The Heir of Sun Dragon

Von Shura72

16.4K 1.7K 149

Kisah ini merupakan Sequel dari Exiled Royalty. Date Created: 11/5/22 Elza Twilight Seorang gadis remaja yang... Mehr

PROLOGUE
CHAPTER 1 - Tragedi
CHAPTER 2 - Wing Pegasus Guild
CHAPTER 3 - Execution
CHAPTER 4 - Consequences
CHAPTER 5 - An S-Class Mission
CHAPTER 6 - Black Sea
CHAPTER 7 - Menceroboh Makmal Dr. Giro
CHAPTER 8 - Zombies Attack
CHAPTER 9 - Annoying Bastard
CHAPTER 10 - Black Flame
CHAPTER 11 - Sahabat
CHAPTER 12 - Spy
CHAPTER 12.5 - Characters Information
CHAPTER 13 - Bond
CHAPTER 14 - Shocking Encounter
CHAPTER 15 - Malum Alliance
CHAPTER 16 - 5 Great Heroes of Wikuza
CHAPTER 17 - Bad Situation
CHAPTER 18 - Waking Up
CHAPTER 19 - Dragon Powers
CHAPTER 20 - Restraint
CHAPTER 21 - Hebi Island
CHAPTER 22 - Dirty Snake
CHAPTER 23 - Confrontation
CHAPTER 24 - Poison Dragon King I
CHAPTER 25 - Poison Dragon King II
CHAPTER 26 - Viperigon
CHAPTER 27 - Artemis
CHAPTER 28 - Dragon Avatar
CHAPTER 29 - Bluffing
CHAPTER 30 - The Love of a 'Tool'
CHAPTER 30.5 - Characters Updated
CHAPTER 31 - Conflict Between Countries
CHAPTER 32 - Perbincangan
CHAPTER 33 - Sincere Talk
CHAPTER 34 - Interrogation
CHAPTER 35 - Interrogation II
CHAPTER 36 - Capital City
CHAPTER 37 - Meeting with the Emperor
CHAPTER 38 - Attack on Capital City
CHAPTER 39 - Elemental Dragon?
CHAPTER 40 - Aftermath
CHAPTER 41 - Date
CHAPTER 42 - Kantoi
CHAPTER 43 - Preparation Before the Party
CHAPTER 44 - The Party
CHAPTER 45 - The Crown Prince's Birthday
CHAPTER 46 - Konflik
CHAPTER 47 - Pergaduhan Bermula?
CHAPTER 48 - Assassins's Attack
CHAPTER 49 - Jane Hidachi
CHAPTER 50 - Healing
CHAPTER 50.5 - Characters Updated I
CHAPTER 50.6 - Characters Updated II
CHAPTER 51 - A Favor
CHAPTER 52 - Starting Over
UPDATED
CHAPTER 53 - Return to the Guild
CHAPTER 54 - Annihilation Gale Squad
CHAPTER 55 - Memburu
CHAPTER 56 - S-Class Level
CHAPTER 57 - Yggdrasil Tree
CHAPTER 58 - Endurance Battle
CHAPTER 59 - Power of Love
CHAPTER 60 - Different Magic, Same Type
CHAPTER 61 - Fekiro vs Marcus
CHAPTER 61.5 - Side Story: Marcus Sotarou
CHAPTER 62 - Demon Soul
CHAPTER 63 - Church Battle
CHAPTER 64 - Luke vs Tatsumaki
CHAPTER 65 - Light vs Wind
CHAPTER 66 - Desperate Moves
CHAPTER 67 - Two Dragons
CHAPTER 68 - The Truth
CHAPTER 69 - Destruction of Wikuza's Protection Barrier I
CHAPTER 70 - Destruction of Wikuza's Protection Barrier II
CHAPTER 70.5 - Characters Updated
CHAPTER 71 - Like Father, Like Son
CHAPTER 72 - Expelled
CHAPTER 73 - Visitors
CHAPTER 74 - Reunion
CHAPTER 75 - Festival Day
CHAPTER 76 - Mister/Miss Beauty Contest I
CHAPTER 78 - Mister/Miss Beauty Contest III
CHAPTER 79 - Crash on Mister Beauty Contest
CHAPTER 80 - Sudden Fight
CHAPTER 80.5 - Characters Updated
CHAPTER 81 - Conflict Between Friends
CHAPTER 82 - The End of Festival
CHAPTER 83 - Going on a Trip
CHAPTER 84 - Eternal Elven Forest
CHAPTER 85 - Breakdown
CHAPTER 86 - Eliza's Love
CHAPTER 87 - Awkward Dinner
CHAPTER 88 - Queen's Protection
CHAPTER 89 - Bitter Reunion
CHAPTER 90 - Old Grudge
CHAPTER 90.5 - Characters Updated
CHAPTER 91 - Battle Experience
CHAPTER 92 - The Calm before The Storm
CHAPTER 93 - Sudden Attack
CHAPTER 94 - Tujuan Sebenar
CHAPTER 95 - Elder Storm
CHAPTER 96 - Kidnapped
CHAPTER 97 - Intense Discussion
CHAPTER 98 - Time vs Pressure
CHAPTER 99 - Blessing of The Life Tree
CHAPTER 100 - Infiltration I
CHAPTER 101 - Infiltration II
CHAPTER 102 - Scouting I
CHAPTER 103 - Scouting II
CHAPTER 104 - Rescue Operation Begin!
CHAPTER 105 - Halangan dan Kehilangan

CHAPTER 77 - Mister/Miss Beauty Contest II

116 15 3
Von Shura72

Di belakang pentas.

