The Heir of Sun Dragon

By Shura72

16.3K 1.7K 149

Kisah ini merupakan Sequel dari Exiled Royalty. Date Created: 11/5/22 Elza Twilight Seorang gadis remaja yang... More

PROLOGUE
CHAPTER 1 - Tragedi
CHAPTER 2 - Wing Pegasus Guild
CHAPTER 3 - Execution
CHAPTER 4 - Consequences
CHAPTER 5 - An S-Class Mission
CHAPTER 6 - Black Sea
CHAPTER 7 - Menceroboh Makmal Dr. Giro
CHAPTER 8 - Zombies Attack
CHAPTER 9 - Annoying Bastard
CHAPTER 10 - Black Flame
CHAPTER 11 - Sahabat
CHAPTER 12 - Spy
CHAPTER 12.5 - Characters Information
CHAPTER 13 - Bond
CHAPTER 14 - Shocking Encounter
CHAPTER 15 - Malum Alliance
CHAPTER 16 - 5 Great Heroes of Wikuza
CHAPTER 17 - Bad Situation
CHAPTER 18 - Waking Up
CHAPTER 19 - Dragon Powers
CHAPTER 20 - Restraint
CHAPTER 21 - Hebi Island
CHAPTER 22 - Dirty Snake
CHAPTER 23 - Confrontation
CHAPTER 24 - Poison Dragon King I
CHAPTER 25 - Poison Dragon King II
CHAPTER 26 - Viperigon
CHAPTER 27 - Artemis
CHAPTER 28 - Dragon Avatar
CHAPTER 29 - Bluffing
CHAPTER 30 - The Love of a 'Tool'
CHAPTER 30.5 - Characters Updated
CHAPTER 31 - Conflict Between Countries
CHAPTER 32 - Perbincangan
CHAPTER 33 - Sincere Talk
CHAPTER 34 - Interrogation
CHAPTER 35 - Interrogation II
CHAPTER 36 - Capital City
CHAPTER 37 - Meeting with the Emperor
CHAPTER 38 - Attack on Capital City
CHAPTER 39 - Elemental Dragon?
CHAPTER 40 - Aftermath
CHAPTER 41 - Date
CHAPTER 42 - Kantoi
CHAPTER 43 - Preparation Before the Party
CHAPTER 44 - The Party
CHAPTER 45 - The Crown Prince's Birthday
CHAPTER 46 - Konflik
CHAPTER 47 - Pergaduhan Bermula?
CHAPTER 48 - Assassins's Attack
CHAPTER 49 - Jane Hidachi
CHAPTER 50 - Healing
CHAPTER 50.5 - Characters Updated I
CHAPTER 50.6 - Characters Updated II
CHAPTER 51 - A Favor
CHAPTER 52 - Starting Over
UPDATED
CHAPTER 53 - Return to the Guild
CHAPTER 54 - Annihilation Gale Squad
CHAPTER 55 - Memburu
CHAPTER 56 - S-Class Level
CHAPTER 57 - Yggdrasil Tree
CHAPTER 58 - Endurance Battle
CHAPTER 59 - Power of Love
CHAPTER 60 - Different Magic, Same Type
CHAPTER 61 - Fekiro vs Marcus
CHAPTER 61.5 - Side Story: Marcus Sotarou
CHAPTER 62 - Demon Soul
CHAPTER 63 - Church Battle
CHAPTER 64 - Luke vs Tatsumaki
CHAPTER 65 - Light vs Wind
CHAPTER 66 - Desperate Moves
CHAPTER 67 - Two Dragons
CHAPTER 68 - The Truth
CHAPTER 69 - Destruction of Wikuza's Protection Barrier I
CHAPTER 70 - Destruction of Wikuza's Protection Barrier II
CHAPTER 70.5 - Characters Updated
CHAPTER 71 - Like Father, Like Son
CHAPTER 72 - Expelled
CHAPTER 73 - Visitors
CHAPTER 74 - Reunion
CHAPTER 75 - Festival Day
CHAPTER 76 - Mister/Miss Beauty Contest I
CHAPTER 77 - Mister/Miss Beauty Contest II
CHAPTER 78 - Mister/Miss Beauty Contest III
CHAPTER 79 - Crash on Mister Beauty Contest
CHAPTER 80 - Sudden Fight
CHAPTER 80.5 - Characters Updated
CHAPTER 81 - Conflict Between Friends
CHAPTER 82 - The End of Festival
CHAPTER 83 - Going on a Trip
CHAPTER 84 - Eternal Elven Forest
CHAPTER 85 - Breakdown
CHAPTER 87 - Awkward Dinner
CHAPTER 88 - Queen's Protection
CHAPTER 89 - Bitter Reunion
CHAPTER 90 - Old Grudge
CHAPTER 90.5 - Characters Updated
CHAPTER 91 - Battle Experience
CHAPTER 92 - The Calm before The Storm
CHAPTER 93 - Sudden Attack
CHAPTER 94 - Tujuan Sebenar
CHAPTER 95 - Elder Storm
CHAPTER 96 - Kidnapped
CHAPTER 97 - Intense Discussion
CHAPTER 98 - Time vs Pressure
CHAPTER 99 - Blessing of The Life Tree
CHAPTER 100 - Infiltration I
CHAPTER 101 - Infiltration II
CHAPTER 102 - Scouting I
CHAPTER 103 - Scouting II
CHAPTER 104 - Rescue Operation Begin!
CHAPTER 105 - Halangan dan Kehilangan

