HAWA AL-FATEH [OG]

By SignorinaRoselle

3.5K 245 27

[SAMBUNGAN 'HAWA UNTUK SANG ADAM'] Adam Al-Fateh. Sebut saja nama itu, tentu mereka mengenali walaupun berada... More

PROLOG (HUSA)
PROLOG : GOYAH
BAB 1
Bab 2
Bab 3
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14

Bab 4

176 15 1
By SignorinaRoselle


"NAH beli barang apa yang patut. Esok pagi, abang hantar sayang pergi Uni. Abang tak boleh teman sayang sekarang. Abang ada meeting sekejap lagi. Sorry ya sayang."

Belakang kepala gadis itu ditarik lalu laju saja bibirnya menyinggah ke dahi gadis itu. Terus tubuhnya membolosi pintu lutsinar yang mampu melihat dari luar ke dalam dan dari dalam keluar.

Kad kredit yang berada di tangannya itu dimasukkan ke dalam kocek jubahnya tanpa rasa minat. Memang tadi dia excited untuk membeli barang kerana dia fikir Adam akan mengikutinya sekali. Rupanya dia ada meeting masa ini.

Hawa tanpa membuang masa terus menuju ke arah pintu utama untuk ke aras bawah. Lif VVIP dituju lalu menekan huruf 'G'. Dia hanya termenung sambil menunggu lif turun. Buka saja pintu lif, Hawa beristighfar di dalam hati apabila ternampak Mirra yang sudah bertenggek di hadapan pintu lif.

"Hehe, maaf Mrs Hawa."

"Takpa. Jom teman saya shopping. Tapi, bukan nak berbelanja sangat pun."

"Boleh, mari!"

Mirra membuka pintu kereta lalu Hawa membolosinya. Tanpa membuang masa, dia pula berlari anak ke arah pintu bahagian driver. Tali pinggang keledar ditarik lalu dia mulakan perjalanan.

"Kenapa muram saja?"

"Jadi tak best nak shopping kalau suami saya takda."

"Err... sebenarnya saya tertanya juga. Maaf kalau soalan ni terlalu sensitif. Mrs Hawa dah berkahwin dengan Mr Adam, tapi masih tak ada anak. Walaupun dah lima tahun."

Hawa tersentak seketika. Melihat gadis itu terdiam dengan soalannya tadi, rasa serba salah mula menghantui.

"Saya dan Mr Adam, kahwin muda. Jadi, dia memang tunggu saya untuk bersedia bina generasi."

"Tu la kan. Umur Mrs Hawa pun baru dua puluh satu tahun. Mr Adam pula hampir 30-an."

Hawa tersentak apabila telefonnya berdering. Dia tersenyum manis apabila nama yang tertera pada kaca skrin itu adalah nama manjanya kepada suami. Tanpa berlengah, dia menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum, sayang? Sayang okey? Sayang ada masalah ke kat sana?"

Keningnya berkerut di sebalik niqab yang menutup wajahnya. Peliknya soalan cik abangnya itu?

"Waalaikumussalam. Kenapa abang? Macam cemas je bunyi tu? Sayang okey je ni. Dengan Mirra. Baru nak pergi ke mall. Abang okey? Kenapa ni?"

Di hujung talian itu terdengar keluhan berat dilepaskan.

"Abang? Kenapa ni? Nak sayang patah balik ke? Rasa tak sihat?"

"Tak tak. Abang..."

Tubuh Hawa tersentak ke hadapan apabila Mirra menekan brek mengejut.

"Ya Allah, Mirra. Kenapa berhenti mengejut?"

"Kereta depan tiba-tiba berhenti mengejut, Mrs Hawa."

Tidak lama itu, serentak tiga orang lelaki keluar dari perut kereta dengan memakai topeng. Paling mengejutkan, dia membawa kayu besbol lalu meluru ke arah kereta mereka.

Bang! Bang! Bang!

Cermin di bahagian dipecahkan menggunakan kayu besbol.

"Ya Allah, kenapa ni?"

Mirra dan Hawa cemas di dalam kereta apabila kayu besbol itu mula melayang ke cermin. Hawa melindung wajahnya dengan tangan apabila serpihan kaca itu terkena pada kain di wajahnya. Terdengar pintu di sebelahnya terbuka sentap, dia menoleh ke arah tingkap yang sudah pecah sepenuhnya itu.

Terus tangannya ditarik kasar agar dia keluar dari kereta.

"Lepaskan! Tolong!"

Lelaki yang sesuka hati memegang tangannya tadi kini bertindak memeluk tubuh kerdilnya.

"Baik kau diam! Sebelum kayu besbol ni singgah ke dahi kau."

"Ya Allah, apa ni? Mirra tolong saya Mirra! Lepaskan saya! Mirra!"

Mirra yang mahu menyelamatkan Hawa dihalang oleh seseorang berbadan sasa di hadapannya. Pipinya ditampar kuat sehingga tubuhnya terpelanting ke tanah.

Hawa meronta dalam pelukan lelaki itu. Meremang bulu romanya apabila mendengar deruan nafas kasar lelaki yang memeluknya tanpa tahu halal haram.

"Masuk!"

Hawa ditolak ke dalam sebuah kereta yang besar. Dia cemas. Baru saja dia ingin keluar, tetapi lelaki yang berada di kirinya pula memegang tangannya kemas. Kini tubuh kecilnya dihimpit oleh dua orang lelaki. Mereka di dalam kereta itu bergelak sakan seperti puas.

Apa yang mereka puas pun tidak tahu. Tubuh Hawa kembali dipeluk erat.

"Tt... Tolong saya nak keluar. Jangan sentuh!"

Rontaan demi rontaan sudah dibuat, tetapi tidak mengubah langsung pendirian mereka. Kini dia dibawa ke tempat yang tidak pernah dia lihat sebelum ini. Dalam hatinya tidak habis berdoa agar dia dapat larikan diri.

