11 HOURS TO BOSTON ✓

By aish_maira

153K 7K 256

[The E's Family vol.3] Saat dua pasangan kekasih yang sudah putus cinta kini bertemu kembali di dalam s... More

*PROLOG*
11 Hours To Boston: Bab 1
11 Hours To Boston: Bab 2
11 Hours To Boston: Bab 3
11 Hours To Boston: Bab 4
11 Hours To Boston: Bab 5
11 Hours To Boston: Bab 6
11 Hours To Boston: Bab 7
11 Hours To Boston: Bab 8
11 Hours To Boston: Bab 9
11 Hours To Boston: Bab 10
11 Hours To Boston: Bab 11
11 Hours To Boston: Bab 12
11 Hours To Boston: Bab 13
11 Hours To Boston: Bab 14
11 Hours To Boston: Bab 15
11 Hours To Boston: Bab 16
11 Hours To Boston: Bab 17
11 Hours To Boston: Bab 18
11 Hours To Boston: Bab 19
11 Hours To Boston: Bab 20
11 Hours To Boston: Bab 21
11 Hours To Boston: Bab 22
11 Hours To Boston: Bab 23
11 Hours To Boston: Bab 24
11 Hours To Boston: Bab 25
11 Hours To Boston: Bab 26
11 Hours To Boston: Bab 27
11 Hours To Boston: Bab 28
11 Hours To Boston: Bab 29
11 Hours To Boston: Bab 30
11 Hours To Boston: Bab 31
11 Hours To Boston: Bab 32
11 Hours To Boston: Bab 33
11 Hours To Boston: Bab 34
11 Hours To Boston: Bab 35
11 Hours To Boston: Bab 36
11 Hours To Boston: Bab 37
11 Hours To Boston: Bab 38
11 Hours To Boston: Bab 39
11 Hours To Boston: Bab 40
11 Hours To Boston: Bab 41
11 Hours To Boston: Bab 42
11 Hours To Boston: Bab 43
11 Hours To Boston: Bab 44
11 Hours To Boston: Bab 45
11 Hours To Boston: Bab 46
11 Hours To Boston: Bab 47
11 Hours To Boston: Bab 48
11 Hours To Boston: Bab 49
11 Hours To Boston: Bab 50
11 Hours To Boston: Bab 51
11 Hours To Boston: Bab 52
11 Hours To Boston: Bab 53
11 Hours To Boston: Bab 54
11 Hours To Boston: Bab 55
11 Hours To Boston: Bab 56
11 Hours To Boston: Bab 57
11 Hours To Boston: Bab 58
11 Hours To Boston: Bab 59
11 Hours To Boston: Bab 60
11 Hours To Boston: Bab 61
11 Hours To Boston: Bab 63
11 Hours To Boston: Bab 64
11 Hours To Boston: Bab 65
11 Hours To Boston: Bab 66
11 Hours To Boston: Bab 67
11 Hours To Boston: Bab 68
*EPILOG*

11 Hours To Boston: Bab 62

2K 112 1
By aish_maira

"Dura!" Laungan namanya buatkan dia berpaling beberapa darjah ke kanan. Kelihatan Ghaze bersama beg galas berwarna hitam metalik dan beberapa kertas seolah dokumen penting dipegang di tangan kanan serta set lukisan yang dipegang di tangan kiri, mendekatinya dengan cemas.

Tangan berurat yang kelihatan seksi milik suaminya ditilik, nampak jelas beberapa kesan kotoran warna air masih tersisa. Jelas sekali Ghaze baru balik dari sesi melukis di universitinya.

"Stella macam mana? Doktor cakap apa?" Dia sangatlah cemas sehingga tidak sempat menarik nafas setelah lama berlari hendak menuju ke dalam hospital ini tadi.

Dura mengesat mata merahnya. Dia menggeleng kepala. "D..Doktor tak bagitahu apa-apa lagi. T..tapi dah lama diorang kat dalam. K..Kenapa dengan anak I Ghaze?"

Panggilan Tengku tidak lagi digunakan saat dia sah bergelar isteri kepada lelaki itu beberapa minggu yang lepas. Tanpa diduga, melihat isterinya begitu, dia seakan kasihan. Tubuh ramping berhadapannya ketika ini, dibawa ke dalam pelukan.

"Shh.. tak apa.. she'll be fine, I promise. It's okay.. kita doa yang baik-baik untuk dia ya?" Sesambil kepala isterinya diusap, dia menuturkan kata-kata yang cuba melegakan hati isterinya.