CHAPTER 86 - Eliza's Love

130 18 1
By Shura72

14 Tahun yang lalu, di Istana Eternal Elf Kingdom, Eternal Elven Forest.

Eliza berada di biliknya, sedang menikmati permandangan di luar melalui tingkap.

Angin nyaman meniup pada wajahnya.

Senyuman kecil terhasil di wajah wanita elf itu.

Istananya dekat dengan tanah lapang, tempat kanak-kanak suka bermain.

Jadi, Eliza boleh mendengar suara kanak-kanak ketawa dan teriak dari biliknya.

Sniff... Sniff... Sniff...

Pada waktu itu, dia terdengar bunyi tangisan dari arah tanah lapang itu.

Eliza menumpukan fokusnya pada kanak-kanak yang menangis itu. Dan, dahinya berkerut.

"Itu kan..."

Kemudian, dia terdengar pula bunyi ketawa yang berlagak dan sombong dari arah lain.

"Kekeke...budak manusia tu ingat dia layak ke main kat sini?"

"Entah. Buat semak je. Hahaha!"

Empat kanak-kanak lelaki elf sedang ketawakan Elza yang menangis di bawah pokok itu.

Nampaknya, Elza dihalau dari bermain di tanah lapang tersebut oleh budak-budak lelaki itu.

Elf lain memang layan Elza dengan mesra, disebabkan dia adalah anak angkat Ellie. Tetapi, perkara yang sama tidak boleh dikatakan bagi golongan kanak-kanak elf.

Pasti akan ada kanak-kanak yang berfikiran tidak matang dan suka berlagak di mana-mana. Termasuk bangsa elf.

Lagi-lagi, apabila mereka melihat manusia. Spesies yang berlainan dari diri mereka.

Sudah tentu, tidak semua kanak-kanak begitu. Ada yang tidak kisah dengan identiti manusia Elza.

Malah, ada yang rela dan tidak kisah bermain dengan gadis kecil berambut hitam itu.

Tetapi, disebabkan empat budak lelaki itu merupakan budak paling tua di situ; berumur dalam lingkungan 8-9 tahun, kanak-kanak lain terpaksa mengikut kata-kata empat budak lelaki itu.

Dan, semua kanak-kanak terpaksa menjauhkan diri dari Elza.

Tambahan lagi, empat budak lelaki itu suka membuli orang yang lemah.

Jadi, tidak hairan, Elza yang masih kecil dan tidak tahu apa-apa, dibuli oleh mereka.

Eliza mengetik lidah dengan raut wajah menyampah.

"Budak-budak tu...tak habis-habis buli orang." Gumam Eliza.

Kebiasaannya, Eliza tidak mahu masuk campur hal kanak-kanak. Kerana, itu memang perkara biasa yang dilalui di situ.

Malah, ketika dia dan Ellie masih kecil pun, dia melalui perkara yang sama juga.

Tetapi, apabila dia melihat budak-budak itu membuli Elza, dia berasa tidak selesa dan agak menyampah.

"Leafa." Ujar Eliza.

Clank.

Pintu biliknya terbuka, dan wanita elf berambut kuning beralun melangkah masuk. Dia memakai perisai seperti pengawal.

Wanita elf itu menundukkan kepalanya tanda hormat.

"Yes, my Queen."