Sampai saja di hadapan sebuah rumah, semua isi kereta itu keluar. Tangan Hawa ditarik kasar agar mengikut jejak mereka. Melawanlah bagaimana pun, dia tetap dibawa lari juga.

"Masukkan dia dalam bilik tu."

Hawa terdiam, suara perempuan? Lelaki yang menarik tangannya tadi hanya mengangguk lalu menyambung menyentap tangannya menuju ke satu bilik. Semakin dia meronta, semakin kuat genggaman di pergelangan tangannya.

Tubuh kecil Hawa ditolak kasar ke lantai. Tubuhnya tersembam ke lantai hingga menzahirkan decitan di bibirnya. Lelaki tadi mencangkung di hadapannya. Hawa mengengsot menjauhi lelaki itu. Debaran dadanya semakin menjadi-jadi apabila ternampak lelaki itu mengeluarkan gari dari belakang tubuhnya.

"Kita orang nak rakam kau. Biar jadi bintang dekat laman web lucah."

"Astaghfirullah. Ya Allah, tolong jangan buat saya macam ni."

Pergelangan tangan Hawa direntap lagi. Kali ini dia terpaksa memegang tangan lelaki itu untuk meleraikan tangan lelaki itu dari pergelangan tangannya. Tapi hampa. Tubuhnya terlalu kecil untuk melawannya. Tangannya kini terkunci di kepala katil. Hawa menangis kerana tidak mampu melepaskan diri dari situ.

"Ya Allah... tolong hamba-Mu ini ya Allah."

Lelaki itu hanya melihat Hawa yang tidak habis memanggil nama Tuhannya. Renungan lelaki itu juga menyeramkan. Ya Allah... tolong aku Ya Allah.

"Awak, tolong lepaskan saya. Saya merayu dekat awak...."

"Wow, kita ada siapa di sini? Isteri Mr Adam..."

Suara itu pernah didengarnya. Hawa mengalih ke arah wanita yang memakai hoodie. Baru Hawa sedar, wanita itu juga salah seorang yang menculiknya tadi.

"Long time no see, huh?"

"Awak? Kenapa?"

"Jangan banyak tanya. Ini semua sebab suami kau yang berlagak tu! Dan agama yang kau bawa. Tak layak ada di bumi New York ni!"

"Bumi New York, bukan ke bebas pada hak untuk beragama?"

"Memang, tapi bukan di depan mata aku, kau munculkan diri. Aku sangat anti dengan agama kau. Agama yang tak logik. Sembah pada benda yang takda. Hahahaha! I'm sick of this. Melihat kebodohan kau orang tonggeng-tonggeng pada benda yang takda. How embarrassing?"

Pang!

Terkaku. Jade terkaku apabila dia ditampar. Walaupun tangan Hawa berpijar, api yang membara di dalam hatinya melalaikan sehingga tidak terasa langsung pijar itu. Dadanya berombak laju. Jangan berani menghina agamanya di depan mata dia! Tak mustahil yang sopan, boleh jadi ganas!

"Saya tak pernah menghina mana-mana agama. Kenapa kamu semua dengki dengan agama kami? Kamu sedang mencabar siapa? Dan untuk pengetahuan, kami bukan tonggeng-tonggeng. Tapi sujud! Dahi kami mencecah ke bumi kerana mendidik kami untuk tidak bersifat langit!"

Pang!

Kepala Hawa terhantuk ke besi katil. Kepalanya pusing. Tangannya yang bebas mengurut kepalanya. Punggungnya dilabuhkan ke atas katil. Kakinya dinaikkan oleh seorang lelaki yang menguncinya di katil itu.

"Berani kau tampar aku."

Pang!

Sekali lagi ditampar gadis itu. Di tempat yang sama.

Tidak lama kemudian, ada seorang lelaki berbadan tegap masuk ke dalam bilik. Terus saja dia melabuh punggung di sebelah Hawa. Rapat! Hawa yang baru tersedar itu terus berpaling ke kanan dan merapatkan belakang tubuhnya dengan kepala katil. Tangan kekar lelaki itu sudah menguncinya dan pergerakannya terbatas.

Tangan kirinya yang digari itu disentuh tangan kasar itu. Hawa menjerit nyaring. Biar pekak lelaki yang cuba menyentuhnya itu.
Lelaki berbadan tegap itu hanya tergelak melihat umpan yang berada di depan mata.

"Jangan sentuh saya!"

"Garangnya... jangan garang-garang, geram aku tengok."

Tangan kanan Hawa cuba dilepaskan dari pegangan lelaki itu. Tapi tidak berjaya. Nak meludah wajah lelaki itu tidak boleh pula kerana dia memakai niqab.

"Wah, panasnya. Kau tak panas ke pakai benda kat muka kau?"

Lelaki itu membuka ikatan niqab di belakang kepala gadis itu. Pantas wajahnya menunduk dan memandang ke arah kanannya. Pipinya semerta bertukar rona merah.

Ya Allah...

Sanggulnya ditarik sehingga dia mendongak. Lelaki yang menarik sanggulnya terpana dengan kecantikan Hawa. Terus mata itu meliar ke tubuh Hawa. Melihat renungan itu, Hawa menjadi takut.

"Wah... cantiknya. Why you keep used that stuff? You have a perfect face."

"Lepaskan! Jangan sentuh saya!"

"Kamera mana? Kamera? Sinilah, nak mula projek kita ni. Rakam sampai habis 'show' ni. Okey. Biar suami dia tahu macam mana sakitnya hati aku selama ni sebab bapa dia!" Jade menarik seorang lelaki berstoking di wajah untuk merakam aksi yang bakal berlangsung.

"Ya Allah!"

Lelaki itu mula menindih tubuh genit itu. Berdebar dadanya melihat lelaki yang entah siapa-siapa mula mengganas. Tangan kirinya yang ditarik banyak kali tetap tidak membuahkan hasil. Dalam hatinya meminta, tetapi sesiapa pun tidak ada yang membantu.

