𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦�...

By lvndrella

1.3M 61.1K 8.7K

"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau buka... More

PROLOG
Bab 1
Bab 2
BAB 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
EPILOG
Bonus part

Bab 21

42.9K 1.8K 249
By lvndrella

🌹

"ASALAMUALAIKUM, syurga Humaira." Begitu luruh hatinya ketika itu. Separuh nafasnya bagaikan tidak dapat ditarik lagi. Separuh raganya umpama ikut beterbangan.

Rindu. Satu patah kata yang cukup menggambarkan apa yang bertaut di dalam hati. Ketika pemandangan dihadapannya itu ditatap kuyu, semilir kasih mula berpuput redup. Bergulung-gulung rasa hiba menyapa. Bahkan, senja turut melihat betapa besarnya keheningan yang ada di dalam hati.

Syurga pertama yang dia ada sudah sirna. Tidak sempat diri itu memeluk tubuh sang ibu yang sudah tenat dimamah usia. Tidak sempat dia menyeka duka yang mengalir melalui retak-retak di pipi sang ibu.

"Maafkan Humaira. Maira tak sempat tunaikan permintaan ibu." Permintaan ibu yang seharusnya dia tunaikan sembilan bulan lagi. Ibu tidak sempat melihat 'dia'.

Humaira terduduk. Berusaha ditahan ratapan yang seharusnya meluap-luap ketika itu.

Lama begitu, dia memejamkan kedua-dua kelopak matanya. Dikatup serapat mungkin. Cuba memujuk diri untuk kuat. Untuk bernafas lega seperti dulu lagi.

"Maira tak sempat minta maaf dekat ibu. Tapi Maira nak berterima kasih. Terima kasih sebab tumpangkan Maira sembilan bulan dalam kandungan ibu. Terima kasih sebab ibu dah bertarung nyawa semata-mata nak lahirkan Maira." Detik itulah, tangisannya pecah. Sebak yang mencengkam tidak dapat dia bendung.

Hanya mereka yang tahu erti sebuah kehilangan yang akan memahami. Pedihnya sebuah kenyataan. Takdir Allah. Siapa kita mahu menentang? Kehilangan susuk ibu, adalah ketakutan semua insan yang bergelar anak. Sama seperti dia ketika itu. Terlalu cepat ibu pergi.

Hilang lelah. Datang duka.

"Sekarang semua penat yang ibu tanggung InsyaAllah terbalas. Ibu rehatlah. Maira sentiasa titipkan nama ibu dalam setiap sujud Maira." Ibunya sudah pergi dengan damai. Biarlah jiwa yang punah itu tertidur. Dia redha. Ikhlas.

"Maira tak lama lagi akan jadi seorang ibu. Menimang zuriat. Tapi Maira tak sempat nak kongsi kebahagiaan Maira dengan ibu. Maafkan Maira." Tidak henti-henti dia mengayun kata maaf.

Hatinya dihempas sayu. Kasih sayang ibu tidak pernah luak. Tidak pernah ada kurangnya. Sehinggalah rambut ibu memutih. Sehinggalah kulitnya dipintali dengan seribu kedutan. Tumpah kasihnya tidak terkutip.

"Jangan menangis macam ni. Kesian dekat ibu," pujuk Azriel setelah lama berdiam diri di samping Humaira.

Di satu sisi yang lain, Encik Yazid dihenyak bungkam. Sedari tadi diam tidak berkutik. Jangankan bersuara, mengangkat wajahnya saja terlihat enggan. Terlalu kecewa dan pastinya merasa kehilangan.

"Tunggu Maira, ibu. Suatu hari nanti, Maira akan jumpa ibu di syurga Allah." Itu kata-kata terakhir Humaira kepada arwah sang ibu sebelum dia berpamitan.

"Abah, kita balik sekarang, ya? Dah lama sangat kita dekat sini. Kita balik rumah Maira. Maira masakkan untuk abah. Abah mesti penat, kan?" pujuk Humaira seraya menyeka air matanya. Hilang sinar pada wajah abahnya ketika itu.

"Kita balik, abah. Abah perlukan rehat," pujuk Azriel pula. Mengundang rengusan Encik Yazid dalam diam. Lelaki tua itu sekadar memekakkan telinganya ketika Azriel berbicara. Seperti berputik sekelumit rasa benci.

