๐Œ๐š๐ฐ๐š๐ซ ๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐‡๐ฎ๐ฆ๏ฟฝ...

By lvndrella

1.2M 59.3K 8.5K

"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau buka... More

PROLOG
Bab 1
Bab 2
BAB 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
EPILOG
Bonus part

Bab 15

39.1K 1.9K 537
By lvndrella

🌹

SEMINGGU berlalu. Lembaran hari yang tidak terasa pantasnya. Hari berganti hari, helaian masa terselak begitu pantas mengira usai manusia. Malam terlalu cepat menjemput siang. Habis siang, datang senja. Kemudian kembali malam lagi.

Hari itu adalah hari di mana Azriel akan pergi. Mungkin, dalam tempoh waktu yang agak lama. Seminggu ini juga dia rasakan saat-saat indah bersama lelaki itu. Meskipun diasak dengan kesibukan. Ke mana lagi perginya jejaka itu kalau bukan bertemu dengan Luqman. Namun, ada kalanya Azriel akan menyempatkan masa untuknya.

Buang musykil. Hilang curiga. Hanya meninggalkan sekelumit rasa rindu dalam hatinya.

"Jaga diri elok-elok. I will be missing you." Ah, sudah. Belum bertolak ke Itali dah cakap rindu.

"Me too,"

Kali ini, dia tidak banyak bicara. Mahu menangis rasanya bila dengar Azriel selalu cakap tentang rindu. Terasa dadanya digoncang dengan perasaan walang. Pedih! Biarlah kalau ada orang yang kata dia mengada. Dia peduli apa?

"Well I've got something for you!" Azriel yang sudah bersiap dengan pakaian santai berwarna hitam, berdiri. Mereka masih berada di lapangan terbang. Menunggu ketibaan Luqman dan Arzhel.

Azriel mengeluarkan sesuatu. Kemudian, ia dihulurkan kepada Humaira yang termangu-mangu seorang diri. Bukan main bulat mata hitam Humaira merenung.

"Novel?" Humaira tersenyum gembira. Sudah pentan Azriel tahu apa yang dia suka selama ini. Siang sampai ke malam dia sanggup bersengkang mata selagi tak habis satu novel. Ada kalanya dia menangis macam kena pukul.

"Mana abang tahu yang Maira suka novel?" sengaja dia bertanya. Mengusir perasaan sedih yang semakin lama menyengat. Hanya menunggu masa untuk air matanya jatuh berjuraian.

"You're different," balasan yang Azriel beri langsung tidak menjawab soalannya. Seketika, dia tertanya-tanya. Berbeza?

"Maksudnya?"

"Perempuan sangat sinonim dengan bunga. Tapi awak lebih tertarik dengan novel." Azriel senyum. Tak lekang dari menatapnya.

"Nope! Perempuan berbeza-beza. Tak semuanya suka bunga dan tak semua suka novel. Tapi, ada yang suka dua-dua. Saya suka bunga. Bunga mawar." Novel ditangannya dibelek. Bijak Azriel memilihkan genre novel untuknya.

"Mawar?" Seperti tertarik untuk mendengar penjelasan daripada Humaira.

"Haah, mawar. Sebab bila saya meninggal, saya nak orang-orang yang saya sayang taburkan bunga tu atas kuburan saya nanti." Dengar macam menyedihkan. Tapi, kematian adalah sesuatu yang dijanjikan. Benar bukan?

Wajah Azriel berubah. Ekspresi yang menunjukkan rasa tidak puas hati. Sedikit terkesan dengan apa yang baru sahaja dia dengar.

"I don't like your answer." Kali ini, dia lihat Azriel serius. Terdengar seperti amaran. Seolah-olah memintanya untuk tidak berkata sedemikian lagi.

"Do you love it?" Azriel menukar topik. Kembali membahas tentang novel tadi.

"Very much!" balas Humaira. Ikhlas. Sebuah naskhah yang akan menjadi tatapannya di saat ketiadaan Azriel nanti.

"Why?" Azriel bertanya lagi. Menjadi tanda tanya dengan ketertarikan Humaira terhadap novel.

"Saya jumpa kebahagiaan dalam ni. Bila kenyataan yang saya hadap tak seindah yang saya harap, I forget everything by reading. Imagination is something you don't need to pay for," ujarnya bersungguh-sungguh. Sempat dia meluah.