Sebenarnya, dia tahu, Dura sayang pada Stella, namun akibat emosi yang masih tidak dapat menerima hakikat, dia bersikap ego pada kanak-kanak kecil itu.

Mereka terus dilanda resah dan bermundar-mandir di luar ruangan menunggu wad kecemasan. Akhirnya, setelah satu jam, Doktor Jasmine yang juga merangkap isteri kepada ayah saudara Ghaze, keluar daripada wad kecemasan kanak-kanak itu.

Kelihatan wajah Doktor Jasmine sedikit kaget melihat Ghaze, anak buah suaminya berada di ruangan itu bersama wanita muda yang datang dengan kelam kabut membawa anaknya yang sudah tidak sedarkan diri.

"Ghaze?" Dia mengerutkan dahi bertanya. Ghaze menggaru kepalanya yang tidak gatal, hanya aksi hendak mengurangkan rasa janggal sesambil otak memikirkan jawapan.

"It's.. it's a long story Aunty Jasmine.. I'll tell you and pak ngah soon, but please tell me, how's my daughter?" Dura di sisinya keliru. Namun, dia tiada masa untuk mengesyaki apa-apa, melainkan ingin mengetahui keadaan anaknya.

"So.. that girl, is.. your daughter? Are serious Ghaze?" Doktor Jasmine masih sedikit terkejut dengan semua ini. "Please tell me how is she first.. is she okay?" Melihat keadaan cemas anak buah suaminya itu, dia akhirnya menjawab.

"Dia ok Ghaze.. cuma she's having some allergic over the weather around.. mungkin dia tak biasa dengan suasana di Boston. Mengikut rekod, dia tinggal di Malaysia sebelum ini kan?" Suara pelat Doktor Jasmine bertutur dalam bahasa melayu buatkan Dura terkejut.

Dia tidak tahu pula doktor ini boleh bertutur dalam bahasa melayu. Ya, dia juga tidak tahu yang doktor ini merupakan kenalan suaminya.

Ghaze mengangguk. "Then.. is she going to be okay?" Ghaze masih resah menyoal. "Tak perlu risau. Dia dah stabil, cuma masih belum sedar. Aunty dah beri dia ubat, nanti dia akan pulih kembali. Cuma, pastikan dia tidak berada dalam ruangan yang terlalu sejuk, if she feels to cold, that will easily worse her condition."

Ghaze menghela nafas lega. Dia kemudian menarik Dura merapatinya. "Boleh Ghaze tengok dia?" Doktor Jasmine mengangguk.

Sebelum kedua pasangan itu masuk ke dalam ruangan wad Si Kecil Stella ditempatkan, sempat Doktor Jasmine menegur Dura.

"So.. I'm guessing, you're Ghaze's wife?" Segan-segan Dura mengangguk, malah sapaan mesra Doktor Jasmine buatkan dia semakin lega. "Kita bercakap lagi nanti, silakan lawat Stella dulu. Dia mungkin cari kamu berdua," ujarnya. Tanpa berlengah, mereka lekas menuju ke dalam wad.

•••••••••••••••••••••••

Tok! Tok! Tok!

Qiura yang duduk sambil bermain dengan anak bongsunya di atas katil, kian memalingkan tubuh kebelakang saat mendengar pintu biliknya diketuk.

Dia mendukung anaknya, kemudian lekas mencapai jersey shawl bewarna maroon, tidak menunggu, dia kemudian bergerak membuka pintu bilik.

Dia agak terkejut melihat gerangan wanita yang mengetuk pintu biliknya. "Nedine?" Dengan wajah keliru, dia menyapa.

Nedine senyum ke arahnya bersama bibir yang masih berona pucat lesi. "M..maaf Nedine ganggu, Nedine.. n..nak cakap dengan akak boleh?" Qiura masih keliru, seingatnya kata mama, Nedine tidak mahu bercakap dengan sesiapa.

"Uhm.. boleh.. marilah masuk bilik ni, Abang Ed tak ada, dia keluar dengan twins berdua tu," jelas Qiura dengan ramahnya.

Nedine mengangguk perlahan. Setibanya dia kembali ke katil, tubuh Dhaffa diletakkan di atas permukaan katil empuknya. "Alolo anak mama ni.." Dia mengucup pipi anaknya manja.

