[C] Stella : The Glory of Bla...

By delilanatasha

921K 65.6K 6.5K

𝑽𝑢𝑳 𝑰𝑰 [ 𝑹𝑭𝑨 𝑺𝑬𝑹𝑰𝑬𝑺 ] ❝ Be the greatest. Seduce him. Tackle him. Make him on knees. ❞ Code : Bl... More

Code Name
Prolog
| 1 |
| 2 |
| 3 |
| 4 |
| 5 |
| 6 |
| 7 |
| 8 |
| 9 |
| 10 |
| 11 |
| 12 |
| 13 |
| 14 |
| 16 |
| 17 |
| 18 |
| 19 |
| 20 |
| 21 |
| 22 |
| 23 |
| 24 |
| 25 |
| 26 |
| 27 |
| 28 |
| 29 |
| 30 |
| 31 |
| 32 |
| 33 |
| 34 |
| 35 |
| 36 |
| 37 |
| 38 |
| 39 |
| 40 |
| 41 |
| 42 |
| 43 |
| 44 |
| 45 |
| 46 |
| 47 |
| 48 |
| 49 |
| 50 |
| 51 |
| 52 |
| 53 |
| 54 |
| 55 |
| 56 |
| 57 |
| 58 |
| 59 |
| 60 |
Epilog
Special Chapter 1
Special Chapter 2
Special Chapter 3 - πŒπ€π‹πˆπŠ πŠπ‡π€πˆπ‘

| 15 |

12.2K 866 26
By delilanatasha



RAJA Hadi duduk disisi katil milik adiknya. Perlahan tangan itu digenggam dan diusap lembut di bahagian kekura tangan. Mama dan papa yang baru tiba di wad hanya memberi tatapan kosong. Pasrah. Keadaan berbahaya begini sudah banyak kali mereka lalui. Tetapi itu tidak bermakna mereka tidak peduli. Mar, tetap anak mereka.

"Farel macam mana?" Soal Puan Asiah yang sibuk mengirai kain selimut yang menutupi tubuh Raja Maraya. Khabar berita tentang Farel dan Raja Maraya tercedera ketika menyelamatkan remaja dan kanak kanak di dalam markas sampai di telinga, membuatkan Puan Asiah langsung tak boleh memejamkan mata.

Biarpun dihalang oleh Raja Hadi, mereka berdua berkeras mahu ke hospital. Sekali tatap pun jadilah. Mereka mahu memastikan Raja Maraya dalam keadaan yang baik biarpun kecederaannya tidak serius.

"Tadi, dia dah sedar. Tapi dia masih berehat di wad dia. Kalau dah sedar tu, jangan harap dia nak duduk diam. Ada lah tu dia kemana mana" jawab Raja Hadi.

"Kalau cedera separah Farel pun dah boleh kesana kemari, kenapa adik masih tak sedar? Ada apa apa yang mama tak tahu?" Soal Puan Asiah gusar. Satu jam berlalu, tetapi Raja Maraya tidak menunjukkan reaksi bahawa dia bakal sedar.

"Mungkin Mar penat dan terlalu terkejut. Mama jangan risau" pujuk Raja Hadi.

"Tapi—"

"Awak dah dengar kan jawapan Hadi? Mar okay. Mar ni dari kecil memang dah diterap seolah olah tubuhnya dibuat daripada urat dawai besi. Saya tahulah Mar macam mana. Dia kuat" niat mahu menyenangkan hati si isteri, tetapi jawapan itu malah membuatkan Puan Asiah melenting.

"Dan itu tak bermakna saya tak boleh risau. Awak cuma tahu nak suruh Mar jadi kuat, kuat, kuat. Awak tak ingat tahun lepas apa yang terjadi? Nyawa Mar hampir melayang ketika sertai misi. Saya dah cakap, persetankan semua organisasi bodoh ni! Awak tengok apa dah jadi pada Mar!"

Dengan berani, mata Raja Murad ditentang.