"Baliklah, Maira. Abah tak rasa yang abah nak tinggalkan rumah. Tak nak bagi rumah tu kosong. Abah baik-baik aje," kata Encik Yazid. Tenang nadanya. Namun terselit getaran yang cukup menggambarkan walangnya.

Azriel tertunduk seketika. Menyedari bahawa pandangan Encik Yazid kepadanya seperti ada maksud tersirat. Seperti mencemuh.

"Tak apalah kalau macam tu. Maira balik dulu. Telefon Maira kalau abah perlukan apa-apa. Maira tak nak abah sakit," pesan Maira. Hanya dibalas dengan anggukan lemah abahnya.

Tatkala terasa bahunya diusap lembut, dia akhirnya bingkas. Lalu meninggalkan tempat itu dengan hati yang berat.

....

POSTUR badannya cuba untuk diubah. Kedinginan malam yang menggigit sedikit sebanyak mengganggu lenanya. Tatkala tangannya ingin menarik selimut menutupi tubuhnya, ada tangan lain yang terlebih dahulu menolong. Sebelum tubuhnya dipeluk.

Nyaman pelukan itu. Ada kehangatan yang menyejukkan hati yang di landa bahang. Selesa. Dia tahu siapa gerangannya. Wangian badan Azriel cukup membuat dia tenang.

Dia menemukan sekelumit kekuatan di situ. Kelopak matanya dibuka perlahan-lahan. Detik itu juga, wajah kacak Azriel menjamah ruang pandang.

Terasa tubuhnya ditarik lebih erat. Sehingga hidung mancung itu berlaga dengan dada Azriel. Dia mendongak. Mencari mata suaminya untuk ditatap.

"Kesayangan abang kenapa tak tidur lagi?" Soal Azriel. Lembut suara itu. Membawa seribu satu rasa nyaman.

"Maira rindukan bayangan syurga pertama Maira." Luahnya. Bersama mata yang sudah berkaca-kaca. Berusaha di tahan rasa sebak itu. Jika tidak, pasti mutiara putih akan membasahi pipinya lagi.

"Hey, jangan nangis. Allah ambil, sebab Allah sayang. Allah ambil, sebab dia tahu. Apa yang terbaik untuk kita," pujuk Azriel. Kelopak mata Humaira dikucup sekilas.

"Sekarang ibu dah tak ada. Mesti ibu keseorangan dekat sana." Membayangkan wajah ibu, hatinya kembali sunyi. Kembali disayat oleh kersani tajam.

"Tak. Ibu dah tenang. It's time for her to go and rest her tired head, sayang," ujar Azriel. Cuba menyalurkan kekuatan kepada Humaira.

Satu per satu walang yang melanda diranduk. Pasti jiwa Humaira layu. Dan kelelahan itu pastinya tidak berpenghujung. Terkadang dia terfikir. Kenapa Humaira boleh sekuat itu?

"Hati Maira sakit sangat." Usah dikata bagaimana sesaknya dada itu menahan nestapa yang datang. Tidak henti-henti. Bahkan rasa sakit itu tidak cukup jika hanya diceritakan melalui air mata.

"Hati sayang kuat. Sebab tu Allah pilih sayang. Ujian yang berat hanya untuk wanita yang hebat." Azriel senyum. Lagi dan lagi, senyuman itu berjaya mengubati hatinya yang sedang gundah.

"Abang tahu, kesayangan abang ni mesti penat. Tapi abang tak nak tengok dia menangis lagi. Hati abang sakit." Pandangannya kini jatuh melihat pipi merah Humaira.

"Pipi ni, selalu menjadi saksi berapa kali air mata sayang tumpah. Disebabkan abang. Disebabkan banyaknya cubaan yang sayang hadap." Tangannya naik mengusap pipi Humaira.

"Tapi pipi ni juga, jadi saksi kekuatan sayang bila sayang tersenyum. Senyuman menunjukkan ketegaran. Diam menunjukkan kesabaran. Lapang menunjukkan mahalnya ketulusan sayang," sambungnya lagi. Penuh sesal.

Terima kasih Ya Allah. Terima kasih sebab membisikkan teguran pada hati yang gelap itu. Jika tidak, pasti Humaira akan tersakiti lagi. Masih belum terlambat.

