Rahsia Terbongkar (EjenAli fa...

By kairiiqlima

2.6K 90 17

Apa jadi sekiranya identiti Ali terbongkar? Ketika menjalankan misi menyelematkan peneraju Cyberaya daripada... More

Salah Aku
Dirancang atau Kebetulan?
Dalang
Salah Faham
Mengalah
Sangkanya Gembira
Apa Yang Aku Nak
Arnab Liar
Tuntut Hutang

Amarah dan Kesudahan

207 7 2
By kairiiqlima


"Mungkin ayah boleh tolong kamu. Boleh kita ke tempat kerja saya?" Ghazali bersuara. Ejen-ejen M.A.T.A saling berpandangan sebelum mengangguk setuju.

Ali dan Ghazali bergegas menuju ke menara Gamma. Sampai ke pejabat Dr. Ghazali, beliau segera mencari sesuatu daripada meja kerjanya. Barang yang berselerak dibiarkan dahulu kerana apa yang dicari lebih penting untuk menyelamatkan bandar ini.

Akhirnya, dia menjumpainya dan mengeluarkan ia dari laci meja kerjanya itu lalu ditunjukkan kepada Ali. "Nah,".

"Eh, ini macam I.R.I.S," kata Ali, terkejut. "Ini antara draft lama mama. Ini sajalah yang paling berfungsi antara yang papa simpan," terang Ghazali pada anaknya yang membelek-belek draft I.R.I.S itu.

"Oh, jadi ayah dah tahulah pasal I.R.I.S?" soal Ali.

"Mestilah. Dah dah. Cepat guna. Memandangkan kamu pun tahu pasal I.R.I.S ini, ayah assume kamu tahu macam nak guna," ujar Ghazali.

Ali tersengih bangga, "Mestilah,". Alat itu diaktifkan lalu ia bertukar menjadi sepasang kaca mata dan diletakkan kemas di muka Ali dengan sendirinya. "Wau, lama dah tak pakai I.R.I.S," ujar Ali dengan teruja.

Ali mulakan tugasnya untuk mengesan lokasi bom-bom yang dipasang Afiq sementara ejen-ejen yang lain standby untuk bergerak ke lokasi yang dikongsi oleh ejen tekno itu.

Sepuluh bom berjaya dikesan, dihantarnya maklumat ke lokasi ke ejen-ejen yang lain dan dengan pantas mereka bergerak untuk nyahaktifkan setiap bom. Semua berjaya dinyahaktifkan.

Ali mengeluarkan keluhan lega, sebelum dia tiba-tiba mengesan lagi satu bom. Tapi, bom ini lain dari yang lain. Ali cuba mengesan lokasinya, dan jelas baginya bom itu berada di tempat yang amat dikenalinya.

Rumahnya sendiri.

Ali mengetap bibir. "Cis. Ayah, tunggu sini sehingga ada yang datang untuk bawa ayah ke tempat selamat. Ayah kena rehat. Ali balik rumah dulu untuk selesaikan misi ini sehabisnya," arah Ali pada ayahnya. Belum sempat ayahnya ingin membantah agar dapat sertai Ali, Ali lebih cepat menghalang.

"Jangan ikut. Please," minta Ali. Ghazali mengalah.

Sampai di rumahnya, bau asap menusuk hidung. Ali masuk ke dalam dan melihat barang-barang bersepah berserta bom di tengah-tengah ruang tamu.

"Assalamualaikum," Ali memberi salam.

"Waalaikumussalam. Sampai pun kau. Meh jemput duduk, buat macam rumah sendiri. Aku ingat kau dah innalillah dah," sapa Afiq.

"Alhamdulillah, hidup lagi anak orang. Kau tak ada kipas ke? Panaslah,".

"Ada. Bukaklah. Aku memang suka panas-panas. Boleh keluar peluh, sihatkan badan,".

"Tak rasa neraka lagi, memanglah boleh kata suka. Kau kalau tak pergi sekolah, jangan tuduh aku pun tak pergi. Kau ingat aku tak tahu, bom jenis apa yang kau pasang ini? Bom Nt-99. Kalau aktif dan diletakkan berdekatan denga mana-mana barang elektronik yang juga aktif, automatik meletus. Tal perlu tunggu timer,".

"HAHA..Tak sangka pandai juga rupanya kau ini," puji Afiq dengan sarkastik.

"Mestilah, tengoklah anak siapa,".

"Anak buah aku. Mama kau adalah kakak aku,". Ekspresi wajah Afiq bertukar dari bergurau ke serius.

"Afiq-" belum sempat apa-apa, Afiq sudah potong.

