You're Mine?

By nnisyaaa_

1.6K 89 104

Pertemuan yang tidak disengajakan kini menjadi asbab pertemanan mereka semakin akrab. Pertemuan ini juga adal... More

PROLOG (EDITED)
BAB 1 (EDITED)
BAB 2 (EDITED)
BAB 3 (EDITED)
BAB 4 (EDITED)
BAB 5 (EDITED)
BAB 6 (EDITED)
BAB 7 (EDITED)
BAB 8 (EDITED)
BAB 9 (EDITED)
BAB 10 (EDITED)
BAB 11 (EDITED)
BAB 12 (EDITED)
BAB 13 (EDITED)
BAB 14 (EDITED)
BAB 15
BAB 16
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
EPILOG

BAB 17

28 2 0
By nnisyaaa_

QAYLA yang sedang tenggelam dalam lautan mimpi kini terjaga dari lena selepas mejanya diketuk beberapa kali oleh Danish.

"Setiap kali saya datang, mesti tidur.." Danish mengeluh.

Melihat gadis yang setiap kali ada masa terluang pasti dihabiskan dengan tidur.

"Ni.. saya nak pulangkan semula buku awak.." sambil dia mengangkat buku yang berada ditangan kanannya walaupun Qayla tidak nampak.

Qayla akhirnya mengangkatkan kepala sambil dia menggosok-gosok mata kanannya. Cermin mata yang berada di bawah meja tidak dia ambil. Nanti-nanti dia sambung tidur semula.

"Letak ajelah atas meja ni.." Qayla jawab perlahan.

Danish menelan air liur. Melihat wajah Qayla selepas bangun dari tidur itu membuatkan nafsunya semakin membuak-buak.

Buku yang sedang Danish pegang perlahan-lahan ditepuk-tepuk kan diatas kepala Qayla.

Qayla yang sedang sibuk menggosok matanya langsung terdiam. Membulat besar matanya.

Lambat-lambat kepalanya didongakkan keatas melihat Danish. Mulutnya seakan-akan terkunci.

"Apakah.." ujar Qayla dalam hati.

Bagi Qayla, sebegitu perhatiannya Danish kepada dirinya sehingga dia merasakan dirinya semakin jatuh cinta pada lelaki ini. Beruntungnya dia..

"Awak nak sambung tidur atau temankan saya dekat sini..?" ujar Danish lalu disambungnya lagi.

"Cuma.. kita berdua.." suara Danish perlahan seperti berbisik.

Qayla tidak mampu menjawab. Dia tidak mampu membuat keputusan yang tepat. Jika dia menjawab tidak, tetapi hakikatnya dia mahu. Akan tetapi jika ya, dia segan dan tidak berapa selesa untuk duduk berdua-duaan dengan lelaki sebegini.

Tangan kiri Danish lantas menarik kerusi dari meja bersebelahan Qayla. Kemudian dia duduk disitu menghadap Qayla.

Tiada perkara yang ingin Danish bualkan tetapi dia hanya ingin tetap berada disini.

Dia terlihat cermin mata yang berada dibawah meja Qayla. Cepat-cepat dia ambil lalu memakainya.

"Hensem tak kalau saya pakai cermin mata?" soal Danish sambil tersengih
-sengih. Perasan!

"Tak.." selamba badak Qayla menjawab hingga membuatkan Danish langsung menarik muka.

"Sampai hati!!" bibirnya mencebik manja.

"Gurau aje.. awak tak perlu pakai cermin mata pun dah..." Qayla malu mahu menghabiskan ayatnya. Dia mengharapkan Danish faham sendiri.

Muka Qayla langsung bertukar merah. Malu!

Danish melepaskan cermin mata itu lalu meletakkan semula diatas meja.

Sedang Qayla mengelap besi dibahagian hidung cermin mata itu dengan fokus, perlahan-lahan tangan Danish hinggap ke pehanya.

Melompat Qayla kebelakang. Nasib saja kerusinya tidak jatuh.

"Eh, awak kenapa?" soal Danish selamba.

"Awak boleh tanya saya kenapa?!"

"Tangan tu.. dah kenapa sentuh saya?" jawab Qayla penuh emosi. Kali terakhir, Danish cuba menyentuhnya ditangan dan menarik lengan bajunya tetapi. Kali ini ditempat lain pula! Melebih!

Danish menarik nafas pendek lalu menghembuskan nafasnya perlahan. Kepalanya menyenget sambil memberikan tatapan tajam kepada Qayla.

"Awak.. tak suka saya dah ke?" soal Danish dengan nada suaranya perlahan. Mahu memikat hati Qayla supaya tidak melarikan diri darinya.

Qayla hanya diam. Dia tidak tahu jawapan yang harus dia katakan.

Mengapa jadi begini? Mengapa dia berkelakuan sebegini padanya? Mengapa sekarang Danish berubah? Mengapa?!

Anak mata Qayla sudah tidak duduk diam. Melihat-lihat jika ada seorang pelajar yang lalu-lalang disitu. Qayla tidak patut terus berada disini. Dia harus cepat-cepat keluar!

"S..saya nak keluar dulu..." sedikit demi sedikit Qayla berganjak kebelakang.

"Kemana pula? Kan saya kata semalam.. Arissa tak ada dekat sini.. jadi, takkanlah awak nak sia-siakan peluang ni.. kan?" Danish mendekatkan kembali kerusi milik Qayla lalu menepuk-nepuk beberapa kali dengan lembut.

