya. Sah! Salah faham.

"Masa-masa macam ni pun aku kena pujuk orang bercinta," gumam Arzhel.

"Apa yang terjadi sekarang ni tak sama macam yang awak fikirkan, sweety. Awak akan faham, tapi bukan sekarang. Bila Azriel balik nanti, dia akan jelaskan." Lembut suara Arzhel memujuk.

"Ini ke sebab awak tak bagi saya jumpa dia? Sebab tak nak saya cakar muka girlfriend dia?" Tipulah bila hatinya tidak menggelegak tatkala melihat Azriel sedang bersama wanita lain.

"Salah satunya. Tapi Azriel pentingkan keselamatan awak, sweety. Tolong jangan buat apa-apa andaian. Awak akan faham, okey?" Arzhel beralih duduk di hadapan Humaira. Menghalang bayangan Azriel daripada menjamah pandangan Humaira lagi.

Ada betulnya apa yang Arzhel katakan. Dia belum mendengar penjelasan daripada Azriel. Bukan masanya untuk membuat kesimpulan sendiri.

"Dia akan selamat?" Meskipun kecewa, dia tidak mahu apa-apa berlaku pada Azriel. Cukuplah kejadian di Itali lalu menggoncang separuh dunianya. Sampaikan Azriel lupa semua tentang mereka.

"Tujuan hidup dia sekarang adalah untuk bersama-sama dengan awak selamanya. Jadi bermaksud, dia pasti akan selamat. Dengar macam geli kan? Saya pun nak termuntah. Tapi percayalah, dia selamat," ujar Arzhel, bersama senyuman manisnya yang dibuat-buat. Sempat pula tu menyelitkan kutukan pada Azriel.

Tempoh hari semasa Azriel berada di hospital, kata-kata yang sama Arzhel berikan. Katanya, Azriel akan selamat. Alih-alih selamat, rupanya Azriel hilang ingatan. Rasa takut mahu percaya untuk kedua kalinya.

"Trust is only for children," bidas Humaira. Dia ulang kembali apa yang Arzhel sempat katakan sebelumnya. Sebagai sebuah sindiran.

"Okay, fine sweety! Kita tunggu Azriel datang. Bila dia balik, persoalan awak akan terjawab." Malas mahu memulakan perdebatan.

....

RESAH. Itu yang dia rasakan ketika itu. Mengenangkan bagaimana Azriel kembali dirawat di sebuah hospital. Kejadian yang terjadi di luar jangkaan pihak mereka. Beberapa pihak lain turut sama cedera. Ada yang lebih tragis keadaannya.

Lama dia menunggu di lobi. Terasa dirinya keseorangan meskipun pada ketika itu Arzhel Qadr setia menjadi penemannya. Bingit suara manusia di tempat itu turut sama tenggelam dalam lamunan.

"Azriel!" Tatkala melihat Azriel yang baru terjengul di muka pintu bilik rawatan, dia terus menerpa.

Pandangannya terpaku pada bahu kanan Azriel yang kemas berbalut.

"Hey, sayang okey? Are you hurt?" Laju Azriel menyoal terlebih dahulu. Tubuh isterinya dibelek-belek. Seolah-olah yang sedang cedera ketika itu adalah Humaira.

"Maira okey. Yang tak okey suami Maira..." Tidak semena-mena air matanya jatuh. Rasa nak marah pun tak sempat. Jatuh kasihan melihat keadaan Azriel.

"I'm good, sayang. Your husband is fine!" Dahi Humaira, Azriel kucup lembut. Kemudian jemari kasarnya menyeka lembut pipi Humaira yang dibanjiri air mata.

"Tapi abang cedera!" marahnya. Kalau Azriel sedang tidak terluka saat itu, sudah lama dia luku. Bahang hatinya masih terasa.

"It's just a small accident, sayang." Tenang wajah Azriel. Kemalangan kecil dia kata? Mulut memang nak kena di cili.

Humaira memeluk erat tubuh tegap Azriel. Langsung tidak menghiraukan mata-mata yang memandang mereka di kala itu. Lantaklah orang nak cakap apa. Bukannya mereka faham pun.

"Gelinya ya Allah... Kenapalah engkau takdirkan anak ustazah Fatimah ni untuk berkawan dengan Azriel? Kenapa bukan orang lain?" Arzhel yang duduk pegun di tempat duduknya, memerhati semua dari kejauhan. Matanya ditenyeh berkali-kali tatkala menyaksikan adegan percuma depan mata.