Tangan kanannya yang bebas ditangkap lalu ditekan ke katil. Tidak rela dia diperlakukan begitu. Tangan kirinya walaupun tidak akan ada peluang untuk bebas, dia tetap cuba juga menariknya. Hampa.

Hanya jeritan menjadi menyeri petang itu. Tangisan, jeritan dan rontaan semua diabaikan. Hanya nafsu bermaharajalela ketika itu. Tangisan dan rontaan itu bagaikan bunyi pembakar semangat untuk mereka. Dari sini, bermulanya mimpi ngeri sang isteri yang diratah manusia durjana.

"ALL rise!"

Semua di dalam penghuni mahkamah bangun tanda hormat kepada seorang wanita di pentas hakim.

"You guys may be seated."

Adam duduk di meja yang menghadap hakim dan sebelahnya seorang peguam yang telah dia bayar. Dari tadi giginya terketap geram melihat wajah-wajah yang tertuduh itu. Salah seorang mereka adalah perogol durjana.

Mengingatkan Hawa yang masih trauma, membuatkan air mata jantannya hampir gugur. Aku akan pastikan kau orang takkan terlepas!

"Perbicaraan bermula sekarang. Yang tertuduh, sila ke pentas kiri saya."

Lengan Jade yang bergari itu ditarik perlahan ke arah pentas sebelah kiri hakim. Garinya dibuka lalu dia duduk di kerusi.

"Plaintiff, sila mulakan."

"Baiklah. Assalam Alaik. Di sini saya ingin menceritakan kronologi point yang pertama dari pemerhatian saya. Ms Jade telah dipecat secara mengejut di lobi Syarikat pembangunan hotel terkenal di New York, milik Mr Adam Al-Fateh. Antara sebab besarnya mengapa Ms Jade dipecat adalah kerana dia menghina, mengherdik dan memburukkan agama Islam di dalam bangunan tersebut.

Dan kes terbaru pula adalah, dia mengutuk Mr Adam Al-Fateh bahawa Mr Adam Al-Fateh ini didakwa menyeksa isterinya kerana dia berpakaian seperti orang Arab dan menutup segala tubuhnya sekali dengan wajahnya. Untuk point pertama, sudah selesai di pihak saya yang arif."

"Baiklah, Defendant ? Ada apa-apa bantahan?"

Peguam Jade bangun. Adam sudah memandang tajam ke arah Peguam itu. Dia sabarkan saja niat hatinya yang membara dengan api kemarahannya.

"Saya bangkang your honour. Ms Jade adalah di antara orang yang dipercayai di company tersebut, kenapa pula dia ingin merosak reputasinya hanya kerana rasa benci?"

"Saya bangkang yang arif!"

"Order! Defendant , teruskan."

Adam menggertap rahangnya menahan segala apinya. Matanya kini memandang Jade yang berada betul-betul di hadapannya. Kalau dia tidak ingat ada orang sekelilingnya, pasti wanita itu sudah dia belasah habis-habisan. Licik!

"Your honour, gadis yang berniqab dan bertutup litup itu mahu menyembunyikan apa? Pastilah mahu menyembunyikan cacat cela di tubuhnya. Kalau dia yakin dengan dirinya, kenapa dia tidak buka saja tubuhnya dan dipertontonkan?"

Adam tergelak sinis. Kau fikir isteri aku penari tiang untuk kau lihat-lihat auratnya?

"Jade sedang selamatkan seorang gadis dari kena seksa dengan suaminya. Adakah itu salah yang arif?"

"Yang arif."

"Ya Plaintiff?"

"Dalam Islam, berpakaian seperti orang arab itu adalah sunnah isteri kepada nabi kami. Bukan untuk menutup cacat cela. Jika ada cacat cela pada tubuh, pasti tiada siapa yang mahu merogol mangsa yang bergelar isteri itu. Tiada nilai kemanusiaankah kamu yang merogol kaum hawa yang bergelar isteri orang?"

"Nanti dulu. Kalau dia memang tidak bersalah, mengapa dia tarik tangan isterinya kasar selepas dia memecat Ms Jade? Mesti mereka mahu segera menutup kesalahan mereka. Kalau dia tidak menyeksa isterinya, mengapa dia tidak bagi kita untuk melihat keadaan isterinya? Walaupun wajah?"

"Kamu dilarang melihat auratnya! Kamu ada bukti ke nak menuduh itu ini?"

"Order."

Kedua pihak senyap seketika. Suasana menjadi hangat tatkala ini kerana berdebat dengan orang yang kurang memahami agama Islam.

"Baiklah, saya juga pernah dengar berkenaan perintah menutup aurat untuk muslim. Jadi, tidak semestinya abused itu berlaku. Jadi, ini adalah stereotaip untuk racist yang mahu meningkatkan lagi kadar Islamofobia di bandar New York."

Hakim mengangguk lalu dia membaca sesuatu di tangannya. Itulah maklumat Jade. Segala maklumat gadis itu berada di tangan hakim. Satu helai kertas menarik minatnya untuk dibongkar dengan mata tajamnya.

"Doktor... Doktor David?"

Matanya naik memandang audiens yang berada di depan pintu masuk. Doktor David mengangkat tangannya apabila namanya dipanggil.

"Yes your honour. Itu nama saya."

Mata wanita tua itu memandang lelaki yang kemas berbaju kemeja dan seluar slack hitam.

"Betul ke Ms Jade ini adalah salah seorang pesakit awak?"

"Ya."

Adam fokus pada perbualan mereka. Jelas urat di lehernya timbul.

"Surat ini menyatakan yang... Ms Jade ada penyakit mental. Dan saya nampak dia normal saja di sini?"

"Ya, penyakitnya akan datang jika dia terlalu tertekan."

"Nak masuk penjara dah ni, takkan tak tertekan? Hmm? Ms Jade? Sebab dah tahu ke nanti awak akan dibebaskan kerana awak ada tekanan jiwa. Macam tu?" soal Khalil sinis. Wajah Jade berubah. Dadanya juga berombak laju apabila strateginya dapat dibau.

