๐Œ๐š๐ฐ๐š๐ซ ๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐‡๐ฎ๐ฆ๏ฟฝ...

By lvndrella

1.3M 61.3K 8.7K

"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau buka... More

PROLOG
Bab 1
Bab 2
BAB 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
EPILOG
Bonus part

Bab 23

35.3K 1.5K 368
By lvndrella

🌹

"BUKAN main masam muka you. Habis kena marah dengan Azriel?" Amanda yang baru sahaja terjengul, mengayun pertanyaan. Wajah kacak Arzhel dipandang. Tengok muka pun dah tahu jawapannya.

Biasanya di antara mereka, Arzhel yang paling tidak senang duduk diam. Paling lama berdiam mungkin hanya dalam 0.5 saat. Selepas itu, pasti meroyan tak tentu pasal. Kalau hidup dalam movie The Silence, Arzhel adalah karakter pertama yang akan mati dulu.

Ketika itu, Arzhel terlihat murung. Lebih murung daripada Rapunzel yang terkurung dalam bangunan tinggi sendirian. Sah! Ada yang tidak kena.

"Yang kau sibuk nak tahu kenapa?" Arzhel menjuihkan bibirnya. Tanda protes. Terus dia berdiri tegak. Kolar bajunya dikemaskan. Sebelum berdehem kecil.

"Hai, jaga seorang perempuan macam Humaira yang lembut tu pun tak boleh? Patutlah tak kahwin-kahwin." Seolah-olah sebuah sindiran, berdesing telinga Arzhel mendengarnya. Dia lihat Amanda tersenyum senget. Tersenyum penuh kemenangan. Puas!

"Ha, habis tu? Kau nak apa? Janganlah ngorat aku." Arzhel berpeluk pada tiang. Bersama wajah yang dibuat-buat cemas.

"Euw! Tak ada maknanya I nak ngorat you. Dekat sini lebih ramai yang elok. Setakat lelaki hauk yang pakej poyo macam you, tak hamak!" sembur Amanda. Jarang betul dia berdamai dengan Arzhel kecuali masa-masa genting yang mendesak.

"Aku cabai jugalah mulut itik kau ni. Muka macam aku ni, special! Mana kau nak dapat lelaki Kelantan mix Itali?" Arzhel meraup rambut tebalnya. Bangga. Walhal, dia bukanlah berdarah campuran. Seratus peratus Melayu juga.

"Mintalah dijauhkan," balas Amanda.

"Kau jangan. Terkadang, apa yang kita cakap akan makan diri kita sendiri. Mahunya Tuhan takdirkan aku untuk kau, macam mana? Kau kahwin dengan aku, aku balut badan kau ni pakai kain kafan." Arzhel menuding jari telunjuknya tepat-tepat pada wajah cantik Amanda.

"Kasarnya. Tak gentleman langsung!" Amanda menjodong.

"Dah kau pakai baju macam ni. Memang patutlah! Habis mata aku. Umi... Angah takut!" Arzhel menutup matanya. Terpaling jaga pandanganlah katakan.

"Rantai yang you pakai tu apa? Rantai haiwan?" sindir Amanda. Dah dua-dua tak mahu mengalah. Memang perang mulut jadinya.

"Rantai haiwan kau kata? Kau tahu apa? Aku bagi kau gambaran, kau dengan elok-elok. Kalau aku terjun dekat laut, lepas tu jerung gigit kepala aku, ngappp! Orang masih boleh tahu aku ni siapa even muka handsome aku dah hancur. Apa yang benak sangat engkau ni?" Rantai di lehernya diacungkan kepada gadis itu. Terpampang jelas ukiran nama Arzhel Qadr di situ.

"Bercakap dengan you memang asyik nak menang aje. Cuba tengok suami Humaira tu. Kalau Humaira marah-marah, dia mengalah. Bukannya membalas!" bidas Amanda.