"Seandainya nafas Maira ditarik dulu, abang macam mana?" Tiba-tiba sahaja soalan itu meniti pada bibir Humaira. Buatkan senyuman Azriel mati serta-merta.

"Abang tak suka soalan ni." Enggan mulut itu mahu menjawab.

"Maira cuma tanya. Kalau Maira tiba-tiba pergi dari hidup abang, abang macam mana?"

Persoalan itu seolah-olah mendesak Azriel untuk memberikan jawapan kepadanya. Humaira menatap wajah kacak suaminya.

Penuh cinta dalam pandangan yang redup itu.

"Abang akan minta pada Allah. Ya Allah, tolong jaga bidadari abang yang cantik ni dekat sana. Abang tak nak sesiapa pun memiliki bidadari ni. Sampai kita dipertemukan kembali." Ada ketenangan dalam nada Azriel. Tetapi matanya mencerun. Menikam raut wajah Humaira. Seperti tidak mahu wanita itu pergi.

"Tapi bila nyawa abang yang ditarik terlebih dahulu, abang akan berdoa pula. Ya Allah, tolong jagakan bidadari yang aku tinggalkan di dunia-Mu. Jaga hatinya. Lindungi dia. Pertemukan kami di syurga-Mu." Azriel kembali tersenyum. Dahi licin Humaira dikucup. Lama.

"Sebab tu, tolong bawa cinta abang ke mana pun sayang pergi," katanya lagi.

"Abang tak akan keseorangan kalau Maira tak ada." Humaira tersenyum juga. Namun senyuman itu penuh sayu. Penuh duka.

"Mungkin, zuriat ni boleh jadi titipan Maira untuk abang." Sebak. Itu yang dia rasakan. Entah kenapa, hatinya selalu berkata lain. Seperti akan meninggalkan semuanya tidak lama lagi. Entahlah.

"No, Sayang... Please! Abang tak suka sayang sebut tentang kematian. Itu semua kerja Allah. Tak salah kita beringat, tapi abang tak nak sayang pergi." Terasa bengkak hati itu. Azriel masih merenung wajah Humaira.

Bagaimana jika wanita itu benar-benar pergi? Sungguh itulah mimpi terburuk yang pernah dia rasakan. Sungguh kepergian Humaira akan menjadi puncak kelemahannya.

"Losing you is something I couldn't handle. Janji dengan abang, sayang tak akan tinggalkan abang. Sayang tak akan sebut tentang ni lagi," pintanya. Berharap. Penuh rayuan.

"Janji. Maira janji." Humaira angguk dalam keberatan.

Dia tidak pernah mungkir pada ikatan sebuah janji. Tetapi kali ini, dia tidak pasti. Hanya takdir yang akan menjawab.

....

"KENAPA saya kena ikut sekali?" Ada ketidakpuasan dalam nadanya. Wajah tenang Arzhel Qadr dilirik sekilas. Lelaki itu sekadar bersilengah.

Sudah agak lama mereka tidak bersua. Hari ini, mereka kembali bertemu. Yang pastinya, dia tidak tahu atas alasan apa dia turut berada di situ.

"Mana saya tahu. It was your lovely husband, sweety. Not me!" Gesit dia membela dirinya. Tidak mahu menjadi tempat Humaira melepaskan bebelan. Cukuplah ketika itu wajah bening Humaira hampir sama dengan singa betina.

"Azriel?" Humaira terpinga-pinga.

Mereka kini berada di lapangan terbang. Arzhel kata, mereka akan ke French Polynesia. Pakej dengan cruise bila dah sampai dekat sana. Bijak betul Azriel memancing perhatiannya. Kalau lelaki itu tidak menyebut tentang cruise, sudah lama tawaran itu ditolak mentah-mentah.  Sudah lama dia tidak menaiki cruise. Terakhir kalinya semasa dia berjalan-jalan bersama arwah Zaharah. Rindu juga masa itu.

Tempoh hari, dia masih ingat bahawa kemalangan Azriel dirahsiakan. Atas alasan bahawa lelaki itu akan terlibat dalam satu penyiasatan lain. Dengan keadaan Azriel yang masih belum pulih. Gila! Tetapi terselit rasa gembira bila dapat tahu bahawa Azriel tidak terlibat dalam penyiasatan kes pelaburan wang haram itu.