Bagi mereka yang tiada ketertarikan untuk membaca, mereka hanya menganggap ia sebagai hal remeh. Walhal, membaca boleh menjadi kayu ukur untuk seseorang itu berbahagia. Tidak perlu dipersoalkan bagaimana cara seseorang untuk menghibur diri mereka sendiri.

Ada beberapa hal yang dianggap kecil oleh seseorang, namun sangat bermakna untuk orang lain.

Humaira akhirnya menghela nafas.

Cukup tahu yang mereka sedang dikejar oleh waktu. Selama ini, dia selalu mendengar tentang pasangan yang hidup dalam long distance relationship. Kali ini dia adalah salah satu daripada mereka. Mahu tidak mahu, dia harus terbiasa. Dia harus faham akan pekerjaan Azriel.

"Sorry dah buat kau orang menunggu lama." Satu suara garau memecahkan keheningan di antara mereka. Buatkan Humaira terus menoleh memandang ke arah punca suara itu.

Azriel sekadar berdiam diri. Tahu siapa gerangannya. Seolah-olah tidak peduli dengan kehadiran rakan kerjanya itu.

"We met again, sweety! You look pretty!" Arzhel Qadr yang baru sahaja tiba, ramah menyapa. Buatkan Humaira tersenyum kecil.

Lagi dan lagi. Luqman menjadi pemerhati. Tersangatlah canggung bila berhadapan dengan jejaka yang satu itu. Setiap kali mereka bersabung pandang, pasti penyesalan terjengul di situ. Seram!

"I beg your pardon, Mr. Arzhel." Azriel tidak memalingkan mukanya. Statik di tempat dia bersandar. Sekadar melontarkan nada dinginnya. Puji isteri orang maca puji awek sendiri.

"Okeylah. My mistake!" Arzhel senyum senget. Terlihat kacak seperti pertama kalinya dia melihat jejaka itu.

Karl Azriel berdiri. Menyedari waktunya sudah tiba. Detik itu, adalah detik perpisahan mereka. Hanya untuk sementara.

"Take care," ujarnya. Tatkala melihat tunak mata Humaira yang mulai berkaca-kaca, tubuh isterinya terus didakap. Lama.

"Jangan risau, dekat sana dia tetap makan nasi. Kami tak bagi dia kebuluran. Janji!" Arzhel cuba untuk mencairkan suasana. Terdengar gelak kecil Humaira selepas itu.

"Saya tunggu awak pulang." Hanya itu yang terlepas pada mulutnya ketika itu. Tiada apa melainkan doa untuk Azriel. Selamat sampai, dan tentunya selamat pulang.

"Jaga diri." Bait-bait yang penuh makna meskipun hanya senada. Di saat pelukan itu terlerai, Azriel berpaling. Menarik bagasi miliknya sebelum terus melangkah pergi.

Sedangkan Humaira, masih terpaku pada bayangan Azriel yang semakin lama semakin sirna. Kendatipun bayangan itu sudah lenyap dari pandangan matanya, dia masih berdiri. Cukup lama.

Seolah-olah itu adalah kali terakhir mereka akan bersua. Hatinya resah.

....

MALAM itu, tidurnya serba tidak kena. Seperti ada sesuatu yang memaksanya untuk terus membuka kelopak mata. Di situ, sudah lebih tiga jam lamanya. Mimpi indah tak kunjung datang menggamitnya. Berusaha keras diri itu memaksa untuk menjemput lena. Seperti keterpaksaannya untuk melepaskan Azriel pada hari itu.

Entah itu gelodak hatinya yang sekadar bermain dengan ilusi, atau satu petanda buruk untuknya. Dia berat untuk membiarkan Azriel terlalu lama di Itali. Seolah-olah pekerjaan Azriel kali ini dirasakan janggal.

Entahlah. Mungkin, dia yang terlalu mengada. Atau mungkin dia yang kurang mengerti bagaimana latar belakang pekerjaan Azriel.

Keluhan panjang terlepas di mulut. Malam enggan membawanya ke alam mimpi. Lantas terus-menerus menyedarkannya di tengah-tengah perasaannya yang kacau-bilau.

Humaira cuba bertenang. Diranduk segala rasa gusar yang bertandang. Hasilnya, masih sama. Matanya begitu sulit untuk terpejam.

