HAWA AL-FATEH [OG]

Galing kay SignorinaRoselle

3.5K 245 27

[SAMBUNGAN 'HAWA UNTUK SANG ADAM'] Adam Al-Fateh. Sebut saja nama itu, tentu mereka mengenali walaupun berada... Higit pa

PROLOG (HUSA)
PROLOG : GOYAH
BAB 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14

Bab 7

139 13 0
Galing kay SignorinaRoselle

“MACAM mana you boleh terfikir nak kerja dekat situ?”

“Saya terbabas?”

Rose membuat muka serba salahnya. Memang serba salahlah dibuatnya apabila namanya juga ada dalam perbincangan antara mereka hari itu.

“Terbabas tu maksud saya macam, saya desperate nak cari kerja. Keluarga saya bukan orang senang. Saya terpaksa untuk bersetuju dengan apa syarat yang mereka letak. Yang paling saya terkejut, tempat tu kena pakai yang menonjol. Mereka kata benda tu yang menarik minat client. Tapi bila tengok Mr Adam hari tu, saya jadi takut dan serba salah bila pakai begitu di depan dia.

Sebab dia adalah seorang muslim. Dia pula pakai serban waktu tu. Lagi buat saya tak selesa. Tiba-tiba saya ditarik masuk ke dalam sebuah bilik dan Mr Alex marah saya di situ selepas saja kita bertemu kali pertama tu. Lepas tu, saya terus keluar dan saya sempat kata yang saya tak nak kerja dekat situ lagi. Dan ya, saya panggil awak banyak kali tapi awak tak toleh.”

Arthur mengangguk beberapa kali. Sebenarnya, ini adalah kali pertama dia keluar dan makan bersama seorang perempuan. Cuma kali ini, niatnya hanya mahu menolong Rose. Gadis di hadapannya itu sering membuatkan dia terasa teruja bila berdekatan.

Entah, mana pergi bentengnya sebelum ini pun dia jadi kurang pasti.

“Saya sejujurnya takut. Saya tak sepatutnya tunjuk muka dekat Mr Alex.”

Kening Arthur dikerutkan. Keningnya hampir bersambung dengan ayat yang keluar dari mulut gadis itu.

“Why?”

“ Sebelum ni, saya pernah ada seorang kawan dekat company Mr Alex. Kawan saya tu senior dekat pejabat tu. Takdalah senior sangat. Cuma dia lama dari saya. Dia kata, lepas saja jadi intern, dia terus masuk ke bahagian yang paling susah.”

“Paling susah?”

“Maksudnya... paling susah tu macam... ‘layan’ client.”

“Layan client?”

“Ya, kawan saya sekarang tu dah ikut client baru dia.”

“Perdagangan orang?”

“Not sure.”

“Ya, itulah dia.”

“Huh?”

Wajah polos Rose itu nak saja dilempang. Terlalu polos membuatkan Arthur hilang sabar. Patutlah gadis itu senang saja dipergunakan. Polos!

“You dah makan ke?”

Rose menggeleng.

“Patut loading je.”

Wajah anggun Rose kembali loading. Arthur buang keluh lalu menggaru keningnya menghilangkan rasa geram dan kekok.

“Order apa?”

“Saya tak naklah makan.”

“Kenapa tak nak?”

“Kedai ni nampak mahal.”

“Fast food. You kata mahal?”

Rose mengangguk laju. Kini Arthur pula yang loading. Matanya memandang ke arah makanan mereka yang berada di kedai makan itu. Rasanya dia tidak silap masuk kedai makan.

“Saya selalu masak kat rumah.”

“Masak? You pandai masak?”

“Pandai, pandai. Nak tak saya masakkan untuk awak?”

Melihat wajah teruja Rose, bibirnya yang terpaling tersusah nak senyum itu terus tersengeh serong. Dalam nak tahan gelak, perlulah maco!

“Sounds good. Tapi I nak makan burger hari ni. You nak?  My threats.”

“Wow. You’re to kind. By the way, jangan bagitahu Mr Adam tentang ni. Saya takutlah.”

“Kenapa? Dia gigit you ke?”

“Tak, entahlah dia nampak sangat tegas.”

“Sebab tu dia dihormati, Rose. Dia memang tegas dan matang walaupun sepatutnya orang yang seumur dengan dia tu sedang ada anak dan bercuti dengan keluarga. Tapi dia bekerja dan bekerja. Itu memang prinsip dia waktu pejabat. Bila dengan isteri, dia tak macam tu. Time kerja, kerja. Time dengan isteri, dia akan layan isteri.”

