11 HOURS TO BOSTON ✓

By aish_maira

153K 7K 256

[The E's Family vol.3] Saat dua pasangan kekasih yang sudah putus cinta kini bertemu kembali di dalam s... More

*PROLOG*
11 Hours To Boston: Bab 1
11 Hours To Boston: Bab 2
11 Hours To Boston: Bab 3
11 Hours To Boston: Bab 4
11 Hours To Boston: Bab 5
11 Hours To Boston: Bab 6
11 Hours To Boston: Bab 7
11 Hours To Boston: Bab 8
11 Hours To Boston: Bab 9
11 Hours To Boston: Bab 10
11 Hours To Boston: Bab 11
11 Hours To Boston: Bab 12
11 Hours To Boston: Bab 13
11 Hours To Boston: Bab 14
11 Hours To Boston: Bab 15
11 Hours To Boston: Bab 16
11 Hours To Boston: Bab 17
11 Hours To Boston: Bab 18
11 Hours To Boston: Bab 19
11 Hours To Boston: Bab 20
11 Hours To Boston: Bab 21
11 Hours To Boston: Bab 22
11 Hours To Boston: Bab 23
11 Hours To Boston: Bab 24
11 Hours To Boston: Bab 25
11 Hours To Boston: Bab 26
11 Hours To Boston: Bab 27
11 Hours To Boston: Bab 28
11 Hours To Boston: Bab 29
11 Hours To Boston: Bab 30
11 Hours To Boston: Bab 31
11 Hours To Boston: Bab 32
11 Hours To Boston: Bab 33
11 Hours To Boston: Bab 34
11 Hours To Boston: Bab 35
11 Hours To Boston: Bab 36
11 Hours To Boston: Bab 37
11 Hours To Boston: Bab 38
11 Hours To Boston: Bab 39
11 Hours To Boston: Bab 40
11 Hours To Boston: Bab 41
11 Hours To Boston: Bab 42
11 Hours To Boston: Bab 43
11 Hours To Boston: Bab 44
11 Hours To Boston: Bab 45
11 Hours To Boston: Bab 46
11 Hours To Boston: Bab 47
11 Hours To Boston: Bab 48
11 Hours To Boston: Bab 49
11 Hours To Boston: Bab 50
11 Hours To Boston: Bab 51
11 Hours To Boston: Bab 52
11 Hours To Boston: Bab 53
11 Hours To Boston: Bab 54
11 Hours To Boston: Bab 55
11 Hours To Boston: Bab 56
11 Hours To Boston: Bab 57
11 Hours To Boston: Bab 58
11 Hours To Boston: Bab 59
11 Hours To Boston: Bab 60
11 Hours To Boston: Bab 61
11 Hours To Boston: Bab 62
11 Hours To Boston: Bab 63
11 Hours To Boston: Bab 64
11 Hours To Boston: Bab 65
11 Hours To Boston: Bab 67
11 Hours To Boston: Bab 68
*EPILOG*

11 Hours To Boston: Bab 66

2K 78 1
By aish_maira

Essac yang sedang berpegangan tangan dengan Nedine kelihatan begitu cemas. sesekali Essac memutarkan mata coklat uniknya ke sekeliling kawasan ruangan hospital. niat mereka hendak menuju ke kaunter untuk bertanya kepada jururawat tentang keberadaaan Ghaze, kini terbatal saat mereka disapa oleh seorang lelaki separa umur.

"Ini kawan Ghaze ya? Essac?" Laju Essac mengangguk. "I..Ini.. Paklong Ghaffar kalau saya tak silap? Ayah saudara dia?" Tengku Ghaffar mengangguk.

"Macam mana dengan Ghaze?" Saat Essac meneruskan persoalannya, Nedine sekadar terus berpegangan tangan dengan suaminya sambil menunggu jawapan yang sama.

"Ikut saya dulu..." Sudah dipinta begitu oleh ayah saudara Ghaze, mereka menurut saja. Langkah kini dihayun menuju ke wad kecemasan.

Sesaat mereka tiba di ruangan menunggu wad tersebut, Nedine agak terkejut. Tidak kurang juga Essac. Memanglah di sudut kanan kerusi, Alvin yang sedang duduk bersama wajah risaunya.

Manakala yang sedikit mengejutkan ialah di sudut kiri kerusi di ruangan menunggu wad itu. Dura yang duduk dalam keadaan matanya merah dan sembab. sekali tilik, sesiapa saja boleh meneka yang dia baru lepas menangis.

Essac toleh kepala memandang isterinya disisi, walaupun dalam keadaan keliru dia boleh lihat dan sekaligus rasakan kesedihan Dura berkenaan Ghaze. Oleh sebab itu, dia arahkan isterinya untuk mendekati Dura.