"Astaghfirullahalazim..." Sedikit sebal dengan dirinya kini. Jam sudah menunjukkan pukul satu pagi. Sedar tak sedar, gelap sedikit lagi akan jatuh diusir dinihari.

Ting!

Kelopak matanya bertambah segar. Mendengar deringan telefon yang tidak asing baginya. Dan tentunya, itu bukan telefon miliknya.

"Azriel terlupa bawa handphone ke?" Dia bingkas. Mata terus melirik ke meja solek. Laci ditarik, sebelum mata tertumpu pada telefon milik Azriel. Benar persoalannya.

"Takkan dia tak perasan benda penting ni tertinggal? Ke, dia ada dua telefon?" dia bertanya kepada dirinya sendiri. Sungguh tidak logik kalau Azriel tidak menyedari ada sesuatu yang ketinggalan di sepanjang perjalanan mereka tadi.

Telefon itu diambil. Kemudian mengubah posisinya yang sedang bersandar di kepala katil supaya lebih selesa.

Mesej daripada Dahlia. Berkerut wajah beningnya. Tidak berfikir panjang, mesej dibuka. Lebih pelik bila telefon itu langaung tiada PIN. Boleh buka sesuka hati. Tuan punya badan terlalu pemurah hati kepada pencuri agaknya.

'Azriel. If you baca mesej ni, jangan lupa bagi I address rumah you. Just in case, I kena tengokkan bini you.'

Mereka sepertinya begitu akrab. Itu yang berada pada benaknya ketika itu. Fikirannya lebih memilih untuk menerawang jauh memikirkan Luqman. Wajah beku itu bermain-main di ruang matanya.

Teringat akan mesej daripada jejaka yang satu itu yang belum sempat dia baca. Masih ada beberapa hal yang belum terjawab. Seketika, dia lega. Mesej daripada Luqman masih belum dipadam. Laju jemarinya menekan nama Luqman yang tertera.

Satu per satu pesanan daripada Luqman kembali dibaca.

'Aku baru dapat info. Dia dah bertolak ke Itali.'

'By the way, jangkaan aku meleset. Nak tak nak, kita kena gerak ke Itali lebih awal.'

'Dapatkan maklumat yang aku nak. Kita tak cukup masa. Tinggal lagi beberapa hari. Sleep with her. Then you'll get the answer.'

Humaira terpempan hebat. Seisi dunianya seolah-olah terus berhenti. Cuba mencerna apa yang Luqman katakan melalui ketikan mesej itu.

'Sleep with her?' Adakah yang dimaksudkan oleh Luqman itu adalah dirinya?

Skrin telefon ditatap lagi. Membaca beberapa mesej seterusnya yang Luqman hantar. Dan beberapa daripadanya sempat dibalas oleh Azriel.

'Either you love her or not, make things up!'

'As we discussed, she's doubtless involved.'

Berkerut dahi licin itu. Berfikir sedalam mungkin untuk memahami maksud tersirat daripada apa yang Luqman cuba sampaikan.

Beberapa daripadanya berbaur sebuah arahan yang penuh dengan desakan. Namun, hatinya luruh tatkala menyaksikan sendiri bagaimana Azriel menanggapi itu.

'Aku nak tahu sebab kematian Zaharah. Aku boleh dapatkan maklumat yang kau nak, dan kau kena tolong aku. Deal?'

Itu yang Azriel katakan. Perasaannya? Sudah pasti lebur. Terasa dikhianati. Ditipu hidu-hidup oleh lelaki yang dia percaya.

'Kau nak jadikan Humaira sebagai pertaruhan?'

'I'd do if have to.'

Diam. Hatinya mulai kumal. Fikirannya menggumpal. Air matanya sudah jatuh. Deras. Cukup deras. Terus menderu keluar bersama-sama dengan alunan jiwanya yang remuk. Menemati atmanya yang kini dihimpit duka.

"Selama ni, awak hanya berkorban untuk Zaharah?" lirihnya.

Jadi selama ini, semuanya masih sama? Masih tentang Zaharah?

Maruahnya hanya sebagai taruhan. Sebuah kenyataan yang sukar diterima akal. Berjaya membuat hatinya terus digoncang dengan ribut nestapa.

Kenapa semuanya diselindungkan? Sedangkan dia tidak tahu, apa yang sudah dia lakukan. Dengan siapa dirinya itu terlibat? Apa maksud di balik semua ini?