"Duduk.." ujar Danish lembut.

Qayla menggenggam kedua tangannya. Pilihan apa lagi yang ada? Tiada sesiapa disini yang mampu membantunya jika dia terus berkeras.

"T..tapi awak tak akan cuba sentuh saya lagi?" Qayla teragak-agak mahu duduk semula disitu.

Anak mata Danish melirik kearah kerusi disebelahnya lalu memandang Qayla semula.

"Saya.." isi kepala Qayla kosong. Alasan apa yang harus dia katakan?!

"Saya lapar.. nak ke kantin.."

Cepat-cepat Qayla beredar keluar dari kelasnya. Dia tinggalkan sahaja Danish didalam kelas bersendirian.

SETIBANYA dia sampai di kantin. Qayla yang kepenatan terus melabuhkan punggungnya di kerusi panjang kantin. Letih!

Melihat suasana yang kosong dan sunyi hanya berbekalkan suara-suara pekerja didapur kantin. Ia sudah cukup membuatnya berasa selamat.

"Aku tak percaya.. dia macam ni" sambil dia mengelap peluh di dahi. Nafasnya juga masih tidak teratur.

Kini Qayla sedar. Pilihannya selama ini salah!

Dia tidak menyangka seseorang yang pada awalnya begitu baik padanya, kini berubah menjadi seseorang yang benar-benar dia takuti.

"Aku tak pernah sangka Danish sanggup buat aku macam ni.."

"Kenapa.. kenapa kau berubah macam ni, Danish? Aku sampai sanggup buang Yaya untuk kejar kau semata-mata. Tapi.." tak mampu dia meneruskan ayatnya lagi.

Wajah Yaya terus menerus muncul dalam benak fikirannya.

Sekarang aku menyesal! Tolong maafkan aku, Yaya.. Semua nasihat kau betul. Aku sepatutnya dengar kata-kata kau dari awal lagi! Sekarang aku perlukan kau, Yaya. Tolong aku!

Jam tangan yang berada di pergelangan tangan kirinya dilihat. Baru sahaja 6.45 pagi. Mungkin Yaya sedang dalam perjalanan.

Cepatlah, Yaya! Aku perlukan kau!

SATU per satu pelajar tingkatan 2 melalui laluan susur gajah berhadapan kantin.

"Rasanya dah ramai yang datang.. Danish pun mungkin dengan kawan dia.." Qayla sekadar menyedapkan hati. Bosan jika lama-lama disini. Lebih baik dia pergi melihatnya sendiri.

PINTU belakang terbuka luas. Qayla perlahan-lahan menjengahkan kepalanya.

"Ya! Yaya dah datang!"

"Tapi.. Danish pun ada dalam kelas ni. Masuk ajelah. Buat-buat tak tahu.." monolog Qayla dalam hati.

Dengan pantas Qayla terus meluru ke meja Yaya. Dengan muka yang cemas, dia lantas mencangkung disebelah Yaya.

"Yaya.. kita boleh makan sama tak rehat nanti? Seperti biasa.." tanya Qayla sambil tercungap-cungap.

Yaya tidak memandangnya. Matanya hanya fokus membaca buku Sejarah. Itu hal yang lebih penting daripada Qayla.

"Tengoklah nanti.." jawab Yaya sambil dia menyelak ke mukasurat sebelah.

"Aku nak minta tolong kau.. Danish tu sebenarnya.." ayat Qayla tidak sempat dihabiskan lalu dipintas oleh Yaya.

"Dia lagi.. cukuplah kut. Aku tak nak masuk campur kisah kau dengan mamat tu lagi. Kan kau sendiri yang kata, kau yakin dan percaya sangat dekat dia seolah-olah kau kenal dia lebih daripada aku.. jadi teruskan usaha kau tu.." sembur Yaya. Pagi-pagi sahaja sudah membuatnya emosi. Lagi-lagi apabila nama 'Danish' disebutkan lagi oleh Qayla.

"Tak.. kali ni lain. Tolong aku, Yaya.." rayu Qayla sambil dia menarik-narik lengan baju Yaya. Berharap semoga masih ada rasa simpati yang tinggal kepadanya.

Namun Yaya tetap berkeras. Biarlah jika dia dikatakan 'jahat'. Tetapi dia juga ada hati dan perasaan.

Sememangnya sebagai seorang sahabat yang baik seharusnya menyokong dan membantu sahabatnya ketika ada masalah yang menimpanya.

Namun apakan daya, jika dia cuba menasihati bukannya Qayla menerimanya malah memarahinya semula. Tidak berbaloi untuk dia masuk campur lagi. Cukuplah...

Continue Reading

You'll Also Like

35.9K 2.1K 16
𝓐𝓻π“ͺ𝓡𝔂𝓷 𝓀𝓢π“ͺ𝓲𝓻π“ͺ ~ 𝓑𝓲𝔃𝓺𝓲 𝓕𝓲𝓻π“ͺ𝓼𝓱 A little sweet moment between them. ps:-maaf sekiranya ada banyak kesalahan tatabahasa <3
1.6M 76.9K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...
3.7M 231K 62
[Highest Ranking #1 in Teen Fiction] " I do not belong to you, or to anyone else. I will talk to whomever I want, whenever I want." Bella menjeling...
54.4K 3.7K 80
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love firs...