"Mama.."

"Adik dah banyak sangat ikut kehendak awak. Tolong, kali ini aje. Saya minta awak jangan bagi Mar sertai mana - mana misi Black Angels lagi. Saya tak suka" sapuan air mata berubah kasar. Hatinya begitu tersiat melihat satu per satu kejadian yang perlu menimpa Raja Maraya.

Lasak anak gadisnya bukan kerana kehendak gadis itu. Semuanya kerana terpaksa. Jika tidak bertahan, masakan Raja Maraya menjadi seorang pembunuh upahan yang begitu ditakuti banyak pihak? Dia, satu satunya pembunuh upahan yang diakui dan disanjung. Nama Black Maria disebut bukan sedikit.

Ajaran Raja Murad terlalu keras. Sehinggakan Raja Maraya terlupa, dia juga seorang perempuan. Penumbuk? Terajang? Itu sudah menjadi makanannya sejak kecil.

"Kalau Mar tak mahu? Apa awak boleh buat? Saya tak pernah paksa—"

"Awak tak pernah paksa tapi awak manipulasi otak anak saya! Awak gunakan kuasa ak sebagai ayah untuk pastikan Mar ikut cakap awak!" Balas Puan Asiah tanpa tertahan lagi.

KLAK

Pintu bilik wad dibuka seseorang.

Farel.

Tubuhnya tidak berbaju melainkan balutan kain luka melilit badannya. Wajahnya terlihat dingin, tetapi dia cuba untuk tersenyum.

"Minta maaf, aunty, uncle. Saya masuk untuk tengok Mar." Ujar Farel lembut. Pintu tadi ditutup semula setelah mendapat anggukan daripada Raja Murad dan Puan Asiah.

"Masuk, Rel." arah Raja Murad dengan senyuman agak janggal. Apa Farel mendengar perbualan mereka?

"Dia ada tersedar?" Soal Farel pada Raja Hadi. Lelaki itu menggeleng lemah. Lama tangannya menggenggam tangan Raja Maraya. Tiada satu pun respon. Raja Maraya benar benar tertidur nyenyak.

"Tak apa, biarkan Mar rehat. Dia keletihan. Kemungkinan Mar boleh discharge esok atau lusa. Kita tengok keadaan dia nanti"

Benar kan kata Raja Hadi? Farel tak pernah tahu cara untuk duduk diam. Ini, bukan hospital milik ayah Farel. Tetapi segala perkembangan Raja Maraya sudah dicari tahu daripada doktor - doktor disini. Siapa yang cedera parah sekarang?

"Saya minta maaf sebab tak dapat jaga Mar. Saya ingkar janji untuk bawa balik Mar dengan selamat."

Hening. Mereka semua berpandangan sesama sendiri sebelum keluhan dari bibir Raja Murad terdengar.

"Kami tak pernah salah kan Farel. Malah aunty bersyukur Farel jaga Mar dengan nyawa Farel sendiri. Itu pun lebih daripada cukup" Puan Asiah senyum kecil, menatap wajah Raja Maraya yang tenang tertidur.

"Mar pun rasakan benda yang sama. Uncle jamin itu. You did so well" Raja Murad pula tersenyum, mahu meruntuhkan rasa gusar dihati lelaki itu.

"Hadi? Farel?" Suara Raja Luqman terdengar dari luar pintu wad. Seketika, kepala lelaki itu terjenguk di sebalik pintu. Senyuman segaris ditampilkan sebelum dia memasuki ruangan wad.

"Kenapa, Luq?" Soal Raja Murad. Tadi, katanya Raja Luqman, Raja Ummar dan Jibrael mahu mencari tahu punca kebakaran di markas. Kenapa anak saudaranya masih disini?

"Anak - anak buah dah tahu punca kebakaran. Ianya memang dirancang. Bukan kemalangan" terang Raja Luqman, membuatkan suasana wad menjadi tegang.

