šŒššš°ššš« š”š§š­š®š¤ š‡š®š¦ļæ½...

By lvndrella

1.2M 59.2K 8.5K

"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau buka... More

PROLOG
Bab 1
Bab 2
BAB 3
Bab 4
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
EPILOG
Bonus part

Bab 5

40.8K 1.9K 270
By lvndrella

🌹

GUSAR. Sudah agak lama dia duduk di tempat itu. Bersama tangan yang memegang bakul yang tidak seberapa kecil, namun tidak seberapa besar juga. Bakul yang bersepulur kuih-muih itu diletakkan di sisi. Seraya duduk dengan perasaan resah.

Itulah rutinnya setiap pagi. Menghantar kuih yang ibunya buat ke warung kopi. Selepas itu, barulah dia ke sekolah. Ada masanya, dia terheret masuk ke bilik disiplin disebabkan masalah lewat datang. Hampir setiap hari. Bagaikan sudah lali dan bagaikan sudah biasa didenda.

Mungkin, hari ini dia akan terlebih lewat. Jarak ke warung masih agak jauh. Lebih-lebih lagi nak ke sekolah. Naik teksi mahal pula. Huh!

Sesekali, dilihatnya langit yang semakin lama semakin murung. Semakin ganas terbersin. Kilat menyambar di mana-mana. Bersama suara guruh yang lantang bergema. Sedangkan gemeretak hujan, tidak kalah laju mengguyur bumi.

Tudung sekolah yang tersarung dikepalanya dikemaskan. Habis basah lecun. Sebelum dia kembali mengamati suasana sepi di tempat itu.

"Adik manis nak pergi mana ni?" Entah dari mana datangnya, seorang lelaki yang berada dalam lingkungan umur 30-an menyapa.

Dalam sekelip mata, bakul kuih ibunya sudah dalam genggaman jejaka itu. Buatkan dia terdiam sejenak. Perasaan takut mula menjalar di dalam hati.

"Nak abang hantarkan adik ke sekolah?" Semakin berani. Lelaki itu cuba untuk menyentuh bahunya. Buatkan dia gesit berundur ke belakang.

"Bagi balik bakul tu!" digagahkan dirinya untuk bersuara. Namun, apa yang dia dapat?

Lelaki itu mencampakkan bakul tersebut. Hinggakan semua isinya melampar di atas lantai yang kotor. Berlutin jadinya. Berdesup darahnya melihat itu.

Bertambah marah, dia melenting, "Apa ni!"

"Alah, rilek lah. Nak main-main pun tak boleh? Adik baik tak? Tolong abang boleh? Abang nak main sekejap lah dengan adik..."

Lancang mulut lelaki itu. Dari marah, dia mulai takut. Kata-kata itu berjaya membakar segala keberanian dalam dirinya. Lebih-lebih lagi, sudah banyak kes rogol yang dia saksikan di kaca TV dan akhbar. Buatkan keresahannya semakin membakul.

Di saat lelaki itu mula menapak menghampirinya, dia berundur. Sehingga dia merasakan, dirinya kini di bawah guyuran hujan yang lebat. Tidak menunggu lama, dia berlari sekuat tenaga.

Bersama air mata yang sudah terlanjur mengalir deras di pipi, bersama mulut yang sedari tadi melafazkan kalimah-kalimah suci, dibawa dirinya itu berlari tanpa tujuan.

Lelaki yang tidak dikenalinya itu masih mengejar langkahnya. Hujung telinganya menangkap suara tawa halus yang menyeramkan.

Sehingga satu saat, tubuhnya rebah menyembah lantai tanah. Detik itu juga, pandangannya berpinar-pinar. Darah mengalir keluar daripada hidung. Sebelum dunianya gelap dan kelam.

Laura Humaira mencelikkan kelopak matanya. Gesit dia berundur ke kepala katil. Badannya meringkuk. Nafasnya tidak teratur.

"Astaghfirullahalazim... Astaghfirullahalazim..."

Bergetar bibir pucat itu melantunkan setiap tutur katanya.

Mimpi itu. Memori yang masih bermain dalam benaknya. Sejuta cara dilakukan sekalipun, tetap akan datang menghantuinya. Hari berganti hati. Ketakutan dan kegusaran tetap menyapa atmanya.

Dia masih ingat akan suara lelaki itu. Ingatan yang sukar hendak dikikis. Buatlah apa sahaja pun, benda itulah yang datang dalam mimpi. Pandanglah apa sahaja pun, jika dia keseorangan, pasti bayangan ngeri itu muncul. Tidak pernah lekang. Tidak pernah hilang.

Klik!