"She's seems like a normal person. So, can we continued?"

Adam tersenyum senget apabila senyuman di wajah Jade tadi kian mengendur. Kali ini dia tidak akan berkompromi.

"Kita teruskan dengan point seterusnya daripada Plaintiff."

"Yang arif."

Tuan Khalil bangun semula dari duduknya lalu berdiri di hadapan meja. Dia mengambil kertas yang sudah siap point yang dia harus bicarakan.

"Seterusnya, kronologi point kedua adalah, dia membayar empat orang lelaki untuk mengikuti isteri Mr Adam. Kami akan pertontonkan anda satu video dari dashcam yang merakam aksi ganas ketika mana mangsa diculik."

Di tepi sebelah kanan hakim ada selembar layar untuk melihat dashcam yang terakam. Tuan Khalil menghampiri lap topnya yang sudah bersambung dengan projektor LCD. Anak panah yang dipandu oleh tetikus itu menekan folder dan mencari video yang dia sudah kumpulkan.

"Ya Alalh, Mirra. Kenapa berhenti mengejut?"

"Kereta depan tiba-tiba berhenti mengejut, Ms Hawa."

Tidak lama itu, serentak tiga orang lelaki keluar dari perut kereta dengan memakai topeng. Paling mengejutkan, dia membawa kayu besbol lalu meluru ke arah kereta mereka.

Bang! Bang! Bang!

Terdengar jeritan Hawa yang nyaring apabila tingkap di bahagiannya diketuk sehingga pecah. Tidak lama itu mendengar pintu terbuka dan jeritan nyaring dari Hawa. Mendengar rontaan Hawa, membuatkan air mata Mirra jatuh berlinang. Dia ada pada situasi itu.

Tidak lama itu ternampak Hawa yang dipeluk erat supaya dia tidak banyak pergerakan. Dan akhirnya dimasukkan paksa ke dalam kereta yang jelas dengan nombor platnya. Adam menggertap lagi giginya. Siapa yang tidak hancur melihat isterinya disentuh orang yang entah siapa-siapa?

Video dihentikan.

"Nombor plat yang terlalu jelas. Kebetulan waktu itu mangsa dan suaminya sedang di dalam talian. Telefon Hawa sudah tercampak jauh dan jelas jeritan dan bunyi bising yang sama itu terakam juga audionya ketika Mr Adam berasa pelik. Jadi, dia ambil keputusan untuk merakam audio."

Anak panah kini beralih kepada audio di sebelah video tadi.

"Sayang! Sayang? Kenapa bising tu sayang?"

"Salam Mr Adam, Mr Adam. Saya akan beri Mr Adam number plat. Ms Hawa kena culik dengan tiga orang lelaki bertopeng."

"Baiklah, bagi saya number plat. Jangan lupa call polis, saya akan ke tempat awak nanti."

"Baiklah Mr Adam."

Tamat.

"Perbualan itu terakam selepas bunyi bising yang terjadi dan mangsa menjerit dan meronta. Kita bukan saja ada bukti video dan audio, tetapi saksi juga ada bersama kami."

Tuan Khalil menunjuk ke arah seorang gadis yang dari tadi duduk di sebelahnya. Hakim mengangguk perlahan lalu dia memberi peluang untuk Defendant membantah.

Senyap.

Tuan Khalil sudah tersenyum sinis ke arah Defendant itu. Mungkin dia terlalu tergamam apabila kita sudah ada bukti kukuh untuk kes ini. Jalan sudah semakin luas apabila tiada sesiapa yang mahu membantah berkenaan kes penculikan itu.
Awal-awal sudah tumpas!

"Baiklah, nampaknya tiada bantahan. Kita teruskan dengan kronologi seterusnya."

"Yang arif."

Tuan Khalil kali ini tidak bercakap banyak. Dia terus menggosok tetikusnya di atas meja lalu menekan ke satu video.

Pang!

Kepala Hawa terhantuk ke besi katil. Kepalanya pusing. Tangannya yang bebas mengurut kepalanya.

"Berani kau tampar aku."

Pang!

Tidak lama kemudian, ada seorang lelaki berbadan tegap masuk ke dalam bilik. Terus saja dia melabuh punggung di sebelah Hawa. Rapat! Hawa yang baru tersedar itu terus berpaling ke kanan. Tangan kekar lelaki itu sudah menguncinya dan pergerakannya terbatas.

Tangan kirinya yang digari itu disentuh. Hawa menjerit nyaring.

"Jangan sentuh saya!"

"Wah, panasnya. Kau tak panas ke pakai benda kat muka kau?"

Lelaki itu membuka ikatan niqab di belakang kepala gadis itu. Pantas tangan bebasnya menangkap niqab itu lalu menyorokkan wajahnya.
Sanggulnya ditarik sehingga dia mendongak.

"Wah... cantiknya. Why you keep used that stuff? You have a perfect face."

"Lepaskan! Jangan sentuh saya!"

"Kamera mana? Kamera? Sinilah, nak mula projek kita ni. Rakam sampai habis 'show' ni. Okey. Biar suami dia tahu macam mana sakitnya hati aku selama ni sebab bapa dia!"

"Ya Allah!"

Video dihentikan.

"Selepas sahaja nama Yang Maha Esa dilafazkan, ketika itulah mimpi ngeri sentiasa menghimpit Sang Hawa yang diratah dengan lelaki yang bukan suaminya. Di sini, antara empat lelaki yang berdiri di sini adalah salah seorang saksi yang mengenali dan memahami kronologi ini dengan lebih mendalam. Yang tertuduh satu, sila berikan pencerahan."

Andrew dibawa ke pentas sebelah kanan hakim. Gari di tangannya dibuka. Matanya beralih ke arah Adam yang menahan segala rasa sebaknya dari tadi. Andrew terasa bodoh kerana hanya melihat saja isteri kepada Adam dirogol.

