šŒš«š¬. š“šžš§š š¤š® š€šš²šš...

By Erinsya_

21K 657 48

šŒš«š¬. š“šžš§š š¤š® š€šš²ššš§ š„š³š«šššžš„š„ š¬š«. šŸ šŠššš«š²šš ššžš° š‘šžš„šžššš¬šž! "š‘²š’‚š’– š’‹š’‚š’š’‹ļæ½... More

šš«šØš„šØš 
ššŸ
ššŸ
ššŸ‘
ššŸ’
ššŸ“
ššŸ”
ššŸ•
ššŸ–
ššŸ—
ššŸšŸŽ
ššŸšŸ
ššŸšŸ
ššŸšŸ‘
ššŸšŸ’
š€š©š©š«šžšœš¢ššš­šž š©šØš¬š­!
ššŸšŸ“
! š‡ššš©š©š² šŸ.šŸšŠ !
ššŸšŸ”
ššŸšŸ•

ššŸšŸ–

851 33 16
By Erinsya_

Sedang kusyuk membuat kerja tiba-tiba satu panggilan berdering di telefon bimbit milik Mariam. Tanpa menunggu Mariam terus menjawab panggilan tersebut, ternyata yang menelefon nya itu adalak adiknya yang bongsu.

"Asalamualaikum kakak, abah masuk hospital " kata Maira

"Hospital mana? " jawab Mariam risau akan ayahnya

"hospital Pantai 2" tanpa berkata panjang, dia terus mengambil begnya dan kunci kereta. Sampai sahaja di tempat letak kereta dia terus menghidupkan enjin lalu beredar dari kawasan bagunan itu untuk pergi ke kampung nya.

Selepas beberapa jam memandu, akhirnya dia samapai ke destinasi yang dikatakan oleh adiknya di telefon bimbit sebentar tadi. Emosi nya sekarang ini sangat risau apabila di masih tidak dapat tengok ayahnya lagi.

Bila saja nampak sosok tubuh adiknya Malik dia terus menghampiri adik lelakinya itu. Mereka berdua masuk ke dalam bilik lalu berjalan menghampiri ayah yang elok terlentang di atas katil hospital tersebut.

Jelas wajah abah sangat lesu dan pucat, tidak lain tidak bukan pasti abah pengsan sewaktu sedang bekerja di tempatnya. Mariam sudah pesan beberapa kali untuk berhenti bekerja tetapi ayahnya tetap degil dan tidak mahu pencen dari kerjayanya.

Sudahlah anak perempuannya berjauhan, makin risau apabila sesuatu yang tidak diingini berlaku seperti ini lagi apabila dia tiada di kampung. Walaupun Amina ada di sisi ayahnya tetapi dia tetap risau jikalau ada apa-apa berlaku kepada mereka berdua.

Mariam menyuruh mereka bertiga untuk pergi makan sementara dia menjaga ayahnya yang elok sedang baring di atas katil hospital itu. Bukannya apa, dia rasa bersalah kerana mereka menunggu nya dari jam 10:00 pagi hinggalah jam 1:00 petang dan masih tidak menjamu apa-apa lagi. Jadi dia mengambil keputusan untuk menjaga ayahnya sewaktu mereka bertiga makan petang.

Sementara menunggu ayahnya sedar, dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi bersebelahan dengan katil ayahnya itu lalu membuka telefon bimbitnya.

Tiba-tiba sahaja dia tertekan kontak yang bernama 'ad' di aplikasi WhatsApp nya. Kalau diikutkan sudah sebulan jejaka itu pergi ke Switzerland dan kali terakhir mereka membalas chat adalah sehari selepas jejaka itu terbang ke Switzerland, selepas itu tiada khabar sudah daripada jejaka itu dan Mariam juga malas mahu mengganggu kerana dia tahu Adyan mungkin sibuk dengan kerjanya di sana.

Pejam celik sahaja sudah mahu masuk bulan Disember tetapi dia masih belum menemui jodohnya, tetapi perkahwinan bukan jadi masalahnya kerana apa yang dia perlu risaukan adalah untuk memujuk ayahnya berhenti bekerja.