Jemarinya mulai bergetar. Entah sama ada itu marah, kecewa, duka dan lara. Semuanya bercampur baur. Bahkan ketika walang sudah melanda, perasaannya tidak dapat diungkapkan hanya dengan tukilan kata.

Karl Azriel. Penipu yang berjaya merebut kepercayaannya.

....

SETELAH hampir beberapa jam lamanya, mereka kini berada di ruang udara Itali. Hanya menunggu masa untuk mendarat. Di sepanjang penerbangan hanya resah menjadi penemannya. Ketika hati dan fikiran saling berperang, dia mulai ragu.

Ada banyak hal-hal yang tidak masuk dek akal ketika semuanya cuba untuk ditafsir. Lebih-lebih lagi pada ketika itu, mereka hanya bertiga. Misi? Ini bukan lagi sebuah misi. Melainkan ada sesuatu yang sepertinya diselindungkan.

"Fikir bini?" Itu yang keluar daripada mulut Arzhel tatkala melihat wajah gusar Azriel. Seperti sedang memikirkan sesuatu. Lama juga Azriel berdiam diri.

"Itu yang pertama," jujurnya. Mahu diselindungkan di mana wajah ruwetnya itu?

"Yang tengah bekerja engkau, bukan bini kau. Inilah sebabnya aku malas nak kahwin!" celoteh Arzhel. Kepala digeleng berkali-kali.

Hanya senyuman yang meniti pada bibir Azriel. Dia tahu, Arzhel cuba untuk menenangkannya.

"Yang kedua?" Arzhel bertanya lagi.

"Aku tak rasa Maira terlibat dalam kes kematian Zaharah dan penyeludupan dadah ni. Aku tak rasa Maira ada kaitan dengan salah seorang sindiket tu." Apa yang dia tahu, Humaira seorang wanita yang cukup jujur. Jauh dalam sudut hatinya, terselit segunung kepercayaan terhadap Humaira.

Dan tentunya, bukan atas title seorang isteri. Melainkan firasat hatinya yang begitu kuat.

"Aku pun terfikir juga." Arzhel Qadr mengangguk mengeyakan.

Sedangkan Luqman, terus mengangkat wajahnya memandang kedua jejaka yang sedang duduk bertentangan dengannya. Seperti menyangkal kenyataan yang Azriel beri.

"All bukti dah ada depan mata." Luqman meneguk segelas jus. Sebelum mengubah posisi duduknya menjadi lebih selesa.

"Bini kau ada kaitan dengan dia." Kalimat yang sama yang pernah dia dengar sebelum ini, Luqman sebut lagi.

"Sekalipun ada kaitan, tapi tak bermaksud yang dia terlibat. Bini aku hampir jadi mangsa rogol. Fikir logik. Aku cukup kenal bini aku. Boleh jadi dia orang nak jadikan Maira sebagai tebusan." Azriel meraup wajahnya. Berusaha meletakkan semuanya di atas fikiran yang waras.

Tersilap langkah, pasti semuanya hancur.

"You're in love with her." Luqman tersenyum sinis. Seakan-akan menyatakan apa yang keluar daripada mulut Azriel adalah atas dasar cinta. Untuk melindungi Humaira.

Arzhel Qadr terdiam. Menyedari suasana di antara mereka semakin dicengkam oleh keheningan. Atau mungkin, pertikaian boleh meletus bila-bila masa.

"Kes ni tak ada kaitan dengan percintaan, Inspektor Luqman. And yeah, I love her. Tapi semuanya tak ada kaitan dengan apa yang kita siasat. Did I regret? Never!" Nada Azriel terdengar semakin keras.

Entah sejak bila perasaan cinta itu wujud. Humaira berjaya membuat dia lupa tentang kenangan lalu yang selalu menggamitnya.

"All I regret... Hanya bila aku dengar dan ikut arahan kau untuk tidur dengan dia. Bila aku gunakan dia semata-mata nak tahu sebab kematian Zaharah yang masih samar. She's innocent." Azriel bersandar. Seraya meraup rambut tebal miliknya.

Zaharah sudah tiada. Sepatutnya dia sudah melupakannya. Sejak lama. Sejak hari pertama seorang Humaira bergelar isteri kepadanya.

