aksara

By 3ardee

47.1K 2.6K 355

For younger me, who wanted to be someone's first choice. More

aksara langit
sneak peek
aksara 1
aksara 3
aksara 4
aksara 5
aksara 6
aksara 7
aksara 8
aksara 9
aksara 10
aksara 11
aksara 12
aksara 13
aksara 14
aksara 15
aksara 16
aksara 17
aksara 18
aksara 19
aksara 20
aksara 21
aksara 22
aksara 23
aksara 24
aksara 25
aksara 26
aksara 27
aksara 28
aksara 29
aksara 30
aksara 31
aksara 32
aksara 33
aksara 34
aksara 35
aksara 36
aksara 37

aksara 2

1.2K 58 0
By 3ardee

Julai 2018

Wahai aksara,
menginjak umur 12 tahun,
aku masih menaruh hati pada insan yang sama.

Hari ini, sekali lagi.
aku mendapat tahu dia menyimpan rasa pada gadis yang baru berpindah masuk.

bukan gadis sama yang dia menyimpan rasa tahun sebelumnya.

Tahun ini, dia menjadikan aku orang ketiga.

Meminta aku nombor telefon gadis yang dia minati.
Bukan sekali, malah 2 kali.

Tetapi pelik bukan ?
aku tidak cemburu.

Malah aku gembira, dia memulakan mesej denganku.

Hati.. kamu baik baik saja bukan ?

-intisar.

Alea menghempaskan tubuh ke atas katil dengan baju kafa yang masih tersarung di tubuh.

Mata terpejam cuba melepaskan lelah setelah seharian menimba ilmu. Telefon di sisi dibiarkan.

Belum sempat diri terlena, bunyi notifikasi menyentakkan Alea. Dengan malas tangan mencapai telefon sebelum dengan mata layu dia melihat paparan skrin.

Terbeliak anak matanya melihat sebaris nama yang tertera di paparan skrin. Sebaris nama yang mampu membuatkan hatinya berdetak 10 kali lebih laju.

Terus jari mengetik ruangan message.

Senyuman tidak lekang di bibir. Terasa segala lelah nya tadi seolah hilang apabila melihat sebaris nama itu.

terus jari cantik milik Alea menari menari di atas papan kekunci membalas pesanan Amar.

.⁠。⁠*⁠♡

Dengan penuh teruja aku membalas pesanan ringkas dari Amar. Hati meronta ronta ingin tahu mengapa jejaka ini memulakan perbualan.

Tetapi, melihat tujuan dia memulakan perbualan denganku membuatkan rasa teruja tadi secara lansung hilang ditiup angin.


Biar aku kenalkan,

Marina, gadis yang baru berpindah masuk ke kelas kami.

Sekali lagi, aku mengaku, gadis ini cantik dan bijak jikalau hendak dibandingkan dengan aku.

Sejak dari aku memberinya nombor Marina. Tiada sebarang pesanan lagi aku terima darinya.

Hari hari berlalu seperti sediakala. Aku masih mengaguminya dari jauh, biarpun saat itu aku tahu, dia masih menyimpan rasa pada orang lain.

Jujur, aku tidak cemburu ataupun mahu berdendam dengan Marina.

Kerana bagi aku,
cukuplah aku mengaguminya dari jauh.

.⁠。⁠*⁠♡

Bulan berganti bulan,
Peperiksaan UPSR dan UPSRA baru sahaja tamat.

Tanpa sedar, berbaki lagi sebulan sebelum aku bakal menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah.

Dia ?
Sepanjang peperiksaan berlansung aku lansung tidak mengambil tahu perihal dia.

Seolah aku rasa,
perasaan ini mungkin sudah pudar.

Benarkah ?
perasaan ini hanya sekadar satu fasa sewaktu aku masih tidak matang ?

Jujur aku buntu.

salam sayang,
dee

Continue Reading

You'll Also Like

243 17 12
Sekadar luahan, puisi dan teks random. Diadaptasi dari kisah benar. - DISCLAIMER - Setiap bab adalah hasil dari buah fikiran penulis sendiri dan tid...
4.8K 624 10
"Saya cintakan awak sehingga nafas terakhir saya" MH370 x MH17 tragedy
My Fondness By nabh

Teen Fiction

406K 16.4K 48
[C O M P L E T E D] Farrid Affiq , lelaki yang disukai ramai gadis. Nampak serious tapi siapa tahu hati dia kan. Saat umur 13tahun, dia telah jatuh h...
537 69 68
Kerana malam adalah kenyamanan buat seseorang yang terbiasa menyimpan ceritanya sendiri Biarkan menjadi tulisanku RihaCatelia Follow tiktok @gadisp...