Rose menganggukkan kepalanya beberapa kali. Teringat pula ketika dia didenda. Hawa juga bukanlah jenis orang yang sombong, Cuma tak tahulah kenapa waktu itu Hawa tidak mahu berjabat tangan dengannya.

“Apapun, awak jangan bagitahu Mr Adam tentang ni.”

“You can trust me.” Arthur tersenyum lebar dan Rose kurang pasti senyuman lebar itu untuk apa.

MATA Rose tidak langsung memandang wajah Adam. Ini semua gara-gara Arthur. Kini, Adam inginkan jawapan dari mulut Rose sendiri supaya dia faham situasi. Entah kenapa, Rose memang takut dengan Adam. Walaupun wajahnya tidak sebengis Arthur.

“Lagi?”

Rose menggeleng.

“Dah kerja dekat sana berapa hari?”

“Seminggu. Masa saya baru masuk pun dia ada kata, ‘sesuai, kamu yang kami cari.’ Jadi, saya happy sangat  waktu tu. Sebab dapat kerja. Projek yang saya bentang hari tu, bukan projek saya. Tapi, Mr Alex suruh saya bentang siap pesan suruh saya pakai tiny skirt. Dan dia kata saya kena buat betul-betul sebab client kali ni adalah anak kepada kawan baik dia.”

Adam mengangguk sambil memandang ke arah meja.

“Awak dulu studi dekat mana?”

“Univercity Angeles.”

“Ada orang pelawa awak ke untuk kerja di Syarikat Sky Hills tu?”

Rose mengangguk laju.

“Siapa?”

“Darren. Anak Mr Christopher. Saya belajar tak lama dekat sana disebabkan mommy daddy saya dah tak larat nak bekerja untuk dapatkan duit biaya saya.”

Sekali lagi kepalanya terangguk-angguk faham. Dia senyap seketika, sedangkan yang bermain di mindanya membisingkan dan menyerabutkan. Adakah Jelita itu akan menjadi mangsa Mr Christopher seterusnya?

“Awak dah boleh keluar, saya ada benda nak cakap dengan Arthur.”

“Baiklah.”

Rose bangun dari duduknya. Sempat dia menghembus nafas lega. Dia terus keluar dari situ dan menutup pintu perlahan. Arthur menyembunyikan sengihnya. Tak nak nampak yang dia terlalu terhibur dengan gugup gadis itu apabila berhadapan dengan Adam.

Apabila sudah yakin gadis itu sudah keluar, Adam menyandar tubuhnya di kerusi.

“Maksudnya, Mr Christopher tu ada buat penyeludupan. Perdagangan orang, pelajar daripada Universiti Angeles. Mr Christopher adalah salah seorang rakan Abi aku. Maksudnya, Abi aku memang curang dengan ibu.

Perempuan tu mesti ada dekat pejabat ni sebab Rose kata, kawan dia tu sekarang bekerja dengan client baru, kan? Siapa yang kau syak?”

Arthur mengangguk. Anak matanya yang berwarna biru itu melilau ke sana sini mencari gambaran.

“Kalau orang yang lama tu... mungkin... Err... Jade?”

Adam terdiam seketika. Ada betulnya juga. Kerana wanita itu berkhidmat dari zaman Tan Sri Sabri ambil alih syarikat ini. Tan Sri Sabri juga ada memperkenalkan wanita itu ketika sesi taaruf bersama pekerjanya. Dan dia kata, wanita itu paling lama dengannya. Hampir dua puluh tahun lebih.

Mata hitam pekat milik Adam mula menangkap satu gambaran dalam fikirannya. Gambaran itu pula disimpulkan menjadi firasat.

Malik?

Malik yang tiba-tiba datang dalam hidupnya mula dipersoalkan. Wajah lelaki itu ditilik semula. Memang wajahnya persis orang Eropah. Bukan orang Asia. Dengan mata coklat cairnya itu. Tan Sri Sabri pula bercerita mengenai asal usul Malik ketika dia pertama kali di Malaysia. Katanya, keluarga Malik ditimpa kemalangan. Jadi, dia ambil Malik untuk jaga.

Dengar macam dia yang baik, tapi kalau realitinya, dialah syaitan. Maksudnya, sudah lama dia membuat kerja terkutuk ini. Dari masa Adam kecil sehinggalah Adam mampu memangkah setiap kata Abinya.