Seketika, semuanya tergendala. Dia melihat figura yang baru sahaja terjengul di pintu. Entah sejak bila dia berada di atas katil, dia sendiri tidak tahu.

Sekarang, Karl Azriel berjalan menghampirinya. Jejaka itu menghulurkan segelas air putih kepadanya. Mahu tidak mahu, gelas itu disambut. Kemudian, laju dia meneguk air tersebut.

"Terima kasih." Seperti biasa, kata-katanya dibiarkan tidak dibalas.

'Dia angkat aku. Dia? Angkat aku? Biar betul? Habis, macam mana aku boleh ada dekat atas katil?' getus Humaira sendirian. Sekadar bermain dengan monolognya.

"Kau meroyan apa sampai nangis dalam tidur? Siap minta tolong bagai. Gila?" Azriel melabuhkan punggung disampingnya. Sudah pasti, jaraknya tidak terlalu jauh. Dia melihat jejaka itu memegang cool fever. Ketika dihulur, laju dia menyambut huluran itu.

"Awak angkat saya?" ajunya. Dibiarkan persoalan Azriel berlalu. Kalau dia cerita, Azriel percaya ke?

"Aku tanya, jawab." Merudum nada Azriel kala itu.

"Saya nangis? Mungkin, sebab mimpi buruk. Saya pun tak tahu," bidasnya. Cuba meyakinkan Azriel yang sedari tadi menatapnya mendalam.

Dalam diam, dia menyimpan senyum. Hari masih belum berganti. Azriel bukannya sekejam itu. Ingatkan nak biar dia tidur dalam bilik air itu, rupanya tidak. Baik juga suaminya itu.

"Betul?" masih tidak berpuas hati, Azriel bertanya lagi. Menerima anggukan daripada Humaira, terus lelaki itu berdiri tegak. Kemudian, langkahnya diatur meninggalkan gadis itu.

Sebelum keluar, Azriel berpaling. Raut wajahnya cukup menggambarkan rasa musykil.

"Aku dapat tahu kau sorok something dekat belakang aku, siap kau."

Umpama amaran, naik gerun Humaira mendengarnya. Eleh, ugut orang reti pula. Bila nak minta maaf?

"Man... Mana ada."

"Esok, kita balik rumah Tok Wan aku. Dia nak jumpa kau," sebaik sahaja selesai berbicara, terus Azriel menghilang. Sudah biasa dengan tingkah pelik Azriel. Mahu tidak mahu, diturutkan sahaja.

....

FANA melabuhkan tirainya. Bulan yang semakin naik mengambang, berkilauan di atas dedaunan menjadi penghias suasana pada ketika itu. Hembusan bayu terasa dingin menggigit seakan-akan melontarkan ketangguhannya. Bersama nyanyian camar dan cengkerik malam yang mesra berteman dengan alam.

Sayup-sayup, telinganya menangkap sebulat suara. Suram kedengarannya. Entah dari mana datangnya. Entah di mana dia berada. Entah siapa pula gerangan hamba Allah yang sedang bergumam itu.

Perlahan-lahan posisinya diubah. Serentak itu, tulang temulangnya renyah berbunyi. Seakan-akan menyambutnya yang baru sahaja terbangun daripada tidur yang panjang. Ngilu sekujur tubuh. Seolah-olah sudah mengangkat tiga tan beban. Pinggangnya lenguh. Otot pegal. Semua sendi dirasakan nyeri. Dia kemudiannya bergerak-gerak kecil, meskipun pergerakannya benar-benar terbatas.

"Maira, bangun. Kita dah sampai rumah Tok Wan."

Ketika suara garau itu kembali bergema di telinga, barulah dia membuka matanya. Naik terperanjat bila wajah Azriel terlalu hampir dengannya. Buatkan dia gesit duduk menegak.

"Hah? Kita dekat mana ni?" dalam keadaan yang masih abnormal, dia mengulum kata. Dilihatnya suasana sekeliling.

Hari sudah semakin gelap. Kali terakhir dia ingat adalah waktu mereka singgah untuk makan tengah hari. Dan ketika dia bangun, kereta yang dipandu oleh Azriel sudah terparkir elok di hadapan sebuah rumah kayu yang terlihat usang. Jelas rumah itu sudah dimamah waktu yang panjang.

Bila melihat suasana yang karar itu, masa-masa kecilnya dahulu menyelak langsir ingatan. Waktu di mana dia tidak mengenali alam maya. Waktu di mana senjanya selalu bertemankan layang-layang yang tinggi beterbangan di tepi sawah. Masa-masa indah pada ketika dia kecil yang tidak akan terulang lagi.

