Amarah dan Kesudahan

191 7 2
                                    


"Mungkin ayah boleh tolong kamu. Boleh kita ke tempat kerja saya?" Ghazali bersuara. Ejen-ejen M.A.T.A saling berpandangan sebelum mengangguk setuju.

Ali dan Ghazali bergegas menuju ke menara Gamma. Sampai ke pejabat Dr. Ghazali, beliau segera mencari sesuatu daripada meja kerjanya. Barang yang berselerak dibiarkan dahulu kerana apa yang dicari lebih penting untuk menyelamatkan bandar ini.

Akhirnya, dia menjumpainya dan mengeluarkan ia dari laci meja kerjanya itu lalu ditunjukkan kepada Ali. "Nah,".

"Eh, ini macam I.R.I.S," kata Ali, terkejut. "Ini antara draft lama mama. Ini sajalah yang paling berfungsi antara yang papa simpan," terang Ghazali pada anaknya yang membelek-belek draft I.R.I.S itu.

"Oh, jadi ayah dah tahulah pasal I.R.I.S?" soal Ali.

"Mestilah. Dah dah. Cepat guna. Memandangkan kamu pun tahu pasal I.R.I.S ini, ayah assume kamu tahu macam nak guna," ujar Ghazali.

Ali tersengih bangga, "Mestilah,". Alat itu diaktifkan lalu ia bertukar menjadi sepasang kaca mata dan diletakkan kemas di muka Ali dengan sendirinya. "Wau, lama dah tak pakai I.R.I.S," ujar Ali dengan teruja.

Ali mulakan tugasnya untuk mengesan lokasi bom-bom yang dipasang Afiq sementara ejen-ejen yang lain standby untuk bergerak ke lokasi yang dikongsi oleh ejen tekno itu.

Sepuluh bom berjaya dikesan, dihantarnya maklumat ke lokasi ke ejen-ejen yang lain dan dengan pantas mereka bergerak untuk nyahaktifkan setiap bom. Semua berjaya dinyahaktifkan.

Ali mengeluarkan keluhan lega, sebelum dia tiba-tiba mengesan lagi satu bom. Tapi, bom ini lain dari yang lain. Ali cuba mengesan lokasinya, dan jelas baginya bom itu berada di tempat yang amat dikenalinya.

Rumahnya sendiri.

Ali mengetap bibir. "Cis. Ayah, tunggu sini sehingga ada yang datang untuk bawa ayah ke tempat selamat. Ayah kena rehat. Ali balik rumah dulu untuk selesaikan misi ini sehabisnya," arah Ali pada ayahnya. Belum sempat ayahnya ingin membantah agar dapat sertai Ali, Ali lebih cepat menghalang.

"Jangan ikut. Please," minta Ali. Ghazali mengalah.

Sampai di rumahnya, bau asap menusuk hidung. Ali masuk ke dalam dan melihat barang-barang bersepah berserta bom di tengah-tengah ruang tamu.

"Assalamualaikum," Ali memberi salam.

"Waalaikumussalam. Sampai pun kau. Meh jemput duduk, buat macam rumah sendiri. Aku ingat kau dah innalillah dah," sapa Afiq.

"Alhamdulillah, hidup lagi anak orang. Kau tak ada kipas ke? Panaslah,".

"Ada. Bukaklah. Aku memang suka panas-panas. Boleh keluar peluh, sihatkan badan,".

"Tak rasa neraka lagi, memanglah boleh kata suka. Kau kalau tak pergi sekolah, jangan tuduh aku pun tak pergi. Kau ingat aku tak tahu, bom jenis apa yang kau pasang ini? Bom Nt-99. Kalau aktif dan diletakkan berdekatan denga mana-mana barang elektronik yang juga aktif, automatik meletus. Tal perlu tunggu timer,".

"HAHA..Tak sangka pandai juga rupanya kau ini," puji Afiq dengan sarkastik.

"Mestilah, tengoklah anak siapa,".

"Anak buah aku. Mama kau adalah kakak aku,". Ekspresi wajah Afiq bertukar dari bergurau ke serius.

"Afiq-" belum sempat apa-apa, Afiq sudah potong.

"Jangan. Sebelum kau nak suruh aku bertaubat, terima hakikat yang ALiya sudah tak ada, aku nak tanya kau sikit. Kau takkan tak rasa marah dengan M.A.T.A? Dengan bandar ini? Eh, kalau bukan sebab diorang ini, mama kau hidup lagi tau. Kau pun boleh dapat lagi merasa kasih sayang dari seorang ibu. Ayah kau pun sibuk kan? Takkan kau tak rasa apa-apa?" soal Afiq.

Rahsia Terbongkar (EjenAli fanfiction)Where stories live. Discover now