Tak tahu kenapa dia terasa kecut perut apabila dia tahu semua benda ini dengan tak sengaja. Yang fasal perempuan bernama Jelita itu pula. Bagaimana dia mahu menyelamatkannya untuk tidak menjadi mangsa Mr Alex seterusnya?

Adam mengurut pelipisnya yang sudah berdenyut.

“Mr Adam? Mr Adam okey?”

“Ha. Ya. Keluar. Aku tak nak diganggu.”

“Baik Mr Adam. Salam.”

“Waalaikum.”

Adam menghembus nafasnya berat.  Pintu ditutup perlahan dari luar. Baru saja matanya ingin ditutup, matanya kembali terbuka.

Tok! Tok! Tok!

Adam mendecit apabila ketukan di pintu itu mengganggunya. Sempat tangannya menghentak geram mejanya apabila ketukan itu masih berlanjutan. Buka saja pintu, isterinya yang berselubung dengan pakaian hitamnya itu kelihatan sugul.
Tanpa banyak tingkah, Hawa terus memeluk tubuh tegap tinggi suaminya itu. Mirra di belakang gadis itu bermain jari sebelum matanya terarah ke arah mata hitam pekat yang menyeramkan itu.

Adam mengangkat kening tanya ‘mengapa?’.

“Tadi, ada orang yang kata isteri Mr Adam...”

Mirra membuat gaya dadanya dilapangkan tangan mendepang dan melengkung ke bawah sambil kembungkan pipinya. Gemuk!
Adam memejam mata. Itu je sebabnya? Adam mengangguk perlahan kepalanya. Perlahan pintu itu ditutup. Sabar je la layan anak tunggal ni.

“Abang... sayang gemuk tak?”

Ah sudah. Dia tanya pula. Hawa mendongak wajahnya dan dagunya direhatkan di dada lelaki itu. Adam membalas renungannya. Agak kekok. Sebab gadis itu benar-benar menangis. Fikir tipu-tipu je buat nangis.

“Erm... Tak. Sayang tak gemuk. Cuma pregnant je.”

Adam menyelak kain niqab yang menutup wajah isterinya ke atas. Air mata yang membuatkan niqab itu basah juga bersisa di pipi gebu isterinya itu. Dia seka pipi itu dengan ibu jarinya.

“Dah jangan menangis.”

Macam-macam je la ragam bini aku ni.

HAWA baru saja ingin keluar dari kontri, ada seorang gadis yang mahu masuk ke kontri juga. Sempat Hawa menunduk sambil tergelak kecil supaya gadis itu memahami yang Hawa menyapanya.

“Er... Mrs Hawa.”

Langkahnya terhenti apabila tubuh Rose menghalang laluannya.

“Ya?”

“Boleh tak saya nak minta kunci pendua bilik, Mr Adam?”

Gadis itu tahu pemegang kunci pendua bilik Adam ada pada isterinya. Suasana sunyi seketika.

“Saya dah dapat keizinan dengan Mr Adam untuk pegang kunci pendua.”

Kening yang hampir berkerut tadi cuba diabaikan. Dia tidak mahu Rose terasa dengannya. Cuma dia kini rasa keliru. Rose dapat keizinan untuk memegang kunci pendua? Kenapa tak minta kunci dari Adam?

Dia pelik, ditambah pula rasa cemburunya membuak. Mungkin atas dasar kerja?

“Mrs Hawa?”

Hawa mengangkat wajah. Dia sedaya upaya mengawal perilakunya.
Tanpa rasa curiga, dia memberikan gadis itu kunci pejabat Adam kerana dia kenal gadis ini sangat bertanggungjawab.

“Nanti bagi saya balik ya.”

“Baiklah, Mrs Hawa.”

Hawa terus melepasinya sambil membawa minuman untuk Adam. Gadis itu menunduk lalu memandang kunci di dalam genggamannya itu. Betul ke apa yang dia buat ini? Sepasang suami isteri ini amat dia kenal dan sangat baik orangnya.
Rasa serba salah menyelubunginya. Dia berkira-kira. Lama-lama fikir, dia mula tekad hendak meneruskannya. Demi orang yang dia cintai.

HAWA membuka pintu bilik itu lalu menerpa ke arah Adam. Air mineral diletakkan di sebelah Adam. Mata hitam pekat Adam memandang air kosongnya sebelum dia menyambung kerjanya.