12 wanita sedang menunggu untuk nama mereka dipanggil.

Mereka semua memakai pakaian-pakaian yang cantik.

Mereka ialah peserta untuk Miss Beauty Contest.

Salah satu dari wanita itu, menarik perhatian wanita yang lain.

Rambutnya beralun merah jambu. Matanya biru seperti laut. Wajahnya jelita dan kulitnya putih. Tubuh badannya juga menawan. Tambahan lagi, dengan pakaiannya, dress merah gelap yang diperbuat dari kain sutera.

Wanita ini boleh dikatakan yang paling cantik di situ. Namanya ialah Jessica Yugen.

"Weh. Tengok tu! Jessica pon join lah contest ni."

"Haa...Takde peluang lah kita nak menang bila ade model masuk contest ni."

"Jealousnya aku! Dah cantik! Pastu badan dia pon cantik jugak!"

Jessica tersenyum sinis mendengar perbualan peserta-peserta yang lain itu. Dia berasa bangga dengan kecantikannya.


"Heh! Contest ni terlalu senang!"

Pada waktu itu, tiga wanita tiba-tiba melangkah masuk ke ruang belakang pentas.

Dan, serta-merta mata mereka membulat. Terkejut.

Termasuk Jessica.

Dua dari tiga wanita itu sedang menarik wanita ketiga.

Wanita ketiga itu kelihatan tidak mahu berada di situ. Dia cuba tidak melangkah kakinya, tetapi, dia tetap diheret oleh dua kawannya.

Tetapi.

Apa yang mengejutkan semua peserta itu adalah identiti dua wanita yang menarik kawannya itu.

Azura Sailen dan Lily Ygdrassil.

Lily memakai pakaian yang boleh dikatakan agak tradisional. Ianya unik dan menarik.

Azura pula memakai jubah hitam yang menyorok pakaiannya di dalam.

"Oh my God! Tengoklah pakaian Lily tu! Uniknya!"

"Azura!? Dia tak pernah join Beauty Contest sebelum ni. Asal dia tiba-tiba join tahun ni?"

"Mungkin sebab Fighting Tournament takde kot tahun ni...sebab tu dia join Beauty Contest."

"Tapi...siapa perempuan yang dorang tengah tarik tu...?"

Perbualan semua wanita yang melihat gelagat Azura, Lily dan wanita misteri itu.

Wanita ketiga itu juga memakai jubah hitam, menyembunyikan pakaiannya seperti Azura. Tetapi, dia menutup kepalanya dengan hood jubahnya. Jadi, mereka tidak tahu identiti wanita ketiga itu.

Azura menarik tangan kanan wanita ketiga itu sekuat mungkin. Gerahamnya diketap.

"Ughh! Cepat lah, Elza! Kau dah janji kau nak join contest ni kan?"

Benar.

Wanita ketiga itu adalah Elza Twilight.

Lily yang berada di sebelah kiri, menarik tangan Elza juga, mengangguk setuju. Tetapi, wajahnya merah seperti menahan nafas. Kekuatan fizikalnya tidak sekuat Azura dan Elza.

"Be-betul tu, Elza! Pegang kata-kata kau!"

"!!??"

Serta-merta, terkejut beruk semua orang di situ. Mata dan mulut mereka terbuka luas.

"EHHHH!? ELZA!?"

Elza menggeleng kepalanya. Cuba sedaya upaya untuk menahan diri dari ditarik dengan mencengkam lantai dengan kakinya.

"Aku ubah fikiran! Aku taknak join! Ini terlalu memalukan!"

Jessica yang melihat situasi tersebut dari tadi, masih tidak menutup mulutnya.

Dia terkedu.

Dia sangkakan contest tahun ini dia ada peluang untuk menang. Contest tahun-tahun yang lepas, dia tidak berpeluang untuk sertai kerana dia sering sibuk dengan kerja modelnya.

Tetapi, apabila tiga wanita ini munculkan diri. Dia mula was-was dengan kemenangannya.

Dalam kategori kecantikan wajah, di antara Jessica dan tiga wanita itu, Jessica masih yakin yang dia boleh menang.

Kategori pakaian pula, mungkin agak sengit sedikit. Kerana, itu mengikut kreativiti masing-masing.

Tetapi, Jessica masih juga yakin dia boleh menang.

Apa yang merisaukan wanita berambut merah jambu ini ialah sokongan penonton-penonton yang menyaksikan contest ini nanti.

Semua penonton akan diberikan peluang untuk mengundi siapa yang layak menjadi juara dalam Beauty Contest.

Jadi, siapa yang ada undian yang paling banyak, dia yang akan menang.

Azura agak terkenal dengan personaliti ceria dan ramahnya dengan semua orang. Senyumannya juga boleh membuatkan ramai lelaki cair.

Lily pula, walaupun dia terlibat dalam kes Battle Royale beberapa hari yang lepas, dia sekurang-kurangnya tidak mencederakan ahli guildnya dengan teruk. Tidak seperti kawan-kawannya yang lain.

Tambahan lagi, selepas tamat perlawanan, dia menyembuhkan ahli-ahli guildnya yang tercedera.

Bukan itu sahaja. Lily juga agak terkenal dan diminati ramai orang kerana dia seorang wanita yang agak flirty. Ramai lelaki yang rapat dengan dia; Ini penyebab Luke batalkan pertunangan mereka sebelum ini by the way.