"Dah, jangan sampai kita semua berpecah. Kita datang sini untuk tujuan yang sama. Jangan sampai kita bertikam lidah."

Arzhel Qadr menyampuk. Cuba menjadi penegah di antara Azriel dan Luqman.

"It's up to you, DSP Karl. Aku tak bertanggungjawab bila perempuan yang kau cintakan adalah pengkhianat atau penjenayah." Luqman berdiri. Menarik sesuatu dari dalam beg pakaiannya.

Jejaka itu membuka bajunya. Menampakkan tubuh sasa miliknya, membelakangi kedua mereka. Karl Azriel terpaku. Ada sesuatu yang menarik pandangan ketika itu.

Parut yang berbekas jelas pada belakang badan Luqman buatkan dia terus terduduk tegak. Kendatipun ekspresi wajahnya masih tenang. Langsung tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Hanya ralit meneliti sesuatu.

Matanya terus-menerus merenung. Sehinggalah Luqman usai menyalin baju, lalu kemudian kembali duduk di hadapannya.

"Siapa-siapa pun boleh jadi pengkhianat." Balas Azriel. Ada senyuman terselit pada hujung bicaranya. Mengundang tanda tanya pada benak Luqman.

"Maksud kau?"

"Tak ada apa." Azriel kembali bersandar. Bersama fikiran yang sudah dimamah berbakul persoalan.

....


SERING kali telefonnya menjerit-jerit meminta untuk diangkat. Merasa terganggu, dia mengeluh lagi. Terasa dadanya ingin pecah. Nombor asing itu ditatap lama. Seperti tahu gerangannya siapa. Bila wajah si dia mula terbayang, rasa benci berputik lagi.

Begitu bengkak hatinya tatkala semua kenyataan sudah terungkap. Dirinya hanya bahan taruhan. Hanya menjadi tempat untuk Azriel mendapatkan apa yang lelaki itu mahu. Terasa diri itu terlalu mudah dipermainkan hinggakan dia berjaya menelan semua kata-kata manis daripada Azriel. Licik!

Ketika itu, mungkin sudah lebih lima puluh kali telefonnya berdering.

Mahu tidak mahu, dilawan nawaitu diri yang sudah hanyut dalam amarah. Panggilan disambungkan.

Tatkala mendengar parau suara jejaka yang bergema melalui hujung talian, dia terkaku. Terasa tunak matanya ingin kembali berair. Terasa ingin terus mengalah. Ingin menghamburkan semuanya.

"What took you so long, sayang? Saya risaukan awak." Terdengar begitu lembut nada bicara seorang Karl Azriel. Menambahkan bahang dalam hati kecilnya.

Humaira terdiam. Jemarinya bergetar. Sedangkan lidahnya kelu. Sukar untuk bersuara. Lebih-lebih lagi apabila mendengar indahnya tukilan hela yang keluar dari mulut Azriel.

Semuanya dusta.

"Saya terpaksa pinjam handphone Arzhel. Silap besar sebab saya lalai. I miss you!" Lalai, sebab Tuhan nak tunjukkan keburukan yang disimpan selama ini.

Dia masih terdiam.

Jiwa yang layu kini menggamitnya untuk menolak semua kata-kata indah yang Azriel beri. Sirna. Kendatipun sisa cinta itu masih ada, tetapi ia tersimpan kemas. Tidak perlu lagi diagungkan.

Seolah-olah hatinya kini ingin memadam pintalan-pintalan syahdu yang selalu muncul dalam setiap perkataan Azriel. Dia tidak mahu tersemu lagi.

"Maira, are you okay?" Terus dia tersedar. Berusaha dicari sekepal ketenangan. Ketenangan yang dapat mempertemukan dia pada segumpal kekuatan.

"Saya okey." Hanya itu yang berjaya dia utarakan. Sejurus selepas itu, dia tersengguk-sengguk. Dia akhirnya kalah lagi. Tangisannya pecah lagi.

"Make sure you get enough rest. Saya nak tengok isteri saya sihat walafiat bila saya balik nanti." Sebuah kebohongan yang nyatanya membuat diri itu lemas.

Azriel tipu!

"Azriel... Sampai bila-"

"Tak akan lama, sayang. I promise. I'll be back real quick, okay?" Dia mengabaikan itu. Bukan masanya untuk berbicara manis.