"Go scold those children." Arah Eliza. Nadanya tegas.

Leafa mengangkat kepalanya. Tersentak.

"...Pardon?"

"Budak-budak laki kat taman tu...diorang buli manusia kecil tu...aku nak kau bagi amaran. Supaya diorang tak buli budak-budak lagi lepas ni."

"Ah."

Leafa mempunyai wajah memahami. Dia dah lama tahu, memang ada kanak-kanak yang suka buli kanak-kanak lain di tanah lapang itu.

Satu senyuman kecil terukir di bibir Leafa.

"Your wish is my command, my Queen!"

Tanpa disedari oleh Eliza dan Leafa, telinga Elza dapat mendengar perbualan itu. Walaupun, jarak mereka agak jauh sekarang.

Elza berhenti menangis dan menoleh ke arah Eliza, di tingkap istana tingkat atas. Hingus dan air mata masih berada di wajahnya.

Eliza perasan yang Elza sedang memandangnya. Lalu, wanita elf itu mendengus dan memalingkan dirinya dari tingkap.

Satu senyuman manis terukir di wajah gadis kecil berambut hitam itu.

"Hehe~ Thank you, Aunty Liza." Bisik Elza. Nada gembira.

...

Sejak Leafa memarahi empat budak lelaki itu, Elza tidak lagi dibuli oleh mana-mana kanak-kanak.

Dia boleh bermain bersama kanak-kanak lain dengan gembira tanpa merisaukan apa-apa.

Ellie tidak selalu bersama Elza, kerana dia sibuk dengan hal penting sebagai seorang bangsawan High Elf.

Tetapi, kadang-kadang Ellie akan bersama Elza apabila dia ada waktu lapang.

Bukan itu sahaja yang terjadi.

Elza juga kini kerap datang ke bilik Eliza.

Disebabkan, gadis kecil itu tahu, yang makciknya yang suruh Leafa marah empat pembuli itu, dia mula berasa lebih selesa dan sayang pada Eliza.

Dan, sudah tentu, setiap kali Elza datang ke bilik Eliza, makciknya pasti akan menghalaunya dengan nada menyampah.

"Aku cakap berambus kan, budak!!"

"Hehehe~"

Elza berlari ke tempat lain dengan tergesa-gesa. Sambil tertawa comel.

Tidak kira berkali Eliza tengking anak buahnya itu supaya jangan datang biliknya, Elza tetap juga datang pada hari esoknya.

Eliza mengeluh sambil meraup wajah.

"Budak tu...apehal dia clingy ngan aku tiba-tiba ni? Bukan aku layan dia teruk ke?" Soal Eliza pada dirinya.

Pada waktu itu, ada satu mentol bercahaya muncul di atas kepalanya. Tersedar sesuatu.

"...Ah! Ellie cakap yang anak angkat dia tu sebenarnya seorang Dragonborn...maksudnya, dia dengarlah apa yang aku cakap masa aku suruh Leafa marah budak-budak pembuli tu..."

Eliza mengeluh lagi.

"Haa~ Damn it. Aku dengan mulut aku ni kan.." Rungut Eliza.

...

Beberapa hari berlalu.

Dan, perkara yang sama berlaku juga setiap hari.

Elza tidak pernah berhenti datang ke bilik mak saudara angkatnya.

Elza sedang menyorok di belakang dinding, berdekatan dengan pintu bilik Eliza.

Dia mengeluarkan kepalanya sedikit, untuk mencuri tengok ke dalam.

Dan, benda pertama yang dia lihat adalah wajah Eliza yang menakutkan berada di depan mukanya.

"Kau datang sini lagi, budakk!!"

"GYAAAHHH! NENEK KEBAYAN!!!"

Kelam-kabut dibuatnya Elza lari dari situ seperti tidak cukup tanah.

"Sape yang kau panggil nenek kebayan, hah!? Mari sini kau!!"

Eliza mengejar gadis kecil itu dari belakang.

"Ahhhhh~!! Tolonggg!!! Mama!!! Ada nenek kebayan kejar sayaaa~!!"

Pekerja-pekerja istana yang melihat kerenah mereka, tertawa kecil.

"Nampaknya, Queen Eliza main lagi dengan anak buah dia hari ni."

"Fufufu~ Comel betul."

...

Eliza mengeluh buat sekian kalinya sambil memicit dahi. Dia tidak memakai penutup mata sekarang.