“Thanks habibi. (Kekasihku)”

“Your welcome, Zauji. (Suamiku)”

“Sayang, sayang. Sini kejap.”

Adam melihat kolar bajunya kerja yang elok tersarung ditubuhnya. Tangannya menarik kolar baju itu berulang kali. Hawa menerpa ke arah Adam.

“Cuba sayang bau sikit apa benda kat kolar abang ni.”

“Bau?”

“Haah. Sini.”

Walaupun arahan suaminya itu mencurigakan, tetapi dia hanya menurut. Wajahnya mendekat ke arah Adam menunduk ke arah kolar baju Adam tadi. Belum sempat dia hidu, terasa dahinya tepat mendarat ke bibir Adam. Hawa mengangkat wajahnya.

“Eii... dia ni...”

Bahu Adam dicubit manja.

“Auu... sakitlah.”

Hawa menggeleng kepala. Baru dia ingin melangkah ke arah bilik, tangannya ditarik perlahan dari belakang. Hawa menoleh ke arah Adam yang sudah berdiri.

“Sayang esok ada appointment dengan doktor, ya?”

“Haah, setiap hari rabu. Kena update dekat nurse.”

“Nak abang teman?”

Mendengar pelawaan itu, wajah Hawa bertukar lembut. Matanya terkebil tidak percaya.

“Abang tak sibuk ke?”

“Kerja abang kat pejabat dah settle. Kerja abang layan sayang tak akan pernah settle.”

“Abang, tidur rumahlah malam ni?”

Adam mengangguk. Akhirnya! Kerana terlalu gembira, tubuh suaminya terus dipeluk. Tangan kekar Adam mengusap belakang kepala gadis itu. Dia selalu tidur seorang diri di rumah. Rindu, call. Setiap pagi subuh bertolak pergi pejabat suaminya. Hinggalah pukul lapan pagi, baru bertolak untuk ke universiti.

Kadang-kadang, dia tidur di pejabat bersama Adam. Sebab rindu.

“Abang Cuma tinggal pergi tapak pembinaan dengan kolaborasi syarikat tu.”

“Dekat mana tapak dia?”

“Islamic Cultural Center Riverside Drive. Abang ada dengar masjid tu ada masalah sikit tentang pengurusannya.”

“Sebelah masjid?”

“Ada permintaan untuk pembinaan tahfiz dekat situ. Jadi, takkan abang nak sia-siakan? Bolehlah budak tahfiz tengok-tengokkan masjid tu.”

“Alhamdulillah. Sejuk hati sayang. Semoga segala urusan abang dipermudah dengan izin Allah.”

Adam senyum. Senyap. Wajah isterinya yang masih bertutup itu dilihat. Dari reaksi matanya sudah dapat Adam tebak. Siapa pula yang cakap dia gemuk hari ni?

“Kenapa sayang? Ada orang cakap sayang berisi lagi?”

Dia menoleh ke kiri dan melarikan anak matanya dari merenung anak mata Adam. Perlahan kepalanya digeleng. Nampak serius.

Adam menarik kerusi lalu menyuruh isterinya duduk di situ. Hawa hanya menurut dan masih matanya terarah ke tepi. Tidak menatap mata Adam.

“Sayang? Kenapa?”

Melihat mata berkaca isterinya itu, terus niqab yang menutup wajah isterinya itu dibuka. Interkom ditekan.

“Arthur.”

“Ya, Mr Adam?”

“Aku tak nak diganggu.”

“Baiklah. Salam.”

“Waalaikum.”

Interkom dilepaskan. Mata Adam kini mencari anak mata Hawa. Tapi masih gadis itu menolak. Tangan mulus Hawa dicapai lalu dia kucup di jemari mulus itu.

“Kenapa sayang? Abang ada buat salah?”

Terdengar esakan kecil.

“Sayang sedih. Betul ke pandangan orang lelaki, punca kes rogol tu sebab salah perempuan? Sebab perempuan tak jaga aurat? Sebab perempuan menggedik-gedik? Hawa tergedik ke abang?” Soal Hawa berselang-seli dengan sedunya.

Dari tadi dia menahan rasa sedihnya. Tapi kali ini tidak dapat dia menahannya lagi. Jika semua lelaki berfikiran begitu, tidak mustahil Adam juga begitu. Itu yang dia terasa sedih.

“Sayang. Sayang kena bezakan antara ‘menawar’ dan ‘memaksa’. Sayang ‘seronok’ ke dirogol? Kalau sayang rasa tak seronok, that means, forcing. Forcing to having sex means raped. Kalau sayang suka, itu bukan paksaan. Itu rela hati. Macam sayang ajak abang, sayang suka kan?”
Merah pipi Hawa apabila disoal begitu.