Tetapi rasa gembiranya pudar bila Azriel menawarkan dirinya untuk menolong Arzhel. Terlalu menonjolkan bahawa mereka adalah sahabat sehidup semati. Lebih romantik berbanding Romeo dan Juliet. Huh!

"Aik, suami awak tak bagitahu kenapa awak ikut sekali? Tsk... Tsk... Tsk... Buruknya perangai dia." Arzhel menggelengkan kepalanya berkali-kali. Tanda protes.

"Azriel hanya bagitahu saya yang kita ke sana bersebab. Manalah saya tahu apa-apa!" katanya.

Sudah genap empat minggu kepergian ibunya. Lama juga dia berdiam di rumah. Mungkin itu alasan utama Azriel membawanya keluar 'melihat' dunia. Dalam tempoh itu juga, Azriel selalu menjadi peneman dan pelindung. Tapi ini cari mati namanya!

Sempat juga dia berdebat dengan Azriel semalam. Azriel sendiri yang mahu menolong Arzhel jalankan tugasnya. Awalnya dia tidak mengizinkan. Takut jika kejadian itu terjadi lagi. Sempat juga mereka berdebat. Hanya debat biasa. Tak sangka pula mereka masing-masing berdiam diri. Sehinggalah detik itu.

"Kami bertengkar. Sebab dia nekad nak terlibat dalam misi ni. Bahaya, sebab tu saya marah." Merudum nadanya ketika itu. Mengenang kembali bagaimana dia memarahi Azriel. Tak adalah marah sangat.

Mungkin bawaan orang mengandung. Menyesal juga sebab terlalu ikutkan ego. Ah, tapi bila ingat kembali, yang salah di situ sebenarnya Azriel. Titik!

"Tahu. You guys seems really off. Something went wrong, right?" Arzhel cuba berteka-teki.

"Biasalah. Nanti kalau awak dah kahwin, awak fahamlah," ujar Humaira. Pandangannya menerawang mencari-cari kelibat Azriel. Lelaki itu sedang berbaris di hadapan sebuah kafe.

"Ouh, come on! Lambat lagi nak fikir pasal kahwin. By the way, congratulation sweety! Tak lama lagi saya jadi uncle muda. Jangan gunakan anak awak untuk minta duit raya dekat saya nanti tau." Gembira sungguh Arzhel berbicara. Lelaki itu tersenyum manis. Sempat dia berseloroh.

"Ini mesti Azriel yang bagitahu saya mengandung, kan?" Humaira menjeling.

"Mestilah. Sebab tu awak kena ikut kami ke sana. Dia kata, tak ada sesiapa yang jaga awak. Terpaling ada bini lah katakan," sempat Arzhel melepaskan peluru perlinya di hujung ayat.

Humaira tersenyum kecil. Itulah tipikal seorang Karl Azriel. Sifatnya selalu membingungkan. Selalu menambahkan tanda tanya dalam minda orang. Menyusahkan perasaan betul.

"Saya boleh jaga diri. Tak mengganggu ke kalau saya ikut sekali? Masih ada masa nak cancel flight ni." Ayat berani mati yang Humaira tukilkan.

"Ya, and your husband will burn the airplanes. Lagipun, ini masanya untuk bantu pulihkan ingatan dia," jawab Arzhel. Seraya ikut sama menumpukan perhatiannya kepada Azriel.

"Misi ni tak berbahaya. Kami hanya kumpulkan bukti. Bukannya kami tentera sampai nak main tembak-menembak. Selebihnya, tak ada yang perlu dibimbangkan. Don't worry, sweety. Your husband will be fine!" Arzhel sambung lagi hujahnya.

Humaira angguk. Buat-buat faham. Walaupun pada hakikatnya, apa yang Arzhel terangkan itu tidak masuk ke akal.

"Perempuan di sebelah Azriel tu, Amanda. Dia diperlukan untuk misi kami kali ini. Dan tentunya lebih banyak pasukan Interpol dan pengaman yang akan sertai kita. Nanti dekat sana, kita akan berjumpa dengan semua orang," jelas Arzhel Qadr. Seolah-olah dapat membaca isi fikiran Humaira ketika itu. Ya. Gadis berkulit sawo matang yang berdiri persis di sebelah Azriel mencuri perhatiannya ketika itu.

