[C] Stella : The Glory of Bla...

By delilanatasha

922K 65.7K 6.5K

𝑽𝑢𝑳 𝑰𝑰 [ 𝑹𝑭𝑨 𝑺𝑬𝑹𝑰𝑬𝑺 ] ❝ Be the greatest. Seduce him. Tackle him. Make him on knees. ❞ Code : Bl... More

Code Name
Prolog
| 1 |
| 2 |
| 3 |
| 4 |
| 5 |
| 6 |
| 7 |
| 9 |
| 10 |
| 11 |
| 12 |
| 13 |
| 14 |
| 15 |
| 16 |
| 17 |
| 18 |
| 19 |
| 20 |
| 21 |
| 22 |
| 23 |
| 24 |
| 25 |
| 26 |
| 27 |
| 28 |
| 29 |
| 30 |
| 31 |
| 32 |
| 33 |
| 34 |
| 35 |
| 36 |
| 37 |
| 38 |
| 39 |
| 40 |
| 41 |
| 42 |
| 43 |
| 44 |
| 45 |
| 46 |
| 47 |
| 48 |
| 49 |
| 50 |
| 51 |
| 52 |
| 53 |
| 54 |
| 55 |
| 56 |
| 57 |
| 58 |
| 59 |
| 60 |
Epilog
Special Chapter 1
Special Chapter 2
Special Chapter 3 - πŒπ€π‹πˆπŠ πŠπ‡π€πˆπ‘

| 8 |

14K 949 63
By delilanatasha



"BAPAKU pulang dari kota,
Bapaku belikan kereta"

Entah syair apa yang dilantunkan oleh Raja Hadi. Yang pasti, suaranya bergema dari tingkat atas. Menjadi tumpuan semua orang. Raja Maraya sudah menekup wajah dengan tangan. Menyambung makannya yang terbantut. Malu!

"Kereta kecil warna merah,
Boleh ku bawa ke sekolah"

Dush

Tiba sahaja Raja Hadi sudah berada di sebelah Raja Maraya, satu libasan tuala diberi di kepala adiknya itu. Lalu, rambut bergerai itu ditarik dengan sengaja.

"Sakitlah!" Bentak Raja Maraya.

"Pon pon pon
pon pon pon
Pon pon pon"

"Kereta khechill khuu berbunyi!
Marilah adik mari naik
Akan ku bawa jumpa nenek"

Satu ciuman melekap bertubi - tubi di pipi Raja Maraya, membuatkan Raja Maraya lemas dalam pelukan Raja Hadi.

"ABANG KAU TAK MANDI LAGI KE?! BUSUK!" Raja Maraya menolak perut Raja Hadi, menegah Raja Hadi daripada terus mencium pipinya. Entah gosok gigi ke belum!

"Hadi, behave" Raja Murad menegah.

"Ohek, hehe.. WOII!" Dek terkejut melihat sosok Farel yang duduk di hadapan Raja Maraya, Raja Hadi menyorok di belakang kerusi adiknya.

Farel sudah berkerut dahi. Gila ke tiba - tiba menyorok?

"Eh, asal aku yang menyorok?" Raja Hadi menegakkan tubuh kembali. Berdehem sekali.

PAK!

"Adoi! Kau apahal?!" Tidak ada angin taufan tiba tiba sahaja belakang kepala Raja Maraya ditampar oleh Raja Hadi.

"Pandai bawa balik jantan eh sekarang. Aku seligi—"

Dush

"Tak lama kau yang aku seligi kang. Duduk" sergah Puan Asiah sambil menendang betis Raja Hadi. Potongan timun yang diambil dari dapur basah diletakkan di atas meja lalu tempat duduk di sebelah anak bongsunya diambil.

"Mama tendang abang? Sampai hati mama" betisnya yang ditendang tadi diusap. Tidak lah sakit. Sengaja mahu ber drama.

"Suka hati tempeleng kepala adik kau. Mama dah cakap. Jangan main kepala" jeling Puan Asiah. Pantang benar dia jika anak anaknya bergurau di bahagian kepala. Baginya, ia tidak sopan. Lebih - lebih lagi dihadapan tetamu.

"Makan, Farel. Langkah kanan kamu hari ni, ya" senyum Puan Asiah.

"Ya" sepatah Farel menjawab dengan senyuman manis. Teruntuk ibu mentua. Eh, bakal ibu mentua.

"M..macam mana kau ada dekat sini?" Soal Raja Hadi, masih malu dengan perlakuan lepasnya yang tak ubah seperti orang gila. Besyair lagu kanak kanak. Semuanya salah media sosial yang begitu mempengaruh sekarang. Otaknya pun dah sama gila!