"Aku adalah saksi kronologi yang berlaku dari A to Z tentang kes penculikan ini. Aku yang serahkan video itu kepada pihak mangsa itu sendiri. Dan akulah yang merakamnya.

"Kenapa kau berpaling tadah? Sedangkan yang tertuduh itu adalah darah daging kau."

"Tidak lagi. Aku ada 'saudara' baru."

Semua tergamam lalu melihat Adam. Mata hitam pekat itu memanah ke arah Jade tajam. Senyuman sinis diberikan kepada gadis itu.

"Kerana aku tahu aku berpihak pada kebenaran dan bukan pesongan seperti kamu semua. Yang arif, aku bersaksi bahawa aku tidak 'disuap' oleh pihak mangsa. Kronologi awal yang sebenarnya adalah, Jade Mc Wilson bangkitkan satu pertubuhan yang dinamakan 'Fallen muslim.' Dalam pertubuhan ini, mereka akan masuk syarikat dan juga racist di mana-mana sahaja muslim berada.

Jadi, point pertama yang dibentangkan tadi menjadi point kedua. Dan kronologi itu, kerana dendam. Satu sebab dia tidak mampu untuk 'robohkan' culture di dalam bangunan itu. Dua, kerana dia dipecat. Tiga,kerana dendam lama. Jadi, dia ingin merosakkan keluarga Mr Adam."

"Your honour, kalau betul gadis itu dirogol, kenapa tidak tunjukkan saja video itu secara penuh? Saya pasti ada sambungannya."

"Isteri aku bukan untuk tontonan!"

Adam yang dari tadi menyerahkan segalanya pada Khalil, kini dia pula yang mengambil alih. Dia sungguh tidak suka video itu diputarkan semula dan kali ini sepenuhnya. Kerana terang-terangan aurat isterinya terbuka di situ. Aib.

"Mr Defendan, you should stop talking shit like this. Sebab, kami sudah membuat ujian DNA sebelum menyuruh isteri Mr Adam untuk mandi dan bersihkan diri." Khalil tersenyum herot.

"Dan aku lihat sendiri semuanya. Tetapi waktu itu aku rasa kasihan pada gadis itu. Yang meronta minta semuanya menutup auratnya. Makin dia menutup makin kau orang dedah! Makin menyuruh kau berhenti, makin kau galak! Kerana nafsu kau tidak dapat dibendung! Aku saksikan semuanya! No, means no! Siapa pun Tuhannya, rogol tetap jenayah... Dia juga tidak putus menjerit nama Tuhannya sehinggakan perlakuan itu membuatkan aku sedar, yang mereka semua tu kejam terhadap muslimah seperti dia.

Aku pergi untuk menyelamatkan dia, tetapi semua menolak aku dan kata aku tidak sabar 'merasa' isterinya. Padahal aku ingin menyelamatkannya. Kau orang memang binatang! Semua orang ada hak! Perempuan tidak berhak diperlakukan begitu! Lagi-lagi dia sudah kahwin. Tidak kira dia muslim atau bukan, dia tetap wanita yang kita perlu pelihara maruahnya! Dan aku di sini untuk membela gadis malang itu terbela maruahnya!

Dan, Doktor David. Aku sendiri yang ugut dia untuk menipu tentang penyakit mental yang Jade alami. Dia memang mahu lepas tangan sendiri tentang hal ni dan biarkan kami meringkuk dalam penjara sedangkan dia bersuka-suka di luar sana! Menari atas tangisan orang lain. Kau kejam Jade! Dari tahun lepas rancangan ini dibuat. Akhirnya, terlaksana dengan saksama, Cuma aku saja yang mengkhianati rancangannya. Orang seperti dia tidak patut ada dan bebas di bumi New York. Racist!"

"Betul ke Doktor David?"

Doktor David berkira-kira untuk menjawab.

"Yes! Dah lama saya tahan your honour. Dia tetap mengugut saya. Dari tahun lepas dia minta saya untuk buatkan dokumen palsu tentang sakit mentalnya agar dia dibebaskan."

"Ya! Saya akui saya mengugutnya untuk tanda tangan dokumen itu. Dan ya, hari ini dia datang ke sini."

Suasana di situ diam. Hanya bunyi desahan nafas deras dari Andrew yang mengah lepas dia berhujah.

"Wow... saya sangat clueless. Nampaknya perbicaraan ini mungkin diberkati oleh God of Muslim. God bless you. Sudah terang lagi bersuluh. Di tangan saya, ada rekod Jade yang menyatakan, dia sebelum ini pun cuba menghentikan muslim yang sedang menunaikan solatnya di tempat awam. Jelas sekali ini adalah kes rasis dan kali ini melampaui batas sehingga mencalar maruah seorang perempuan. Paling teruk mangsa mempunyai suami. Dan mereka adalah muslim. Jadi, saya simpulkan di sini... In favor of plaintiff."

Hakim mengangguk kepalanya lalu dia melihat buku undang-undang dan hukuman. Bibirnya tidak habis mengucapkan setiap denda dan akta kepada pesalah dan bunyi tukul itu menamatkan sesi perbicaraan mereka. Ini baru balasan di dunia, belum balasannya di akhirat kelak.

Mereka mengucapkan rasa syukur dengan kejayaan ini. Tapi tidak Adam. Masih terkesan apabila melihat isterinya yang sentiasa menyalahkan diri sendiri.

Maruah Hawa lebih mahal daripada hasil saman itu.

Adam memandang Jade yang sudah digari semula. Dua polis di belakangnya mengikuti Jade yang menghampiri meja Adam tadi.

"We are'nt finish yet."

Kata-kata itu bagai satu amaran untuk Adam jangan terlalu selesa dengan kemenangannya.