"Itu suami Humaira. Yang depan kau ni calon suami anak tauke beras. Learn the difference!" Arzhel senyum lebar. Sekadar berseloroh. Tapi kalau dapat kahwin betul-betul dengan anak tauke, memang dia ulang-alik Watson setiap hari.

"Lah, ingat nak jadi suami I tadi."

"Bapa kau garang sangatlah. Buatnya dia minta hantaran 60K, terpaksa aku jual jantung dekat Itali." Arzhel menggaru-garu belakang kepalanya yang tidak gatal.

"Bapak I dah underground! Biadabnya you ni." Serentak itu, Amanda menjeling tajam. Kalau boleh, sampai terhiris kulit muka Arzhel gara-gara jelingannya.

"Eloklah tu. Ada juga kawan bapak aku dekat sana. Borak-borak kopitiam," jawab Arzhel.

"You tahu ke alam sana macam mana? Suka hati you nak buat jokes macam tu. Tak kelakar langsung " Amanda membidas.

"Ha... Tahu pun kau. Lain kali, jangan ambil baju kau dekat tukang jahit kalau belum siap lagi. Kalau tidak, macam ini lah. Habis berlubang dekat belakang!" Terselit nasihat dalam bait bicaranya. Mungkin, hanya caranya memang selalu kasar.

"Really? Tak nak sponsor I baju yang tertutup ke? Baju macam Humaira. Cantik!" Amanda mengelipkan kedua matanya berkali-kali. Tangan disulam, kemudian tersenyum manis.

"Baik aku bagi duit aku dekat umi. Belikan dia emas. Emas korea je lah..." Seraya itu, Arzhel membuka kot berwarna hitam yang kemas tersarung pada badannya. Kemudian, dicampak kasar ke wajah Amanda.

"Rosaklah make up I!" marah Amanda.

"Dah memang hauk macam Anaconda. Bibir pun merah macam kena tampar pontianak. Nak buat macam mana?" Mendengar sindiran Arzhel, terus wajah Amanda cemberut. Berani betul!

"Muka you pun hauk. Dah macam tertelan duit syiling sepuluh sen pun ada. Kuman pun tak lalu nak membiak dekat muka you!" Usai menyarungkan kot hitam itu di badan, terus Amanda membuka langkah meninggalkan Arzhel Qadr. Kalau tidak, memang berasap telinganya Arzhel buat.

Pemergiannya dihantar dengan ekor mata Arzhel yang sedang memprotes dalam diam.

"Ya Allah, semoga dia lupa nak apply sunscreen before make up esok. Aamiin..." Arzhel menadah tangan. Khusyuk sampai tak sedar banyak mata memandangnya ketika itu. Mungkin, pelik dengan tingkahnya.

"Akulah Mat Salleh ni pun. Betul juga perempuan hauk tak cukup benang tu cakap. Ramai sangat muka-muka elok dekat sini. Alhamdulillah, aku bukan gay. Aku straight... Aku straight." Dadanya diurut berkali-kali.

....

"ABANG tak sepatutnya marah Arzhel. Maira pun salah juga." Humaira melabuhkan duduk di birai katil. Seraya memandang suaminya yang sibuk membuka tali lehernya.

"Risau dekat boyfriend ke?" Mendatar suara Azriel. Wajah cemberut isterinya dilirik. Sebelum beralih mengambil kot berwarna hitam. Disarungkan dengan kemas.

"Haah. Kesian boyfriend saya. Dah penat lelah jaga saya, kena marah pula. Padahal bukannya salah dia." Jelingan maut dia berikan pada Azriel. Wajah suaminya hanya tenang. Langsung tak terkesan. Untouchable!

"Abang tak sayang Maira ke?" Rasa geram terbuku di dada. Sekarang masanya untuk dia buat perangai. Sengaja buat kepala Azriel pening. Perang bermula!

"Tak sayang?" Azriel menaikkan sebelah kening langkingnya. Kemudian laju badannya rebah di atas katil. Mengambil masa rehat sebentar.