"Aku datang, kebetulan lalu. Ingatkan nak melawat kau. Tapi, kau masih tidur."

'Penipu, dasar syaiton!'

Tak habis habis Raja Maraya mengutuk Farel di dalam hati. Seketika, kening Raja Hadi bertaut sesama sendiri. Dia bagaikan mengerti dengan situasi. Lebih - lebih lagi, Raja Maraya dan Farel saling bertatapan bagaikan tidak berpuas hati. Drama apa lagi ni? Kenapa di rumah ibu bapanya?

"Syaitan nirrajim mana rasuk kau pagi - pagi buta datang melawat aku? Mesti nama setan tu start dengan huruf M kan?"

Puff!

Raja Maraya yang sedang meneguk air tersedak. Dijeling Raja Hadi yang selamba menceduk nasi lemak.

"K..kau beragak la abang. Kau tuduh papa setan ya?!" Dalih Raja Maraya. Membuntang mata semua orang disitu. Wajah merah padam Raja Hadi dipandang dengan gelengan. Hah, kau nak kenakan aku ya bang?

Sial Mar! Mentang - mentang nama papa pun bermula dengan huruf M! Raja Murad juga sudah menggelengkan kepalanya.

"Bergaduh aje kalau berjumpa. Macam manalah nak bekerja bawah satu bumbung ni?" Bebelan si mama sudah terdengar. Membuatkan Raja Hadi dan Raja Maraya segera menutup mulut. Hanya jelingan tajam menjadi balasan masing - masing.

"Farel, minta maaf. Kamu faham - faham lah dua orang ni. Memang tak sah kalau tak bergaduh" senyum Puan Asiah.

"Tak apa, aunty. Lama - lama Rel biasalah" balas Farel lalu menghabiskan suapan nasi di pinggan. Fuh, tak pasal - pasal kenyang dengan nasi pagi ni. Beratlah badan nak berlari petang nanti.

"Aih, lain macam aje ayatnya" Raja Murad menjongketkan kening, memandang Raja Maraya yang sedang mengemas pinggan pinggan kotor.

"Kalau uncle dapat meneka, tak susah lah kerja Rel nak sampaikan hasrat" senyum Farel. Ianya terselit makna. Sekali lagi, matanya bertembung dengan milik Raja Maraya.

"Papa" suara Raja Hadi sudah tidak senang. Matanya menghantar signal yang pastinya Raja Murad dan Farel mengerti. Wajah si bongsu dipandang lagi. Wanita itu cuma mendiamkan diri. Tak berkutik. Segera dirinya dibawa ke dapur basah. Selesaikan apa yang patut dan segera berangkat ke pejabat.

"Apa? Salah ke, abang? Mar dah 27. Sesuai sangat kalau mula ada pasangan hidup. Farel pun, bukan kita tak kenal. Anak Mejar Dr Zharif. Banyak tahu jasa Dr Zharif pada Black Angels" pesan Raja Murad dengan senyuman bangga. Sebelah tangannya menepuk pundak Farel yang tertunduk menyimpan senyum.

Jujur, bukan ini yang Farel mahukan. Dia mahukan Mar bukan dengan cara keseganan Raja Murad terhadap abah. Tetapi Farel mahu ianya kerana Raja Murad mempercayainya. Gamaknya, Raja Murad terlalu mementingkan hubungan antara abah dan Black Angels.

Mana tidaknya, hospital persendirian yang Mejar Zharif tubuhkan sudah menjadi salah satu kumpulan perubatan di bawah naugan Black Angels. Tidak lama, mungkin Farel juga akan menyertai kumpulan itu sendiri.

Jadi, dengan mengikat Raja Maraya dengan Farel ialah salah satu cara untuk mengukuhkan lagi hubungan mereka? Farel tidak kisah jika dijadikan korban. Tetapi Mar? Harapnya, sangkaan ini tidak benar sama sekali.

"Papa tahu kan apa yang terjadi antara adik dan Farel? Papa dah lupa?" Raja Hadi sedikit memprotes. Tak akanlah papa sudah lupa? Raja Maraya balik dalam keadaan yang tidak betah berlama di hadapan orang. Mar mula menjauhkan diri daripada orang dan lebih selesa jika tidak bertentang mata dengan sesiapa. Mar mula berubah sejak hari itu.