DINDING putih yang kosong itu dilihat. Walaupun tiada tarikannya di situ, tetapi dia tetap memandangnya kosong. Hidupnya kini dihantui rasa sebak, rasa serba salah pada Adam, rasa bersalah pada Tuhan. Dia gagal menjadi seorang isteri. Tidak menjaga imejnya untuk Adam. Kini, sudah ada dua orang telah melihat auratnya yang tanpa sehelai benang. Tak... lebih dua orang... Maruahnya tercalar! Rasa malu mahu dipertontonkan tubuhnya pada Adam lagi. Dia terasa jijik.

Ya Allah aku malu!

"Sayang?"

Adam duduk di birai katil. Tangannya mengurut paha Hawa cuba meredakan rasa sedihnya.

"Saya... saya isteri yang tak guna, Adam."

"Sayang..."

"Saya tak jaga maruah saya dan imej awak... Imej agama kita. Saya minta maaf."

"Sayang, please..."

"Saya akan gugurkan anak kalau benihnya menjadi, saya janji, Adam..."

"Sayang, stop calling me, Adam. I'm your husband. Jangan fikir yang bukan-bukan. Kita jaga anak tu."

"Saya kotor Adam... saya tak berhak jadi isteri awak. Sa... saya berzina dengan lelaki lain."

Adam memejam rapat matanya cuba menahan rasa sebak. Isterinya terlalu tertekan. Lepas kejadian yang hitam itu berlaku, Hawa jarang menggunakan nama panggilan manja mereka kerana gadis itu fikir dia tidak layak dan sangat kotor di sisi Adam. Sedangkan Adam tidak langsung berasa begitu kerana dia tahu, Hawa dirogol bukannya atas kehendaknya.

Terasa tangannya yang melekap di tempurung lutut gadis itu. Hawa bagai menghindar sentuhannya. Hawa menyambung melayan perasaannya yang berkecamuk. Adam menunduk menahan sebak yang berpusu-pusu menghentam di dada.

"Saya minta maaf, Adam. Saya minta maaf..."

Air mata Hawa diseka dengan ibu jarinya. Hawa kembali menghindar dengan sentuhannya. Mata Adam sudah berkaca. Tapi dia menahan rasa yang sebak yang menggebu di dadanya. Melihat Hawa yang bukan isterinya yang dia kenal dahulu, semakin dia rapuh.

Tubuh kecil molek itu dimasukkan ke dalam pelukannya. Hawa cuba menolak pelukan itu, tetapi pelukan itu semakin erat. Akhirnya dia pasrah. Dia tidak punya kekuatan lagi. Aura suaminya menenangkan emosinya yang berkecamuk tadi. Lama kelamaan dia semakin selesa dalam dakapan Adam. Perlahan dia membalas pelukan itu. Tipulah dia tidak rindu. Dia sangat rindu. Tapi terbatas kerana egonya.
Kini dia tidak dapat menipu lagi. Dia memang rindukan Adam.

"Walau apa pun terjadi, tak dapat mengubah rasa sayang abang pada sayang. Tak pernah. Tolong ada di sisi abang. Abang tak kuat tanpa sayang."

Terlepas esakan kecil Hawa. Lama dia tidak berjumpa dengan Adam. Fikirnya, Adam tidak sudi lagi menjenguknya. Selalunya, Mirra saja yang menemaninya di sini. Fabrik di tubuh Adam digenggam, wajahnya disembamkan di bahu lelaki itu. Dia benar-benar mahu melepaskan rasanya yang dia lalui selama dia di sini tanpa Adam.

Tangan kekar Adam mengusap lembut belakang tubuh kecil itu. Dia tahu gadis itu sedang menyerap sedikit semangat dalam dirinya.

"Jom mandi, sayang. Segarkan badan."

Hawa hanya menurut. Tangannya perlahan ditarik menuruni katil. Hawa perlahan melangkah ke arah bilik air, manakala Adam pula mencari barang mandi dan tuala.
Adam meletakkan barang mandi di dalam singki. Hawa masih berbaju duduk di atas mangkuk tandas. Tangannya menyilang ke dada. Dia rasa tidak biasa.

"Kenapa tak buka baju?"

"Sa... saya... ma... malu."

Adam mengeluh panjang. Dia merapati Hawa yang masih berbungkus pakaian. Hawa mengalih pandangannya ke arah lain. Dia malu. Dia takut. Dia serba salah. Semua itu bercampur-baur.

"Abang kan suami sayang... kenapa nak malu?" Intonasinya masih lembut. Dia tidak mahu Hawa rasa serba salah.

"Saya... saya kotor."

"Abang tak rasa sayang kotor pun. Bukan kehendak sayang benda ni jadi, kan? Dah... buka baju."

Hawa merenung Adam dalam. Adam meneruskan kerjanya membuka pakaian Hawa. Spontan giginya diketap apabila melihat satu kesan lebam di bahu Hawa. Aku pun tak pernah sakitkan isteri aku, kau pula suka hati terajang isteri aku? Binatang!

Suasana yang senyap dan hanya nafas mereka saja yang kedengaran, tetapi dalam hati sudah mengutuk si perogol durjana. Tubuh isterinya banyak luka dan cakaran. Lelaki itu benar-benar sudah meneroka pelosok tubuh isterinya. Kesal.

Apabila mata mereka bersabung, Hawa tetap tidak mahu melihat mata hitam pekat milik Adam. Dia sangat malu. Tubuhnya sudah disentuh dengan lelaki yang entah siapa-siapa.

"Saya malu, Adam..."

Dia menangis lagi. Adam mengerdip matanya beberapa kali menahan rasa yang terbuku di dalam hati. Hancur musnah egonya saat ini. Siapalah yang sampai hati melihat isteri tertekan akibat seksaan fizikal dan mental ini? Siapa yang rela tengok?

"Awak boleh terima saya ke Adam? Saya sangat kotor."

Tubuhnya yang hampir tidak berbenang itu dipeluk erat. Adam cuba meredakan tekanan dan rasa malu gadis itu.