Kakaknya, Ellie mengangkat sebelah kening.

"Kau dah kenapa dari tadi asyik mengeluh je?" Soal Ellie.

Mereka berdua berada di bilik study istana. Eliza dan Ellie sedang duduk di sofa panjang.

"Ada problem negara ke?" Soal Ellie lagi.

"Bukan tu sebab aku mengeluh..." Jawab Eliza.

"Abes tu?"

Wajah Eliza bertukar menyampah dan dia mendengus.

"Tch! Sebab anak kau lah!"

Mata Ellie membulat. Terkejut.

"Anak aku? Kau maksudkan Elza ke?"

"...Kau ade anak lain ke?" Soal Eliza. Nada mendatar.

"Hahaha! Dah kenapa? Ape dia buat kat kau?" Ujar Ellie dengan nada terhibur.

"Dia kacau aku...hari-hari pulak tu." Jawab Eliza dengan dahi yang berkerut.

Sebelah kening Ellie terangkat lagi. Hairan.

"Dia kacau kau?"

Eliza mengangguk iya.

Ellie mengusap dagunya seperti berfikir.

"Hmm~ Elza tu budak yang baik. Tak mungkin dia suka kacau orang...melainkan..."

Satu senyuman sinis terukir di bibir Ellie.

Eliza berasa menyampah dengan nada terhibur kakaknya itu.

"Melainkan ape?"

"Melainkan dia suka dengan orang tu!"

"...!?"

Eliza tersentak. Dia tidak terkata.

"Kau mesti ada buat something kat dia, kan? And, dia suka apa yang kau buat tu...sebab tu, dia kacau kau! Dia nak dekat ngan orang yang dia suka! Hahaha! Tsundere rupanya adik aku ni~ Depan aku cakap tak suka, tapi hakikatnya, kau suka si Elza tu sebenarnya! Hehehe~" Terang Ellie dengan gembira.

Eliza menepuk dahinya dengan perasaan geram.

"Damn it! Aku dah agak dah! Tapi, bila kau yang cakap...aku jadi tambah menyesal tolong dia hari tu...!"

"So!? Ape jadi sebenarnya? Kau buat ape?" Soal Ellie. Nadanya teruja dan tertanya-tanya.

"..."

Eliza tidak menjawab serta-merta. Dia hanya memandang kakaknya dengan wajah mendatar.

"Takyah lah tengok aku macam tu! Cepatlah cakap~! Haishh~!" Rungut Ellie. Tak sabar.

"Tengok macam mane? Aku kan buta."

"Takyah loya buruk, setan. Cepatlah cite kat aku~!"

Eliza menghela nafas keluhan sebelum berbicara.

"Haa~ yela-yela..."

...

Habis bercerita, Ellie memeluk adik perempuannya dengan erat.

"What a sweet aunty~! That's why I love you so much, sisterr~!!"

"Ishh!! Lepaskan aku lah!"

"Hehehe~ Taknokkk~!"

Eliza menolak wajah kakaknya dari badannya. Namun, pelukan Ellie itu terlalu kuat untuk dilepaskan.

Pasrah, Eliza membiarkan sahaja Ellie memeluk tubuhnya.

Mereka tidak berbicara untuk beberapa minit.

Kemudian, Ellie membuka mulutnya.

"You know...kau pernah terpikir tak..."

"Tak."

"Dengarlah dulu ape aku nak cakap!"

"..." Eliza membisu. Tanda dia mendengar kata-kata kakaknya.

"Pernah terpikir tak...kenapa nama Elza...lebih kurang sama dengan nama kau?"

Elza dan Eliza.

"..." Eliza masih mendiamkan diri. Jadi, Ellie menyambung.

"...Aku namakan dia sempena nama kau."

"Why?" Soal Eliza. Dia dah lama perasan, nama Elza sama dengan namanya. Tetapi, dia tidak menyoal selama ini kerana dia tidak mahu ambil tahu tentang gadis manusia itu.

Namun, disebabkan Ellie menyebutkan hal tersebut sekarang. Perasaan ingin tahu tetap muncul di dalam dirinya.

Senyuman nipis terukir di bibir Ellie. Dia meleraikan pelukannya dari tubuh Eliza dan menatap wajah mendatar adik perempuannya itu.

"...Sebab aku nak dia membesar macam kau."

Mata Eliza membulat. Terkejut.

"Ape...maksud kau? Membesar macam aku?"