"Jangan. Sebelum kau nak suruh aku bertaubat, terima hakikat yang ALiya sudah tak ada, aku nak tanya kau sikit. Kau takkan tak rasa marah dengan M.A.T.A? Dengan bandar ini? Eh, kalau bukan sebab diorang ini, mama kau hidup lagi tau. Kau pun boleh dapat lagi merasa kasih sayang dari seorang ibu. Ayah kau pun sibuk kan? Takkan kau tak rasa apa-apa?" soal Afiq.

Ali membisu sebelum mengeluh.

"Itu namanya redha dengan ketentuan Tuhan, Afiq. Patutnya kau pun kena redha. Tak ada siapa yang boleh lari daripada ajal. Kau dan aku pun tak tahu bila kita mati. Entah-entah esok, entah-entah minit lepas ini. Sejujurnya memang aku pernah sakit hati dengan M.A.T.A, dengan bandar ini, dengan Niki. Sebabkan nak lindungi diorang, mama korbankan diri. Mama tinggalkan aku dan ayah tanpa ucapkan selamat tinggal.

Tapi aku tak boleh marah atau salahkan sesiapa. Mama buat pilihan dia. Aku tak ada hak untuk halang mama dari buat kebaikan dan dapat pahala,".

"Eh panjang pula dia buka tazkirah kat sini," Afiq mengomel.

"Dah kau yang tanya!".

"Penatlah aku dengan orang macam kau ini. Acah-acah! Biar satu bandar ini mati dengan orang macam kau!" Afiq mula hilang sabar.

"Apa yang kau dapat dari bunuh orang? Bukan boleh hidupkan arwah semula,".

"Inilah namanya balas dendam, budak" kata Afiq sambil mula mendekati suis kipas perlahan-perlahan.

"Okey, katakanlah Cyberjaya meletup dan semua terkorban. Plan kau berjaya. Lepas itu? Kau nak buat apa pula?" soal Ali.

"Itu tak ada kena mengena dengan kau!" teriak Afiq. Dia semakin dekat dengan suis.

"Heh, sayangnya Afiq. Aku tak perlu tahu. Sebab plan kau takkan berjaya,. Jangan kau sentuh suis itu," Ali memberi amaran.

"Sorrylah bro. Tapi bandar ini memang dah tak ada harapan dah pun," kata Afiq sebelum suis ditekan. Kipas bergerak.

Tetapi, bom tidak meletus. Afiq hairan. Dia pergi ke arah bom dan mendapati bom sudah tidak aktif.

"Apa ni?!".

"Sorry bang. Tadi waktu saya bagi tazkirah yang panjang lebar tu, saya dah rosakkan litar bom itu. Jadi dia takkan meletus pun," ujar Ali, tersengih.

"Macam mana?" soal Afiq.

"Dengan ini," Ali menunjuk ke arah kaca mata yang terletak elok dimukanya dari awal lagi. "Peninggalan mak aku,".

"Aku ingat itu kaca mata biasa," ujar Afiq, tidak puas hati.

"Sekarang, plan kau dah gagal. Kau tak boleh buat apa dah!".

"Cis!". Afiq mengeluarkan sebilah pisau dan meletaknya di bahagian leher. Sebelum sempat dia melakukannya, Ali terlebih dahulu merampas pisau dan baling jauh-jauh. Lalu ditolaknya Afiq jatuh ke lantai dan menahan kedua-dua tangannya di belakang.

"Tanpa kau jawab soalan aku tadi pun, aku dah tahu jawapannya. Maksudnya memang kau sendiri rasa sia-sia saja rancangan kau ini. Tapi, disebabkan amarah, kau buat juga.".

"Kau jangan cakap macam kau faham aku, budak! Kau tak tahu apa-apa!" teriak Afiq, cuba melepaskan diri.

"Aku tahu! Afiq, aku tahu! Sebab orang yang pergi itu mama aku. Orang yang jaga kau selama ini sebagai seorang kakak, jaga aku sebagai seorang ibu. Itu mak aku sendiri. Tapi macam aku cakap tadi, aku redha. Sebab mama yang pilih, walaupun dia tahu akibatnya. Aku, ayah dan uncle hanya mampu berdoa untuk arwah. Supaya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan bahagia di syurga kelak. Sudahlah Afiq.." ujar Ali. Pegangannya pada tangan Afiq melonggar sedikit demi sedikit. Afiq hanya menangis. Tiada lagi cubaan untuk melepaskan diri.

2 hari kemudian..

