His Love [C]

By singlelove_

498K 20K 735

Tuan Malique Zhafran 💕 Nur Tasneem Haura Tuan Malique Zhafran atau lebih dikenali sebagai Liq apabila dia be... More

PROLOG
His Love : 1
His Love : 2
His Love : 3
His Love : 5
His Love : 6
His Love : 7
His Love : 8
His Love : 9
His Love : 10
His Love : 11
His Love : 12
His Love : 13
His Love : 14
His Love : 15
His Love : 16
His Love : 17
His Love : 18
His Love : 19
His Love : 20
His Love : 21
His Love : 22
His Love : 23
His Love : 24
His Love : 25
His Love : 26
His Love : 27
His Love : 28
His Love : 29
His Love : 30
His Love : 31
His Love : 32
His Love : 33
His Love : 34
His Love : 35
His Love : 36
His Love : 37
His Love : 38
His Love : 39
His Love : 40
His Love : 41
His Love : 42
His Love : 43
His Love : 44
His Love : 45
His Love : 46
His Love : 47
His Love : 48
His Love : 49
His Love : 50
His Love : 51
His Love : 52
His Love : 53
His Love : 54
His Love : 55
His Love : 56
His Love : 57
His Love : 58
His Love : 59
His Love : 60
His Love : 61
His Love : 62
His Love : 63
WATAK!!!

His Love : 4

7.3K 361 10
By singlelove_

M's Golden

Malique mengangkat kepalanya apabila mendengar suara ketukan di pintu bilik pejabatnya. Dia memberi arahan untuk si pengetuk masuk.

Dia melihat gerangan yang baru saja melangkah masuk ke dalam biliknya itu. Ternyata Rian. Private investigator yang diupah.

Diangkat kedua keningnya sebagai tanda bertanya kenapa kepada Rian apabila Rian sudah berdiri tepat di hadapannya.

"Ini maklumat yang aku dapat. Kau boleh tengok." Rian meletakkan satu sampul surat berwarna coklat di atas meja kerja Malique.

Malique memandang sekejap sampul yang diletak Rian. Dia mengambil sampul itu lalu dibuka. Dilihat isian di dalamnya. Dikeluarkan isian tersebut dari dalam sampul itu.

Rupanya gambar umi dan adiknya. Malique memanggungkan kepala memandang Rian. Rian mengangguk mengiyakan Malique. Dia tahu apa yang Malique ingin soal dia.

"Ini umi dan adik aku?"

"Ya. Itu umi dan adik kau."

"Kau yakin?"

"Aku dah siasat."

Malique menatap gambar-gambar tersebut. Matanya mula berkolam. Tapi dia tahankan agar air matanya tidak jatuh mengalir di pipi. Dia rindu sangat dengan umi dan adiknya.

Dia kenal wanita itu. Takka sesenang itu untuk dia lupa wajah umi nya. Tapi muka adiknya berbeza sangat. Dah besar adiknya. Tersungging senyuman Malique melihatkan umi dan adiknya.

"Diaorang ada dekat mana sekarang?" Soal Malique ingin tahu.

"Ini alamat rumah. Umi kau dah berkahwin." Kenyataan Rian menghentikan perlakuannya yang hendak mengambil sehelai kertas yang diletakkan Rian.

Dia mengangkat wajahnya memandang Rian dengan riak bingung.

"Umi aku kahwin dengan siapa?"

"Dato Sri Taarif. Klien baru kau." Mengecil mata Malique cuba mengingati nama yang disebut Rian.

Selepas beberapa saat, baru lah Malique ingat. Ya, Dato Sri Taarif. CEO Sirna Empire.

"Oh." Hanya itu saja respon yang diberi. Langsung takda reaksi. Kosong.

Orang kena excited kan. Yalah bapak tiri pangkat Dato Sri kottt.. tapi Malique tak. Dia hanya 'oh' saja.

Betul lah kata Ustaz Shamsul Debat. Lelaki ni kedekut emosi. Tak macam perempuan. Pemurah sangat dengan emosi dia. Hahahah.

"Thanks, Rian. Nanti aku transfer." Kata Malique sambil memberi senyuman nipis kepada Rian.

"Okay, bro. Aku gerak dulu. Ada apa-apa lagi kau nak minta tolong. Call je aku." Malique menjatuhkan kepalanya sekali dan Rian langsung berlalu pergi.