Ellie mengangguk iya. Senyumannya makin melebar.

Dahi Eliza berkerut. "...Jadi buta macam aku ke?"

Serta-merta, senyuman Ellie mengendur.

"Kau ngan dark humor kau tu kan..." herdiknya.

"Abes tu?" Soal Eliza.

Ellie menghela nafas letih sebelum menerangkan maksudnya.

"...Aku nak dia jadi kuat macam kau." Ujar Ellie.

Mulut Eliza terbuka dan tertutup. Dahinya semakin berkerut dari sebelum ini.

"...Kuat?? Macam aku???"

Ellie mengangguk lagi.

Lalu, Eliza mendengus lembut. Seperti, tidak percaya dengan kata-kata kakaknya itu.

"Kalau kau nak cakap pasal kuat...di antara kita berdua, kau yang paling kuat kot. For god's sake, kau salah satu dari 5 Great Heroes, Ellie! Sedangkan aku? Aku hanyalah elf yang buta."

Senyuman kecil terukir di bibir Ellie.

"...I'm not talking about physicality. I'm talking about mentality, Eliza."

Sebelah kening Eliza terangkat. Dan, Ellie menyambung kata-katanya. Pandangannya turun ke lantai.

"Lepas kematian ibu kita beberapa tahun yang lalu, aku hilang arah...aku tak tahu ape nak buat dengan hidup aku. Semua orang kat sini pressure aku suruh aku naik jadi permaisuri. Tambah pula, dengan perang naga kat luar sana yang belum selesai...aku jadi serabut dan depress. Aku hampir-hampir nak bunuh diri...!" Nada Ellie seperti hendak menangis.

"..." Eliza kekal mendengar. Dia masih ingat kejadian tersebut seperti ianya berlaku semalam.

Beban yang dipikul oleh Ellie pada waktu itu terlalu berat. Sampaikan, Ellie berasa ingin mencabut nyawanya sendiri.

Lalu, Ellie mengangkat wajah dan menatap wajah adik perempuannya.

"...Tapi, nasib baik kau ade, Eliza. Waktu aku rebah, kau yang papah aku...kau cadangkan diri kau sendiri menjadi permaisuri wilayah ni. Kau sanggup ambil tanggungjawab penting tu demi meringankan beban kakak kau yang bodoh ni...!"

"Ellie..." Gumam Eliza.

Mata Ellie mula berkaca dan menjadi sayu.

"Walaupun, ramai orang hina dan maki kau sebab keadaan kau yang tak boleh melihat tu...kau tetap berdiri teguh dan tidak jatuh. Ramai yang pandang rendah kat kau sebab kau hanyalah elf yang buta. Ramai yang tak percaya pada leadership kau. Tapi...kau buktikan pada diorang semua yang diorang silap! Kau buatkan wilayah elf kita lebih kuat dari sebelum ini!"

Eliza menundukkan wajahnya ke bawah. Wajahnya panas apabila mendengar pujian dari kakaknya itu.

"...Sejak dari kita masih kecil...kau yang paling kuat di antara kita berdua, Eliza...Terutama, bahagian dalaman." Ujar Ellie. Jari telunjuknya menekan lembut pada dada Eliza.

"Disebabkan kita berdua keturunan royal family, kita sentiasa diperhatikan oleh oleh ramai orang. Dan, mereka berharap macam-macam kat kita...Aku sentiasa serabut dan stress pasal ni. Tapi, kau? Kau tak pernah aku tengok terkesan dengan semua tu. Kau berjalan dengan megah dan anggun. Langsung tidak peduli dengan semua pressure yang mereka bagi...malah, lepas tragedi yang buatkan kau buta pon...kau masih lagi kelihatan kuat dan kebal."

"Ughh...stop it, Ellie.." Wajah Eliza sudah seperti tomato. Merah menyala.

Ellie tertawa kecil sebelum menambah.

"...Sebab tu aku nak Elza membesar macam kau. Aku tak kesah sama ada dia jadi pahlawan yang terkuat atau tak pada masa akan datang...tapi, yang penting, aku nak dia kuat menempuh segala cabaran dalam hidup dia...sama macam kau. Itu je aku nak!"

"..." Eliza menatap wajah Ellie untuk seketika tanpa berbicara apa-apa.

Lalu, dia mendengus sambil tersengih.