“Maksudnya, abang sokonglah perempuan dekat luar sana buka aurat? Sebab abang tak sokong statement  yang sayang bagi tadi.”

“Sayang, kalau orang yang berpegang pada agama, dia akan ikut apa Allah firmankan. Tugas kita menegur. Kalau dah tegur dia nak ikut ke tak nak, itu urusan dia dengan Allah. Dalam Al-Quran pun ada sebut untuk kedua-dua jantina.

Katakanlah kepada lelaki dan wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya.

Bukan abang nak tegakkan benang yang basah. Bukan nak betulkan 100% kepada wanita di luar sana untuk tak menutup aurat. Cuba sayang fikir, ‘cara nak mengajar perempuan yang tak bertudung, rogol dia dulu barulah dia insaf’. Macam tu? Kalau macam tu la cara dakwah, boleh ramai perempuan kat luar sana ada anak luar nikah dan orang beragama lain pun pandang serong dekat Muslim dan makin ramai juga yang mengalami Islamofobia.

Dia ada nafsu, jangan tundukkan diri dengan nafsu. Kalau dia agungkan nafsu, seorang perempuan pun tak cukup untuk puaskan dia. Nauzubillahi min Zalik.”

Hawa terpempan. Ada benar juga kata Adam. Takkan nak ugut dia orang, ‘kalau kau tak pakai tudung, aku rogol kau!’. Spontan kepala Hawa tergeleng laju. Sedangkan firman di dalam Al-Quran menyuruh kedua-duanya menjaga pandangan dan nafsu. Dalam Al-Quran semua sudah disebut apa yang lelaki perlu jaga, apa yang perlu perempuan jaga.

Sejujurnya ketika kehormatannya dicabuli, semuanya bermula dengan  pandangan mata mereka yang nampak wajah mulus milik Hawa. Jadi, pandangan pun perlu dijaga.

“Kenapa tanya hal ni?”

“Tadi ada debat. Inilah topiknya. Cuma sayang tergamam dengan statement dia. Dia kata perempuan menggediklah apalah. Terasa sayang.”

Hawa mencebik. Adam menarik kerusi Hawa merapatinya. Hawa tersentak hingga tubuhnya tersandar pada kerusi. Mata mereka bertentangan. Jelas pipi isterinya mula kemerahan menahan malu apabila ditenung.

“Sayang tak gedik. Walaupun menggedik-gedik dengan abang pun tak pernah rasa lemau.”

“Abang..."

“Hmm?

“Nak... bau abang boleh?”

Adam mengerut dahinya. Tanpa berkata apa-apa, Hawa mendekatkan diri ke arah Adam dan menghidu bauan dari tubuh Adam.

“Bau abang manis. Macam vanila.”

“Aip! Ais krim vanila dah habis ke?”

Hawa mengangguk laju. Adam memejam matanya. Patutlah isterinya ini mahu menghidu haruman tubuhnya. Nasib baik dia tanya dulu sebelum pergi jauh. Entah cara dia minta ais krim vanila sejak mengandung ni, begitu caranya. Bahunya digigit tanpa rasa serba salah, terus dia kata mahu ais krim vanila. Kejadian itu terjadi tiga kali.
 

° ° °
2457 word.

Jangan lupa vote and comment!

Ipagpatuloy ang Pagbabasa

Magugustuhan mo rin

2M 114K 72
Seawal usia 20-an , aku terpaksa bekerja sebagai pengasuh kepada anak-anak encik duda demi tiga ribu sebulan . Pada pandangan orang kaya , tiga ribu...
1.2M 61.2K 53
[Just so you know, aku tak sependapat dengan 18y/o me anymore, like this is so cringy and stupid so read at your own risk] Kau tahu beza sayang denga...
8.4K 862 23
Teruntuk dia yang bernama Mawar, aku gelarkan dia sebagai cinta. Buat pertama kalinya perasaan ini ku rasa, Maka pada-Mu Tuhan aku meminta, Jadikan...
141K 11K 30
Sekuel Luth Mahfuz & Luth Hentian Akhir . BOOK #6 of 𝕳𝖎𝖏𝖗𝖆𝖍 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 Chicklit ft. Tarbiyah [ Bahan bacaan 15+ tahun ke atas] Cover & ba...