Cuma Elza seorang sahaja yang Jessica rasa dia boleh kalahkan di antara mereka bertiga dalam contest ini.

Elza juga ada populariti yang agak hebat di Wikuza. Tetapi, ia lebih kepada reputasi yang menakutkan berbanding kerana kecantikannya.

Elza dipandang sebagai seorang wanita yang dingin dan merbahaya. Dengan aura dan kuasa magisnya yang menakjubkan, dia disanjung oleh ramai orang.

Dia jarang senyum dan sentiasa terlihat serius. Tapi, tidak boleh dinafikan yang dia sangat cantik.

Ramai lelaki terpikat dengan kecantikan dan kekuatannya. Disebabkan personalitinya yang dingin, ramai tidak berani mendekatinya kerana takut akan akibatnya.

Tambahan lagi, Elza boleh dianggap sebagai one of a kind. Wanita yang unik. Tidak seperti wanita yang lain di dunia ini. Jadi, sebab itu Elza ramai peminat rahsia.

Tetapi, ini bukan contest siapa paling terkenal. Tetapi, contest siapa paling tercantik.

Jessica yakin dia boleh kalahkan Elza. Dia cuma perlu risaukan Azura dan Lily sahaja sekarang ini.

~Scene Changes~

"Baiklah! Peserta pertama bagi Miss Beauty Contest...Ichika Yuuta!" Laung Max dengan teruja.

Orang ramai menepuk tangan dan ada juga yang bersiul.

"Gooo~! Ichika~!"

Seorang gadis comel berambut oren, berpakaian dress hijau, melangkah keluar dari belakang pentas dan berjalan di atas pentas.

Senyuman ceria terukir di wajahnya sambil melambai tangan pada penonton yang melihat.

Tepukan orang ramai semakin gemuruh dan ada yang mula bersorak.

"Comelnya!!"

"Wuuu~! Ichika~!!"

Selesai berjalan-jalan di atas pentas seperti model, Ichika berdiri di sebelah Max.

"Baiklah, Ichika. Sila perkenalkan diri dan beritahu kami kenapa awak join Miss Beauty Contest ni." Ujar Max sambil menghulurkan microfon pada gadis berambut oren itu.

"Haiii~! Nama saya Ichika Yuuta! Saya join sebab..."

"Huaamm~!"

Amar menguap sambil menutup mulutnya dengan tapak tangan. Dia tidak lagi fokus pada keadaan di atas pentas itu.

"Aik? Takkan dah mengantuk kot? Bosan sangat ke contest ni?" Soal Kira, di sebelah Amar.

Amar berwajah bosan. Dia menghirup minumannya sebelum membalas.

"...Takde apa yang menarik. Tu yang bosan tu."

"Oi. Ichika tu comel kot. Takkan kau dah bosan tengok dia?" Celah Bob.

Ahli-ahli Wing Pegasus yang lain mengangguk setuju.

"Lagipon, ni baru peserta pertama. Miss Beauty Contest ada 15 peserta kesemuanya." Tambah Bob.

Namun, Amar masih juga kelihatan tidak berminat.

"Mehh~"

"Dia nak tengok Elza je sebenarnya." Kira menambah tiba-tiba.

Bob dan yang lain-lain, membulatkan mata mereka.

"Ohh~! Patut lah....Kalau tak, mesti dia takkan tengok contest ni. Hahaha!" Ujar Bob sambil tertawa.

Amar mencebikkan wajahnya dengan menyampah pada Kira.

"Berapa kali aku nak cakap, yang dia takkan join contest ni?"

"Kau nak bet ke?" Cabar Kira sambil tersengih sinis.

"..." Amar membisu.

"Heh. Tahu takut~"

"Ceh!"

Yang lain tertawa melihat reaksi Amar yang menyampah itu.

"Diamlah. Aku nak tengok show ni pon susah. Korang dok gelak-gelak." Herdik Amar.

"Eh? Dah hilang ke bosan kau tu~? Hahaha!" Balas Bob dengan riang.

Amar tidak balas, dan hanya menumpukan matanya di pentas.

Kemudian, dahinya berkerut.

'Tak mungkin Elza join contest ni...kalau dia join...aku memang silap pasal dia selama ni...tapi...tak mungkin lah kan...?' Getus hati Amar.

Jantungnya berdegup kencang secara tiba-tiba, apabila dia membayangkan Elza muncul di atas pentas itu.

Pakaian yang cantik. Bukan pakaian biasa yang gadis itu selalu pakai. Pakaian seperti seorang gadis yang anggun dan menawan. Bersama makeup di wajahnya.

Dan, gadis itu tersenyum manis ke arahnya.

Wajah Amar menjadi panas. Lalu...

Slap!

Amar menampar pipinya sendiri. Menyedarkan diri dari lamunannya.

Kawan-kawannya yang terkejut dari tamparan itu, melihat Amar dengan hairan.

"...Kau dah kenapa, Amar? Tiba-tiba tampar diri sendiri..." soal Bob.

Amar menghela nafas panjang untuk menenangkan dirinya. Sebelah pipinya merah akibat tamparan tadi.

"Ta-takde ape. Ada nyamuk tadi kat pipi aku."

Yang lain mengerutkan dahi mereka. Lalu, menjungkitkan bahu.

"If you say so."

~Scene Changes~

Di belakang pentas.

Azura, Elza dan Lily duduk bersama di kerusi. Elza masih memakai jubah hitam dan menutup kepalanya.