Nedine yang menyaksikan itu, sekadar termenung kosong. Untungnya disayang ibu begitu. Dia bahkan tidak pernah merasai kucupan dari ibunya sendiri. Oh, lupa.. dia.. anak luar nikah bukan?

"Nedine.. duduklah, Nedine kan tak sihat.." Sudah ditegur begitu, dia sekadar menurut. Sofa luas di bilik yang juga luas ini, menjadi tempat punggungnya dilabuhkan.

"Nedine nak cakap apa dengan akak?" Sekali lagi, Qiura bersuara terlebih dahulu. "N.. Nedine ingat.. Nedine nak.. pakai tudung." Mendengar itu, bibir merah Qiura mengulum senyuman nipis.

Pernyataan birasnya tadi, mengingatkan dia kepada Kak Dalisha. Orang yang telah banyak berjasa padanya. Orang yang telah meyakinkan dia untuk berubah ke jalan Allah. Dia tersenyum lagi sendiri. Sudah lama tidak berhubung dengan Kak Dalisha. Manalah dia pergi?

"Alhamdulillah. Baguslah kalau macam tu. Nedine nak pinjam tudung akak ya?" Soalnya. Nedinena mengetap bibir. "Tapi.. Nedine ni dah kotor, layak ke Nedine pakai tudung lagi?" Soalan itu, buatkan Qiura terkejut.

Dia mendukung anaknya lalu duduk di sebelah birasnya itu. "Kenapa cakap macam tu?" Dia menyelit rambut panjang Nedine yang hampir menutupi separuh daripada wajah pucatnya itu.

"Nedine.. Nedine dah kotor. Nedine jijik dengan diri sendiri. Nedine rasa bersalah dengan semua orang. Nedine tak layak jadi isteri Essac ataupun ahli dalam keluarga ni." Air mata bergenang di pipi.

Bahunya mula terhinjut perlahan. Qiura simpati. Dia terus menarik Nedine merapatinya. "Sebenarnya kan.. akak ada adik kembar. Nama dia Qaseh, dia pun.. pernah lalui cerita yang lebih kurang sama macam Nedine. Dia pernah dirogol."

Nedine tersentak mendengar itu. Dia terus menatap Qiura yang mula berubah reaksi saat bercerita tentang adiknya. "Konflik sebabkan dia hampir terpisah dengan suami dia. Mujurlah jodoh diorang kuat. Sekarang diorang dah ada anak kembar."

"J..jadi.. suami dia terima dia?" Soal Nedine. "Keluarga suami dia macam mana?" Dia menyoal lagi sekali. Qiura senyum dan mengangguk. "Kami semua terima dia. Nedine.. semua orang ada ujian tersendiri. Percayalah, kita cuma perlu sabar dan percaya Allah uji kerana dia tahu kita mampu laluinya. Dia sayangkan kita. Dia nak kita jadi lebih kuat untuk hari-hari yang akan datang."

Nedine menunduk sambil mengesat tubir matanya yang mula panas. "Percayalah... Nedine perlu lalui ni sekejap sangat, semua ni demi kebahagiaan di kemudian hari nanti. Akak dah lalui, sekarang alhamdulillah, akak ada suami yang sayangkan akak dan anak-anak yang sentiasa di sisi akak."

Nedine terus mengunci mulutnya. Dia tidak tahu hendak bicara apa.

••••••••••••••••••••••••

"Nedine boleh mulakan dengan berubah. Percayalah, keputusan untuk mula menutup aurat itu, satu anugerah sebenarnya. Tak semua orang diberikan hidayah begini. Nedine bertuah sebab Allah buka hati Nedine." Qiura mencuit pipi gebu birasnya. Saja hendak mengembalikan sedikit sebanyak keceriaan pada wajah manis wanita itu seperti kali pertama mereka berjumpa.

"Akak akan tolong Nedine sebelum terbang balik Boston esok ya?" Dia sekadar mengangguk. "Sekarang... apa kata... Nedine pergi berehat. Esok nak jalan jauh kan?" Dia mengangguk lagi.

Sempat dia mencuit manja anak birasnya itu. "Terima kasih ucap dekat mama awak dah tolong tenangkan aunty." Bisiknya pada Si Kecil Dhaffa.

Qiura tersenyum. Baguslah kalau Nedine dah mula mengembalikan aura positif dalam dirinya. Cumanya.. dia yakin Nedine perlukan masa. Sama seperti Qaseh suatu ketika dahulu.