Melihat Humaira yang mendengus, dia faham. Kalau bukan ribut taufan, ini mesti gunung berapi. Kejap lagi meletus.

"Bila Maira cakap yang Arzhel boyfriend Maira, abang tak marah. Macam tak sayang je." Nadanya dibuat-buat sedih. Tapi memang sedih pun!

"Sejak bila Laura Humaira jadi seorang yang kuat merajuk ni?" tanya Azriel. Matanya dipejam rapat. Rasa nyaman menjamah tubuhnya ketika itu.

Satu saat. Dua saat. Tiga saat.

Matanya kembali terbuka. Menyedari tiada sahutan daripada Humaira lagi. Bila toleh samping, Humaira sudah hilang. Ah, sudah!

"Sayang..." Nada Azriel separuh memujuk. Melihat bayangan Humaira di balkoni luar, Azriel senyum. Terus dia berjalan mendekati Humaira. Sambil menggaru-garu kepala sendiri.

"Abang ada salah cakap ke?" Dari tepi, wajah masam Humaira dia pandang. Cantik. Seperti selalunya.

Humaira jongket bahu. Sebagai balasan daripada pertanyaan suaminya itu. Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula!

"I see. Sekarang abang kena buat apa? Jangan terberanak pula. Baru nak masuk lima bulan kan? Abang belum ready nak patah tangan. Abang kena pujuk ke?" tanya Azriel. Boleh pula dia tanya balik. Pakej dengan gurauan yang tak kena-mengena. Memang cari nahas.

"Jangan muncung sangat bibir tu, sayang. Baby ikut nanti." Sengaja dia mengusik. Detik itu, Azriel berfikir keras. Kena fikirkan ayat yang tidak akan memancing emosi ibu mengandung. Kalau tidak, boleh jadi nyawa taruhannya.

Humaira memandang Azriel. Kepala didongakkan. Hujung matanya merenung tajam wajah sita itu. Cukup lama dia menganalisa. Macam ada yang tak kena.

"Awak wangi-wangi nak pergi mana? Dating dengan girlfriend?" Terselit kemarahan pada cebisan nada Humaira. Separuh curiga. Separuh musykil. Selebihnya sengaja.

"Call me abang, sayang. Awak is only for others. Not for me." Mendengar suara garau itu dilantun mendatar, dia tahu Azriel sedang memberi sebuah amaran.

"Jawablah soalan Maira," desaknya. Naluri hatinya sedang bergejolak tidak tenang. Kalau betul Azriel nak pergi jumpa perempuan selepas ini, memang aku gasak dua-duanya sampai lenyek!

"Apa dia?" Azriel buat-buat lupa.

"Abang pakai wangi-wangi, nak pergi mana?" soal Humaira. Kali ini lebih tenang. Bersedia menerima jawapan Azriel.

"Tak tahu ke malam ni malam apa?" Ada senyuman terselit di hujung ayat Azriel.

Melihat pandangan jejaka itu mengarah ke atas bentangan maya, dia turut sama mendongak. Memandang langit malam yang dihuni dengan purnama dan bintang-bintang.

"Malam apa?" Humaira termangu-mangu.

Seketika, telinganya menangkap jelas alunan lagu yang entah dari mana datangnya. Lagu A Thousand Years daripada Christina Perri bergema kuat. Membangkitkan suasana romantis. Menyemarakkan jiwa dengan perasaan haru.

"Wait, what?" Humaira mengalihkan pandangannya pada Azriel. Semakin hairan.

"Kenapa tiba-tiba ramai yang menari dekat bawah sana?" Dia tanya lagi. Memandangkan pertanyaannya yang tadi masih tidak kunjung dibalas.

Dia meruyupkan matanya. Menyaksikan sudah ramai yang menari menikmati alunan muzik yang dimainkan oleh seorang pianist.

"It's Valentine's Day, sayang. Orang-orang dekat sini memang sambut setiap tahun. Sebab tu dia orang pasang lagu ni," kata Azriel. Seraya membalas tatapan Humaira.

