OG || ℬ𝒾𝒹𝒢𝒹𝒢𝓇𝒾 π’΄π’Άπ“ƒβ„Š...

By florencetiara

10.5K 922 189

tidak mahir dalam menulis sinopsis mahupun konklusi. tetapi apa yang boleh saya simpulkan, ini adalah cerita... More

β€’ π“˜π“·π“½π“»π“Έπ“­π“Ύπ“¬π“½π“²π“Έπ“· β€’
β€’ 1 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 2 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 3 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 4 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 5 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 6 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 7 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 8 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 9 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 10 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 12 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 13 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 14 | BYD β€’
β€’ 15 | BYD β€’
β€’ 16 | BYD β€’
β€’ 17 | BYD β€’
β€’ 18 | BYD β€’
β€’ 19 BYD β€’
β€’ 20 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 21 | BYD β€’
β€’ 22 | BYD β€’
β€’ 23 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 24 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 25 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 26 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 27 | ππ˜πƒ β€’
β€’ 28 | BYD β€’
β€’ 29 | BYD β€’
β€’ 30 | BYD β€’
β€’ 32 | BYD β€’
β€’ 33 | BYD β€’
β€’ 34 | BYD β€’

β€’ 31 | BYD β€’

123 14 3
By florencetiara

• hi! maaf kalau ada kecacatan atau kekurangan dalam chapter ni :)

apapun, enjoy your reading! don't forget to comment and vote tau hehe .
___

Keluhan berat terluah dibibir kemerahannya. Belakang tubuh dihempas ke sofa sambil mata merenung siling. Setelah hampir tiga jam menyimpan dan mengemas segala barang dan pakaian yang hendak dibawa ke tempat belajar baharunya, Jordan. Akhirnya selesai juga. Tinggal beberapa barang dan pakaian sahaja lagi yang belum dilengkapkan.

Semua salah Raeed dan Raees kerana gemar benar menyuruhnya rehat dahulu baru menyambung kemas.

Dia kurang suka berhenti seketika dan sambung semula. Kalau boleh, biar satu kerja itu dibuat sampai betul-betul selesai, barulah berehat. Walaupun akan penat teramat, tetapi rehat akan lebih tenang jika sudah selesai semuanya.

Mata terkatup perlahan. Erat.

Celaru. Dari awal dia mengemas sehinggalah kini soalan-soalan itu sering berlari-lari dalam fikiran. Ulang-ulang bagai pita rosak. Perbuatannya sibuk dengan segala hal tetapi mindanya masih dibelenggu soalan yang sama.

Kedua belah matanya terbuka semula. Lutut dirapat ke dada. Tangan naik menyilang kaki. Dagu berlabuh pada atas lutut.

Pertemuan..

Takdir..

Menurut apa yang selalu diceritakan Raees dan pemerhatiannya sendiri..Dia seorang lelaki yang baik. Seorang lelaki yang faham agama dan mengamalkannya. Selalu hormat akan orang tua. Dan selalu menghormati wanita terutama ibunya. Dia seorang yang bijak pandai. Berkerjaya. Berkarisma. Dia ada rupa. Tinggi. Setia. Pengemas. Pembersih. Dia adalah lelaki yang sangat menepati citarasanya.

Tapi...​

Bibirnya terbuka sedikit sebelum dia menyanyi sendiri.

قلبي يا قلبي اتركني يا قلبي

'Hatiku wahai hatiku, tinggalkanlah diriku duhai hatiku... '

مش وقتا هلق، ارجع حب

'Sekarang bukanlah waktu yang tepat untuk ku jatuh cinta kembali... '

لا لا.. هلق ما فيي ومنا بإيديي

'Tidak tidak.. Aku tak bisa aku tak sanggup... '

ما بعرف شو صارله هالقلب

'Aku pun tak mengerti apa yang sudah terjadi pada hatiku ini... '

Sedang Haura asik mengamati lirik dan terjemahnya, ada suara garau yang menyambung,

Dia tersentak. Automatik mendongak kearah suara.

معقولة حبيتك ، عذوقي لاقيتك

'Mungkin aku telah jatuh cinta kepadamu'

Seraya itu, Raeed melabuhkan tapak tangan diatas kepala Haura bagi menyapanya. Tersenyum penuh makna.

بعيوني في انت وبس

'Sejak pertama kali aku berjumpa denganmu... '

Dia berhenti menyanyi. Haura​ membalasnya dengan senyum segaris.

Macam tahu tahu saja Haura memerlukan seseorang pada waktu ini.

"Abang.."

Raeed lantas memandang sisi wajah Haura. "Hm?"

Haura hanya merenung kehadapan. "Adakah benar.. apa yang hati ByCha rasa ini.. kepada dia?"​

"Rasa apa?"