Langkah lemah terus diatur. Tubuhnya masih terasa melayang ke kiri dan kanan. "Sayang? Eh... sayang, sayang pergi mana? Badan sayang tak sihat lagi ni. Kenapa tak rehat? Besok nak jalan jauh." Essac lekas memapah isterinya yang kelihatan tidak bermaya itu.

Dia kemudian membawa Nedine duduk di satu ruangan rehat di balkoni luas tingkat dua. "Maaflah.. I pergi bilik Kak Qiu," jawabnya. Essac mengangguk. "Tak apalah, sayang berborak dengan Kak Qiu bagus juga. Cuma lain kali, kalau tak larat jalan, panggil abang. Abang boleh tolong sayang jalan," kata Essac sambil mengusap tangan putih isterinya.

"Sejak bila you pandai tukar panggilan macam tu?" Dia tiba-tiba mempersoalkan hal itu. Essac sekadar tersenyum. "Sejak kita kahwin. Abang sayang tu kan bunyinya lebih romantik. Sayang tak suka ke?" Nedine menggeleng. "Bukan tak suka. Cuma... layak ke I dapat layanan romantik you? I kan..."

Essac terus menutup mulut isterinya dengan jari telunjuk. "Jangan cakap macam tu lagi sayang.. abang tak suka dengar. Walau apapun jadi, Safieyah Nedinena tetap isteri abang."

Nedine terus menurunkan tangan sasa yang berada di bibir. Dia kemudian mengusap tangan itu. Matanya mula berkaca. "Tapi... I dah tak suci. Macam mana kalau I mengandung anak Syed?" Essac membalas usapan tangan isterinya kembali.

"Lahirkanlah anak tu." Nedine memandang suaminya di sisinya. Essac yang sangat tenang diperhatikan. "You tak kisah I lahirkan anak haram? Bukan anak you pula tu." Negatifnya Nedine buatkan Essac semakin merapatkan jarak antara mereka di atas sofa empuk itu.

"Tiada istilah anak haram bagi abang sayang, setiap anak yang dikandung ibu dan dilahirkan, mereka tidak berdosa. Itu semua satu ketentuan. Kenapa nak kena anti dengan anak haram sedangkan bayi tu tak bersalah?" Dia usap kepala isterinya.

"Habis... you tak malu dengan anak haram? Kalau betul I mengandung anak Syed? You tak malu dengan I? Mama papa boleh terima?" Mata Nedine semakin penuh dengan kaca di tubirnya.

"Kalau betul sayang mengandung anak Syed, lahirkan dia. Abang izinkan. Abang sendiri sudi teman sayang, Abang akan jaga anak tu macam anak abang. Abang tak akan malu nak mengaku yang abang ayah dia. Sebab abang yakin, Allah jadikan sesuatu bersebab. Mungkin anak tu akan jadi pembuka rezeki kita. Mungkin anak tu yang akan jadi kunci kebahagiaan kita. Kita tak pernah tahu setiap percaturan Allah kan?"

Dia teruskan mengusap bahu isterinya menyalurkan ketenangan. Dia tahu jiwa Nedine sedang resah ketika ini. Nedine senggang tanpa bicara untuk waktu yang agak lama.

Setelah puas mentafsir setiap pertuturan suaminya, dia memandang Essac dengan penuh kasih dan sayang. "I tak sabar nak lari dari sini. Janji dengan I, kita akan bina penerbangan cinta yang baru masa terbang besok?" Essac tersenyum nipis. Dia mengucup dahi isterinya.

"Janji. If before this we called it 'a relove flight to Boston', now we'll change it to 'a  halal love flight to Boston'."

Nedine menyandarkan kepala ke dada bidang Essac. "Janji jangan benci I Essac." "Abang cintakan Nedine sayang, benci tu terlalu mustahil. Abang tak tipu. Abang sayang isteri abang."









  BERSAMBUNG...

Beberapa chapter lagi tinggal..

Maaf kalau banyak typo*





Continue Reading

You'll Also Like

5.3K 60 20
I have a lot of writings here for Aphmau so I decided to break that by this story. Anyways this is a Truth or Dare kind of thing, so feel free to co...
55.1M 1.8M 66
Henley agrees to pretend to date millionaire Bennett Calloway for a fee, falling in love as she wonders - how is he involved in her brother's false c...
5.3K 88 9
oneshots - leave requests pls! NOW ON AO3!!
834K 69.5K 34
"Excuse me!! How dare you to talk to me like this?? Do you know who I am?" He roared at Vanika in loud voice pointing his index finger towards her. "...