Dan, gadis berambut hitam itu duduk di antara Azura dan Lily.

Elza sudah pasrah dengan nasibnya.

"...Boleh tak korang lepaskan aku?" Gumam Elza.

Dua tangan Elza sedang dikunci oleh tangan Azura dan Lily.

Mereka berdua menggeleng kepala. Senyuman mesra berada di wajah mereka.

"Nope~!" Jawab mereka serentak.

Elza mengeluh. "Aku takkan lari lagi lah."

"Uh hah. Aku takkan caye." Balas Azura.

"Selagi nama kau tak kena panggil. Selagi tu kitorang pegang kau, Elza~" Tambah Lily.

Elza mencebikkan wajahnya. Namun, hanya membisu.

Kemudian, Azura memandang ke arah Lily.

"By the way, thanks tolong aku tangkap Elza tadi, Lily. Kalau aku sorang...mesti dia berjaya cabut dah tadi."

"Hehe~ no problem~! Aku nampak kau macam tengah susah je tadi, sebab tu aku tolong."

"...Aku yang dalam kesusahan. Asal kau tak tolong aku?" Celah Elza.

"Eh~? Yeke?" Soal Lily dengan nada menganjing.

Dia memang sengaja tolong Azura kerana dia dah boleh agak situasi mereka dari awal.

Elza dan Azura memang boleh dikatakan ada hubungan saingan sejak dari dulu lagi. Personaliti mereka berlawanan, tetapi, dalam banyak-banyak orang di Wing Pegasus, mereka berdua banyak berbual di antara satu sama lain.

Mungkin kerana mereka berdua tahu diri sebenar masing-masing. Sebab itu, mereka banyak luangkan masa bersama apabila berada di guild.

Elza mesti telah kalah dalam satu bet dengan Azura. Dan, dia terpaksa sertai Miss Beauty Contest.

Itu yang difikirkan oleh Lily.

"...Tapi, aku still tak expect yang kau join contest ni, Elza...Siap bersolek bagai lagi tu~" Ujar Lily. Benar-benar kagum.

Elza mendengus kasar. "Tch! Sebab terpaksa je."

Azura di sebelahnya tertawa kecil.

"Fufufu~ salah kau juga pergi setuju."

"Just...shut up, Azura."

"Taknakkk~" balas Azura sambil menjelirkan lidahnya.

Lily mempunyai wajah terkejut melihat reaksi Azura. Ini kali pertama dia melihat Azura bersikap nakal.

Kebiasaannya, Azura sentiasa bersikap positif dan suka senyum. Dia tidak pernah menunjukkan sikap nakal sebelum ini. Tidak kira pada sesiapa pun.

"Wow... korang mesti rapat, hah?"

Azura kelihatan baru tersedar dia menunjukkan personaliti sebenarnya di depan Lily.

Sementara, Elza pula mengerutkan keningnya.

"E-eh? Uhhh....le-lebih kurang macam tu lah. Hahaha..." gumam Azura sambil menggaru belakang kepalanya.

"..." Elza hanya membisu.

"Peserta ke-6. Sila bersedia!" Laung seorang lelaki, ahli Wing Pegasus yang bertugas di belakang pentas.

Seorang wanita bangun dan bergerak ke lokasi yang dibawa oleh lelaki tersebut.

"...dah yang ke-6 dah. Turn korang ke berapa?" Soal Lily pada Azura dan Elza.

"Aku 13." Azura.

"Last." Elza.

"Ohh...aku 10."

Kemudian, Elza menoleh ke arah Azura tanpa berkata apa-apa.

"..."

"?" Azura mengerutkan dahinya.

"Asal kau tengok aku macam tu?" Soalnya.

"...Aku pelik."

Sebelah kening Azura terangkat. Lalu, dia menghasilkan senyuman palsu di wajahnya.

"Apa yang kau pelik~?"

"Asal kau nak sangat aku join contest ni? Aku tak rasa kau dapat apa-apa benefit pon."

"Siapa cakap? Aku rasa ianya benda yang menarik kot."

"Menarik?" Soal Elza. Hairan.

"Yup~!" Kemudian, Azura berbisik di telinga Elza.

"Ini peluangnya untuk aku buatkan kau malu di khalayak ramai. Bila lagi aku ada peluang macam ni. Betul tak~? Kekeke!"

'Betina ni...! Dia paksa aku join semata-mata untuk hiburan dia je!?' Getus hati Elza dengan geram.

Elza memicingkan mata dinginnya ke arah Azura.

"Kalau kau pikir semuanya akan jadi macam yang kau rancang....kau silap, Azura."

"Oh yeah~? We'll see about that~!"

Dentuman kilat terhasil pada pandangan mereka berdua.

Lily yang melihat, tertawa gementar.

"Ah-haha...yup. Rival indeed."

~Scene Changes~

"Peserta ke-7! Kita ada..."

Persembahan masih diteruskan dan orang ramai terus bersorak dan menepuk tangan.

Di satu bahagian penonton paling depan, dua individu sedang bersembang.

"Abang. Bila Kak Elza punya turn?" Soal seorang gadis berambut merah gelap. Nadanya seperti merungut dan tidak sabar.

Luke menggaru pipinya yang tidak gatal. Wajahnya kelihatan tidak pasti.

"Mana lah aku tahu...kau sure ke Elza join Beauty Contest ni?" Soal Luke.