Tangan ayahnya mula bergerak perlahan-lahan hingga menyentuh bahu gadis itu. Terkejut Mariam dibuatnya, nasib sahaja gadis itu memukul tangannya tadi.

"abah kalau ia pun jangan terkejut kan Mariam macam itu" kata Mariam, abah hanya mampu tersenyum sahaja

"abah, Mariam nak minta satu je dari abah. Boleh? " minta Mariam

"tolong berhenti kerja. " dengar sahaja setiap perkataan yang keluar dari mulut Mariam abahnya laju-laju gelang lalu pandang ke tampat yang lain. Mariam sudah agak ini yang akan berlaku.

"ini untuk kesihatan abah juga, kalau abah asyik masuk hospital disebabkan kerja je macam mana? Nanti Mariam juga yang susah tau. Abah kena faham Mariam duduk jauh tak boleh nak jenguk abah selalu, kalau abah nak Mariam balik sini selalu abah kena berhenti kerja kalau tidak Mariam taknak balik sampai bila-bila! "

Bebel gadis itu sambil mengugut ayahnya, kalau tidak ugut memang tidaklah ayahnya itu akan buat apa yang disuruh. Abah masih tidak memberi apa-apa respon kerana ugutan itu masih tidak ekstrem baginya, ada satu sahaja cara untuk membuatkan dia berhenti kerja tetapi dia tidak pernah beritahu sesiapapun tentang ugutan yang paling berkesan untuknya malah Amina sekalipun.

Mariam agak terkejut dengan muka abah yang tanpa reaksi dengan ugutannya, jadi dia berfikir dan akhirnya satu ugutan yang dia percaya boleh berkesan kepada ayahnya.

"nampaknya abah tak terkesan dengan ugutan Mariam ya? Tak apa sebab Mariam percaya ugutan kali ini mungkin boleh buat abah tidak boleh berkata-kata. "

Semakin laju jantung ayahnya berdegup. Mariam tahu ini cara yang terlalu ekstrem tetapi dia peduli apa, demi untuk memaksa ayahnya berhenti dia sanggup melakukan apa-apa sahaja.

"Mariam akan berkahwin. "

Terus abah paling kearahnya dengan laju kerana tidak percaya dengan kata-kata yang dilempar 9leh Mariam sebentar tadi. Bukan itu sahaja, buah yang dibeli oleh Maira tadi terjatuh akibat kata-kata kakaknya tadi.

Jelas semua wajah mereka terkejut dengan pengakuan sebentar tadi. Mariam tersenyum sinis melihat reaksi mereka begitu, walaupun dia tahu kerja ini gila tetapi sekurang-kurangnya dia tidak perlu lihat ayahnya bekerja keras lagi.

"ada orang dah meminang kakak? " tanya Malik, dia memang terkejut sekarang sampai apa yang dikatakan hampir saja gagap.

"tak, tapi kakak yang akan hantar meminang nanti" makin terkejut mereka sehingga kan abah yang elok terbaring sudah berdiri di hadapan nya sekarang ini.

"abah masih nak bekerja lagi? " soal Mariam dengan senyuman nya yang cukup sinis, perlahan-lahan abah geleng dengan soalan itu.

"tak perlulah sampai nak b-berkahwin k-kan? " tanya abah sambil gagap.

"seperti yang dijanjikan" jawab Mariam tanpa rasa malu lalu keluar dari bilik dengan senyuman yang sinis.

"apa yang abah janjikan sampai kakak terfikir nak buat macam tu? " tanya Maira, dia juga terkejut dengan perangai kakaknya tadi. Tidak pernah gadis itu bersikap pelik tetapi kali ini sikapnya itu betul-betul sudah pelik.

"abah baru teringat " semua berpaling ke arahnya menantikan perkataan yang keluar dari mulut itu.

"abah pernah bagitahu dia yang abah hanya akan pencen selepas dia berkahwin.... " satu keluhan besar keluar dari mulut mereka bertiga apabila dengar apa yang abah kata.