Terbit kesayuan memaku diri. Humaira sekadar tersenyum nipis.

Di hadapan rumah itu, dia melihat ada beberapa orang yang sudah menunggu kedatangan mereka. Melalui samar cahaya lampu, matanya terpaku pada sosok seorang wanita tua.

Kulitnya sudah berbelulang. Namun tubuhnya masih terlihat gagah. Wajahnya sudah penuh dengan kedutan. Tubuhnya sedikit membongkok. Namun terlihat sangat sihat.

"Itu, Tok Wan awak?" tanya Humaira. Sejenak, Azriel mengangguk.

"Yang lain?" ajunya lagi.

Ada dua orang lelaki dan perempuan berdiri bersama Tok Wan. Dua orang daripada mereka terlihat muda. Selebihnya, terlihat sedikit berusia. Mungkin, dalam lingkungan 50-an. Mungkin, itulah pakcik dan makcik Azriel. Keluarga jauh, mungkin?

"Tu mak ngah dengan pak ngah. Dia orang tak datang waktu majlis kita. Sebab waktu tu Tok Wan sakit. Dah, keluar."

Azriel segera keluar dari perut kereta. Diikuti dengan Humaira yang terpusu-pusu mengejar langkah Azriel.

"Abang Azriel, lama tak jumpa abang. Sarah rindu sangat." Tiada angin tiada ribut, seorang wanita muda yang tadinya berdiri kaku disebelah Tok Wan merangkul lengan kekar Azriel.

Humaira tersenyum kelat. Besar pula ulat bulu dekat kampung ni. Pandai bersuara lunak pula tu. Haih, panas pula. Rasa nak beli aircond yang boleh pacak dekat bawah matahari.

"Sarah," berdesing telinga Humaira tatkala mendengar nada mesra Azriel. Mahram ke!

"Abang Azriel," sahut seorang lagi jejaka yang sedari tadi berdiam diri. Jejaka itu menghampiri Azriel sebelum berjabat tangan.

"Tok Wan..." Azriel meluruh kearah Tok Wan. Tubuh kecil yang sudah dimamah usia itu dipeluk erat. Sangat erat. Sebelum dahi tua itu dikucup penuh kasih.

"Lama Tok Wan tunggu Aeril..." Tokwan tersenyum manis. Kuyu pandangannya. Buatkan Humaira turut menyunggingkan senyuman.

'Aeril.' Comel pula panggilan yang Tok Wan beri untuk suaminya itu. Langsung tak padan dengan wajah yang selalu dingin membeku. Ditambah pula dengan badan tegap berotot. Dah macam Hello Kitty berjantina lelaki.

"Aeril sibuk, Tok Wan. Maaflah, dah lama Aeril tak datang. Mak ngah, pak ngah."

Setelah menyapa kesemua, Azriel berpaling melihat Humaira yang sedari tadi kaku berdiri.

"Aeril datang bawa isteri Aeril. Mesti Tok Wan nak jumpa dia, kan?" Azriel tersenyum manis. Dan untuk pertama kalinya, baru kali ini Humaira melihat senyuman itu. Penuh keikhlasan. Penuh kelembutan.

Sayangnya, senyuman itu tidak pernah dihadiahkan untuknya.

"Assalamualaikum, Tok Wan."

Humaira menapak menghampiri Tok Wan. Didakap penuh cinta tubuh tua itu. Bersama senyuman yang tak lekang tersungging pada bibir mungilnya.

"Cantiknya, Zaharah." Tok Wan mengusap lembut bahu Humaira. Wanita yang dianggap sebagai Zaharah itu ditatap lembut.

Detik itu juga, segaris senyuman manis yang terukir pada lekuk bibir Humaira pudar serta merta. Hatinya mula berombak pilu. Terus menerus tenggelam dalam perasaan walangnya. Tiba-tiba sahaja dia dihambat rasa sebak.

Dibedal nestapa yang bergulung-gulung hanya disebabkan bait-bait perkataan yang sukar untuk dia terima.

Zaharah? Nama itu lagi? Bukankah mereka seharusnya tahu bahawa Zaharah sudah lama tiada? Zaharah sudah lama meninggalkan mereka. Itu kenyataan yang seharusnya mereka tahu.

"Tok Wan gembira tak? Zaharah pun dah lama nak jumpa Tok Wan," Azriel mencelah di sela-sela rasa sebak yang menghentam Humaira. Buatkan gadis itu terpempan.

Di saat pandangan mereka bertembung, Azriel melihat mata Humaira yang mulai berkaca-kaca.

"Jemputlah masuk. Kesian isteri kamu ni. Datang jauh-jauh, mesti penat."