"Hmph! Buat penat je cakap ngan kau, abang. Kau bukan nak percaya apa aku cakap!"

"Uhh....tapi, aku memang susah nak percaya...yang Elza join event macam ni. Jadi penonton pon aku tak rasa dia nak...apetah lagi peserta." balas Luke.

"Sukati kau lah, bang! Malas aku layan!"

"Marah aku pulak. Dia yang cakap benda mengarut."

Tetapi, Linna tidak mengendahkan apa yang abangnya berbicara lagi. Dia menumpukan matanya di pentas.

"Okay! Seterusnya....Oh! Wow! Kita ada peserta yang tidak dijangka! Salah satu model terkenal di Wikuza dan juga mage yang berkaliber di Wing Pegasus. Peserta ke-8! Jessica Yugen!!!"

WUUUUUUUU!!!!

Guild hall menjadi lagi riuh-rendah, dan mereka bersorak lebih dahsyat dari sebelum ini.

"Jessica Yugen!?" Laung Kira sambil bingkas dari kerusinya. Wajahnya terkesima.

Amar memandang ke arah Kira. Sebelah keningnya terangkat.

"Kau kenal ke?"

"Gile tak kenal!! Dia favourite model aku kot!" Balas Kira. Kelihatan teruja.

"Uhhh...okay?"

"Aku tak tahu pulak dia mage dari Wing Pegasus...! Fuck! Hei, Bob!"

"Hah?" Bob menoleh ke arah Kira apabila namanya dipanggil.

Kira mengoncang-goncang bahu Bob dengan ganas.

"Asal kau tak cakap yang Jessica Yugen ada kat guild kau!?"

"A-ah! Ja-jangan goncang aku...a-aku pening..."

Amar menggeleng kepalanya.

"Kau tu informant...bukan sepatutnya kau tahu semua benda ke?" Gumam perlahan Amar.

Tetapi, Kira masih boleh dengar.

"Aku tak tahu bab macam ni! Lagipon, Jessica Yugen tak pernah pon dedahkan diri dia dari mana-mana guild!"

Amar memandang Kira dengan wajah kosong.

'Kalau mage terkenal yang lain...kau tahu semua hal dorang. Tapi, bila libatkan orang yang kau minat, kau tak selidik pulak? Dia ni betul ke tak ni?' Getus hati Amar. Pelik dengan perangai birdnya.

Jessica Yugen melangkah di atas pentas dengan anggun. Kecantikan wajah dan pakaiannya membuatkan ramai orang terpegun dan terpukau.

Kira yang meroyan dari tadi, terus membatu. Matanya melekat pada Jessica.

"Wahhh...! Cantiknya!"

Malah, Amar juga kelihatan tersentak sedikit.

Tidak boleh dinafikan. Wanita itu memang cantik.

Dengan senyuman seksinya, dia membuatkan ramai lelaki jatuh cinta.

...

"Jessica...dia mungkin halangan yang paling susah untuk menang contest ni." Ujar Lily. Wajahnya serius.

Bunyi sorakkan dan jeritan teruja boleh didengari dari belakang pentas.

Hampir semua peserta kelihatan terkesan dari respon semua penonton. Mereka kelihatan sudah mengalah.

Kecuali, Azura dan Elza.

Azura kekal tersenyum mesra dan Elza berwajah mendatar.

'Well... aku tak rasa dorang dua ni kesah sangat pasal contest ni sebenarnya.' Getus hati Lily sambil tertawa kecil.

~Scene Changes~

"Peserta seterusnya! Peserta ke-10...Oh, peserta ni pasti semua orang kenal. Namanya banyak disebut-sebutkan baru-baru ini! Wanita yang mempunyai hati yang lembut dan suci seperti Goddess yang turun dari syurga.... Dipersilakan, Lily Ygdrassil!!" Laung Max.

Serta-merta, orang ramai bersorak dengan hebat.

Tetapi, ada juga yang tidak bersorak. Mungkin masih tersinggung dengan peristiwa Battle Royale tempoh hari.

Lily meraup wajahnya yang panas.

'Aduhai, Max...perlu ke kau buat intro aku macam tu sekali...!?' Getus hati Lily. Malu.

Lalu, tanpa membuang masa, Lily melangkah keluar dan berjalan di atas pentas.

Reaksi yang sama seperti Jessica. Semua orang terpegun dan kagum dengan penampilan Lily.

Pakaian tradisionalnya memberikan impak yang unik kepada semua orang yang melihat.

Kebiasaannya, Lily memakai pakaian yang seksi. Tetapi, kini dia memakai pakaian tradisional yang menutup hampir seluruh tubuhnya.

Tetapi, ia masih memberi kesan yang hebat kerana keunikan pakaiannya.

Lily tersenyum manis pada semua penonton. Lalu, dia seperti mencari sesuatu di lautan manusia itu.

Apabila matanya menangkap benda yang dicari, Lily mengenyit sebelah matanya.

Serta-merta, semua orang menoleh ke arah Luke.

Luke berwajah panas dan menundukkan kepalanya.

"Wuuu~! Lily kenyit mata kat abang lah~!" Sakat Linna sambil tersengih sinis.

"Haish! Diam lah kau!"

Kaum lelaki yang melihat mempunyai wajah cemburu.

Max berdiri di sebelah Lily dan menghulurkan microfon.

"Lily! Sila perkenalkan diri pada semua penonton dan beritahu kami kenapa awak join Miss Beauty Contest ni." Ujar Max dengan senyuman mesra.