"Abang harap, lepas ni sayang teruskan berdakwah dengan cara pakaian sayang yang sekarang. Tolong jangan jadi orang lain. Abang nak 'sayang' abang balik. Yang manja. Yang kuat cemburu. Yang selalu jaga abang. Yang selalu kuat di samping abang. Menegakkan 'panji' agama Islam walaupun dalam keadaan darurat. Abang yang patut minta maaf. Sebab abang lalai. Maafkan abang."

Hawa membalas pelukan Adam. Kali ini lebih erat. Dia tidak mahu Adam pula yang menyalahkan takdir. Sedangkan lelaki itu sudah menjalankan tanggungjawabnya.
Jelas getaran kecil dari tubuh itu dapat dirasakan. Dia malu dan takut.

Semakin menggigil tubuhnya apabila air mula dicurahkan pada kulit belakang badannya. Adam menyimbah ke segenap badannya juga yang masih berbalut baju formal di tempat kerjanya.

Tangan kecil Hawa semakin menggenggam fabrik yang tersarung di tubuh Adam. Adam tahu isterinya seorang yang tabah. Kerana dia sudah mengujinya dahulu di sekolah agama yang mereka menuntut ilmu.

Walaupun terkena pelbagai kejadian, tapi tetap berada di samping Ketua Puteranya. Menjadi permaisuri kepada ketua Putera.

Setelah mandi, Adam memimpin tangan Hawa untuk ke katil. Tubuh isterinya dikeringkan menggunakan tuala yang berada di bahu gadis itu. Melihat tanda merah di leher gadis itu semakin membuatkan dia marah. Adam menahan perasaannya.

Tubuh isterinya disarungkan kimar. Apabila sudah siap menutup aurat gadis itu, dia bergegas ke bilik air.

"Abang nak mandi kejap ya."

Hawa mengangguk lemah. Adam masuk saja bilik air. Wajahnya yang dibuat ceria kini mendung. Tangannya yang berada di sisi menggenggam angin. Akhirnya, empangan tembok pada matanya pecah juga. Melihat isterinya yang sudah dirosakkan oleh orang lain itu, dia rasa kegagalan.

Gagal menjadi suami yang baik.

Gagal menjaga isterinya dengan baik.

Gagal menjaga maruah isterinya sebagai seorang mukminat.

"Apa dosa aku? Kenapa Kau uji aku macam ni?"

Singki menjadi tempat tubuhnya disokong. Kakinya sudah tidak kuat untuk menampung segala bebanan ini.

"Maafkan abang, Hawa. Menang dalam mahkamah tak mampu kembalikan maruah kamu, sayang. Maafkan abang. Abang suami tak guna."

Mendengar isterinya meraung, isterinya teresak membuatkan egonya sebagai seorang lelaki tercalar oleh rasa sebak. Siapa yang tak kecewa pada dirinya jika isteri disentuh sehingga ke batin begitu? Lelaki mana saja yang sanggup melihatnya? Hanya si dayus sahaja yang merelakan isterinya dicabuli begitu!

Sesudah mandi, sempat dia memandang isterinya yang sedang berselubung. Mungkin sejuk akibat musim salji hampir tiba. Tanpa berlengah, Adam mengambil pijama untuk tidur.

Tidak mahu menganggu lena Hawa, tapi kakinya tetap juga ingin melihat keadaan isterinya. Kakinya diatur mendekati Hawa yang berselubung menghadap ke arah bertentangan dengannya. Wajah Hawa berkerut-kerut. Lenanya bagai terganggu dari tadi dan keluhan demi keluhan keluar dari dua ulas bibir Hawa.

Mungkin tak selesa dengan memori hitam ini.

"Kamera mana? Kamera? Sinilah, nak mula projek kita ni. Rakam sampai habis 'show' ni. Okey. Biar suami dia tahu macam mana sakitnya hati aku selama ni sebab bapa dia!"

Adalah sedutan dari video yang dirakam Andrew kini terlayar di kotak memorinya. Apabila dia mendengar semula sepotong ayat itu, wanita 40-an itu seperti berdendam dengan Tan Sri Sabri.
Apa yang berlaku ni?

HAWA risau. Dia bagai tidak mahu tunjukkan wajahnya ke arah Adam lagi. Dia sangat malu. Siang tadi dia muntah-muntah dan terasa mabuk. Malamnya, Adam menyuruh dia untuk check sama ada dia hamil ataupun tidak. Keputusannya membuatkan Hawa cuak.
Boleh ke Adam menerimanya?

Tok! Tok! Tok!

Bahu Hawa terhinggut apabila mendengar ketukan pintu itu.

"Sayang? Dah belum?"

Mulut Hawa terkunci. Melihat semula pregnancy test itu semakin berdebar kencang dadanya. Sepatutnya, ini adalah memori yang indah buatnya. Tapi, apabila mengingatkan semula kejadiannya seketul daging di dalam rahimnya secara haram. Terus hilang bahagianya tatkala ini.

Hidungnya disebu pedih. Matanya kian memerah cuba menahan tangisan yang bersarang. Tapi, hampa. Air mata tetap keluar tanpa kerelaannya.

Hawa keluar dari bilik air dengan tangisan. Pregnancy test itu membuatkan kenangan pahitnya bercambah di hati. Adam meluru ke arah Hawa. Pregnancy test itu dilihatnya. Patutlah Hawa menangis, bukan kerana gembira.

"Saya minta maaf..."

"Shhh... takda apa yang salah pun. Kita jaga anak ni, okey?"

Adam memeluk tubuh isterinya yang mula menggigil. Walaupun keluarganya yang berada di Malaysia tidak tahu akan kejadian yang menimpa Hawa, tetapi gadis itu tetap takut untuk meneruskan hidupnya mengandung anak dari hasil yang tiada ikatan.

Dan tiada perasaan suka sama suka.
Hanya paksaan.

Dan tanpa rela.

"Takkan ada yang faham situasi saya."

"Shh... abang ada."