Tidak lama selepas itu, pintu lainnya terkuak. Terjengul kelibat Amanda di situ. Buatkan semua mata beralih kepada gadis bertubuh tinggi itu. Amanda kelihatan lelah. Bersama dahi yang sedikit calar.

"Amanda?" Humaira memandang risau. Pada masa yang sama, fikirannya dihambat dengan puluhan tanda tanya. Kenapa Azriel bersama-sama dengan wanita itu di kapal tadi? Apa yang mereka sedang lakukan?

Ketika itu, dia melihat Amanda melayangkan segaris senyuman. Kelihatan begitu ikhlas. Sebelum wanita yang berkulit sawo matang itu berjalan melepasi kedua mereka. Terus kelibatnya lesap dari pandangan.

"Apa yang dah jadi?" Wajah suaminya dipandang serius.

"Abang jawab dekat hotel nanti."

....

"KENAPA abang berdua-duaan dengan Amanda?" Dalam banyak-banyak soalan, itu yang pertama kalinya dia aju. Sempat dia berdoa dalam hati. Mintalah jawapan Azriel tak menyakitkan hati. Kalau kenyataannya pahit, dia sendiri yang akan hantar Azriel jumpa Tuhan.

"Correction! Abang tak berdua-duaan dengan dia. Dekat situ ada ramai orang, sayang." Lembut nada Azriel. Tidak terima dengan fitnah percuma yang dia dapat. Humaira yang sedang mundar-mandir dihadapannya sekadar dipandang.

"Dia pegang bahu abang." Inilah yang menyakitkan hati! Tak pasal-pasal dia menangis mengenangkan nasibnya yang seolah-olah dikhianati.

"Abang tak pegang dia. Sayang tahu kelemahan lelaki kan? Dia buat macam tu bukan hanya dekat abang seorang. Dengan orang-orang tertentu. Itu tugas dia. Seduce, find out, and leave." Wajah Azriel langsung tidak boleh dia tafsir. Jejaka itu hanya memasang riak yang sama dalam semua situasi. Bila sedih, barulah wajah Azriel berubah raut.

"Okay, but still! Abang salah. Bukan main rela kena sentuh sana sini." Dia buat keputusan sendiri. Azriel salah, bersalah, dan dipersalahkan!

"Fine! Next question, love." balas Azriel.

"Kenapa abang bagi lelaki lain jaga Maira?" Itupun salah satu soalan yang penting. Mati-mati dia ingat Arzhel tu pengkhianat. Tak pasal-pasal jatuh fitnah.

"Sebab satu-satunya lelaki yang boleh jaga sayang, tanpa sentuh sayang sedikit pun, hanyalah Arzhel. Kalau abang bagi lelaki lain, abang tak jamin sayang selamat," hujah Azriel. Kali ini, jawapan Azriel dapat dia terima. Hadam terus dalam kepala.

"Kenapa... Kenapa abang boleh cedera? Amanda pun sama. Kesian dia." Humaira menyilangkan tangan di dada. Seraya memandang wajah Azriel. Biarpun hatinya sedikit terguris dengan tindakan Amanda semasa di cruise, dia tetap risaukan wanita itu. Nasiblah juga orangnya ramah.

"Masa tu, kami dah berhasil tangkap siapa dalang daripada kes ni. Money laundering bukannya hal remeh. Dan tentunya orang yang terlibat bukan orang sembarangan." Azriel menghela nafas seketika.

"Siapa pelakunya?" Tanya Humaira.

"Salah seorang daripada anak orang ternama. Identiti dia dirahsiakan. Waktu kami nak tinggalkan cruise, identiti kami dikesan. Mereka dapat tahu yang kami adalah pihak yang bertugas di bawah interpol dan sebahagiannya unit gerak khas. Sebab tu mereka buat serangan mendadak." Kali ini, wajah Azriel kelihatan semakin tegang. Semakin serius. Menandakan bahawa ini bukan hal ringan.

"Masa tu, abang tak dapat nak kawal diri abang. Abang ingatkan sayang dah kena serang. Untung tiada siapa yang perasan bot penyelamat datang waktu tu. Kalau tak, mereka akan serang bot tu juga."

"Jadi bermaksud, mereka ramai?"

"Ya, ramai sangat. Tapi semuanya dah selesai. Tugas abang dan Arzhel dah berakhir. Tak ada apa yang perlu difikirkan lagi. As long as sayang selamat. Abang bersyukur." Kali ini, terbit senyuman pada bibir Azriel.

"Selesai macam tu je?" Masih tidak percaya dengan apa yang terjadi pada hari itu. Semuanya berlaku terlalu pantas.