"...Heh! Dia kan ada kau. So, dia tak perlu risaukan apa-apa pon kat hidup dia aku rasa."

Senyuman Ellie bertukar sayu. Pandanganya menurun ke bawah.

"...Aku bukan selamanya ada kat sisi dia, Eliza." Nada Ellie agak perlahan.

"Ape kau cakap ni? Kita elf boleh hidup lama kot." Soal Eliza. Nada hairan.

"Anyway, boleh kau janji satu benda tak?" Ellie mengubah topik.

Dahi Eliza berkerut. "Pulak dah? Janji ape pulak ni?"

"Janji pada aku...yang kau akan tengokkan Elza kalau aku dah takde nanti-"

Eliza tersentak dan memotong bicara kakaknya.

"Hah!? Kau nak pergi mana!? Kau jangan buat aku suspen, Ellie..."

"Aku cakap kalau. Bukan confirm lagi. Haish...so? Boleh tak janji?"

Eliza menjegilkan matanya ke arah Ellie.

"What you mean exactly by that? Kalau kau dah takde?"

Ellie mengetap bibirnya. Raut wajahnya kelihatan risau dan gugup.

"Aku...hidup sebagai salah satu dari wira perang, bukannya indah seperti cerita fantasy yang kita selalu dengar tu, Eliza...dekat luar sana, masih ramai musuh aku berkeliaran. Aku risau kalau apa-apa jadi kat aku nanti, takde siapa yang boleh tengokkan anak aku tu..."

"Jadi, tinggal jela kat sini...An-anak kau tu pon sekali." Gumam Eliza.

Namun, Ellie menggeleng kepalanya.

"Kau tahu aku tak boleh...aku masih ada urusan penting kat luar sana. Tanggungjawab aku bukan je kat sini. Kat Wikuza juga aku ada tanggungjawab. And, ianya terlalu berisiko kalau aku tinggal kat sini...aku taknak musuh jahat aku ceroboh wilayah suci kita ni."

"Oh...betul jugak tu." Gumam Eliza. Nada hampa.

Lalu, Ellie memegang erat belakang tapak tangan adik perempuannya yang berada di riba.

"So? Boleh kau janji benda ni?" Soal Ellie. Nada berharap dan merayu.

Eliza mengetap bibir. Tanda sedang dilanda dilemma.

Dia tidak mahu berurusan langsung dengan gadis manusia itu, anak buahnya. Tetapi, nada merayu kakaknya itu membuatkan dia fikir dua kali.

Kakaknya percayakan dia. Tapi, sanggupkah dia belot kepercayaan itu?

"Pleaseee, Eliza~! Kau sayang aku, kan~?" Rayu Ellie dengan wajah comel.

"Ughh...!"

Keringat mengalir di wajah Eliza. Walaupun, dia tidak dapat melihat wajah Ellie sekarang, emosi kakaknya itu masih boleh dirasai oleh nalurinya.

Lalu, Eliza menghela nafas mengalah.

"Haa~ Aku tak boleh janji...Tapi, aku akan cuba tunaikan permintaan kau tu..."

Serta-merta, wajah Ellie menjadi gembira dan teruja.

"Yayyy~! Dalam banyak-banyak adik, kaulah yang paling aku sayang! I wuv you so much, sisterrr~!! Muaahh~! 💕"

Ellie memeluk erat adik perempuannya, sambil mencium kedua pipi Eliza.

"Eyy~! Geli lah! And, aku sorang je adik kau. Kau mane ade adik lain!!"

"Hahahaha~!"

~Scene Changes~

Sekarang.

Memori 14 tahun yang lalu masih segar berada di fikiran Eliza.

Eliza membelai lembut rambut hitam seorang gadis yang berada di pangkuannya. Senyuman lembut terukir di bibirnya.

Elza, gadis berambut hitam itu telah pun tertidur selepas puas menangis beberapa jam yang lalu.

Dan, Eliza tidak pernah melepaskan anak buahnya itu dari dakapannya, selama Elza menangis sebentar tadi.

"...Maafkan aunty sebab lambat, Elza...Selama 2 tahun kamu tempuh kehidupan kamu tanpa mama kamu di sisi...tapi, tidak lagi. Mulai hari ini, aunty akan sentiasa ada di sisi kamu. Aunty janji!" Gumam Eliza dengan nada serba salah dan nekad.

Eliza mengucup lembut pada ubun kepala Elza.

Dan, gadis berambut hitam itu tersenyum manis secara spontan.