"D... Dura..." Dura yang sememangnya tidak perasankan kelibat rakan baiknya itu, kini mula mengangkat wajah yang sudah merah akibat tangisan sedari tadi. Tubir matanya kembali terasa hangat.

Bersama fikiran yang masih terlalu bercelaru memikirkan hal yang menimpa suaminya, sekali lagi dia menangis. Nedine laju melabuhkan punggung bersebelahan rakan baiknya itu. "Mana you pergi selama ni? Macam mana you boleh end up kat sini? Bila you terbang pergi Boston ni Dura? W.. What is actually going on babe?" Sambil belakang tubuh rakan baiknya itu diusap, dia bertanya.

"Ni semua salah I, M...macam mana kalau jadi apa-apa dekat Ghaze Nedine? I... I... I... tak boleh hidup tanpa dia Nedine. Siapa nak jaga I dengan Stella?" Dura yang meraung dalam tangisnya sekadar dipeluk Nedine erat. Mungkin apa yang Dura cakapkan sekarang masih belum dia fahami.

Namun dia tahu dalam situasi sekarang, tidak sesuai untuk dia minta Dura jelaskan apa sebenarnya yang berlaku. Tetapi Sungguh dia keliru, mengapa Dura sangat terkesan dengan berita Ghaze ditikam ini?

Sudah lama mereka tidak bertemu sejak kali pertama mendarat di Malaysia dahulu. Mungkin itu belum cukup lama bagi sesetengah orang, tetapi tidak bagi Nedine yang sudah mengalami pelbagai musibah. Ya, baginya memang tempoh masa itu cukup lama.

Bermakna, memang dia sudah tidak dengar khabar berita daripada Dura untuk jangka masa yang cukup lama. Mungkin ada sesuatu antara Dura dan Ghaze yang dia tidak tahu. Dan mungkin kerana itu juga, Dura sebegini resah atas kejaian yang menimpa Ghaze.

Persoalan Nedine apakah hubungan mereka? Lagi satu soal Stella yang disebut Dura tadi siapakah dia?

•••••••••••••••••••••

"Uncle, sebenarnya apa yang dah jadi?" Suasana ketika ini sudah sedikit reda apabila Nedine berjaya menenangkan Dura. Dura kini sekadar termenung jauh memandang ke arah pintu wad kecemasan yang masih belum dibuka sejak tadi.

Soalan Essac buatkan Alvin yang sedari tadi senyap sepi, turut menanti jawapan. Dia juga tidak tahu apa sebenarnya yang telah berlaku. Dia cuma mendapat panggilan dari pembantu peribadi Ghaze menyatakan yang Ghaze cedera dan kini berada di hospital.

"Panjang kisahnya." Saat Tengku Ghaffar menuturkan itu, dia mengalih mata ke arah Dura yang masih dipeluk oleh Nedine. "Ini semua berpunca daripada perkahwinan rahsia Dura dan Ghaze." Nedine terkedu. Matanya membulat. Perkahwinan?

Nampaknya bukan dia saja boleh flex kahwin mengejut.

"KAHWIN?" Alvin menjerit akibat terkejut. Sejujurnya, Essac sendiri agak kaget. Tidak hairanlah mengapa Dura sangat terkesan dengan apa yang menimpa Ghaze, mereka suami isteri rupanya.

"Ya uncle sendiri baru dapat tahu, itupun dari isteri uncle, Doktor Jasmine, perkahwinan mereka terdedah pada Aunty Jasmine sebab Estella jatuh sakit." Essac mengerut dahi. begitu juga Nedine.

"Estella ni siapa Dura?" Kali ini Nedine sendiri yang menyoal Dura. Dura mengesat wajahnya yang masih berbaki air mata. Dia menelan air liur melepasi kerongkongnya, nafas kemudian ditarik dalam dan dilepaskan.

Dia masih mengumpul kekuatan untuk memulakan bicara. "Stella tu anak Dura. I pernah jumpa dia sekali masa dekat Malaysia. I know that part for sure, but the thing is when did you guys get married?"

Dan sekali lagi Essac serta Nedine perlu tayang wajah terkejut beruk. "Anak? S...Sejak bila you ada anak?" Nedine menundukkan kepalanya ingin melihat wajah Dura yang sememangnya tidak diangkat sedari tadi.

"Dura... Anak dengan siapa pula ni?" Nedine yang semakin keliru, kini bertanya lagi. Kali ini, Dura mengetap bibirnya. "Dura, apa kata terus terang dengan semua?" Cadangan Tengku Ghaffar benar. Sudah tiada apa yang patut dia rahsiakan.