"Saya tak tahu macam mana saya akan bawa bayi ni yang bukan dari benih awak, Adam. Saya rasa hina dan tak layak untuk awak."

"Shh..."

Adam mengeratkan lagi tautan mereka. Hawa serba salah mahu membalas pelukan itu. Tangannya hanya dibiarkan lepas tanpa membalas.

"Semua orang di dunia ini hasil dari air yang hina, sayang. Cuma amalan saja yang membezakan kita."

"Tapi ini terlalu hina, Adam. Tanpa ikatan. Saya rasa sangat jijik."

Pelukan dileraikan lalu dia mengesat air mata Hawa dengan ibu jarinya.

"Kalau mereka hina saya, macam mana? Tak padan dengan imej yang saya bawa. Bakal lahirkan anak luar nikah."

"No, you're wrong. Istighfar sayang..."

Bibir kecil Hawa beristighfar dan menahan tangisannya. Tangan Adam menggosok belakang tubuh isterinya agar kesabaran mendampingi gadis itu.

"Kita yang perlu ubah mentaliti manusia, bukan ubah hukum Tuhan. Mereka tidak tahu apa yang kita lalui. Mereka tak pakai kasut yang kita pakai. Mereka tahu mencemuh dan mengambil kerja Tuhan. Dan abang takkan pernah mengizinkan benda itu terjadi. Selagi mana nyawa dikandung badan. Abang akan pastikan, sayang terbela."

Mendengar kata-kata yang tulus dari dua ulas bibir Adam, Hawa semakin reda. Perlahan tangannya membalas pelukan dari sang suaminya.

"Ingat tak dulu, sayang bagitahu abang yang ada seorang gadis ni menumpang solat dekat masjid kita dan dia sebar ajaran sesat?"

Hawa mengangguk lalu air mata yang mencumbui pipinya diseka. Kini, dia fokus pada Adam.

"Dia datang lagi tau keesokannya tu. Ustaz nasihat dulu, baik-baik dekat dia suruh dia tinggalkan masjid tu. Dia pergi. Tapi esoknya, dia pakai baju melayu apa semua duduk bahagian lelaki. Rupanya, dia ada masalah jiwa. Mungkin dia tak terima hakikat yang ayahnya dah meninggal dunia. Ingat tak dulu ada juga kes orang ajaran sesat meninggal dunia dekat rumahnya. Mungkin dia ahli keluarga atau pengikut."

"Hmm... masa tulah ramai orang kampung fikir Maahad Al-Majid ni pembawa agama baru. Padahal gadis tu pun hanya tumpang masjid kita. Dah kena cemuh sebab berita palsu."

"Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kalau ikut sistem asrama, seorang buat semua kena. Abang harap, sayang sama seperti dulu. Bukanlah yang senang dipijak, tapi yang menegakkan panji Islam itu. Abang suka sangat bila sayang dicerca masa dulu tu, sayang masih berdiri."

Hawa tersenyum. Kepalanya direhatkan di atas dada Adam. Mendengar degupan jantung Adam menenangkannya. Pregnancy test yang berada di tangan kirinya itu dilihat.

Hawa kuat.

Hawa cuba kuat abang.

"Sayang akan cuba."

Tangan Hawa melilit ke pinggang suaminya itu lalu pelukan mereka menjadi erat. Adam membalas pelukannya itu lalu menyinggahkan ciuman ringkas di ubun-ubun isterinya.

"Sayang nak tahu tak?"

"Apa dia?"

"Abang husnudzon dengan apa yang jadi. Lama-lama tu abang fikir mungkin ada hikmahnya. Dan baru abang sedar hikmahnya sekarang."

"Hikmah?"

"Ada seorang lelaki ni bantu kita dalam mahkamah hari tu. Antara yang culik sayang juga. Yang pegang kamera waktu tu. Dia tolong kita. Tapi abang kena Islamkan dia selepas kita menang dalam mahkamah. Tak sangka Allah jentik hati dia dan nampak sayang meronta dan

menyebut nama Allah. Dia kata, sayang adalah orang perempuan yang paling tabah. Dia tak bernafsu dengan perempuan. Dia gay pada awalnya. Tapi, dia perlahan-lahan berubah dalam pusat pemulihan tu. Andrew nama dia. Atau, Adam."

"Nama dia pun Adam juga?"

"Ya, dia kata, dia suka abang, sebab abang nampak maco."

Hawa mengemam bibirnya menahan gelak. Bukan perempuan saja yang tergila-gilakan Adam, lelaki pun tergilakan dia.

"Dia peluk Islam bukan sebab abang... tapi sebab hidayah dia dah sampai. So, nampak tak hikmahnya sayang? Kejadian tu, membuka mata abang untuk jaga sayang sentiasa dan membuka mata Andrew kepada Islam. You're amazing woman, sayang. Jangan fikir buruk lagi, okey?"

Hawa mengangguk dalam pelukan erat itu. Terpejam matanya apabila terasa bibir Adam mendarat di ubun-ubunnya. Dia rasa selamat...

Continue Reading

You'll Also Like

1.4K 147 10
✧⁠*⁠。 ⁠♑~NOAH DARIEAN & DAHLIA AURORA ~✧⁠*⁠。 ⁠♑ 5 Tahun lalu telah berlaku peristiwa hitam bagi Dariean. Dia dikhianati oleh teman wanitanya Bella I...
2.6M 128K 67
@Miss.Heartbreaker @ChocoLyn @RomanticGenre @wattpads2019 Aulia Arisya, dia gadis biasa yang punya kisah silam duka. Dihina dan dicaci menanamkan den...
430K 14.1K 55
"Lepaskan isteri aku! "Jerit Danial. Dia hanya berseorangan tanpa kadet askar. Alisya menghidupkan bom yang dipasang pada tubuh Edlynn. "Aku nak kau...
20.6K 987 35
Seorang CEO bersifat dingin yang menyamar menjadi barista hanya untuk mendekati seorang gadis sekaligus bakal isteri yang mahu dijodohkan dengannya...