Mariam berhenti di sebuah kafe untuk memikirkan balik apa yang dia kata sebentar tadi. Memang gila, dia juga sangat menyesal dengan apa yang dia katakan kepada abah tadi. Bagaimana dia mahu cari lelaki untuk berkahwin tanpa rasa cinta. Dia juga buntu, tetapi kalau difikirkan sekurang-kurangnya abah sudah janji untuk tidak bekerja lagi tapi berkahwin itu memang terlalu melampau.

Mariam meletakkan kepalanya di atas meja, tiba-tiba sahaja telefon bimbitnya berdering lalu dia mengangkat tanpa tengok nama di kontak itu.

"asalamualaikum Ayyesha, Insya-Allah esok aku balik Malaysia kalau tak ada apa-apa. Ada hadiah untuk kau" kata Adyan dengan teruja, Mariam hanya tertawa kecil kerana dia rasa Adyan agak comel apabila teruja.

Sudah lama dia tidak dengar khabar dari jejaka itu, bukan rindu cuma dia risau kerana Adyan sudah lama tidak mesej ataupun menjawab panggilannya.

"kau apa khabar? " soal Adyan

"khabar baik" jawab Mariam, walaupun Adyan tidak dapat melihat wajah gadis itu dia tahu Mariam pasti tengah tersenyum sekarang ini.

"lega aku dengar khabar dari kau, kalau macam itu aku jumpa kau esok. Asalamualaikum "

Selepas sahaja Mariam menjawab salam, Adyan terus menamatkan panggilan tersebut dan suasana terus terasa sunyi apabila Adyan tiada di sisinya.

Dia sudah anggap Adyan sebagai kawan baiknya sendiri, atau mungkin lebih dari kawan baik? Dia juga tidak tahu. Tapi dia berasa agak teruja untuk berjumpa dengan jejaka itu esok selepas sekian lama tidak berjumpa.

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .










Sorry kalau macam bosan sangat, i lost my motivation to do another chapter cause i don't really have a plan to do on this chapter so i just wrote whatever on my mind.

+ i have and upcoming exam in January :( but hopefully i can update often during this break. I'm really sorry about it.


Continue Reading

You'll Also Like

681K 26.5K 74
Lilly found an egg on a hiking trip. Nothing abnormal on that, right? Except the egg was four times bigger than supposedly the biggest egg in the wor...
652K 67.8K 26
ŁŁŠ ŁˆŲ³Ų· ŲÆŁ‡Ł„ŁŠŲ² Ł…Ų¹ŲŖŁ… ŁŠŁˆŁ„ŲÆ Ų“Ų®ŲµŁ‹Ų§ Ł‚Ų§ŲŖŁ… Ł‚ŁˆŁŠ Ų¬ŲØŲ§Ų±Ł‹ ŲØŲ§Ų±ŲÆ ŁŠŁˆŲ¬ŲÆ ŲØŲÆŲ§Ų®Ł„ Ł‚Ł„ŲØŁ‡Ł Ų“Ų±Ų§Ų±Ų©ŁŁ‹ Ł…ŁŁ†ŁŠŲ±Ų© Ł‡Ł„ Ų³ŲŖŲµŲØŲ­ Ų§Ł„Ų“Ų±Ų§Ų±Ų© Ł†Ų§Ų±Ł‹Ų§ ŲŖŲ­Ų±Ł‚ Ų§Ł„Ų¬Ł…ŁŠŲ¹ Ų£Ł… Ų³ŲŖŲØŲ±ŲÆ ŁˆŲŖŁ†Ų·ŁŲ¦ Ł…Ų§Ų°Ų§ Ł„Łˆ ŲŖŁ„ŁˆŁ† Ų§Ł„Ų£...
1.7M 102K 40
"You all must have heard that a ray of light is definitely visible in the darkness which takes us towards light. But what if instead of light the dev...
1.1M 28.4K 45
When young Diovanna is framed for something she didn't do and is sent off to a "boarding school" she feels abandoned and betrayed. But one thing was...