"Rasa ini tak terlalu kukuh dan juga tak terlalu goyah. Tapi rasa itu ada. Tapi.. Tidakkah terlalu awal? Dan..​kenapa​ terlalu mudah untuk​ ByCha merasakan rasa ini. Kenapa sebelum ini pada orang lain, rasa ini tak pernah langsung hadir?"

"ByCha bukan apa, cuma tertanya."

Raeed membalas, "Rasa suka atau cinta?"

Haura berkerut. "Sebab apa abang berawal dengan suka dulu, baru abang sebut cinta?"

Raeed mengangguk-angguk seperti mengikut rentak lagu. "Sebab boleh dik."

Automatik Haura menolak kuat bahu Raeed. Raeed langsung tertawa sebelum berdehem kembali.

"Sebab suka tu, semua orang boleh peroleh, semua benda kita boleh suka. Semua orang kita boleh suka. Dan sebelum cinta pasti ada suka dulu. Tapi cinta, bukan pada semua hati boleh rasa cinta. Dan bukan semua orang boleh rasa dan amati apa itu cinta. Dan bukan semua boleh hargai cinta. Dan tak semua orang boleh sedar dengan kehadiran cinta. Kerana cinta selalu datang tanpa diundang."

Jeda. Lama..

Haura menoleh. "Abang pernah merasai cinta?"

Tubuhnya serta merta mengeras. Kepala mengangguk kemudian menggeleng. Matanya terkelip-kelip.

"Angguk ke geleng?"

Raeed menggeleng.

"Tapi abang nampak arif tentang cinta."

Raeed mengangkat bahu.

"I think i know siapa yang ByCha maksudkan.. " Raeed memaut kepala adiknya kemudian membiarkan kepala Haura bersandar dibahunya.

"No one but him, abang."

Tawa kecil Raeed mengundang kerutan didahi Haura.

"Kelakar ke?"

Raeed menggeleng. Sebelum mengumam sendiri.

"At the end.. tak sia-sia budak tu bertahun-tahun tunggu adik aku. Apalah yang dia doa sampaikan adik aku ni sendiri celaru fikir tentang dia. Memang tak sia-sialah bertahun pun tunggu kalau hasilnya adik kesayangan aku." Raeed tertawa lagi.

Haura terus duduk menegak. Kaki diturunkan, duduk bersila.

"Apa abang cakap ni?"

Raeed memandangnya dengan sisa tawa. "ByCha dah suka pada dia ya?" tepat Raeed merenung anak mata Haura.

Tiada tanda-tanda Haura ingin membalas, Raeed langsung menyambung. "Suka dan cinta itu fitrah. Cuma kita sebagai manusialah yang perlu bijak mengawalnya. Jangan sampai menjadi fitnah pada diri dan orang sekeliling."

"Buat masa sekarang, tak usah fikir tentang semua benda tu lagi. Fokus dalam menuntut ilmu dan perbaiki diri dulu. Dah sampai masa, cintalah sedalamnya. Bila? Mestilah selepas terlafaznya akad." Raeed mencuit hidung mancung adiknya.

Haura mengangguk-angguk perlahan.

"Dan, nak tahu kenapa ByCha rasa terlalu mudah untuk jatuh suka pada dia?"

Haura mengangguk lagi dengan teragak-agak.

"Mungkin kerasa gigihnya dia dalam berdoa,"

Kaku.
.
.
.​

Inderanya membingit dengan derapan langkah manusia berjalan, ada yang berlari tergesa-gesa kerana takut terlepas untuk berangkat, ada juga yang masih tenang dan damai sambil duduk menunggu. Mungkin waktu penerbangan mereka masih ada dalam beberapa jam lagi. Dalam beribu manusia dari berbagai bangsa dan negara yang ada di lapangan terbang ini, sepasang suami isteri muda yang sedang duduk berduaan itu menarik perhatiannya. Seperti biasa! Dalam keramaian manusia, pasti ada sosok yang berjaya menarik perhatiannya.

Sejak tadi lagi dia sudah memerhatikan pasangan romantis itu. Si isteri tidak henti memaut lengan si suami yang beza ketinggiannya bagai tiang lampu dan kereta. Wanita cantik itu hanya paras bawah dada suaminya.

Terlepas tawa kecil Haura. Ya Allah comelnya dua orang tu!

"Oih! Gelak tengok apa?"

Terhenti serta merta tawanya saat disergah Raees. Haura balas dengan jelingan.

Raees tarik bahagian kanan purdah Haura hingga dia merengus. Jadi senget purdahnya.

"Abang tanya dia jeling pula,"

"Sibuk."

"Amboi amboi.. Dahlah lepas ni nak jauh dari abang, masih lagi layan abang macam ni. Sampainya hati awak Raeesha.. "​ Raees menumbuk dadanya pada bahagian jantung. Penuh dramatis suaranya.