"CCTV tak berfungsi. Semuanya musnah dikerjakan oleh si pelaku" sambung Raja Luqman. Berkerut dahi semua orang disitu. Jadi, apa bukti yang tinggal? Siapa dan kenapa?

"Tapi kita ada dashcam daripada kereta milik Ghazi" Raja Luqman tersenyum sinis sebelum iPad ditangannya dihulurkan kepada Raja Hadi. Mereka semua mula menonton video yang berdurasi lebih 15 minit. Kereta berjenama Audi berwarna putih mula menghiasi kaca skrin iPad. Kereta itu tepat memarkir di belakang kereta Ghazi. Ya, bodohnya si pelaku itu.

"Ini kereta yang aku dan Mar nampak semalam" sahut Farel. Tidak salah lagi. Kereta yang keluar dari simpang belakang markas ini tampak agak kelam kabut ketika keluar. Tetapi langsung tidak mendatangkan kecurigaan mereka berdua.

"Mana korang nampak?" Soal Raja Murad.

"Dia keluar dari simpang.. fuck. Mamat jambu ni?!" Tempik Farel. Terbangun Farel dari duduk saat wajah Tengku Harith yang mengeluarkan minyak tanah daripada kereta mula terlihat.

"Kau kenal?" Soal Raja Hadi.

"Jantan bodoh ni lah yang aku jumpa sesama Luq selamatkan Eshal di Itali." Tiada bahasa cantik yang keluar. Di hadapan Raja Murad atau Puan Asiah, dia sudah tidak kisah. Geram dihatinya begitu membengkak sekarang.

"Dia adik Tengku Haziq" terang Raja Luqman. Jarang lelaki berwajah feminin ini turun padang menyertai misi. Tetapi, kali ini dia kerap sungguh menampakkan diri.

"Jadi, ulah keluarga Tengku lagi lah ya?" Senyum Raja Murad terukir sungguh sinis.

"Ya, Pak Ngah" Raja Luqman mengkonfirmasikan. Sekilas, matanya memandang Raja Maraya. Kali ini, bukan sedikit yang akan mereka balas. Untuk sekian kalinya, mereka memang melampau.



SUASANA malam ini agak sunyi. Hanya Farel dan Raja Hadi sahaja yang berjaga di sini. Raja Hadi baru sahaja dibuai mimpi di atas sofa hujung wad. Samar - samar kegelapan, Farel memerhati sosok tubuh Raja Maraya yang tampak bergerak. Lantas bibir nya mengukir senyuman.

"Mar?" Panggil Farel sekali.

"Rel"

Matanya tertutup. Bibirnya mula meracau nama Farel perlahan. Erat - erat selimut digenggam bagai tak mahu lepas.

"Ya, aku dekat sini, baby" bisik Farel perlahan. Dahi Raja Maraya diusap sehingga ke pangkal kepala. Merasa sentuhan hangat di kulitnya, Raja Maraya membuka mata.

"Farel, you.." kata katanya tidak dapat diteruskan ketika matanya melihat tubuh Farel yang berbalut. Dahi Farel yang mempunyai tampalan luka. Ianya sedikit sebanyak membawa Raja Maraya memasuki realiti. Difikirkan kejadian letupan itu hanya mimpi ngeri, tetapi ternyata tidak. Segera wajahnya ditekup kemas. Mahu menghamburkan tangis.

"Oh, thanks God. Thanks God you're still breathing" kata Raja Maraya dengan esakkan halus. Farel angguk, menarik kekura tangan Raja Maraya untuk dibawa mendekati bibirnya.

"Of course I'm still breathing. Kita belum kahwin. Aku tak boleh mati lagi" seloroh Farel, cuba meredakan kesedihan wanita itu. Meletus tawa Raja Maraya tatkala ayat - ayat itu keluar dari mulut Farel. Air matanya diusap perlahan oleh Farel itu hanya dibiarkan. Lama mereka bertatapan, rasa canggung tiba - tiba datang.