Kemudian, Eliza mengadapkan wajahnya ke arah pintu masuk di throne roomnya.

"Leafa!" Laung Eliza.

Clank.

Pintu terbuka dan wanita elf berambut kuning melangkah masuk ke dalam. Dia menundukkan kepalanya sedikit, tanda hormat.

"Yes, my Queen."

"Bawa Elza ke salah satu bilik tetamu kita yang paling besar dan cantik. Dia perlu berehat...Nampaknya, perjalanan dia ke sini buatkan dia letih dan tak bermaya." Titah Eliza pada Leafa.

"As you command, my Queen."

Ketika Leafa mengangkat Elza dan ingin beredar, dia teringat sesuatu dan menoleh ke arah Eliza.

"Uhh...my Queen?"

"Yes?"

"Macam mana dengan kawan-kawan Elza, my Queen?"

Dahi Eliza berkerut. "Kau maksudkan kumpulan manusia yang kat luar tu ke?"

"...Yes, my Queen."

"Can't we just kick them out of here?"

Mata Leafa membulat. Tersentak.

"Pa-pardon...? my Queen..."

Eliza melambai tangannya, isyarat tanda suruh bertenang.

"Aku gurau je lah~ Bawak diorang ke bilik tetamu jugak. Kalau diorang nak jumpa aku, cakap aku busy...makan malam nanti mungkin aku boleh jumpa diorang...itu pon kalau Elza dah bangun waktu tu."

"As you wish, my Queen."

Lalu, Leafa pun beredar dari situ bersama Elza.

"..."

Eliza berjalan semula ke arah kerusi tahtanya, dan dilabuhkan punggungnya.

Wajah Eliza menoleh ke kanan, tumpuannya pada tingkap yang boleh menampakkan kawasan Eternal Forest di luar.

Untuk pengetahuan, throne room berada di tingkat atas sekali di istana tersebut.

Tumpuan utama Eliza sebenarnya, pada bahagian hutan yang gelap dan muram di sempadan hutan Eternal Elf Kingdom.

Wajahnya tegang. Seperti, memikirkan perkara yang serius.

Lalu, dia mengeluh. Penumbuknya dikepal erat.

"Haa~ damn it!" Sumpah Eliza seorang diri.

~Scene Changes~

"Haa~! Akhirnya! Dapat jugak baring~!" Ujar Kira sambil mengeliat di atas katil yang besar dan empuk.

"Oi. Kau pergi mandi dulu. Miang nanti katil tu bila kau nak tidur." Herdik Amar.

"What are you? My mom? Sukati aku lah. Ni katil aku bukan katil kau. Elehh~"  Balas Kira. Tidak mahu mendengar kata-kata Amar.

"Lantak kau lah. Kalau kau gatal malam ni, jangan memekak...Aku pijak leher kau nanti kalau kau ganggu masa aku tengah tidur." Ujar Amar dengan nada bersahaja.

Serta-merta, wajah Kira menjadi pucat. Lalu, dia bingkas dari katilnya dan membuka baju untuk pergi mandi.

"Siot lah kau, Amar. Aku nak relax kejap pon tak senang..." Rungutnya.

Amar hanya membalikkan bola matanya ke belakang.

Luke tertawa kecil melihat kerenah dua pemuda itu.

"Hahaha...Aku pon nak mandi jugak lah macam tu." Gumam Luke.

"Good. Ade jugak orang yang pandai kat bilik ni." Amar.

"Ceh!" Kira.

Amar, Kira dan Luke berada di bilik tetamu Istana Eternal Elf Kingdom yang disediakan oleh maid istana selepas Leafa menjemput mereka masuk ke dalam istana; selepas menunggu di luar beberapa jam.

"Nasib baik bilik ni ada bilik air...and besar pulak tu!" Ujar Amar. Nada lega dan gembira.

"Asal? Kau nak kita mandi sama-sama ke?" Soal Kira dengan wajah mendatar. Dia hanya memakai tuala sahaja di pinggangnya sekarang.

Amar menjungkitkan bahunya dengan bersahaja.

"Apa salahnya~? Aku check tadi...bilik air tu ada kolam air panas kot. Boleh muat 10 orang dalam tu rasanya."

Serta-merta, mata Kira dan Luke terbelalak. Terkesima.

"What!?"

"Serius lah!?"

"Pergi lah tengok kalau tak caye." Balas Amar.