"Cantik," pujinya.

"Jangan risau, sweety. Your husband tak mudah tergoda. Kalau saya, mungkin mudah. Sedikit!" Arzhel kenyit mata. Sengaja mengusik.

"Ada saya cakap ke yang dia mudah tergoda?" balas Humaira.

Arzhel Qadr hanya tersenyum. Menampakkan sebaris gigi cantiknya. Kemudian, dia membungkam. Mungkin memberi masa kepada Humaira meladeni perasaannya seorang diri.

"Coffee!" Satu suara lunak mencelah. Gadis yang bertubuh langsing dan tinggi itu memberikan secawan kopi kepada Humaira. Bersama senyuman manisnya.

Humaira membalas senyuman itu. Hanya sekilas, sebelum ada suara lain yang menyampuk.

"Coffee tu untuk Arzhel. My wife tak minum coffee," Azriel mengambil tempat di sebelah Humaira. Hanya melalui isyarat mata, Arzhel sudah berpindah tempat. Sedikit berjauhan daripada mereka.

"Ouh, okey!" Terus Amanda menapak mendekati Arzhel.

"Maira tak suka susu," kompelin Humaira ketika Azriel mengacungkan sebotol susu kepadanya. Dah lah susu kambing. Dengan kambingnya yang tak berapa nak comel. Langsung tak menyelerakan.

Takut-takut juga dia pandang wajah dingin suaminya ketika itu.

"Maira suka coffee," sambungnya lagi. Kalau soal minuman, dia sanggup merisikokan dirinya untuk berdebat. Hidup kopi!

"Kopi tak sihat untuk perempuan yang mengandung." Azriel menahan senyum tatkala Humaira menyorokkan tangannya. Tidak mahu mengambil botol kecil yang Azriel beri.

"Minum seteguk pun salah ke?" Masih dengan hujah yang menyokong pendiriannya.

"No." Jelas, ringkas dan padat. Misi seorang Laura Humaira kali ini gagal!

Tiba-tiba sahaja, ada seorang anak kecil yang berjalan mendekati Humaira. Buatkan wajah Humaira terus dirias dengan senyuman.

"Kakak cantik sangat!" Orang kata, budak kecil selalu jujur. Tiada angin tiada ribut di lapangan terbang itu, tiba-tiba sahaja anak kecil itu memuntahkan fakta. Naik merah wajah manisnya. Dah laki sendiri tak pernah puji. Bila dapat pujian macam ni, gembira dia lain macam!

"Awak pun comel. Nama adik siapa?" Humaira menoleh ke kiri dan kanan. Mencari-cari kelibat ibu kepada anak lelaki itu.

"Hayden. Kakak nama apa?" Petah Hayden berbicara.

"Nama kakak, Humaira. Mama adik mana?" Dari kejauhan, Humaira melihat seorang perempuan yang sedang memerhatikan tingkah Hayden. Mungkin, itulah orangnya.

Humaira senyum. Hanya sekilas, dia melihat wanita itu kembali tersenyum. Tidak hairan jika Hayden terlihat comel. Ibunya bukan calang-calang. Macam model!

"Nanti Hayden besar, Hayden nak kahwin dengan perempuan cantik macam kakaklah!" Terletus gelak Humaira mendengar itu. Sedikit terkejut. Tambah gembira mendengar kata-kata hikmat itu.

"Yes you should, little kid."

Azriel mencelah. Sekadar memerhatikan tingkah Hayden.

"Is he your husband?" bisik Hayden di telinga Humaira. Seraya melirik-lirik memandang wajah Azriel. Tajam betul lirikan matanya.

"Ya. Hayden nak berkenalan?" aju Humaira bersama senyuman yang tidak dapat dia tahan. Jelas rasa takut kelihatan dari lekuk wajah Hayden.

"Tak nak lah. Muka macam Hulk!" Hayden geleng. Buatkan Humaira tergelak kecil. Sedangkan Azriel, hanya bersilengah. Seolah-olah tiada perasaan.

Tidak lama kemudian, terdengar nama Hayden dilaung dari kejauhan. Menandakan anak kecil itu harus meninggalkannya. Nampaknya, sampai di situ sahaja pertemuan mereka.