"I'm sorry, Mar. Aku minta maaf sebab buat kau rasa risau" ujar Farel perlahan.

"You cedera sebab I and you minta maaf? Are you kidding me? I'm the one that should be sorry. You saved me twice, Rel" bantah Raja Maraya. Sebal kian terasa saat Farel menggelengkan kepala. Tidak setuju.

"Aku dah janji dengan mama kau untuk bawa kau balik dengan selamat, jadi keselamatan kau 100% bawah tanggungan aku. Nothing should be sorry, princess"

"But still, you cedera teruk sebab I.." jarinya menguis pembalut luka di lengan Farel. Sakitnya sampai ke lubuk hati terdalam. Luka di badan Farel berjaya meruntuhkan segala ego yang terbenteng tegap selama ini. Mar, kau tak boleh nafikan hati kau kembali dipegang oleh lelaki ini kembali.

"You yang suka buat benda pelik - pelik yang melibatkan nyawa. You should promise me, stay safe. Stay alive" tajam tatapan yang diberi, tetapi sedikit pun tak menggentarkan Farel. Malah lelaki ini masih boleh senyum lebar.

"Sayang juga kau dekat aku ya" usik Farel dengan tatapan nakal. Pandangannya mula meleret liar di wajah Raja Maraya yang sudah menayang wajah jengkel.

"Siapa cakap I sayang you? I prihatin. Tanda I ni berprikemanusiaan. Dan I tak suka terhutang budi dengan orang. I tak nak hidup makan budi orang." tegas Raja Maraya. Cepat - cepat tangannya ditarik daripada genggamam Farel, membuang pandangan ke luar tingkap bilik.

"Cukup aku tahu kau peduli tentang aku. Aku dah happy, Mar" jujur, mendengar cerita tentang Raja Maraya yang pengsan setelah melihatnya berlumuran darah sudah membuatkan dia bersorak gembira. Ini satu lagi tanda positif daripada Mar!

"Terpaksa mati pun aku sanggup. Janji kau selamat. Aku tak boleh hidup tak ada kau, Mar" luah Farel. Kepalanya dibaringkan di atas riba Raja Maraya. Terasa begitu selesa sehinggakan matanya yang tak mahu tidur kini mula disinggahi kantuk.

"And do you think I can live without you?" Perlahan suaranya dilantunkan. Hampir berbisik. Farel tersenyum lagi. Semakin lebar. Tangan Raja Maraya dicapai sekali lagi. Digenggam kejap.

"Then we should to stay alive. For each other." ujar Farel.

Continue Reading

You'll Also Like

1.8M 132K 83
☠️ 1st Knight Series β™₯️ Tengku Azreal Attar X Shafiqah Amanda πŸ€ Dead man tells no tales. "Abang Azreal?" Shaf tersenyum lebar. Azreal mengangguk pe...
4.6K 155 1
Ku Qhaliq Izzraa~~ Seorang jejaka yang digelar sebagai duda ketika berusia 30 tahun sangat mencabar jiwa dan raganya. Sikapnya yang dingin, panas bar...
ARIES (C) By ❁

Mystery / Thriller

1.2M 66.1K 66
π‚πŽπƒπ„ : 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐇 πŽπ“π€πŠ + 𝐃𝐄𝐑𝐀 πŸπŸ–+ ‼️ 𝐓𝐨𝐩 𝟏 π‡π’π π‘πžπ¬π­ π‘πšπ§π€π’π§π  - π‡πšπ©π©π² (𝟐𝟏-𝟐𝟐) 𝐓𝐨𝐩 𝟏 π‡π’π π‘πžπ¬π­ π‘πšπ§π€...
192K 19.3K 39
[3.0 UNDER HIS SERIES] [KNOWN AS HIS OBSESSION] ARJUNA X AYARRA Arjuna Qutuah. Sebut sahaja sebaris nama itu,pasti semua orang mengenalinya. Pemilik...