"Pihak lain akan handle benda ni, sayang." Azriel berdiri. Kemudian berdiri di samping Humaira. Ditenung wajah Humaira yang tampak berseri-seri.

"Did my explanation answer your questions?" soalnya. Disambut dengan anggukan kecil Humaira. Angguk sajalah. Kalau terang panjang-panjang, bukannya dia faham sangat.

"Kesayangan abang tak nak kongsi apa-apa?" Tiba-tiba dia bertanya lagi.

"Maira ingatkan Arzhel akan khianati kita." Bila difikirkan kembali, tindakan Arzhel benar-benar menyeramkan. Macam pembunuh bersiri pun ada. Terlatih berlakon agaknya.

"He's a soft man, sayang. Dia berpegang dengan kesetiaan." Fuh! Pakej betul dia sokong tindakan Arzhel.

"Abang okey?"

"Abang okey." Hanya itu yang terlepas pada bibir Azriel. Sebelum kebungkaman kembali menyelubungi mereka. Hanya seketika.

"Dari hari pertama kita bersama, baru malam ni Maira tengok abang pakai cincin kahwin kita." Pandangannya jatuh melihat jari manis Azriel.

"Abang baru terjumpa cincin ni. Arzhel yang pegang. Dia terlupa bagi katanya."

Bahagia menyapa diri itu. Jika sebelum ini dia mengharapkan Azriel mengingatinya kembali, kini harapan itu berubah. Dia hanya ingin kebahagiaan menemani setiap hari-hari mereka.

Semoga tiada kata pisah di antara mereka kecuali maut yang datang menjemput. Meskipun Azriel belum sembuh. Belum mengingati kenangan yang sempat tercipta di antara mereka.

"Tugas abang dah selesai? Jadi maksudnya, kita boleh balik Malaysia?" Rindu tak terbendung dengan tanah air sendiri. Udara di tempat orang jauh berbeza dengan negara sendiri. Makanan pun banyak yang tak kena dengan tekak. Lebih-lebih lagi budaya.

"We have another week left, sayang." Jawapan yang Azriel beri menimbulkan persoalan pada mindanya. Seminggu?

"Maksudnya? Tugas abang masih ada?" Ketika itu, Azriel terus mengangguk kecil. Mengeyakan soalannya.

"Technically, yes!" Azriel senyum. Menampakkan lesung pipitnya yang tidak pernah bosan untuk Humaira tenung. Terlalu sempurna.

"Tugas apa?"

"Adalah." Sekilas, rahangnya menjadi santapan bibir Azriel dari tepi. Buatkan tubuhnya terus terkaku. Ah sudah!

"Kita pergi honeymoon. Hanya kita berdua." Mendengar sahaja kata-kata yang keluar daripada mulut Azriel, terus mata Humaira terbelalak.

Tanpa sedar, dia meloncat. Terlalu gembira sampai lupa yang dia sedang berbadan dua. Inilah masanya dia kikis dompet Azriel. Bukan selalu. Memang tepat!

"Yes!" Pipi Azriel ditarik, lalu kucupan bertalu-talu dia beri. Memang dahsyat! Bila dengar perkataan honeymoon, memang banyak benda sudah dia rancang di minda.

"Calm yourself!" Azriel tergelak kecil. Sedikit terkesiap dengan tingkah mengejut isterinya. Nasib baik tak terberanak.

"Thanks, abang!"

"Are you happy?" Azriel merangkul pinggang Humaira. Sebelah tangannya menjalar pada pipi mulus wanita itu.

"Of course, I do!" Humaira tersenyum lebar.

"Then my job today is done. Can I kiss you now?" Tahu ke mana arahnya. Dia tidak membantah. Hanya membiarkan Azriel menuntut haknya kala itu.

🌹

Continue Reading

You'll Also Like

2M 89.7K 57
[COMPLETED] 1st story Song: Dirgahayu by Faizal Tahir & Siti Nurhaliza Sudah 13 tahun berlalu. Jarak yang memisahkan mereka buatkan dia bahagia dan...
1.1M 39.8K 57
š”š§ššžš« š“šžš§š š¤š® š’šžš«š¢šžš¬ š•šØš„ šŸ šŠš§šØš°š§ š€š¬ š‡š¢š¬ šš«šžšœš¢šØš®š¬ š–š¢šŸšž š“šžš§š š¤š® š‡šššŸšŸššš³ šƒššš¢š²ššš§ | šƒššš«š¢š¬šš...
3.2M 288K 93
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...