"A Thousand Years by Christina Perri. It's about an eternal love," sambungnya.

"Abang nak buat apa?" Humaira memandang Azriel yang mulai berdiri tegak. Seperti bersedia untuk melangkah pergi.

"Dance with you. There's no other woman. Never!" ujar Azriel. Serentak itu, terasa pinggangnya dirangkul erat. Sebelum kedua tangannya melingkar di leher suaminya.

"Saya baru tahu yang suami saya ni pandai menari." Humaira tersenyum. Mengikuti rentak irama lagu bersama-sama derapan kaki Azriel. Tubuhnya melayah ke kiri dan kanan.

"Only with you," bisik Azriel. Merenung ke dalam wajah anggun Humaira. Wajah yang pada detik itu sehinggalah nanti, akan terus menjadi pujaannya.

Seketika, kebungkaman menyelubungi mereka. Hanya mata yang saling berbicara. Mengungkapkan semuanya yang ada di dalam hati.

Bahagia. Itu yang mereka rasakan.

Semilir bayu yang datang membawa suasana karar menjadi saksi pertama mereka pada malam itu. Saksi bahawa dua hati mereka sudah lama menyatu. Hanya mereka.

"Guess what, sayang?" Azriel tiba-tiba berhenti. Membiarkan angin malam terus-menerus meniup rambut tebalnya. Pinggang Humaira masih dirangkul. Bertambah erat.

"Kenapa berhenti?" tanya Humaira.

"Cuba teka. Abang bawa apa?" Semakin Humaira tertanya-tanya. Lantas dia tercari-cari.

Azriel menarik sesuatu daripada kot hitam yang tersarung kemas pada badan tegapnya. Buatkan mata Humaira bersinar-sinar. Sungguh dia tidak menyangka.

Sekuntum mawar berwarna merah pekat.

"Mawar?" Harum wangiannya. Menebarkan kecantikannya di tengah-tengah kelamnya semesta ketika itu. Menenangkan hati dan fikiran.

Seketika kemudian, Azriel mengambil sesuatu daripada kelopak mawar itu. Kilauannya memanah tajam menikam pandangan mata Humaira.

"Cincin?"

"Cincin untuk sayang." Entah sejak bila Azriel menyiapkan semua ini. Keluh lidahnya di kala itu.

Serta-merta, dia tenggelam di dalam pelukan Karl Azriel. Tidak terhingga rasa syukur dalam hati itu. Sungguh hanya seorang Karl Azriel yang mampu menjadi penghuni hatinya.p

Sampai bila-bila. Sampai maut yang memisahkan mereka.

"Terima kasih sebab sudi hadir dalam hidup abang." Halus nada Azriel. Terdengar begitu ikhlas. Sehingga meninggalkan sebak di dalam hatinya.

"Terima kasih sebab jadikan Maira penghuni hati abang," ujarnya pula.

"I love you. I love you more than I'll ever show." Untuk hari itu, sudah hampir puluhan kali dia mendengar kata-kata tersebut keluar daripada bibir suaminya. Tak pernah jemu.

Humaira angguk.

"And I love you more than you'll ever know."

.....

SENYUMANNYA masih mekar. Sama seperti mawar yang berada pada genggamannya ketika itu. Tidak bosan-bosan mata itu menatapnya. Menghidu wangiannya. Kemudian direnung lagi dan lagi.

I was all alone with the love of my life

She's got glitter for skin

My radiant beam in the night

I don't need no light to see you

Sayup-sayup kedengaran alunan lagu Golden Hour yang dimainkan. Menunjukkan bahawa orang-orang di situ masih melanjutkan pesta mereka. Mungkin, masih menari-nari dan bernyanyi riang.

Lamunannya kala itu ditemani dengan pintalan kesyahduan malam yang semakin berpanjangan. Hilang resah. Muncul bahagia.

Fikirannya begitu tenang. Hanya diisi dengan berbakul perasaan terharu. Terasa lelah yang dia tanggung sudah terbayar habis.