Malique kembali memandang gambar-gambar yang diberi Rian. Diusap wajah umi nya. Dia terlalu rindu. Tersangat rindu. Dah terlampau sarat dengan rindu.

"Aliq rindu umi. Rindu sangat." Sejurus itu, dikucup gambar umi nya.

~~~~~~~~~~

Tasneem duduk di kerusi yang berada di taman bunga belakang villa keluarganya. Dia melihat bunga-bunga orkid yang banyak ditanam. Itu adalah bunga kesukaan arwah mamanya.

Bukan hanya kesukaan arwah mamanya. Malah kesukaan umi juga. Tersenyum Tasneem bila mengingati sewaktu pertama kali dia mengenali Datin Sri Zarina.

Persis sama macam arwah mamanya. Seorang yang lembut, penyayang, rajin, suka bunga orkid dan yang paling penting, sayangkan diri dia. Dari dulu Datin Sri Zarina selalu mengutamakan dia.

Tak pernah sekali Tasneem menyesal menerima Datin Sri Zarina sebagai ibu. Walaupun bukan ibu kandung. Tapi Tasneem sudah menganggap seperti ibu kandung.

Memang Datin Sri Zarina, umi nya. Tapi Datin Sri Zarina tak pernah sekali berniat untuk menggantikan tempat arwah mama. Bagi Tasneem, selepas arwah mamanya. Dia sangat sayang dengan Datin Sri Zarina.

Dua wanita ini lah yang paling dia sayang dalam hidupnya. Dua wanita ini juga yang tersangat penting dalam hidupnya.

Dia sayang arwah mama dan umi nya.

"Termenung apa tu?" Tanya Datin Sri Zarina selari mengambil tempat di sebelah Tasneem.

Lebar senyuman Tasneem bila melihat Datin Sri Zarina. Lantas dia mendekat dan memeluk lengan Datin Sri Zarina.

"Teringat masa umi masuk dalam rumah ni. Pertama kali tu, umi terus panggil Aneem. Umi usap kepala Aneem. Umi cium pipi Aneem. Umi masakkan lauk favourite Aneem. Umi buat semua yang pernah arwah mama buat pada Aneem. Sampaikan Aneem rasa yang arwah mama sentiasa dekat dengan Aneem melalui umi." Jujur Tasneem dengan melentokkan kepalanya di bahu Datin Sri Zarina.

Tersungging senyuman Datin Sri Zarina apabila mendengar ujaran jujur dari Tasneem. Dikucup sekejap puncak kepala Tasneem.

"Umi sayang anak umi ni. Sayang sangat. Dulu umi berangan nak ada anak perempuan. Bila umi pertama kali tengok Aneem. Umi terus jatuh sayang dengan Aneem. Sejak dari itu lah, umi terus anggap Aneem macam anak umi. Terima kasih Aneem sebab terima umi." Balas Datin Sri Zarina ikhlas.

"Sama-sama umi cantik." Terletus tawa Datin Sri Zarina mendengarkan itu.

Tasneem suka buat dia ketawa. Ini belum lagi kalau Mustaqim ada. Dua orang ni kalau dah bergabung nak kenakan umi nya. Memang nombor satu. Suka buat Datin Sri Zarina gelak.

"Umi, umi." Panggil Tasneem yang sudah duduk tegak sambil menghadap Datin Sri Zarina.

"Apa sayang?" Tersengih suka Tasneem bila dipanggil sayang oleh Datin Sri Zarina.

"Umi pernah cakap yang umi ada anak lain selain Taqim kan? Boleh tak umi cerita pasal anak umi tu? Kalau umi tak nak cerita pun takpa. Aneem faham." Tutur Tasneem dengan penuh berharap agar Datin Sri Zarina sudi untuk bercerita tentang perkara tersebut.

Datin Sri Zarina agak terkejut bila mendengar soalan Tasneem. Dipegang tangan Tasneem lalu diusap lembut. Datin Sri Zarina menarik nafas dalam lalu dihembusnya sebelum memulakan bicara.