"Tak. Sampai bila awak akan tipu saya?" Humaira menyeka air matanya kasar. Benci dengan diri yang terlalu mudah untuk menangis. Hanya disebabkan satu masalah yang merendahkan dirinya.

Dia perempuan yang bodoh dalam percintaan.

Telinganya menangkap keluhan yang terlepas pada bibir Azriel. Seperti sedia maklum dengan apa yang dimaksudkannya. Semuanya sudah jelas.

Entah apalagi alasan yang akan memancing kebodohannya kelak.

"Jadi awak dah tahu semuanya? Saya boleh jelaskan. But, not now. Tolong bagitahu saya yang awak okey." Nada bicaranya masih sama. Masih menyimpulkan sebuah penipuan.

Lebih tepatnya, rasa yakin itu sudah luntur. Pudar oleh renjisan lara yang Azriel cipta sendiri. Sehingga dia rasa, hatinya sudah bergolak jauh. Tidak ada lagi kepercayaan untuk Azriel.

"Saya okey. Jauh lebih baik setelah saya dapat tahu yang hati awak masih dengan Zaharah." Jika Azriel di hadapan mata, mungkin jejaka itu akan melihat betapa hancurnya diri itu sekarang.

"It's not what it looks like, sayang!"

Suaranya keras meyakinkan. Sudah terlambat. Hatinya kini punah.

"Sekarang bagitahu saya. Apalagi yang awak perlukan?" Jelas rasa sakitnya itu ingin dilepas. Seandainya satu dunia tahu sekalipun, dia tidak peduli.

"I need you. That's all. I'm sorry." Mudah bukan? Setelah apa yang ditebarkan, pengkhianatan demi pengkhianatan.

Jikalau hanya maaf yang dilantun, matahari pun boleh berdusta dengan langit. Menjanjikan sinar pada maya, ternyata mengundang gerimis mengguyur tanah. Inikan pula lidah manusia. Usai dikulum segenggam janji, dusta dilampar pula.

"Kalau apa yang awak rasa awak dah dapat daripada saya, awak boleh lepaskan saya." Itulah yang difikirnya lebih baik. Untuk kedua kalinya, dia menginginkan perpisahan. Kali ini, dia tetap dengan pendiriannya. Dia nekad.

Meskipun dia tahu, permintaannya itu bukan sahaja ditentang oleh Azriel. Tetapi dengan semua ahli keluarganya.

Azriel yang masih di corong panggilan, membisu. Seolah-olah menidakkan keinginannya.

"It will never happen, Humaira. Never!" Seperti tercabar.

"Saya bukan perempuan yang awak nak, Azriel. Saya tunggu awak balik. Saya tak akan ubah fikiran saya melainkan Allah tarik ingatan salah satu daripada kita." Laju ayat itu meluncur. Nafasnya naik turun, menahan diri daripada mencacau.

"Maira, dengar dulu apa yang saya akan cakap. Untuk sekarang, saya tak boleh bagitahu. Kita diperhati. I'll be back, hug you, kiss you, and say I love you straight to your face sayang." Semakin dia dengar, semakin takut jika hati itu kembali terpaut.

Bukan itu yang dia mahu. Itu semua tidak cukup untuk membayar rasa sakit yang dia tanggung.

Bodoh! Kau bodoh, Humaira!

"Jangan ganggu saya. Kalau betul awak akan balik, saya tunggu. Selebihnya, kita bincang di mahkamah." Terus panggilan ditamatkan.

Hatinya cukup remuk. Dan nestapa yang dia alami tidak mudah dibayar dengan lembutnya kata maaf.

'Maaf.'

Kata yang tidak berguna!

🌹

Continue Reading

You'll Also Like

2.3M 27.6K 11
(Terbit PBAKL 2024) Warning: Stories ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Mertua puaka HAHA. Blurb di dalam. Mula: 31/08/2021 Tamat: 30/3/2022
7.3M 129K 23
Air yang tenang, Jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut,singa laut, ikan jaws pun ada"-FARHAN "Adeh....keluar dari mulut buaya...
49K 3K 22
Slow Update Happy reading with meeee !! ๐Ÿซถ๐Ÿป๐Ÿ’œ
2M 88.8K 57
[COMPLETED] 1st story Song: Dirgahayu by Faizal Tahir & Siti Nurhaliza Sudah 13 tahun berlalu. Jarak yang memisahkan mereka buatkan dia bahagia dan...