Afiq diberkas atas kesalahan cubaan membunuh. Aku tak pasti apa perasaan dia sekarang, tapi apa yang aku tahu, dia tak kesal dengan kegagalan rancangannya. Sebab senyuman yang dia beri pada aku sebelum dia dibawa pergi. Kitorang jalani kehidupan macam biasa..

"Ali, bangun! Dah pukul berapa dah ini? Ayah pergi kerja dulu,".

""Hah! Alamak, dah lambat. Eh hari ini cutilah ayah. Lambat apanya?" soal Ali.

"Aik, kamu bukan ada perjumpaan kelab setem pagi ini?" soal Ghazali semula.

Ali kemudian sedar. "Eh haahlah. Alamak, dah lamabt!!".

Ayah okey dan benarkan aku aku untuk masih berkerja dengan M.A.T.A sebagai ejen.

Di M.A.T.A..

"Ali, sampai pun kau. Asal lambat sangat?" soal Khai.

"Seorang ejen harus sentiasa menepati masa, Ali," Bakar nasihat.

"Sorry..Lupa hari ini ada perjumpaan,".

"Tap apa, Ali. Ejen Leon, boleh kita mulakan?" kata Ejen Gheeta,

"Baiklah. Kejadian dua hari lepas bla bla bla..

Hanya kerana identiti Ali telah diketahui oleh Dr. Ghazali, ia bukan sebab untuk kamu juga mendedahkan identiti kamu. Faham?"

"Faham!" serentak ejen-ejen muda menyahut.

"Ali, selepas ini kamu harus lebih berhati-hati. Kamu terlepas kali ini hanya sebab kamu berjaya selesaikan misi itu. Tapi sekiranya identiti kamu terbongkar lagi, hukuman yang setimpal menanti kamu," sambung Ejen Leon.

"Baik!" aku menyahut.

Lepas perjumpaan..

"Weh Ali," Roza panggil. Bersamanya Rudy dan Jet. Aku memandang ke arah mereka. Yang lain turut menyaksikan.

"Kitorang nak minta maaf sebab hina kau hari tu. Kitorang tak patut cakap macam itu kat kau, padahal kitorang tak tahu pun cerita penuh," Jet mewakili mereka bertiga. Rudy hanya berdiam diri di belakang, tapi aku tahu dia pun nak minta maaf. Aku tersenyum.

"Oh, tak apa. Benda dah lepas. Aku memang tak kisah sangat pun masa itu,".

"Kau ini baik sangatlah, Ali. Hukumlah diorang sikit sekurang-kurangnya," ujar Moon.

"Isy, tak baiklah kau ini!" Jet tak puas hati.

"Apa? Siapa suruh buli dia?" Moon membalas.

"Eh, takpelah. Tak payah pun, Moon," aku cuba meredakan keadaan.

"Hmph, terlepas korang kali ini," ujar Moon sebelum dia menjelir lidahnya ke arah Jet. Jet mahu menyerang namun ditahan Roza.

Kami yang lain hanya ketawa. Semuanya berakhir dengan baik. Tiba-tiba aku terdengar satu suara di telinga aku.

"Mama bangga dengan Ali..".

Serta-merta aku menangis. Yang lain memandang.

"Eh Ali. Kenapa kau menangis ini?"

"Hah, Ali nangis?"

"Ayok korang buat.."

"Kitorang pulak?!"

"Kalau bukan, siapa lagi?"

"Oi, member tengah nangis ini. Janganlah gaduh depan dia," tegur Bulat.

"Ali, awak okey tak?" soal Iman.

"Haha, okey je. Sorry sorry. Tiba-tiba rindu," aku ketawa sambil menangis lagi.

"Kau ini risaukan kitorang sajalah.."

Semua ketawa. Air mata-mata masih mencurah. Seseorang berikan aku tisu sebelum tempat ini banjir. Haha..

"Anak mama memang hebat"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~TAMAT~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jumpa korang di kisah setusnya!! Let me know if you want me to post an English version of 'Rahsia Terbongkar'

Continue Reading

You'll Also Like

205K 3.7K 20
What happens when Jacob meets someone while running away from Forks? What if he imprints on her? - story takes off from the beginning of breaking daw...
1.1M 19K 44
What if Aaron Warner's sunshine daughter fell for Kenji Kishimoto's grumpy son? - This fanfic takes place almost 20 years after Believe me. Aaron and...
1.3M 51.4K 55
Being a single dad is difficult. Being a Formula 1 driver is also tricky. Charles Leclerc is living both situations and it's hard, especially since h...
10.3K 606 29
Julia Barron is the one and only daughter of Barron. She never liked her father, would have done anything to leave him sooner, but the day she finall...