Lily tersenyum lebar.

"Nama saya Lily Ygdrassil, seorang mage Wing Pegasus. Saya join sebab saya nak tunjukkan pada semua orang...bahawa bakal isteri Luke Osean merupakan wanita yang paling tercantik di Wikuza!"

WOOOOOOOWWWWWWW!!!

Semua orang seperti dirasuk dan menjerit dengan teruja.

"Caya lah, Lily!"

"Walaupun, kau ikat aku dengan akar kau hari tu. Aku support hubungan kau ngan Luke!!"

"Fuck! Kau bertuah dapat perempuan macam Lily, Luke! Sial lah kau Luke!!"

Luke pula, reaksinya membuatkan Lily semakin geli hati.

Wajahnya kelihatan merah menyala dan berasap. Dia seperti hendak menyorok di bawah mejanya.

Sementara, Linna tertawa berdekah-dekah melihat nasib abangnya itu.

Jessica kelihatan dalam dilemma dan risau dari reaksi semua penonton dari belakang pentas. Dia mengigit jarinya sambil menghentak-hentak kaki di lantai.

...

"Peserta seterusnya pula...peserta ke-13. Kita semakin hampir dengan penghujungnya, guys!" Laung Max.

WUUUUUUUUUUUU!!!!

Semua bersorak dengan teruja.

"Cepatlah, Max! Banyak bebel lah kau ni!" Laung salah satu penonton. Seorang lelaki dari guild Wing Pegasus.

Max tertawa. "Hahaha! Sabar-sabar... baiklah."

Max membaca kad kertas di tangannya untuk seketika sebelum membulatkan matanya.

"Ohhh!!! Peserta kali ni mesti semua orang akan suka! Wanita ini dah banyak mencuri hati semua orang dengan personalitinya yang friendly dan sentiasa bersangka baik pada semua orang. Tidak kira lelaki atau pon perempuan. Senyumannya sentiasa membuatkan kita semua bertenaga walaupun selepas pulang dari kerja yang penat!"

Semua orang mula tersedar dari penerangan Max itu.

"Eh? Takkan lah...?"

"Kan? Dia mana pernah join Beauty Contest sebelum ni..."

"Tapi, kalau dia join..."

Bisik beberapa penonton di antara mereka.

"Dipersilakan....AZURA SAILENNN!!!" Laung Max. Terlebih teruja dari biasa.

Azura berjalan keluar ke pentas.

Tetapi, tiada sorakkan atau tepukkan yang muncul.

Semua orang masih terkejut yang Azura menyertai contest tersebut.

Azura selalunya hanya menyertai Fighting Tournament sahaja apabila Festival Ulang Tahun diadakan.

Ini kali pertama mereka melihat Azura menyertai Miss Beauty Contest.

Malah, bukan itu sahaja punca mereka tergamam.

Azura masih memakai jubah hitam. Menyembunyikan pakaiannya.

Gadis berambut biru kehijauan itu berhenti di tengah pentas. Senyuman mesra tidak lekang dari wajahnya.

Selepas beberapa saat, tiba-tiba Azura melucutkan jubah hitamnya ke lantai. Mempamerkan pakaiannya di sebalik jubah tersebut.

!!!????

SPROUTSSSS!!!

Hampir semua kaum lelaki tersembur darah dari hidung mereka. Wajah mereka panas dan merah menyala.

Kaum wanita juga mempunyai reaksi yang sama; kecuali tidak terkeluar darah dari hidung.

Satu senyuman nakal muncul di wajah Azura. Dan, itu menambahkan kesan lagi dahsyat dari sebelum ini.

Pakaian Azura sekarang. Boleh dikatakan amat seksi dan menghairahkan.

Hampir semua tergamam dan terkesan dengan penampilan Azura sekarang ini.

Ini kerana Azura sedang memakai satu suit binatang.

Iaitu bunny suit.

Max juga kelihatan tidak boleh mengawal dirinya. Mulutnya ternganga dan matanya terbeliak.

"A-a-ah...! A-ape ya-yang...!?"

Lalu, Azura berjalan di atas pentas seperti model sambil tersenyum sinis ke arah semua penonton.

Kesannya amat dahsyat.

Semuanya tidak dapat mengalihkan pandangan mereka dari gerak-geri Azura yang seksi itu.

Termasuk Amar sekali. Mulutnya ternganga luas melihat Azura.

"Pe-perempuan tu sah tak betul!"

Azura menoleh ke arah langsir belakang pentas. Dan, matanya bertembung dengan mata merah darah milik gadis berambut hitam.

Azura tersengih. "Heh!"

Dia seakan-akan berkata 'Try beating this, loser!'

Elza mengetap gerahamnya dengan geram. Matanya menajam secara spontan.

"What a fucking whore!"

Jessica dan Lily mempunyai wajah terkesima. Mereka tidak terkata melihat persembahan Azura itu.

"..."

"..."

Mereka langsung tidak sangka yang Azura akan menggunakan cara kotor sebegitu.

...

"Nama saya Azura Sailen, seorang Magic Assassin dari Wing Pegasus. Saya join sebab...suka-suka je~ Teehee~!" Ujar Azura sambil menjelirkan lidahnya dan mengenyit sebelah mata.

WOOOOOOOOOOOOO!!!!

Semua orang bersorak hebat sehingga bergegar satu bangunan guild. Mereka seperti binatang yang tidak terkawal.

"AZURAAAA!!!! I LOVE YOUUU!!"