Mak ngah menyampuk.

"Zaharah, mari masuk. Tok Wan dah siapkan banyak lauk. Meh, kita makan sama-sama." Tokwan merangkul lembut lengan Humaira.

"Tok... Tok Wan. Nak pinjam tandas, boleh?" Humaira menundukkan wajahnya yang sudah merah. Hanya menunggu masa untuk cecair jernih mengalir membasahi pipinya.

"Tandas dekat belakang rumah. Tandas dekat sini memang terpisah dari rumah. Selesa ke? Nak senang-senang jangan cari dekat sini. Ye lah, orang bandar biasanya tak reti. Geli katanya," entah itu peluru perli yang cuba Sarah lontarkan, atau memang murni cara bicaranya seperti itu. Humaira langsung tidak mempedulikannya.

Terus Humaira menapak meninggalkan yang lain. Tatkala pandangannya terpaku pada satu 'pondok' kecil, dia mempercepatkan langkahnya.

Pintu ditutup rapat dari dalam.

Sebelum tangisannya pecah lagi. Tersengguk-sengguk tubuh kecil itu menahan suaranya daripada bergema. Entah kenapa, kali ini dia benar-benar hancur.

Zaharah, Zaharah dan Zaharah. Begitu indah kenangan mereka. Hinggakan setiap tempat yang dia kunjungi bersama-sama dengan Azriel, pasti ada nama Zaharah. Hati isteri mana yang tidak tersayat?

Bahkan ketika bayangan wanita itu sudah sirna, ada sejuta cerita yang masih tertinggal di mana-mana. Buatkan tiada ruang untuk dirinya. Semuanya tentang Zaharah.

Ibarat pembaca di dalam alur kisah sebuah novel, kehadirannya ada. Namun tak pernah sedikit pun dianggap wujud oleh watak yang bermain. Semuanya tentang Azriel dan Zaharah.

Sampai bila?

....

USAI makan dan solat berjemaah, mereka berkumpul di kaki lima. Sudah menjadi kebiasaannya bila setiap malam di rumah Tok Wan. Ada sahaja yang diborakkan. Itulah masa-masa yang dirindukan oleh mereka yang selalu dikekang dengan kesibukan.

Bagi mereka yang membesar di kampung, tempat itulah yang selalu mereka rindukan tatkala mereka sudah beranjak dewasa. Kehidupan di bandar sungguh jauh berbeza dengan kehidupan di kampung. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.

Tapi nyatanya, suasana kampung boleh memaku kenangan yang maha dalam.

Sejenak, riuh keadaan di kaki lima yang usang itu. Berbagai-bagai tawa dan jenaka yang timbul. Cukup meriah mengalahkan bisingnya cengkerik malam.

Humaira pula? Hanya menjadi pemerhati. Ada kalanya, dia tersenyum paksa. Memerhati tingkah laku Azriel yang berubah drastik. Memerhati sikap Sarah yang agak berlebihan. Semuanya diperhati dalam diam.

"Zaharah, kenapa diam aje?" aju mak ngah yang sedari tadi memerhatikan Humaira.

"Pak ngah pun perhatikan Zaharah. Kenapa berdiam aje?" giliran pak ngah yang mencelah. Buatkan Humaira bertambah tidak selesa.

Cara mereka berbicara, cukup lembut. Beginikah layanan mereka terhadap Zaharah dahulu? Sungguh wanita itu cukup beruntung. Atau, mereka belum pernah berjumpa dengan Zaharah sebelum ini?

"Sayang, kenapa ni?"

Jemari lembut Humaira digenggam lembut oleh Azriel. Jejaka itu terlihat khuatir. Namun jauh di sudut hati, Humaira tahu. Itulah bakat hebat yang ada pada seorang Azriel. Bijak dalam lakonan.

Humaira menggeleng perlahan. Terasa pahit tekaknya mahu mengeluarkan kata-kata. Lebih baik diam. Karang, sorang-sorang dia caci.

"Kau bagitahu yang kau bukan Zaharah, kau tahu aku boleh buat apa dekat kau."

Tersemat dalam benaknya amaran yang sempat Azriel bisikkan keras pada telinganya buatkan dia tidak berani bersuara. Entahlah. Entah bodoh atau tulu, dia sendiri tidak memahami dirinya.

"Sarah lupa nak tanya. Kak Zaharah mandul, kan? Sarah pernah dengar abang Azriel cerita. So, tak plan nak ada anak?" Kali ini, semua mata tertumpu kepada Sarah. Gadis itu sekadar bersilengah. Sengaja mahu menambahkan bara di dalam hati Zaharah'.