"Sebenarnya Apa yang jadi pada Ghaze, semua ni ada kena mengena dengan tragedi beberapa tahun lalu" Saat Dura mula menerima kekuatan untuk menceritakan perkara sebenarnya, mereka semua mula memberi serratus peratus tumpuan.

2.00 petang,

Seorang doktor lelaki berwarganegara Amerika, kini muncul dari balik pintu wad kecemasan. "Doctor, how's my husband? I... Is he okay? Please tell me he's okay." Dura yang sudah bangun dari kerusi di ruangan menunggu kini laju mendekati doctor lelaki yang baru keluar Bersama dengan beberapa orang jururawat.

"Ma'am, don't worry, your husband is fine. We already treated his wounds, luckily, it's not that bad... He just needs a lot of rest and make sure he won't move a lot for now." Penjelasan sedemikian menyebabkan Dura memanjat seribu satu rasa syukur pada Allah. sungguh, dia lega dengan berita itu.

dia sekadar mengangguk. Tidak lama selepas itu, Doktor Jasmine yang merupakan isteri kepada Tengku Ghaffar, turut muncul dari balik pintu wad kecemasan tadi.

"Dura... Kalau nak masuk tengok Ghaze pergilah. Dia dah sedar tapi masih lemah. Tadi dia tanya mana isteri dia." Mendengar itu, Dura mengangguk. Tanpa menghiraukan apa-apa di sekeliling, dia lekas menolak pintu wad lalu melangkah masuk.

Saat ini Nedine pula yang duduk termenung jauh. Mendengar kisah Dura buatkan dia tersedar. Tersedar akan yang bukan hanya dia diuji dengan teruk. Selama ini dia tidak pernah tanya sama ada Dura ok ataupun tidak.

Kisah Dura jauh lebih tragis dan gelap daripadanya. Dia kemudian mengalihkan pandangan ke arah Essac yang kini datang mendekatinya. Dalam benak, kini muncul sesuatu. Selama ini, cuma Essac yang ambil peduli tentangnya. Dia? Sejak dari dulu cuma Essac yang beria. Dia? Cuma memikirkan diri sendiri dan tidak mempedulikan jejaka itu.

Tiba-tiba dia rasa malu dengan Dura. Kalau Dura boleh hadapi ujian dari Allah yang sehebat itu, mengapa dia yang baru diuji sedikit tidak mampu bertahan? "Sayang Jom masuk lawat Ghaze dulu sebelum kita balik.." Nedine tidak mahu membantah.

Saat ini, cuma satu, dia ingin berubah. Dia ingin berubah demi Essac. Kerana satu yang pasti. Dia sangat cintakan Essac Damien.

•••••••••••••••••••

"G... Ghaze... you ok? Ghaze... I minta maaf... I minta maaf sangat-sangat... tolong jangan tinggalkan I... Siapa nak jaga I dengan Stella? Siapa nak teman I? I tak ada sesiapa Ghaze..."

Dura menggenggam erat tangan suaminya yang tercucuk dengan segala macam wayar. Ghaze yang masih lemah terbaring di atas katil hospital menjadi tatapan matanya yang mula kembali kabur dek air mata.

"S.. sayang.. Shh.. sudah.. jangan nangis. I ok." Walaupun dalam keadaan yang sangat sukar, dia tetap cuba untuk bersuara. Tangannya yang penuh dengan wayar yang dia sendiri tidak tahu fungsinya, kini dibawa naik mengusap pipi isterinya yang basah.

Sekali tilik, dia tahu yang sejak tadi Dura sudah menangis. "M.. mana Stella?" Suaranya hampir tidak keluar, namun dia tetap ingin mengetahui sama ada pengawal peribadi dan pihak polis berjaya menyelamatkan anaknya.

Dura semakin merapati suaminya. Kepala Ghaze diusap-usap sesambil dia tersenyum dalam tangisnya. "Stella ok. Anak kita ok. Thank you sebab selamatkan anak kita. I minta maaf, you tak patut terlibat dengan semua ni... I minta maaf."

Ghaze sedikit kaget. Ini kali pertama dia rasa seperti disayangi seorang isteri. Sejujurnya, dia bersyukur, dia benar-benar dapat rasakan yang Dura sudah boleh terima dia sebagai suami.

"A.. apa jadi pada Ghazwan?" Tepat saat soalan itu terluncur keluar daripada mulutnya, pintu wad dibuka.

Tengku Ghaffar, melangkah masuk bersama tiga orang rakannya yang lain. Dan sekali lagi dia bertemu Doktor Jasmine kerana isteri kepada ayah saudaranya itu, turut membuntuti masuk sekali lagi.

"Ghazwan dah kena tahan buat sementara ni. Kami ingin bercadang bawa dia ke Malaysia. Uncle mahu dia terima hukuman di sana. Uncle juga mahu ayahanda kamu berdua tahu tentang hal ni.."