Tak perlu ulang dua kali, dua pemuda itu berlari masuk ke dalam bilik air dengan tergesa-gesa.

Amar menggeleng kepalanya sambil tersengih.

"Macam budak-budak..."

...

Di bahagian wanita pula.

Azura dan Linna berkongsi satu bilik yang sama. Elza tidak bersama mereka.

Mereka berdua sekarang berada di dalam bilik air. Sedang menikmati kolam air panas.

Bilik air tersebut penuh dengan wap udara panas yang agak tebal.

Linna sedang berendam di dalam air panas, hanya mata dan hidungnya sahaja berada di atas air, untuk bernafas.

Blop. Blop. Blop. Blop...

Buih-buih terhasil di permukaan air panas, dari mulut Linna. Matanya kelihatan bosan.

"Ahhh~ Leganya~!" Gumam Azura sambil mendongak kepalanya ke atas.

Gadis berambut biru kehijauan itu duduk bertentangan dengan Linna di dalam kolam air panas tersebut. Senyuman lega berada di wajahnya.

Kemudian, dia menundukkan kepalanya ke bawah dan melihat ke arah Linna yang sedang mencemberutkan wajah.

"Nape ni, Linna? Macam bad mood je akak tengok." Soal Azura dengan nada lembut.

Linna mengangkat kepalanya keluar dari air dan menyandar ke belakang. Dia mengeluh dengan wajah hampa dan sedih.

"Haa~ saya ingat Kak Elza ade ngan kita sekali...Tapi, dia duduk kat bilik lain pulak..."

'Ah. Aku patut dah agak dah tu sebab dia bad mood dari tadi...' getus hati Azura.

Senyuman kecil terukir di bibir Azura.

"Nak buat macam mane...Elza kan anak buah Queen Elf. So, mestilah dia duduk kat bilik yang lagi mewah dari kita."

"Hmm...betul jugak tu" Gumam Linna sambil memeluk lututnya. Kemudian, dia tersedar sesuatu.

"Eh? Kejap..."

"...?"

"Kalau Kak Elza anak buah Queen Elf...bukan ke tu maksudnya...Kak Elza ialah Princess kat sini!?"

"...!?"

Mata Azura membulat. Baru sedar hal tersebut.

"Selama ni, kita berkawan ngan tuan puteri lah, kan!? Oh my god! Oh my god!!" Tambah Linna. Wajahnya kelihatan teruja dan seronok.

"Hah...That's true." Gumam Azura sambil mengusap dagunya. Senyuman sinis terukir di bibirnya.

'So, maksudnya aku ada point baru lah nak kacau si Elza tu lepas ni...lepas golden child, nickname princess pulak tambah~ Hehehe~' getus hati Azura.

"Kyaaa~!! Tak sangka Kak Elza ialah keturunan royalty! Tak sabar pulak nak jumpa Kak Elza lepas ni~!!"

"Hahaha...bertenang, Linna. Kita mungkin boleh jumpa dia malam kang. So, sabar ye." Gumam Azura dengan nada terhibur.

"Okayy~!"

"Ape kate kamu pusing ke belakang? Biar akak gosok belakang kamu tu." Ujar Azura kepada Linna. Dia mencapai tangannya pada sabun badan yang berdekatan.

"E-eh? Tak payahlah, Kak Azura. Saya boleh buat sendiri..."

"Aipp~! Jangan banyak bunyi. Cepat pusing~!"

"Kyaaa!!"

Splashhh!!

Continue Reading

You'll Also Like

211K 15.6K 41
Eric The Doll Maker, tiba-tiba sahaja terima jemputan untuk masuk ke satu akademi yang elit sahaja mampu masuk. Satu-satunya akademi yang orang kaya...
171K 10.8K 70
Alexandra Caesar yang mempercayai kewujudan dan kekuasaan magik oleh Fairy godmother,telah dibawa ke sebuah sekolah iaitu,Academy Of Magic. Tetapi,di...
27.4K 3.2K 106
Apabila Melissa membuka matanya, dia terus berfikir, 'Eh, tadi bukan aku kena langgar dengan kereta ke?' Tidak lama kemudian baru dia tersedar, dia b...
315K 21.8K 68
Mana pernah wujud kuasa element yang diceritakan dalam rata rata buku fantasy.Tu cuma dongeng dan hanyalah rekaan semata mata yang dicerita sebagai b...