"Sarah." Tegas nada Azriel kala itu. Seolah-olah memberi isyarat kepada Sarah untuk diam.

"Sarah, mulut engkau tu jaga sikit!" gertak Mak ngah dengan bisikan kerasnya.

"Sarah cakap je. Mak ni pun, betullah apa yang Sarah cakap ni. Kalau tak ada anak, tak ke abang Azriel ni boleh kahwin lain?" tempelak Sarah. Petah mulut buas itu menyerang. Mengeluarkan bait-bait perkataan yang ingin menyakiti 'Zaharah'.

Detik itu juga, Humaira berdehem kecil. Seraya mengulum segaris senyuman manis. Kali ini, dia berpeluang untuk berbicara. Sarah tak tahu agaknya yang dia pemenang debat di peringkat antarabangsa.

"Sarah belum kahwin, kan?" aju Humaira singkat. Serta merta, Sarah membalas tatapan Humaira.

"Kenapa akak tanya? Nak jadikan Sarah madu akak? Boleh aje. Sarah sedia nak bagi cahaya mata untuk abang Azriel," semakin giat Sarah melepaskan perlinya.

"Apa Sarah cakap ni?" Berkerut wajah Azriel ketika itu. Jelas sahaja, jejaka itu marah disebabkan ingin mempertahankan Zaharah. Bukan Humaira.

"Sarah. Jangan timbulkan masalah. Jangan sampai aku yang naik tangan dekat kau!" Pak ngah mulai sarat dengan emosi.

"Tak apa, Sarah cuma beri pandangan. Betul tak, Sarah?" Humaira memandang dalam raut wajah Sarah.

"Tengok? Kak Zaharah pun rilek aje." Sarah menjuihkan bibirnya. Tanda protes.

"Sarah belum kahwin, kan?" Humaira mengulang kembali soalannya. Buatkan Sarah sekadar menggeleng malas.

"Belum. Sebab Sarah hanya nak kahwin dengan lelaki yang penyayang. Macam abang Azriel," kata Sarah. Langsung tidak membuat Humaira terkesan. Ambillah, kalau mampu.

"Kalau Sarah mandul macam akak, Sarah bagi tak suami Sarah, lelaki yang paling Sarah cintakan untuk kahwin lain?" Humaira bertanya lembut. Namun berjaya membedal emosi Sarah.

Gadis itu terdiam sejenak.

"Sarah nak tahu tak mahkota seorang perempuan apa?" aju Humaira lagi. Kali ini, Humaira memandang serius.

"Apa?" Sarah membuang pandang ke arah lain.

"Perasaan malu. Bila perasaan malu tu dah tak ada dalam diri, jahanam jasad." Sambungnya. Buatkan Sarah tak senang duduk.

Azriel menatap wajah anggun Humaira. Tak lekang. Hinggakan jejaka itu sendiri tidak menyedari bahawa dia telah tenggelam dalam lamunannya.

"Tapi akak yakin. Sarah masih ada rasa malu, kan? Pegang rasa malu tu. Jangan lepaskan. Nanti bila rasa malu tu melayang, binasa jadinya." Humaira merenung ke dalam anak mata Sarah.

"Boleh jadi Sarah dikurniakan zuriat. Tapi, Zuriat tu bukan daripada hasil yang halal. Boleh jadi benih yang Sarah semai tu, datang daripada perbuatan maksiat." Sejurus itu, Humaira bingkas daripada duduknya.

"Zaharah dah mengantuklah. Tok Wan pun dah tidur. Zaharah nak rehat. Asalamualaikum," pamitnya. Sebelum akhirnya kelibat Humaira sirna dari pandangan mereka.

Sarah masih terduduk kaku bersama wajah yang sudah pucat. Bersama mak ngah dan pak ngah yang turut terngadah. Azriel masih berdiam. Masih mencerna apa yang baru sahaja Humaira sampaikan.

🌹

Continue Reading

You'll Also Like

6.1K 189 13
2nd stories : "when stargirl meet starboy" š™·ššŠšš’šš›šš’ššŽšš• šš‚šš¢ššŠšš‘ā™” šš” šš‰šš‘ššŠššŸšš’ššŽšš›ššŠ š™°šš£šš•šš¢šš—ā™” "People can lie about their feeling, but their...
3.5K 171 16
You see me as a villain, but do you know... "A villain is just a victim whose story hasn't been told." And this is my story. ___ "Aku kahwin dengan...
3.7M 230K 62
[Highest Ranking #1 in Teen Fiction] " I do not belong to you, or to anyone else. I will talk to whomever I want, whenever I want." Bella menjeling...