Mendengar itu, Ghaze cuba hendak bangun dari pembaringannya, malah belum apa-apa, luka pada perut kirinya bersama dengan luka torehan pada bahu kanannya menyengat sakit.

"Ghaze.. don't move a lot.. you need rest.. baring lah.." Doktor Jasmine mula bersuara. "Ghaze.. janganlah bangun, baring je." Dura juga menuturkan hal sama.

Dia juga tidaklah seberapa larat, jadi dia hanya menurut. "Uncle yang tolong Ghaze?" Dia bertanya pula. Anggukan dari Tengku Ghaffar menyebabkan dia berasa lega.

"Ghaze... kenapa kau tak cerita pada aku pasal hal ni? Masalah kau, kenapa pendam sendiri?" Alvin menangis sambil dia mendekati rakan baiknya itu.

Hal itu, sedikit sebanyak mengurangkan rasa tegang di wad ini. Essac baru hendak pasang mod sedih, eh tiba-tiba Alvin tukar modnya kepada ingin ketawa.

"Hoi, menangis pulak.. hodohlah, dah, dah lah tu.." Essac mengusik. Dia bersama Nedine turut mendekati Ghaze yang masih terbaring di katil hospital.

"Kau ni, kahwin tak cakap. Masalah tak nak share. Kenapa korang tak terus terang yang korang memang dah lama kenal masing-masing?" Essac bercekak pinggang sedikit tidak puas hati apabila Ghaze tidak menceritakan perkara sebenar padanya.

"Tah kau!" Alvin yang masih mengesat matanya kini menyokong bebelan Essac. Ghaze sekadar menahan tawa. Kalau luka ini tidak sakit, sudah dia ketawa terbahak-bahak dengan kawan-kawannya ini.

Haih, terasa lama pula tidak bertemu. "Rindulah korang," ujarnya sambil tangan yang masih tercucuk dengan wayar entah apa tu, menumbuk lengan Essac dan Alvin.

Bibir pucatnya mengoyak senyum. "Clingy dekat kitorang pulak.. dah ada bini kan? Clingy lah dengan bini tu.. mana tau lepas ni Stella dapat adik?" Usik Alvin.

Dura yang duduk di kerusi pelawat sambil tangannya masih menggenggam erat tangan si suami, tersenyum nipis. Dia kemudian melentokkan kepalanya di sisi Ghaze.

"I sayang you." Ghaze sedikit tersentak. Dia tidak salah dengar bukan? Ekor mata perlahan dialihkan memandang isterinya di sisi. "I love you more... more even more.."

"OK GHAZE OK! AKU SINGLE LUPA.. Yang sebelah sini pun sama.. lengan shuben tu tak nak lepas.. untunglah." Tawa mereka pecah dengan reaksi Alvin. Bukan main marah dia.

"Alah, kau kutiplah mana-mana ex aku yang 72 orang tu.." Alvin sekadar mencebik. Dia kemudian menjeling Essac sekilas.

"Anak uncle namanya Tengku Jannah, dia belum ada boyfriend.. tak nak try?" Alvin yang mendengar itu, sedikit teruja. Keningnya terjongket sebelah.

"Boleh ke?" Soalnya. Tengku Ghaffar tersenyum, lalu menjelingnya sekilas. "Tak boleh." Wajah hampa Alvin kini kelihatan. Dia kemudian mencebik bibir. Sekali lagi mereka di ruangan itu ketawa.

"Eh.. Nedine.. sorry.. I forget to ask about you, I heard what happened I'm sorry I wasn't there that time.." Dura yang sudah mengangkat kepalanya dari sisi Ghaze, kini bercakap dengan Nedine yang masih senyap berdiri bersebelahan Essac.

Seperti yang dikatakan Alvin, dia tidak lepas memeluk lengan suaminya. "Tak apa," ujarnya perlahan.

"I... I.. ada banyak benda.. benda yang I nak share dengan you..." Dia melepaskan keluhan. Kemudian, tubir mata terasa hangat. Tinggal tunggu masa saja cecair jernih hendak gugur dari situ.


   BERSAMBUNG...






Continue Reading

You'll Also Like

3.1M 115K 45
What if you are married to a man who is still in love with his ex girlfriend and doesn't want you in his life? Terrible? Sindhu had to face the same...
2.3K 118 15
This story contains fiction and not related to the actors real life.
410K 5.5K 32
Rajveer is not in love with Prachi and wants to take revenge from her . He knows she is a virgin and is very peculiar that nobody touches her. Prachi...
819K 68.7K 34
"Excuse me!! How dare you to talk to me like this?? Do you know who I am?" He roared at Vanika in loud voice pointing his index finger towards her. "...