"People make mistake. Dan papa yakin, Farel sudah belajar dari kesilapan. Lagipula, Farel cuma 17 tahun ketika itu. Masih tidak matang"

Raja Maraya mendengar kata kata itu. Jangan kata dia tidak dengar. Bibirnya diketap geram. Tetapi, hanya sabar yang mampu dia lakukan.

"Dan papa jangan lupa. Mar juga 17 tahun. Apa perasaan remaja 17 tahun diherdik dan dimalukan di depan orang ramai? Murahnya maruah Mar dipijak macam itu aje?" Tambah Raja Hadi. Wajah si papa mula berubah riak.

"Hadi, perkara dah berlalu. Sedekad. Belajar memaafkan dan menerima. Kita manusia. Salah orang yang kita selalu tunding boleh berbalik pada diri sendiri. Remember that, son" satu senyuman tipis diberi sebelum Raja Murad berdiri. Sempat dia menepuk bahu Farel, tanda dia meminta diri.

"Uncle" panggil Farel sekali. Raja Murad menoleh dengan wajah yang tersenyum. Keningnya terangkat kedua duanya, tanda bertanya.

"Kalau uncle tak keberatan, saya nak hantar Mar ke pekabat sekejap lagi"

Raja Murad tersenyum. Senang.




SUASANA di dalam kereta sepi. Hening. Sama ada Raja Maraya ataupun Farel masing - masing lebih selesa berdiam diri. Farel masih menunggu masa yang sesuai untuk mula berbicara. Wajah Mar nampak begitu mendung. Barangkali terdengar perbualan mereka bertiga tadi. Mungkin boleh jadi.

Janganlah kerana hal itu, Mar menarik balik peluang yang mahu diberi. Jangan! Farel baru sahaja mahu buktikan bahawa dia layak untuk dapatkan Mar. Jangan kerana dimampat dengan kata - kata selaran Hadi tadi, Mar berubah fikiran.

"Rel"

Terkejut, Farel hampir menyetak. Wajah Raja Maraya yang berada disebelahnya dipandang.

"Yes, princess?" Jawab Farel deras. Satu senyuman ditebar. Mahu menyenangkan hati wanita ini.

"You percaya tak yang hati manusia boleh berubah?" Soal Raja Maraya. Tak lama, Farel mengangguk. Ya, dia percaya. Contohnya adalah dirinya sendiri.

"Percaya. Tuhan memang cipta hati manusia tidak tetap. Ada masa, ia akan berubah mengikut situasi. Sama seperti pasang surut air, sama seperti peredaran siang dan malam. Tuhan cipta hati yang tidak tetap untuk manusia rasa pahit manis kehidupan" jawab Farel panjang lebar.

Raja Maraya mengangguk.

"Tapi, I tak rasa hati manusia berubah"

"Kenapa?"

"Bila kita rasa orang sekeliling kita berubah, itu bermaksud kita semakin mengenali diri mereka. Bukan kerana hati mereka berubah. People reveal their actual selves after long periods of disguise."

Bungkaman Farel mengundang senyuman si wanita bermata hitam ini. Farel tampaknya sedang memproses kata katanya.

"Tapi kau tak macam ni dulu. You''ve changed, Mar." Sangkal Farel. Keretanya sudah selamat diparkir di hadapan pejabat milik keluarga Raja Maraya. Dimana wanita ini menghabiskan masanya lima hari bekerja dari pagi hingga ke lewat petang.

"Dulu, I macam mana?" Soal Raja Maraya. Farel menelan air liurnya payah.

"Dulu, kau suka aku. Sekarang kau berubah. Kau dah benci aku. Dan hati kau berubah disebabkan kebodohan aku sendiri." jawab Farel. Tersenyum tawar.

"Jadi, manusia sebenarnya boleh berubah lah ya?" Soal Raja Maraya lagi. Kepalanya diangguk. Mengerti.

Farel terpempan. Jangan kata Mar sudah berfikir sejauh itu. Segera, Farel menggeleng. Dengan berhati - hati, tangan Raja Maraya dicapai. Dibawa kedalam genggaman penuhnya. Tak, Farel tak akan sesekali berubah hati.

"Mar, kau jangan salah anggap. Aku serius kali ni. Aku jamin, aku boleh jaga kau. Aku boleh cintakan kau. Aku tahu kau rasa semua ni perkara karut. Tapi, tolong. Percaya kan aku kali ni" ujar Farel lembut.

"Aku tak akan ambil tahu hal kau kalau aku tak serius mahukan kau. Aku tak akan hadap jadi muka tembok depan Hadi, Ummar dan Luqman dan aku tak akan nekad untuk panjat tingkap bilik kau pagi tadi."