"Tidak sudikah kau kenang budiku selama ini.. Aku yang menyediakan makan pakaimu.. Tidur bangun mu aku juga yang persiapkan.. Pembelajaranmu aku yang uruskan.. Kecan- mmph"

Haura menekup mulut Raees dengan tapak tangannya. Anak matanya berguling keatas.

"Wahai abangku, aku memohon maaf atas segala salahku. Tetapi jikalau memukul seorang abang hingga berdarah itu mendatangkan pahala, akan aku sepak seluruh tubuhmu hingga tinggal separuh nyawa." Haura membalas dengan suara yang juga penuh dramatis.

Bibirnya automatik senyum manis selepas ditegur abi dan bondanya supaya jangan buat hal di tempat ramai orang. Jelas hanya pura-pura. Haura terus melepaskan tapak tangannya dari menekup mulut Raees.

Raees senyum sinis sebelum membuat muka mengejek.

Haura tidak menghiraukannya.

"ByCha, Erdyna dah sampai ke belum?" soal bonda.

"Masih dalam perjalanan. Jalan agak sesak katanya."

Hadeeya menjatuhkan kepalanya beberapa kali sebelum kembali kepada telefon bimbitnya. Waktu penerbangan mereka masih ada dalam beberapa jam lagi. Sekarang ini masih awal. Sengaja mereka datang ke sana awal.

Tidak semena-mena, ada suara seorang gadis yang sedang berlari-lari anak kearah mereka. Lebih tepat, kearah Haura.

"Kak Eshaaa!" Aarya mendepakan kedua tangannya kearah Haura sebelum didakapnya tubuh langsing itu erat. Haura menyambut kedatangannya dengan senyuman lebar. Mengecil mata cantiknya.

"Aarya!" Haura juga membalas dakapan Aarya dengan erat. Rindunya budak gedik ni. Seingatnya, selepas sahaja tamat majlis kesyukuran dirumahnya tempoh hari, mereka tak berjumpa dah, sehinggalah hari ini. Haura sibuk dengan urusan kelengkapan untuknya ke Jordan. Aarya pula sibuk dengan peperiksaannya.

Lantas itu, Haura mengikut langkah bondanya kearah Jannah yang hanya berada dibelakang Aarya. Bersalaman dengannya. Teruja benar bondanya itu.

"Aku ingat kau tak datang, Jannah," Hadeeya mempersilakan Jannah duduk disebelahnya.

"Susah-susah je datang sini sekali, terima kasih aunty, " tutur Haura selepas mengucup tangan Jannah. Senyum sopan kearah bapa Aarya. Patutnya hanya Aarya sahaja yang kemari, tapi Aarya siap bawa ibu, bapanya sekali. Haih, Aarya. Kenapa tak bawa keluarga besar sekali?

"Tak susah aih. Aunty lagi seronok dapat tengok kamu sebelum terbang ke sana," tuturnya. Memang sengaja dia mahu sertai Aarya berjumpa dengan kakak angkatnya. Alang-alang dapatlah juga dia berjumpa dengan kawan baiknya!

Haura tertawa kecil dan mengangguk. Lantas itu, Jannah kembali berbual bersama bondanya.

"Kak, kak Dyna tak sampai lagi?" Aarya memaut lengan Haura supaya mengikutnya ke sebuah kedai runcit yang penuh dengan aneka gula-gula.

Haura menggeleng, "On the way lagi. Kenapa tarik akak ke sini?"

"Aarya nak beli cekelat kejap," matanya sudah melilau ke rak gula-gula yang aslinya dari negara luar. Langkah serta merta bergerak ke sudut itu. Haura hanya mengikut jejak langkahnya.

Haura mengerling jam tangan yang terlilit di pergelangan tangannya. Jam sudah menunjukkan lima petang. Tinggal dua jam sahaja lagi sebelum dia berlepas.

Dia juga ralit merenung satu persatu gula-gula yang tersusun cantik di rak itu. Sehinggalah,

"Haura Ar-Raeesha,"

Kepalanya automatik berpaling kebelakang. Matanya sedikit membesar sebelum matanya mengecil. Bibirnya tersenyum. Namun hanya untuk satu saat.

Continue Reading

You'll Also Like

381K 9.8K 32
Princess Marie, a renowned troublemaker of Paris has entered the Ton. Marriage, children and any prospect of love have always been a π˜₯𝘦𝘡𝘦𝘴𝘡𝘦𝘧...
488K 9.6K 105
violet jones grew up around people that she feared. one day she got thrown a massive curve ball, her whole life blowing up just within just two days...
94.9K 585 24
spoiler "Berani main-main sama gue iya? Gimana kalau gue ajak lo main bareng diranjang, hm? " ucap kilian sambil menujukan smirk nya. Sontak hal ter...
183K 7.2K 66
An Indian brother-sister/family story. The Singhania family is the most prestigious family in the country. Together, they seemed to be invincible...