"MARRY ME, AZURAAA!!"

Jessica di belakang pentas, kelihatan risau dan gugup.

Reaksi penonton pada Azura lebih hebat berbanding dengan dirinya. Dia mula fikir yang dia takkan boleh kalahkan Azura.

"Uhh...baiklah. Terima kasih, Azura. Kalau macam tu, kita akan teruskan dengan persembahan dari peserta yang seterusnya." Gumam Max.

...

Kini, tiba giliran peserta terakhir Miss Beauty Contest.

"Okay, guys! Ini peserta terakhir kita. Peserta ke-15! Kita ada...hm?" Bicara Max terhenti apabila dia membaca nama terakhir di kad kertasnya.

Matanya membulat sejenak, lalu digenyeh beberapa kali. Cuba memastikan yang dia tidak salah tengok.

"Hah?"

Apabila sedar yang dia tidak salah baca, mulut dan matanya terbuka luas.

Terkedu dan tidak terkata.

Penonton-penonton yang melihat, mengerutkan dahi dan mempunyai wajah hairan dengan tabiat Max itu.

"Dah kenapa ngan Max tu?"

"Apehal dia bukak tutup mulut dia macam ikan tu? Kena stroke ke?"

"Woi, Max! Cepatlah cakap! Siapa peserta terakhir tu!?"

Semua orang mula tidak sabar dan melaung ke arah Max.

Max masih tidak hilang terkejutnya. Dia masih membuka dan menutup mulut seperti ikan.

Amar, Kira, Luke, Genji, dan Maria juga kelihatan menyampah dengan Max.

Cuma, Linna seorang kelihatan teruja. Dia dah boleh agak siapa peserta seterusnya itu.

"Pe-pe-peserta seterusnya...i-ialah... El-Elza Twilight...?" Gumam Max dengan gagap.

"..."

"..."

Semua penonton membisu. Dahi mereka semakin berkerut.

"Pfft-!!? Wa-wait what!?"

Amar tersemburkan minuman yang dia sedang minum ke arah wajah Kira tanpa sengaja, apabila mendengar nama Elza disebut.

"Argh! Kau dah pahal sembur kat aku!"

Beberapa penonton juga mula berbisik di antara mereka.

"...Elza? That Crimson Eyes Dragon?"

"Dia salah baca ke ape?"

"Pe-peserta ke-15! ELZA TWILIGHT!!!" Ulang Max.

(Play Song: Indila - Love-story - Triple Layered)

Dan, satu gadis berjubah hitam muncul dari belakang pentas. Dia memegang payung merah pada tangan kanannya.

Wajahnya tidak kelihatan kerana dia menghalangnya dengan payung.

Selepas tiga langkah dia berjalan di atas pentas, jubah hitamnya tertanggal dan jatuh pada lantai.

Dan, rambut hitam seperti langit malam terpapar pada semua orang. Rambutnya yang selalu dibiarkan tanpa ikat, kini diikat gaya bun di belakang kepalanya. Mata merah darahnya bersinar ke arah mereka yang sedang melihat dirinya.

!!!!!!!

Bukan itu sahaja. Pakaiannya jugak menarik perhatian semua orang.

Kimono hitam.

Pakaian tradisional di negara Wikuza.

"..."

"..."

Semua orang tergamam dan terpesona dengan penampilan Elza.

Mereka tidak bersorak atau menepuk tangan.

Hanya melihat dengan senyap.

Ini kali pertama mereka melihat Elza berpakaian seperti gadis yang ayu dan sopan.

Bukan itu sahaja, makeup di wajah Elza juga membuatkan kejelitaannya semakin cantik dari biasa. Eyeliner merah, blushing pipi, dan bibir yang digincu itu benar-benar menonjolkan kecantikan wajahnya.

Elza berjalan beberapa saat di atas pentas dengan wajah yang kosong dan mendatar.

Lalu, dia berhenti di tengah pentas dan melihat ke arah lautan manusia di depannya.

Kemudian, satu ukiran bibir terhasil di wajahnya.

Senyuman seksi muncul di wajah Elza yang selalu dingin itu.

!!!!!!!!

Kesannya kritikal sekali!

Hampir semua jantung terhenti pada waktu itu. Jantung mereka berdegup kencang selepas itu.

Mereka telah jatuh cinta.

Tidak kira lelaki atau pun perempuan.

Wajah mereka panas seperti disimbah air panas.

Max yang berdiri berdekatan di atas pentas turut kaku seperti patung. Reaksinya sama dengan penonton yang lain.

Terkedu.

Elza menoleh ke arah Max dengan kening yang berkerut.

"?"

Dia menunggu Max melakukan sesi pengenalan dirinya. Namun, jejaka itu hanya berdiri macam batu sahaja.

"..."

"...Max?"

"..." Max masih terperangkap di dalam lamunannya.

...

Sementara, di bahagian penonton pula.

Genji dan Maria mempunyai wajah terkesima.

"I-itu...betul ke Elza Twilight? Dia nampak lain dari sebelum ni..." Soal Genji.

"..." Maria tidak terkata. Dia hanya mampu membisu sahaja.

...

Di bahagian yang penuh dengan kaum lelaki.

Kira tersengih kecil sambil menoleh ke arah Amar.

"See~? Ape aku cakap tadi? Dia mesti join punya."

"..."

Namun, Amar hanya membisu. Matanya tidak beralih dari Elza di atas pentas.

Kira tertawa kecil dan melihat ke arah Elza semula.