"Mar, mulanya aku suka kau. Aku tengok kau dari jauh tanpa satu bicara. Tapi bila kau ada di depan aku, rasa suka dah mula jadi cinta" sambung Farel. Lama - lama mata hitam Raja Maraya dipandang.

Mar, tolong cakap sesuatu.

Tetapi, reaksi Raja Maraya masih sama. Dia tampak keliru. Masih membisu tak mahu berkata satu patahpun.

"Rel, kita cakap lain kali. Bagi I fikirkan dulu"

"Tapi kau dah janji nak beri aku peluang tadi. Tak boleh tarik balik" tegas Farel. Janji tetap janji, Mar. Aku dah dapat, memang tak lah aku nak lepaskan kau sesenang itu.

Ah, Raja Maraya buntu. Kenapalah mulut ni mudah sangat terlepas kata. Kau bukan Black Maria nak tabur janji - janji manis seperti pengggoda yang menunggu masa untuk merentap nyawa musuh.

"Rel.."

"Do it again"

Raja Maraya mengerutkan dahi. Senyuman bagaikan terpana di wajah Farel begitu menggelisahkan.

"Call me Rel again, and I will fall for you deeper and deeper." Kata kata itu diakhiri dengan satu kucupan ditangan milik Raja Maraya.

"Aku mungkin jarang ke sini lagi. Aku akan ada di kem buat beberapa hari. And i promise you, I'll be back. I'll fix everything. And make you as mine. Jadi, pastikan kau jaga diri. Untuk aku"

Kunci kereta milik wanita itu diserahkan sebelum anak mata mereka berlaga lagi.

"Kenapa you balik sana? Pergi berperang ke?" Soal Raja Maraya. Cuba diselindung wajah risaunya, namun ianya terpancar jelas di wajah Raja Maraya. Farel dengan mudahnya dapat meneka, lalu senyumnya meleret. Suka.

"Kind of" jawab Farel sepatah.

"Bahaya tak?"

Mar, soalan kau. Farel tertawa kecil.

"Berperang apa yang tak bahaya? Cuba cakap dengan aku, princess" laju sahaja tangannya naik menyelip rambut di belakang telinga Raja Maraya. Ya Tuhan, cantiknya.

"Dah nak pergi ke?" Soal Raja Maraya lagi, saat rasa canggung mula memenuhi ruangan dalam kereta.

"Kau nak aku pergi bila?" Semakin nakal mengusik, Farel tersenyum senget. Lagi dan lagi. Meruap haba di wajah Raja Maraya, bagaikan Farel terasa bahangnya sama. Mar, dengan reaksi kau sahaja sudah membuat aku tak tentu arah. Benarlah apa yang aku kata. Wujudnya kau sudah buat aku separa gila.

"Pergi petang kan? Hati - hati" Raja Maraya sengaja mengelak daripada menjawab soalan Farel. Segera barangannya diambil. Mahu keluar dari kereta. Jika berlama, mungkin dia bakal menjadi roti bakar! Bahang semacam!

"Mar"

Raja Maraya tidak jadi menutup pintu kereta. Tubuhnya dibongkokkan sedikit, mencari anak mata Farel.

"Hm?"

"Kau aku punya tau" kini, bukan senyuman sinis ataupun senyuman nakal melainkan senyuman manis. Lebar ia ditarik sehinggakan wajah beku itu terlihat sangat berlainan.

Raja Maraya terus menutup pintu tanpa banyak bicara. Risau pula detak jantung yang sedang menggila didengar Farel.

"I benci you Farel"

Continue Reading

You'll Also Like

320K 21.5K 47
2nd Addiction Series [ Ian Hayf | Alessandra Malaiqa ] β€’β€’Digalakkan untuk membaca Her Addictive Poison terlebih dahulu untuk mengenali siapa Ian Ha...
1.8M 132K 83
☠️ 1st Knight Series β™₯️ Tengku Azreal Attar X Shafiqah Amanda πŸ€ Dead man tells no tales. "Abang Azreal?" Shaf tersenyum lebar. Azreal mengangguk pe...
2M 71.1K 65
[ Karya pertama yang banyak mengandungi kesalahan ] Her Obesession Husband Series 1 π‘πšπ²π²πšπ§ 𝐈𝐬𝐀𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 - lelaki berumur 27 yang berkerj...
258K 19.8K 44
"DALAM DUNIA NI , kita tak boleh baik sangat dengan orang, Fatih. Bila kita terlalu baik mereka mudah pijak kepala kita. Jadi, bila orang buat baik...