"Umi rindu sangat dengan anak umi tu. Jarak umur anak umi tu dengan Aneem lima tahun. Sekarang ni dia dah berumur 31 tahun. Umi yakin sangat yang anak umi tu dah besar dan menjadi seorang lelaki yang kacak. Sebab masa kecil dia memang kecak. Ramai suka puji dia." Cerita Datin Sri Zarina.

Tasneem setia mendengar. Dia melabuhkan kepalanya di bahu Datin Sri Zarina sambil memasang telinga.

"Muka dia macam Taqim ke?" Soal Tasneem ingin tahu.

Yalah, Mustaqim pun hensem. Takkan lah abang dia tak hensem.

"Sikit. Dari mata. Setiap kali umi tengok Taqim. Umi mesti teringat dia. Sekurang-kurangnya rindu umi terubat sebab tengok mata Taqim." Ujar Datin Sri Zarina sambil memandang pemandangan di hadapannya.

"Macam mana umi boleh terpisah dengan dia?" Penasaran juga Tasneem. Dah lama sebenarnya dia nak tanya. Cuma takut menganggu privasi Datin Sri Zarina.

"Masa tu.. umi keluar dengan Taqim dan abang Taqim pergi kedai. Taqim merengek lapar nak makan. Dekat rumah takda apa. Jadi umi keluar lah bawa anak umi. Umi nak beli telur dan kicap. Umi leka jaga Taqim sampai umi lupa tentang anak umi yang lagi seorang."

Datin Sri Zarina menjeda seketika. Terasa berat hatinya untuk bercerita. Tasneem terus mengenggam tangan Datin Sri Zarina bagai memberi semangat.

"Dari jauh rupanya dah ada yang aim umi dan anak-anak umi. Lagi-lagi abangnya Taqim. Bila umi pusing saja. Anak umi tu dah takda. Berkeliling umi mencari anak umi. Seminggu juga lah umi ulang-alik pergi kedai tu. Mana lah tahu anak umi tu ada berkeliaran dekat situ atau dipulangkan. Rupanya takda. Umi terlalu berharap. Tapi sampai sekarang umi tetap berharap supaya anak umi balik ke pangkuan umi semula. Umi rindu sangat." Luah Datin Sri Zarina panjang lebar.

"In syaa Allah. Aneem yakin yang anak umi tu akan balik semula pada umi. Kita doa sama-sama ya? Tapi kan.. kalau dia datang, apa umi nak buat?" Nak tahu juga lah apa reaksi Datin Sri Zarina.

"Umi nak peluk dan cium anak umi. Umi terlalu rindu pada anak umi." Beritahu Datin Sri Zarina. Tersenyum Datin Sri Zarina bila mengingati dan membayangkan jikalau dia bertemu dengan anak sulungnya itu.

"Umi takkan lupakan Aneem kan?" Terkedu Datin Sri Zarina saat mendengar soalan Tasneem.

"Aneem anak umi juga. Takkan lah umi nak lupakan anak manja umi ni. Aneem lah satu-satunya anak perempuan kesayangan umi." Dikucup ubun-ubun Tasneem dengan penuh sayang.

Terukir senyuman lebar Tasneem saat mendengarkan perkara tersebut.

"Aneem pun sayang umi. Saaaaayang umi banyak-banyak." Tasneem langsung memeluk Datin Sri Zarina dari tepi.


Tbc..

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

Continue Reading

You'll Also Like

39.5K 1.4K 52
[NAILA The Series] Afra Naila Qhadija Edirne Jibril One of the saddest love story I have ever written. Takdir menemukan mereka sebagai seorang pelaj...
521K 14.1K 59
❛ 𝐈 𝐰𝐢𝐬𝐡 𝐲𝐨𝐮'𝐝 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐦𝐞 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐰𝐚𝐲 𝐈 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐲𝐨𝐮 Beria? Ya, itulah Nayla Atheera. Jatuh cinta pada lelaki itu pad...
162K 9.9K 59
Kata orang, perempuan masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku femini...
469K 14.1K 41
Book 4 : "𝙎𝙤𝙢𝙚𝙩𝙞𝙢𝙚𝙨 𝙮𝙤𝙪 𝙛𝙖𝙡𝙡 𝙞𝙣 𝙡𝙤𝙫𝙚 𝙬𝙞𝙩𝙝 𝙩𝙝𝙚 𝙢𝙤𝙨𝙩 𝙪𝙣𝙚𝙭𝙥𝙚𝙘𝙩𝙚𝙙 𝙥𝙚𝙧𝙨𝙤𝙣 𝙖𝙩 𝙩𝙝𝙚 𝙢𝙤𝙨𝙩 𝙪𝙣𝙚𝙭𝙥...