"Damn! I will admit...she's really beautiful right now...right, Amar?"

Amar menelan liur.

"...I always knew she was beautiful... since I first met her....but, right now..." gumam Amar tanpa disedari dirinya.

"...She's breathtaking!" Tambahnya.

Tanpa disedari oleh Amar, Elza dengar semua perbualan itu dengan deria pendengarannya.

"...!!!?"

Serta-merta, wajah Elza menjadi panas dan merah. Dia menundukkan wajah ke bawah.

Malu.

Tetapi, tanpa disedarinya juga, satu senyuman gembira muncul di bibir Elza secara spontan.

Dan, expression itu juga sedang dilihat oleh semua penonton.

!!!!!!????

Kalau jantung mereka berdegup kencang sebelum ini, kini ia seperti ingin meletup.

Linna, orang pertama yang bersorak di kalangan semua orang itu.

"YEAHHHH~!!! KAK ELZAAA~!!! WUUUUU~!!!"

Serta-merta, semua orang seperti tersedar dari lamunan mereka.

Lalu, turut bersorak dengan Linna.

"ELZA! ELZA! ELZA! ELZA!"

"CANTIK GILE KAU, ELZA!!!"

(End Song)

Max yang sudah sedarkan diri, berjalan ke arah Elza.

"Me-menakjubkan, Elza! Awak buatkan kami semua terpesona dengan penampilan awak!" Puji Max.

"..." Elza hanya membisu. Wajahnya kembali mendatar dan kosong.

"Ehem! Baiklah. Sila perkenalkan diri awak dan beritahu kami kenapa awak join contest ni." Tambah Max sambil memberikan microfon pada Elza.

Elza melihat microfon itu untuk seketika sebelum membuka mulutnya untuk berbicara.

"...Nama aku Elza Twilight....Aku join contest bodoh ni bukan dengan rela hati."

"Eh?"

"Hah?"

"Uh hah?"

"Heh. Aku dah agak dah."

Pelbagai reaksi bermain di wajah semua orang. Ada yang hairan, terkejut, dan juga yang dah boleh agak.

"...Aku kena paksa." Tambah Elza.

Lalu, Elza menolak microfonnya pada Max dan berlalu pergi dari situ.

"..."

"..."

Semua terkedu dan tidak terkata.

Kecuali, bunyi dekahan ketawa dari arah belakang pentas, dari seorang gadis berambut biru kehijauan.

Azura Sailen benar-benar terhibur dengan jawapan Elza.

"Umm...berikan tepukan kepada Elza Twilight! Hahaha....dengan tamat persembahan tadi, maka tamatlah Miss Beauty Contest pada tahun ini! Kita akan berehat sebentar sebelum kita sambung dengan Mister Beauty Contest pula! Jangan kemana-mana ye!"

Semua orang menepuk tangan.

Bob bangkit dari kerusinya dan mengeliat sebelum menoleh ke arah Amar.

"Amar. Jom!"

"Hah? Jom pergi mane?" Soal Amar. Hairan.

Bob menarik tangan Amar dan membawanya ke satu tempat.

"Jom jelah cepat!"

"O-oi! Kau nak bawak aku pergi mane ni!?"

Namun, tidak dilayan. Amar ditarik tanpa rela hati.

Kira yang melihat, hanya menikmati minumannya dengan bersahaja.

'Aku taknak masuk campur. Jadi, baik aku duduk diam je kat sini.' Getus hati Kira.

Dia dah trauma dengan ahli-ahli Wing Pegasus sebelum ini. Jadi, dia tidak mahu mengambil tahu apa yang diorang nak buat dengan Amar.

~Scene Changes~

Beberapa individu sedang berdiri di luar bangunan Wing Pegasus.

"Wah~! Ramai betul eh orang kat sini. Tengah ada show ke ape sekarang kat guild tu?" Soal seorang lelaki yang paling pendek di situ.

"Aku dengar sekarang tengah ada event Beauty Contest kat guild tu. Sebab tu ramai orang." Balas jejaka yang paling tinggi.

"Hehehe...Ape kita tunggu lagi? Jom lah masuk! Tak sabar aku nak tengok semua perempuan yang join event tu." Ujar lelaki gemuk dengan teruja.

"..."

Jejaka yang paling depan, kemungkinan ketua mereka, hanya membisu sebelum melangkah ke arah lautan manusia yang berkumpul di luar guild Wing Pegasus itu.

Weiterlesen

Das wird dir gefallen

71.4K 5.2K 59
WARNING!! +HAMBAR +GRAMMAR ERRORS +MY OWN IDEA +MATURE CONTENT (15+) +TYPO BERSEPAH +TIADA KAITAN DENGAN YANG HIDUP ATAU MATI DILARANG MENCIPLAK HA...
97K 6.4K 25
Dunia ini satu misteri. Mungkin ada beberapa sisi. Yang tidak diketahui. Mungkin ada dunia yang berbeza. Dari apa yang disangka. 16 tahun dia hidup...
19.3K 3.1K 61
GENRE (FANTASY/ACTION/ROMANCE) [BOOK 2] Tujuh tahun sudah berlalu setelah Karasu di berkas oleh pihak Guardian Academy. Dunia Guardian dan Alfa tida...
8.6K 1K 67
Sejarah. Setiap perkara ada sejarah tersendiri untuk diketahui.Begitu juga dengan kehidupan manusia.Kisah kehidupan mereka menjadi sejarah mereka. Ta...