Humaira termenung. Mengamati bulan yang mengambang. Tenggelam timbul dalam kepekatan langit. Ketika dia memandang jauh ke atas sana, pantulan bulan itu berkilauan cantik pada mata coklat miliknya.

Sebelum akhirnya khayalannya terhempas jeda. Telinganya menangkap bunyi pintu yang terkuak. Menunjukkan bahawa ada orang yang sedang meluru masuk.

Hairan. Sekali gus tertanya-tanya. Azriel beritahu, dia terpaksa pergi dalam waktu yang agak lama pada malam itu.

Derapan langkah seseorang menyentakkan Humaira. Namun dia tidak berpaling. Hanya mematung di tempat dia berdiri. Seraya menunggu kelibat itu benar-benar menghampirinya.

Sejurus selepas itu, dia merasakan seseorang itu sudah berdiri tepat dibelakangnya. Wangian itu. Dia pasti seseorang itu adalah lelaki.

Bukan Azriel. Tetapi lelaki lain.

"Nampaknya seorang bidadari ditinggalkan sendirian di sini." Suara itu bergema.

Membuntang mata Humaira angkara mendengar suara yang tidak begitu asing lagi baginya. Laju jantungnya berdegup. Jarak di antara mereka mungkin hanya dipisahkan oleh satu langkah kaki sahaja.

Arzhel Qadr. Bagaimana jejaka itu boleh memecah masuk ke dalam ruangan privasinya bersama Azriel?

"Arzhel? Awak buat apa dekat sini? Awak tahu kan bilik ni bilik peribadi kita orang?" Sedikit marah. Dia memandang wajah Arzhel yang dingin.

Tidak seperti sebelum ini. Arzhel yang berada dihadapannya ketika itu hanya memasang wajah sita. Langsung tidak berperasaan. Seratus lapan puluh darjah berbeza daripada Arzhel yang dia kenal.

"Peribadi? Well, not anymore!" balas Arzhel. Seolah-olah membuat sebuah provokasi.

Humaira memandang jauh ke dalam sana. Dia melihat pintu ruangan masih terbuka luas. Ada peluang untuk dia keluar. Keadaan mereka cukup mengundang ketidakselesaan.

"Mana Azriel? Saya nak pergi cari dia."

"Bila saya berdiri di hadapan awak, itu maknanya hanya kita berdua." Kata-kata yang semakin membuat Humaira yakin bahawa Arzhel sedang merencanakan sesuatu. Persis seperti seorang oportunis.

Gila!

Sliding door terlebih dahulu ditutup oleh jemari Arzhel. Memerangkap Humaira di tempat itu. Berdua.

"Your husband. He's now somewhere. Somewhere, you won't like to know." Apa maksud di sebalik kenyataan itu? Di mana Azriel?

"Jangan buat benda gila Arzhel," marah Humaira. Marah sahaja tidak cukup. Hanya menunggu masa untuk dia memberontak ketika itu. Andai Arzhel cuba melakukan kekerasan, dia tidak takut untuk melawan.

Arzhel Qadr tersenyum manis. Namun penuh hela pada senyuman itu.

"Gradually, sweety. I'll go crazy." Bertambah tajam renungan Arzhel.

🌹

Continue Reading

You'll Also Like

2.4K 132 6
I love him and I have always thought I am. But I was wrong. This isn't love. Maybe it was, till he tainted it with his obsession. The fact that I re...
1.4M 47.1K 28
"Love is the hardest pain in my life and the sweetest delight i can ever experience." Rash&Riana COMPLETED โœ”๏ธ โš ๏ธJust for funโš ๏ธ โš ๏ธJangan ambil seriu...
1K 165 11
'Petunjuk jalan, Jauh dan kelam, Pasu yang pecah perlu ditanam, Jangan biar dendam bersulam.' Absarina Nelliya, seorang gadis yang telah menangguhka...
3.3M 295K 95
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...