"Hayden!"

"Hayden dah nak pergi. Jumpa lagi kakak! Keep smiling because your smile melt my heart!" Hayden terus berlari mendapatkan ibunya. Humaira tersenyum.

Melihat Hayden yang berjalan bersama-sama dengan ibunya, dia terfikir. Mungkin, begitulah gambaran mereka pada masa yang akan datang.

Sejenak, kebungkaman kembali menyelubungi mereka. Meskipun tempat itu sesak dengan suara orang ramai, namun terasa hening.

Azriel diam membisu. Sedangkan Humaira, turut sama membatu. Masing-masing merenung. Lebih tepatnya, terasa canggung. Rasa macam duduk di sebelah robot yang habis bateri.

"Borak apa dengan Arzhel tadi?" Ada kelembutan dalam suara Azriel ketika itu. Nak memujuk lah tu!

"Nothing special," balasnya. Sedikit menunjukkan yang dia masih sedang marah. Sengaja menguji kesabaran Azriel.

"Nothing special, sweety?" Wajah Azriel masih karar. Masih dengan suaranya yang tenang. Tapi jelas sangat perkataan sweety itu ditekan.

"Yeah, nothing. I think I should call him sweetheart," Humaira menjawab. Nadanya turut sama ditekan kuat. Seketika, dia lihat suaminya itu hanya menyunggingkan senyuman. Tak cemburu pun!

"Lama lagi ke?" tanya Azriel. Buatkan Humaira menaikkan sebelah keningnya.

"Lama apa?" soalan dibalas dengan soalan.

"Lama lagi ke kesayangan abang ni nak merajuk?" Azriel panggung kepala. Menatap wajah cantik Humaira.

"It depends on my mood." Sesedap KFC yang dah kena boikot dia balas. Malas. Dia masih marah!

"Okey. Abang tunggu sampai sayang nak bercakap dengan abang lagi. Jangan lama sangat tau." Azriel masih senyum. Masih dengan posisinya yang menatap Humaira.

"Suka hati Maira lah nak merajuk sampai bila." Tajam jelingannya dilayangkan kepada Azriel. Sebelum dia buang muka. Kalau boleh, mahu sampai ke planet Marikh dia buang mukanya.

"As long as bidadari abang ni masih nak peluk abang waktu tidur, it's okay." Azriel gelak. Sakan betul dia menyakat. Memang nak kena!

"Tak nak! Maira dah ada bantal peluk!" balasnya.

"Ya. And the only bantal peluk that you will hug is me, sayang." Seperti amaran. Dia tahu Azriel benar-benar maksudkannya. Bangun sahaja daripada lena, pasti wajahnya akan selalu bertembung dengan bidang dada Azriel. Walaupun sebelum tidur dia sudah menetapkan jarak mereka lebih daripada satu sentimeter.

"Maira berjaga. Pastikan yang abang tak peluk Maira malam ni." Masih tidak mahu mengalah. Bersyukur pada malam itu mereka tidur di kapal terbang. Duduk berasingan. Yes! Masih ada peluang nak merajuk lama-lama.

"Okay sayang. I love you!" Sempat Azriel mengenyitkan sebelah matanya. Sebelum jejaka itu bingkas. Lalu menuju ke tempat di mana Arzhel dan Amanda sedang berborak. Mungkin, ada hal yang mereka ingin bincangkan.

🌹

Continue Reading

You'll Also Like

2M 90K 57
[COMPLETED] 1st story Song: Dirgahayu by Faizal Tahir & Siti Nurhaliza Sudah 13 tahun berlalu. Jarak yang memisahkan mereka buatkan dia bahagia dan...
1.1M 40.3K 57
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐀𝐬 𝐇𝐢𝐬 𝐏𝐫𝐞𝐜𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐖𝐢𝐟𝐞 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐃𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚...
586K 33.8K 43
Apabila terpaksa menerima kehadiran antara satu sama lain, atas permintaan keluarga. Perkahwinan antara Nik Sumayah Yaqana dan Tengku Irfan Hakim. Pa...
1.4K 117 16
Prince Adrien Hadief, terkenal dengan sosok seorang yang dingin dan hati beku kerana sikapnya yang acuh tak acuh itu. Bercinta? Dia tiada masa untuk...